SEDARI tadi matanya asyik melekap kepada gadis anggun berbaju kurung biru. Gadis persis puteri kayangan itu benar-benar menggugat prinsip hidupnya ‘KATAKAN TIDAK PADA CINTA.’ Mengapa hari ini, hatinya berdetak detik? Kenapa perasaan itu tidak hadir ketika zaman sekolah menengah lagi? Atau tahun pertama menjejakkan kaki ke sini? Selama ini dia boleh mendabik dada dengan rakan-rakan karibnya. Hanya dia yang mampu bertahan tanpa ada perasaan tertarik mahupun tergoda terhadap mana-mana perempuan. Apatah lagi untuk jatuh cinta! Buktinya... hingga ke hari ini, dia masih ampuh tanpa kehadiran seorang wanita yang boleh dinobatkan sebagai kekasih untuk mengisi kekosongan hati.
Mikhail tidak seperti Zeck. Rakannya itu beruntung dapat berkahwin dengan wanita
yang dia cintai. Tapi dia? Mangsa keadaan! Perempuan yang dinikahinya tidak pernah dia kenal apatah lagi jatuh cinta. Malah hingga sekarang, mereka tidak pernah bersua muka. Nama perempuan itu pun seakan karam di persada ingatan. Sijil nikah, kad nikah, gambar pernikahan dan nombor telefon perempuan itu telah pun Mikhail kuburkan di suatu tempat. Tidak ingin dia menjengah atau mengambil tahu tentang khazanah itu, segalanya seakan merobek hati lelakinya.
Rahsia perkahwinannya juga tersimpan kemas di lubuk hati. Biarlah Rahsia! Bisik hati
Mikhail. Dah macam tajuk lagu penyanyi pujaan ramai, Datuk Siti Nurhaliza le... pulak. Teman rapat pun tidak tahu akan rahsianya. Jika umi dan abi tidak mengingatkan statusnya, Mikhail sendiri terlupa yang dia telah pun mendirikan rumah tangga. Lakaran kehidupan yang tercorak untuknya, membuatkan hati Mikhail semakin beku, sebeku lautan Antartika dan dingin, sedingin puncak Himalaya terhadap insan bergelar perempuan.
Mikhail dianugerahkan rupa paras yang tampan dan kacak. Keperibadiannya juga
cukup sempurna. Personaliti yang dimilikinya membuatkan banyak ‘bunga’ terpikat
dan terpesona. Namun semua itu, dipandang sepi oleh Mikhail. Bagi Mikhail, kehadiran insan bernama perempuan hanya menyerabutkan otak dan membosankan. Tapi kini sudah termakan sumpahankah dia? Sanggupkah dia menjilat kembali ludahnya?
Ketika berpapasan dengan gadis berbaju kurung biru, dia sangat-sangat terkesima melihat mata bundar kehijauan itu. Oh... gadis ‘bermata hijau’! Siapakah gerangan dirimu? Sudah jatuh angaukah aku? Tak mungkin... tak mungkin! Tapi mengapa sedari tadi, wajah itu yang mengungguli carta jiwaku dan wajah itu juga yang mengungguli carta mindaku? Ah... aku mesti lupakan siapa dia sebelum hati memahkotakan wajah dan dirinya! Tak ingin rasanya hati luka berdarah dan terkecewa akhirnya sebagaimana cerita cinta yang penuh suka duka seperti yang pernah dibaca dan ditonton dalam drama mahupun filem filem.
Wajah jejaka yang menemani gadis itu
berlegar-legar di mindanya. Siapakah
lelaki itu? Siapakah dia wahai gadisku? Kekasihmu? Tunanganmu? Suamimu? Tentu sahaja lelaki itu begitu istimewa buatmu, bisik hati
Mikhail.
MALAM itu... sekali lagi mereka dipertemukan. Bagaikan berjanji dan berjodoh pula antara mereka. Mikhail mengenakan t-shirt berwarna merah hati dan berdenim hitam, manakala si gadis berblouse merah hati, skirt labuh berwarna hitam dan bertudung
hitam berbunga kecil warna
merah hati. Sedondon pula mereka!
Kedua-duanya tampil kacak dan anggun. Si gadis mengukir senyuman manis dan melirik
manja ketika berselisihan dengannya. Melihat senyuman dan lirikan itu, jantung Mikhail
berdegup tidak normal. Degupan jantungnya kali ini lebih hebat berbanding ketika dia menunggu pengumuman siapakah yang bakal dinobatkan sebagai presiden MPP. Mikhail
memegang dadanya merasai getaran yang hadir. Boleh kena serangan jantung tidak lama lagi! Bisik hati Mikhail.
Senyuman manis menggoda dan jelingan manja itu bisa membuatkan si jejaka yang
memandang terpikat dan tertawan. Tidak mustahil jika ada ‘kumbang’ di kampus ini yang tidak tidur lena dan angau apabila terpandang wajahnya nan jelita itu. Diri Mikhail yang selama ini tidak lut dengan panahan cinta pun tidak puas menatap wajah ayu dan senyuman manis di bibir mungil itu. Kerlingan matanya sahaja sudah bisa menggugat keimanan Mikhail yang selama ini terkenal dengan hati dingin dan beku. Rakan fasilitatornya Hafiz yang sering menjaga batas pergaulan pun boleh tertoleh dua kali. Apatah lagi mereka yang sentiasa memburu gadis berdahi licin. Itu belum lagi si gadis berpakaian seksi dan menggiurkan. Menutup aurat pun sudah ramai yang terlopong dan ternganga. Mikhail memerhati dan mencuri pandang ke arah gadis yang telah berjaya merobohkan kedegilan hati lelakinya untuk jatuh cinta selama ini.
memandang terpikat dan tertawan. Tidak mustahil jika ada ‘kumbang’ di kampus ini yang tidak tidur lena dan angau apabila terpandang wajahnya nan jelita itu. Diri Mikhail yang selama ini tidak lut dengan panahan cinta pun tidak puas menatap wajah ayu dan senyuman manis di bibir mungil itu. Kerlingan matanya sahaja sudah bisa menggugat keimanan Mikhail yang selama ini terkenal dengan hati dingin dan beku. Rakan fasilitatornya Hafiz yang sering menjaga batas pergaulan pun boleh tertoleh dua kali. Apatah lagi mereka yang sentiasa memburu gadis berdahi licin. Itu belum lagi si gadis berpakaian seksi dan menggiurkan. Menutup aurat pun sudah ramai yang terlopong dan ternganga. Mikhail memerhati dan mencuri pandang ke arah gadis yang telah berjaya merobohkan kedegilan hati lelakinya untuk jatuh cinta selama ini.
Pernah suatu ketika dulu, kedengaran nada-nada sinis yang mengatakan Mikhail seorang gay. Ini kerana dia tidak berminat berkawan rapat dengan kaum hawa dan sering berdamping dengan Borhan iaitu teman sebilik dan sekelasnya. Tohmahan itu sedikit pun tidak menjadi kudis buat Mikhail, malahan dipekakkan sahaja telinganya. Kini nada-nada sinis itu hilang bagaikan angin lalu.
SELEPAS majlis bersurai. Athirah dan rakan-rakan yang baru dikenalinya mahu pulang ke bilik masing-masing. Mereka ingin berehat selepas seharian berada dalam keadaan yang memenatkan dan meletihkan. Namun langkah mereka terhenti dan perjalanan mereka terhalang. Ada beberapa orang pelajar lelaki menyekat laluan mereka.
Apa hal pulak mamat-mamat tak cukup umur ni? Ini mesti budak-budak senior! Jika tidak... masakan mereka begitu berani dan selamba, omel hati Athirah. Perasaan marah tiba-tiba mencengkam sanubarinya apabila perjalanan mereka disekat. Badan dia tersangat letih. Perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur kelmarin masih belum hilang penatnya. Sudahlah penghawa dingin bas yang dinaikinya tidak berfungsi dengan elok. Jiran sebelahnya pula gatal merenyam. Rasa hendak diluku-luku sahaja kepala pak cik tua yang tidak sedar diri itu. Keadaan itu membuatkan Athirah tidak selesa dan tidak betah berlama di dalam perut bas. Emak dan ayah tidak dapat menghantarnya kerana terdapat sekumpulan pelancong yang telah membuat tempahan untuk menginap di teratak mereka selama beberapa minggu.
Apa hal pulak mamat-mamat tak cukup umur ni? Ini mesti budak-budak senior! Jika tidak... masakan mereka begitu berani dan selamba, omel hati Athirah. Perasaan marah tiba-tiba mencengkam sanubarinya apabila perjalanan mereka disekat. Badan dia tersangat letih. Perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur kelmarin masih belum hilang penatnya. Sudahlah penghawa dingin bas yang dinaikinya tidak berfungsi dengan elok. Jiran sebelahnya pula gatal merenyam. Rasa hendak diluku-luku sahaja kepala pak cik tua yang tidak sedar diri itu. Keadaan itu membuatkan Athirah tidak selesa dan tidak betah berlama di dalam perut bas. Emak dan ayah tidak dapat menghantarnya kerana terdapat sekumpulan pelancong yang telah membuat tempahan untuk menginap di teratak mereka selama beberapa minggu.
Setiba dia di rumah abang-abangnya, kunci pendua rumah abangnya pula tertinggal. Terpaksalah dia menunggu Abang Rosmannya pulang dari kerja satu jam berikutnya. Nasib baik tidak kena culik! Alamatnya... kesianlah Mak Salamah dan Pak Kassim kerana tidak
ada lagi anak perempuan yang cantik manis selepas ini. Nak harapkan abang-abangnya memberi emak dan ayahnya menantu, entah bilalah agaknya? Dia pun sudah lama teringin adanya seorang kakak.
Tapi minggu orientasi tak boleh jual mahal atau buat silap, Athirah mengingatkan dirinya. Tak pasal-pasal nanti kena denda! Silap-silap kena dera!!! Mak... tolong Baby!!! Jerit batin Athirah. Bagi tidak merumitkan keadaan, Athirah memaniskan senyuman umpama madu dan menceriakan wajah ayunya walau hati mendongkol marah. Member-member di kiri dan kanan dikerling. Dia memberi isyarat mata supaya melakukan perkara yang sama. Dengan perasaan berbelah bahagi, rakan-rakannya itu melemparkan senyuman yang tidak segah mana. Sekadar memberi isyarat bahawa mereka sebenarnya tidak sombong, cuma
menyampah dan meluat sahaja.
“Aku dahlah mengantuk tahap gaban! Ada pulak mamat tak sekolah yang ganggu perjalanan aku menuju ke tempat beradu,” bisik Aina kepada Fazlina.
Salmi pula sudah melentokkan kepalanya di atas bahu Fazlina. Sudah beberapa kali dia menahan kuap. Matanya juga sudah layu. Berkali-kali juga Salmi mencubit lengannya untuk mengelakkan dirinya tertidur. Athirah mencuit lengan Aisyah supaya memulakan bicara. Namun rakannya itu hanya membisu dan berdiri tegak bagaikan patung cendana. Mata Aisyah juga tidak berkelip memandang wajah abang-abang senior yang berada di hadapan mereka saat ini. Athirah yang masih lagi kekal mempamerkan senyuman semanis madu sedikit geram melihat gelagat dan telatah teman barunya itu.
“Assalamualaikum..., ada apa-apa yang boleh saya bantu saudara?” Athirah mengeluarkan suara lemak merdunya. Athirah sebenarnya bukan tak mahu bercakap dengan kaum adam, tetapi dia bimbang jika ada yang tidak tidur lena setelah mendengar suaranya bak buluh perindu itu. Ha... ha... ha... perasan sungguh kau, Athirah!
“Waalaikumsalam..., tak perlu bersaudara-saudara. Nama abang, Salman Khan. Nak panggil
Abang Salman boleh, nak panggil Abang Khan pun boleh. Yang ini teman sebilik abang,
nama dia... Hakim atau Abang Hakim dan yang berbaju biru itu Shah Rizal, adik-adik boleh panggil dia Abang Rizal.” Salman memperkenalkan diri mereka bertiga.
Maaflah... kami tak berminat pun nak tahu nama korang! Gerutu Athirah. Nama Salman ni dah macam pelakon Bollywood. Jangan-jangan mak mamat ni penggemar filem Hindustan dan sudah terberkenan dengan Salman Khan. Tak dapat Salman Khan, dapat anak yang bernama Salman Khan pun dah kira okey... gamaknya! Getus Athirah. “Kami ingin
bertanya sama ada adik-adik semua ni ada masalah ataupun tidak.” Salman menyatakan tujuannya.
Athirah dan teman-temannya memandang pelik ke arah lelaki yang bernama Salman, Hakim dan Shah Rizal. Amboi, baiknya hati! Baik ada makna ke?
“Untuk pengetahuan adik-adik semua, kami akan memantau adik-adik semua sepanjang minggu orientasi ini berlangsung. Andai ada sebarang pertanyaan atau masalah, boleh terus rujuk kepada kami,” ujar Salman sambil ingin menarik perhatian gadis yang berjaya memikat hatinya.
Oh... betullah apa yang
aku fikirkan tadi! Mereka ini
semuanya senior.
“Terima kasihlah sebab mengambil berat. Buat masa ni, semuanya berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah,” ujar Athirah berbasa-basi.
“Siapa nama adik-adik semua?” tanya Salman lagi sambil merenung wajah Athirah. Cantik
dan mengancam sungguh dia ni! Desis hati Salman.
Huh, taktik lapok nak mengorat! Gumam Athirah. Namun dilayani jua telatah dan kerenah para seniornya. Lagi pula yang berada di hadapan mereka adalah antara fasilitator yang menjayakan minggu orientasi.Sekiranya jual mahal atau sombong, tak pasal-pasal bermacam denda akan dikenakan ke atas mereka.
"Nama saya Athirah! Ini kawan-kawan saya, Salmi, Aisyah, Fazlina, dan Aina," ujar Athirah. Jarinya menunding ke arah kawan-kawannya satu-persatu.
“Terima kasihlah sebab sudi berbual dan berkenalan dengan abang-abang yang kacak ni.” Salman bergurau sambil
tersenyum penuh makna buat Athirah.
Siapa entah
yang sudi berbual
dengan dia? Dan bila masa pulak
kami nak berkenalan?
Macamlah kacak sangat
hingga mampu membuai perasaan dan mengheret
kami untuk menghulurkan
salam perkenalan! Kutuk
Athirah. Namun senyuman
manis tetap menghiasi
bibir Athirah. Kutuk...
kutuk... juga, bibir
tetap kena senyum,
bisik hati Athirah nakal.
“Jika
adik
semua ada masalah dan ingin
bertanya, jangan malu-malu berjumpa
dengan kami. Insya-ALLAH... kami
akan bantu selagi termampu. Okeylah GCG, kami
gerak dulu, nanti kita jumpa lagi,”
ujar Salman. Senyuman
menawan yang dihulur, memperlihatkan lesung pipit di kiri dan
kanan pipinya.
“Abang
Salman sekejap!”
panggil Aina. “Apa itu GCG?”
“Oh... GCG tu? Singkatan daripada gelaran Gadis Cun Giler. Kamu semua cun-cun dan cantik-cantik belaka,” ujar Salman sambil mengenyit mata dan tersenyum sebelum meminta izin untuk berlalu.
“Fuhyo... tergoda aku saat terpandang lesung pipitnya itu!” ujar Aina sedikit gedik.
Pelik sungguh Si Aina ni. Tadi kata mengantuk tahap gaban! Tapi bila tengok senyuman Salman, lain pula jadinya. Dah hilang mengantuk ke... Aina bila terpandang lesung pipit
Salman? Lesung batu tak nak Aina? Bisik hati Salmi.
Fazlina, Athirah dan Aisyah hanya mendiamkan diri. Di saat ini, hanya bayangan tilam dan banta sahaja yang bermain-main di ruangan mata.
“HAH... awak yang pakai baju merah, mari sini!” Mikhail memanggil Athirah. Setelah Salman dan kawan-kawannya beredar, Mikhail dan Borhan pula menuju ke arah Athirah dan kawan-kawannya.
Athirah yang baru ingin melangkah kembali berpaling apabila terdengar suara di
belakangnya. Huh, tak habis-habis lagi ke yang datang nak mengayat? Athirah merungut. Tak boleh ke... tunggu esok atau lusa kalau ya pun tak sabar-sabar nak berkenalan? Aku dah mengantuk sangat-sangat ni! Hisy... rimasnya aku!!! Bebel Athirah dalam hatinya. Namun siapalah dia hendak menyombong di minggu orientasi ini.
“Saudara panggil saya?” tanya Athirah dengan suara selunak mungkin. “Ada apa saudara?” Athirah meneruskan pertanyaan apabila melihat Mikhail mengangguk tanpa membalas pertanyaannya.
“Terangkan kepada saya apa tujuan
awak datang ke mari?” Mikhail bertanya kasar.
Athirah sudah tercengang dengan soalan yang diajukan kepadanya.Kenapa mamat ni? Tanya
soalan pun macam nak makan orang. Hisy... tak faham betullah! Lepas tu nak marah orang tak tentu pasal pulak! Bebel Athirah dalam hatinya. Muka berlagak semacam je. Macam mafia pun ada! Mengalahkan polis pencen saja lagaknya, kutuk Athirah dalam hati. Matanya memandang Mikhail dari atas hingga ke bawah dengan perasaan tidak puas hati.
“Hah, tengok! Awak sendiri pun tidak tahu sebab apa awak datang ke mari? Kalau awak
tak boleh terangkan, biar saya tolong bagi tahu dan jelaskan,” tambah Mikhail lagi.
Pelik sungguh mamat ni! Dia yang bagi soalan, dia juga yang tolong bagi jawapan! Hati Athirah sudah menggeletek hendak ketawa. Namun ditahan jua bila muka mamat sengal yang berada di hadapannya terlalu serius dan menakutkan. Nasib baik dia tidak melatah semasa dijerkah tadi. Jika tidak tentu malu besar dibuatnya. Kawan-kawannya sudah menikus. Salmi yang tadinya mengantuk sudah segar-bugar dek terkejut akibat sergahan mamat gorila.
“Tujuan kita datang ke mari untuk belajar. Bukannya menggatal atau mencari kekasih,” perli Mikhail. Sinis sungguh statement yang Mikhail lemparkan! “Seandainya awak ada
pasang niat hendak berbuat demikian, lebih baik awak bungkus kain baju dan balik rumah. Sikap awak yang sebegini bukan sahaja menghabiskan duit ibu bapa awak tetapi juga bakal mengecewakan mereka suatu hari nanti.” Mikhail menghamburkan lagi sindiran pedasnya.
“Seperkara lagi, esok saya tidak mahu lihat awak pakai kanta lekap.Saya tahu, tujuan awak datang ke sini bukannya nak belajar sangat tetapi nak menggatal dan menggoda, kan? Ingat! Saya tidak mahu tengok awak menggedik dan menggeletik sepanjang tempoh orientasi ini berlangsung. Faham!” Mikhail terus-terusan menyerang Athirah.
Terperanjat bukan kepalang Athirah dan rakan-rakannya bila disergah sebegitu. Walaupun suara Mikhail tidak memetir bagaikan halilintar, tapi cukup menjengkelkan Athirah.
Telinga Athirah sudah berdesing, kulitnya yang putih melepak sudah bertukar merah
menahan amarah. Kerek betul mamat ni! Dia ingat aku kebulur sangat ke... nak cari
pasangan kat sini? Aku dah kahwinlah!!! Getus hati Athirah.
Jika tidak disabarkan hatinya, mahu sahaja mamat bongkak yang berada di depannya ini
dicepuk. Silap hari bulan ada anak teruna orang tidur di wad ICU malam ini. Tak pun dapat
makan sup selipar jamban secara percuma. Sabar Athirah sabar!!! Engkau kan anak Pak Kassim dan Mak Salamah yang ayu dan penuh dengan ciri-ciri ketimuran walaupun kau tu Melayu celup!
Athirah menahan gelora amarahnya yang sudah menuju puncak. Jangan kau orang ingat Program Akademik Fantasia sahaja ada menuju puncak! Api kemarahan aku juga pandai menuju puncak, tahu! Athirah cepat- cepat beristighfar bila tersedar dirinya terlalu mengikut bisikan syaitan. Athirah juga tidak mahu menghuru-harakan keadaan yang agak panas dan tegang ketika ini. Sebagai pelajar junior, dia perlu menghormati pelajar yang lebih
senior.
Minggu orientasi juga baru bermula. Dia tidak tahu sejauh mana kerenah dan karektor setiap fasilitator-fasilitator yang bertugas. Dia juga tidak tahu tahap kesombongan dan keangkuhan manusia yang berada di hadapannya sekarang ini. Oleh itu... dia tidak mahu menimbulkan sebarang masalah yang boleh mendatangkan kesusahan kepadanya.
Athirah menghulurkan senyuman semanis mungkin. Nada suaranya juga dialunkan semerdu yang boleh. “Maaf ya saudara! Saya sebenarnya tiada niat hendak berlaku kurang ajar dengan saudara. Athirah memulakan bicara.
Mikhail melemparkan
senyuman sinis. Borhan
pula hanya bersikap tunggu dan lihat.
“Tujuan utama saya ke mari adalah ingin menimba ilmu sebanyak yang mungkin dan bukannya mengejar lelaki. Saya juga berhasrat menjadipelajar cemerlang setiap semester
dan sekaligus membanggakan ibu bapa saya. Soal jodoh atau pasangan hidup, saya dah letakkan di tangga tercorot sekali. Saya harap saudara jelas dan faham tentang itu,” ujar Athirah sambil menentang bola mata Mikhail.
Athirah menarik nafas sebelum menambah kata-katanya. “Seperkara lagi, saya tidak memakai kanta lekap sepertimana yang saudara fikirkan dan khabarkan sebentar tadi. Ini warna anak mata saya yang asli. Jika sebentar tadi saudara ada terlihat saya berbual
dengan sekumpulan lelaki, itu bukan tandanya saya ingin menggedik, menggeletik atau melayan mana-mana lelaki, tetapi sekadar ingin mengeratkan silaturrahim sesama insan,”
tegas Athirah. Usai memberi salam, Athirah dan rakan-rakannya beredar meninggalkan Mikhail dan Borhan dalam keadaan terkulat-kulat.
“Ha... dengar tu saudara apa yang saudari tadi katakan?” sakat Borhan sambil menepuk
bahu Mikhail. Geli hatinya melihat wajah terkejut Mikhail. Mungkin Mikhail tidak menyangka pelajar junior tersebut begitu berani membidas kembali kata-katanya.
Mikhail memandang
wajah Borhan dengan
perasaan geram. Kutuklah... kutuk...!
“Petahnya dia bercakap! Muka dahlah cantik, bijak pulak tu. Aku rasa budak perempuan tu
mesti ambil law,” ujar Borhan lagi sambil tergelak memanjang mentertawakan Mikhail yang masih terdiam kaku.
Hati Mikhail semakin panas dengan perlakuan sahabat baiknya. Bukan main lagi pujian Borhan terhadap pelajar baru itu. Macam ada apa-apa aje?
SEPANJANG pulang ke bilik, Mikhail hanya mendiamkan diri. Dia diselubungi rasa
malu yang teramat sangat. Rasa segan mula menabiri lubuk hatinya kerana menuduh dan menyerang tanpa usul periksa. Siapalah dirinya hendak menegur dan menasihati gadis itu. Setiap orang bebas bergaul dan berkawan, hatta untuk bercinta.
Hisy... apa kena dengan diri aku ni? Kenapa perlu ada perasaan marah dan cemburu Lantaklah dia nak berkenalan ke? Berborak ke? Atau bercinta!!! Bukannya ada kaitan
dengan aku. Dia bukannya kekasih aku! Jauh sekali isteri aku. Alangkan isteri sendiri pun... tidak pernah aku ambil peduli!
Aduh, apa yang aku dah buat ni? Pening... pening...!!! Bisik hati Mikhail sambil memicit-micit kepalanya. Lantas dia membaringkan dirinya di atas katil. Entah mengapa, hatinya tiba-tiba terasa begitu dekat dengan si dia.
“Khai, engkau ni kenapa? Sejak kena tegur dengan awek cun-melecun terus jadi bisu. Atau kau sudah tersampuk dengan bidadari tu? Jangan jangan kau dah terkena panahan asmara dia tak?” giat Borhan sambil tersenyum dan mengangkat kedua-dua belah keningnya.
Mikhail tidak mengendahkan kata-kata Borhan. Kepalanya masih lagi berserabut memikirkan kegelojohannya menyerang pelajar junior itu tadi.
“Tapikan Khai..., budak tu memang ‘meletup’!” ujar Borhan penuh perasaan. “Kau rasa-rasalahkan, dia ada kekasih tak? Kau fikir... jika aku masuk jarum ada peluang tak?” Bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Borhan tapi tiada satu pun yang mendapat balasan.
Mikhail mematungkan diri dan memekakkan telinganya. Tidak kuasa dia hendak melayan telatah teman sebiliknya itu.
“Aku ni dah macam bercakap dengan katil dan bantal sahaja,” omel Borhan. Dia memanjat katil dua tingkat itu.
“Katil-katil..., sekiranya aku ngurat awek cun tu kau agaklah katil... aku boleh dapat tak? Bantal-bantal..., kau rasakan... awek cun tu terpikat tak dekat aku yang tak berapa nak kacak ni?” Borhan berkata sambil menjenguk Mikhail yang berada di katil tingkat bawah.
Mikhail bingkas bangun. Bosan pula dia mendengar omelan Borhan yang tidak henti-henti
dari tadi. Bantal yang berada di tangannya dibaling. “Kau boleh diam tak, Hans? Dari tadi asyik membebel mengalahkan mak...nenek...,” sindir Mikhail. Kepalanya dahlah
berserabut. Kawannya pulak tak habis-habis berkicau. Mengalahkan orang perempuan!
“Oitt... yang kau ni tiba-tiba berangin satu badan ni kenapa? Kau jeles ya... jikalau aku dapat tackle awek tu?” giat Borhan sambil tertawa.
Mikhail ketap
bibirnya. Ada juga
yang makan penumbuk
karang!
“Apa kata kita bersaing secara sihat untuk pikat dia. Siapa yang berjaya merebut hatinya, orang itu akan dinobat sebagai kekasihnya.” Borhan memberikan pendapatnya.
Mikhail semakin geram mendengar kata-kata Borhan. Bila masa pulak aku nak tackle perempuan tu? Gerutu Mikhail. Hendak membalas kembali kata-kata Borhan, mulutnya
seakan lumpuh.
“Aku kalau tak dapat tuan puteri yang ‘mata hijau’, dapat kawan dia yang pakai baju
hijau tu pun dah okey! Eh...
Khai! Kau tahu tak nama geng-geng
awek cun tu? Aku dengar tadi, Salman panggil geng- geng dia GCG, apa maknanya hah? Siapalah nama minah saleh tu ya? Aku... sekiranya dia kata, SAYA MINAT AWAK, terus aku suruh mama aku pinang dia. Pukul sepuluh pagi aku bertunang, lima minit kemudian terus aku jabat tangan tok kadi. Lepas itu, aku letak dia dalam istana cinta aku. Hah, macam mana? Hebat tak kisah percintaan aku ni?”
Tinggi sungguh anganan Si Borhan ni ya? Kalaulah Borhan tahu siapa Athirah yang sebenarnya, macam manalah agaknya?
Ya ALLAH kawan ni! Tak habis-habis lagi ke...
bermimpi di siang hari! Bosan mendengar
omelan yang tanpa henti, dia terpaksa
bersuara juga. “Sudah-sudahlah tu pasang angan-angan. Jatuh tersungkur, sakit kawan!” nasihat Mikhail sambil tangannya menolak bahu Borhan.
Borhan menatap wajah temannya. Apalah Mikhail ni? Bukannya nak beri sokongan moral. Menjatuhkan semangat aku adalah. Bagilah peluang kat teman baiknya ini ada makwe.
“Dan... semua soalan yang kau tanya, aku tak ada jawapannya,” terang Mikhail sambil menutup suis lampu. Bilik mereka sudah menjadi gelap. “Apa yang aku tahu, aku nak tidur. Esok banyak lagi tugas yang menunggu kita. Jadi aku nak kau tolong zip mulut tu. Assalamualaikum and good night.”
Borhan ketawa mendengar kata-kata Mikhail. Badannya juga sudah terasa letih. Jadi ada baiknya dia mengikut jejak langkah Mikhail. Tidur!!!
comment 1st mmg cmment plg ikhlas yg sya akan bg, jgn sentap plak eh..
ReplyDeletesaya...bla baca chapter ni, sya baca 2 kali, tak tahu kenapa saya hilang fokus bila sampai tgh2, mybe sbb pnjg kot. then sy tutp smbg hr ni plak.
ini andaian sya shja. tak tau betul ke tak...ahthirah isteri mikhail?
Kalau athirah adalah isteri mikhail memang suratan atau kebetulan betul. tapi mikhail ni dasyat lah, i mean dia boleh lupa nama yg dia sebut masa akad nikah? kejam.. then kalau btl athirah adalah isteri dia, dia lupa isteri dia punya rupa, walaupun mereka jmp ms nikah ja pun tapi kalau athirah ad mata hijau, it's must be something that hard to forget.
hurm...maybe athirah bukan isteri dia kot... tak pe..smbg baca chapter next^^
a'ah la sya.. Mikhail dh kawin ek??
DeletePandai Eliza & q.min.z
ReplyDelete