Bab
10
SALMIHA HAINI
mengemas beberapa helai pakaiannya. Dia harus bersemuka dengan Pak Langnya. Dia
tidak boleh menangguhkan lagi pertemuan ini. Dia harus lontarkan apa yang
terbuku di hatinya. Permintaan dan hasrat Pak Langnya, tidak akan sama sekali
dituruti. Dia punya matlamat hidup. Dan dia juga punya impian. Oleh itu dia
tidak mahu impian dan matlamatnya musnah akibat menjadi pak turut.
Semuanya
harus diselesaikan hari ini juga. Itu tekadnya. Selepas ini dia akan sibuk dan
tidak punya masa untuk berbincang kerana sudah bekerja. Myvi miliknya dipandu
laju membelah tengah hari. Panggilan telefon yang diterimanya lewat jam satu
petang tadi, membuatkan dia berada di Lebuh Raya Utara Selatan.
Keretanya
kini betul-betul berada di hadapan pagar rumah Pak Lang Yusof di Bangi. Loceng
pagar ditekan berulang kali. Naik kematu jari telunjuknya menekan, barulah
terhegeh-hegeh pembantu rumah Pak Langnya keluar.
“Bik...,
tuan ada?”
“Ngak ada Salmiha. Tuan ke airport. Ada urusan di luar negara
bilangnya.”
Aik...
bukan ke pukul satu tadi, lelaki itu baru menelefonnya? Yang menjadikan dia
naik geram dan hendak meroyan, majlis pertunangannya diadakan serentak dengan
majlis pernikahan. Macam mana dia tak jadi gila?!
“Dia
pergi ke mana Bik dan bila waktu penerbangannya?”
“Katanya
ke Abu Dhabi. Waktunya Bik ngak
ingat.”
“Kalau
begitu tak apalah Bik, saya pergi dulu.” Salmiha Haini mula bengang.
“Sekejap
Salmiha, ada benda yang tuan minta serahkan pada Salmiha.” Terkocoh-kocoh Bik
Murni masuk ke dalam rumah. Tidak lama kenudian dia keluar bersama sampul surat
berwarna coklat.
Salmiha
Haini menyambut sampul surat tersebut bersama kerutan di dahi.
“Apa
ni Bik Murni?”
Bik
Murni jungkit bahu tanda tidak tahu.
“Tuan
cuma pesan, serahkan pada Salmiha jika Salmiha datang ke rumah.”
“Terima
kasih Bik,” ujar Salmiha Haini sebelum berlalu. Tiada rasa dia hendak melihat
apa yang tergandung dalam sampul surat itu. Apa yang dia tahu, Pak Lang
Yusofnya harus dijejaki segera. Salmiha Haini segera memandu laju Myvi putih
kesayangannya.
Terngiang-ngiang
lagi di telinga Salmiha Haini akan perbualannya dengan Pak Lang Yusof...
“Assalamulaikum
Pak Lang. Pak Lang sihat?” Tanya Salmiha Haini lembut pabila nama Pak Langnya
tertera di skrin telefon bimbit.
“Aku
sihat. Aku cuma nak bagi tahu kau, aku dah terima lamaran Dato’ Bahar untuk
anak lelakinya Irfan,” ujar Pak Lang Yusofnya tegas.
Salmiha
Haini yang ketika itu sedang menggoreng ikan, terasa hendak pitam mendengarnya.
Segera api dapur gas ditutupnya.
“Tapi
kenapa Pak Lang tak tanya saya dulu? Saya yang nak dikahwinkan, jadi saya ada
hak untuk tahu,” bentak Salmiha Haini tanpa sedar.
“Aku
dah telefon dan bagi tahu kau beberapa hari yang lepas, kau dah lupa?” Suara
Pak Lang Yusofnya mula meninggi.
“Tapi
saya tak beri apa-apa keputusan lagi.” Salmiha Haini masih membantah.
“Itu
aku tak mahu tahu. Apa yang aku tahu... lagi lima minggu kau mesti balik, sebab
majlis tunang dan nikah akan diadakan serentak. Minggu depan juga kau kena
balik sebab nak uruskan prosedur nikah kahwin.”
Mendengar
perkhabaran itu Salmiha Haini sudah terduduk. Menangis.
“Ingat...
kau mesti balik dan jangan cuba-cuba hendak memalukan aku. Jika kau lari atau
buat hal, aku akan pastikan engkau menyesal seumur hidup,” ugut Pak Lang
Yusofnya. Setelah itu panggilan diputuskan.
Mengimbau
kembali kata-kata Pak Langnya, air mata Salmiha Haini merembes laju hingga
menghalang pemanduannya. Selepas memarkir keretanya, dia bergegas ke balai
berlepas. Dia harus mencari Pak Langnya dengan segera.
Mana
Pak Lang ni? Gumam Salmiha Haini. Puas dia mencari namun bayang Pak Lang
Yusofnya tidak kelihatan. Teringatkan Rafeah, dia segera menghubungi sepupunya
itu. Namun panggilannya hanya masuk ke dalam peti simpanan suara.
“Helo...
Bik, Rafeah ada?” Tanya Salmiha Haini ketika menghubungi kediaman Pak Lang
Yusofnya. Rafeah merupakan anak tunggal Pak Lang Yusof dan arwah Mak Langnya.
“Dia
ikut tuan sekali,” terang Bik Murni.
Salmiha
Haini rasakan hendak hantuk kepalanya ke dinding. Dia benar-benar geram dan
berang sekarang ini. Mujur Pak Langnya tidak ada di depan mata. Jika tidak
tentu patah riuk tubuh lelaki itu dikerjakannya. Sesuka hati orang tua itu aje
hendak menjadi match maker.
Jam
sudah menunjukkan ke angka lapan malam. Batang hidung Pak Lang Yusof dan Rafeah
langsung tidak kelihatan. Adakah Pak Langnya sudah pergi? Dan dia terlepas
peluang untuk mempertahankan haknya? Air matanya semakin lebat merembes. Dia
sudah tidak hiraukan lagi banyak mata yang memandang. Apa yang dia tahu, dia
harus lepaskan semua yang terbeban dalam jiwanya.
Sungguh...
dia benar-benar tidak mengerti kenapa Pak Lang Yusofnya begitu membenci
dirinya. Apa silapnya dan apakah dosanya, dia sendiri tidak tahu. Walhal dijaga
tutur kata agar tidak menggores hati sesiapa dan sentiasa skema. Lidahnya acap kali dididik supaya tidak melantunkan bicara
yang bisa menyengatkan halwa telinga sesiapa yang mendengarnya. Bahkan dikawal
diri daripada melakukan sesuatu di luar batasan agar tidak mendatangkan aib
kepada keluarganya. Bimbang dicanang dan dijaja dek orang akan tingkah laku
buruknya. Pastinya nama arwah mama dan papanya terpalit jua, sedangkan mereka
berdua sudah tiada lagi untuk mengiringi rentak perjalanan hidupnya di dunia
ini.
Salmiha
Haini melangkah longlai. Air matanya masih lagi mengalir laju. Tanpa rasa malu
dan segan, air mata dan hingus yang mengalir dikesat menggunakan hujung
t-shirtnya. Jiwanya benar-benar kosong. Dia kebuntuan. Haruskah dia ikut
kemahuan Pak Langnya dan biarkan hidupnya dalam penjara derita? Buatnya lelaki
yang bakal dia nikahi itu kaki botol dan kaki perempuan, alangkah malang
hidupnya. Andainya lelaki itu kaki judi dan kaki pukul, tidakkah makin
bertimpa-timpa perit hidupnya. Perlukah dia melarikan diri sejauh yang mungkin
atau bersembunyi? Tapi dia takut. Ancaman Pak Lang Yusofnya tidak boleh
dipandang remeh. Bapa saudaranya itu mampu membuatkan hidupnya jadi lebih
huru-hara nanti.
Salmiha
Haini mengelamun jauh memikirkan nasib diri...
Pada
siapa nak aku merayu? Pada siapa nak kukhabarkan bebanan di jiwa ini? Adakah
insan yang sudi mendengar keluh-kesah hatiku ini? Alangkah bagusnya jika saat
ini ada orang yang sudi memujuk hatiku yang walang ini. Oh... TUHAN! Hantarlah
pemilik tulang rusukku yang sebenarnya secepat mungkin, rintih Salmiha Haini.
“Aduh!”
Desis Salmiha Haini. Akibat melayan perasaan sedihnya tanpa sedar tubuh
seseorang dilanggarnya.
“Maafkan
saya encik, saya benar-benar tak sengaja,” pinta Salmiha Haini dengan perasaan
bersalah yang menggunung tinggi. Wajah orang yang dilanggarnya dipandang
seketika.
“Tak
mengapa,” ujar lelaki itu bersama senyuman.
Setelah
memohon maaf sekali lagi, Salmiha Haini berlalu pergi. Dia ingin mencari tempat
yang sesuai untuk merehatkan mindanya. Salmiha Haini berjalan pantas menuju ke
sebatang tiang. Dia berselindung situ. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum
dihembus keluar. Dia harus menenangkan dirinya. Dia harus fikirkan apakah
tindakan yang akan dia ambil selepas ini. Menangis air mata darah sekalipun
sekarang ini, tidak ada gunanya. Orang yang sepatutnya dia hamburkan
kemarahannya tiada di depan mata. Jadi tiada gunanya dia melempiaskan apa yang
terbuku di hatinya ketika ini. Wajahnya diraup berulang kali sambil
beristighfar. Mohon supaya ALLAH berikan jalan untuknya.
SHAHRUL HAIRI
bagaikan tidak percaya dengan apa yang terhidang di depan mata. Tidak sampai
seminggu mereka berpisah, kini wajah itu kembali muncul di hadapan matanya.
Tapi kenapa wajah itu bersedih? Mungkinkah si dia dibelenggu masalah putus
cinta atau cinta terhalang? Gadis itu seolah-olah sedang mencari seseorang di
balai berlepas. Tapi siapa? Pakwe dia cabut lari agaknya, fikir Shahrul Hairi.
Tiba-tiba hatinya menjadi perit.
Mata
Shahrul Hairi masih tidak lepas memandang Salmiha Haini. Masih tertanya-tanya
kenapa Salmiha Haini jadi sebegitu. Apalah yang ditangiskannya ya?
“Kau pandang siapa?” Tanya Max sambil menepuk
bahu temannya.
“Takde sesiapalah,” pintas Shahrul Hairi.
Namun matanya langsung tidak beralih dari memandang Salmiha Haini.
Shahrul
Hairi masih memikirkan kenapa Salmiha Haini bermuram durja. Adakah sesuatu yang
tidak baik telah menimpa dirinya? Terlanjur barangkali. Mungkin tadi dia sedang
mencari lelaki yang telah memusnahkan hidupnya. Lelaki yang tidak mahu
bertanggungjawab atas perbuatan kejinya.
Jantan
itu pun satu hal. Sudah jahanamkan anak dara orang, tak nak bertanggungjawab.
Main blah macam itu aje! Gerutu
Shahrul Hairi.
Tapi...
tak mungkin! Salmiha Haini tidak mungkin melakukan perbuatan yang terkutuk dan
keji. Dia yakin tentang itu. Gadis itu kelihatannya seperti gadis baik-baik
sahaja. Tapi mengapa dia berada di sini dalam keadaan emosi yang sangat teruk?
Persoalan itu masih terus berlegar-legar di mindanya.
Max
memandang pelik perlakuan teman baiknya. Apa yang sedang membebankan sahabatnya
itu? Tadi elok aje.
“Hey... kenapa muka kau nampak tegang? Kau
tak sihat?” Max menunjukkan keprihatinannya. Dia ingin tahu apa yang
menyebabkan Shahrul Hairi kelihatan tidak tenang seperti selalu. Seolah-olah
ada yang memberat di fikirannya.
“Aku
okey!” Luah Shahrul Hairi sambil meraup wajahnya berulang kali.
Dia
harus membuang syak wasangka yang mula bersarang di hatinya. Dia perlu
melontarkan prasangkanya yang tidak elok itu sejauh yang mungkin. Tidak baik
dia bersangka buruk. Kesahihan cerita rekaannya belum lagi terbukti
kebenarannya. Lagipun berdosa besar jika dia cuba mencambahkan benih-benih
fitnah dan curiga dalam hatinya.
“What’s
up friend?” Tanya Max lagi. Risau
dia melihat keadaan
rakan sekerjanya itu. Shahrul
Hairi sekarang ini bukan seperti Shahrul Hairi yang dia lihat
sebelum-sebelumnya. Lelaki itu biasanya lebih bersedia dari segi fizikal dan
mental sebelum melakukan penerbangan. Ratusan nyawa berada dalam
tanggungjawabnya. Dia bimbang andai Shahrul Hairi gagal mengawal emosinya.
Hesy...
dia ni! Macam aku tak faham ayat Bahasa Melayu sampai nak kena cakap BI. Bukan
ke dok pi dok mai, tang tu jugak persoalan yang ingin dia ketahui.
“Aku
tak ada apa-apalah. Kau jangan bimbang,” jelas Shahrul Hairi sambil menepuk
bahu sahabatnya berulang kali, semata-mata ingin menunjukkan yang dirinya
benar-benar okey.
Matanya
kembali mencari figura Salmiha Haini. Gadis itu kelihatannya sedang
bercakap-cakap dengan seseorang di talian. Dan si dia juga masih lagi dihambat
kepiluan. Air mata Salmiha Haini masih tetap mengalir. Ingin rasanya dia
merangkul gadis itu ke dalam pelukan, memujuk. Namun dia tahu, itu terlalu
mustahil. Hendak bersalaman pun gadis itu enggan, inikan pula memeluknya. Ada
karang penyepak naik ke muka!
“Hai...
Max! Hai... Rie!” Sapa satu suara dengan manja sekali.
Uwekk!
Hendak loya Shahrul Hairi mendengarnya. Kenapalah dalam banyak-banyak stewardess, perempuan yang bernama
Darlina ini jugak yang selalu bekerja
sepasukan dengannya? Mujurlah dia berkhidmat hanya untuk beberapa bulan sahaja
lagi. Buatnya sampai pencen? Mahu parah!
“Hai...
Dar! You buat apa kat sini? Mana krew-krew cabin
yang lain?” Soal Max, sekadar mahu mengambil hati.
“Manalah
I tahu! Bukannya I jaga dia orang pun!” Sinis sekali jawapan yang diberikan
oleh Darlina.
Berwajahkan
Pan Asian, Darlina rasakan dirinya terlalu hebat dan cantik. Manakan tidak, dia
sering menjadi perhatian penumpang-penumpang di dalam pesawat terutamanya si
mata keranjang.
Naik
menyampah pula Shahrul Hairi melihat kesombongan dan keangkuhan perempuan yang
bernama Darlina itu. Macamlah bagus sangat! Jika setakat bersandarkan
kecantikan sahaja itu belum mencukupi. Alangkah bagusnya jika kecantikannya itu
diserikan lagi dengan budi pekerti yang mulia.
“Rie...
jom kita pergi minum,” ajak Darlina manja. Wajah Shahrul Hairi direnung dengan
penuh mengharap. Darlina merasa sangat hairan. Kenapa lelaki bernama Shahrul
Hairi bin Tan Sri Sharman ini terlalu sukar untuk dihampiri dan terlalu payah
hendak didekati. Kalau lelaki lain, pantang dipelawa, terus aje bersetuju.
Malahan ada juga yang datang merayu dan memujuknya walaupun dia menolak.
“Sorry Darlina, saya tak berapa sihat.
Mungkin lain kali kita minum bersama.” Shahrul Hairi menolak secara lembut dan
halus. Dia bimbang andai dia menolak secara kasar, Darlina menjadi berang.
Perempuan seperti Darlina pasti akan membuat dirinya jadi gila. Daripada dia
menjadi mangsa kerakusan Darlina, lebih baik dia mencari helah untuk
menghindari demi kesejahteraan hidupnya dunia dan akhirat.
“Ala...
you ni Rie, selalu aje bagi reason
kalau I ajak! Sombong sangatlah you ni.” Darlina mula menunjukkan kemarahannya.
Namun dia cuba mengawal rasa ketidakpuasan hatinya sebaik mungkin. Dia tidak
mahu Shahrul Hairi terlepas pergi. Lelaki hebat dan kacak seperti Shahrul Hairi
perlu ditawan hatinya. Darlina risau dan bimbang sekiranya dia tercicir dari
senarai calon pilihan hati Shahrul Hairi. Di luar sana pasti ramai gadis yang
ingin menawan hati lelaki seperti Shahrul Hairi ini.
“Saya
bukannya hendak mengelak. Tapi saya benar-benar kurang sihat,” dalih Shahrul
Hairi.
“Betul
kata Rie tu Dar, dia memang tak sihat.” Max membantu rakannya itu. Lagipun dia
tahu, Shahrul Hairi memang tidak berminat hendak menerima pelawaan Darlina.
“Baiklah
kalau macam tu. I pergi dulu,” pamit Darlina.
Setelah
Darlina jauh dari pandangan mereka, Shahrul Hairi bersuara.
“Terima
kasih Max kerana lepaskan aku daripada perempuan sihir tu.”
Tergelak
Max mendengar kata-kata Shahrul Hairi. Rakannya itu ada saja nama yang
pelik-pelik untuk digelarkan kepada Darlina.
“Tak
ada hal punya! Lagipun aku tahu kau memang tak berkenan dengan dia,” ujar Max
sambil menepuk lembut bahu temannya.
Shahrul
Hairi hanya tersenyum mendengar kata-kata kawan baiknya itu. Dia kembali
mencari Salmiha Haini, namun gadis itu sudah tiada. Ini Darlina sengal punya
fasallah ni. Dah hilang gadis pujaanku!
“MIHA kau kat mana?” Tanya Sofea tanpa
tertangguh apabila panggilannya bersambut. Dia benar-benar risau. Sewaktu dia
pulang dari pusat asuhan, rumahnya masih bergelap dan kereta Salmiha Haini juga
tiada. Jarang sahabatnya itu keluar rumah tanpa memberitahu kepadanya terlebih
dahulu.
Mendengar sahaja suara Sofea,
Salmiha Haini kembali sebak.
“Miha
kenapa ni? Apa yang membuatkan kau menangis dan bersedih ni?” Sofea bertanya
lagi apabila hanya suara esakan Salmiha Haini sahaja yang kedengaran. “Bagi
tahu aku, kau kat mana? Aku akan ke sana sekarang,” pinta Sofea lembut. Dia
tidak mahu temannya itu tertekan.
“Aku
kat KL!” Balas Salmiha Haini sambil menahan sendu. “Fea tolong aku! Pak Lang
aku dah tetapkan majlis perkahwinan aku hujung bulan depan. Apa yang harus aku
buat Fea?” Salmiha Haini meluahkan bebanan yang dia simpan sejak tengah hari
lagi. “Tadi aku ke rumah dia, tapi dia takde.
Dia pergi Abu Dhabi. Aku rasa macam nak mati sekarang ni!”
“Bawa
mengucap Miha. Banyakan beristighfar. Ingat ALLAH! Semuanya akan berjalan
dengan baik jika kau mampu bertenang dan berfikir dengan waras,” pujuk Sofea.
Salmiha
Haini berdiam diri mendengar nasihat Sofea. Dalam hatinya mengeluh berat.
Bersabar?! Bagaimana dia hendak bersabar kalau permintaan bapa saudaranya itu
hanya membebankan dirinya.
“Apa
kau cakap tadi? Pak Lang kau paksa kau kahwin hujung bulan depan?” Jerit Sofea
pabila dia teringatkan kembali kata-kata Salmiha Haini sebentar tadi. “Orang
tua tu dah hilang akal ke apa? Suka-suka aje paksa orang!” Marah Sofea.
Kelakar
sungguh Si Sofea ni! Tadi dia nasihatkan Si Salmiha Haini supaya bersabar dan
beristighfar. Sekarang ni dia pulak
yang mengamuk sakan!
“Aah! Dia cakap kalau aku cuba mengelak
atau membantah, dia akan buat sesuatu hingga aku menyesal seumur hidup. Apa
yang perlu aku buat Fea? Aku tak nak kahwin!” Mujurlah Sofea menghubunginya.
Kekacauan di jiwanya sedikit terubat. Dan kini dia sudah mampu bertenang.
“Eee... geramnya aku! Apa dia ingat kau
ni anak ayam ke, takde hati dan
perasaan? Main paksa-paksa je!” Bebel
Sofea. “Cuba kita paksa dia kahwin, nak tak dia?”
Salmiha
Haini tergelak kecil mendengar kata-kata terakhir Sofea. Terlupa sudah dia akan
kesedihannya. Kehadiran Sofea benar-benar mampu menghalau pergi galau di
hatinya.
“Fea...
kalau kau suruh dia kahwin dengan kau, confirm
dia setuju punya! Takdenya dia nak
membujang lama-lama bila ada gadis muda dan cantik macam kau menawarkan diri,”
usik Salmiha Haini. Pada firasatnya agak mustahil Pak Lang Yusofnya akan
menduda sampai ke mati selepas Mak Langnya meninggal dunia. Tapi tak tahulah
kalau Pak Lang Yusofnya itu jenis setia pada yang satu. Hati manusia tiada
siapa yang mampu menelahnya.
Sofea
mendengus.
“Miha...
mulut kau tu jaga sikit ya! Tak ada maknanya aku nak kahwin dengan bapa saudara
kau. Tunang aku yang kacak menawan tu aku nak campak mana?” Sofea meluahkan
rasa tidak senangnya.
Salmiha
Haini terkedu seketika. Marahkah Sofea?
“Maafkan
aku sebab buat kau marah.” Salmiha Haini bimbang kerana mulutnya dia bakal
kehilangan sahabat sejati.
Kini
Sofea pula yang hilang punca. Terasakah kawan baiknya itu?
“Errr... aku tak marah kat kaulah. Dan
kau pun takde buat salah dengan aku.
Jadi tak perlulah nak mintak maaf. Aku ni ha... yang sepatutnya minta maaf
sebab buat kau tersinggung dengan kata-kata aku tadi.” Sofea tidak mahu
temannya itu terus-terusan terasa bersalah. Sudahlah kawannya itu punya masalah
yang berat, kini ditambah pula dengan perangainya yang kurang cerdik sebentar
tadi.
“Kau
pun takde buat salah dengan aku.
Kalau ada pun dah lama aku maafkan,” balas Salmiha Haini tulus. Salmiha Haini
benar-benar bersyukur kerana punya teman baik seperti Sofea. Sofea sentiasa ada
ketika dia susah dan tahu bagaimana hendak memulih dan menstabilkan emosinya.
Mungkin pengalaman menjaga anak-anak kecil banyak membantu Sofea mendalami jiwa
seseorang.
“Habis
tu kau nak buat apa lepas ni?” Tanya Sofea lembut setelah kesepian kembali
membaluti mereka.
“Aku
ingat nak tunggu dia balik. Aku nak bincang dengan dia elok-elok.”
“Kalau
dia tak setuju jugak macam mana?”
Salmiha
Haini melepaskan keluhan yang paling berat. Apa yang harus dia lakukan kalau
Pak Langnya tetap enggan menerima cadangannya?
“Aku
tak tahu!”
“Takpe kau jumpa dia dulu,” pujuk Sofea.
“Andai dia tetap dengan keputusannya, kita buat sesuatu yang lebih havoc! Sepupu aku pun syok gak kat kau. Kalau kau nak larikan diri,
ada baiknya kau kahwin dengan dia. Lagipun kau dengan dia dah kenal.” Sofea
memberi pendapatnya.
“Gila
kau nak suruh aku kahwin dengan Imran Ajmal! Tak naklah aku kahwin dengan
jejaka Malaya tu! Ada karang aku menjerut rasa sepanjang masa,” bantah Salmiha
Haini. Dia memang tak berkenan langsung dengan ‘buaya kategori tembaga’ itu.
“Manalah
tahu lepas kahwin dengan kau, dia berubah!” Sofea cuba merasionalkan Salmiha
Haini.
“Tak
apalah! Terima kasih banyak-banyak, aku tak minat. Daripada aku kahwin dengan
dia lebih baik aku kahwin dengan abang pilot
yang aku langgar tadi.”
“Wah...
kau ada jumpa abang pilot ke? Kacak
tak dia?” Sofea bertanya dengan teruja.
“Entah!
Aku tak cam sangat muka dia! Hensem kot!” Jelas Salmiha Haini sambil
menjongket bahu. Bagaimana dia nak cam muka lelaki yang dilanggarnya tadi kalau
dalam kepala otaknya sarat dengan masalah yang ditimbulkan oleh Pak Lang Yusof.
“Hesy...
kenapa kau tak tengok betul-betul?” Sofea tidak berpuas hati.
“Kau
ni apa hal? Kalau dia handsome bagai
nak rak sekalipun, bukannya dia boleh jadi laki aku. Aku kenal dia pun tidak!”
Tempelak Salmiha Haini. Geram pulak
dia dengan sikap melebih-lebih temannya itu.
“Kau
marahkan aku ke? Ala... sorry ek! Aku bukannya apa, kalau kau dah ada
teman lelaki boleh jugak kau ajak dia
kahwin. Sekurang-kurangnya bila kau dah kahwin, Pak Lang kau tak berani kacau.”
Sofea mengutarakan cadangannya. “Susah-susah sangat, kau tackle aje Si Les tu, habis cerita. Aku ingat kalau kau ajak dia
kahwin, mesti dia setuju punyalah. Dia kan dah lama tangkap lentok dengan kau,”
giat Sofea.
“Kau
ni... baru tadi minta maaf. Tak sampai lima saat dah buat hal balik. Ni aku
geram ni!” Salmiha Haini pura-pura marah. Dia tahu sahabatnya sekadar memberi
pendapat dan bergurau sahaja.
“Okey!
Okey! Aku minta maaf banyak-banyak! Aku janji tak akan cakap apa-apa lagi
tentang Les.” Sofea memohon maaf bersungguh-sungguh. Risau juga dia jika
sahabatnya itu merajuk. “Tapi aku nak tanya kau dari hati ke hatilah. Kau
jangan marah ya. Aku janji ini yang terakhir.”
“Kau
nak tanya tentang apa?”
“Kenapa
kau tak nak dekat Les? Buruk sangat ke dia tu? Aku tengok okey je.”
“Les
tu sebenarnya tak ada cacat celanya pun. Tapi kau tahukan yang aku ni amat-amat
alergi dengan lelaki yang pakai kaca mata tebal. Rentung aku kalau cermin mata
dia tiba-tiba buat hal. Tak ke niaya aku nak kena pimpin ke mana dia nak
pergi.” Salmiha Haini berlelucon.
“Tak
munasabah langsung alasan yang kau beri. Tak boleh diterima pakai. Bagi aku,
siapa pun dia, kau tak ada hak hendak mempertikaikannya.” Marah Sofea.
Les
kacak orangnya Fea. Cuma... ketampanan dia terselindung di balik kaca mata
tebalnya itu, bisik hati Salmiha Haini. Dia tahu akan hal itu kerana pernah
terserempak dengan Les tanpa kaca mata. Tapi itulah, hati dan perasaan tidak
boleh dipaksa. Apatah lagi isyarat memanggil cinta tidak pernah sampai ke
hatinya setiap kali dia memandang Les. Dan apa yang Sofea katakan ada benarnya,
kekacakan dan kecantikan paras rupa tidak boleh dijadikan sebagai kayu
pengukur. Sebaliknya iman dan taqwa merupakan teras keunggulan seseorang
manusia yang bergelar hamba ALLAH.
“Kau
ni teremolah pulak! Aku bergurau ajelah tadi. Mungkin kalau dah terdesak
sangat-sangat, akan aku buka pintu hati ini seluas-luasnya untuk terima dia
sebagai suami,” jelas Salmiha Haini dengan nada serius. Sengaja hendak
mengenakan sahabat baiknya itu.
Apa yg terjadi?
ReplyDeleteMakin tertny tny n tak sbr nak tahu kisah selanjutnya.
makin byk bab makin best n menarik.
Tahniah dayana krn mampu berkarya dgn baik.
suka dgn karya awak
K. Ina
Nak tahu kena tungu bab2 yg berikutnya K. Ina
DeletePertemuan dah terjd di antara mrk...
ReplyDeleteSuka dgn watak hero n heroin.
Terbaik DD
Terima kasih Onah atas sokongan
DeleteBestnya.
ReplyDeleteApa akan ya lps niih
terima kasih krn sukakan saca.
DeleteNak tahu, kena tunggu bab seterusnya
best
ReplyDeleteTerima kasih p3
DeleteBestt....
ReplyDelete~Nin~
terima kasih Nin
DeleteBenci dgn Pak Lang Salmiha Haini..
ReplyDeleteCepatlah Shahrul Hairi tolong...
Menarik sgt2
Terima kasih Athirah.
Deletesahabat sejati susah nak cari skrg ni.
ReplyDeleteCter ni blh dijdkan pengajaran.
Jdlah kawan yg membantu bkn menghancurkan.
Betul tu.
Deletesahabat yg benar2 sukar utk ditemui
sgt2 best
ReplyDeleteKak DD
ReplyDeleteluv u la sis
best citer ni.
Terima kasih Raihana
Delete