SALMIHA HAINI DAN SOFEA
memecut laju motosikal masing-masing. Mereka benar-benar sudah kelewatan.
Sepatutnya pukul 6.30 pagi lagi mereka sudah berada di Nur Kasih. Tapi kini,
mereka masih lagi terhegeh-hegeh di atas jalan raya. Ini semua gara-gara tidur
lewat malam tadi. Kesian Wani dan Kak Bibi. Pasti mereka tak menang tangan
ketika ini.
“Aduh...
sakitnya!” Salmiha Haini terjerit kecil. Visor
helmetnya ditolak ke atas. Dia ingin
melihat telapak tangannya yang terasa perit. Bulat mata Salmiha Haini saat
melihat telapak tangannya. “Makkk... lukaaa...!!!” Panjang jeritannya. Mesti
bingit telinga-telinga yang mendengarnya. Lantas helmet ditanggalkan.
“Tolong
aku Sofea...! Tolong aku! Habislah kurang duit hantaran bila bakal suami aku
lihat parut kat tangan ni nanti.” Tangis Salmiha Haini. Habis melecet dan
berdarah telapak tangannya itu.
Sofea
pandang wajah Salmiha Haini dengan rasa tidak percaya. Takde benda lain ke nak sebut? Sengal betul temannya itu!
“Hesy...
kau ni! Biar benar? Setakat melecet ciput
macam ni, takdenya tinggal parut,”
omel Sofea sambil membelek tangan sahabatnya. Setelah itu motosikal kawannya
diangkat dan ditolak ke tepi.
“Besar
macam ni kau kata sikit? Kau biar betul?!” Salmiha Haini tidak berpuas hati.
“Ini kau punya fasallah! Ajak bersembang sampai pukul empat pagi. Tengok... dah
bangun lewat. Sampai aku ‘subuh gajah’,” rungut Salmiha Haini. Terlupa dia
seketika tentang lelaki yang dilanggarnya tadi.
“Eh...
kau nak salahkan aku pulak? Yang kau
tu keluar simpang tak tengok kanan kiri apa hal? Main aci redah aje! Macam tak
reti peraturan lalu lintas,” sindir Sofea.
“Habis
tu, kau asyik cakap cepat-cepat, takut nanti kita terlambat. Jadi aku ikutlah
cakap kau,” marah Salmiha Haini. “Betul ya takde tinggal parut?” Salmiha Haini menunjuk kembali tangannya.
“Kesian bakal suami aku jika dapat isteri yang dah tak cun-melecun,” ujar
Salmiha Haini sambil membelek tubuh badannya. Mujur takde anggota lain yang cedera atau patah riuk, getusnya.
Mak
aii... dia ni! Buat drama pulak kat sini, gumam Sofea. Bukannya
risau tentang kesakitan yang dialami tapi risau tentang calon suami. Pakwe pun
tak ada lagi. Mana nak datangnya calon suami?
“Taklah
Miha. Sapu minyak gamat baiklah tu nanti,” pujuk Sofea.
Sofea
menjeling sekilas jejaka yang sudah terduduk di bahu jalan ekoran hampir disondol
motosikal yang ditunggangi sahabatnya. Mujur juga dia bawa motor sendiri. Jika
tidak... dengan dia sekali terjatuh.
“Ehem...
ehem...”
Salmiha
Haini menepuk sedikit dahinya. Terlupa dia akan lelaki yang hampir dilanggarnya
sebentar tadi. Desis kesakitan juga kedengaran dari ulas bibirnya.
“Maaf
ya sebab hampir langgar abang tadi,” pinta Salmiha Haini. Muka lelaki itu
dibuat pandang tak pandang sahaja. Konon-kononnya hendak jaga aurat mata.
Padahal takut kena maki.
Apa
jenis perempuan hari ni lah? Nak minta maaf, tapi mata pandang ke lain. Apa,
tak cukup kacak lagi ke dia ni? Bebelnya dalam hati. Lelaki itu bangun sambil
menepuk seluarnya yang sedikit kotor. Mujurlah dia sempat mengelak. Kalau tak,
mahu masuk hospital hari ni. Tapi bukanlah salah gadis itu sebenarnya. Dia yang
tergesa-gesa melintas jalan tanpa melihat kanan kiri. Tak fasal-fasal jatuh
tergolek anak dara orang. Tapi tak akan terang-terang nak mengaku salah. Ada
nanti kena belasah dengan dua orang gadis di hadapannya ini.
Melihat
lelaki itu mendiamkan diri, Salmiha Haini mengeluarkan dompetnya. Sekeping not
lima puluh ringgit dikeluarkan bersama sekeping kad.
“Emmm... abang! Ini ada duit sikit, abang
pergilah klinik buat pemeriksaan. Manalah tahu ada anggota badan yang
tercedera. Kalau tak cukup duitnya, abang telefon saya. Kat kad tu ada alamat
dan nombor telefon saya,” ujar Salmiha Haini dengan perasaan gementar. Sayu
hatinya melihat duit yang berada di tangan. Pasti bakal melayang duitnya hari
ni. Sudahlah dia hampir ‘kekeringan’.
Shahrul
Hairi mengambil kad yang dimaksudkan. Ini kad zaman bila? Ada gambar kartun
lagi. Berkerut dahinya melihat nama yang tertulis di situ. Puteri Mawar?
Alahai... dia ni, biar betul! Keturunan bunga la... pulak!
Melihat
kerutan di wajah itu, Salmiha Haini tahu mengapa. Salahnya juga bagi kad nama
zaman tok kadok. Kad itu sebenarnya
kad nama zaman dia sekolah menengah dulu. Nak dibuang sayang, jadi dia simpan
sahaja. Tiada niat pun nak bagi sesiapa kecuali teman-teman rapat yang dah lost contact. Sebab itulah di belakang
kad tersebut, ada tulisan tangannya. Manalah tahu terjumpa kawan-kawannya yang
‘sesat’ kat bandar ni, boleh juga dihulurkan kad tersebut. Tak payah
susah-susah nak cari pen atau kertas, sebab dia dah terlebih rajin menulisnya
dulu.
“Sebenarnya
nama kat depan tu, nama olok-olok. Nama sebenar, alamat dan nombor telefon ada
kat bahagian belakang,” terang Salmiha Haini bersama aksi gadis Melayu
terakhirnya. Ceh... macam lelaki tu
tak nampak perangai sebenarnya sebentar tadi!
Setelah
mendengar penerangan Salmiha Haini, Shahrul Hairi memusingkan kad nama
tersebut. Berpuas hati dengan maklumat yang ada, kad tersebut dimasukkan ke
dalam dompetnya. Wang yang dihulur Salmiha Haini dipandang sepi. Terus dia
bergegas pergi.
Tercengang
Salmiha Haini apabila Shahrul Hairi berlalu begitu sahaja.
“Mak
datuk! Sombong giler ‘mangkuk tingkat
plastik’ tu!” Kutuk Salmiha Haini. “Blah
macam tu aje. Dia tak tahu ke... akibat perangai ayam dia tu, aku jatuh
tergolek? Nasib baik tak kojol. Kalau
tak... aku saman dia cukup-cukup,” marah Salmiha Haini. “Ngok-ngek betul!”
Tambahnya lagi.
Sofea
geleng kepala melihat tingkah temannya. Tak padan dengan sakit, mulut tetap
berbunyi macam mesin-gan.
“Kalau
kau dah masuk lubang kubur, macam mana kau nak saman dia mak cik oiii?” Sindir Sofea.
Salmiha
Haini garu pipinya. Betul juga cakap Sofea. Kalau dah mati macam mana nak
saman. Kemudian dia tersenyum dalam hati. Tak boleh saman, aku cekik dia pulak.
“Tak
baik kau cakap dia ngok-ngek,” nasihat Sofea. “Bukan salah dia
pun.”
Ewah...
ewah... ewah... perempuan ni! Dah syok kat lelaki tu ke? Salmiha Haini
memandang dengan wajah tidak puas hati.
“Macam
mana aku tak kata dia ngok-ngek. Kau tak tengok ke cara dia
melintas tadi? Main nonong aje macam ayam nak lintas jalan. Tak pandang kanan
kiri langsung. Lepas tu... dia dah tahu aku ni sakit, ada ke dia nak tolong
angkat motor dan tolak ke tepi? Ada? Takde
kan? Orang macam tu memang layak dibuat musuh!”
“Hesy...
kau ni! Tak tahu hujung pangkal dah buat kesimpulan. Dia pun jatuh juga tadi,
kan? Manalah tahu tangan dia patah ke... atau terseliuh ke... Itu yang dia tak
dapat nak tolong kau.” Sofea mengemukakan andaiannya yang agak bernas.
Salmiha
Haini mencebik atas keprihatinan Sofea terhadap lelaki itu. Macamlah lelaki tu
buah hati dia, beria-ia nak tolong backup!
Sofea
tahu temannya itu teramat bengang dengan lelaki tadi. Tapi cakap banyak pun tak
guna sebab lelaki tu dah tak ada. Sepatutnya dari tadi lagi Salmiha Haini
menghamburkan rasa kurang senangnya, bukan sekarang.
“Kau
nak bising sekarang pun tak guna, dia dah blah.”
Sofea bersuara.
Salmiha
Haini mengeluh kecil. Benar apa yang Sofea katakan. Dia mengamuk bagai nak rak
pun bukan ada faedahnya. Bukannya lelaki itu dengar apa yang terbuku di
hatinya.
“Jomlah
kita gerak, nanti makin lambat kita sampai. Tak menang tangan pulak Wani dan Kak Bibi melayan
budak-budak tu.” Gesa Sofea.
Salmiha
Haini angguk kepala tanda faham. Berdiri tegak macam tiang lampu kat tepi jalan
ni pun tak ada gunanya. Buat jatuh saham saja. Nasib baiklah tak ramai pengguna
jalan raya masa ni, fikir Salmiha Haini. Macam mana nak ramai kalau pintu
pejabat dah pun buka satu jam yang lalu. Matanya merenung motor Wani yang
‘tercedera’. Aduh... nak kena keluar duit lagi! Keluh Salmiha Haini. Semalam
Wani meminjam keretanya dan berjanji akan memulangkannya hari ini.
MEMANG BENAR
telahan Sofea. Keadaan nurseri Nur
Kasih milik ibu Sofea agak kelam kabut sedikit kerana tidak cukup kakitangan.
Ibu Sofea menjaga nurseri Nur Kasih miliknya di cawangan Seri Alam manakala Sofea
menjaga di Taman Dahlia.
“Kau
duduk kat situ, nanti aku cuci luka kau,” arah Sofea sambil menunjukkan meja
makan yang terdapat di bahagian dapur. Dia kemudiannya mencapai peti kecemasan
yang tersimpan dalam kabinet.
Salmiha
Haini akur dengan arahan teman baiknya. Matanya juga tidak lepas memerhatikan
Sofea.
“Kau
tahan ya, aku nak cuci tapak tangan kau dengan Dettol. Mungkin pedih sikit ni.”
Salmiha
Haini angguk kepala. Mengerti. Tekun dia melihat Sofea mencuci lukanya dan
menyapu ubat sebelum melakukan kerja-kerja membalut. Dia mengenali Sofea ketika
menuntut di UKM. Mereka kebetulan duduk di bilik yang sama tetapi berlainan course. Sofea merupakan anak tunggal,
sama sepertinya. Cuma sahabatnya itu memiliki keluarga yang lengkap berbanding
dirinya. Tujuan dia datang ke Johor Bahru sebulan yang lepas kerana ingin
mencari pekerjaan yang sesuai, selain melarikan diri.
Salmiha
Haini melihat telapak tangannya yang sudah siap dibalut oleh Sofea. Kemas dan
cantik balutannya. Sepatutnya rakannya itu menjadi doktor ataupun jururawat
bukannya tauke pusat jagaan kanak-kanak.
Sofea
pandang wajah Salmiha Haini setelah kerja membalut tangan rakannya itu selesai.
“Oii... mak cik! Kau berangankan siapa?
Kau teringatkan abang yang pakai baju kelabu tadi eh?” Usik Sofea.
“Aku?”
Salmiha Haini tuding jari telunjuk ke arah mukanya. “Ingatkan dia? Takde maknanya! Buang masa dan tenaga aku
aje ingatkan mamat bongkak dan ngok-ngek tu!” Tegas Salmiha Haini.
“Tapikan
Miha, mamat yang kau kata bongkak dan ngok-ngek tu... hensem tau. Kalah pelakon Korea yang bernama Lee Min Ho atau Dennis
Joseph O’Neil.”
“Ek?” Sengaja Salmiha Haini mengejek
Sofea. Dia sedikit pun tak kisah dengan ketampanan atau kekacakan lelaki itu.
Ada apa dengan wajah? Bukannya boleh kenyang pun bila tengok muka dia tu. Sebab
kalau lapar, dia akan cari nasi jugak.
Tak akan dia nak makan muka orang tu
pulak. Ini... kalau Sofea dengar ayat macam ni, tentu perempuan tu bengang.
“Kau
ni... kalau aku cakap mesti ada sahaja yang tak berkenan di hati. Malaslah aku
nak layan kau,” rajuk Sofea.
“Ala...
kau ni! Sikit-sikit nak merajuk. Macam manalah Si Muaz tu boleh tahan? Aku
kalau jadi boyfriend kau, dah lama
aku tendang kau, tahu!”
“Nasib
baik kau bukan boyfriend aku! Kalau
tak... dah lama kau kena tinggal. Yalah! Semua benda yang aku cakap, masuk
telinga kanan pas tu tak sampai
sesaat dah keluar ikut telinga kiri. Makwe mana yang tak bengang?” Tempelak
Sofea. “Entah lelaki manalah yang tahan dapat makwe macam kau ni nanti?”
“Siapa
yang dah ada pakwe? Miha?” Wani yang tidak tahu hujung pangkal datang
menyampuk. Dia sedang mendukung Danish yang baru berusia setahun tiga bulan.
Salmiha
Haini menoleh ke arah Wani. Dia tersengih. Mujurlah Wani tidak mengamuk sewaktu
dia menunjukkan keadaan motosikal gadis itu yang ‘tercedera’. Bahkan air muka
yang ditunjukkan juga cool. Redha...
“Si
Sofea ni... Wani! Dah nak kahwin tak lama lagipun... masih jugak nak menggatal! Entah mamat Lombok mana pulak yang dia berkenan, tak tahulah!” Salmiha Haini mengusik.
Wani
tersengih-sengih mendengar kata-kata Salmiha Haini.
Sofea
menjeling.
“Amboi...!
Amboi...! Amboi...! Engkau bila dah bercakap, langsung tak tengok traffic light tu warna merah ke warna
hijau. Main langgar dan redah aje! Kau jangan sesekali menabur fitnah! Aku
cepuk karang.” Sofea pura-pura marah. “Dengar dek bakal suami aku, tak ke haru
jadinya!” Sofea membesarkan biji matanya pula.
“Maaflah Sofea. Aku sebenarnya tidak maksudkan
apa-apa. Aku sekadar bergurau ajelah. Sejak bila kau jadi sensitif ni?” Luah
Salmiha Haini. Bimbang juga dia jika Sofea ambil hati akan gurauannya tadi.
Melihat tiada riak marah di wajah sahabatnya, dia menyambung kembali
kata-katanya. “Oh... baru aku ingat! Dah nak masuk bulan baru! Patutlah nak naik
angin semacam!” Sakat Salmiha Haini.
“Kau
ni kan...!!! Saja je nak usik aku.
Kalau tak dapat sakat aku satu hari, boleh kena demam kepialu agaknya!” Sofea
menjeling geram namun bibirnya sudah mula menerbitkan senyuman. Dia mana boleh
merajuk lama-lama dengan Salmiha Haini. Alamatnya... kiamatlah dunia.
Wani
geleng kepala melihat aksi majikan dan rakannya bertekak. Dah tua-tua pun
perangai macam budak-budak. Apa-apa pun dia sangat bersyukur punya majikan yang
baik dan tidak berkira. Sekiranya mereka punya masalah, Sofea tanpa banyak soal
akan menghulurkan bantuan. Walaupun majikannya itu masih muda tapi bijak dan
matang dalam membuat keputusan dan perancangan. Kawan baiknya Si Salmiha Haini
juga sama seperti majikannya. Tidak lokek dan mudah memberi bantuan.
BERSAMBUNG.....
BEST.
ReplyDeleteTerima kasih baby mio
DeleteKak DD mmg terbaik !!!
ReplyDeleteTerima kasih p3
DeleteNak lagikkk...........
ReplyDeleteJangan lambat sgt kak........
Maaf ya... SACA direhatkan seketika.
DeleteBest sgt2.
ReplyDeleteTeruskan berkarya ya.
Terima kasih Onah.
DeleteSo sweet.
ReplyDeleteSmbng lg Kak
terima kasih Athirah.
DeleteSlps SPH keluar baru smbg lagi ya.
Nak fokus pada SPH dulu.
Kelakar betul dua org sahabat nih.
ReplyDeleteseronok bc kisah
Terima kasih Raihana
DeleteKak penulis, lain kali masuk 2/3 bab sekaligus. Pendek sgt x puas bc. :)
ReplyDeleteInsya Allah, lain kali masuk n3 yg pjg sedikit.
Deletesukanya bila ada n3 baru.
ReplyDeletetap... tengah syok bc. dah abes.
Selepas SPH diterbitkan baru beri tumpuan kepada SACA kembali.
DeleteSabar menunggu ya.
Cepatla smbg. Nak tahu kisah selanjutnya (Y)
ReplyDeleteSedikit masa lagi ya.
DeleteNak beri laluan kepada SPH dulu.
ReplyDeleteselamat berpuasa kak Dayana. time kaseh utk citer yg menarik nih.
Terima kasih atas sokongan ya.
Deletemaaf baru sempat reply komen yg diberi.
Mana n3 baru. lama tunggu nih.
ReplyDeleteSabar ya.
DeleteNak beri laluan buat SPH dulu.