SAYANG DAMIA mengejut
putera dan puterinya
bangun. Hari ini
mereka akan ke
Kuala Lumpur. Ada
urusan penting yang
perlu diuruskan di
sana. Sahabatnya Reqza dijangka
tiba Ahad petang.
Rindu rasanya buat lelaki yang banyak
berjasa kepadanya sejak
dua tahun kebelakangan
ini. Budi baik
Reqza tidak mampu
dibalasnya. Hanya iringan
doa sering dititipkan
buat pemuda itu
agar mendapat kerahmatan
hidup di dunia
dan akhirat.
“Fareez bangun sayang,
kita mandi.” Kejut
Damia dengan penuh
kasih sayang. Anak
kecil itu tanpa
banyak kerenah menghulurkan
tangannya minta di
dukung. “Bagus... anak
umi! Tak banyak
ragam,” ujar Damia
sambil mencium pipi
gebu anak lelakinya
itu.
Farisya tengah
disiapkan oleh pengasuh
anaknya yang baru
diambil oleh neneknya
beberapa bulan yang lalu. Maklumlah si
kembar sudah pandai
berjalan dan semakin
aktif. Nenek dan
Mak Jah tidak
larat hendak melayan
kerenah mereka yang
semakin lasak.
“Betul Sayang nak
bawa mereka?” tanya
Puan Saadiah. Sedih
pula rasanya dia
hendak berpisah dengan
cicitnya itu.
“Aah... nek. Sayang
tak sunggup nak
berpisah dengan mereka
lagi.” Damia merenung
wajah neneknya. Jelas
terpancar kesedihan di
wajah tua itu.
“Nenek jangan lah
risau. Setiap hujung
minggu sekiranya Sayang
tak sibuk, Sayang
akan balik ke
sini. Jika tidak
pun, nenek dan
Ucu pergilah ke
rumah Sayang. Nanti
bila dah confirm tempat
tinggal Sayang, Sayang
akan bagi tahu
nenek,” pujuk Damia
sambil memeluk erat
bahu neneknya.
“Sayang tak mahu
tinggal dengan mama?”
“Buat masa ni,
Sayang belum terfikir
lagi nek.”
“Baiklah kalau macam
tu. Cuma nenek
nak pesan... berhati-hati
sikit dengan pengasuh
anak Sayang tu.
Nenek bukan apa...
bimbang kalau dia
tidak jujur atau
buat sesuatu yang
tidak elok terhadap
anak-anak kamu.” Setelah
menyampaikan apa yang
terbuku di hati,
Puan Saadiah melangkah
keluar dengan perasaan
sebak. Dia tidak
mahu Damia tahu
apa yang sedang
bergelora dalam jiwanya.
Hati si tua
mana yang tidak
sedih bila terpaksa
berpisah dengan orang
yang tersayang. Cicitnya
itu sudah terlalu
rapat dengannya. Tentulah
dia merasa sangat
hiba untuk berpisah.
Damia
mengangguk tanda mengerti.
Dia segera menyiapkan
Fareez. Kasihan pula
dia melihat anaknya
itu yang sudah
kesejukan. Damia tahu
apa yang bersarang
dalam hati neneknya.
Kerana dia juga seorang ibu
dan pernah merasai
saat terpaksa berpisah
dengan anaknya lima
bulan yang lalu.
Kini si
kembar telah siap
berpakaian. Kedua-dua anaknya
mewarisi lesung pipit
dia dan juga
suaminya. Anak-anaknya memiliki
rupa paras yang
elok. Ada yang
mengatakan anak-anaknya seperti
anak tuk Arab.
Berkulit putih bersih
dan kemerah-merahan. Tengku
Dania Farisya memiliki
rambut ikal sepertinya
manakala Tengku Danial
Fareez berambut lurus
seperti Darwisy. Mereka
bermata bulat dan
memiliki warna mata
yang cantik serta
berbulu mata lentik.
Menurut Reqza... anak-anaknya
memiliki bibir yang
seksi dan hidung
mancung yang comel.
“Emm... dah siap
dan cantik pun
anak-anak umi,” ujar
Damia sambil mencuit
pipi Fareez dan
Farisya. Selepas itu
dia menggomol kedua-dua
anaknya. Tertumpah sepenuh
kasih sayangnya buat
si kembar itu.
Damia menemui nenek
dan juga seisi
rumah yang lain.
Mungkin dia lambat
lagi akan pulang
ke Pasir Gudang
memandangkan dia perlu
mencari rumah sewa
yang bersesuaian untuk
tumbesaran anak-anaknya. Dia
juga tidak tahu
bagaimana cara kerjanya
di tempat yang
baharu.
“Nek, Ucu, Mak
Jah dan Pak
Salim, Sayang pergi
dulu ya.” Damia
menyalami dan memeluk
nenek, Mak Jah
dan Ucunya. Mereka
semua kelihatan sedih
hendak berpisah. Damia
tahu... mereka bukannya
sedih hendak berpisah
dengannya tetapi dengan
si cilik. Pada
mulanya Khairil ingin
menghantarnya. Memandangkan Khairil
mempunyai urusan penting
yang tidak dapat
dielakkan maka Khairil
terpaksa membatalkan hasratnya.
Damia bertawakal memandu
kereta sendirian. Maklumlah
kad pengenalan dan lesen memandu
tiada dalam simpanan.
DAMIA memandu
tenang kereta milik
neneknya. Kata nenek...
kereta itu memang
dibeli untuk kemudahannya
ketika balik ke
Malaysia. Nenek terlalu
mengambil berat dan
menyayangi dirinya.
Anak-anaknya sudah
menyambung lena semula.
Mungkin kantuk mereka
masih belum hilang
kerana dikejut terlalu
awal. Pengasuh anaknya
juga sudah tertidur.
Biarkanlah mereka, bisik
hati Damia. Dia
memasang radio dengan
nada perlahan bagi
mengiringi perjalanannya menuju
ke Kuala Lumpur.
Sebelas pagi, Damia
dan anak-anak serta
Nomi tiba di
bangunan TDF yang
setinggi dua puluh
tingkat itu. Selepas
memarkirkan keretanya, Damia
mengeluarkan twin stroller. Bayi-bayinya
yang comel itu
diam sahaja pabila
diletak ke dalam stroller. Damia
menolak perlahan stroller anaknya
menuju ke meja
penyambut tetamu. Di
bahunya tersandang beg
milik Darwisy.
“Selamat pagi. Boleh
saya berjumpa dengan
Tengku Darwisy Firhad?” tanya Damia tenang
sambil menunjukkan kad
bisnes milik Darwisy.
“Oh... pejabat Tengku
Darwisy di tingkat
sepuluh. Cik boleh
naik lif yang
di sebelah kiri
tu,” tunjuk penyambut
tetamu yang bernama
Safina ramah.
“Terima kasih," ucap Damia bersama senyuman. " Errr... boleh
saya tinggalkan anak-anak
dan pengasuh saya
di sofa tu
seketika?” soal Damia
sopan sambil menunjukkan
tempat yang dimaksudkannya di
ruang legar syarikat
TDF di tingkat
satu itu. Melihat
anggukan penyambut tetamu
itu, Damia tersenyum
mesra.
Selepas
mengarahkan Nomi membawa
anak-anaknya ke ruang
menunggu yang mewah
itu, Damai pantas
menuju ke lif.
Butang lif ke
tingkat sepuluh di
tekan dengan perasaan
berdebar. Perutnya juga
tiba-tiba merasa senak.
Perasaan gementar sungguh
menebal di ketika
ini. Damia berusaha
mengawal perasaannya. Apa
yang ingin dilakukannya
di saat ini
adalah untuk mengambil
beg sandangnya secepat mungkin.
Bunyi detingan menandakan
lif yang dinaikinya
sudah pun tiba di
tempat yang ingin
ditujui. Damia menemui
salah seorang pekerja
di situ.
“Selamat pagi. Saya
Damia... boleh saya
berjumpa dengan Tengku
Darwisy Firhad?”
“Mari saya bawakan
cik bertemu dengan
setiausahanya,” balas lelaki
yang bernama Ikhwan
sopan.
Setiba di meja
Sarah, Ikhwan memperkenalkan Damia.
“Sarah ini Cik
Damia. Dia ingin
bertemu dengan bos.”
Setelah itu Ikhwan
berlalu meninggalkan Sarah
dan Damia.
“Maaf Cik Damia.
Hari ini Tengku
Darwisy takde di
pejabat,” terang Sarah
sopan.
Mendengar
Darwisy tiada di
pejabat, Damia menarik
nafas kelegaan. Namun
dia bimbang sama
ada dia mampu
mendapatkan beg sandangnya
pada hari ini
ataupun tidak.
“Begini Cik
Sarah. Semasa di
KLIA, beg sandang
milik saya tertukar
dengan beg Tengku
Darwisy.” Damia menunjukkan
beg yang berada
di tangannya kepada
Sarah. “Macam mana
ya saya nak
dapatkan balik beg
saya tu?”
Sarah memeriksa beg
sandang berwarna coklat
itu. Memang benar
beg itu milik
Darwisy. “Begini Cik
Damia... biar saya
simpan dulu beg
milik Tengku Darwisy
dalam biliknya. Cik
Damia tunggu sebentar,
sekejap lagi saya
hubungi Tengku Darwisy.”
Sarah menuju ke
bilik Darwisy. Dia
terpandang sebuah beg
yang sama warna
dengan beg yang
berada di tangannya.
Mungkin ini beg
milik Cik Damia,
getus Sarah.
“Cik Damia, beg
ini milik cik
ke?” tanya Sarah
sambil menghulur beg
sandang tersebut.
Damia memeriksa isi
kandungan dalam beg
tersebut. “Memang ini
beg saya,” jelas
Damia gembira. Selepas
mengucapkan salam dan
ucapan terima kasih
Damia beredar.
Sewaktu Damia
keluar dari lif
kelihatan seorang lelaki
lewat usia lima
puluhan sedang bermain
dengan anak-anaknya. Si
kembar juga sudah
berkeliaran di ruang
legar tersebut. Tatkala
Fareez terpandang wajah uminya, dia
segera berlari mendapatkan
Damia. Tersenyum Damia
melihat anaknya itu.
Laju dia mengatur
langkahnya menuju ke
Farisya sambil mendukung
Fareez.
“Isya buat apa
tu?” tanya Damia
kepada puterinya. Dia
juga tersenyum mesra
kepada lelaki itu
sambil menunduk sedikit
kepalanya.
“Damia kan?”
tanya lelaki itu
tersenyum. “Saya Dzulkarnain.”
Berkerut dahi Damia.
Macam mana lelaki
itu boleh tahu
namanya? “Macam mana
tuan boleh tahu
nama saya?” tanya
Damia sedikit pelik.
“Damia bakal bertugas
di sini tidak
lama lagi. Damia
tak ingat? Tadi
pergi lapor diri
ke?” tenang Tengku
Dzulkarnain bertanya.
Ya ALLAH... macam
manalah aku boleh
terlupa yang aku bakal bekerja
di syarikat ini?
“Saya belum lapor
diri lagi. Hari
Rabu baru lapor
diri,” jelas Damia
sambil tersenyum. “Saya
datang hari ini
sebab nak ambil
beg yang tertukar
dengan Tengku Darwisy
semasa di KLIA
tempoh hari.”
“Oh... sempat berjumpa
dengan Darwisy?”
Mendengar nama Darwisy...
nafas Damia menjadi
semput, sesemput- semputnya.
“Emm... tak jumpa
dengan dia! Menurut
setiausahanya, dia ada
urusan di luar.”
Damia segera mendudukkan
kembarnya di dalam stroller. Dia
ingin segera beredar.
Janganlah Darwisy muncul
di hadapannya kala
ini. Mahu pengsan
dia dibuatnya!
Tengku
Dzulkarnain merasa pelik.
Baru sahaja tadi
anaknya bergegas menuju
ke pejabatnya selepas
mendapat tahu Damia
berada di pejabatnya.
Mungkin selisih jalan
agaknya?
Panggilan
telefon daripada Jeslina
menyelamatkan Damia. “Saya
minta diri dululah
tuan sebab kawan
saya dah tunggu,”
terang Damia penuh
kelegaan.
Belum sempat
Tengku Dzulkarnain menghalang,
Damia sudah pun menolak
stoller anaknya
selepas memberi salam.
DARWISY bergegas
turun ke tingkat
satu selepas setiusahanya
memberitahu bahawa Damia
telah pun turun
ke bawah. Namun
dia terlewat.
“Dia dah pergi,”
beritahu ayahnya Tengku
Dzulkarnain.
“Kenapa ayah tak
cuba lengahkan dia
dulu,” keluh Darwisy.
“Ayah dah cuba.”
Tengku Dzulkarnain mempertahankan dirinya.
“Kamu jangan risau,
hari Rabu dia
datang lagi. Dia datang hari
ini sebab nak
ambil beg dia.”
“Darwisy nak
naik dululah ayah.
Ayah tak nak
masuk pejabat lagi?”
tanya Darwisy. Hatinya
panas dengan tindakan
setiausahanya. Sepatutnya Sarah
menghubunginya terlebih dahulu
dan bukannya membelakangi
dirinya.
“Sarah masuk
bilik saya sekarang,”
arah Darwisy sewaktu
melintasi meja setiausahanya. Mukanya
juga kelihatan tegang.
Rasa marah dalam
hatinya tidak dapat
dibendung lagi. Fikir
Darwisy, dia dapat
bersama Damia dan
anak-anaknya hari ini. Tapi yang
berlaku adalah sebaliknya.
Tidak puas rasanya
dia bersama dengan
anak-anaknya tadi kerana
ingin segera mendapatkan
Damia. Andai dia
tahu... dia tunggu
sahaja Damia bersama
ayahnya.
Sarah sudah
keresahan. Darwisy belum
pernah sebegini marah.
Walaupun Darwisy tidak
mesra rakyat atau
mesra alam tetapi
dia tidak pernah
meninggi suara atau
marah pekerjanya. Dengan
perasaan takut dan
gementar Sarah menuju
ke bilik Darwisy.
“Awak tahu apa
kesalahan yang dah
awak lakukan?” tanya
Darwisy tegas.
Sarah hanya menggelengkan
kepalanya.
“Kalau saya kata
awak bebal dan
bodoh mesti awak
marahkan?”
Laju sahaja Sarah
menganggukkan kepalanya.
“Awak ni dah
jadi burung belatuk
ke... main angguk
dan geleng? Ke
mana perginya mulut
awak yang macam
bertih jagung tu?
Awak jangan cuba
nafikan apa yang
saya cakap. Macam
saya tak tahu
sikap awak yang
suka bergosip selama
ni,” perli Darwisy.
“Hah... kenapa hari
ni awak jadi
bisu?” herdik Darwisy.
Fuhyoo... hebat
juga bos aku!
Dalam pada tak
ambil kisah hal
pekerjanya tapi dia
tahu apa yang
kami buat. Memang
tempah bala kalau
dia tahu aku
selalu mengumpat dia.
“Saya tak tahu
Tengku apa kesalahan
saya,” jawab Sarah
terketar-ketar. Rasa nak
terkencing pun ada.
Janganlah terkucil kat
sini. Buat malu aje..., bisik
hati Sarah. Sungguh...!!!
Belum pernah dia
tengok muka Darwisy
tegang dan marah sebegini.
Terlepas tender berjuta-juta
ringgit pun Darwisy
masih mampu relaks.
Sarah benar-benar kebingungan.
Dia tidak tahu
apa salah dan
silapnya hingga Darwisy
mengamuk sakan.
Darwisy
mengeluh. “Siapa izinkan
awak ambil beg
coklat yang berada
dalam bilik saya?”
“Tapi Tengku Darwisy,
Cik Damia yang
meminta saya ambil
beg dia. Kata
dia dalam beg
itu terdapat barang
peribadi yang sangat
penting,” Sarah membela
dirinya.
“Kenapa awak tak
hubungi saya terlebih
dahulu dan tunggu
hingga saya datang
sebelum beri beg
tersebut pada dia?”
Lantang suara Darwisy
memarahi Sarah.
Lah... dia ni!
Nak marah dan
tengking aku kenapa?
Macam orang datang
bulan aje... sentap!!! Lagipun
bukannya aku ambil
beg dia tapi
beg Cik Damia.
Kenapa nak marah
macam orang kalah
judi? Oh... lupa!!!
Orang selalu kaitkan
hari Isnin sebagai
Monday blues!!!
“Tapi Tengku... kita
tak ada hak
nak halang Cik
Damia ambil beg
dia.”
“Itu saya tahu!
Tapi apa salahnya
awak hubungi saya
dulu. Susah sangat
ke awak nak
dail nombor telefon
saya?” soal Darwisy
tidak berpuas hati
sambil menghentak meja.
“Maafkan saya Tengku.
Mulanya saya memang
nak hubungi Tengku
tapi bila saya ternampak sahaja
beg milik Cik
Damia terus saya
batalkan niat saya.”
Mendengar
sahaja jawapan Sarah
yang tidak berapa
cerdik itu, Darwisy
sudah tidak mampu
berkata apa. “Awak boleh
keluar sekarang.”
Tanpa menunggu lama,
Sarah segera beredar.
Terus di menuju
ke ‘ruangan gosip
sensasinya’. Belum pun
sempat Sarah melabuhkan
punggungnya terus dia
diserbu dengan pelbagai
pertanyaan oleh Rosilah.
“Apasal kau kena
marah tadi?”
“Entahlah bos tu.
Dah berapa tahun
aku kerja dengan
dia baru hari
ni dia keluar
angin puting beliungnya.”
“Yalah... tapi apa
sebabnya? Tak akanlah
dia nak marah
kau tanpa hujung
pangkal?” tanya Rosilah
tidak berpuas hati.
“Aku pun sebenarnya
tak faham kenapa
dia marah sangat bila
aku beri beg
kepada Cik Damia.
Pada hal itu
bukannya beg bos
pun tapi beg Cik Damia.”
“Jangan-jangan mereka ada
skandal tak?” serkap
Rosilah.
“Manalah aku tahu!”
Rosilah dan Sarah
pantas menoleh bila
terdengar bunyi deheman
di belakang mereka.
“Seronok bergosip pasal
saya?” tanya Darwisy
sambil memandang jam
tangannya. “Sekarang baru
pukul dua belas
setengah. Awak berdua
masih ada setengah
jam lagi sebelum
waktu rehat,” jelas
Dariwsy sinis. “Waktu
kerja jangan cuba
bergosip atau curi
tulang nanti gaji
yang awak berdua
terima tidak berkat.
Lagipun boleh mengundang
dosa sebab awak
curi masa bekerja
dengan perbuatan yang
tidak berfaedah,” sindir
Darwisy.
Pucat muka Sarah
dan Rosilah bila
tertangkap sedang mengumpat.
Pantas mereka menuju
ke meja masing-masing
bila Darwisy masih
belum beredar meninggalkan
mereka.
“Sarah... pukul dua
setengah petang, kumpul
semua staff kita di
bilik mesyuarat,” arah
Darwisy sebelum beredar.
Sarah hanya mampu
menelan air liur.
Terasa payau rasanya.
Darwisy menuju ke
bilik ayahnya. Bantuan
dan pendapat ayahnya
amat diperlukan ketika
ini.
“Ayah ada idea tak macam
mana saya nak
rapat dengan Damia?
Ayah rasa kenapa
dia tak nak
jumpa saya dulu
sebelum balik?”
Hendak ketawa Tengku
Dzulkarnain melihat wajah
kelam anaknya tapi
ditahan jua. Bimbang
anaknya terasa hati.
Belum pernah wajah
anaknya mendung dan
resah gelisah kerana
seorang perempuan. “Ayah
pun tak tahu
Darwisy apa puncanya
dia cuba mengelakkan
diri daripada kamu.”
Tengku Dzulkarnain diam
seketika.
“Emm...
ayah ada idea!”
Bercahaya sekali wajah
Tengku Dzulkarnain ketika
itu. “Cuba kamu
telefon Damia. Tapi
jangan cakap kamu
suami dia. Kamu
menyamar sebagai salah
seorang pekerja TDF.
Kamu tanya dia
sama ada dia
dah ada tempat
tinggal ataupun belum?
Sekiranya dia belum
mempunyai rumah, kamu
suruh sahaja dia
duduk kat rumah
yang baru siap
dibina tu. Lagipun
rumah tu tak
jauh dari pejabat
kita, tentu Damia
setuju.”
“Maksud ayah... banglo
mewah yang terletak
di Taman Casuarina tu?
Tapi tak terperanjat
ke dia ayah
bila kita suruh
dia tinggal kat
rumah yang mencecah
jutaan ringgit tu? Tak rugi
ke syarikat kita
nanti?”
“Dia tak akan terperanjat jika
kena caranya. Isteri
kamu takde sakit
jantung kan? Kalau
dia terperanjat pun
belum tentu kamu
akan bergelar duda
dalam masa yang
terdekat.” Tengku Dzulkarnain
membuat lawak.
Geram pulak
Darwisy mendengar kata-kata
ayahnya. Ada ke
patut ayahnya mendoakan
dia jadi duda!
Dia dengan Damia
masih lagi belum
rapat dan mesra.
Tak sanggup rasanya
dia hendak menduda
dalam usia yang masih muda.
Dia inginkan kasih
sayang dan cinta
isterinya.
“Kamu kata
nak pikat dia
balik! Inilah sahaja
caranya. Nanti ayah
suruh uncle Mansor uruskan
dokumennya. Kamu jangan
risau! Tak akan
jatuh bankruptnya syarikat kita
jika ayah berikan
rumah tu kepada
kamu. Anggap sahajalah
itu hadiah perkahwinan
daripada ayah. Nanti
senang ayah nak jumpa cucu-cucu ayah,”
terang Tengku Dzulkarnain
ceria. Tangannya menepuk-nepuk
mesra bahu Darwisy.
“Seperkara lagi...
Ayah dah suruh
pekerja kita ubahsuai
bilik yang kat
sebelah pejabat kamu
tu. Insya-ALLAH... petang
nanti mereka mulakan
kerja. Buat sementara
waktu, kamu suruh
Damia duduk sebilik
dengan kamu dulu
sehingga biliknya siap
diubahsuai,” ujar Tengku
Dzulkarnain.
“Tapi
ingat... jangan lebih-lebih!”
Tengku Dzulkarnain memberi
amaran sambil tersenyum
nakal.
“Hisy... ayah
ni, ada fikir
yang bukan-bukan!” Merah
muka Darwisy menahan
malu.
“Tapi ayah
rasa ada baiknya
kamu ambil cuti
beberapa hari hingga
bilik pejabat Damia
siap. Kamu bawa
dia pergi bercuti
atau shopping barang-barang anak-anak
kamu.”
Idea yang menarik,
bisik hati Darwisy.
“Terima kasih ayah
kerana beri pendapat
yang bernas. Darwisy
nak hubungi dia
sekarang.” Dengan pantas
dia meninggalkan ruang
pejabat ayahnya. Dia
tidak mahu terlewat
barang sesaat untuk
menggapai cinta Damia.
Darwisy menuju ke
meja Sarah. “Perjumpaan
petang ini batal,”
usai berkata-kata Darwisy
pantas menuju ke
biliknya. Namun dia
berpatah balik bila
teringatkan sesuatu.
“Apa kena dengan
bos hari ni? Macam ada
masalah jiwa aje!
Kejap nak adakan
perjumpaan, lepas tu
nak batal balik.
Hisy... tak
faham betullah aku!!!”
“Hah... jangan nak
mengomel! Cepat buat
kerja! Hari ni
saya tidak mahu
ada sebarang gangguan
telefon. Batalkan juga
semua mesyuarat. Saya
akan bercuti selama
beberapa hari bermula
hari ini.”
Terkejut bukan kepalang
Sarah bila disergah
oleh Darwisy. Sangkanya
Darwisy sudahpun beredar
ke biliknya.
Darwisy menuju
ke biliknya. Nombor
telefon milik Damia
segera dihubungi. Mujur
dia teringat hendak
mengambil nombor telefon
isterinya itu.
“Hello... saya dari
syarikat TDF, boleh bercakap dengan
Sayang Damia Dasuki
Aqtar.” Darwisy bersuara
formal.
“Saya bercakap. Ada
apa-apa yang boleh
saya bantu encik.”
“Pihak syarikat ingin
tahu sama ada
Cik Sayang sudah
memiliki tempat tinggal
ataupun belum. Jika
belum, pihak syarikat
ada menyediakan kemudahan
tempat tinggal buat Cik Sayang.”
“Buat masa ini
belum ada lagi. Tetapi saya
sudah pun meminta teman
baik saya mencarikan
tempat tinggal untuk
saya,” terang Damia
jujur. Panggilan Sayang
yang digunakan oleh
lelaki itu membuatkan
Damia kurang selesa.
Hanya ahli keluarga
yang rapat dengannya
sahaja yang memanggilnya
Sayang.
“Boleh saya panggil
sayang sahaja? Rasa
macam kurang mesra
pula bila ada
perkataan cik di
pangkal nama. Lagi
pula tidak lama
lagi kita bekerja
di bawah satu
bumbung,” pinta Darwisy.
"Emm... saya tak
kisah sebenarnya. Tapi
rasanya lebih elok
jika encik panggil
saya Mia sahaja.
Boleh saya tahu
dengan siapa saya
sedang bercakap?”
“Oh... lupa pula
saya hendak memperkenalkan diri!
Panggil sahaja saya
Ad. Saya panggil
sayang sahajalah. Lebih
mudah nak ingat.”
Damia sudah tidak
mampu berkata apa.
“Suka hati enciklah.”
Darwisy sudah
tersengih di talian.
“Beginilah! Apa kata sayang batalkan
sahaja rumah yang dicari
oleh teman sayang
tu dan tinggal di
rumah yang sediakan
oleh pihak syarikat.
Lagipun jarak antara
rumah dan pejabat
tak jauh hanya
sepuluh minit perjalanan
sahaja.”
Damia tertarik dengan
pelawaan itu. Rumah
yang dicari oleh
Jeslina agak jauh
dari tempat kerjanya.
“Kalau saya setuju.
Bila saya boleh
masuk dan berapa
harga sewa yang
perlu saya bayar?”
“Buat sementara waktu,
pihak syarikat akan
menempatkan sayang di
hotel terlebih dahulu
kerana rumah tersebut
dalam proses pengubahsuaian. Apabila
semuanya dah siap,
baru sayang boleh
duduk di rumah
tu. Tentang bayaran
sewa pula, tiada
caj yang dikena.
Bagaimana sayang setuju?”
Sangat menarik tawaran
yang diberikan. Hanya
manusia yang gila
dan bodoh sahaja
yang akan menolak
tuah tersebut, fikir
Damia. Sekarang duit
yang sepatutnya digunakan
untuk membayar pendahuluan
rumah dan deposit
air api boleh
digunakan untuk tujuan
lain. “Baiklah saya
setuju,” ujar Damia
ceria.
“Baguslah kalau sayang
dah setuju. Senang
sikit tugas saya,”
ujar Darwisy ceria.
“Mulai hari ini sayang akan tinggal di
hotel Casuarina hingga
rumah itu siap
diubahsuai. Semuanya sudah
saya uruskan. Bilik
sayang bernombor 2002.”
Bilik itu
merupakan bilik khas
untuk Darwisy manakala
bilik Danish pula
bernombor 2001. Menurut
ayahnya, bilik mewah
itu memang disediakan
untuk mereka berbulan
madu jika sudah
berkahwin. Darwisy juga
sering duduk di
situ jika banyak
kerja atau ingin
bersendirian. Hanya dua
bilik sahaja di
tingkat dua puluh
itu. Hotel mewah
milik keluarganya sentiasa
penuh dengan pelancong.
Selepas menamatkan
perbualan dengan Damia,
Darwisy terus menghubungi
hotel Casuarina. Dia
juga menghubungi rakan baiknya
untuk mengubahsuai banglo
di Taman Casuarina.
Wah.. suka2 dgn bab ni. Cuma sedey sbb Darwisy tak sempat jumpa dgn wife dia. Terima kasih kak utk n3 ni. Dah lama tunggu.
ReplyDeleteTerima kasih sbb sukakan bab yg tak seberapa ini. Jgn bimbang bab 10 mrk akan bertemu....
DeleteHuisy... garangnya Darwisy. Kesian Sarah kena marah. Pada hal dia cuma lakukan tugasnya shj.Apapun menarik.... tahniah cik writer. I like!
ReplyDeleteAbg Darwisy kita mmg garang. Tak ingat ke masa dia jumpa dgn Damia dulu? Terukkan Damia kena marah dgn dia.
DeleteTerima kasih krn sudi bersama SPH.
Yeeeeeaaaa.... dah upload bab 9. Puas menunggu baru ada. Sgt berbuas hati. Tp pendeklah Kak DD. Nak lagiiiiii... ^-^
ReplyDeleteTerima kasih daun keladi...
DeleteLepas ni singgah bc SPH lagi.
Ala... knplah jumpa lagi Darwisy dan Damia ni. Tak sabar nak tgk respon kedua2nya.
ReplyDeleteBagus sungguh Tengku Dzulkarnain ni sporting habes.
Cpt2 sikit smbg bab 10.
Sababr Onah, bab akan dtg mrk akan berjumpa.
DeleteAyah Darwisy mmg sporting.
Menarik sgt....
ReplyDeleteSuka dgn watak tengku Dzulkarnain. Kelakar dan sungguh memahami hati anaknya.
Cian Sarah kena marah. Bos awak tgh jiwa kacau tu sarah. Dia tak sabar nak jumpa empat mata dgn buah hatinya itu...
Terima kasih Raihana,
DeleteTeruskan bersama SPH ya.
hahahaha... kelakarlah Darwisy. Kena bohong dgn Damia? terus terangkan bagus.
ReplyDeleteBeeestsssss!!!!! Nak lagikkkkkkkk.............
Terima kasih sbb sukakan SPH.
DeleteTunggu minggu depan pulak ya.
Janganlah Damia jatuh cinta dgn Reqza pulak nnt. Risau...
ReplyDeleteSuka dgn Darwisy dan Damia. Sweet aje. Tak sabar nak
tahu apa akan jadi bila mrk jumpa nanti.
Sambung cpt2 Writer....
Nak tahu mrk sweet atau tidak, kita tengokkan nanti sama2. Damia ni garang juga orgnya.
DeleteBest....
ReplyDeleteTapikan kak kuciwalah bila Darwisy dan Damia tak jumpa. Bila mrk nak jumpa ni? hurrrmmmm......
Jgnlah kecewa. Sedih akak kalau mcm ni. Jgn bimbang, bab 10 mrk akan jumpa.
DeleteKak DD nak lg. Tak cukup kak. Selagi Damia dan Darwisy tak jumpa empat mata selagi itu tak cukup.
ReplyDeleteTapi.... karya akak tetap best dan terbaik.
Amboi adik akak yg bernama Ayu ni... asyik tak cukup aje. heheheh... jgn marah ok. Akak gurau aje. Nntkan dlm bab 10 kita tgk apa akan jd bila mrk bertentang mata.
DeleteCerita yg tak membosankan.
ReplyDeletePenuh dgn kasih sayang dan sifat kekeluargaan. Saya menggemarinya.
Terima kasih krn sukakan SPH. Nntkan bab selanjutnya ya.
DeleteChaiyookkkkkkkkkk.............Good story...please made n3 ...
ReplyDeletekeep it up writer......hhuhuhuuu why so short....baru nak get feel dah goneeee hukkhukkk....
Terima kasih sbb menyukai SPH. Pendek ke????
DeleteSo sweet Darwisy ni. Den pulak yg tangkap cintan dgnnya.
ReplyDeleteBest kak DD. Sgt2 puas hati.
P3, silakan.... mengurat Darwisy. hehehehe...
DeleteTak sangka ayah Darwisy sporting gileerrr...
ReplyDeleteCik Writer best sesgt. Kalau dapt dibukukan secepat mgkn lg bagus.
Teruskan bersama SPH hingga ke akhirnya ya.
DeleteSuka dgn gaya penceritaan yg santai begini. Blh hilangkan tekanan kerja. Teruskan menulis dgn cerita romantik komedi begini. Sentiasa sokong.
ReplyDeleteTerharu saya. Teruskan bersama SPH hingga tamat.
DeleteHahaha... kesian Sarah kena marah. Itulah siapa suruh memandai???? Kalau tak Darwisy mgkn dpt jumpa Damia.
ReplyDeleteBestlah kalau dpt ayah mcm Tengku Dzulkarnain ni... ada aje idea utk dikongsi bersama.
Aah.. kesiankan dgn Sarah. Pada hal apa yg dia buat tu betul. Tp nak buat mcm mana. Darwisy ni jenis kurang sabar sikit. Asyik melenting aje.
DeletePendeklah Kak DD. Tak puas bc. Mgkn sedap sgt cerita akak ni. Itu yg ralit. Nak lagiiii....
ReplyDeleteTunggu di minggu hadapan pulak ya.
Deletewah mmg best la.nak2 ada pak mertua yang sporting mcm 2.hehehehe
ReplyDeletenzlyna cuba2lah risik mana tahu dpt bapa mentua mcm Tg. Dzulkarnain ni. hehhehe...
Deletekak lamanya nak tuggu sambungannya.....
ReplyDeleteapa pun saya tersenyum utk entry ni....
jodoh dah ada cuma pertemuan saje yg tggl....
knp sayang xnak jumpa darwisy....
kak..
rasanya darwisy dah jumpa ngan baby diorg kan....
nant sayng jumpa darwisy kat hotel ke....
kak...
sayng masih isteri darwisy ke....
kan diorg dah lama x berhubung..(betulkan kalu sya salah)
boleh ke sayang terima darwisy lgi....
kak
bg ar diorg jumpa dlu....kmudian baru ar datg si reza penyibuk 2...
kak
nak lagi x puas baca
akak update la 2 hari sekali...
kalu nak tgu yg bercetak lgi la lama la nak tgu....
ryn...
Deletelama ke? Baru seminggu.
Terima kasih sukakan n3 kali ini.
Knp Damia tak nak jumpa Darwisy? Sbb Darwisy memadukan dia kut.
Mmg Darwisy dah jumpa dgn anak2 dia.
Kalau nak tahu mrk masih suami isteri atau tidak... kita nntkan bersama.
Nak update 2 hari seklai.... huhuhu... tak blhlah dek...
nak lagi cepatlah updet
ReplyDeleteSabar ya baby mio. Minggu depan pulak.
Deleteaduiiiii....xsbar nyer nk bce netx n3...huhuhuuhu
ReplyDeleteSabar... tak akan lari SPH. Jumpa minggu depan ok.
Deletebest gila citer ni best lah...nak lagi lama tunggu...kak sari
ReplyDeleteSalam Kak Sari. Terima kasih sbb sukakan SPH yg tak seberapa ni. Terima kasih juga krn sudi berkongsi rasa.
DeleteSatgi nih silap2 sayang jumpa danish dengan bini dia kat bilik sebelah, terus dia x jadi nak tinggal kat situ sebab cemburu yang tiba2 menjadi buta...
ReplyDeleteApapun kita tunggu apa yg terjadi selanjutnya....
DeleteTerima kasih krn sudi bersama SPH...
Best arrr.
ReplyDeleteRasanya bab akan dtg lg best. Nak-nak bila mrk dah jumpa.
Kak DD... saya tak sukalah dgn sorang pengomen ni... mcm bagus sgt... Bkn nak membina semangat tp menjatuhkan org. Dr CIM lg saya aim budak neeeee. ngggggeeeeeeeeeeeeee... geram betul.
Dia ni sebenarnya suka karya kak DD, cuma malu nak tunjuk sbb suka condem org
DeleteHai Anonymous
DeleteTerima kasih atas sokongan anda terhdp SPH.
Nak tahu apa yg berlaku di bab akan dtg, tunggu....
Salam Ayu....
ReplyDeleteAmboi emosional nmpk?
Jgn marah2 utk bagus utk kesihatan, hehehehe...
Bagaimana penerimaan dia, apa pun caranya, kita terima dgn hati terbuka. Tak semua yg org lain suka akan ada yg menyukainya juga.
Salam...sya bru aja jumpa blog Dayana..bru bca bab 9...npak nya kisah SPH agak menarik mdangkn dri komen d atas..sya akan bca dri awal kisah SPH...
ReplyDelete~ Ida yahya..Brunei..
Salam Ida Yahya.
ReplyDeleteSilalah baca.
Setiap pembaca ada cita rasa mereka tersendiri. Nak kata menarik atau tidak bergantung kpd diri Ida sendiri sama ada Ida menyukai atau tidak jln cerita yg diketengahkan. Apa pun terima kasih krn sudi meluangkan masa bersama SPH.
Saya amat menghargainya.