***********************************************************************************************
DARWISY melawat
tapak projek dengan
ditemani isteri tercinta.
Janjinya telah dikotakan.
Berhujan... berpanas... berembun...
akan tetap dihadapi
bersama. Susah senang...
suka duka... akan
diharungi hingga ke
akhirnya.
“Wah... bos! Hari
ini angkut PA
sekali,” giat Rosli
penyelia tapak projek.
“Nak buat macam
mana, dah orang
nak ikut! Seandainya
saya tak bawa
nanti, dia melalak
pulak. Susah
saya nak bekerja,”
seloroh Darwisy. Dia sudah tersengih
melihat wajah masam
isterinya.
“Takdelah Rosli,
saya bergurau sahaja.
Lepas ni saya
ada mesyuarat di
tempat lain. Itu
yang kena bawa
PA saya sekali.
Sekiranya dia takde,
susah saya nanti,”
terang Darwisy.
Darwisy
menerang serba sedikit
perjalanan projek kepada
Damia. Tidak lama
kemudian muncul Benjamin
Asyraf bersama Natilia.
“Hai...
Damia! How are you?
It’s a
long time never
see you since
the TDF meeting
that day,” sapa Benjamin Asyraf.
“So... macam
mana, boleh kita lunch
bersama hari ini?”
Benjamin Asyraf melancarkan
serangan memikat Damia.
“Saya sihat, Alhamdulillah!” ujar
Damia sambil tersenyum
memandang Benjamin Asyraf.
“Makan tengah hari...”
Damia menjeling Darwisy.
“Ask my ‘big’ boss
first!” jelas Damia
sambil tersenyum manis.
“Well... Darwisy, can I
take her for
lunch with me?” Benjamin
Asyraf bertanya mohon
kepastian.
Natilia mencebik
tanda meluat. Sakit
hati Natilia melihat
drama cinta yang
dipertontonkan kepadanya. Hati
dan jiwa Natilia
membara. Benjamin Asyraf
pula bagaikan dapat
menghidu hubungan istimewa
yang terjalin antara
dua insan ini.
Namun dia tidak
peduli. Dalam genggaman
orang pun dia
boleh rampas, inikan
pula baru bercinta.
“Insya-ALLAH...
jika sempat kita
akan makan tengah
hari bersama-sama,” ujar
Darwisy bagi pihak
isterinya.
Dia bukannya
lelaki bodoh yang
senang-senang hendak melepaskan
isterinya pergi dengan
lelaki lain. Lebih-lebih
lagi bersama Benjamin
Asyraf. Memang dia
tak jaminlah ‘keselamatan’
isterinya itu. Siapa
yang tak kenal
Benjamin Asyraf! Lelaki
yang perasan hebat,
tampan dan bagus!
Hak orang pun
dia nak rembat! Tak
reti malu sungguh
lelaki itu.
“Mari kita tengok
kerja-kerja yang sedang
dijalankan di bahagian
sana.” Tunjuk Darwisy.
“Nampak macam ada
masalah.”
Damia
menuruti langkah Darwisy.
Dalam pada dia
berhati-hati melangkah tanpa
sedar dia telah
melanggar tubuh seseorang.
“Maaf pak cik,
saya tidak sengaja,”
pinta Damia tulus.
Dia juga turut
membantu lelaki itu
bangun.
“Terima
kasih,” ujar lelaki
itu sambil menyapu-nyapu
pakaiannya yang sedikit
kotor akibat terjatuh
di atas tanah
lembap.
Saat mata Damia
dan lelaki itu
bertembung, Damia terus
jatuh pengsan. Darwisy
segera menerpa isterinya
pabila terdengar suara
lelaki meminta tolong.
“Kenapa pak cik?
Apa yang telah
berlaku?” soal Darwisy
bertalu-talu. Dia juga sudah
keresahan dan risau.
Itulah sebab musabab,
dia tidak mahu
membawa Damia ke
tapak projek.
“Tak tahulah tuan.
Tiba-tiba sahaja dia
pengsan bila terpandang
wajah saya,” terang
lelaki itu.
“Boleh pak cik
tolong pegang barang-barang
saya ni? Saya
nak angkat dia,”
pinta Darwisy.
Pak cik yang
bernama Muhammad itu menyambut gulungan pelan
dan topi keselamatan
milik Darwisy.
“Kenapa
Darwisy?” soal Benjamin
Asyraf. Berkejar dia
menuju ke tempat
di mana Darwisy
berada bila pekerjanya
memberitahu pembantu peribadi
Darwisy jatuh pengsan.
“Entahlah
Benji tiba-tiba sahaja
Mia pengsan,” luah Darwsiy sedikit
rungsing. “Kau tolong
tengokkan perkembangan projek
ni, aku nak
bawa Mia ke
hospital,” pinta Darwisy.
Tanpa
menunggu balasan Benjamin
Asyraf, Darwisy terus
mencempung Damia menuju
ke keretanya.
“Pak cik letakkan
barang saya tu di tempat
duduk belakang,” pinta
Darwisy. “Terima kasih
pak cik.”
Darwisy terus memecut
laju keretanya. Namun
tidak sampai satu
kilometer, Damia sudah
tersedar. Damia bangun secara
mendadak. Matanya meliar
memandang sekeliling.
“Abang mana pak
cik tadi?” tanya
Damia cemas.
Darwisy
segera memberhentikan keretanya.
Wajah isterinya yang
kelihatan pucat bagaikan
ternampak hantu membuatkan
dia rungsing. “Kenapa
sayang. Apa yang
tidak kena dengan
pak cik tu?”
tanya Darwisy kehairanan.
“Muka dia bang...
muka dia sebijik macam
muka papa.”
Darwisy
merenung wajah isterinya.
“Dalam dunia ni
sayang, ada tujuh
orang wajah yang
hampir serupa. Lagipun
papa sayang dah
lama meninggal. Sayang
jangan lupa tentang
kenyataan itu.” Darwisy
menarik Damia ke
dalam dakapannya.
“Tapi
abang... kening, bibir,
warna anak mata
dan raut wajahnya
saling tak tumpah
wajah papa,” ujar
Damia penuh yakin.
“Walaupun hampir enam
tahun kami tidak
bersua namun sayang
masih ingat wajahnya,”
ujar Damia lirih.
“Beristighfar
sayang. Jangan terlalu
turutkan perasaan.” Darwisy
mengusap lembut bahu
isterinya.
Damia tahu... dia
sekadar bermimpi di
siang hari. Memang
benar, papanya sudah
lama meninggal. Tapi
masa papanya meninggal,
mamanya bertegas tidak
mahu bedah siasat
dijalankan ke atas
papa. Nenek pula
meminta pihak hospital
menguruskan jenazah papa
dari urusan memandikan
hinggalah mengkafankan jenazah.
Air mata Damia
mengalir tanpa henti.
“Nanti kita siasat
latar belakang dia,”
pujuk Darwisy. Belas
hatinya melihat Damia
menangis bagaikan anak
kecil.
“Habislah
basah baju abang
kena ‘hujan’. Macam
manalah air hujan
boleh masuk dalam
kereta ni ya?
Pada hal bumbung
dan dinding kereta
takde yang bocor.
Tingkap pun tak
terbuka. Mujurlah abang
ada bawa baju spare,”
gurau Darwisy. Dia
tidak mahu isterinya
duka nestapa.
“Auch...
auch... auw... auw...
sakitlah sayang! Tangan
sayang ni walaupun
kecil molek tapi
berbisa bila mencubit
dah sebijik macam sepit
udang galah,” omel
Darwisy sambil mengusap
perut dan lengannya
yang terasa perit.
“Lain kali jangan
suka mengata.”
Mereka
berpatah balik ke
tapak pembinaan. Banyak
urusan yang perlu
mereka selesaikan hari
ini. Darwisy tidak
suka menangguhkan kerjanya.
Dia bukan sahaja perlu
berada di tapak
projek tetapi juga
di TDF. Di
TDF menimbun dokumen
yang perlu dia
semak dan selesaikan
dengan segera.
“Sayang tak perlu
ikut ke tapak
pembinaan ya. Sayang
duduk di ofis
sahaja,” pinta Darwisy.
Terdapat beberapa buah
kontena yang disediakan
di tapak pembinaan
sebagai ofis sementara.
Damia segera menggeleng
kepalanya tanda tidak
setuju. “Nak ikut gak!”
rengek Damia manja.
Lantas bibir suaminya
dikucup sepintas lalu
tanda memujuk.
“Degil!” ujar Darwisy
sepatah. Namun dalam
hati melonjak keriangan
menerima kucupan mengejut
itu. Walaupun tidak
sampai sesaat namun
cukup membahagiakan hatinya
yang sememangnya sudah
bahagia.
Damia hanya tersengih
mendengar teguran suaminya
itu. Langsung tidak
berbekas di hatinya.
Misinya hanya satu.
Ingin mengintip wajah
lelaki yang mirip
muka papanya.
Darwisy tahu
apa yang bermain
di fikiran isterinya.
Ini mesti takde
kerja lain. Nak
jadi ejen 007
lah tu, getus
Darwisy.
“Tapi ingat! Jangan
pengsan macam tadi,”
tegas Darwisy. Tangannya
juga pantas menarik
hidung mancung Damia.
“Janji!”
Damia mengangkat tangannya
tanda ikrar. Lantas
pipi suaminya pula
yang menjadi sasaran
kali ini.
“Dan jangan ‘hujan’.
Tak pasal-pasal banjir
kilat pulak
kat tapak pembinaan
ini nanti,” usik
Darwisy.
“Abang... tak baik
tau!” rungut Damia.
Tangannya juga mula
hendak bekerja.
“Haipp... tangan
tu duk diam-diam!
Asyik nak mencubit je
kerja dia!” Tepis
Darwisy perlahan. Mana
boleh kuat-kuat nanti
sakit isteri kesayangannya
itu. “Jom kita
pergi sekarang. Nanti
panas pula.” Dengan
gulungan kertas di
tangan Darwisy, mereka
menuju ke tapak
projek.
“Abang sayang nak
pergi ke situ
boleh?” Damia memohon
keizinan.
Darwisy
mengangguk. “Apa-apa hal call
abang.” Darwisy berlalu
meninggalkan Damia.
Selepas
Darwisy pergi, Damia
meninjau kawasan sekitar.
Matanya meliar memandang
sekeliling. Matanya
tertancap pada sebatang
tubuh yang sedang
melakukan kerja-kerja pembersihan
di tapak pembinaan
itu.
“Assalamualaikum...
pak cik,” tegur
Damia. Dia cuba
mengawal perasaan diri.
Memang benar kata
suaminya. Lelaki itu
bukan papanya. Lelaki
itu langsung tidak
kenal akan dirinya.
“Waalaikumussalam,”
Pak Cik Muhammad
menoleh. “Macam mana
dengan keadaan cik?
Dah baik?” ramah
Pak Cik Muhammad
bertanya. Senyuman ikhlas
menghiasi bibirnya.
“Dah lama pak
cik bekerja di
sini?”
“Kat tempat ni
masih baru lagi sebab
projek pun baru
naik,” ujar Pak
Cik Muhammad bersama
senyuman. “Kerja pak
cik ni sebenarnya
tidak setempat. Bila
projek di sini
dah siap, pak
cik akan berpindah
ke tempat lain
pula,” terang Pak
Cik Muhammad.
“Siapa nama pak
cik? Pak cik
berasal dari mana?
Pak cik dah berkeluarga?”
soal Damia bertalu-talu.
“Nama pak cik
Muhammad.” Pak Cik
Muhammad merenung Damia.
Kemudian tersenyum. “Pak
cik berasal dari
Johor dan tak
punya keluarga. Pekerja-pekerja di
sinilah keluarga pak
cik.”
Perkataan
Johor menarik perhatian
Damia. “Johor di
mana pak cik?”
Damia inginkan kepastian.
“Pak cik tak
tahulah cik. Sebab
masa terjatuh kat
tapak pembinaan dulu
pak cik terus
hilang ingatan. Tapi
menurut kawan pak
cik, pak cik
mungkin berasal dari
Johor.”
“Siapa nama
kawan pak cik?”
Pak Cik Muhammad
memandang pelik wajah
Damia. Dia kini
tak ubah seperti
berada di balai
polis dan sedang
di soal siasat.
Naik takut pulak dia
rasakan. Namun melihat
raut wajah yang
jernih itu, dia
menyambung semulanya bicaranya.
“Kawan pak cik
bernama Mustafa. Dia
sebaya dengan pak
cik. Dia jumpa
pak cik di
tapak pembinaan dengan
kepala berlumuran darah.
Hampir sebulan bulan
pak cik tidak
sedarkan diri. Setiap
hari dia melawat
dan menjaga pak
cik. Tapi sayang....
sahabat baik pak
cik itu sudah
meninggal dunia setahun
yang lalu. Pak
cik rasa sedih
sangat sebab kehilangan
seseorang yang sangat
bererti dalam hidup
pak cik. Kami
dah macam adik
beradik. Kini pak
cik hidup seorang
diri,” jelas Pak
Cik Muhammad panjang
lebar. Air matanya
juga turut bergenang.
Peluh
membasahi pakaian Damia.
Dia merasakan Pak
Cik Muhammad bagaikan
jelmaan papanya. Mungkinkah!
Bisik hati Damia.
SEPANJANG PULANG
KE RUMAH, Damia
hanya membisu. Darwisy
memerhati isterinya dengan
penuh tanda tanya.
Makan tengah hari
tadi juga isterinya
diam dan kelihatan
murung. Sejak bertemu
dengan Pak Cik
Muhammad isterinya tidak
lagi ceria.
“Kenapa
sayang? Apa yang
tak kena lagi
ni? Monyok macam
tak dapat beli
cincin berharga dua
puluh juta aje
lagaknya. Darwisy cuba
mengorek rahsia. Risau
juga dia jika
isterinya tiba-tiba tersampuk.
“Cuba cerita kat
abang apa masalahnya.” Keretanya sudah
berada di dalam
garaj tetapi dia
belum mengizinkan isterinya
keluar.
“Abang janji nak
tolong sayang selidik siapa
Pak Cik Muhammad
kan?” Damia menagih
janji Darwisy.
“Biasanya ada ke
abang tipu... bila
abang berjanji?” tanya
Darwisy pula.
“Ada.” Damia menjawab
sepatah sambil mengangguk.
“Bila?” soal Darwisy
tidak berpuas hati.
“Pertama...
masa abang janji
nak jemput sayang
kat Mersing tapi sampai sudah
abang tak datang-datang. Kedua...
abang kata nak
balik. Sayang tunggu
abang macam orang
bodoh hingga ke
pagi tapi abang
tak balik-balik.”
Darwisy
menarik pipi Damia
tanda geram. “Abang
tak jemput sayang
dekat Mersing sebab
abang kemalangan. Macam
mana abang nak
jemput? Abang sendiri
nak bergerak pun
tak boleh! Yang
tak balik malam
tu sebab cemburu!
Salah sayang jugak! Sape suruh
tak bagi tahu
abang ke mana
hendak pergi dan
dengan siapa.”
“Aduh...
sakit lah abang!”
Damia mengusap pipinya
yang terasa perit.
“Sorry... sayang!”
Darwisy mengusap lembut
pipi Damia yang
sedikit kemerahan. “Abang
janji akan tolong
sayang siasat siapa
Pak Cik Muhammad
yang sebenarnya. Nanti
abang suruh Rosli
semak butir peribadinya.
Dah... jangan nak
merajuk lagi. Malu
dekat anak-anak kalau
mereka nampak muncung
umi mereka yang
tengah panjang ni.”
“Terima kasih abang
kerana sudi membantu.
Sayang akan berpuas
hati sekiranya tahu
siapa dia yang
sebenarnya. Biar pun
ditakdirkan dia bukan
papa sayang tapi
sayang akan merasa
puas jika kita
sudah berusaha mencari
kebenarannya.” Damia memeluk
erat tubuh Darwisy.
Kucupan hangat di
pipi dihadiahkan buat
suami tercinta.
Darwisy
mengeratkan lagi pelukan. “Sayang
andai kata... ingat
hanya andai kata
dan bukan betul-betl
kejadian ya! Andai
kata benarlah Pak
Cik Muhammad itu
papa sayang, apa
sayang hendak buat?”
Darwisy mengucup ubun
kepala isterinya.
“Jika
benarlah seperti mana
yang abang kata.
Sayang bersyukur sangat-sangat
dengan anugerah ALLAH
yang tidak ternilai
ini,” ujar Damia
sambil melentok manja
di bahu Darwisy.
“Abang nak tahu...
papa seorang lelaki
yang sangat baik
dan penyayang. Dia
lah tempat sayang
mengadu jika ada
masalah. Sewaktu mama
mengamuk sebab sayang
tak nak buat medic, papalah yang
tolong redakan amarah
mama. Papa sentiasa
ada di belakang
sayang,” ujar Damia
dengan linangan air
mata.
“Sebab itu masa
papa meninggal, sayang
rasa macam nak
ikut papa sekali.
Tanpa dia... sayang
tahu sayang tidak
akan dapat mengecap
bahagia.” Damia mendakap
tubuh suaminya lebih
erat lagi untuk
meminjam kekuatan. “Tapi
ALLAH Maha Pengasih
dan Penyayang. DIA
ambil papa tapi
DIA gantikan pula
dengan abang.”
Darwisy turut mengalirkan
air mata. Bahagia
rasanya mendengar pengakuan
isterinya. Rasa sayang
terhadap Damia semakin
menggebu. Satu pintanya...
biarlah ikatan cinta
yang terjalin kekal
bahagia hingga ke
akhirnya.
“Dah... mari kita
masuk. Tak sabar
abang nak jumpa
anak-anak kita,” bisik
Darwisy.
Damia
menuruti kemahuan suaminya.
Dia juga rindukan
putera dan puterinya
itu. Seharian tidak
bersua bagaikan berkurun
lamanya.
DAMIA bangun
awal hari ini.
Dia ingin menyediakan
nasi goreng kampung
dan ayam goreng
madu. Untuk anak-anaknya,
dia menyediakan bubur
nasi dicampur dengan
ayam dan lobak
merah. Setelah siap
menyediakan bekalnya, Damia
membersihkan diri dan
mengejut Darwisy.
"Abang bangun nanti
lewat pula nak
pergi kerja."
“Bagi lima minit
lagi boleh tak?”
Darwisy tawar-menawar seperti
biasa. Liat sungguh
suaminya itu hendak
bangun jika bekerja
hingga lewat malam.
“Tak ada lima
minit... lima minitnya!
Bangun sekarang!” arah
Damia.
“Baik puan komander,’
jawab Darwisy lemah.
Selemah urat saraf
dan tulang belulangnya.
“Abang ni perangai
macam budak sekolah
rendah. Malas nak
bangun pagi!” sindir
Damia.
“Ewah...
ewah... ewah...! Suka-suka
dia sahaja kutuk
abang,” terus segar
mata Darwisy mendengar
perlian isterinya. “Malam
tadi siapa yang
sibuk hendak bermanja
abang? Jika tidak
abang dah bangun
awal.”
Aiks... aku juga
yang salah? Dia
yang tak kuat
iman, tak sedar!
Gumam Damia geram
sambil menceber.
Dah tahu sangat
dah! Kalau diam
membisu dan mencebik-cebik, takde
kerja lain lah
tu. Mesti mengutuk
punya! Tukas Darwisy
dalam hatinya. Darwisy
bingkas bangun bila
jam menunjukkan pukul
lima empat puluh
lima minit pagi.
“Sayang nak buat
apa dengan bekal
ni?” tanya Darwisy.
Sedari tadi matanya
menyoroti bekalan yang
berada di atas
meja.
“Sayang nak bagi
Pak Cik Muhammad.
Manalah tahu dia
suka.” Damia cuba
menelah.
Selepas
mengucup anak-anaknya yang
masih tidur, Damia
dan Darwisy menuju
ke Taman Alpinia di
Balakong. Hati Damia
terasa berdebar-debar untuk
mengetahui penerimaan Pak
Cik Muhammad terhadap
nasi goreng kampung
dan ayam madunya.
“Abang...
nanti tolong pelawa
Pak Cik Muhammad
makan ya.”
Darwisy
mengangguk sambil menggenggam
jemari isterinya. “Kenapa
sejuk sangat tangan
sayang ni?” usik
Darwisy.
“Bimbang.”
“Bimbang?”
Darwisy menoleh sekilas
isterinya.
“Manalah tahu dia
tak terima apa
yang sayang masak,”
terang Damia.
“Jangan
bimbang. Insya-ALLAH semuanya
akan berjalan dengan
lancar,’ Darwisy memujuk
dan mententeramkan isterinya.
Darwisy dan Damia
mencari Pak Cik
Muhammad di sekitar
tapak pembinaan Taman
Alpinia. Tapi bayang
orang tua itu
tidak kelihatan.
“Ada nampak Pak
Cik Muhammad,” tanya
Darwisy kepada salah
seorang pekerja kontrak
di situ.
“Pak Mad ada
di kongsi. Dia
tak berapa sihat.
Semalam dia berhujan
semasa pulang dari
kerja,” ujar pekerja
itu.
“Boleh tunjukkan kami
tempatnya,” pinta Damia.
Melihat anggukan pekerja
itu dia melepaskan
nafas kelegaan.
“Jauh tak? Sekiranya
jauh, mari naik
kereta saya,” pelawa
Darwisy.
“Tak berapa jauh
tuan. Itu sudah
nampak bumbung kongsi.”
Setelah mengucapkan terima
kasih kepada pemuda
itu, Damia dan
Darwisy melangkah masuk
ke dalam kongsi.
Melihat tubuh terbaring
lesu, mengalir air
mata Damia.
Pak Cik Muhammad,”
tegur Darwisy sambil
menggoncang lembut tubuh
yang terbaring tidak
bermaya itu. Tangannya
menjamah dahi tua
itu.
“Kuat panas badan
dia ni sayang.
Kita kena bawa
pergi klinik,” jelas
Darwisy. Darwisy segera
mendail nombor Rosli.
“Pak cik bangun.
Saya suap pak
cik makan ya,”
ujar Damia lembut.
Pak Cik Muhammad
mengangguk lemah. Badannya
tidak bertenaga. Semalam
dia langsung tidak
menjamah nasi. Perutnya
terasa lapar tapi
tekaknya terasa pahit.
Namun dia gagahi
jua dirinya menelan
makanan yang disediakan
Damia. Nasi goreng
kampung dan ayam
goreng madu membuka
seleranya.
Tersenyum
bahagia Damia melihat
bekalan yang disediakannya
habis dimakan Pak
Cik Muhammad. Darwisy
tersenyum penuh makna
memandang isterinya. Setelah
makan dan menukar
pakaian, Rosli menghantar
Pak Cik Muhammad
ke klinik.
Hoho...
ReplyDeletesemakin menyengat ni kak DD.
Best (Y)
Terima kasih p3
DeleteMisteri....
ReplyDeletesiapa pakcik muhammad tu.
DD... makin menarik ni.
Kita nantikan bersama ya...
DeleteTerima kasih krn sukakan bab ni.
Janji di tetapi ya Dayana Darwisy :)
ReplyDeleteKalau blh laaaaa, nak peluk buku. Hati dah dicuri oleh Darwisy ni.
Suka sgt dgn sikap dia...
Teruskan berkarya Dayana.
Insya ALLAH, ada rezeki blh peluk SPH.
DeleteTerima kasih krn sukakan SPH.
Kak DD superb.
ReplyDeleteSambung lg ya.
like...
Terima kasih Raihana.
DeleteTunggu minggu depan pulak ya.
Mungkinkah Pak Cik Muhammad tu papa Damia?
ReplyDeleteDah ada unsur2 suspen dah ni.
Cepat smbg.
Kita nantikan bersama Ayu.
DeleteTunggu...
Cian kat Benjamin. Dulu jual mahal sgt.
ReplyDeleteBila nak terbit ni?
Blm tahu lagi bila terbitnya.
DeleteDoakan yg terbaik utk SPH ya.
sk ngn drwsy ni sweet jer,hrp jgn bt knflk yg dasyat2 na,bt yg mnja2 dh la,smbg lg yer
ReplyDeleteTerima kasih mona krn sukakn idea yg x seberapa ni.
DeleteMinggu depan mona ada lg smbgannya.
Nak lagikkkk
ReplyDeleteBuat tak sbar je ni.
Insya ALLAH minggu depan.
DeleteKutunggu kemunculan SPHmu yang best lg menarik di pasaran.
ReplyDeletehehehe...
DeleteTerima kasih Onah.
kak
ReplyDeletesambung lagi.....
bila dapat baca yg penuh ni...
mgkin ke pakcik 2 papa sayang yg hilang ingatan...
apa pulak yg natalia n benjamin buat pas ni....
Minggu depan ryn... yg last kat blog.
DeleteBc penuh? Blm tau lg. Insya ALLAH.
Kita nntkan bersama siapakah pak cik tu...
Natilia n Bejamin... tunggu...