SHAHRUL
HAIRI menyemak dan meneliti satu
persatu timbunan fail yang berada di atas mejanya. Empat hari tidak berada di
pejabat, sudah sebeban kerja yang menantinya. Inilah yang dia tidak minat dan
malas bekerja di pejabat. Selain terikat dengan masa dan mesyuarat, kerja yang
datang juga tak henti-henti.Bak kata Si Labu dalam filem Labu Labi arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, selagi tak tutup mata,kerja...kerja...!!! Pening kepalanya mengadap timbunan fail dan dokumen yang berada di atas meja.
Shahrul Hairi meneliti jam tangannya. Menghampiri satu tengah hari. Dia menggeliat dan membetulkan urat saraf yang sudah terasa bersimpul. Punggungnya juga terasa kebas dan kematu akibat duduk terlalu lama. Perut yang mula mengeluarkan bunyi dipegangnya. Keluar makan lagi bagus, bisik hatinya. Dia mengemas timbunan fail yang berada di atas meja. Memang pantang bagi Shahrul Hairi meninggalkan meja kerjanya dalam keadaan berselerak dan tidak kemas.
Shahrul Hairi meneliti jam tangannya. Menghampiri satu tengah hari. Dia menggeliat dan membetulkan urat saraf yang sudah terasa bersimpul. Punggungnya juga terasa kebas dan kematu akibat duduk terlalu lama. Perut yang mula mengeluarkan bunyi dipegangnya. Keluar makan lagi bagus, bisik hatinya. Dia mengemas timbunan fail yang berada di atas meja. Memang pantang bagi Shahrul Hairi meninggalkan meja kerjanya dalam keadaan berselerak dan tidak kemas.
Terasa ada getaran dalam poket seluar, Shahrul Hairi
pantas menyeluknya. Tertera nama ‘ayah’ di atas skrin telefon bimbitnya. Dia
tersenyum. Pasti ayahnya inginkan sesuatu darinya.
“Assalamualaikum ayah.”
“Waalaikumussalam. Rie masih ada kat bilik Rie lagi
ke?” Tan Sri Sharman terus bertanya.
“Ya, ayah. Ada apa ayah call Rie ni?”
“Amboi! Sejak bila seorang ayah tak boleh
menghubungi anaknya?” Usik Tan Sri Sharman.
Shahrul Hairi tersenyum kelat. Kepalanya digaru
tanpa sebab. Ada sahaja idea ayahnya hendak mengenakan dirinya.
“Bukan macam tu ayah. Rie cuma nak tahu kenapa ayah
hubungi Rie. Manalah tahu ada hal mustahak atau mesyuarat tergempar.” Shahrul
Hairi mengemukakan alasannya. Berbicara dengan ayahnya harus berhati-hati,
bimbang terperangkap dengan soalan maut. Apa lagi kalau bukan isu kahwin. Sejak
akhir-akhir ni, gemar benar ayah dan ibunya membangkitkan perihal nan satu ini.
Sudah naik tepu otaknya. Bahkah sudah boleh dihafal skripnya. Nak-nak skrip
ibunya. Balik-balik tang tu jugak ayat yang keluar. Balik-balik nama
si dot... dot... tu jugak yang keluar
dari mulut ibunya. Apa yang bagus sangat dengan si dot... dot... tu pun Shahrul
Hairi tidak tahu. Apa yang dia tahu, gadis itu bukan gadis idaman hatinya.
Tan Sri Sharman tergelak kecil di talian.
“Tak ada apa-apa. Ayah cuma nak ajak keluar makan
tengah hari bersama. Macam mana? Rie setuju tak?”
Shahrul Hairi menghela nafas lega. Selamat!
“Tak ada masalah. Rie pun memang nak keluar makan.
Perut ni dah mula berkeroncong dan merayu-rayu mintak di isi.”
Ketawa besar Tan Sri Sharman mendengar jenaka
anaknya.
“Kalau macam tu baguslah. Ayah tunggu Rie kat
pejabat ayah.”
“Ayah bagi Rie masa dalam lima minit, boleh?” Pinta
Shahrul Hairi sambil melihat pergelangan tangannya.
“Emmm...
baiklah.”
Selepas menamatkan panggilan dengan ayahnya. Shahrul
Hairi mengemas mejanya sepantas yang mungkin. Dia tidak mahu ayahnya
tertunggu-tunggu kedatangannya. Usai kerjanya, kot berwarna kelabu yang
tersarung kemas ditubuhnya ditanggalkan dan disangkut di kepala kerusi. Dia
kemudiannya mengatur langkah menuju ke pejabat ayahnya.
“Kita nak makan kat mana ayah?” Soal Shahrul Hairi
sambil memandu. Wajah ayahnya dipandang sepintas lalu.
“Kita cari masakan kampunglah.”
Kecur air liur Shahrul Hairi apabila mendengar
perkataan masakan kampung.
“Bagus juga cadangan ayah tu. Rie pun dah lama tak pekena gulai tempoyak ikan patin dan
budu. ”
Tan Sri Sharman tersenyum. Selera Shahrul Hairi sama
seperti dirinya dan juga insan yang sangat dia sayangi dalam hidup.
Shahrul Hairi memandu ke Taman Perling. Sebuah
restoran masakan kampung yang terkenal di situ menjadi pilihan mereka.
“Dah lama kita tak keluar makan bersama,” ujar Tan
Sri Sharman sambil memandang anaknya.
“Tapi kan kita selalu makan bersama kat rumah,” balas Shahrul Hairi. Dia tersenyum mesra ke arah ayahnya.
“Tapi kan kita selalu makan bersama kat rumah,” balas Shahrul Hairi. Dia tersenyum mesra ke arah ayahnya.
“Kat rumah suasananya lain,” ujar Tan Sri Sharman.
Bahu Shahrul Hairi ditepuknya.
Shahrul Hairi tergelak kecil mendengar kata-kata
ayahnya. Memang benar apa yang ayahnya katakan. Makan di rumah tidak sama
rasanya seperti makan di luar. Bahkan dia merasakan, makan di luar lebih aman
dan menyeronokkan. Lebih-lebih lagi tanpa gangguan dari sepupunya.
Shahrul Hairi membuang pandang
sekitar restoran. Ramai juga pengunjung yang datang makan tengah hari di sini.
Matanya tiba-tiba terpandang wajah seseorang. Alamak! Kenapalah mesti jumpa
minah tu kat sini? Pantang terdetik nama, pasti muncul. Baru saja dia hendak
merasa aman, dah terganggu. Shahrul Hairi segera melarikan wajahnya dan
berselindung dibalik ayahnya.
“Kamu ni kenapa? Macam nampak ceti
aje tiba-tiba menyorok.” Tak selesa jadi dirinya bila Shahrul Hairi bersembunyi
di belakangnya.
“Ini bukan kata ceti lagi ayah,
lebih dari itu,” bisik Shahrul Hairi. Dia sudah tidak betah makan di situ.
Hendak mengajak ayahnya makan di tempat lain, dia tidak sampai hati. Lagi pula
mereka tidak boleh masuk lewat ke pejabat. Pukul tiga nanti mereka ada
mesyuarat penting bersama pelabur dari Jerman.
Tan Sri Sharman segera merapati meja
kosong yang berada tidak jauh dari mereka berdiri. Melihatkan keadaan anaknya
yang seperti hendak main sorok-sorok, ada baiknya dia mencari tempat duduk
terlebih dahulu.
“Macam-macam hal kamu ni...,” omel
Tan Sri Sharman. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi.
Shahrul Hairi mengambil tempat duduk di hadapan
ayahnya. Sesekali dia memandang ke sebelah kiri. Tatkala musuh ketatnya mula
menghampiri mereka, Shahrul Hairi segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan
pura-pura menaip sesuatu. Malas dia hendak melayan.
Tan Sri Sharman memandang pelik sikap anaknya. Dalam
hatinya tertanya-tanya apakah yang membuatkan anak lelakinya itu tidak senang
duduk. Dia menghala pandangan ke arah yang sama seperti Shahrul Hairi.
“Eh... Pak Usu! Pak Usu pun makan
kat sini?” Sapa seseorang mesra. Senyuman manis juga menghiasi bibirnya yang
dioles dengan gincu berwarna merah terang.
Tan Sri Sharman mendongak. Ini
rupanya yang membuatkan bujangnya macam cacing kepanasan.
“Laila! Nak makan tengah hari juga
ke?” Tan Sri Sharman menyapa anak saudara isterinya itu.
“Lebih kuranglah. Emmm... mana Hairi? Bukan ke dia ada kat
JB. Dia tak ikut Pak Usu makan sekali ke?” Aspalela bertanya ramah. Matanya
melilau mencari Shahrul Hairi.
Shahrul Hairi menghela nafas lega.
Mujurlah Aspalela tidak perasankan dirinya.
Tan Sri Sharman tersengih memandang
wajah anaknya yang dilitupi misai, jambang dan kaca mata tebal itu.
Shahrul Hairi mengisyaratkan agar
ayahnya tidak bersuara tentang dirinya. Malas dia hendak melayan kerenah
Aspalela yang mengalahkan orang terencat akal.
“Rie? Tadi dia ada, tapi sekarang
dah tak tahu hilang ke mana pulak.
Dah macam Chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada,” ujar Tan Sri Sharman sambil
memandang anaknya.
Shahrul Hairi tersengih mendengar
kata-kata ayahnya. Pandai juga ayahnya berlakon.
“Jemputlah duduk Laila, kita makan sekali,” pelawa
Tan Sri Sharman. Dia mula menarik kerusi di sebelahnya. Wajah anak tunggalnya
juga dipandang. Melihat Shahrul Hairi tak senang duduk, dia ketawa kecil.
Macamlah Si Laila boleh perasan jika dah menyamar seperti mawas, gumam Tan Sri
Sharman.
Aspalela menatap Tan Sri Shahrman seketika sebelum
beralih ke arah lelaki yang berada di hadapan Tan Sri Sharman. Lelaki ni mesti
pangkat besar. Boleh buat stok ‘bank’ aku ni. Muka belakang kira, janji poket
tebal, bisik hati Aspalela.
Shahrul Hairi telan liur. Gerun dia melihat renungan
Aspalela. Mahu pengsan sekiranya Aspalela kenal akan dirinya ketika ini.
“Errr...
takpelah Pak Usu, Laila makan kat
tempat lain aje.” Aspalela jual mahal. Dia melirik ke arah lelaki yang berada
di hadapan Tan Sri Sharman dan menunggu lelaki itu mempelawanya.
Haa... berhambuslah cepat-cepat,
membantutkan selera aku nak makan aje! Bisik hati Shahrul Hairi. Wajah Aspalela
langsung tidak dipandangnya.
Melihatkan tiada tanda-tanda lelaki itu ingin
mengajaknya makan bersama, Aspalela angkat kaki. Buang masa dia aje tercongok
di situ. Lagipun kawan-kawannya sudah pun menanti. Lainlah sekiranya Shahrul
Hairi ada. Tak dipelawa pun dia dengan senang hati mempelawa dirinya untuk
makan tengah hari bersama.
Setelah Aspalela beredar, Shahrul
Hairi bersuara.
“Apalah ayah ni! Perempuan yang
pakai baju tak cukup kain tu pun ayah ajak duduk makan sekali. Buat sakit biji
mata dan tambah dosa aje.” Shahrul Hairi meluahkan rasa tidak puashatinya.
“Ayah bukannya ajak betul-betul.
Sekadar nak tunjukkan yang kita ni tak sombong. Lagipun dia tu kan sepupu Rie,
apa salahnya kita makan semeja.”
“Biarlah takde sepupu asalkan hati senang,” balas Shahrul Hairi bersahaja.
Menggeleng kepala Tan Sri Sharman
dengan gelagat anak terunanya itu. Benci benar Shahrul Hairi dengan Aspalela.
“Kenapa kamu tak boleh berbaik
dengan dia?” Soal Tan Sri Sharman.
“Tak serasi kut!”
“Itu aje alasannya?”
“Bukan itu sahaja. Banyak benda yang buatkan Rie tak
ngam dan tak boleh jalan seiringan dengan dia. Ayah tak tengok ke bagaimana
sikapnya? Pergaulan dia? Bebas sangat. Takut Rie melihatnya. Rie yang lelaki ni
pun malu nak lepas laku macam tu dikhalayak ramai.” Shahrul Hairi memuncung
mulutnya ke arah Aspalela. Aspalela ketika itu sedang berbual-bual dengan
teman-temannya. Aspalela dan teman-temannya buat restoran itu bagaikan milik
mereka sendiri. Langsung tiada rasa malu dan bersalah kerana mengganggu
ketenteraman pengunjung di situ.
Mata Tan Sri Sharman mencari tempat duduk Aspalela.
Dia mengeluh sendirian. Memang benar apa yang anaknya katakan. Bagaimana
isterinya boleh merancang untuk menjodohkan Shahrul Hairi dengan Aspalela.
Teruk benar tingkah laku gadis itu. Tidak sesuai langsung untuk dijadikan teman
hidup.
SHAHRUL HAIRI
merenung ke luar tingkap. Letih benar rasanya hari ini. Bukan penat tubuh badan
tetapi lebih kepada melayan kerenah ibunya. Sudah dua hari dia berada di Johor
Bahru tetapi dia langsung tidak pulang ke rumah ibu bapanya. Sejak ibunya
berura-ura hendak menjodohkannya dengan Aspalela, dia semakin tidak betah
hendak pulang ke rumah keluarganya. Dia lebih suka berkurung di kondonya
sahaja. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka dan bertegang urat dengan ibunya.
Jadi ada baiknya dia mengambil sikap menjauhkan diri sahaja.
Bunyi deringan membuatkan Shahrul
Hairi sedikit tersentak. Dia berkira-kira sama ada hendak mengangkat telefon
bimbitnya yang terdampar di atas katil ataupun tidak. Dia bimbang jika itu
adalah panggilan daripada ibunya lagi. Telinganya sudah kebas mendengar leteran
ibunya selama dua hari ini.
Bukannya dia tidak mahu pulang ke
rumah. Tetapi dia bosan jika terus-terusan dipaksa berkahwin dengan orang yang
tidak dia cintai. Sekiranya Aspalela itu elok budi pekertinya mungkin dia akan
pertimbangkan juga. Ini... memang tak serupa manusia bertamadun. Siapa yang
inginkan perempuan yang terdedah sana terdedah sini? Buat rugi aje dapat isteri
yang sudah ditonton oleh ramai orang tubuh badannya.
Jika boleh dia inginkan gadis yang berpakaian sopan
dan menutup aurat. Biarlah dia yang pertama melihat keindahan tubuh badan
isterinya. Biarlah segala yang menjadi rahsia isterinya selama ini, dialah yang
pertama ‘menerokainya’. Dia ingin menjadi lelaki pertama yang ‘memiliki’
segala-galanya.
Kasihankan telefon bimbitnya yang
sedari tadi menjerit-jerit, Shahrul Hairi menggagahi diri mengambilnya. Melihat
nama Max yang tertera, Shahrul Hairi menghela nafas kelegaan.
“Helo bro! Apa hal call aku
malam-malam ni?” Soal Shahrul Hairi.
“Peninglah kepala aku melayan
kerenah awek kau ni. Tak faham bahasa langsung. Dah berbuih mulut aku cakap
yang kau takde kat sini, tapi
langsung tak nak faham,” adu Max.
“Apa yang kau cakapkan ni Max? Bila
masa aku ada makwe?” Rengus Shahrul Hairi kurang senang. Bila masa pulak dia ada makwe? Nak rapat dengan
perempuan pun susah. Inikan pula nak isytiharkan sebarangan gadis sebagai
kekasih. Gila betul Max ni! Kini kepala Shahrul Hairi pula yang pening
gara-gara kenyataan Max.
“Habis tu... kenapa Si Darlina asyik
cakap yang kau ni pakwe dia? Aku mati-matilah ingat yang kau ni betul-betul
pakwe dia,” usik Max. Dia tahu siapa Darlina di sisi Shahrul Hairi.
“Dia? Hei... kau dah hilang akal ke?
Kalau aku jadi pakwe dia, memang pendek umurlah aku ni nanti,” balas Shahrul
Hairi geram.
Max ketawa berdekah-dekah di hujung
talian. Dia sudah dapat mengagak yang temannya itu akan mengamuk.
Shahrul Hairi mengetuk dahinya. Bengang! Macamlah
ayat yang keluar dari mulutnya tadi lucu. Dapat dia bayangkan bagaimana
keadaannya jika Max berada di hadapannya sekarang ini. Sebijik penumbuk pasti melekat di perut sahabatnya itu. Suka sangat
bergurau tak kena gaya.
“Dia nak apa daripada aku?” Tanya
Shahrul Hairi sedikit tegas. Tawa Max yang menyakitkan hati diabainya.
“Manalah aku tahu. Bila aku tanya,
dia kata itu urusan antara dia dan kau aje.”
Shahrul Hairi mendengus. Tanda tidak
suka.
“Gila! Aku tak pernah pun ada
apa-apa urusan dengan dia dan tak ingin berurusan dengan dia selagi hayat
dikandung badan.” Tekan Shahrul Hairi.
“So,
hal kau macam mana? Dah settle?” Max
mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu menambah beban sahabatnya itu. Tentu
Shahrul Hairi tidak senang duduk ketika ini bila ditekan supaya segera
menamatkan zaman bujangnya.
“Settle
apanya! Makin berserabut adalah. Ibu aku tak sudah-sudah nak padankan aku
dengan anak sedara dia. Ayah aku pulak tak habis-habis promote anak kawan dia. Macamlah aku ni
bujang terlajak yang tak laku. Tension aku dibuatnya,” omel Shahrul Hairi.
“Susah-susah sangat, kau pikat
ajelah salah sorang rakan sekerja kita. Habis cerita!” Max menyatakan
pandangannya.
“Kahwin dengan rakan setugas? Oh...
itu bukan impian aku! Aku nak cari yang duduk di bawah aje sebab tak lama lagi
aku akan pencen.”
“Kau ni cerewet betullah. Yang parent kau pilih, kau tak nak. Cari
sendiri pun tak minat. Sampai bila kau nak single-mingel macam ni?” Max bersuara dengan
nada tidak puas hati. Puas dia ‘berkempen’ perempuan untuk Shahrul Hairi tapi
semuanya dipandang sepi dan ditolak mentah-mentah. Susah benar nak tarik minat
kawannya yang seorang ini terhadap perempuan. Entah yang bagaimanalah yang
menjadi pojaan hati rakan baik
merangkap rakan setugasnya itu.
“Selagi jantung aku tidak bergetar
hebat bila bertentang mata dengan si dia, selagi itulah aku tak akan serahkan
cinta suci aku ni terhadap mana-mana perempuan.”
“Wow!
Kiranya kau ni nak jadi pencinta yang setialah ni?” Ejek Max.
“Lebih kuranglah! Aku tak nak jadi
macam kau. Pantang nampak yang cantik sikit, mulalah jantung kau asyik
berdenyutlah, berdetaklah dan entah apa ‘ber’... lagi yang kau rasa aku pun tak
tahu. Entah-entah semuanya palsu,” sindir Shahrul Hairi.
“Itu normallah bagi lelaki kacak
macam aku ni. Ramai sangat yang tertawan dan terpikat. Kalau aku tak layan
mereka, tentu mereka kecewa dan berduka,” balas Max tak mahu kalah.
Menggeleng kepala Shahrul Hairi
mendengar alasan kurang bijak Max.
“Berubahlah sebelum malaikat Izrail
datang menjemput,” nasihat Shahrul Hairi. Dalam sekali maknanya.
“Errr...
okeylah Rie, aku nak hang up dah ni. Lain kali aku call kau lagi.”
“Emmm...
yalah!” Balas Shahrul Hairi ringkas. Tahu sangat dia yang Max ingin mengelak.
Bukan sekali dua Max berkelakuan begitu. Boleh dikatakan setiap kali dia
menegur temannya itu.
Usai berbual dengan Max, Shahrul Hairi bingkas
bangun menuju ke komputer ribanya. Ada kerja yang perlu dia bereskan sebelum
kembali ke Kuala Lumpur.
BERSAMBUNG.... :)
best2.......xsabar nk th n3 seterusnya......
ReplyDeleteTerima kasih emyliana adlin.
DeleteKita berjumpa lg dgn Shahrul Hairi dan Salmiha Haini sedikit masa lagi.
Kak DD... Luv u sis. Best sgt2... <3
ReplyDeleteTerima kasih p3.
Deletewhoa...bestnya.
ReplyDeleteJgn lama sangat menghilangkan diri dayana
Maaf krn lama menyepi. Byk yg hendak diuruskan
DeleteDah ada cerita baru. nak lagi. tak cukup.
ReplyDeleteNak lagi? Tunggu ya :)
DeleteTerima ksih Dayana krn sudi mengubati kesunyian. Permulaan yg baik. Tak sbr nak tahu kisah selanjutnya.
ReplyDeleteTerima kasih Onah krn terus menyokong.
DeleteTunggu ya.
Nak lagi kak DD. superb.
ReplyDeleteTerima kasih Athirah krn sudi bersama lg.
DeleteNnt ya...
Hero n heroin dia sweet je. Ada iras2. Pasti best cerita nih.
ReplyDeleteTerima kasih Anonymous.
DeleteNak tahu best ke tak? kena tunggu cerita selanjutnya.
BEST.......
ReplyDeleteTerima kasih baby mio
DeleteYeah... sayang kak DD. TQ... TQ...
ReplyDeleteCerita baru ni pun menarik.
Kak DD, SPH bila nak terbit ni? Tak sabar nak peluk ketat2.
Terima kasih Raihana krn masih setia dgn akak.
DeleteSPH blm tahu bila. Sabar menanti ya.
Sambung pls!!!!
ReplyDeleteInsya ALLAH.
DeleteTunggu...
Lagikkk..
ReplyDeleteBest la Dayana.
Tunggu ya...
DeleteTerima kasih krn sudi membc SACA yg tidak seberapa ini.
Jatuh cinta dgn Shahrul Hairi. Handsome siot!
ReplyDeleteMari sama2 jatuh cinta... :)
DeleteBila nak smabung nih?
ReplyDeleteSedikit masa akan ada smbgannya.
DeleteLagi...
ReplyDeleteSambung writer.
Insya ALLAH akan ada sambungannya.
DeleteSabar ya.
Best!cpt la sambung k.yana :)
ReplyDeleteTunggu ya nurizzwo. Nnt akak smbg.
ReplyDeletesalam ..ai dah tgk kat karya seni..u ambik order ke
ReplyDeleteSalam siapa nk sy sila kan
ReplyDelete