PUKUL lapan pagi, taklimat
dan sesi suai kenal
antara pelajar baru dan
Majlis
Tertinggi ( MT ) serta exco fakulti diadakan. Selesai sahaja taklimat, acara ice
breaking pula menyusul. Ice breaking diadakan bertujuan untuk mengeratkan
ukhuwah dan mengenali antara satu sama lain.
Alamak, di sini pun ada dia! Mampuslah aku kali ini. Sudahlah dia tu presiden,
bisik hati Athirah. Athirah mencebik dan memandang Mikhail dengan pandangan
yang meluat. Aflahuddin orang pertama memperkenalkan diri. Kini tiba giliran
Athirah dan rakan-rakannya.
"Saya Fazlina Firhad. Berasal dari Kluang, Johor. Anak kedua dari tiga orang adik- beradik. Makanan kegemaran mi soto dan minuman kegemaran milo ais. Suka bermain bola jaring. Warna kegemaran hijau. Single and available."
"Saya Salmi Abd. Rashid. Berasal dari Felda Kahang Barat, Johor. Anak pertama
dari sembilan orang adik-beradik. Makanan kegemaran nasi lemak dan minuman
nescafe. Sukan kegemaran pula bola tampar. Meminati warna coklat dan masih
single"
“Saya Nur Aina Afiqah Mohd. Zainuddin. Berasal dari Kuantan, Pahang. Anak ketiga dari empat orang adik-beradik. Makanan kegemaran mi tomyam dan minuman kegemaran limau ais. Sukan yang saya minati ialah bola jaring. Warna kesukaan biru. Masih available.”
“Saya Aisyah Hafizah Dahri. Berasal dari Sungai Besar, Selangor. Anak kedua dari
dua orang adik-beradik. Makanan kegemaran nasi goreng pattaya. Minuman
kegemaran milo ais. Meminati sukan badminton. Warna kegemaran putih dan hitam.
Masih solo. Jika berminat boleh hantar borang permohonan.” Masing-masing sudah
tertawa mendengar lawak selamba Aisyah.
Kini tiba giliran Athirah.Semua mata tertumpu ke arahnya. Athirah menjadi gugup dan gementar. “Saya Syarifah Athirah Emelda Syed Zakuan. Dilahirkan di KualaLumpur tetapi dibesarkan di Terengganu. Anak keempat dari empat orang adik-beradik. Makanan kegemaran nasi dagang dan minuman horlick. Minat badminton dan berpidato. Saya sukakan semua warna asalkan cantik dan menarik. Tetapi warna yang paling saya gemari dan jatuh hati ialah biru. Single but not available kerana saya milik mutlak ALLAH dan keluarga saya.
Terdengar suara-suara sumbang yang ingin berkenalan dan meminta nombor telefon.
“Maaf... nombor telefon adalah milik peribadi dan tidak boleh dikongsi dengan
yang bukan berhak. Bagi yang ingin bersahabat, saya amat mengalu-alukan.Jika ada yang berminat meraih cinta saya, dia harus berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa saya dan perlu menjadi suami saya terlebih dahulu. Saya hanya mencurahkan
sepenuh cinta dan kasih sayang buat suami saya sahaja.”
Athirah sebenarnya kecewa dengan kesudahan yang melanda hidupnya. Dia digantung tidak bertali oleh suaminya hampir dua tahun lalu. Dia benar-benar terkilan bila ada manusia yang sanggup mempermainkan sebuah ikatan suci. Kesanggupan lelaki itu menerima akad, menyebabkan dia tersepit di tengah-tengah. Apa salahnya dan apakah dosanya sehingga lelaki itu sanggup buat dirinya sedemikian? Jika tidak suka kenapa tidak dijatuhkan talak sahaja?
Nasihat Abang Rosmannya kekal terpahat diingatan. Dia perlu redha dengan qada
dan qadar ALLAH. Sekiranya dia asyik merungut dan menyesali apa yang berlaku, itu maknanya dia tidak meyakini dengan Kekuasaan ALLAH. Itu bermakna dia menidakkan ketentuan ALLAH ke atas setiap hamba-Nya. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadian ini yang tidak dia ketahui. Mungkin kebahagiaan terbentang luas di hadapannya cuma cepat atau lambat sahaja. ALLAH tidak akan menguji hamba-Nya jika hamba-Nya itu tidak kuat. ALLAH tidak pernah berlaku zalim ke atas hamba-Nya kerana ALLAH itu Maha Terpuji sifat-Nya. Hanya hamba yang ALLAH sayang sahaja akan menerima ujian-Nya. ALLAH ingin menguji sejauh mana ketaatan dan keimanan seseorang itu kepada-Nya.
Itulah kata-kata Abang Rosman yang dia pegang hingga kini. Ya... dia perlu redha dan harus yakin dengan ketentuan ALLAH. Mungkin suaminya juga tertekan dengan kehendak keluarganya. Sebagai isteri, dia perlu bersabar dan berdoa semoga ALLAH menemukan jalan terbaik buat mereka berdua.
Bila mana mata Athirah terpandang wajah Mikhail, Athirah menjeling geram. Kata-kata sinis dan pedas Mikhail masih tersemat kukuh dalam kotak ingatannya. Mikhail juga diisytihar sebagai musuh ketatnya secara rasmi bermula malam tadi.
Hisy... mamat ni! Kat mana-mana mesti ada muka dia! Sudahlah mulut macam lori sampah. Busuk dan meloyakan! Pergi main jauh-jauh tak boleh ke? Buat semak biji mata je...! Athirah mengomel dalam hatinya sambil berlalu menuju ke tempat duduknya. Eh, betul ke aku benci kat dia? Bisik hati Athirah kembali. Tiba-tiba terasa ada orang duduk di sebelahnya lalu ditoleh ke sisi.
“Assalamualaikum... Athirah masih ingat lagi pada abang?” tanya Salman. Senyuman tidak lekang di bibirnya.
“Waalaikumsalam...., Abang Salman, kan? Kenapa tak ingat pulak. Abang Salman kan
lelaki pertama yang tegur Athirah di kampus ni. Abang Salman buat apa di sini. Bukan ke Abang Salman sepatutnya berada di fakulti abang sekarang?” soal Athirah.
Rancaknya Athirah berborak. Tak nampak ke kat sebelah sana ada yang memandang macam singa kelaparan.
“Saja nak datang ke mari. Tak boleh? Nak tengok juga orang tercantik di kampus
ini memperkenalkan diri. Macam mana? Ada masalah tak dengan mereka semua
Kalau ada... bagi tahu abang. Biar abang uruskan mereka,” seloroh Salman.
Muka Athirah sudah merona merah bila disakat. “Saya tak adalah secantik mana
Abang Salman,” tutur Athirah merendah diri. “Setakat ni semuanya berjalan lancar. Tapi tak tahulah esok atau lusa. Kenapa? Abang nak jadi superhero selamatkan Athirah daripada anasir-anasir yang tidak diingini?” soal Athirah dengan nada perlahan seakan-akan berbisik.
Bimbang pula jika suaranya mengganggu teman-teman yang lain. Saat matanya
tertangkap pandangan sinis Mikhail, Athirah mula merasa tidak selesa. Yalah...
majlis belum lagi bersurai tetapi dia sedap-sedap berborak di belakang. Nampak
sangat sikapnya yang kurang sopan dan tidak hormat kepada pemimpin.
“Jikalau Athirah sudah beri mandat untuk jadi penyelamat, abang amat berbesar
hati,” luah Salman dengan perasaan gembira.
Athirah tersenyum kecil mendengar kata-kata Salman.
“Abang pergi dulu ya... nanti kita jumpa lagi.” Salman perasan akan ketidakselesaan Athirah dan pandangan mata Mikhail yang memberi isyarat kepadanya supaya beredar.
TAMAT sahaja majlis tersebut, Athirah dan rakan-rakannya beredar keluar. Salman sudah pun menantinya di luar dewan sambil tersenyum manis. Mikhail pula memandang dengan wajah mencuka. Matanya merenung tajam ke arah Athirah bagaikan seekor harimau kumbang yang ingin menerkam mangsanya.
“Jom... Abang Salman belanja Athirah minum,” pelawa Salman. Peluang untuk
berdampingan dengan Athirah tak akan disia-siakan begitu sahaja.
Athirah merasa serba salah sama ada hendak menolak atau menuruti. Bagaimana pula dengan kawan-kawannya yang lain? Tak akanlah dia hendak angkut semuanya. Nanti apa pula kata Salman. Masakan Salman hendak belanja mereka semua. Ada bankrupt mamat ni! Lagi pula apa kata senior-senior yang lain terutamanya perempuan? Bukan Athirah tak tahu ramai senior perempuan yang tidak puas hati
dengannya.
“Athirah rasa kita keluar minum lain kalilah. Athirah dah janji dengan kawan-kawan hendak minum bersama mereka.” Athirah cuba berdiplomasi dengan Salman.
Melihat renungan Mikhail, dia menjadi seriau. Hatinya menjadi gundah-gulana. Kecut
perutnya melihat renungan berbaur amaran itu. Athirah tidak faham mengapa Mikhail memandangnya sebegitu. Lagak Mikhail seolah-olah dia ada berhutang jutaan
ringgit dengan lelaki itu.
“Ajaklah mereka minum sekali dengan kita. Kawan-kawan Abang Salman yang lain pun boleh join,” pujuk Salman. Dia masih tidak berputus asa hendak mendekati Athirah.
“Jika begitu, Athirah tanya mereka dulu. Abang Salman tunggu sekejap.”
Athirah merapati rakan-rakannya yang sedang menunggu. “Abang Salman nak belanja
kita minum, korang nak ikut tak?” tanya Athirah. Dia berharap sangat ada rakannya yang ingin turut serta.
“Aku ada urusan nak diselesaikan,” ujar Salmi.
“Aku nak temankan Salmi,” tutur Aisyah.
“Aku pun ada benda penting yang nak dibuat,” terang Fazlina dan Aina serentak.
“Ala... kalau aku sorang, aku tak naklah! Lagipun aku bukan kenal sangat dengan dia. Seganlah aku!” luah Athirah. “Kau orang tunggu kejap ya, aku bagi tahu dia.” Athirah ingin mendapatkan Salman namun dihalang Aina.
“Tak baik Athirah buat orang macam tu. Dia bukannya nak ajak kau pergi mana-mana, sekadar pergi minum aje. Kau kena ingat Athirah, jikalau kita berbuat baik dengan dia, kita juga yang untung nanti. Dia kan berjawatan di kampus ni.
Senanglah kita sepanjang minggu orientasi ni berlangsung,” ujar Aina bersungguh-sungguh, meracuni fikiran temannya.
Betul juga cakap Aina, fikir Athirah. Bila lagi nak mengambil kesempatan? Masa
inilah! Sekurang-kurangnya bila ada yang membuli, senanglah dia hendak mengadu.
“Tapi... tak akan takde sorang pun yang nak temankan aku?” tanya Athirah lagi.
Rakan-rakannya hanya geleng kepala.
“Kalau macam tu aku pergi dulu.” Athirah mendapatkan Salman yang sedang berbual
dengan Mikhail dan beberapa orang yang lain.
“Assalamualaikum...” Athirah memberi salam dengan tujuan menyapa.
Salman dan mereka yang berada di situ berhenti berborak dan menjawab salamnya.
“Abang Salman masih ada lagi yang hendak dibincangkan ke? Kalau Abang Salman
masih sibuk, lain kali sajalah kita pergi minum.” Athirah berbasa-basi. Dia kegugupan sebenarnya. Mata Mikhail yang marak dengan api cemburu, amat
menakutkannya.
“Eh, tak adalah! Bukannya ada perbincangan apa pun. Sekadar berbual kosong aje sementara menunggu tuan puteri berbincang dengan dayang-dayangnya,” usik Salman dengan nada ceria. Siapa yang tidak ceria bila burung yang hendak dipikat sudah hinggap di tangan. Hanya menunggu masa saja hendak dikurung ke dalam sangkar.
“Okeylah Khai! Petang nanti kita jumpa.” Salman meminta diri.
“Jom Athirah, kita pergi sekarang,” ajak Salman.
Mikhail menghantar Athirah dengan pandangan matanya. Perasaan cemburu sudah mencecah 100° celcius. Dia sendiri tidak mengerti dengan perasaanny yang satu ini. Sejak Athirah muncul, dirinya sudah pandai marah dan cemburu.
Sewaktu mendengar kata-kata Athirah ketika acara ice-breaking tadi, dia benar-benar terpegun dan terkesima. Athirah seolah-olah menujukan kata-kata tersebut buat dirinya. Nama Syarifah Athirah Emelda macam pernah dia dengar sebelum ini. Tapi di mana dan bila, otaknya gagal memproses data-data yang dia ingini
“Jom Hans kita pergi kafe. Aku haus dan laparlah. Dari pagi belum makan satu ‘habuk’ pun lagi,” pelawa Mikhail kepada Borhan.
“Boleh juga, aku pun lapar ni,” ujar Borhan tanpa mengetahui maksud tersirat di
sebalik pelawaan Mikhail.
Mikhail bukanlah hendak makan sangat. Hatinya bagai didesak-desak agar terus memerhatikan Athirah. Saingannya juga tidak kurang hebatnya. Rupa paras Salman boleh dikategorikan tampan walaupun tida sesegaknya. Salman juga merupakan anak jutawan. Bapanya Dato’ Sahril terkenal dalam bidang perkapalan. Hati Mikhail digaru kebimbangan jika Salman menggunakan taktik kotor memikat Athirah.

Satu cerita yang menarik....
ReplyDeleteteruskan usaha jangan sekerat jalan ja kkkk....
thanks atas sokongan dan komen membina...
ReplyDeletehurm... sian athirah ni...
ReplyDeleteathirah suka minum horlick? kite pun^^
btw, mcm mn keluarga mertua athirah boleh biarkan je laki dia gantung dia tak bertali....*sigh*
salman anak jutawan...perg...tp nma salman...-_____-"
Waduh!! Sibuk aje si Salman nieeee... Suka kacau daun.
ReplyDeleteMikhail jgn jeles2 ya...
Siapa suami Athirah ya????
okey2, dh tahu siapa suami Athirah.. Mikhail kan??
ReplyDeleteEliza Ab... huhuhu....
ReplyDeletedua tahun gantung tak bertali.. failkan permohonan fasakh je lah...nampak sangat kaum wanita masih ramai yang tak tau hak masing-masing.. hanya berserah pada takdir..
ReplyDelete