Harap anda semua berpuashati dengan garapan idea yang tidak seberapa ini. Kalau tak sedap atau kurang menepati citarasa. Sila tutup mata ok....
Sayang anda semua. Terima kasih kerana masih sudi bersama SPH.
Kita jumpa lagi di minggu hadapan.
*******************************************************************************
MEMANDANGKAN
dia akan mula bekerja esok, Damia bercadang membeli sedikit kelengkapan untuk
anak-anaknya. Dia pergi ke Casuarina Megamall. Pusat membeli-belah itu tidak
jauh dari hotel Casuarina tempat dia menginap. Hanya beberapa minit sahaja jika
berjalan kaki. Sedang asyik meneliti pakaian buat si kembar, tanpa sengaja dia melanggar seseorang. Bulat matanya memandang pasangan itu.
“Ma... maaf saya tak sengaja,” ujar
Damia tergagap-gagap.
“Takpe bukan salah puan pun,” jawab perempuan itu ramah.
Damia menghulurkan senyuman
terpaksa buat pasangan suami isteri itu.
Dia tak kenal aku ke? Bisik hati
Damia sambil mengerling ke arah suaminya. Mustahil dia tak buka beg aku untuk
cari tahu siapa pemilik beg tersebut? Mungkin juga dia belum buka lagi beg itu.
Sebab itulah dia tak perasan siapa aku, bisik hati Damia lagi.
“Ini anak-anak puan ke? Comelnya! Sepasang?”
Damia mengangguk kepalanya.
“Aah... sepasang!” Damia tersenyum nipis.
Hendak segera beredar nampak sangat
kurang ajar. Hendak terus berlama di situ memang bengaplah! Hailah... jalan manakah yang harus aku
pilih? Dalam pada terkilan dengan tingkah laku Darwisy yang seolah-olah tidak
mengenali dirinya, mata Damia sempat melirik ke arah suaminya yang leka bermain
dengan si kembar. Huh... dasar jantan tak guna! Boleh dia buat tak tahu sahaja!
Tahulah aku hendak mengajarnya jika kau datang memujuk rayu nanti. Panas
sungguh hati Damia melihat perlakuan suaminya itu.
“Nama siapa?” Tanya lelaki itu mesra
pada si kecil tanpa mengetahui dada ibu si cilik sudah hangat terbakar.
Damia benar-benar berasa geram. Tak
payahlah nak menyibuk! Jaga sahaja isteri kesayangan awak tu! Gumam Damia.
Bagi
menjaga air muka tuan yang bertanya, Damia memberitahu juga nama anak-anaknya.
“Nama si abang Tengku Danial Fareez
manakala si adik Tengku Dania Farisya.” Sengaja Damia menekankan perkataan
Tengku itu dengan harapan Darwisy sedar akan kewujudannya anak-beranak.
“Eh... nama si kembar dah nak dekat
sama dengan nama abang,” jelas perempuan itu ceria.
Si suami hanya tersenyum mendengar
kata-kata isterinya. Tangannya merangkul erat pinggang isterinya. Muka Damia
dipandang sepintas lalu. Senyuman mesra dihulurkan buat Damia.
“Maaflah saya terpaksa pergi dulu
sebab masih banyak lagi barang si kembar yang belum dibeli.” Selepas bersalaman,
Damia bergegas meninggalkan pasangan bahagia itu. Hatinya hangus terbakar.
Sampai hati Darwisy buat dirinya sebegitu. Langsung tidak berusaha untuk
menjaga hati dan perasaannya. Sanggup Darwisy mempamerkan aksi mesra di hadapannya.
Dalam keadaan tergesa-gesa Damia terlanggar tubuh seseorang dengan stoller anaknya.
“Maaf saya tak sengaja,” ujar Damia
dengan perasaan bersalah. Itulah padahnya kalau berjalan mata letak kat belakang
kepala. Yang kelam-kabut tu kenapa? Macamlah Si Darwisy tu nak kejar engkau?
Tengok... dah terlanggar orang! Marah Damia kepada dirinya sendiri.
Lelaki yang sedang mengutip barang
permainan untuk anak-anaknya pantas mendongak. Dia bagaikan tidak percaya
dengan apa yang terhidang di depan matanya. Patutlah hatinya tergerak hendak
membeli-belah di sini. Rupa-rupanya bakal dipertemukan dengan insan yang telah
sekian lama menghuni kamar hatinya. Dia turut merenung mesra si kembar itu.
Pucat muka Damia melihat wajah itu.
Dia seperti orang kebingungan. Kepalanya menoleh ke belakang tetapi pasangan
suami isteri itu sudah tiada. Dadanya bergetar hebat. Cepatnya dia meninggalkan
isterinya dan menukar pakaian, bisik hati Damia. Tadi tak nampak pulak pasangan suami isteri itu
membeli-belah. Pening kepala Damia memikirkannya. Debaran di dada semakin
kencang bila lelaki itu menghampirinya. Alahai... jantung ni! Tadi takde pulak
dia bergetar hebat sebegini. Ini dah macam irama heavy metal pulak!
“Tak nak salam abang?” Tanya lelaki
itu ceria.
Bagaikan orang bodoh Damia
menyambut tangan Darwisy. Eh! Tadi bukan ke aku kata aku hendak mengajar dia
bila dia buat sesi pujuk rayu? Tapi kenapa sekarang aku dah jadi seperti lembu
yang dicucuk hidung? Getus Damia sedikit bengang dengan dirinya sendiri.
Huh! Bila isteri yang lagi satu takde, pandai pulak suruh salam-salam dan berabang... abang! Tadi buat tak kisah
aje! Gerutu Damia. Dia juga turut mencebik. Menyampah! Kenapa baru sekarang dia
nak sapa aku? Agak-agaknya dia ni jenis takut bini tak? Manalah tahu perempuan
yang dia kahwini itu menantu pilihan mak dia. Itu yang menikus! Bimbang bini
baru dia report kat mak dia. Tapi kena
dengan aku, dia tak takut pun?
Engkau tu siapa Damia? Hanya kaca
sahaja di mata dia. Bukannya batu nilam atau zamrud! Jauh sekali intan
terpilih! Bisik hati Damia. Aku tak mahu jadi bodoh seperti dua tahun lalu. Aku
tidak akan terperdaya lagi dengan kata-kata manis dan tipu muslihatnya seperti
yang dia coretkan dalam warkahnya dulu, tekad Damia. Tapi kenapalah aku tidak
berdaya hendak tolak permintaannya?
“Jalan seorang diri aje ke? Mana
awak tinggalkan isteri awak?” Soal Damia sinis.
Darwisy memandang Damia pelik.
Dahinya juga berkerut seribu.
“Memang dari tadi abang jalan
sorang-sorang. Baru sekarang abang berjumpa isteri abang. Itu pun secara tidak
sengaja. Alhamdulillah! ALLAH gerakkan hati abang supaya datang ke mari,” jawab
Darwisy jujur tanpa mengetahui ada maksud tersirat di sebalik kata-kata Damia.
Huh... dasar jantan miang! Jikalau
bercakap... lembut gigi dari gusi, gumam Damia. Dia ingat senang nak mempermainkan
aku lagi! Boleh jalan daaa.., omel
Damia dalam hatinya. Amarah Damia terhenti pabila Tengku Danial Fareez mula merengek.
Hari ini dia terpaksa keluar
sendirian memandangkan pengasuh anaknya kurang sihat. Hendak tinggalkan si
kembar bersama pengasuhnya, tidak sampai hati pula. Sekiranya dia tinggalkan juga si
kembar dengan pengasuhnya, nampak sangat dia majikan yang tidak prihatin dan
menindas pekerja.
Darwisy pantas mendukung anak
lelakinya.
“Kenapa dengan anak daddy ni?” Tanya Darwisy. Sejak tahu dia
mempunyai anak, terus dia melatih lidahnya untuk mengucapkan perkataan daddy. Mencium bau yang kurang enak,
Darwisy memeriksa lampin pakai buang anaknya. “Anak buat 'projek'lah sayang. Sayang
pergi bersihkan Reez, abang jaga Isya.”
Bulat mata Damia memandang Darwisy.
Dia benar-benar terpukau dan terkejut. Bagaimana Darwisy boleh membahasakan
dirinya daddy? Memang itu panggilan
yang diberikan Damia buat Darwisy untuk anak-anaknya. Dan bagaimana pula Darwisy
boleh tahu nama timangan Fareez dan Farisya? Sedangkan baharu sahaja tadi
lelaki itu bertanyakan nama anak-anaknya. Itu pun dia tidak memberitahu nama
timangan si kembar. Dalam keadaan kepalanya yang sarat dengan pelbagai
persoalan, dia mengambil jua anak lelakinya daripada Darwisy.
Sewaktu menunggu Damia membersihkan
anaknya, Darwisy terserempak dengan Danish dan isterinya.
“Eh... abang buat apa di sini? Tak
kerja ke?”
Danish turut terkejut bertemu
dengan Darwisy di pusat membeli-belah itu. Dia datang ke sini sebab dah
berjanji dengan isteri dia ke? Bisik hati Danish. Sengaja dia tidak menegur
Damia tadi kerana bimbang isterinya menaruh syak wasangka dan risau jika rahsia
yang disimpan bersama Darwisy dan ayahnya akan terbongkar.
“Hari ni abang cuti temankan Ira
berjumpa doktor. Darwisy pun cuti juga ke?” Tanya Danish setelah melihat
adiknya hanya berpakaian biasa.
“Aah... cuti!” Terang Darwisy. Dia melarik senyuman buat kakak
iparnya. “Darwisy cuti sebab nak uruskan tempat tinggal Damia dan anak-anak,”
bisik Darwisy kepada Danish. Dia tidak mahu Nadira mendengarnya.
Tercengang Nadira melihat
adik-beradik itu sedang berbisik. Seolah-olah ada rahsia antara mereka. Matanya
tertancap pada stroller bayi di
hadapannya. Di situ kelihatan seorang bayi sedang menghisap susu. Ini macam
anak perempuan tu tadi. Apa hubungan Darwisy dengan perempuan itu?
“Abang... ini bukan ke anak perempuan
cantik yang kita jumpa di butik pakaian kanak-kanak tadi?” Nadira bertanya
kepada Danish.
Danish menoleh ke arah yang
ditunjukkan isterinya. Baru dia sedar akan kewujudan bayi tersebut. Mungkin
tadi dia tidak perasan sebab terlalu ramai orang yang berada di sekitar mereka.
Matanya memandang Darwisy. Dia berharap Darwisy dapat memberi penjelasan yang
logik lagi diterima akal kepada Nadira.
Darwisy faham akan isyarat mata abangnya.
“Darwisy kesian tengok Damia
terkial-kial hendak uruskan anak-anaknya sendirian. Tadi si abang buang air
besar, Damia tak tahu nak tinggalkan si adik pada siapa. Jadi Darwisy tawarkan
diri untuk membantu. Salah ke?” Darwisy bertanya kak iparnya.
“Lagipun Damia bakal bekerja di TDF
dan akan bekerja di bawah Darwisy. Jadi apa salahnya Darwisy berbuat baik
dengan kakitangan Darwisy,” terang Darwisy panjang lebar. Mujurlah dia
ada idea hendak menutup rahsia daripada terbongkar. Kalaulah kakak iparnya tahu
hubungan dia dengan Damia, mahu kecoh satu rumah. Pasti bondanya mengamuk apabila tahy dia kahwin senyap-senyap.
Darwisy memberi isyarat kepada
Danish supaya membawa isterinya beredar. Dia tak mahu timbul sebarang kekecohan
selepas ini. Dia tidak mahu Nadira berbual mesra dengan Damia hingga rahsia
perkahwinannya terbongkar sebelum waktu. Dia akan menceritakan hal sebenar
kepada bondanya selepas dia mencapai kata sepakat dengan Damia.
“Jom kita balik Ira. Doktor kan dah
pesan supaya Ira banyak berehat. Nanti ganggu kesihatan anak kita.”
Nadira mengangguk dan mengikut
sahaja kata-kata Danish. Namun hatinya berat mengatakan seperti ada hubungan
istimewa antara Darwisy dan perempuan yang bernama Damia itu. Ini kerana
Darwisy belum pernah merapatkan diri dengan mana-mana perempuan sekiranya bukan atas
dasar urusan kerja atau ahli keluarga.
Darwisy melepaskan nafas kelegaan
bila melihat Danish dan isterinya beredar pergi.
“Awak berbual dengan siapa tadi?” Damia
menyoal.
“Hisy... sayang! Buat abang terkejut aje! Janganlah sergah abang
daripada belakang macam ni. Nasib baik abang takde lemah jantung. Kalau tidak... mahu tumbang abang kat sini.
Siapa susah? Sayang juga! Awal-awal dah dapat status balu,” omel Darwisy.
Damia mencebik mendengar kata-kata Darwisy.
“Tadi
tu abang saya.”
Abang dia? Hisy... ruginya aku tak dapat tengok muka abang dia dan pasangannya
tu.
“Huh... takde maknanya awak nak mati cepat! Apa pasal panggil saya sayang?
Saya bukannya insan kesayangan awak pun!” Marah Damia. Jangan-jangan dengan perempuan
tu pun dia panggil sayang juga, gumam Damia. Hatinya ditiba-tiba digamit rasa
cemburu.
“Eh... salah ke abang panggil
sayang? Bukan ke nama sayang... Sayang?” Darwisy bercanda.
Erk!
Betul juga kata dia. Kan nama aku Sayang.
“Saya tahulah nama saya Sayang.
Tapi hanya yang benar-benar rapat dan betul-betul menyayangi saya sahaja yang
boleh menggunakan panggilan itu. Awak atau orang lain tak layak dan tak akan
saya benarkan.” Damia bertegas.
“Yang nak marah sangat abang panggil
sayang ni kenapa? Apa salah abang? Dan sayang tahu ke abang sayang sayang atau
tidak?” Soal Darwisy. Mana mungkin dia tidak sayang akan isterinya. Bagai
hendak nanar dirinya kerana gagal menemui Damia dua tahun lalu. Mujurlah
imannya masih kuat. Jika tidak tentu dia sudah terperap di wad pesakit mental!
Damia mencebik mendengar omelan Darwisy. Dasar kasanova!
“Dahlah jangan kita nak berdrama
kat sini. Malu orang tengok,” tegur Darwisy. Orang ramai sudah mula
menjeling-jeling ke arah mereka.
Damia segera mendiamkan diri. Baru
Damia sedar dia sekarang berada di pusat beli-belah.
“Saya balik dululah. Lagi pula
kesian kat Nomi duduk sorang-sorang kat hotel tu.” Damia cuba berlembut. Dia
tidak mahu mengeruhkan keadaan.
“Ala... tak akan dah nak balik? Jom kita bawa anak-anak pergi makan.
Lagipun dah masuk makan tengah hari. Tentu anak-anak dah lapar. Nanti abang
belikan bubur untuk mereka,” pelawa Darwisy. “Sebelum tu kita simpan
barang-barang dalam kereta.” Darwisy tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini
begitu sahaja. Dia ingin bersama isteri dan anak-anaknya sepanjang masa.
Terlalu banyak masa yang terbuang selama ini. Dia mahu menebusnya kembali.
Malas bertegang urat, Damia menuruti
kata-kata Darwisy. Selepas menyimpan barang di dalam kereta Darwisy, mereka
menuju ke food court. Tadi Damia
datang ke pusat beli-belah itu dengan hanya berjalan kaki sahaja memandangkan
jarak antara hotel dan pusat membeli-belah tidaklah jauh mana. Hanya beberapa
puluh meter sahaja. Selesai makan Darwisy membawa isteri dan anak-anaknya
bermain di pusat permainan keluarga yang terdapat di situ. Damia tidak kuasa
hendak menolak apabila Darwisy beriya-iya
memujuk.
“Mari abang hantar sayang dan
anak-anak balik. Mereka pun dah kelihatan penat dan mengantuk.”
Sepanjang perjalanan yang memakan
masa tidak sampai lima minit itu, Damia hanya mendiamkan diri. Kepalanya sarat
memikirkan kenapa dia tidak mampu menolak kehadiran Darwisy bila lelaki itu
berada di sampingnya. Sedangkan tika lelaki itu tiada di sisi, semangatnya
begitu berkobar-kobar untuk menolak lelaki itu jauh-jauh dari hidupnya. Ah...
jiwa kacau sungguh! Bisik hati Damia. Tanpa sedar dia mengeluh.
“Kenapa mengeluh ni? Sayang tak
suka abang ada bersama dengan sayang dan anak-anak ke?” Soal Darwisy. Wajah
jelita Damia dikerling sekilas. Tatap lama-lama karang, ada bantai belakang
kereta orang!
Damia menggelengkan kepalanya.
Otaknya sekarang ini begitu berserabut memikirkan masalah yang membelenggu dirinya.
Apa yang harus aku buat? Lepaskan dia pergi atau milikinya kembali? Aku harus
buat keputusan muktamat hari ini. Aku tak mahu menyesal di kemudian hari.
HARI
AHAD
yang dinanti tiba jua. Damia bersama anak-anaknya dan Nomi menuju ke KLIA
menyambut kepulangan Reqza. Hampir satu jam menunggu, kelibat Reqza kelihatan.
Reqza menghampiri mereka sambil tersenyum.
“Anak-anak papa.” Reqza segera
mendapatkan Fareez dan Farisya. Pipi mereka dicium Reqza bertalu-talu.
Damia tersenyum melihat gelagat
Reqza dan anak-anaknya. Rasa bahagia melingkari hidupnya. Punya anak dan
sahabat yang begitu memahami.
“Mia sihat?” Tegur Reqza. “Macam
mana kerja di TDF, okey?” Matanya tidak lepas menatap wajah Damia. Selain
rindukan si kembar, dia juga merindui Damia. Alangkah beruntungnya dia jika si
kembar dan Damia ini adalah tanggungjawabnya.
“Mia sihat. Tempat kerja belum tahu
lagi,” ujar Damia. Senyuman manis tidak lekang di bibirnya. Damia tidak pernah
memberitahu tentang keberadaan Darwisy di TDF kepada Reqza sepanjang mereka
berhubung. “Req macam mana sihat?” Tanya Damia ramah.
“Sudah semestinya sihat walafiat,”
ujar Reqza ceria. “Macam mana tempat kerja belum tahu lagi? Kata hari tu dah nak
melapor diri?”
“Oh... mulanya memang mereka suruh
lapor diri pada hari Rabu, tapi bos Mia suruh lapor diri esok,” balas Damia.
“Req nanti nak kerja kat TDF atau company
papa Req?”
“Req ingat nak berehat dulu
seketika sebelum bantu papa di syarikat,” jawab Reqza tersenyum mesra.
“Kenapa Req tak nak sambung baki
kontrak di TDF?”
“Susahlah Mia kerja dengan syarikat orang ni. Kita tak
bebas nak buat apa yang kita suka. Lagipun papa Req dah janji nak bayarkan
penalti seperti yang termaktub dalam surat perjanjian jika Req melanggar syarat
kontrak.”
Damia tidak boleh berkata apa jika
itu hasrat Reqza. Mungkin Reqza sudah memikirkan baik buruknya terlebih dahulu.
Syarikat papa Reqza, Padu Niaga memang terkenal dalam bidang perkapalan sama
seperti ayah Darwisy. Cuma di TDF mereka mempunyai pelbagai cabang perniagaan.
Bidang perkapalan dan perhotelan diuruskan oleh Danish, abang Darwisy manakala
Darwisy menguruskan bidang pembinaan dan hartanah. Begitulah apa yang
diceritakan oleh Darwisy kepadanya tempoh hari.
“Req nak terus balik atau nak makan
terlebih dahulu? Atau mungkin ke tempat lain?”
“Kita makan dulu boleh? Req nak
bersama dengan si kembar ni dulu. Tak puas rasanya berjumpa dengan mereka.”
“Ikut suka hati Req lah...,” ujar
Damia sambil ketawa bila melihat gelagat Reqza yang langsung tidak mahu
berenggang dengan kembarnya. Dia dan Nomi pula yang terpaksa menolak bagasi
Reqza. Pelbagai hadiah buat si kembar, dibeli oleh sahabatnya itu. Reqza sememangnya
dari dulu tidak pernah lokek jika bersangkut paut dengan Fareez dan Farisya.
Mereka singgah di Burger King sebelum pulang. Damia
menghantar Reqza hingga ke rumah
keluarganya sebelum menuju ke hotel penginapannya. Sempatlah juga dia
berkenalan dengan ibu bapa Reqza. Reqza merupakan anak tunggal sama sepertinya.
Seronok rasanya dapat berkenalan dengan keluarga Reqza. Papa dan mamanya sangat
peramah.
Best.. best... makin tak puas dan tak sabar nak tahu bab selanjutnya. suka2... tak sia2 menanti. Thanks kak DD.
ReplyDeleteTerima kasih krn terus mengikut SPH.
DeleteSyabas kak DD. Memang menarik saya suka sgt2. Dpt juga Darwisy bertemu dgn isterinya... suka sgt dgn pertemuan mereka ini....
ReplyDeleteTerima kasih Raihana, benar2 terharu dgn sokongan tanpa henti dan berbelah bahagi ini.
Deletetak puas.. tak puas... nak lagi.
ReplyDeleteMakin best ni... saya pulak tak sabar nak tahu apa akan jd nanti.Jgnlah Damia ambil keputusan berpisah. oh... tak sanggup...
Tak puas ya? Bersabar ya utk tunggu kisah selanjutnya.
DeleteKita tengok apa langkah yg bakal diambil Damia.
Kak DD jgn buat suspen mcm ni...
ReplyDeleteDamia ingin bercerai ke dan memilih Reqza????
Hai Puteri,
DeleteSuspen ke? Akak rasa langsung tak, heheheh...
Damia bercerai atau tidak. Tunggu....
Terbaik kak DD. chaiyokkkk.. chaiyok....
ReplyDeletehahahaha.. kelakar betul dgn Damia ni. Marah2 pun sambut juga tangan Darwisy...
Terima kasih krn terus bersama SPH.
DeleteKak DD jgn bg Reqza ganggu hubungan mereka ya. Tau mau Damia dan Darwisy berpisah. Tak sukalah kalau cerai berai pastu rujuk balik. tlg elakkan ya... Mohon sgt2.
ReplyDeleteKita nantikan apa akan jd dgn hubungan mereka ya... Sabar...
DeleteKak DD best ar, tp tak cukup. Tak puas baca lg ni... smbg cpt2 sikit ya...
ReplyDeleteDgn harapan menggunung meminta ni...
Heheheh... insya ALLAH, bakal dipenuhi permintaan itu.
DeleteSuka sgt2 dgn Darwisy ni... mesti romantik giler orgnya. Kak DD the best...
ReplyDeletenak tahu romantik ke tak? Tunggu bab 11.... jeng-jeng... di situ boleh lihat bagaimana lepas lakunya Darwisy. harap takde yg marah....
DeleteKak DD... lepas laku bagaimana tu???? Ada unsur 'C' ke?????
DeleteKalau nak tahu kenakalan Darwisy. Ayu kena tunggu di bab2 akan dtg. Nanti tahulah ada unsur 'ABC', atau 'BCD' atau 'CDE' ke.... hehehe...
DeleteMakin hari makin menarik jalan ceritanya.
ReplyDeleteTerus menghasilkan cerita romantik komedi spt ini.
Insya ALLAH, sekiranya punya kemampuan yg lebih akan lakukan yg terbaik utk puaskan hati semua pembaca.
DeleteNamun... diri ini hanya insan biasa yg kadang kala, ketandusan idea.
Terubat segala penantian. bertemu juga mrk akhirnya. Semoga hubungan yang terjalin antara Damia dan Darwisy tidak akan terlerai di tengah jalan.
ReplyDeleteKita nntkan apa yg terjadi nnt. Bakal ada pelarian lg atau bagaimana...
DeleteSeperti yang diduga, sayang jumpa dengan danish dan bini dia...
ReplyDeleteMcm nih la jadinya bila benda yang elok cuba disembunyikan...
Jenuh nak main sorok2 dan makan hati nanti...
~w.t~
Apa yg sedang berlaku dan telah tiada siapa yg mampu meramalnya. Kita nntkan shj...
DeleteSambung cepat2 yer episod2 yang baru...
DeleteNak tau drama sayang dengan darwish nih...
Hati sapa yang kena curi dengan sapa...
~w.t~
Insya ALLAH.
DeleteMenarik, tertarik... writer mmg best. Suka sgt dgn cerita ini.
ReplyDeleteHarap baik2 shj hubungan mrk.
Reqza jgn jd penghalang bg kebahagiaan Damia dan Darwisy.
Terima kasih krn meminati SPH.
DeleteSemoga segala kebuntuan dlm hubungan mereka bakal terjawab.
Bila????? tunggu....
Wahai writer yg baik hati, jgn buat citer sedeh... sedeh... tau...
ReplyDeleteBelum terfikir lg nak buat cerita yg mengusik kalbu jgn bimbang...
DeleteDebaran makin terasa...
ReplyDeleteApakah yg bermain di fikiran Damia kala ini?
Bercerai mungkin?
Jgn ada perpisahan hendaknya ya cik writer...
Kita tunggu bersama apa yg bakal Damia ambil.
DeleteBercerai??? Mungkin....
oh! no... no... jgn Damia pinta perpisahan...
ReplyDeletehehehe...
DeleteNak tahu apa yg terjadi,teruskan bersama SPH ok...
tolonggg la jangan pisahkan Darwisy dengan sayangnya Damia...kalau boleh nk yg ceria2..je yer..tak mo sedih2...hihihi..
ReplyDeleteKita tunggu bab selanjutnya, sama ada suka atau duka perjalanan hidup mereka.
DeleteHarap salah faham antara mrk tidak berpanjangan...
ReplyDeleteBergantung kpd kebijaksanaan Darwisy menanganinya.
DeleteDamia tidak tahu apa yg sedang berlaku manakala Darwisy pula tidak tahu knp Damia menjauh selama ini.
ReplyDeleteAduh... bagaimana hendak membongkar kekusutan yg melingkari rumah tangga mereka.
Nak tahu bagaimana tersingkap rahsia antara mereka...
Deletetunggu ya.
kak sikitnye....
ReplyDeleteala knp sayang x tanya darwisy sape perempuan 2....
xnk la salah faham....
darwisy pujuk la sayang n bgtau apa yg berlaku ....
sayng pun jgn la bertindak terburu-buru..
cian kat baby baru nak kenal ngan daddy diorg....
tgu ari isnin dapat x sayang jumpa ngan kembar suami sayang
kak
jgn bg sayang n darwisy berpisah...
reqza 2 jgn jd penyibuk eh...
sayang 2 masih ada suami tau ....x baik runtuhkan masjid org
kak...
panjang kan la dah la seminggu sekali...
tapi...
blh la dari x dapat lgsg....
smga akak dapat idea byk2 n kesihatan yg baik ....
Sikit ya ryn?
DeleteNak tahu Damia jumpa atau tidak dgn Danish... kena terus bersama SPH. Mgkn jumpa kut. tp lmbt lg pertemuan antara mereka tu...
Terima kasih kerana mendoakan akak. AMIN....
Pasti Damia sedang majuk n berjauh hati ketika ini. Tak sabar nak tahu bagaimana Darwisy memujuk Damia.
ReplyDeleteNak tahu bagaimana Darwisy tunggu dlm bab 11 ya...
Deletemenarik. tapi cikit sgt. Baru nak feeling dah abes.
ReplyDeleteCikit ya..
ReplyDeleteTapi tak mengapakan. Spt kata ryn... janji ada.
Saya rasa bab 11 kena smbg cpt2 nieeee.... Mcm best je bab 11 nnt. Tak sbar nak tahu apa yg bakal terjadi.
ReplyDeleteAlahai... ramainya nak bab 11.
ReplyDeleteApapun kita tunggu... manalah tahu dua atau tiga hari lagi akan muncul bab 11
Suka sgt2 dgn n3 ini walaupun Damia dan Darwisy kureng mesra.
ReplyDeleteTerima kasih krn mengikuti SPH. Kita tunggu di bab2 akan dtg sama ada bakal wujud kemesraan ataupun tidaka y
DeleteMenarik sekali idea yg diketengahkan.
ReplyDeleteTeruskan berkarya walaupun bakal menempuhi dugaan dan cabaran di masa mendtg. Jadikan cabaran itu satu semangat.
Semoga anda tak leka dek pujian dan tak jatuh dek pujian.
Terima kasih atas sokong dan nasihat yg diberi. Terharu dan sgt2 menghargainya.
Delete