TOK!!!
TOK!!! TOK!!! Begitu
merdu sekali iramanya.
Tetapi hanya bertahan
beberapa saat. Dumm!!! Dumm!!!
Dumm!!!
Bunyi ketukan yang pada asalnya
berirama balada sudah bertukar ke heavy
metal. Bagaikan
hendak roboh daun
pintu itu diketuk,
namun tiada tanda-tanda
penghuni bilik tersebut
akan membukanya.
“Sayang buka
pintu.” Ketukan semakin rancak.
“Tidur mati ke
perempuan ni?” Khairil
sudah mati kutu
memikirkan bagaimana caranya
hendak masuk ke
kamar Damia. “Jika main redah,
mesti kena sembur.
Hisy... nak
buat macam mana
ni?” Khairil menggaru
pelipis keningnya. Naik
lenguh dan sakit
tangannya mengetuk pintu.
Khairil masih
lagi mundar-mandir di
hadapan kamar Damia.
Jarum jam sudah menunjukkan pukul
lima petang. Khairil
tahu, Damia masih
lagi kepenatan selepas
berjam-jam berada dalam
kapal terbang. Tetapi
permintaan Samad, salah
seorang pekerjanya supaya
mengambil alih tugasnya
malam ini membuatkan
Khairil tidak sampai
hati hendak menolak.
Isteri Samad terpaksa
ditahan di wad
selepas tekanan darahnya
naik secara mendadak.
Hanya Damia sahaja
yang boleh menolongnya.
Khairil berselawat
dan membaca doa
yang terlintas di
kepalanya. Harap-harap tiadalah
perkara yang pelik-pelik
berlaku nanti, bisik
hati Khairil. Dengan
lafaz Bismillah, Khairil
memulas tombol pintu.
“Huh... lena
diulit mimpi rupanya
tuan puteri ni.
Sekiranya bom meledak
kat sebelah dia
pun... dia tak
akan sedar,” omel
Khairil sendirian. Memang
tak akan sedar
pun, sebab dia
juga turut Innalillah,
gumam Khairil. Tangannya
pantas menggoncang tubuh
Damia. “Sayang... bangun...!!!
Sayang... bangun....!!!” Lenguh
tangannya mengoncang tubuh
Damia.
Damia bagaikan
bermimpi mendengar orang
memanggil namanya. Dengan
keadaan mengantuk yang
masih lagi belum
beredar sepenuhnya, Damia
membuka matanya. “Ada
apa Ucu? Sayang
mengantuklah. Bagilah Sayang
tidur sejam dua
lagi,” Damia merengek
manja. Mujurlah hari
ini dia cuti
solat. Jika tidak
kelam-kabut juga dibuatnya.
“Bangunlah Sayang!
Ucu nak minta tolong cover Abang
Samad malam ni. Isteri dia
kena tahan kat
wad tiba-tiba. Ucu
janji... malam ni, Ucu teman
Sayang kat stesen,”
pujuk Khairil. Besar
harapan Khairil agar
Damia bersetuju. Dia
tidak mengharapkan pekerjanya
menjaga stesen minyak
tersebut tanpa pengawasan
orang yang dia
percayai. Dia bimbang
jika ada pekerja
yang tidak jujur.
Pengalaman lalu dijadikannya
pengajaran. Pernah salah
seorang pekerjanya melarikan
sejumlah wang dan
makanan dari stesen
minyaknya. Walaupun bekas
pekerjanya itu berjaya
diberkas, tetapi wang
hasil jualan pada
hari tersebut hanya
sebahagian sahaja ditemui.
“Ala... Ucu!
Sayang baru aje
sampai malam tadi.
Masih penat lagi!”
Damia memejamkan matanya
kembali. Sejurus tiba
di KLIA, dia
terus mengambil teksi
dan pulang ke
rumah neneknya. Hendak
pulang ke rumah
mamanya pun tidak
ada gunanya. Mamanya
ketika ini berada
di Pulau Pinang
menghadiri seminar di
sana selama beberapa
hari.
“Sayang tolonglah
Ucu. Lepas Ucu
siapkan report di pejabat,
Ucu janji... Ucu akan ambil
alih tugas Sayang.
Lagipun malam hari
tak ramai sangat
pelanggan. Andai kata
Sayang mengantuk, Sayang
tidurlah.” Khairil cuba
menagih simpati Damia.
“Ucu bukannya apa,
Ucu cuma bimbang
jika ada yang
buat hal macam
dulu. Sayang tak
risau ke jika
stesen minyak milik arwah papa
Sayang muflis?”
Bulat mata
Damia memandang Khairil.
Mana mungkin dia
membiarkan hasil penat
lelah arwah papanya
berkubur begitu sahaja.
“Yalah... yalah... Sayang
tolong Ucu!” ujar
Damia. Dia menolak
ke tepi selimut
yang membaluti tubuhnya.
Tidak sampai hati
pula dia menolak
harapan dan permintaan
bapa saudara kesayangannya
itu. Dengan langkah
longlai, Damia menuju
ke bilik air
yang terdapat dalam
kamar tidurnya. Matanya
masih belum hilang
kantuk sepenuhnya lagi.
“Jangan lupa
tutup pintu bila
Ucu keluar nanti,”
jerit Damia dari
dalam bilik air.
Khairil menggeleng
kepala melihat telatah
anak saudaranya. Umurnya
dengan Damia hanya
berbeza empat tahun
sahaja. Dia agak
rapat dengan Damia
memandangkan sedari kecil
lagi Damia dan
ibu bapanya tinggal
serumah dengannya. Papa
Damia merupakan abang
Khairil yang kedua.
Abangnya yang pertama
tinggal di daerah
Mersing. Setelah papa
Damia meninggal dunia,
barulah kakak iparnya
Karina berhijrah ke
Kuala Lumpur. Katanya,
terlalu banyak kenangan
manis bersama arwah di
sini. Dia bimbang
akan terus hanyut
dalam kenangan yang
ditinggalkan arwah suaminya.
Khairil kini
menerajui Menara Impiana
milik arwah abangnya
yang terletak di
tengah-tengah bandaraya Johor
Bahru. Dia menguruskan
syarikat tersebut memandangkan
Damia masih belum
tamat belajar. Mujurlah
dia pernah membantu
arwah abangnya sebelum
ini dan tahu
serba sedikit perjalanan
syarikat. Jika tidak
tentu mendatangkan masalah
buatnya.
“Ibu... Ril
nak pergi ofis
semula, tapi Ril
tak balik rumah
malam ni. Nak
temankan Sayang kat stesen minyak.
Kesian pulak biarkan dia
sorang-sorang kat situ,”
terang Khairil kepada
ibunya Puan Saadiah.
Tangan ibunya diraih
dan pipi tua
itu dicium kasih.
Dia kemudiannya menyarung
jaket kulit ke
tubuh begitu juga
dengan helmet.
“Emm... baiklah!
Ibu faham. Hati-hati
bawa motor tu.
Jangan nak merempit
pulak,” pesan
Puan Saadiah. Matanya
tidak lepas memandang
anak bongsunya. Begitulah
lumrah aktiviti seharian
anaknya. Sekiranya
hendak ke mana-mana,
anak bongsunya lebih
gemar menunggang motosikal
berbanding memandu kereta.
Senang katanya, terutama
ketika waktu beban
puncak dan kesesakkan
lalu lintas.
SAYANG DAMIA
tiba sekitar jam
tujuh malam. Stesen
minyak yang beroperasi
di Kg. Melayu
Majidee agak sibuk
ketika itu. Maklumlah
waktu orang pulang
dari kerja masih
belum tamat. Damia
terus mengambil alih
tugas Melati yang
sudah bersiap sedia
hendak pulang. Biasanya
di malam hari,
mereka tidak membenarkan
pekerja wanita bertugas
kerana bimbang akan
keselamatan mereka.
“Hai... Cik Kajol
sudah sampai? Lama
tak nampak muka?”
tegur Aswad pekerja
dari Bangladesh.
“Kenapa you
suka sangat panggil
saya Kajol?”
“Sebab muka Cik
Damia ada macam
itu pelakon Hindustan kesukaan
saya. Kalau Cik
Damia senyum, ada
serupa itu Kajol.
Banyak manis!!!”
Naik pening kepala
Damia memahami kata-kata
Aswad. Apa yang
dia faham, Aswad
mengatakan muka dan senyumannya manis
seperti Kajol. Hisy... manis
ke senyuman aku?
Damia senyum di
depan cermin kaca
yang berada di
hadapannya. Biasan wajah
yang terpampang di
hadapannya direnung. Dia
mengukirkan senyumannya beberapa
kali. Part mana yang
manisnya? Aku tengok
biasa aje senyuman
aku, gumam Damia
sambil meneliti senyuman
yang terukir di
bibirnya. Tanpa Damia
sedar, banyak mata
yang memandang gelagatnya.
Mungkin perempuan ini
kurang siuman fikir
mereka.
Damia memandang
ke arah pekerja-pekerjanya yang
sedang sibuk melayan
pelanggan. Kebanyakan stesen
minyak di seluruh
negara mengamalkan sistem
layan diri, tetapi
di stesen minyak
milik keluarganya, mereka
lebih bersikap toleransi.
Para pekerjanya akan
membantu jika ada
pelanggan yang memerlukan
pertolongan dan bantuan
untuk mengisi minyak.
Kelihatan Aswad sedang
mengelap cermin kereta
pelanggan manakala Nawab
sedang mengilap tayar
kereta. Mungkin inilah
rahsia mengapa stesen
minyak milik keluarganya
sentiasa penuh dengan
pelanggan.
Damia sebenarnya kurang
gemar menjaga stesen
minyak di luar
kawasan Pasir Gudang.
Sudahlah jaraknya agak
jauh dari rumah,
takde kawan pulak tu.
Sekiranya di Pasir Gudang,
stesen minyak tersebut
bukan sahaja berhampiran
dengan rumah malahan
Damia mempunyai kawan
rapat. Setiap kali
pulang bercuti, dia
sentiasa menyemakkan diri
di situ.
Hisy... mana
Ucu ni? Sampai
sekarang belum nampak
batang hidung lagi?
Tak akan balik
rumah kut? Banyak
sangat ke kerja
kat ofis tu?
gumam Damia. Kasihan
Damia memikirkan Ucu
Khairilnya. Hingga kini
Ucunya masih belum
terfikir mencari pasangan
hidup selepas tunangnya
berlaku curang. Besar
sangatkah kesalahan bekas
tunangnya hingga menutup
rapat pintu hati
Ucu untuk bercinta?
Ucunya menjadi begitu
alergi bila ada
mana-mana perempuan yang
ingin mendekati dirinya. Walaupun
sudah dua tahun
peristiwa itu berlalu
tetapi kesannya begitu
mendalam. Seolah-olah menjadi
barah buat bapa
saudaranya itu.
Melihat jam sudah
menunjukkan pukul sepuluh
malam, Damia menjadi
tidak sabar. Jarang
dia mengambil alih tugas di
sebelah malam. Dia
sudah seperti kucing
kehilangan anak. Rasanya
kucing kehilangan anak
pun tidak seresahnya.
Puas duduk dia
bangun. Setelah itu
dia berjalan mundar-mandir
di sekitar stesen
minyak. Nombor telefon
bimbit bapa saudaranya
ditekan namun hanya
masuk ke dalam
peti simpanan suara.
Tanpa tertangguh Damia
menghubungi rumah neneknya.
“Assalamualaikum...
Mak Jah. Ucu
ada kat rumah
tak?”
“Ucu belum balik
lagi, kenapa?”
“Tak apalah Mak
Jah kalau Ucu
tak ada. Ingatkan
dia dah balik
rumah tadi.”
“Mungkin dia sibuk
agaknya.”
“Maaflah Mak Jah
jika Sayang mengganggu
waktu tidur Mak
Jah. Mak Jah
sambung tidur balik
ya. Assalamualaikum.” Selepas
Mak Jah menjawab
salamnya Damia memutuskan
taliannya.
Tidak lama kemudian
telefon bimbitnya berbunyi.
“Hello... Sayang! Ucu
mungkin lambat sikit
ke sana. Ucu
sekarang berada di
Taman Perling, ada masalah
kat branch di sini. Sorry
ya...!!!”
“Emm...
takpelah. Lagipun masih
awal lagi. Sayang
sebenarnya risau jika
berlaku apa-apa kat
Ucu.” Damia berdalih
menutup kekalutannya sebentar
tadi.
“Sayang juga anak
saudara Ucu ni kat
bapa saudaranya.” Khairil
mengusik. “Insya-ALLAH... jika
Ucu dapat selesaikan
segera masalah kat
sini, Ucu akan
terus ke sana.”
“Mestilah
Sayang sayang Ucu,”
balas Damia manja.
“Emm... Ucu selesaikanlah
dulu kerja-kerja Ucu ya,” ujar
Damia sebelum menamatkan
perbualan mereka.
Memandangkan tidak
ada apa-apa kerja
yang perlu dilakukan,
Damia meneliti cara
Bashir bekerja. Bekas
graduan ekonomi itu
begitu tekun menyentuh
maklumat yang tertera
di skrin komputer.
Peluang pekerjaan yang
agak sukar di
negaranya menyebabkan Bashir
mengambil keputusan berhijrah
mencari pekerjaan. Walaupun
gaji yang ditawarkan
tidak setimbal dengan
tahap pendidikan yang
dia dimiliki, tetapi
daripada tidak memiliki
sebarang pekerjaan lebih
baik dia tidak
terlalu memilih kerja.
Itulah apa yang
terangkan oleh Bashir
kepadanya sebentar tadi.
UCU KHAIRILNYA kelihatan
sangat keletihan. Damia
menyuruh bapa saudaranya
membersihkan diri terlebih
dahulu. Mujurlah Damia
tergerak hati hendak
membawa pakaian buat
bapa saudaranya itu.
Tanpa disuruh, Damia
menghidangkan makanan dan
minuman buat Khairil.
Pekerjanya yang lain
sudah dipelawa makan
sebentar tadi.
“Inilah Ucu suka
dengan Sayang. Tak
perlu disuruh atau
dipaksa, sudah tahu
apa yang perlu
dibuat. Kalaulah Sayang
ni bukan anak
saudara Ucu, dah
lama Ucu ajak
kahwin,” gurau Khairil.
Berselera sungguh
dia menikmati makan
malam. Perutnya memang
sudah berkeroncong sejak
petang tadi cuma
tidak ada masa
hendak mengisinya. Nasib
baiklah Damia ringan
tulang membawa bekal.
Jika tidak terpaksalah
dia menapak ke kedai makan berhampiran untuk makan malam.
Entah-entah dibiarkan sahaja
perutnya kosong tidak
berisi hingga ke
pagi. Badan Khairil
juga sudah terlalu
letih. Kini hanya
satu yang menerpa
di fikirannya iaitu
tidur...
“Aiks... suka aje?
Tak sayang!” gurau
Damia.
“Siapa kata tak
sayang? Sayang sangat-sangat
dengan anak saudara
Ucu ni,” jelas
Khairil sambil mencubit
manja pipi Damia.
Damia tersenyum
memandang wajah bapa
suadaranya itu. Wajah
Khairil dan Pak
Long Kamal ada
iras-iras wajah papanya.
Tapi papa lebih hensem,
bisik hati kecil
Damia. Yalah... jika
tak anak yang
nak puji bapanya
siapa lagi? Betul
tak???
“Ucu pergilah
berehat. Kesian pula
Sayang tengok keadaan
Ucu yang keletihan.
Sekiranya ada apa-apa
yang berlaku... Sayang
akan kejut Ucu.”
“Baiklah. Ucu pergi
tidur dulu. Lepas
ni Sayang pulak tidur
ya,” terang Khairil.
Tanpa tertangguh
Khairil menuju ke
bilik yang dikhaskan
buat pekerjanya untuk
merehatkan diri. Di
situ sudah dibentangkan
toto, bantal dan
selimut. Ini mesti
kerja Sayang, getus
Khairil. Tanpa berlengah
Khairil terus merebahkan
badannya. Yang kedengaran
hanyalah alunan nafasnya
sahaja selepas itu.
Khairil ni sebenarnya
dua kali lima
aje dengan Damia.
Pantang jumpa tilam
dengan bantal, tak
sampai lima saat
terus ‘berlayar.
Damia meneliti jam
di skrin komputer.
Lebih satu jam
Ucunya tidur. Mungkin
sudah jauh Ucu
berada dalam alam
mimpinya, bisik hati
Damia. Pekerjanya Nawab,
Aswad dan Bashir
sedang mengemas bahagian
stor dan tempat
dingin beku. Memandangkan
keadaan stesen minyak
yang sudah lengang,
Damia membuka beg
sandang dan mengeluarkan
notebook kesayangannya. Lebih
baik aku jumpa
kawan-kawan kat facebook. Manalah tahu
ada yang masih
tersesat di laman
tu, bisik hati
Damia. Terdapat beberapa
orang rakannya yang
masih melayari laman
tersebut. Antaranya Reqza,
rakan sekampusnya. Terus icon
Reqza disapa.
Puteri Aqtar
: Assalamualaikum. Sedang
buat apa tu?
Belum tidur lagi?
Tersengih Damia apabila
melihat Reqza membalas
sapaannya. Temannya itu
terlalu baik. Di
mana sahaja dia
berada, lelaki itu
tidak pernah melupakannya.
Pasti ada sahaja
alasan lelaki itu
untuk mencari tahu
akan halnya.
Re’Q :
Waalaikumussalam... puteri hatiku.
Kanda baru sahaja
selesai mandi. Rindu
kan kanda ke?
Dinda pula sedang
buat apa? Belum
tidur juga lagi?
Tersenyum Damia membaca
ayat-ayat Reqza. Jiwang!
Puteri Aqtar
: Tak ada
maknanya hendak merindu-rindu
ni! Awat lewat
sangat mandi? Tak
elok untuk kesihatan
tau. Nanti mudah
kena penyakit. Aku
sekarang tengah bekerja.
Re’Q : Sampai hati
tak rindukan
kanda.
Balas Reqza
sedikit rajuk.
Puteri Aqtar
: Huhuhu... janganlah
merajuk. Nanti hilang
kemacoannya.
Laju sahaja
dia membalas balik
kata-kata Reqza. Bimbang
juga dia jika
Reqza berkecil hati.
Re’Q : Req baru
balik dari gym
tadi. Tak selesa
pulak nak tidur
jika tak mandi.
Macam biasalah ya,
cover orang?
Puteri Aqtar
: Aah... aku
tengah ganti orang.
Rajinnya kau pergi
gym? Dah hilang
penat ke?
Bagus sungguh
temannya itu. Dia
kalau boleh nak
tidur aje. Penat
duduk di dalam
kapal terbang masih
belum hilang lagi.
Re’Q :
Penat memang penat.
Tetapi dah jadi
rutin harian, mana
boleh tinggal. Lagipun
jika tak kacak
dan tampan nanti,
Mia cabut lari
pulak.
Sedang asyik
mereka bersembang di FB,
Damia menerima kunjungan
seorang pelanggan.
“Cik... Coke satu.”
Lelaki itu menghulurkan
sekeping wang kertas
bernilai RM10.
Damia mencapai sekotak
rokok dan memberikannya
kepada lelaki itu berserta wang
bakinya. Setelah itu mata Damia menatap kembali
notebooknya. Tersengih-sengih dia
melihat ayat-ayat Reqza
di pagi hari.
Geram melihat
telatah Damia, lelaki
itu memetik jarinya
berulang kali. Namun
tiada tindak balas diterima daripada
pihak lawan. Budak
ni dah sampai
planet Pluto ke...
hingga tak dengar
apa aku cakap? Ke
dia ni pekak?
Confirm... budak
ni mesti pekak
tahap kritikal!!! Masakan
tak boleh nak beza antara
Coke dan rokok,
bebel lelaki itu
dalam hatinya.
Damia sebenarnya
menyedari tindakan lelaki
itu tetapi dia
buat-buat bodoh sahaja.
Buat-buat bodoh tidak
mengapa asalkan jangan
jadi bodoh terus...!!!
gelak Damia dalam
hatinya.
Eleh... macam
hebat sangat setakat
petik jari macam
tu. Tak gempak pun! Orang pekak
boleh buat! Damia
mencebik. Sekiranya dah
rasa bagus dan
hebat sangat, pergilah
petik bulan atau
bintang. Hah... itu
baru boleh dikatakan
gempak! Tapi ada ke orang
yang boleh buat?
Fikir Damia. Berkerut-kerut dahinya
memikirkan persoalan yang
satu itu. Ada-ada...
aku boleh buat!!!
Apa susahnya? Gantung
aje replika bulan
dan bintang kat
pokok, confirm aku boleh
petik dan capai
punya, bisik hati
Damia lagi dengan
tersenyum lebar kerana
berjaya merungkaikan teori
bodoh ciptaannya. Entah
apalah yang dilalutkan
oleh Damia di
dinihari?
Huh... dia
ingat lawa sangat
dengan mencebik macam
tu? Dah serupa
dengan muka kambing
mengembik. Rasanya muka
kambing lagi comel
daripada muka dia,
gumam lelaki itu
jengkel. Jangan-jangan minah
ni baru terlepas
Hospital Bahagia tak?
Itu yang mental
sikit! Yalah... mula-mula
buat muka toya,
lepas tu
muka macam baru
lepas berak sembelit
dan sekarang muka
ceria macam baru
lepas menang loteri.
Tak ke mental
namanya tu? Lelaki
itu mengutuk Damia
dalam hatinya. Malang
sungguh siapa kena
kahwin dengan perempuan
ni nanti! Anak
siapalah perempuan ni ya? Harap
muka aje cantik
tapi otak tiga
suku. Kutuk lelaki
itu lagi.
Apa lagi
yang dia tak
puas hati? Bukan
ke aku dah
bagi rokok yang
dia minta tadi?
Kenapa tak blah lagi? Damia
menentang biji mata
lelaki yang berada
di hadapannya kala
ini. Sementelahan itu,
matanya meliar mencari
Aswad dan Nawab.
Manalah tahu jika
lelaki di hadapannya
ini tiba-tiba buang tebiat, boleh
juga dia minta
pertolongan. Walaupun mereka
terpisah oleh cermin
kaca tetapi siapa
boleh menduga jika
lelaki itu memiliki
senjata api.
“Hoi...
cik
kak! Awak... kalau
rasa tengah bekerja
buat cara macam
orang tengah bekerja.
Ini tidak... masa
bekerja layan facebook. Dahlah
tu... berlagak macam
bos pulak kat sini,”
tempelak lelaki itu
sinis. “Itulah padahnya
jika bekerja tidak seikhlas hati.
Lain yang orang mintak, lain yang
awak bagi. Awak
ni pekak ke
apa? Saya minta
Coke bukan rokok.
Ada faham...?” sindir
lelaki itu.
Damia merenung
wajah lelaki itu. Ikutkan hati
yang membara dah
lama lelaki di
hadapannya ini kena
sila gayung, silat
timba dan silat
besen. Sesedap rasa
sahaja lelaki itu
mengutuknya. Tetapi nak
marah balik pun
tak boleh juga,
sebab dah ternyata
memang dia bersalah.
Lagi pula pepatah
Inggeris ada mengatakan,
customer is
always right!!!
“Lah...
encik minta Coke rupanya. Saya
ingatkan encik minta
rokok. Maaflah ya...!!!
Saya memang macam
ni bila pepagi
hari, mamai sikit,”
terang Damia menutup
kesilapannya. Tanpa berlengah
Damia bergegas mengambil
beberapa tin Coca
Cola lalu diberikan
kepada lelaki itu. “Ini ambil
balik duit encik,
saya sedekah aje Coke ini
untuk encik,” ujar Damia sambil
tersenyum manis.
“Minta maaf
banyak-banyak sekali lagi
ya. Jangan serik
datang lagi ke
mari,” pesan Damia
dengan mesra sambil
tersengih nakal. Menyerlahkan
giginya yang putih
berkilauan itu. Mesti
silau mata mamat
ni di Subuh
hari pabila tertengok
gigi aku yang
putih melepak, getus
Damia.
Perli aku
lah tu, getus
lelaki itu. Setelah
mengambil air Coke
tersebut, dia berlalu
tanpa mengambil wang
yang diberikan oleh
Damia.
Huh...
dasar manusia sombong
lagi bongkak serta
angkuh, gumam Damia.
Dalam pada membebel
itu, Damia mengambil
wang yang ditinggalkan
oleh lelaki tersebut
lalu disimpan. “Bagus
juga dia tak
ambil balik duit
dia. Kalau tidak
tentu terbang duit
aku kena ganti.
Mana boleh bagi
orang barang tanpa
perlu membayarnya, tak
pasal-pasal lingkup bisnes
bapa aku.”
Bagi mengenang
jasa baik lelaki
ego itu, Damia
dengan senang hati
meneruskan amalan ‘Budi
Bahasa Budaya Kita.’
“Selamat memandu dan
berhati-hati di jalan
raya,” pesan Damia
melalui alat pembesar
suara. “Tata... titi...
tutu...!!! Bye... bye...!!!” Apalah aku
ni... terlebih mesra pulak.
Macamlah orang lelaki
tu nak ambil
kisah.
Damia menyambung
kembali sembangnya bersama
Req.
Puteri Aqtar
: Maaflah lambat
balas, ada pelanggan
tadi. Tak kisahlah
hodoh ke tampan,
Mia tetap berkawan
dengan Req. Emm...
Req, kita berhenti
setakat ini dulu
ya. Ada masa
nanti Mia call Req.
Assalamualaikum.
Re’Q :
Okeylah... Req pun
dah mengantuk ni.
Ada masa kita
bersembang lagi.
Selepas menamatkan
sembangnya di alam
maya, Damia menyimpan
notebook miliknya.
Peristiwa sebentar tadi
harus dijadikan pengajaran.
Dia tidak mahu
melakukan kesilapan lagi.
Tidak berbaloi rasanya
jika dia melayan
keseronokkan tetapi stesen
minyak milik keluarganya
mendapat nama yang
buruk selepas itu.
Dia berjanji tidak
akan mengulangi kesilapannya
lagi. Cukuplah sekali!
Tanpa sedar...
jam sudah menunjukkan
ke angka lima
tiga puluh tujuh
minit pagi. Azan Subuh mula
berkumandang dan bersahut-sahutan dari
surau dan masjid
berhampiran. Tanpa berlengah
Damia bangun dan
bersedia hendak mengejut
bapa saudaranya. Bashir
diminta menjaga kaunter
seketika. Nawab dan
Aswad pula sudah
ke surau yang
memang tersedia di
stesen minyak untuk
menunaikan solat Subuh.
“Ucu...
bangun.” Damia menolak
lembut bahu bapa
saudaranya. Tidak sampai
hati pula dia
hendak mengejutkan bapa
saudaranya malam tadi.
Khairil kelihatan begitu
nyenyak sekali lenanya.
“Ucu... bangunlah! Dah masuk
waktu Subuh ni.”
Kali ini nada
suara Damia sedikit
keras.
Terpisat-pisat
keadaan Khairil ketika
itu. Dia menggonyoh
matanya seketika. “Dah
pukul berapa Sayang?”
“Dekat pukul
enam. Bangunlah... nanti
kita boleh balik
awal ke rumah.
Sekiranya lambat, jammed pulak highway Pasir
Gudang.”
Khairil bingkas
bangun. Kasihan pula
dia melihat anak
saudaranya itu. Pasti
Damia tidak tidur
semalaman. Jika tidak
tentu dia sudah
dikejutkan lebih awal
untuk mengambil alih
tempat Damia. Khairil
segera membersihkan diri
dan menuju ke
surau.
SETIBANYA mereka
di rumah, haruman
nasi lemak menusuk
hidung masing-masing. Damia
pantas berlari menuju
ke ruang makan.
“Emm...
yummy... yummy...!!! Sedapnya
bau nasi lemak
kukus Mak Jah,”
puji Damia ikhlas.
Dia menghidu bau
nasi lemak tersebut.
“Terasa lapar pula
perut Sayang... Mak
Jah,” ujar Damia
sambil tersenyum manis.
Mak Jah hanya
tersenyum mendengar pujian
Damia. Dia menyusun
pinggan dan cawan
di atas meja
sebelum berlalu ke
dapur.
“Hisy... Sayang!
Tak menyabar langsung.
Pergilah mandi dulu
baru makan,” bebel
Khairil. “Gosok gigi
pun belum, dah
nak menghadap makanan.
Sungguh tidak sopan!”
tempelak Khairil lagi.
“Ala... Ucu! Tak sporting
langsung! Bagilah Sayang
makan dulu. Lepas
makan dan tidur...
Sayang mandilah.”
“Apa punya anak
dara lah agaknya?
Lepas makan terus tidur.”
“Nak buat macam
mana dah mengantuk
sangat. Ucu lainlah...
malam tadi dah
puas tidur,” sakat
Damia sambil tersenyum
mengutuk.
“Eleh... itupun nak
berkira! Dah tahu
mengantuk kenapa tak
kejutkan Ucu malam
tadi?”
“Sayang mulanya nak
kejutkan Ucu bangun.
Bila tengok Ucu
letih sangat, tak
jadilah kejut. Apa
salahnya sekali-sekala Sayang
berbakti dan berkorban
untuk bapa saudara
kesayangan Sayang ni,”
ujar Damia sambil
menarik kedua-dua belah
pipi Khairil.
“Aduh...
sakitlah Sayang oii...!!!
Kamu ingat pipi
Ucu ini diperbuat
daripada getah buku ke apa? Ikut suka hati kamu
nak tarik-tarik!” marah
Khairil sambil mengusap
pipinya yang perit.
“Sikit-sikit nak marah...
nak merajuk! Kalau
Sayang pula yang
merajuk baru Ucu
tahu. Siapa nak
tolong ganti tempat
Abang Samad malam
nanti?” ugut Damia.
“Eleh... tegur sikit
dah terasa! Ucu
keluarkan aura ke
lapan dari tubuh
badan Ucu baru padan muka.
Masa tu... barulah
Sayang tahu langit
tinggi ke rendah,”
ujar Khairil sambil
tersengih.
“Eeii... tak naklah
aura ke lapan
tu! Busuk tahu
tak!!! Damia segera
menutup hidungnya. Kalau
aura ke lapan
yang dimaksudkan oleh
Khairil, Damia sudah
arif akan keadaannya.
Hanya orang mempunyai
masalah deria bau sahaja sanggup menghidunya.
Busuknya mengalahkan telur
tembelang!!!
Khairil sudah ketawa
berdekah-dekah. Masakan dia
hendak bertikam lidah
dengan anak saudaranya
lama-lama. Damia memandang
geram bapa saudaranya.
Sakit hatinya bila
Khairil suka mengenakan
dirinya.
“Ucu minta maaf.
Takde niat di
hati Ucu hendak
mentertawakan Sayang. Dahlah
jangan merajuk,” pujuk
Khairil. “Malam nanti
Ucu bawa pergi
City Square atau
Jusco Tebrau, kita
tengok wayang. Nak
tak?”
“Nak...
nak...!!!” Damia sudah
teruja. “Tapi siapa
yang nak ganti
tempat Abang Samad
malam nanti?”
“Ala... Bashir kan
ada! Dia boleh
jaga stesen minyak
tu sekejap. Lagipun
kita bukannya nak
menonton sampai panggung
wayang tutup.”
“Andai Ucu dah
kata macam tu,
Sayang ikut sahaja. Walau
apapun lepas makan,
Sayang nak masuk
tidur terus.”
Tidak lama kemudian,
Puan Saadiah pula datang menyusul
di meja makan.
Selepas menikmati hidangan
sarapan pagi bersama,
Khairil bersedia menuju
ke Menara Impiana.
Damia pula menuju
ke bilik tidurnya.
Puan Saadiah serta
pembantu rumahnya, bersiap
untuk pergi ke
pasar membeli barang
keperluan. Tengah hari
nanti dia ingin
menyediakan hidangan istimewa
untuk cucu kesayangannya
itu.
*********** **********
Percubaan e-novel yang kedua. Diharapkan dapat mengisi masa lapang anda semua. Sekadar berkongsi idea yang tidak seberapa. Masih banyak kekurangan dan kelemahan. Diharapkan anda semua sudi menegur dan memberikan pendapat. Jangan lupa tinggalkan jejak sayang anda. Terima kasih.
Suka sgt2. Tak sbr nak tahu apa yg berlaku episod bab akan dtg. Sape hero ni? Reqza atau lelaki misteri itu? hehehe... Teruskan berkarya cik writer,saya suka dgn tulisan anda.
ReplyDeletePercubaan kedua yg menarik. Citernya pun best. Kelakar. Saya suka cerita begini. Tidaklah terlalu 'geli2' dan stress ketika membacanya. Semoga bab yang berikut juga menarik minat saya utk terus berada di sini.
ReplyDeleteKelakar juga Damia ni. Sebuah keluarga yg hapening.
ReplyDeleteBest... sya benar2 sukakannya.
Kalau blh jgn post lmbt ya... Kesian saya asyik menanti dan menunggu.
Senyum sendiri bc citer nih! Best sgt2. Gaduh2 manja tu mmg menarik. Tak sabar nak tunggu bab akak dtg.
ReplyDeleteNak lagikkkk!!!! Best arr. Kita suka!!! CIM pun kita suka. Mmg best semua cerita akak. Tahniah. Hrp2 ini pun bakal dibukukan.
ReplyDeleteCahiyookkkk!!! Chaiyoookkk!!!
ReplyDeleteMinat sungguh dgn gaya penulisan akak. Sempoi tp menarik. Bila bc pasti senyum2 sendiri sbb kelakar sgt2.
Apapun terbaik ^-^.
oouuu... Dah ramai pengunjung ke sini.
ReplyDeleteKak dayana mmg superb. Terbaikkk!!! Best sgt2.
Damia VS Lelaki itu mmg menarik. Buatkan saya teringatkan abg khai dan Athirah. rindunya kat mereka. Bilalah blh dpt berjumpa dgn mrk hingga ke akhir bab?
Bc citer ni buat saya sengih hingga ke telinga.
Tak perlu kata apa2 senyum!!!!!
ReplyDeletePermulaan yg menarik. Hrp2 menarik hingga ke titisan terakhir!!!!
ReplyDeleteSi pencuri hati! Tajuk yg menrik. Harp2 storynya pun menarik. hehehe... Biasanya citer Kak Dayana Darwisy tidak pernah mengecwakan hati saya.
ReplyDeleteTeruskan berkarya kak. Pedulikan apa org kata.... Sentiasa berdiri bersama akak!!! Ok tak ayat saya ni, hahahaha....
Walaupun permulaan ceter, nmpk mcm best je. Hrp2 tak mengecewakan.
ReplyDeleteMcm best aje niee.Mesti damia dgn lelaki itu nnt. Tak sabar nak tahu. Smbg cpt2 writer...
ReplyDelete