Buat tatapan yang merindukan Mikhail dan Athirah. Puteri Atilia dan Ayu.... Lps nnt jgn kacau akak lagi ya... minta post n3 terbaru. Hehehe... Jgn marah, gurau aje!!! Sayang semua!!!!
***************************************************************************
ATHIRAH
mendapat cuti sakit selama seminggu. Ketiadaan Athirah selama tiga hari di
kampus membuatkan Mikhail seperti cacing kepanasan. Apa sahaja yang
dilakukannya pasti tidak kena. Dia lebih banyak termenung dan mendiamkan diri.
Dia terlalu rindu hendak menatap seraut wajah yang dicintainya itu.
Mikhail
tahu Athirah tidaklah separah mana, namun kerana kasih sayang yang menggunung,
dia tidak mahu Athirah merasai sebarang kesakitan. Jika Athirah sakit, dirinya turut
merasakannya. Mungkin ini yang dinamakan sehati sejiwa. Dia berasa amat marah dan
geram dengan Masyitah. Sudah dua hari dia ingin bersemuka dengan Masyitah,
namun Masyitah bagaikan hilang jejak. Baru hari ini Masyitah hadir ke kelas.
“Hey... Ita! Kenapa you tolak Athirah?” serang
Mikhail. “Apa salah dia pada you?” soal Mikhail kasar. “Dia tak pernah sentuh
dan kacau hidup you pun,” ujar Mikhail sambil menunjal bahu Masyitah. “I nak
ingatkan you! Sekali lagi you berani sentuh Athirah, nahas you... I kerjakan. Masa
itu I tak kira sama ada you ni perempuan ataupun tidak. You tolong masukkan
amaran I ni dalam kepala otak you.” Mikhail memberi amaran keras.
Muka
Mikhail memerah menahan amarahnya. Tulang rahangnya juga sudah bergerak-gerak.
Jika tidak disabarkan hatinya dan tidak memikirkan Masyitah itu perempuan, sudah
lama Masyitah makan kasutnya yang bersaiz sembilan.
Masyitah
hanya memandang sepi ugutan Mikhail. Dia tertawa sinis di depan Mikhail. Kata-kata
Mikhail bagaikan memberi semangat untuknya menghapuskan Athirah dari muka bumi ini.
Kau tunggu Athirah! Masa untuk kau pergi
dari hidup Mikhail akan tiba tidak lama lagi, bisik hatinya sombong.
“Ala...
Khai! You janganlah marah sangat. Sorry...
okey! I tak sengaja tertolak Athirah masa nak keluar washroom hari tu. Lagipun kecederaan dia bukannya serius mana.
Awek... you tu, manja sangat! Sikit-sikit nak mengadu. Dia kelentong tentang I
pun you percaya,” ujar Masyitah dengan ala gediknya. Jari telunjuknya mencuit
hidung mancung Mikhail.
Mikhail
menepis tangan Masyitah.
“Cuba
ulang balik apa yang you cakapkan tadi! I tak berapa nak dengarlah!” sinis
Mikhail sambil mengepal penumbuk. Kecil sahaja Masyitah di matanya.
“I
cakap... I tak sengaja tertolak dia,” ulang Masyitah lagi dengan muka bosan.
“You
boleh kata you tertolak dia? You kata kesakitan yang Athirah alami hanya
sedikit? Kalau dah cuti sakit sampai seminggu, sikit kepala otak you,” jerkah Mikhail
geram. Ingin sahaja dilayangkan penumbuk ke muka Masyitah. Tetapi dia bukannya
lelaki dayus.
“Yang
you nak mengamuk tak tentu pasal dekat I ni kenapa? Macamlah perbuatan I tu boleh
menyebabkan kekasih hati you tu mati! Lagipun apa buktinya yang I tolak dia?
Dia berbohong ajelah dengan you. I tahu sangat... dia tu sengaja nak keruhkan persahabatan
kita,” bentak Masyitah.
Menyinga
muka Mikhail memandang Masyitah.
“You
ni bercakap guna otak dekat kepala atau otak dekat lutut?” Kemarahan Mikhail
sudah sampai kekemuncaknya. Sekiranya Masyitah tidak menjawab tadi, mungkin kemarahannya
tidaklah semarak ini. “You jangan nak berbohong dan reka cerita. Kalau takde saksi, mungkin I akan percaya
kata-kata you. Tapi ada saksi yang nampak you tampar dan tolak kekasih I,” ujar
Mikhail sambil menyabarkan dirinya. Belum pernah lagi dia jumpa perempuan
sebodoh dan sedungu Masyitah.
“Eleh!
Mungkin saksi tu pun menipu dan reka cerita macam kekasih you. Entah-entah...
kekasih hati you tu dah bayar dekat dia supaya memburuk-burukkan I,” ujar
Masyitah getik. Benci sungguh Masyitah bila Mikhail menyebut perkataan kekasih
dan sentiasa memenangkan Athirah. Bagi Masyitah, Athirah tidak layak menjadi kekasih
Mikhail.
“You..!”
Mikhail sudah menggenggam penumbuknya kembali. Masyitah dilihatnya semakin
mengecil. Berang hatinya bila Masyitah sewenang-wenangnya menuduh Athirah. Nasib
baik disabarkan Borhan. Jika tidak... ada yang bersepai gigi hari ini.
Borhan
menarik Mikhail jauh dari Masyitah. Melihat kemarahan Mikhail, tidak mustahil Masyitah
akan mendapat habuannya hari ini.
“Baik kau pergi dari sini,” ujar Borhan kepada
Masyitah. Dia tidak tahu berapa lama dia boleh menyabarkan Mikhail.
DALAM
kelas, Mikhail hanya mendiamkan diri. Lawak bodoh teman-temannya langsung tidak
mampu menerbitkan tawa di bibirnya. Semangatnya sudah hilang dan tumpuan belajarnya
juga sudah tiada.
“Rilekslah
bro! Awek kau bukannya sakit nak mati,
cuma terseliuh kaki je,” pujuk
Borhan. “Kau jangan buat hal Khai, kita dah tahun akhir dan tak lama lagi nak
periksa. Jika kau tak beri sepenuh tumpuan dalam kelas, macam mana? Aku rasa, Athirah
pun tak suka kalau dia tahu kau macam ni.” Borhan memberi nasihat.
“Amboi,
Hans!!! Mulut kau dah ambik insurans banyak-banyak?
Nanti Masyitah tak makan kasut aku, kau pula yang dapat. Mati-mati jangan sebut
ya... sensitif!” marah Mikhail.
“Alala... kau janganlah marahkan aku! Aku
gurau ajelah,” usik Borhan. Tersilap hari bulan lah pulak nak ajak bergurau. Bahu temannya ditepuk. “Esok kan cinta
hati kau dah datang kuliah, tak akan mendung lagi kut?” giat Borhan lagi sambil
tersengih. “Eh, Khai! Sanggup ke kau jadi driver
dia setiap hari?”
“Kau
nak tahu Hans, usah kata driver, lebih
dari itu pun aku sanggup lakukan untuk dia,” ujar Mikhail. Wajahnya langsung
tidak ceria. “Aku rindu sangat-sangat kat dia. Aku tak boleh nak bayangkan jika
suatu hari nanti dia pergi dari hidup aku. Tiga hari tidak berjumpa pun dah terseksa,
bagaimana untuk selamanya? Mahu mati aku ni,” ujar Mikhail sedih.
“Beristighfar
banyak-banyak Khai. Jangan diikutkan sangat bisikan syaitan. Kita ni umat islam.
Yang patut kita sayang, cinta dan utamakan lebih ialah ALLAH. Kedua... kita
hendaklah sayang dan cintakan Rasulullah. Ketiga sebagai anak lelaki, kau kena taat
dan patuh kepada ibu bapa selagi arahan mereka tidak bertentangan dengan
syariat Islam. Dan yang keempat barulah untuk Athirah, itu pun jika dia sudah bergelar
isteri kau.” Borhan mengingatkan sahabat baiknya. Bimbang juga dia jika Mikhail
terlalu ikutkan perasaan.
“Sekiranya
masa bercinta kau dah berikan seluruh hidup kau untuk Athirah, bagaimana jika suatu
masa nanti dia benar-benar pergi dari hidup kau? Kita tidak tahu apa akan jadi esok
hari, Khai. Ditakdirkan umi dan abi kau dah carikan jodoh untuk kau, kau nak buat
macam mana? Tak pun... Athirah bertemu jodoh dengan orang lain, apa yang kau hendak
buat? Kau nak bunuh dia? Atau kau nak bunuh diri sendiri?” Borhan cuba
menyedarkan Mikhail tentang hakikat hidup.
“Aku
rasa... ada baiknya kau simpan sedikit talian hayat untuk diri kau. Kau nak
bercinta boleh, tapi janganlah sampai melebihi cinta kau kepada ALLAH.” Begitu
panjang sekali nasihat Borhan untuk Mikhail.
“Terima
kasih Hans, atas nasihat kau tu. Aku hargai sangat-sangat. Tapi aku tak tahulah
nak kata apa. Memanglah ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W tempat teratas dalam
hati aku. Umi dan abi aku, tempat yang seterusnya. Tapi aku memang tak boleh nak
hidup tanpa dia. Sejak hati aku... dia curi, seluruh jiwa dan raga aku telah aku
serahkan untuknya,” ujar Mikhail sendu.
Kalaulah
kau tahu Hans, jodoh aku sememangnya sudah ditentukan oleh umi dan abi aku, apakah
reaksi kau agaknya? Keluh Mikhail dalam hatinya.
“Bersabarlah
Khai! Banyakan berdoa semoga jodoh kau dengan Athirah kuat dan kekal hingga ke akhir
hayat,” ujar Borhan sambil menepuk bahu kawan karibnya itu. Tak sanggup rasanya
dia melihat sinar kesedihan yang terpancar di mata itu.
Mikhail
mengangguk lemah.
“Dahlah...
jangan bersedih! Jom kita balik kolej. Nanti kelaparan pulak buah hati kau kat bilik tu.” Borhan cuba menceriakan Mikhail.
Ya
ALLAH... sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah untuk-Mu. KAU ampunilah segala
dosa-dosaku dan KAU jauhkanlah aku daripada godaan dan bisikan syaitan. Ya
ALLAH... sekiranya Athirah itu jodoh terbaik buatku, KAU satukanlah hati dan
jiwa kami. Jika terjadi salah faham, maka KAU hindarkanlah kami dari fitnah
dunia. Jika ada jurang antara kami, KAU rapatkanlah kami agar kami kekal bahagia
hingga ke akhirnya. Sekiranya ditakdirkan Athirah itu bukan jodohku, KAU
teguhkanlah keimananku Ya ALLAH. Agar
aku dapat tempuhi hidup ini dengan tenang dan aman tanpanya. Itulah doa
dan harapan Mikhail.
Weeiii... hebatlah Mikhail ni!!! Sanggup buat apa sahaja untuk Athirah. Begitu melindungi. Besss nyer.. lau dpt pakwe mcm ni... Masih ade lg kerr???
ReplyDeletePuteri Atilia...
DeleteAkak pun suka dgn watak Mikhail ni.
Kalau dicari pasti ada yg perangai sama mcm Mikhail ni.
Pssttt... akak nak bg tahu ni, perangai Mikhail sebenarnya sebijik mcm suami akak. Jd carilah... pasti akan ketemu juga. Yg penting berdoa dan terus berdua semoga ALLAH ketemukan jodoh seperti mana yg kita inginkan. Rajin2lah buat solat hajat..
Best..best...!!!
ReplyDeleteMikhail... I mmg syok habes kat U lah.
Masyitah.. I really2 hate kau!!!
Kak Yana... lagu yg mengiringi e-novel ni mmg sesuaiii banget!!! Sedap jer telinga mendengarnya. tapi knp pendek sgt??? Tak puas bc... lah akak ku sayang....
Ayu...
DeleteSalam dek.
Terima kasih sbb sukakan bab ni...
Suka dgn Mikhail ya? Tak takut ke Athirah marah? huhuhu...
Carilah, pasti di luar sana masih ada yg spt Mikhail ni.
Jgn marah2 kat Masyitah nnt kena darah tinggi karang tak pun sakit jantung... hehehe..
Akak pun sukakan lagu2 ni.
huhu.. baca2 dh hbs.. pendeklah kak.. :)
ReplyDeleteSalam Eliza...
DeleteTak boleh pjg2 sbb tinggal beberapa bab shj lg yg blh dipostkan ke sini...
Sukalah dgn Mikhail. Sweet aje watak dia. Sambung... taj sbr nak bc kisah selanjutnya.
ReplyDeleteAnonymous...
DeleteAkak pun suka watak Mikhail skrg ni... Tp bab akan dtg masa dia buat Athirah sakit hati, ada menyampah sikitlah kat dia tuuu...
sikitnyer x puas baca....
ReplyDeleteorg mcm mikhail ni ada lgi ke....
masyitah ni nak kene buang kat hutan amazon agaknyer...
boleh dia cakap athirah ni mengada citer....
kak bgi masyitah ni pengajaran skit...
jangan bg athirah ni lembik sgt kak...
biar la athirah ni kuat skit nak hadapi cabaran akan datang...
kalu heroin lembik dah byk sgt kak....cuba buat yg lain dr lain skit....
kak..
bila lg mikhail nak bawa athirah jumpa family mikhail....
kak...
cepat2 sambung....
Hai ryana...
DeleteTak leh post pjg2, bimbang cpt bersawang plak blog ni...
Sabar2 ryana.. hehehe..
Athirah tak lembik cuma tegas. Prinsip hidup dia mudah sahaja.. dia tidak akan merebut sesuatu yg tak pasti. Apabila dia ambil keputusan melupakan, dia akan melupakan walau mcm mana pun pujukan dan taktik yg Mikhail lakukan... utk menambat hatinya kembali...
Cik writer..kenapa pendek sangat...baru nak baca dah habis dah..suka la dengan abang khai..sweet, romatik, caring...hehehe..
ReplyDeleteAnonymous...
DeleteAkak pun suka dgn Mikhail.
Nnt akan ada smbgannya jgn bimbang. Tp sabar sikit ya... mgkn dua atau tiga hari lagi baru post. Tak pun lebih lg masa nya. jgn marah akak tau...
salam kak..tak kisah la lambat sikit pun takpe...tapi sikit je tau..hihihi...janji mesti nak ada...
DeleteInsya ALLAH!!!! Jika tiada aral melintang.
DeleteSuka dgn bab ni. Ada pengajaran di dlmnya.
ReplyDeleteDayana Tahniah!!! Dlm berkarya anda selitkan unsur nasihat. Saya benar2 sukakannya.
Bercinta itu blh... tp jgn smpi jd hamba cinta!!!!
Ini tidak... smpi sanggup reka cerita kena culik semata2 inginkan kebebasan dan bergembira.
Salam Raihana....
DeleteTerima kasih sbb sukakannya.
Betul tu. Kita jgn jd hamba cinta. Tapi cintailah ALLAH sehingga ke akhir hayat kita dgn sepenuh hati tanpa berbelah bahagi. Kerana mencintai-NYA pasti akan dpt ganjaran syurga. Jika sudah bersuami pula, taat dan patuh kepadanya krn syurga kita terletak di tangannya. Redha suami, redha ALLAH jua.
sweetnyeee...mikhail nii...
ReplyDeleteEYA... carilah yg serupa mcm Mikhail. Manalah tahu ketemu.
Deletecite ni akan dibukukan or abis kt blog?? best sgt...
ReplyDeleteInsya ALLAH jika ada rezeki nak juga dibukukan. Doa2kan semoga CIM dpt jumpa peminatnya dlm btk novel.
ReplyDeleteGreat and that i have a super proposal: How Much Are House Renovations Stardew Valley hgtv home renovation
ReplyDelete