Buat yang merindukan Mikhail... Sila2lah bc dan jgn lupa tinggalkan pesanan sayang anda. Bab 20 yg sebenar saya tukar dgn bab 22 sbb ramai yg pm kat FB minta Mikhail. Lama sgt Mikhail tak muncul2. Maknanya mgkn ini bab CIM yg terakhir yg saya post ke sini. Sayang anda semua....
***************** ****************
SEKEMBALINYA dari bercuti raya, Athirah bertungkus-lumus membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba tiga minggu lagi. Athirah akan pastikan dia mendapat keputusan yang cemerlang. Kak Rohana dan Kak Mahani banyak membantunya walaupun mereka sendiri sibuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.
***************** ****************
SEKEMBALINYA dari bercuti raya, Athirah bertungkus-lumus membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba tiga minggu lagi. Athirah akan pastikan dia mendapat keputusan yang cemerlang. Kak Rohana dan Kak Mahani banyak membantunya walaupun mereka sendiri sibuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.
Mikhail
juga rajin menemaninya ke perpustakaan dan banyak memberinya dorongan. Doa ibu bapa
dan sokongan suami tersayang membuatkan semangat Athirah semakin berkobar-kobar
untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan yang pertama ini.
Kenangan
di kampung opahnya ketika pulang berhari raya tempoh hari, menarik minatnya untuk
merehatkan minda seketika. Tidak disangka-sangka, kepulangannya ke kampung pada
tahun ini membawa pertemuannya dengan Hariz, sahabat yang dinanti-nantikan kepulangannya
selama ini. Penampilan Hariz sudah jauh berubah dan tampak kematangannya. Dia ketika
ini bekerja di syarikat kewangan di sekitar Bandaraya Ipoh. Kata Hariz, dia ada
membuat permohonan untuk menjadi pensyarah.
“Riz
sihat? Berapa lama dah balik ke sini?” Athirah ramah bertanya.
Athirah
dan Hariz hanya sekadar memanggil nama, walaupun jarak umur di antara mereka agak
jauh. Kata Hariz, memanggil nama nampak lebih akrab dan mesra. Sekiranya Athirah
memanggilnya abang, seolah-olah dia sama tarafnya dengan abang-abang Athirah yang
lain. Panggilan Mel adalah untuknya manakala Hariz dipanggilnya Riz.
“Alhamdulillah.
Jika dah tercongok depan Mel, mestilah Riz sihat. Adalah lebih kurang enam bulan
Riz balik sini,” ujar Hariz bersama senyuman. “Mel dengan suami macam mana?”
tanya Hariz.
“Kami
baru sahaja kenal. Masih peringkat berkawan. Dia tidak tahu Mel adalah
isterinya. Mel tak berani nak berterus terang. Bimbang dia tersalah anggap dan
menceraikan Mel,” ujar Athirah sedikit sedih.
“Baguslah
macam tu. Belajarlah pikat hatinya. Riz doakan semoga Mel berbahagia.
Sambil-sambil tu, doakanlah ya supaya Riz dapat jadi pensyarah Mel. Senang Mel nak
dapat A+ dalam subjek yang Riz ajar.” Hariz bergurau.
Athirah
tersenyum bila mengingati idea Hariz itu.
“Hah,
ini kenapa tersenyum meleret? Ingat lelaki lain ke?” bisik Mikhail sedikit
cemburu. Maklumlah dalam perpustakaan, suara mana boleh kuat-kuat.
Di
hadapan mereka ada sekumpulan pelajar tahun tiga. Dari tadi Mikhail perhatikan,
ada seorang pelajar lelaki yang sering mencuri pandang wajah Athirah. Melihat
senyuman Athirah, dia rasa tercabar. Sepatutnya senyuman itu adalah miliknya, bukan
untuk orang lain.
Habis
bertebaran pergi kenangan Athirah bersama Hariz.
“Apalah
abang ni, buat terkejutkan orang saja,” marah Athirah manja. “Mana ada ingat
lelaki lain. Cinta di hati ini, sudah diserahkan semuanya untuk abang seorang,”
luah Athirah bersama senyuman manis.
“Habis
tu, yang tersengih-sengih tadi tu... apa kebendanya?” soal Mikhail tidak
berpuas hati.
“Tersenyum
tadi tu sebab teringatkan kawan lama masa kat kampung. Hampir dua atau tiga tahun
jugalah kami tidak berjumpa. Tup... tup... raya baru ni boleh jumpa dia pulak.” Athirah menjelaskan perkara yang
sebenar. Dia tidak mahu Mikhail tersalah sangka dengannya. “Dia kata nak jadi pensyarah
dan kalau boleh nak ajar sayang. Katanya jika sayang jadi student dia, setiap kali periksa, dia bagi A+. Itu yang buat sayang
geli hati. Kuat sungguh dia berangan,” terang Athirah.
Lega
hati Mikhail, Athirah tidak bermain mata dengan budak lelaki yang berada di meja
hadapan mereka.
“Kawan
sayang tu lelaki ke perempuan?”
“Perempuan.”
Selamba
sahaja Athirah menjawab. Andainya dia katakan lelaki, pasti Mikhail akan bertambah
cemburu. Bukan dia tidak tahu Mikhail cemburukan Dino yang berada di hadapan
meja mereka. Dino merupakan pelajar tahun tiga dan satu course dengan Athirah.
“Abang
dah ready nak exam?” soal Athirah. “Abang
buat yang terbaik ya. Sayang doakan semoga abang dapat keputusan yang cemerlang
semester ni.” Doa ikhlas seorang isteri untuk suaminya.
“Insya-ALLAH...
abang akan buat yang terbaik untuk masa depan kita dan anak-anak kita nanti,” ujar
Mikhail penuh semangat.
“Amboi...
gatalnya! Belum apa-apa lagi dah fikir tentang anak,” bidas Athirah.
“Itu
tandanya abang sudah merancang untuk masa depan kita lebih awal. Nanti abang bawa
sayang pergi honeymoon setiap tahun.
Kita pergi Paris, London, Tokyo, atau ke mana sahaja sayang hendak pergi.”
Mikhail sudah menggambarkan tempat-tempat yang ingin dia tujui bersama Athirah
nanti. Tentu indah dan bahagia hari-hari yang bakal mereka lewati bersama.
“Emm... jika macam tu, semester depan kita
nikahlah. Boleh ikut abang jalan-jalan setiap kali cuti.” Athirah memandang
wajah Mikhail seketika sebelum menyambung kata-katanya. “Masa tu... abang pun dah
mula kerja. Boleh tanggung sayang belajar,” bisik Athirah manja sambil tersenyum
manis. Sengaja dia hendak mengenakan suaminya itu.
“Betul
ke? Alhamdulillah.” Gembira dan bersyukur tidak terhingga Mikhail melihat Athirah
menganggukkan kepalanya.
Athirah
sudah tidak mampu berjauhan dengan suaminya. Dia rindukan Mikhail setiap masa. Tapi
apa boleh buat. Keadaan masih lagi belum mengizinkan untuk dia berterus terang.
TERSENYUM
kedua-dua mempelai melintasi para jemputan yang hadir menuju ke singgahsana yang
dihias indah. Kegembiraan dan kebahagiaan jelas terpancar di wajah mereka.
Pukul
sepuluh pagi tadi, Mikhail selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya.
Syukur ke-Hadrat ALLAH kerana impiannya terlaksana sudah. Sewaktu upacara akad nikah
berlangsung, terpegun dia melihat kejelitaan ‘bunga impiannya’ dengan busana
berwarna putih gading. Selesai sahaja upacara akad nikah, mereka terus menuju
ke hotel Z’Melda untuk majlis persandingan.
Malam
ini, dia dan isteri tercinta akan menginap di hotel bertaraf lima bintang itu.
Hotel Z’Melda merupakan milik Uncle
Wan. Dan Uncle Wan telah bermurah
hati menaja penginapan mereka di hotel berkenaan. Keesokan harinya, dia dan
isteri akan berangkat ke Paris untuk berbulan madu. Musim bulan madu mereka
tentu indah dan menghangatkan, memandangkan mereka berkahwin ketika cuti semester.
Bolehlah berlama-lama memadu asmara dengan isteri tercinta.
Mereka
berjalan beriringan menuju ke pelaminan. Lagu Selamat Pengantin Baru bergema memenuhi
dewan selepas kompang berhenti dipalu. Mereka duduk di singgahsana yang dihias
indah dan cantik dengan diapit oleh sahabat karib mereka, Fazlina dan Borhan. Selepas
majlis menepung tawar, mereka menuju ke meja santapan untuk makan beradab.
Hisy...
kenapalah tak ada muka lain yang dijemput untuk jadi pengiringnya? Balik-balik
muka Borhan. Sudah naik bosan dan hendak termuntah asyik melihat muka Borhan
dua puluh empat jam, bisik hati Mikhail. Bilalah acara ni nak habis? Mata aku
dah mengantuk ni. Tak sabar nak buat kuak lentang atas katil, luah Mikhail
dalam hatinya. Lantas senyuman nakal tersungging di bibirnya. Matanya asyik
melirik nakal ke arah Athirah.
“Abang
lambat lagi ke? Sayang dah mengantuk ni,” bisik Athirah dengan manja.
“Entahlah
sayang. Abang pun dah tak sabar nak peluk bantal abang yang gebu ni,” bisik
Mikhail. Tangan Athirah dicapai dan diletak atas pahanya.
“Eeii... gatalnya abang ni! Malulah kalau
orang lain dengar. Tengok tu, Borhan dan Fazlina asyik jeling kat kita berdua,”
bisik Athirah lagi.
“Ehem...
ehem... ” Borhan berdehem. “Kalau ya pun bersabarlah sikit. Tinggal lima minit
aje lagi majlis ni nak tamat.” Menyampah pulak
dia melihat pasangan pengantin tersebut. Kenapalah bukan dia dan Fazlina sahaja
yang jadi mempelai ketika ini.
Mikhail
dan Athirah hanya tersenyum manis mendengar kata-kata Borhan.Masing-masing
sudah tidak sabar hendak berjumpa tilam dan bantal. Bayangkanlah, dari pukul
tujuh pagi hingga dua belas malam, majlis masih lagi belum selesai.Kaki Athirah
sudah terasa kejang berdiri terlalu lama melayan tetamu.
“Abang
kaki sayang sakit dan lenguh,” adu Athirah di tepi telinga Mikhail.
“Sayang
sabar ya. Sekejap lagi abang urutkan satu badan. Percuma!” bisik Mikhail sambil
tersengih gatal.
Apabila
uminya menyuruh dia membawa Athirah masuk ke kamar peraduan untuk berehat,
Mikhaillah orang yang paling gembira. Rasa macam nak melompat-lompat pun ada. Maklumlah
sudah lama dia cemburukan kawannya Si Zeck. Kini giliran dia pula menayang pasangannya
di kampus. Hisy... tak baik riak,
gumam Mikhail. Dia melambai-lambaikan tangannya ke arah Borhan dengan senyuman
menawan.
Hisy...
meluat sungguh aku dengan gelagat Mikhail! Tahulah awak dah kahwin. Janganlah
nak berlagak sangat, hati Borhan berbisik.
Mikhail
mendukung Athirah menuju ke kamar beradu mereka. Baru
dia hendak mengucup Athirah, dia terasa lemas dan tidak boleh bernafas. Dadanya
terasa sesak. Habislah malam pertama aku! Tidak tercapai juga hasratnya untuk
menikmati malam nan indah itu. Sudah nak mati ke aku ni? Hati Mikhail
berbisik. Kesiannya Athirah! Belum apa-apa lagi dah dapat title janda. Tapi aku tak nak mati
lagi... aku nak Athirah!!! Jerit Mikhail. Dalam keadaan tergapai-gapai dan
tercungap-cungap, dia berusaha membuka mata. Bukan Athirah yang berada di depan
matanya tetapi Borhan. Terkejut Mikhail bukan kepalang.
“Oii... Hans! Kau nak bunuh aku ke?
Kenapa kau tutup muka aku dengan bantal?” marah Mikhail. “Mana isteri aku, kau sorok?” tanya Mikhail
kasar. “Nasib baik aku tak mati, kalau tidak kesian Athirah jadi janda,” marah
Mikhail lagi.
Isteri???
Borhan garu kepalanya. Mabuk ke apa kawan aku yang sorang ni?
“Bila
masa aku sorok bini kau? Dan bila masa pulak
kau menikah dengan Athirah sampai nak kena janda menjanda segala ni?” tanya
Borhan sedikit pelik. “Oh.... patutlah tadi kau?” Borhan memuncungkan mulutnya dan
menunjukkan aksi orang sedang berkucupan. “Kau mimpi tengah gitu-gitu dengan
ehem... ehem... kau ya?” sakat Borhan.
Mikhail
garu kepala dan mukanya merah. Malunya weiii...!!!
“Bahaya
sungguh kau ni!Nasib baik aku tak kena cium dengan kau tadi. Kalau tidak... mahu
kena mandi air tolak bala, tujuh tempayan, tujuh perigi, tujuh tasik, tujuh
sungai, tujuh gunung dan tujuh lautan nak buang badi kena cium kaum sejenis,”
kutuk Borhan. “Aku rasa lebih baik kau kahwinlah Khai. Tak sanggup aku nak menghadap
kau setiap masa. Nanti tak pasal-pasal hilang teruna aku,” giat Borhan sambil
tersengih.
Mikhail
tolak bahu Borhan. Geram!
“Kau
ni... bercakap tak agak-agak! Kau ingat aku berselera dan bernafsu dengan kau? Dahlah
cutting tak ada. Badan pulak tu sekeping macam papan. Muka pula...
masya-ALLAH! Membunuh selera aku hendak menikmati malam pertama, kau tahu tak?”
sindir Mikhail. “Aku pun pelik! Macam manalah... Fazlina yang cun tu boleh
terpikat dengan kau yang macam tak cukup zat ni?” Keji sungguh ayat yang keluar
dari mulut Mikhail.
Borhan
menarik sengih menerima kutukan Mikhail.
“Itu
sebab mata kau buta! Hanya orang tertentu aje boleh nampak kekacakan aku ni.
Orang macam kau tak layak. Susah pulak
aku nanti, jika tiba-tiba kau jatuh cinta kat aku yang hensem ni,” giat Borhan. “Meranalah mama dan papa aku tidak dapat
timang cucu sekiranya aku terpaksa kahwin dengan kau.” Borhan sudah ketawa
macam tersampuk Mak Lampir di pagi hari.
“Eeii... takde maknanya aku nak jatuh cinta dengan kau! Dahlah pergi tidur. Aku
nak sambung balik mimpi indah aku yang tergendala sebab ada mangkuk ayun yang
mengganggu aku tadi,” perli Mikhail.
Kelakar
pula Mikhail fikirkan. Baru pagi tadi Athirah menyatakan persetujuan hendak berkahwin
dengannya. Malam... sudah bermimpi yang bukan-bukan.
Mikhail
dan Borhan menyambung kembali lena mereka yang terganggu seketika tadi.
MIKHAIL semakin pening dengan tingkah laku Athirah
kebelakangan ini. Kemanisan hubungan mereka sudah semakin tawar dan hilang
serinya. Athirah sering melarikan diri bila terserempak dengannya. Tutur kata
Athirah juga sudah tidak selemak dan semerdu dulu.
Mikhail
meneliti tubuh badannya.
Hai...
apa nak jadi dengan aku ni? Mikhail mengeluh melihat badannya yang semakin
gempal dan menggeledur. Sejak bercinta dengan Athirah, selera makannya semakin bertambah.
Hari
ini... Mikhail begitu bersemangat hendak berjogging
dan bersenam. Dia berazam ingin mengembalikan semula tubuh badannya ke bentuk asal. Teringat
Mikhail akan sindiran Athirah.
“Eeii... abang ni dah tak hensem! Badan makin gemuk pulak tu. Tengok... perut pun dah boroi!
Macam bunting gajah. Dulu badan abang sikit punya mengancam tapi sekarang... dah
gemuk gedempol macam badak sumbu. Tak naklah sayang berkasih dengan abang lagi.
Lebih baik sayang cari orang lain, yang lebih kacak dan menawan. Abang sudah tidak
sesuai dengan sayang yang cantik jelita ni. Buat malukan diri sayang aje
bergandingan dengan abang.” Usai berkata, Athirah berlalu pergi meninggalkan
Mikhail yang sedang diulit kesedihan yang bukan kepalang.
Hinaan
dan cacian Athirah, menikam hingga ke tangkai hati Mikhail.
“Sayang
nanti dulu. Jangan buat keputusan terburu-buru. Jangan tinggalkan abang sayang,”
ucap Mikhail sambil memegang erat tangan Athirah. Air mata jantannya menitis,
menahan sebak di dada. “Abang berjanji akan ubah penampilan abang. Abang janji akan
buat apa sahaja untuk menggembirakan hati sayang dan buat sayang tidak berubah hati.”
Andai
kau pergi
Hilanglah
arahku
Jangan
kau pergi
Usah kau
pergi
Andai
kau pergi hampir pasti
Berteman
pilu
sepanjang
hayatku
Athirah merenung tajam wajah
Mikhail.
“Tolong
sayang... jangan tinggalkan abang,” rintih Mikhail.
“Baik!
Sayang bagi tempoh satu minggu. Jikalau abang tak berjaya ubah penampilan dalam
masa satu minggu... selamat tinggal, sayonara,
adios amigos and good bye!!!” Semua bahasa telah keluar dari
mulut Athirah. Athirah merentap tangannya dan tinggalkan Mikhail seorang diri
memendam rasa.
“Sampai
hati sayang buat abang begini. Dulu sayang kata tak kisah jika abang gemuk mahupun
kurus. Sayang kata akan tetap cintakan abang hingga ke akhirnya. Tapi kenapa
kini sayang berubah?” jerit Mikhail sekuat hati. Dia tidak kisah lagi jika ada
orang mengatakannya gila. Dia sanggup lakukan apa sahaja, asalkan Athirah tidak
meninggalkan dirinya.
DEMI
kasih sayang yang mengalir bagaikan curahan air terjun Niagara terhadap
Athirah, Mikhail sanggup korbankan masa tidurnya. Demi cintanya setinggi puncak
Himalaya untuk Athirah, dia sanggup berpuasa demi menurunkan berat badannya. Demi
rindunya yang seluas lautan Atlantik buat Athirah, dia sanggup korbankan makanan
kegemarannya. Apa lagi yang dia harus lakukan demi membuktikan cintanya
terhadap Athirah?
Teringat
Mikhail akan lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Indonesia suatu ketika
dulu iaitu Ria Resty Fauzi...
Jangankan gunung Fujiyama
Puncak Himalaya kuikut kamu...
Jangankan ke Kemboja ke Etopia kuikut kamu...
Kalau memang kamu cinta aku Kutub Utara aku ikut
kamu...
Mikhail
menyanyi kecil sambil berlari-lari anak. Tatkala dia membongkok-bongkokkan
badannya, dia terlihat pasangan kekasih yang sedang berasmaradana di tepi tasik.
Dia kenal mereka.
“Sayang
apa maknanya semua ini?” Mikhail bertanya dengan nada suara yang agak tinggi.
“Hans...
aku tak sangka kau sanggup tikam aku dari belakang. Sanggup kau rampas satu-satunya perempuan yang aku cinta dan sayang.
Kau tahu kan, aku tak boleh hidup tanpa Athirah? Kau tahu kan, Athirah umpama nyawa
aku? Kenapa kau sanggup buat aku begini? Kenapa Hans... kenapa?” Melengking
suara Mikhail kedengaran di pagi hari.
“Sayang
dah bosan dan muak tengok muka abang. Sayang nak ubah selera pulak,” ujar Athirah sambil merenung
Mikhail dengan perasaan benci yang membuak-buak.
Mikhail
ketap bibir menahan rasa. Pedih!
“Tengok
Bie... kesiankan dia! Orang dah tak nak kat dia pun masih tak faham-faham lagi.
Buat malu kaum adam aje ada lelaki dayus macam ni!” Begitu sinis sekali kata-kata
Athirah. Athirah sengaja menyakiti hati Mikhail.
“Sudahlah
Khai! Tak usah nak merayu-rayu lagi. Lagipun Athirah dah pilih aku sebagai kekasihnya.
Tak lama lagi kami akan berkahwin,” ujar Borhan tersenyum sinis. Lantas tangan
Athirah diangkat untuk menunjukkan cincin lamarannya.
“Kau
memang kawan tak guna. Selama ini aku percayakan kau. Aku anggap kau seperti
adik-beradik aku sendiri. Aku anggap kau saudara aku dunia akhirat. Sanggup kau
musnahkan kepercayaan aku? Tergamak kau buat aku macam ni?” Mikhail terus
melayangkan penumbuk ke muka Borhan.
Borhan
ketawa berdekah-dekah apabila tumbukan Mikhail tidak mengenai sasaran.
Mikhail
semakin tercabar. Hatinya semakin membara. Nahas kau, aku kerjakan. Mikhail
terus mengasak Borhan...
“Apa
pasal katil ni bergegar dan bergoyang semacam? Macam nak roboh pun ada. Ada
gempa bumi lagi ke kat Indonesia atau Si Mikhail bermimpi lagi? Mimpi apa pulaklah member aku kali ni? Sampai nak tertanggal katil ni dibuatnya. Aduh,
pening kepala aku dengan kawan aku yang sorang ni!!!” omel Borhan lalu bangun mengejutkan
Mikhail yang berada di katil tingkat bawah.
“Hoi,
bro! Apa pasal kau ni, bersilat,
bergusti, WWE semuanya dah keluar? Hoi... kau sedar tak ni?” Borhan
menolak-nolak bahu Mikhail.
Borhan
memegang sebiji bantal sebagai perisai. Dia juga tidak berani berada dekat dengan
Mikhail. Silap hari bulan, boleh pecah mukanya kena tumbuk dengan Mikhail.
Borhan garu kepala. Dia sudah hilang akal hendak mengejutkan Mikhail dari
mimpinya. Dicapai botol air mineral lalu dicurahnya ke muka Mikhail.
Mikhail
tersedar bila mukanya terasa sejuk dan basah. Dia terus bangun dan kolar baju
Borhan dicekaknya. Terbatuk-batuk Borhan dikerjakan oleh Mikhail. Borhan berusaha
melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Nasib baik dia sempat mengelak ketika
Mikhail melayangkan penumbuknya. Rupa-rupanya Mikhail masih lagi berada dalam
keadaan mamai.
“Hoi,
Khai! Kau ni masih mengigau lagi ke? Kalau ya pun mimpi sedang bertumbuk,
janganlah aku... kau jadikan mangsa. Kesian nanti kat Fazlina tak dapat
zuriat.” Borhan bersuara sedikit lantang.
Apabila
terdengar Borhan menyebut nama Fazlina, barulah Mikhail tersedar dari mimpi
ngeri dan menakutkan itu.
“Apa
yang aku dah buat kat kau?” soal Mikhail seperti orang bodoh.
“Kau
nyaris-nyaris nak belasah aku, tahu. Nasib baik kau tak sempat sepak ‘permata’ berharga
aku. Kalau tidak, meranalah aku dengan Fazlina bila kahwin nanti. Kau mimpi apanya
sampai nak bunuh orang?” tanya Borhan sambil mengusap lehernya yang perit.
Mikhail
mengesat wajahnya yang dibasahi air dengan tuala.
“Aku
mimpi... mimpi...”
Mikhail
tidak berani hendak meluahkannya. Dia bimbang Borhan akan mentertawakannya dan
mengutuknya terlalu obses terhadap cinta Athirah jika tahu cerita sebenar.
“Kau
mimpi apa?” sergah Borhan. Bahu temannya ditepuk.
“Aku
mimpi belasah kau sebab rampas Athirah daripada aku.” Mikhail terus menutup mulutnya
bila tersedar dia sudah terlepas cakap.
Borhan
sudah ketawa terguling-guling mendengar lawak Mikhail pukul tiga pagi. Tadi
mimpi sedang berkahwin, sekarang mimpi Athirah curang. Apa nak jadi dengan
Mikhail, dia pun tak tahu. Mujurlah tiada siapa yang berani menegur mereka membuat
bising di pagi hari.
“Apalah
lu bro? Tak akanlah aku tergamak nak buat kau macam tu. Lagipun kat mana
aku nak letak buah hati aku tu? Silap hari bulan, mati aku dikerjakan Lina.
“Sorrylah Hans, aku dah ganggu waktu
tidur kau sekali lagi. Apa kata kita bersihkan diri dan buat solat sunat? Kalau
sempat kita terus study.” Mikhail
mengutarakan cadangannya.
“Bagus
juga idea kau tu. Apa kata kita puasa sunat sekali? Tapi bersahur dengan roti
dan milo fuze ajelah,” kata Borhan.
Demi CIM, buku tolak tepi dulu.
ReplyDeleteLawaklah Mikhail ni. Gatal merenyam.Bestlah kak part mimpi ni. Sweet sesweetnya.
Nasib baik akak bg tahu awal2 nak post kul berapa. Mmg dr tadi menunggu je. Syabas kak.
Bab yg lain saya bc dlm novel nnt jika diterbitkan. Tak sabar rasanya nak miliki CIM.
Salam Puteri,
DeleteBc buku dulu baru CIM. Pelajaran tu ptg. CIM sekadar mengisi masa lapang.
Terima kasih krn sukakannya.
Geram betullah...
ReplyDeleteBalik2 si tuan puteri yg menduduki carta pertama mengomen kat blog ni. isyyyy...
Ini gara2 si bb nilah buat hal, asyik nak meragam aje. campak ke laut baru tahu.
alahai kak DD, bestlah kak bab ni. Smpi nak pecah perut saya ke tawa. Bkn main miang lg si mikhail, smpi tidur pun blh teringatkan Athirah.
Hahahaha.... lawak2 Mikhail dan Borhan. Mujurlah Borhan tak kena kiss dgn Mikhail. Lps ni mmg kena psg perasailah si Borhan ni.
Hati2 Athirah... Mikhail dh mula tunjuk skill kegatalan dia.
Jgn marah....
DeleteAku tak leh studi td tu yg merewang kat sini. Kpale dah jem. mujur takde roti lau tak mmg slamt otak aku kena makan. hehehe...
best kan bab ni... aku asyik senyum je dr td. Nak studi pun sng hati. Agaknya aura abg Khai dh msk dlm bdn tak? Ekekekk....
Ayu, dah mmg rezeki dia nak buat mcm mana? Agaknya si puteri ni 24 jam berkepit dgn labtop dia.
DeleteTerima kasih ayu. Jgn lupa senyum selalu walaupun tanpa CIM.
ha ha..he he.. hu hu..
ReplyDeleteMmg lawaklah bab kali ni. Mcm manalah Mikhail blh mimpi dua kali ni? yg pertama jiwang karat, yg kedua berangin satu badan.
Mmg comey aje mrk. Tpkan kak sedeylah sbb dah tamat kat blog. nak tunggu novel lmbt agi...
Ini gelak versi baru ke? hehehe....
DeleteMmg kelakar bab ni. Akak pun suka, masa tulis bab ni, asyik gelak aje...
Jgn sedih2, sabar. Ada rezeki blh bc dlm versi cetak.
Btllah ckp ayu... mmg lawak gilerrr mrk ni. Kemain lg gatainya si Mikhail ni...
ReplyDeleteMcm manalah kalau dia dpt tahu siapa Athirah yg sebenarnya???? Mahu lari tak cukup tanah Athirah nnt, asyik kena kejar jerrr.... hahahha....
Apapun mmg menarik walaupun sekadar di alam mimpi.
Aku plak yg tersyok sendiri.
Tak sbar ni nak grab CIM. Bilalh terbit yerrr????
Hehehe... dah nmpk ke, kegatalan Mikhail? Ini baru sikit. nnt nak pujuk Athirah lg byk gatal dia. Oppss... terbocor rahsia.
DeleteKak, mmg super duperlah kak. Kelakar pun kelakar.
ReplyDeleteTapi knp ni yg last? Nnt akak postlah apa yg patut ya. Rindukan CIM... Rindu kat abang Mikhail yg hensem tuuuu...
waaaa... sedih thp gaban niii.
Insya ALLAH jika berkesempatan akak akan post apa yg patut sbg pengubat rindu. Tp tak blh byk2.
DeleteTerbaiklah dayana. Jarang saya bc ada mimpi2 lawak dlm novel mcm ni. Tak membosankan w/pun pd mulanya agak confius perjlnan cerita, ingatkan Mikhail kawin lain atau baru nak nikah dgn Athirah.
ReplyDeleteKesinambungan mimpi kedua pun ok juga, cuma bila ada dua mimpi ni mengganggu sedikit keseronokan membc.
Ok jew bg saye. Selg tdk membosankan & melalut msh blh diterima.
DeleteMaaflah Raihana jika bab mimpi tu tak kena dgn jiwa Raihana. Ini shj yg termampu.
DeleteAnonymous,
DeleteTerima kasih krn sukakannya.
Kelakar dan menarik aje kisah kali ini, saye sukakannya. walaupun ada 2/3 mimpi, selagi x nmpk canggung bg saye msh lg ok, sbb perjlanan cerita masih ada kaitan.
ReplyDeleteTeruskan usaha dan jgn takut pd kritikan jika mahu berjaya dlm berkarya.
Terima kasih... terima kasih... sbb sukakannya dan atas sokong anda.
DeleteInsya ALLAH saya akan terima setiap kritikan sbg satu pengajaran yg berguna. Setiap manusia ada kelemahan dan ketidaksempurnaannya. Saya sudah cuba melakukan yg terbaik. Tp setakat ini shj kemampuan saya.
lawak...lawak..berapa banyak mimpi da....kesian si Borhan...asyik dia je yang kena...hahahaha....
ReplyDeleteBorhan kan teman rapat Mikhail. Pasti dia aje yg kena dgn Mikhail.
DeleteKelakar btl Mikhail ni.. 2 kali mimpi tu..
ReplyDeletekak dayana, any news.. jgn lupa inform kat sy ya.. :)
Salam Eliza,
DeleteMikhail ni jenis kuat berangan gak, tu yg kerap mimpi je.
Insya ALLAH, sekiranya ada berita dr pihak penerbit akak akan bg tahu.
Terima kasih sbb selalu jenguk blog ini.
ADUHAI KELAKAR LA KHAI NIE.ASYIK MIMPI BERANGAN..AHAHAHAHAHA..DOK SENYUK SORG AK NIE MELAYAN KO MIKHAIL
ReplyDeleteSalam nzlyna,
DeleteKesian abg khai kita ni kan... asyik mimpi2 je...
Athira kena cepa2 bagitau kat Abg Khai yg dia tu isteri Abg Khai...kesian kat Abg khai..mimpi sampai 2x satu malam..malang betul si Borhan tu..hahahaha..
ReplyDeleteSalam umi,
DeleteDah nasib badan Mikhail nak buat mcm mana. Salah dia jugak. Siapa suruh eksen masa mula2 kahwin dulu. Kan dah termimpi2... cuba dia kenal2 athirah dulu, takdelah smpi terbw2 dlm mimpi. Tp mmg kesian dgn Borhan, mujurlah tak jd mangsa Mikhail, huhuhu...
Aduh Kak Dayana, tlg saya. Bagai nak pecah perut bc kisah Mikhail ni. Memang lawak giler btl mamat ni sorang. Baru Athirah setuju nak kahwin dah mimpi yg pelik2. Blm lg Athirah kata dia isteri Mikhail. Mahu kena angkut balik umah terus. hahahah... Mikhail... Mikhail...
ReplyDeletenice story..keep it up..
ReplyDeleteTerima kasih sayatulisentryini krn sudi menjengok blog tak seberapa ni.
ReplyDeleteTersgt best.
ReplyDeleteTerima kasih Onah
DeleteAmat mencuit hati. Teruskan usaha.
ReplyDeleteTerima kasih akan sokongan anda
Deletealahaiii cik penulis, storline CIM ni dh xjalan, mentang2 ade e-novel baru, e-novel lama dah dilupakan
ReplyDeletenak laaagi
huhuhu tak sabar nak bace ni,
sukaaa sangat dengan CIM punya ceritaaa
feeling habis
Capital S, maaf ya. CIM berhenti setakat ini shj atas arahan pihak penerbit.
Deleteakak br mula mmbacanya...diawl2 bab mmg akak rs agk trkilan dgn prilaku athirah dgn mikhail...sbg seorng isteri msti ada batasanya dan pergaulanya...dgn pgilan sayang dan abg agk brtntngn skali sdgkn athirah msh seorg isteri,sekuat mn perengkap mikhatl,athirah harus brani prthnkan dan harus berterus terang tntang statusnya...disitu agk longgar pranan seorg isteri...dan cr athirah mnggoda mihkail sbg suami amt mnarik skali...
ReplyDeleteMaaflah terlepas pandang.
ReplyDeleteTerima kasih atas komen yg membina. Dan sgt2 menghargainya.