Bab 5 sudah menyusul. Berikan pandangan dan pendapat anda untuk saya memperbaiki mana-mana kelemahan yang terdapat dalam bab ini. Terima kasih dan sayang anda semua yang sudi membaca karya yang tidak seberapa ini.
***********************************
DAMIA mengabaikan
keadaan badannya yang
tidak berapa sihat
sejak semalam. Dia tidak
mahu Pak Long
Kamal dan Mak
Long Anisah merasa
bimbang akan dirinya.
Sejak papanya tiada,
Pak Long Kamallah
tempat dia menumpang
kasih. Pak Ucunya
pula tempat dia
bermanja kerana dia
tidak mempunyai saudara
kandung yang lain.
Selepas bertemu
dengan Fauzan dan
Benjamin semalam, Damia
terus pergi ke
rumah Pak Long
Kamalnya. Dia sekadar
menelefon mamanya memberitahu
ke mana dia
pergi supaya mamanya
tidak merasa bimbang.
Walaupun berkecil hati
dengan tindakan mamanya,
namun Damia tidak
mahu mamanya menjadi
rungsing dan risau
memikirkan ke mana
dia menghilangkan diri.
Damia merenung
lautan luas yang
terbentang di hadapan
matanya. Sebak hatinya
mengenangkan nasib diri.
Kadang kala terfikir
jua oleh Damia
sama ada dirinya
ini adalah anak
yang mamanya kandung
sembilan bulan sepuluh
hari atau hanya
sekadar anak angkat
sahaja. Dia bukannya
robot atau mesin
yang tidak punya
hati dan perasaan
hingga mamanya sanggup
memperlakukan sedemikian. Dia
punya naluri rasa
seperti insan lain.
Ingin bercinta dan
dicintai.
Kepala Damia
semakin memberat dan
peningnya sudah tidak
tertahan lagi. Bintik-bintik
merah dimukanya juga
masih belum hilang
gara-gara solekan hodoh.
Terasa menyesal pula mencuba idea
bodoh yang datang
daripada kepala otaknya
itu. Damia berjalan
pantas menuju ke
kafe milik Pak
Longnya namun di
hadapan salah sebuah
chalet milik Pak Longnya dia
terkulai layu.
DARWISY yang baru tiba
dari Kuala Lumpur
menjadi terkejut melihat
sekujur tubuh terbaring
di hadapan chaletnya.
Dia memerhati keadaan
gadis yang sedang
tertiarap itu. Timbul
rasa kasihan dalam
dirinya. Namun perasaan
bimbang dan curiga
juga turut bermain
di dalam hatinya. Manalah
tahu jika gadis
tersebut cuba memerangkapnya. Tetapi
melihat daripada pakaian
gadis tersebut, mungkin
sudah lama gadis
itu terbaring di
situ. Sewaktu menguruskan
pendaftaran chalet tadi,
hujan turun dengan
lebatnya. Dirinya juga terpaksa menunggu
hampir setengah jam
sebelum menuju ke
chalet yang ditempahnya.
Kasihan dia melihat gadis
yang masih tidak
sedarkan diri dan
sedang kebasahan itu. Darwisy tanpa
berlengah mencempung gadis
tersebut masuk ke
dalam chaletnya. “Panasnya
badan dia.” Darwisy
dapat merasakan bahang
daripada badan gadis
itu sewaktu mengangkatnya.
Darwisy memeriksa poket
seluar, manalah tahu
jika terdapat dokumen
peribadi gadis tersebut.
Malangnya tiada satu
pun maklumat tentang
gadis itu ditemuinya.
Dalam keadaan
keterpaksaan, Darwisy memberanikan
dirinya menukarkan pakaian
gadis malang itu.
Tak sampai pula
hatinya melihat gadis
itu kesejukan. “Aduh
macam mana aku
nak buat ni? Nak tanggal
yang mana dulu?
Kenapalah kau pengsan
kat depan chalet
aku? Cubalah kau
pengsan depan klinik
atau hospital, bukan
ke lebih mudah!”
bebel Darwisy sambil
menanggalkan pakaian Damia.
Matanya juga
turut dipejamkan tatkala
menanggalkan pakaian Damia.
Setelah selesai menyarungkan
pakaiannya ke tubuh
Damia, Darwisy mencuci
pakaian Damia. Pakaian
yang boleh dianggap ‘secret and
confidential’ disidainya di
dalam bilik mandi
sahaja manakala pakaian
lain disidai di
beranda chaletnya supaya
cepat kering. Mujurlah
di chaletnya menyediakan kemudahan
mesin basuh, jadi
tidaklah terlalu sukar
untuknya mencuci pakaian.
Darwisy bercadang
tinggal di chalet
Bonda, Mersing selama
seminggu. Selepas itu,
dia ingin menghabiskan
cutinya selama beberapa
hari di Pulau
Tioman. Tidak lama
lagi dia akan
bergabung dengan abangnya
Danish untuk membantu
bapanya Tengku Dzulkarnain
menguruskan perniagaan mereka
di TDF.
Danish tidak
berminat mengikutnya bercuti
memandangkan selepas ini Danish pula
yang akan bercuti
panjang. Abangnya itu
akan melangsungkan perkahwinan
tidak lama lagi.
Tinggallah dia keseorangan
yang belum mempunyai
idaman hati. Bukan
tidak ada yang
berkenan. Cuma hatinya
sahaja belum berdebar
tika bermain mata
dengan gadis-gadis yang
cuba mencuri hatinya.
“Berdebar-debar?” Darwisy
merasa debaran yang
hadir dalam dadanya.
Ini debaran kerana
takut semasa membuka
pakaian gadis itu
atau debaran akibat
cinta pandang pertama?
Bisik hati kecil
Darwisy.
Setelah
siap menyidai pakaian,
Darwisy menghampiri gadis
tersebut. Masih panas
lagi badan dia.
Nak bawa ke
klinik takde dokumen
peribadi pulak. Nanti tak
pasal-pasal dia dituduh
melindungi pendatang tanpa
izin, getus Darwisy.
Darwisy menghubungi kafe
Bonda supaya menyediakan
makan malam untuk
dirinya dan semangkuk
bubur untuk gadis
misteri yang menumpang
di chaletnya. Dia
akan mengambil makanan
tersebut selepas solat
Maghrib.
“Cik... cik...
bangun makan bubur dan lepas
tu makan ubat,”
pinta Darwisy. Damia
yang masih tidak
berdaya hanya menurut
arahan sahaja. Matanya
langsung tidak mampu
dibuka. Darwisy memangku
tubuh Damia dan menyuap bubur
nasi perlahan-lahan.
“Ucu... tak
nak,” ujar Damia
sambil menggeleng kepala.
Darwisy meletakkan
kembali sudu ke
dalam mangkuk dan
membaringkan Damia. “Ucu!”
berkerut-kerut Darwisy menafsir
nama yang baru
terbit daripada mulut
Damia. “Makan ubat dulu
lepas tu tidur,”
arah Darwisy.
Damia
yang menyangkakan itu
arahan daripada Ucunya
hanya menurut perintah
sahaja. Seandainya dia
membangkang tentu panjang
Ucunya berceramah, sedangkan
dia tersangat tidak
larat. Selepas menelan
ubat, Damia kembali
ke alam lenanya.
Darwisy teringat
permintaan bondanya supaya
menemui gadis yang
bakal menjadi calon
isterinya tempoh hari.
Dibandingkan dengan gadis
itu, gadis ini
agak cantik sedikit.
Wajah gadis tempoh
hari agak menyeramkan
dirinya. Lihat gambar
yang diberikan bukan
main lagi aksi
dan raut wajahnya
tetapi bila bertemu
empat mata hampir
pengsan dibuatnya. Nasib
baik dia bersetuju
dengan cadangan bondanya
berjumpa terlebih dahulu. Buatnya
dia terus setuju
berkahwin, tidak ke
menyesal tak sudah
di kemudian hari.
Ketika dia
berkira-kira hendak mencari
tempat duduk untuk
bertemu dengan gadis
yang menjadi pilihan
bondanya, dia terdengar
perbualan antara seorang
gadis dan seorang
jejaka yang hendak
berkenalan. Hampir pengsan
dia melihat wajah
hodoh yang berparut
serta gigi yang
kehitaman. Cermin mata
yang tebal berinci-inci
juga membuatkan dia
berfikir sejuta kali
untuk memilih gadis
itu menjadi teman
hidupnya. Setelah mendengar
gadis itu memperkenalkan dirinya,
Darwisy yakin gadis
itu juga yang
telah bondanya pilih
untuk diperkenalkan dengan
dirinya. Mujurlah dia
tiba lebih awal menanti
kedatangan gadis tersebut.
Barangkali dia juga
akan terperangkap dengan
rancangan bondanya. Tanpa
menunggu lama dia
terus beredar.
DAMIA menggeliat
kemalasan di atas
katil. Berkerut-kerut dahinya
mengingatkan peristiwa yang
berlaku semalam. Bulat
matanya melihat sekujur
tubuh yang kesejukan
tanpa sehelai selimut
membaluti tubuhnya. Kesiannya
orang tu! Tapi
siapa? Eh... aku kat mana
ni? Gumam Damia.
Damia menolak
selimut yang membaluti
tubuhnya. Melihat badannya
yang hanya berbalut
sehelai baju separas
lutut, Damia membaluti
kembali tubuhnya dengan
kain selimut. Dia
ingin menjerit tapi
hanya lekat di kerongkongnya sahaja.
Air matanya juga
mula bercucuran. Dia
bimbang jika lelaki
asing itu telah mengambil kesempatan
ke atas dirinya.
Terpisat-pisat Darwisy mendengar
suara tangisan. Antara
mimpi dan realiti,
Darwisy membuka matanya
yang masih terasa
kelat. Kantuknya masih
belum hilang lagi.
Darwisy meneliti telefon
bimbitnya. Pukul enam
pagi, getusnya. Dia
ingin menyambung kembali
lenanya barang seminit
dua namun bunyi
sedu-sedan yang menampar
cuping telinganya membuatkan
matanya terbuka luas.
Macam mana dia
boleh terlupa ada makhluk asing
dalam biliknya ini?
Eh... bukan makhluk
asing tapi gadis
misteri. Darwisy duduk
dibirai katil sambil
menatap gadis yang
sedang menangis.
“Awak duduk
diam-diam di sini,
saya nak solat
sekejap. Lepas ni
saya akan hantar
awak balik. Sebelum tu
awak fikirkan jawapan, sebab
saya nak tahu
macam mana awak
boleh pengsan kat
depan tangga chalet
saya menginap,” jelas
Darwisy tegas. Dia
kemudiannya beredar membersihkan
diri.
Usai solat, Darwisy
duduk terconggok di hadapan Damia.
Dia mahukan jawapan.
Dia tidak mahu
menanggung sebarang risiko.
Dia perlu tahu
siapa gadis itu
dan kenapa gadis
itu boleh berada
di hadapan chaletnya?
Sudahlah muka tak
berapa nak lawa,
nanti kena tangkap
khalwat tak ke
niaya, bisik hati
Darwisy.
“Hah...
tunggu apa lagi,
ceritalah saya nak
dengar,” sergah Darwisy.
“Sebelum itu kesat
air mata awak
dan berhenti menangis,”
tegas Darwisy.
Kenapalah jantung
aku ni bagaikan
nak melantun keluar
bila duduk kat
sebelah gadis ni?
Bukannnya cantik pun! Kalau macam
gadis kat stesen
minyak hari tu, okeylah jugak! Muka perempuan
ni... lawa sedikit
daripada muka perempuan
yang dia temui
dekat hotel tempoh
hari. Jauhkanlah perempuan
ni daripada menjadi
bini aku! Bisik
hati Darwisy.
Seandainya gadis
di stesen minyak
hari tu, kecil
tapak tangan, stadium
Bukit Jalil hamba
tadahkan!!! Angan Darwisy.
Sebenarnya Darwisy sendiri
sudah tidak berapa
ingat raut wajah
gadis di stesen
minyak tempoh hari.
Dia berkata begitu
sekadar ingin menyedapkan
hatinya sahaja. Apakah
jodoh aku memang
sudah ditetapkan dengan
orang yang tiada
rupa seperti perempuan
yang bonda pilihkan
tempoh hari? Bisik
hati kecil Darwisy.
“Semalam saya keluar
berjalan-jalan di tepi
pantai, semasa hendak
pulang ke rumah
Pak Long, kepala
saya tiba-tiba sahaja
menjadi pening. Lepas
tu saya tak
sedar apa yang
berlaku,” terang Damia.
Tangisannya walaupun tidak
berlagu seperti mula
tadi tapi sebaknya
tetap ada.
“Dah tahu pening,
kenapa tak pergi
kat tempat lain
nak pengsan? Kenapa
mesti pilih depan
chalet yang saya
duduk?” soal Darwisy
tidak berpuas hati.
“Jangan-jangan awak memang
sengaja nak perangkap
saya tak? Sebab
itu awak pengsan
kat depan chalet
saya.
“Encik ni gila
ke bodoh?” tanya Damia geram.
“Macamlah saya kenal
dengan encik dan
tahu encik hendak
menginap di sini
sampai pasang perangkap
berbagai?” serang Damia.
“Lagipun mana ada
orang nak pengsan
boleh pilih-pilih tempat?
Encik ingat saya
teringin sangat ke...
nak pengsan depan
chalet encik ni?
Bukannya beralaskan karpet
setebal 10 inci kat atas
tanah tu. Sakit
badan lagi adalah.
Itupun tak boleh
fikir ke?” bebel
Damia.
“Saya kalau
buat-buat pengsan, baik
saya pilih pengsan
dalam bilik hotel
bertaraf lima bintang.
Takpun kat dalam
istana, barulah nyaman dan
menyegarkan. Badan tak
terasa sengal sebab
dapat pengsan atas
tilam empuk,” tempelak
Damia lagi. Ada
juga orang yang otak singkat
macam mamat ni?
Buat aku sakit
jiwa je...
Darwisy menggaru kepalanya
yang tidak gatal.
Betul juga! Mana
ada orang boleh
suka-suka pilih tempat kat
mana nak pengsan.
Jika begitu... semua
orang nak pilih
tempat yang selesa.
“Kalau encik tak
suka saya pengsan
kat depan chalet
encik, kenapa encik
bawa saya masuk sampai
ke dalam bilik?
Kenapa encik tak
tinggalkan sahaja saya
di luar? Dan
kenapa encik tak
minta tolong dengan
tuan punya chalet
ini supaya bawa
saya ke klinik?”
soal Damia dengan
nada yang agak
tinggi.
“Ni
kenapa encik suka-suki
sahaja tukar pakaian
saya?” Damia menunjukkan
pakaian yang tersarung
di tubuhnya. “Encik
tahu kan batasan
aurat antara lelaki
dan perempuan yang
bukan mahramnya?” soal
Damia kembali. Mukanya
juga merah menahan
marah dan malu.
Belum ada lagi
orang lelaki yang
membuka pakaiannya hingga
ke ruangan ‘no entry’
itu!
Berapa banyak ‘kenapa’
daaa..., gumam
Darwisy. Tak padan
muka hodoh tapi
berlagak nak mampus!!!
“Habis tu,
tak akan saya
nak biarkan awak mati
kesejukan kat luar
sana? Nanti tak pasal-pasal,
saya pula dituduh
cuba membunuh awak,”
hujah Darwisy pula. “Sekiranya saya
tak tukar pakaian
awak, tak akanlah
awak nak pakai
baju yang sudah
basah sepanjang malam?
Tentu badan awak
akan kecut dan
kesejukan,” terang Darwisy
kembali. Kenapalah aku
tak terfikir nak panggil tuan
punya chalet ni semalam?
“Encik takde buat
perkara yang tak
senonoh pada saya
kan...?” tanya Damia
inginkan kepastian.
Darwisy tertawa sinis.
“Awak ingat saya
ni apa? Saya pun
tahulah mana yang halal
dan mana yang
haram! Lagipun... tak
adanya saya terliur
dengan muka awak
yang hodoh tu!” bidas Darwisy
tegas. “Kalau muka
awak cantik macam
ratu dunia, nak
juga saya ‘test’! Ini
muka entah macam
apa, ada hati nak tuduh
saya cuba ambil
kesempatan. Sebelum bercakap...
cermin dulu muka
awak!” sindir Darwisy.
Dia sedikit sebal
bila dituduh sebegitu.
“Sepatutnya awak
berterima kasih kepada
saya sebab selamatkan
awak dan rawat
awak malam tadi,”
tempelak Darwisy.
“Ada saya suruh
encik ambil berat pasal saya?
Tak ada kan..?”
Damia juga tidak
mahu kalah dalam
perdebatan itu.
Eh... perempuan ni!!!
Aku dah tolong
dia pun dah
cukup baik. Bukannya
nak berterima kasih
dengan bantuan yang
diberi, berlagak lagi
adalah!!! Patutnya semalam
aku biarkan sahaja
dia mati kesejukan
kat luar sana
tu, biar padan
muka dia!!! gumam
Darwisy. Dalam pada
itu, bibirnya sempat
menguntum senyuman nakal
pabila teringatkan peristiwa
menukarkan pakaian gadis
sombong dan berlagak
itu. Menyesal pulak dia
menutup mata.
Ini kalau tersenyum-senyum macam
orang tiga suku mesti
ada benda kotor
yang dia teringat
dalam kepala, bisik
hati Damia. Jangan-jangan
dia teringat... Damia
menelan air liurnya
berulang kali sambil
melihat pakaian yang
tersarung di tubuhnya.
“Argh....” Damia menjerit
sekuat hati.
Darwisy segera menekup
mulut Damia. Haru
seandainya ada orang
yang mendengar nanti.
“Yang awak menjerit
macam kena sampuk
ni kenapa? Awak
nak suruh orang datang serbu
sini?” marah Darwisy.
Damia
menggeleng kepalanya berulang
kali tanda tidak
mahu. “Tadi tu
kenapa encik tersenyum
maut macam tu? Encik tentu ada terfikir
atau teringat perkara
yang bukan-bukan dalam
kepala otak encik
yang sengal ni
kan...???”
Membuntang biji mata
Darwisy memandang Damia.
Dia tidak percaya
yang Damia mampu
membaca apa yang
tersirat dalam kepala
otaknya. “Hisy... awak ni,
suka fikir yang
bukan-bukan. Tak baik
tahu awak menfitnah
saya. Dalam dunia
ni dah susah
dah awak nak
jumpa lelaki sebaik
dan kuat imannya
seperti saya,” ujar
Darwisy bersahaja.
Damia mencemikkan
mukanya tanda tidak
bersetuju. Iyalah tuuu...
Dalam pada Darwisy dan
Damia berperang mulut.
Terdengar suara orang
memberi salam. Darwisy
sudah keresahan. Bala
apakah yang bakal
menimpanya seketika nanti?
Damia juga sudah
tidak senang duduk.
Janganlah orang kampung
Pak Longnya datang
membuat serbuan. Tentu
malu Pak Longnya
nanti.
Darwisy membuat
isyarat supaya Damia
diam. Jam sudah
menunjukkan enam lima
puluh lima minit
pagi. Damia juga
masih belum menunaikan
solat Subuh. Tak
akan dia hendak
pulang dengan pakai
yang seksi sebegini?
Mahu pengsan orang kampung bila terlihat akan
dirinya nanti. Tak
pasal-pasal dia dikatakan
gila.
Darwisy
dengan berat hati
membuka pintu. Pucat
muka Darwisy melihat
seorang lelaki berkopiah
berdiri tegak di
depan pintu chaletnya.
Lelaki yang
lengkap berkopiah itu
menerpa masuk. Terkejut
bukan kepalang pabila
melihat muka anak
saudaranya yang sembab
dan bercucuran air
mata serta dalam
keadaan mencurigakan. Kamal
meneliti raut wajah
anak muda yang berada
di hadapannya.
Sewaktu dia
pulang ke rumah
malam tadi sangkanya
Damia sedang tidur.
Seawal jam lima pagi, isterinya
Anisah memberitahu dia
bahawa Damia tiada di dalam
biliknya. Hatinya bimbang
dan rungsing bukan
kepalang. Selesai solat
Subuh, dia keluar
mencari anak saudaranya
di sekitar pantai.
Kamal bimbang jika
berlaku sesuatu yang
tidak diingini ke
atas anak saudaranya
itu. Setibanya dia
di hadapan sebuah
chalet, jantungnya bagaikan
hendak gugur tatkala
melihat selipar dan
pakaian anak saudaranya
bersidai di berada
chalet tersebut.
Kamal merangkul
bahu Damia. Kasihan
dia melihat riak
sedih yang jelas
terpancar di wajah
anak saudaranya itu.
Nasib anak saudaranya
bertambah malang selepas
adiknya Dasuki Aqtar
meninggal dunia. Adik
iparnya Karina langsung
tidak mengambil berat
tentang Damia. Dunianya
hanya bekerja dan
memperkukuhkan lagi kerjayanya.
Anaknya yang seorang
ini langsung tidak
diambil peduli. Dia
perlu bertindak. Sekiranya
berlaku sesuatu ke
atasnya, sekurang-kurangnya ada
orang yang akan
menjaga anak saudaranya
kelak.
“Pak cik
hendak kamu bertanggung
jawab ke atas
anak saudara pak
cik ini,” luah
Kamal tegas sambil
memandang wajah Darwisy.
Buntang mata
Darwisy memandang lelaki
yang berada di
hadapannya saat ini.
Mana mungkin dia
sanggup bernikah dengan
perempuan yang tidak
dikenalinya. Mahu kena
serangan jantung bonda
dan ayahnya nanti.
“Maaf pak cik,
saya tak mampu melaksanakannya. Lagipun
saya tidak buat
apa-apa ke atas
anak saudara pak
cik. Saya hanya
membantunya semalam. Itupun
sebab dia pengsan
di hadapan chalet
saya,” terang Darwisy
sopan. Dia masih
mampu mengawal perasaan
marahnya.
“Mia juga
tak bersetuju dengan
cadangan Pak Long.
Mia masih muda
dan tak kenal dengan
lelaki ini,” terang
Damia dengan linangan
air mata.
“Pak Long tak
kira. Kamu berdua
mesti bernikah hari
ini juga. Keputusan
Pak Long adalah
muktamad,” tegas Kamal.
“Dan kamu
anak muda, jangan
cuba hendak melarikan
diri!” Kamal menelefon
pekerjanya supaya datang
ke chalet Kenanga
2. Tujuannya adalah
untuk menghalang Darwsiy
daripada cubaan melarikan
diri.
“AKU TERIMA
NIKAHNYA Sayang Damia
binti Dasuki Aqtar
dengan mas kahwin
22.50 tunai.” Dalam
keadaan bengang dan
marah yang teramat
sangat, Darwisy terpaksa
menikahi Damia. Menyesal
pula dia datang
ke Mersing. Tidak
pasal-pasal statusnya bujang
sebelum ini sudah
bertukar kepada beristeri.
Kalau perempuan yang
dinikahinya itu cantik
tak apalah juga.
Ini....??? Pening kepalanya
hendak menerangkan kepada
keluarganya nanti. Apa
aku susah? Diam-diamkan
sahaja sudahlah. Bukannya
ada orang yang tahu
melainkan keluarga Pak
Long Damia sahaja.
Eh... nama perempuan
yang aku nikah
tadi sama macam
nama perempuan yang
bonda ingin kenalkan
kepada aku tempoh
hari, bisik hatinya.
Darwisy
memandang Damia yang
baru masuk ke
kamar tidur. Dia
meneliti untuk
mencari keistimewaan gadis
yang baru dinikahinya
itu. Dalam pada
tidak berkenan kepada
Damia, jantung dan
hatinya langsung tidak
mahu berkompromi dengan
otaknya. Debaran yang
melanda begitu hebat
sekali. Bagaikan ada
tarikan menyuruhnya menyentuh
dan membelai Damia.
Damia menyapu krim
bagi mengurangkan kemerahan di
wajahnya. Mujurlah bengkak
di mukanya sudah
susut. Malu dirinya
jika wajahnya masih
belum pulih ketika
pulang ke UK
nanti. Melalui cermin
di hadapannya, Damia dapat
melihat mata Darwisy
yang sedang asyik merenung dirinya.
Apa hal tengok
orang macam nak
telan je? Bisik hati
Damia.
Mata Damia
sudah mengantuk. Di
mana pula aku
hendak tidur? Darwisy
buat katilnya seperti
katil Darwisy sendiri.
Malas hendak bertekak,
Damia menuju ke
katil mengambil selimut
dan sebiji bantal
lalu merebahkan diri
di atas lantai.
“Kenapa kau tidur
kat bawah? Sepatutnya
kau kena layan
aku. Malam ini
kan malam pertama
kita?” sindir Darwisy
dengan niat ingin
menyakiti hati Damia.
“Kau sepatutnya berterima
kasih dengan aku,
sebab aku sanggup
terima kau sebagai
isteri walaupun muka
kau tak cantik.
Lelaki lain belum
tentu teringinkan kau
yang muka buruk
tu!” cerca Darwisy.
Panas hati Damia
mendengar hinaan Darwisy.
“Macamlah saya nak
kahwin dengan awak?”
tekan Damia. “Biar
muka tak cantik
asalkan hati cantik,”
balas Damia lagi.
Bosan sungguh dirinya
melayan kerenah Darwisy
yang tidak matang.
“Wah... menjawab! Kenapa
masa depan tok
kadi tadi kau
tak bangkang kalau
kau tak teringin
nak kahwin dengan
aku?” soal Darwisy
yang sudah geram
dengan lagak Damia.
Huh... tak padan
dengan muka buruk.
“Aku
tahulah kau memang
sudah tergoda dengan
aku yang hensem ni.
Tentu kau bangga
kan... sebab orang muka buruk
dan hodoh macam
kau dapat berkahwin
dengan lelaki sekacak
dan setampan aku,”
luah Darwisy sombong.
“Kenapa awak
sanggup menjabat tangan
tok kadi jika
awak tak rela
nak kahwin dengan
saya? Ada Pak
Long saya letak
pistol kat kepala
supaya awak setuju?”
Benci sungguh Damia
dengan keegoan manusia
yang bernama Darwisy
ini.
“Awak dengar
sini baik-baik! Walaupun
muka saya buruk
dan hodoh, tapi
saya langsung tidak
tertarik dan teringin
hendak berkahwin dengan
muka awak yang
perasan kacak tu
tahu tak? Jika tidak kerana
Pak Long saya
berkeras, saya lebih
rela hidup sendiri
daripada dapat suami
yang sombong dan
bongkak seperti awak.”
Damia bingkas bangun
lalu mengambil sekeping
gambar dan dilemparkan
kepada Darwisy.
“Awak ingat
awak seorang sahaja
kacak? Awak tengok
gambar kekasih saya,
dia pun tak
kurang kacaknya tahu.”
Reqza maafkan aku
kerana babitkan kau
dalam hal ini,
gumam Damia. Mujurlah
Pak Long dan
Mak Longnya tidur
di chalet malam
ini. Malu rasanya
jika mereka terdengar
perang mulut antara
dia dan Darwisy.
Darwisy
memandang sepintas lalu
gambar yang jatuh
di sisinya. Kelakiannya
rasa tercabar. Dah
ada kekasih rupa-rupanya.
Jangan-jangan lelaki itu
hanya ingin mengambil
kesempatan ke atas
dirinya, bisik Darwisy.
Entah-entah dia sanggup
mengadaikan maruah diri
semata-mata ingin berdampingan
dengan lelaki yang
digelar kekasihnya ini,
bisik hati Darwisy
lagi. Bisikan-bisikan jahat
sudah mula kedengaran.
Darwisy menghampiri Damia.
“Kau
ni masih dara
atau sudah kena
tebuk?” soal Darwisy
sinis.
Terpanar Damia mendengar
kata-kata Darwisy. Mukanya
sudah merah menahan
marah. Tanpa sedar
Damia menampar muka
Darwisy. “Kurang ajar!!!
Awak ingat saya
ni perempuan murahan
sangat ke... hah?”
marah Damia.
Darwisy
mengusap pipinya yang
terasa perit sambil
tersenyum sinis. Dia
menghampir Damia. Tangannya
membelai wajah Damia.
Dirinya langsung tidak
mempercayai kata-kata Damia.
Hatinya juga kuat
menyatakan yang Damia
bukan lagi gadis
suci. “Buktikan!” ujarnya
sepatah.
Terpaku Damia dengan
kata-kata Darwisy. Buktikan?
Bukti yang bagaimana?
Dapatkan surat pengesahan
daripada Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja? Eh...
itu untuk mengetahui
bila puasa dan
raya sahaja! Apa
ke... bahlol sangat
kau ni Damia?
Habis tu.... surat
pengesah daripada Ketua
Polis Negara? Errr...
aku bukannya penjenayah!
Tak akan nak
minta surat pengesahan
daripada Ketua Pengarah
Hospital! Aku bukannya
ada penyakit misteri
nusantara!
Jantung Damia
bagaikan hendak gugur.
Perasaan gementar semakin
mencengkam diri. Peluh
dingin mula membasahi
tubuhnya. Panik dan
gementar bergumpal menjadi
satu. Getaran semakin
hebat datang melanda di saat Darwisy
mengucupi wajah dan
membelai tubuhnya. Damia
berperang dengan perasaannya.
Dia keliru dengan
dirinya sendiri.
Melihat tiada
penolakan daripada Damia,
Darwisy semakin berani
bertindak. Kini bibir Damia menjadi
sasarannya. Hanyut dibuai
perasaan, Damia membalas
setiap perbuatan Darwisy.
Mereka akhirnya tenggelam dalam
gelombang asmara ciptaan
mereka.
Darwisy merenung gadis
yang baru dinikahinya.
Begitu lena sekali.
Tanpa sebarang paksaan,
dia mengucup pipi
isterinya itu. Terasa
damai dan tenang
hatinya. Tidaklah terasa
panas dan terbakar
seperti berada berdekatan
dengan Natilia. Tangannya
juga begitu ringan
membelai rambut isterinya.
Lembut dan wangi,
getus Darwisy.
Matanya masih
tidak mahu lelap.
Perasaan bersalah bersarang
di dalam hatinya.
Perasaan malu amat
menebal. Ternyata isterinya
masih lagi suci
dan menjaga kehormatannya
dengan baik. Mungkin
inilah jodoh yang
sudah tertulis untukku.
Siapalah aku yang mahu menghalang
ketentuan dan kehendak
ALLAH? Sebagai hamba
yang beriman, dia
harus redha dengan
Qada dan Qadar
ALLAH.
Darwisy bangun
mengambil album yang
berada di atas
meja solek. Sungguh
comel! Desis hati
Darwisy. Mungkin gambar
isterinya ketika bayi.
Ketika dia ingin
menyelak helaian berikutnya,
telefon bimbitnya berbunyi.
Lantas dia menutup
kembali album tersebut.
Danish minta dia
pulang segera kerana
moyangnya jatuh sakit.
Melihat isterinya nyenyak
tidur, tidak sampai
hati pula dia
ingin mengejutnya. Takpelah!
Dalam dua tiga
hari lagi aku
akan datang menjemputnya
dan membawanya bertemu
dengan keluargaku. Darwisy
memasukkan pakaiannya ke
dalam beg sandang.
Tangannya juga begitu
ringan memasukkan album
milik Damia ke
dalam beg sandangnya.
Setelah mencoret sesuatu,
dia meninggalkan rumah
Pak Long Damia.
Hiba perasaannya saat meninggalkan isterinya
itu.
Salam kak DD,
ReplyDeleteThanks for new n3. very nice n I like it very much.
Salam dek.
DeleteTerima kasih krn suka dgn SPH. Teruskan menyokong SPH ya.
Best sesgt! Mmmg best mrk berdua ni.
ReplyDeleteTQ p3. Teruskan bersama Damia dan Darwisy hingga ke akhirnya.
DeleteMenariklah kak DD. Sya senyum jer bc kisah Darwisy dan Damia ni. Mcm nak suruh akak smbg je lg. heheheh....
ReplyDeleteTerima kasih Raihana kerana sukakan karya akak yg tak seberapa ni. Teruskan bersama SPH.
DeleteNak kata apa ya....
ReplyDeletemmg terbaikkkkk.... tak puas bc.
Kelakar sungguh Darwisy ni. Dlm pd mengutuk bagai nak rak tp jantung ttp dup... dap... dup... dap...
Terima kasih krn sukakan SPH. Teruskan bersma Damia dan Darwisy ya.Nntkan kisah ttg mrk.
Deletehahahaha... kelakar sungguh Damia dan Darwisy ni.
ReplyDeleteSorang kalut dan sorang lg dlm pd tak mahu tp 'mahu'
Teruskan kak DD. Best! Best! Best! Tak rugi cuba nasib buka lappy. Saya sukakan bab ni.....
Terima kasih Ayu. Teruskan bersama SPH
DeleteChaiyok! Chaiyok!!!
ReplyDeleteTersangatlah menarik dan best. saya benar2 berpuashati. Mcm nak suruh smbg je lg. Jgnlah ada halangan yg menanti . Mrk baru nak menggapai bahagia. Saya rasa mcm ada musibah yg menanti hubungan mrk.
Terima ksih krn sudi membc SPH. Teruskan bersama SPH
DeleteTerbaik dr ladang lah wok!!!!! Caya sama writer...
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteKak DD, nak lagikkkkkkkkkkkkkk!!!! Smbg cpt2 kak.
ReplyDeleteSabay ya dek.
Deletecepat plak mreka kwen....ala msti x dr pa2 lgi dlm phubungn mreka tu, msh trlalu awl lgi untuk knflik ...ap lh...
ReplyDeleteMahanum tunggu kejutannya nanti. Blm tahu lg sama ada konflik lmbt ataupun cpt.
Deleteteruskan dgn cetusan idea yg bernas dan mencabar. Sentiasa menyokong.
ReplyDeleteTerima kasih krn sudi membaca SPH.
DeleteNak lagi! Nak lagi. Tak cukuplah kak DD. Ala knp darwisy tinggal Damia? bawalah sekali. Comey aje mrk ni. best.best.... sama mcm CIM.
ReplyDeleteKak Cim bila nak terbit????
Terima kasih krn suka dgn SPH.
DeleteCIM tak tahu lg bila terbit. Sabar menunggu ya.
smbg cpt sikit blh? best ar. tak larat nak tunggu seminggu lagi. tak sbr nak tahu citer akan dtg.
ReplyDeleteSabar ya.
Deleteaduh... duh... duh... kak DD nal lagi. Bestlah akak. Suka dgn Darwisy ni, menarik je dia ni.mesti romantik dia ni. auw... tak sbr nak tunggu n3 akan dtg.
ReplyDeleteTerima kasih krn sukakannya. Oh... Darwisy mmg romantik habis sama mcm Mikhail.
DeleteNo komen!
ReplyDeletekomenlah.
DeleteAkak nanti smbg cpt2 ya. tak sabar dah ni...
ReplyDeleteSabar ya... mgkn sedikit masa lagi. Tgh edit manuskrip ni utk dihantar penilaian.
Deletecinta itu milikku bila nak smbg lagi,ini pun nak juga tamak saya
ReplyDeleteCinta Itu Milikku akan bersambung dlm versi cetak.
Delete