MALAM
itu,
lena Athirah sekali lagi terganggu. Dia masih lagi diulit oleh mimpi seperti
semalam. Tapi kali ini tiada lagi wajah yang mengerikan dan aksi-aksi yang menggerunkan.
Kelihatan
seorang lelaki kacak, berpakaian serba putih memimpin tangannya. Lelaki itu
membawanya ke kawasan tepi sungai yang dikelilingi bunga-bungaan yang sangat cantik
dan mewangi. Tidak jauh dari situ, kelihatan seorang wanita yang sangat cantik
juga berpakaian serba putih sedang berdampingan dengan seorang jejaka. Mereka
kelihatan sedang menunggunya dan lelaki berpakaian serba putih itu. Setelah
tiba ke destinasi yang ditujunya, lelaki yang berpakaian serba putih itu mengucup
dahinya dan tersenyum manis. Tangannya diserahkan kepada wanita berpakaian serba
putih yang sedang menunggunya. Wanita itu mendakap erat tubuhnya seraya berbisik...
“Dia
akan jadi pelindung dan pendampingmu wahai anakku. Kamu harus taat dan menghormati
dirinya. Sayangi dan cintai dirinya sepenuh jiwa ragamu. Jangan sesekali ingkar
akan arahannya kerana syurgamu terletak di bawah kakinya.”
Setelah
itu tangannya berada dalam genggaman jejaka tersebut. Wajah jejaka itu masih kabur,
tapi senyuman menawan itu seperti pernah dilihatnya. Tapi siapa dan di mana?
Wajah yang kabur itu semakin jelas pada penglihatannya.
“Abang...”
Athirah
terus terjaga dari tidurnya. Dadanya berombak-ombak. Begitu kencang sekali.
Seolah-olah dia baru sahaja menamatkan larian 100 meter pecut. Tekaknya terasa
kering dan kesat, mukanya mula berpeluh.
“Tak
mungkin dia suamiku! Apakah maksud yang cuba disampaikan melalui mimpi ini? Adakah mimpi kali ini berkait rapat dengan
mimpinya yang lalu?” tanya Athirah kepada dirinya sendiri.
Ah,
ini semua hanya mainan tidur belaka! Tak mungkin Adam Mikhail adalah orang yang
sama dengan Adam suaminya, desis hati Athirah. Tapi bagaimana jika mereka
adalah orang yang sama? Ah... sudahlah! Sambung tidur lagi bagus.
Athirah
membaringkan tubuhnya semula, bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Mentang-mentanglah mamat tu suruh aku mimpikan
dia, terus aje aku masukkan dia dalam lena aku. Kuat sungguh aura dia! Nampak
sangat aku kuat berangankan dia. Mustahillah Si Mikhail tu boleh jatuh cinta
dengan aku! Tapi pesona cinta jelas terbias di mata hazelnya yang memikat itu. Renungan mata hazel itu sungguh memukau dan senyuman menawannya mampu
menggetarkan naluri kewanitaannya. Ya ALLAH... lindungilah aku daripada godaan
dan gangguan syaitan, doa Athirah.
MIKHAIL
terjaga dari lenanya. Jam menunjukkan pukul empat pagi. Rasanya baru dua jam dia
melelapkan mata. Selepas menghubungi Athirah, dia membuat sedikit rujukan untuk
tugasannya.
Mikhail
melihat umi dan abinya sedang bersantai bersama seorang gadis di bawah sepohon
pokok. Ketika itu mereka berada di sebuah kawasan pergunungan yang sangat cantik
dan berlatarkan pemandangan yang hijau serta bunga-bungaan berwarna-warni. Apabila
terpandang wajahnya, uminya menggamit dan memanggil namanya. Gadis itu menundukkan
wajahnya bila dia menghampiri.
“Adam...”
Uminya bersuara. “Umi serahkan gadis ini kepada Adam untuk Adam lindungi dan
dampingi sepanjang hidup Adam. Umi harap Adam dapat pikul tanggungjawab yang
telah ALLAH amanahkan kepada Adam dengan sebaik mungkin. Sayangi dan cintai dia
dengan sepenuh hati. Kasihi dirinya dan jangan sekali-kali sakiti hatinya.” Sesudah
itu uminya menyerahkan tangan gadis itu ke dalam genggamannya.
Mikhail
mengangkat wajah gadis itu. Dia benar-benar terpanar dan sungguh tidak mempercayai
apa yang dilihatnya.
“Sayang...”
Tercetus
sahaja panggilan tersebut di bibirnya, Mikhail terus tersedar dari lenanya. Mikhail
tersenyum mengingati mimpinya sebentar tadi.
“Aikk... sayang! Abang suruh sayang
mimpikan abang. Tapi sayang pulak yang
datang dalam mimpi abang.”
Memang
sah, aku dah benar-benar angaukan Si Athirah nampak gayanya. Sungguh kuat ‘tarikan
magnet hatimu’ sayang. Hinggakan dalam lena dan dalam jaga hanya wajahmu menemani
hari-hari abang. Mikhail menyambung kembali lenanya. Kepalanya tidak henti memikirkan
apakah petanda dan maksud yang tersirat di sebalik mimpinya ini hinggakan umi dan
abinya turut serta memainkan peranan melakonkan watak dalam mimpinya itu.
ATHIRAH
menggeliat kemalasan. Dia masih lagi meniti ‘hari wanita sedunianya’. Oleh itu,
dia tidak perlu tergesa-gesa untuk mandi dan menunaikan solat Subuh.
Malasnya
nak mandi. Kalau tak mandi, boleh tak? Bisik hati Athirah sambil mencium
ketiaknya. Wangi lagi..., getus hatinya. Jika di kampung, emaknya selalu
berceramah kerana keliatannya hendak mandi pagi. Terpaksalah emaknya
menjerangkan air untuk menyuruhnya mandi. Tetapi sejak Abang Roslannya memasang
water heater, tiada lagi alasan untuknya bermalasan mandi pagi. Athirah
menyelongkar beg pakaiannya dan mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai.
“Eh...
Athirah pakai macam ni nak pergi Genting?” Rohana memandang Athirah yang memakai
blouse kuning cair dan skirt labuh warna
hitam.
Athirah
menilik pakaian yang sudah tersarung di tubuhnya.
“Kenapa
Kak Hana, tak boleh ke pakai macam ni?” Athirah bertanya pelik.
Aku
nak pakai macam mana lagi? Tak akan nak pakai baju kurung atau kebaya nyonya. Itu
dah macam nak pergi beraya dan ke rumah orang kahwin, desis hati Athirah. Athirah
menggaru kepalanya yang sememangnya gatal ketika itu.
“Kita
pergi Genting naik motor bukannya naik kereta. Lagipun tak muat naik kereta ramai-ramai,”
ujar Rohana. “Abang Hax dan Abang Shah tidak gemar memandu. Kata mereka susah
hendak mencilok dan tak sesuai dengan
jiwa lelaki mereka,” terang Rohana lagi.
“Naik
motor Kak Hana?”Athirah bertanya lagi inginkan kepastian.
Rohana
angguk kepala.
Athirah
mengeluh.
“Athirah
rasa Athirah tak boleh pergilah Kak Hana kalau macam tu. Athirah belum pernah
lagi naik motor dengan orang lain, selain ayah dan abang-abang Athirah,” kata Athirah
sedikit gusar.
Walaupun
sudah diberitahu kepada emaknya tentang keinginan pergi ke Genting bersama
kawan-kawan, tetapi Athirah bimbang jika terserempak dengan salah seorang abangnya.
Tentu letih dia hendak bersoal jawab dan menangkis serangan soalan yang datang
bertubi-tubi. Mahu rentung kena tazkirah dengan abang-abangnya jika lihat dia membonceng
motosikal dengan lelaki yang bukan mahramnya.
Bagaimana
jika terserempak dengan mentua atau suami misteri kesayangannya itu? Tidak ke
mati katak dia nanti? Buatnya wayar fius otak Mikhail putus atau skrunya
tertanggal dan mengaku dia sebagai kekasih di hadapan mereka, tidak ke
mendatangkan bala yang besar? Aduh, boleh mati aku tak lama lagi jika masalah
ini tidak berakhir secepat mungkin!
“Athirah
janganlah risau, kakak berdua kan ada. Kakak akan lindungi Athirah jika Mikhail
nakal-nakal dengan Athirah nanti,” tambah Rohana lagi. Rohana tidak tahu apa
yang bersarang dalam kepala otak Athirah sekarang ini.
Athirah
melangkah longlai masuk ke dalam bilik yang ditumpanginya bersama Rohana dan Mahani
untuk menukar skirt labuhnya kepada seluar jeans. Tiba-tiba telefon bimbitnya
berbunyi nada dering yang disetkan untuk rakan-rakannya.
“Assalamualaikum...
Faz. Apa hal? Seronok pergi kampung Aisyah?” tanya Athirah kepada rakan
sebiliknya itu.
“Waalaikumsalam.
Tidak ada apa-apa. Aku ada kat bilik ni. Tak jadi ikut Aisyah balik kampung.
Mereka dah pergi malam tadi, lepas kau keluar dengan Mikhail. Ayah Aisyah datang
ambil,” jelas Fazlina senafas.
“Macam
mana kau boleh tertinggal kereta api ni?” tanya Athirah. Pelik juga dia. Bukan
ke Fazlina yang beria-ia mahu mengikut Aisyah apabila dia mengajak untuk study bersama-sama.
“Bukan
aku tertinggal. Tapi aku yang tak nak pergi. Malam tadi perut aku tiba-tiba
meragam. Aku malaslah nak menyusahkan Aisyah,” terang Fazlina. “Athirah... kalau
aku join kau boleh? Aku boringlah duduk sorang-sorang dalam bilik
ni. Lagipun bila kau takde, aku dah mati
kutu,” luah Fazlina.
“Nanti
aku tanyakan mereka, kau tunggu kejap ya.” Athirah bertanyakan kepada Mahani
tentang permintaan Fazlina itu. “Faz, kau bersiap! Dalam sepuluh atau lima
belas minit lagi, kami sampai. Kau kenalkan kereta Viva Kak Hana?”
ATHIRAH
menghela nafas lega. Kehadiran Fazlina membolehkan dia menarik diri daripada
mengikuti Mikhail pergi ke Genting. Setibanya mereka di rumah sewa Rohana dan
Mahani, Mikhail sudah pun sampai dengan kawan-kawannya, Hax dan Shah. Mereka kelihatan
sedang berborak dengan Mahani.
“Assalamualaikum...” Athirah menyapa.
“Waalaikumsalam...”
Mereka yang berada di situ menjawab salam Athirah.
Athirah
menghampiri Mikhail. Dia menguis lengan lelaki itu supaya mengikutnya seketika.
“Amboi,
cantiknya buah hati abang pagi ni!” Mikhail memuji seperti biasa. “Ada apa-apa yang
sayang ingin cakapkan pada abang ke?” Mikhail bersuara ceria.
Bila
teringatkan mimpinya malam tadi, senyuman di bibirnya tidak pernah lekang. Dari
bangun tidur hinggalah ke saat ini, bibirnya begitu murah mengukirkan senyuman.
Jangan ada yang terkena diabetes sudahlah bila terlihat senyuman manisnya itu. Umi
dan abinya juga memandang dengan sedikit pelik melihat kelakuannya.
“Sayang
rasa tak bolehlah ikut abang pergi Genting. Faz takde kawan nanti. Tak akan sayang nak tinggalkan dia sorang-sorang kat
rumah Kak Hana dan Kak Ani.” Athirah berharap sangat alasannya dapat diterima Mikhail.
Namun
belum sempat Mikhail menjawab, kedengaran enjin motosikal berkuasa tinggi
berhenti di hadapan rumah sewa Rohana dan Mahani. Borhan tersenyum memandang ke
arah mereka.
“Sayang
jangan risau, tu penyelamat dah sampai.” Mikhail mengajak Athirah menyertai kawan-kawannya
yang lain.
Athirah
sedikit kaget dengan kedatangan Borhan. Kata mereka, Borhan tidak dapat turut serta
kerana ada urusan keluarga. Tapi kenapa kini muncul dengan senyuman hingga ke
telinga?
Fazlina
terpinga-pinga melihat beberapa buah motosikal di rumah Rohana dan Mahani.
“Hey... mak cik! Mereka semuanya ni nak ke
mana?” bisik Fazlina.
“Mereka
nak bawa kita pergi Genting,” ujar Athirah perlahan.
“Kenapa
kau tak cakap dengan aku masa kat asrama tadi? Kalau aku tahu kau nak pergi
Genting, lebih baik aku lepak dalam bilik saja,” bisik Fazlina sedikit geram.
“Aku
manalah tahu Si Borhan ada sekali. Kata Mikhail, hanya Hax dan Shah sahaja yang
pergi. Aku ingat dengan ajak kau datang ke sini, bolehlah aku elakkan diri dari
ikut mereka. Manalah aku tahu tiba-tiba Si Borhan boleh tercongok depan ni,”
bisik Athirah.
Athirah
dan Fazlina sudah tersengih bila semua mata memandang mereka.
“Ha...
sayang mengumpat abang ya?” serkap Mikhail. “Bukan ke dulu sayang pernah kata, tak
baik berbisik jika ada orang lain di samping kita? Tengok sekarang siapa yang melanggar
peraturan?” perli Mikhail sambil tersenyum.
Athirah
sudah tersengih sambil menunjukkan barisan giginya yang putih bersih dan
teratur itu.
“Sorry tak sengaja.”
“Itulah,
lain kali jangan suka perli orang.” Mikhail mencuit hidung mancung Athirah.
Mikhail
tahu apa yang bersarang dalam kepala buah hati kesayangannya itu. Sebelum berangkat
ke rumah sewa Rohana dan Mahani tadi, Mahani ada menelefon dan memberitahunya kemungkinan
rancangan mereka untuk naik ke Genting terpaksa dibatalkan. Ini kerana Fazlina
ingin datang ke rumah sewanya. Apabila terdengar nama Fazlina, Mikhail memberitahu
Mahani bahawa rancangan mereka tetap berjalan sepertimana yang dirancangkan. Mikhail
terus menghubungi Borhan dan menyatakan cadangannya. Borhan yang sebelum ini tidak
mahu turut serta terus memberikan persetujuannya. Mikhail tahu kenapa Borhan
enggan mengikutnya ke Genting sebelum ini. Semuanya kerana gadis bernama
Fazlina.
“Okey...
guys! Sekiranya dah siap, kita bergerak sekarang. Kita akan singgah di restoran
Selasih untuk sarapan pagi.” Mikhail memberi arahan.
Athirah
memerhatikan Mikhail. Mikhail bukan sahaja kacak tetapi juga berkarisma. Tidak hairanlah
jika dia mampu menyandang jawatan presiden di kampus. Mikhail juga bijak
bergaya. Tengoklah sekarang ini, betapa segaknya Mikhail berdenim biru dan berjaket
kulit warna coklat. Sejak kebelakangan ini, warna pakaian mereka sering sedondon.
Apakah ini satu kebetulan atau gerak hati mereka selalu seiring?
“Sayang
pakai jaket dan sarung tangan ini ya. Abang tidak mahu sayang kesejukan nanti.
Jaket ini mungkin sedikit longgar untuk sayang.” Mikhail menghulurkan jaket kulit
dan sarung tangan berwarna coklat milik uminya kepada Athirah.
Malam
tadi Mikhail memberanikan diri meminjam jaket dan sarung tangan daripada uminya.
Uminya sedikit pelik dengan permintaannya itu.
“Anak
umi nak buat apa dengan benda-benda ni?” tanya Dr. Zulaikha sambil menghulurkan
jaket dan sarung tangan yang Mikhail pinta.
“Kawan
Adam nak pinjam untuk makwe dia. Esok mereka nak pergi Genting,” ujar Mikhail
sambil menghulurkan senyuman penuh rahsia.
Mikhail
sebenarnya bimbang jika uminya tahu dia turut serta ke Genting. Apatah lagi jika
uminya tahu dia menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Mahu masak, mendengar
uminya membebel.
Melihat
uminya tersenyum manis dan berpesan tidak perlu memulangkan kembali barang-barang
tersebut, hati Mikhail menjadi lega. Mikhail tahu uminya mempunyai banyak koleksi
jaket dan sarung tangan. Setakat menghadiahkan sepasang sarung tangan dan sehelai
jaket tersebut tentu tidak mendatangkan masalah buat uminya. Fuh... nasib baik umi tak banyak soal! Kalau
tidak... mati dia hendak menjawab segala soalan uminya.
Athirah
merenung motosikal Mikhail. Bawalah EX5 atau EGO, senang sikit aku nak naik.
Ini bawa motor besar gedabak! Macam mana aku nak naik ni? Aku nak pegang mana?
Lainlah dengan Abang Tam. Boleh aku pegang bahu dia, desis hati Athirah.
Mikhail
tertawa kecil melihat Athirah ragu-ragu hendak naik motosikalnya.
“Sayang
pegang bahu abang. Jangan bimbang... beralas,” tutur Mikhail. Lantas senyuman
kacaknya dihulurkan buat Athirah.
MIKHAIL
memarkir Ducati kesayangannya. Topi keledar Athirah ditanggalkan dan tudung Athirah
yang sedikit kelepet dibetulkannya. Sungguh romantik! Mikhail merenung wajah
pujaan hatinya itu. Walaupun Athirah tampil simple
tanpa sebarang alat solek dan lipstick
merah menyala, namun Athirah tetap anggun
di matanya. Mungkin inilah yang dikatakan penangan cinta. Buruk di mata orang
lain tetapi indah pada pandangan kita. Tetapi Athirah memang cantik, bukan
sahaja pada wajah malahan apa sahaja yang ada pada diri gadis itu. Jika tidak, masakan
ramai yang cemburu akan dirinya. Adakah pilihan umi dan abinya sejelita Athirah?
“Sayang
suka makan nasi dagang, kan? Sebab itu abang bawa sayang datang ke mari. Restoran
ni memang popular dengan masakan Pantai Timurnya tau. Jom kita masuk ke dalam,”
ajak Mikhail bersama senyuman di bibir. Mikhail masih ingat lagi makanan
kegemaran Athirah walaupun minggu orientasi sudah lama berlalu.
Kedengaran
telefon bimbit Athirah berbunyi.
Athirah
tersenyum lebar melihat nama pemanggil. Semalam dia ada menelefon emaknya
memberitahu akan ke Genting bersama rakan-rakannya. Emaknya tidak menegah
mahupun menggalakkan. Cuma emaknya berpesan supaya menjaga tingkah laku dan maruah
diri serta maruah keluarga termasuk mentuanya.
Mikhail
merenung tajam Athirah. Mungkin tidak berpuas hati melihat senyuman manis yang menghiasi
bibir buah hatinya.
“Assalamualaikum...
mak.”
Mikhail
sudah tersenyum lebar bila mengetahui siapakah gerangan di hujung talian.
“Waalaikumsalam.
Jadi Baby pergi Genting?”
“Jadi
mak. Sekarang tengah berhenti sarapan. Lepas ni sambung balik perjalanan. Ada apa mak telefon pagi-pagi ni?” Bimbang juga
Athirah jika ada hal kecemasan di kampung.
“Emak
nak bagi tahu, hujung bulan ni mak tak jadi datang KL. Mak akan ke sana pertengahan
bulan depan. Mak nak sambut puasa di sana. Senang sikit mak datang sekali
harung,” beritahu Mak Salamah. “Lagipun Abang Lan dan Abang Tam kamu tak dapat balik.
Mereka simpan cuti untuk raya. Jadi biar mak dengan ayah sahaja yang datang,”
tambah Mak Salamah lagi.
“Emm... ikutlah apa yang terbaik di
fikiran mak dan juga ayah! Baby ikut
sahaja. Tapi janji... jangan tak jadi
datang pulak. Nanti Baby merajuk tak nak balik kampung lagi,”
ugut Athirah dengan nada manja.
“Alah...
mak tahu kenapa Baby tak nak balik! Baby dah tersangkut dengan orang sana,
kan?” giat Mak Salamah.
“Hisy... mana ada mak! Baby nanti nak kahwin dengan orang Terengganu
juga. Jika boleh sebelah rumah. Apa kata... mak tolong pinangkan Izwan, anak Pak
Cik Ibrahim untuk Baby ya?” Athirah
sudah ketawa kelucuan mendengar ideanya.
“Sudahlah
Baby! Jangan asyik nak kenakan mak
saja,” marah Mak Salamah. “Cakap tu jangan main ikut sedap mulut saja. Ingat diri
tu sikit! Sudah berpunya tapi masih lagi nak mengaku bujang,” bebel Mak
Salamah. “Sampaikan salam mak pada suami kamu Si Adam tu. Bagi tahu dia, bawa
motor tu elok-elok sikit,” ujar Mak Salamah. Mak Salamah tidak sedar yang dia sudah
terlepas cakap tentang Mikhail kepada Athirah.
“Ala...
mak janganlah merajuk! Baby gurau
ajelah!” rengek Athirah manja. “Kesian ayah, jika mak asyik merajuk! Tak larat
ayah nak pujuk,” usik Athirah bersama sengihan.
“Anak
bertuah ni, ada sahaja idea nak kenakan kita!” bebel Mak Salamah. Anak
perempuannya itu, kalau sudah bergurau sukar hendak berhenti.
“Okeylah
mak, nanti kita borak lagi ya. Assalamualaikum.” Setelah Mak Salamah membalas
salamnya, Athirah mematikan talian. Tak larat Athirah nak berlama di talian
dengan emaknya. Ada sahaja tazkirah yang akan keluar dari mulut emaknya itu.
Athirah
teringat pesanan emaknya. ‘Sampaikan salam pada’? Otaknya kembali memproses
kata-kata emaknya. “Sampaikan salam mak pada suami kamu, Si Adam tu!!!”
Bulat
mata Athirah memandang Mikhail. Mulutnya sudah terlopong namun segera ditutup
dengan tangannya. Adakah di depan aku ini, Adam suamiku? Adam Mikhail yang
selama ini ingin aku berlakon sebagai kekasihnya adalah suamiku? Dia bagaikan
tidak percaya dengan berita yang baru dia dengari itu. Ya ALLAH... benarkah dia
suamiku? Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH atas kurniaan-Mu ini, bisik
Athirah dalam hati. Air mata kesyukuran yang menitis membasahi pipi, disekanya
dengan jari.
Akan
kupikat dia hingga tersungkur ke dalam pelukanku dengan perasaan cinta dan kasih
sayang yang membara hanya untukku hingga ke akhir nafasnya, tekad Athirah. Mikhail
mesti tak tahu lagi bahawa aku ni isteri dia. Sekarang masa untuk aku kenakan
dia. Dulu sombong sangat, ‘Saya tak kenal dan tidak mencintai awak’, Athirah
mengulangi kembali kata-kata Mikhail dalam hati. Sekarang kalau tak nampak
batang hidung, mulalah macam cacing kepanasan. Itulah... orang tua-tua dah kata,
tak kenal maka tak cinta. He... he... he... inilah masanya untuk aku membalas dendam! Bila lagi nak
kenakan suami sendiri, kan...? Masa dia tak tahu siapa aku nilah, bisik hati
Athirah sambil tersengih nakal.
Mikhail
merenung Athirah dengan perasaan pelik dan tidak berpuas hati. Kenapa Athirah menitiskan
air mata? Adakah emaknya memaksa dia berkahwin sepertimana umi dan abi memaksa
dirinya? Tapi kenapa tersenyum pula? Adakah air mata itu, air mata gembira?
“Kenapa
sayang menangis dan lepas tu tersenyum?” tanya Mikhail.
“Menangis?
Mana ada. Mungkin mata masuk habuk agaknya. Tersenyum tadi tu sebab suka tengok
wajah abang yang hensem dan memikat
hati.” Athirah berdalih.
Mikhail
tersenyum mendengar alasan Athirah. Namun dia masih tidak berpuas hati apabila
Athirah menyuruh emaknya meminang seorang lelaki untuk dirinya. Habis tu dia,
ke mana Athirah mahu campak?
“Kalau
sayang nak kahwin dengan orang Terengganu, habis tu abang macam mana?” Mikhail bertanya.
“Alah...
abang ni! Itu pun nak ambik serius. Sayang
bergurau ajelah dengan mak.”
“Tapi
manalah tahu sekiranya sayang memang dah planning
nak kahwin satu kampung,” luah Mikhail tidak berpuas hati.
“Abang...
jangan fikirkan sangat tentang perkara ini. Kita tak tahu dengan siapa jodoh
kita sebenarnya. Manalah tahu jodoh sayang dengan abang,” ujar Athirah sambil tersenyum
manis. Memang abang sudah tertulis untuk sayang, desis hati Athirah. Matanya dengan
berani menikam anak mata Mikhail.
Mikhail
sudah tersenyum kelat mendengar kata-kata Athirah. Ya... memang benar, jodohnya
sudah ditentukan ALLAH. Mikhail teringat gadis yang dinikahi tanpa kerelaannya dua
tahun lalu. Sehingga kini dia menggantung isterinya itu. Hanya wang nafkah sahaja
dimasukkan setiap bulan sebagai tanda tanggungjawabnya seorang suami. Itu pun abi
atau uminya yang uruskan.
“Tapikan
abang...” Lama Athirah memandang muka Mikhail dengan senyuman semanis gula yang
mekar di bibirnya. Dia ingin melihat reaksi Mikhail. Terasa ingin ketawa Athirah
melihat muka Mikhail yang sedikit blur.
Jantung
Mikhail sudah berdegup kencang. Dia tidak pasti sama ada senyuman manis yang Athirah
hidangkan kepadanya membuatkan jantungnya bergetar hebat atau perkhabaran yang
akan Athirah sampaikan.
“Sayang
mana boleh kahwin ‘satu kampung’ dan abang juga tak boleh kahwin ‘satu
kampung’, berdosa!!!” Athirah menggantung kata-katanya sambil menunakkan
pandangannya ke muka Mikhail yang kelihatan sudah pening.
Berkerut-kerut
dahi Mikhail mendengarnya.
“Sayang
hanya boleh berkahwin dengan seorang sahaja dalam setiap perkahwinan kecuali sayang
diceraikan atau suami sayang meninggal dunia. Abang pula hanya boleh berkahwin
sampai empat sahaja. Itu kouta yang diluluskan oleh hukum syarak. Tetapi
mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu. Jadi... macam mana pula abang boleh kata,
sayang planning ‘kahwin satu
kampung’?” Athirah sudah tertawa dan ingin melarikan diri.
Mikhail
memicit kepalanya yang sedikit pening dengan penerangan Athirah. Tidak lama kemudian,
dia sudah tertawa besar bila memahami apa yang ingin Athirah sampaikan.
“Oh...
nakalnya dia!” Lalu tangan Athirah ditarik dan pipi Athirah dicubit geram. “Pandai
ya kenakan abang!”
Memang
betul! Lelaki boleh berkahwin lebih daripada satu. Tentu tidak menjadi
kesalahan jika dia menduakan isterinya itu. Lagipun isterinya tahu, dia bebas
melakukan apa sahaja yang dia suka. Dia tidak perlu meminta izin terlebih
dahulu.
“Aduh,
sakitlah abang!” Athirah menggosok pipinya. Muncungnya juga sudah panjang
berdepa-depa tanda merajuk.
“Lain
kali kalau kenakan abang, abang bukan sahaja cubit, malahan abang akan buat lebih
daripada itu,” ugut Mikhail. “Abang suka sangat dengan muncung sayang tu! Rasa
macam nak gigit sahaja!” Mikhail mengusik Athirah. Kasihan pula dia melihat
pipi Athirah yang sudah kemerahan. Itu yang susahnya jika kulit terlalu putih.
Kena cubitan walaupun tidak sekuat mana sudah kelihatan merah.
Athirah
menutup mulutnya.
“Eeii... gatalnya!” Athirah mencubit
pinggang Mikhail.
Mereka
berdua tertawa riang.
Athirah
tidak perlu lagi runsing untuk menjaga batas-batas pergaulannya, kerana di
sampingnya kini adalah suaminya. Athirah berazam akan menggoda Mikhail hingga
suaminya itu tidak boleh berenggang lagi dengannya walaupun sesaat.
“Hoi!
Kau orang berdua ni tak reti nak makan ke? Cepatlah sikit... nanti lambat pulak kita sampai,” laung Borhan buat
merpati dua sejoli itu. Dia sangat-sangat berterima kasih dengan Mikhail. Tanpa
Mikhail, tentu hari ini dia hanya terperap di rumah. Dan kalau Fazlina tidak
turut serta, tentu dia hanya makan dan tidur sahaja sepanjang hujung minggu
ini.
Hax
dan Shah hanya tersenyum melihat gelagat rakan-rakannya.
Seronok
Shah melihat perubahan yang berlaku ke atas diri Mikhail. Andai dulu... sebut
sahaja tentang perempuan, Mikhail merupakan orang pertama yang meminta izin
untuk beredar atau dulu-duluan cabut lari. Tapi kini... dia pula orang pertama
yang tampil ke hadapan untuk minta tips dan cara-cara hendak memikat hati
perempuan.
Sekiranya
Mikhail yang dahulu, pantang melihat perempuan mengada-ada atau menggeletis,
mulalah mulutnya cepat melaser. Tapi kini... sikap itu semakin berkurangan.
Mujurlah Athirah bukan jenis perempuan yang suka menarik perhatian lelaki.
Kalau tidak tentu Mikhail juga tidak menggemarinya.
Bangganya jd yg pertama bc.
ReplyDeleteMakin best citer ni.
Suami isterikah mereka? Mrk jg sering kali mengalami mimpi yg serupa!
Wah... jika betul. Bestnya.
Teruskan usaha anda Dayana Darwisy.
Emmm... mmg yg terbaik!!!! Syabas.
ReplyDeleteAyu... memang Mikhail suami Athirah lah!!!
ReplyDeletehuhuhu... makin best ni!!!!
Tp kelakarlah Athirah ni... tak suka mandi! Nasib baik wangi. huhuhu...
Alahai... Mikhail, sweetnya!!!
Suka sgt baca part niiii...
huhu.. mcm mana maknya blh tau Athirah keluar ngan Mikhail?? skg ni Mikhail tahu atau x, Athirah tu wife dia??
ReplyDeletebr nk type menda yg sama.!!^^
Deleteqminz: Terlintas perkara yg sama ya?
DeleteMak Mikhail dan Mak Athirah sebenarnya saling berhubung ant satu sama lain. Jd mrk tau apa yg anak2 mrk lakukan.
Salam semua....
ReplyDeleteAyu: Tahniah! menjadi yg pertama bangga ya?
Puteri Atilia: Terima Kasih.
Raihana: Mikhail mmg romantik habis.
Eliza Ab! Nak tahu mcm mana Mak Athirah blh tahu... kena tunggu. Mikhail tak tahu lg siapa Athirah sbb lepas akad nikahkan dia terus cabut. Nnt lepas gaduh dan Athirah tuntut cerai baru dia tahu siapa Athirah. Tp part gaduh tu kena tunggu sbb lmbt lg.
Menarik! Suka dgn watak2 yg diketengahkan. Tp kesian Mikhail. Dia je yg blm tahu siapa Athirah di sisinya.
ReplyDeleteHuhuhu... mmg kesian pun. Tp nak bt cmne... Athirah masih nak main tarik tali dgn cek abgnya...
DeleteKak Dayana...
ReplyDeleteBtl ke akan ada gaduh pastu bercerai? Huwaaaa... tak mau... tak mau... Nak mereka kekal bersama.
Sbb apa mrk gaduh? Ini yg makin tak sbr nak tahu. Jgnlah mrk berpisah hendaknya.
Nak tahu apa kesudahan hubungan Athirah dan Mikhail kena tunggu...
DeleteTersenyum ketika membc bab ni. Mmg pasangan yg cocok. Pandai Dayana mengolah ayat dan kata2.
ReplyDeleteSenyum2lah selalu.
DeleteTerima kasih! Teruskan membc dan menyokong.
Tak puas bc. Nak tunggu novel tak tahu bila. Mmg best bab ni. Buat saya tersenyum. Bab Athirah mengusik Mikhail mmg syok bc. Sweet sgt2. Chaiyok kak Yana. Nak lg.
ReplyDeleteTp btl ke mrk akan bercerai nnt? Jgnlah ya...!!! Nak mrk kekal bahagia selamanya.
Hehehe.... ingat saya aje nak ulang bc, rupanya ayu pun sama.
ReplyDeleteMmg bestkan ayu part ni? Member2 saya pun sama suka sgt dgn Athirah dan Mikhail ni.
Kak Dayana... taip laju2. Lappy dah keluar hospital kan??? hahahah.... jgn marah! nnt keluar novel tak nak beli....
Ayu dan Puteri Atilia terima kasih krn terus menyokong dan menyokong. Blh jd Die Hard Fan akak nnt ya...
ReplyDeleteAyu: Nak tahu bercerai ke tidak??? Mgkn jawapannya blh diketahui dlm novel nnt. Tunggu ya!!
Puteri Atilia: Insya Allah akak akan semak secpt yg blh manuskrip tu dn hantar ke pihak penerbit secpt yg mgkn. Sabar ya!!!!
Doakan semoga semuanya dipermudahkan.
Btl ke...???? Mmg teringin nak jd penyokong kipas smpi mati akak.
ReplyDeleteSaya sentiasa mendoakan yg terbaik utk akak.
Mmg dah tak sbr nak rembat novel akak ni.