Bab
16
SHAHRUL HAIRI
membawa Salmiha Haini ke Mid Valley. Dia ingin mencari pakaian buat isterinya.
Maklumlah pakaian Salmiha Haini yang ada di rumahnya agak terhad. Dia juga
ingin meluangkan masa untuk isterinya. Apa gunanya dia sebagai suami sekiranya
tidak tahu memuaskan hati dan perasaan isterinya. Apa gunanya dia bergelar
suami andai tidak mampu membuatkan isterinya berasa bahagia dan gembira.
Walaupun Salmiha Haini berkahwin dengannya bukan atas dasar cinta, tetapi dia
akan pastikan yang Salmiha Haini akan jatuh cinta terhadapnya. Dan Salmiha
Haini tidak akan berasa kesal kerana memilih dia sebagai suami.
“Honey tunggu sini ya, abang nak pergi W.C.”
Berapa
kali dia ni nak pergi tandas? Sakit perut ke?
“Tadikan
kat pejabat Pak Lang, abang dah pergi tandas?” Salmiha Haini menyuarakan
ketidakpuasan hatinya.
“Tadi
tu urusan lain. Ini urusan lain pulak,”
jelas Shahrul Hairi dengan sengihan. “Jangan bimbang abang pergi tak lama,”
usik Shahrul Hairi bersama kenyitan nakal. Sebelum berlalu, kucupan ringkas
hinggap di bibir Salmiha Haini.
“Huh...
merenyam sungguh!” Omel Salmiha Haini bengang.
Shahrul
Hairi yang baru hendak melangkah, memusingkan badannya lalu menghadap Salmiha
Haini.
“Honey kata apa tadi? Abang merenyam?”
Sengaja Shahrul Hairi jungkitkan keningnya. “Abang merenyam dengan honey aje.” Pipi Salmiha Haini
diusapnya.
Salmiha
Haini menepis lembut dan menjegilkan biji matanya tanda geram.
Shahrul
Hairi tertawa geli hati melihat aksi Salmiha Haini. Walaupun sedang marah, kecantikannya
tetap terserlah.
“Abang
bukannya merenyam, tapi jiwa abang penuh dengan kasih sayang. Dan abang cuba
salurkan kasih sayang abang itu ke dalam diri honey,” tambah Shahrul Hairi bersahaja.
“Eee.... gatal la abang ni!” Marah
Salmiha Haini. Perasaan malu membelit dirinya kini. Selamba aje Shahrul Hairi
menuturkan kata-kata sebegitu dan mencium dirinya. Sudahlah ramai orang yang
lalu-lalang memandang aksi mereka. Jangan-jangan suaminya ni jenis kasanova
tahap dewa.
“Aaa...
aaa... aaa...” Jari telunjuk Shahrul Hairi bergoyang beberapa kali. “Salah tu!
Abang bukannya gatal, tetapi abanglah lelaki yang paling kaya dengan sifat
kasih sayang. Dan kalau honey nak
tahu... abang ni sangat-sangat romantik. Abang yakin honey tak akan menyesal menjadi suri dalam hidup abang,” ujar
Shahrul Hairi. Dengan selambanya dia mengucup jemari Salmiha Haini.
Salmiha
Haini cuba menarik jemarinya namun tidak berjaya. Terlalu kemas Shahrul Hairi
menggenggamnya. Malu sungguh dirinya bila babak ‘sayang-sayang’ suaminya
menjadi tatapan umum.
“Abangkan
dah janji tak akan sentuh Hani kalau Hani belum bersedia lagi.” Dia mengungkit
kembali janji-janji Shahrul Hairi terhadapnya.
“Hesy...
honey ni, kedekut betul la! Setakat
cium, bukannya luak pun. Kucupan ni macam warm
up je dulu. Ibarat enjin kereta,
perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduan. Konsep sentuh di
sini...”
Salmiha
Haini segera menutup mulut suaminya. Dia seperti sudah tahu ayat yang
selanjutnya.
“Hesy...
sudah-sudahlah tunjuk jiwang karat dan aksi terlampau abang tu kat sini. Telinga
ni dah tak larat nak tapis kata-kata berunsur lucah abang tu. Lagipun malulah.
Tengok... semua orang dah pandang kat kita,” bisik Salmiha Haini. Walaupun
suaranya perlahan tapi nadanya penuh ketegasan. “Dah... dah... tadi kata nak
pergi tandas, kan?” Tubuh Shahrul Hairi ditolaknya.
“Okey...
okey... abang pergi tandas dulu,” pujuk Shahrul Hairi. Namun langkah masih lagi
dipaku. “Untuk pengetahuan honey...
jiwang abang tak berkarat ya... tapi sentiasa bersinar dan berkilau,” balas
Shahrul Hairi. “Dalam bilik bolehlahkan kalau abang nak buat aksi terlampau,”
bisik Shahrul Hairi. Matanya dikenyitkan dan punggung isterinya ditepuk. Kemudian
dia berlalu meninggalkan Salmiha Haini bersama tawa lepas.
Eee...
tak senonoh sungguh perangai suami aku ni! Tak agak-agak langsung, gerutu
Salmiha Haini. Geram dia melihatkan sikap lepas laku suaminya. Mendengar
sesuatu dari dalam beg tangannya membuatkan kepanasan hati Salmiha Haini turun
mendadak. Dia melihat angka yang tertera di skrin telefon bimbitnya. 07... Dia
tahu itu panggilan dari negeri Johor. Mungkin Sofea bisik hati Salmiha Haini.
“Helo...!”
Salmiha Haini memulakan bual bicaranya. Alunan suaranya juga lembut. Sejuk
halwa telinga yang mendengarnya.
“Helo...
ini Puan Salmiha Haini ke?” Suara di hujung talian bertanya lembut. “Saya
Asmidar dari Persada Indah Holdings.”
“Ya!
Saya Salmiha Haini,” bicara Salmiha Haini tenang. Pelik sungguh Salmiha Haini
rasakan. Macam mana perempuan ni tahu dia dah kahwin? Atau dia aje yang
terlebih perasan? Entah-entah memang begitu cara mereka menyapa seseorang tanda
hormat. Tapi tak marah ke... bagi orang yang masih bergelar ‘cik’? Getus
Salmiha Haini. Hesy... buat apa aku nak pening-peningkan kepala fikir masalah
yang remeh-temeh ni?
“Ada
apa ya?” Salmiha Haini menyambung perbualannya yang terhenti.
“Begini
puan. Atas permintaan bos puan, puan diminta melapor diri pada awal September
nanti. Tapi puan jangan bimbang. Puan tidak akan kehilangan jawatan puan dan
gaji puan juga akan dimasukkan setiap bulan seperti biasa,”
Wah...
ini sudah bagus! Tak kerja tapi gaji jalan! Wow...
mak cik kaya! Mak cik kaya!
“Betul
ya awak tak tipu? Nanti saya nak lapor diri awal September, mereka kata tempat
saya dah digantikan dengan orang lain pulak!”
Tanya Salmiha Haini bersama ketidakpastiannya.
“Puan
jangan bimbang. Surat tawaran yang baharu kami akan e-mel dan pos kepada puan,”
jelas Asmidar.
“Baiklah
kalau begitu. Terima kasih banyak-banyak ya.” Salmiha Haini terus mematikan
taliannya. Gembira sungguh hatinya. Ini bermakna dia ada masa berbulan-bulan
lagi untuk berkepit dengan suaminya
Amboi... gatal juga kau ni ya, Salmiha Haini! Bibirnya mengukir senyuman
mendengar bisikan hatinya. Bergelar isteri buat lelaki bernama Shahrul Hairi
umpama pelangi selepas hujan. Indah dan berwarna-warni. Benar apa kata
suaminya, dia tidak akan menyesal bergelar suri dalam hidup lelaki itu. Shahrul
Hairi sentiasa tahu bagaimana hendak mengambil hatinya dan menggembirakan
hidupnya. Tidak pernah sekalipun hatinya dilukai dan dirinya dikasari.
“CERIA WAJAH!”
Tegur satu suara. Senyuman yang mekar di bibir gadis itu membuatkan hatinya
makin tertarik dan terpikat.
Salmiha
Haini menoleh.
“Eh...
Abang Max! Buat apa di sini?” Salmiha Haini berbasa-basi.
“Cuci
mata dan kempiskan poket!” Gurau Max. “Seorang je ke?”
“Taklah!”
Jelas Salmiha Haini sepatah.
Mata
Max melilau mencari seseorang.
“Datang
dengan Hairi?”
Salmiha
Haini mengangguk dan tersenyum.
“Mana
dia?”
“Dia
pergi water closet jap.”
“Jom
kita tunggu dia dekat restoran tu, nanti abang call dia.” Max menunjukkan sebuah restoran yang berada tidak jauh
dari tempat mereka berdiri.
“Tak
apalah. Lagipun kami dah makan tadi.” Salmiha Haini menolak. Dia tidak mahu
suaminya tersalah sangka. Suaminya terlalu baik. Jadi dia tidak mahu
mengecilkan hati suaminya.
“Di
sini rupanya you!” Tegur satu suara manja. Matanya begitu tajam merenung
Salmiha Haini.
Oitt...!
Kau ingat aku takut dengan renungan tajam menikam kau tu? Malam sikit ya!
Gerutu Salmiha Haini.
“Hai...
saya Miha! Kekasih Abang Max ya?” Tanya Salmiha Haini bersama senyuman manis.
Tangannya juga dihulurkan sebagai tanda persaudaraan atau mungkin lebih tepat
lagi, perdamaian.
Melihat
wajah gadis itu kembali kendur, Salmiha Haini berasa lega. Dia tidak mahu
terlibat dalam kancah percintaan orang lain. Dia tidak mahu dituduh sebagai
orang ketiga atau dianggap sebagai pencetus cinta tiga segi atau bersegi-segi.
Dia sudah ada abang kacak yang baik hati dan budiman! Dia sayangkan abang
kacaknya. Dia juga rasakan yang dia sudah cintakan lelaki itu.
Mona
mengangguk dan tersenyum. Huluran tangan Salmiha Haini disambutnya.
“Mona.”
Max
sudah gelabah dan bengang. Dia sangkakan Mona tidak akan mencarinya setelah
memberi sejumlah wang untuk membeli-belah. Tapi sangkaannya meleset. Perempuan
itu telah mengganggu perjalanan hidupnya. Dan perempuan itu juga sudah
merosakkan semua program yang telah dirancangnya! Tentu Salmiha Haini tidak
mahu mendekatinya lagi selepas ini.
“Hesy...
belum sampai ke peringkat kekasih lagilah! Kami kawan je!” Max menyangkal.
Salmiha
Haini dapat melihat wajah Mona kembali mendung. Tentu gadis itu berkecil hati.
Tapi dia tidak boleh hendak menyalahkan mana-mana pihak. Mungkin Max hanya menganggap
Mona sebagai kawan, tapi tidak bagi Mona. Mungkin sikap ambil berat dan
kebaikan Max, sudah disalaherti oleh Mona. Kira macam dia jugalah! Shahrul
Hairi buat baik sikit terus terpikat dan tergoda.
“Hai...
Max! Buat apa kat sini? Shopping juga
ke?” Tegur Shahrul Hairi ceria. Matanya juga sempat mengerling sekilas gadis di
sebelah Max. Entah bilalah temannya itu hendak berubah? Setiap kali berjumpa
mesti dengan perempuan yang lain pula.
“Aku
temankan Mona shopping,” jelas Max
nak tak nak. Hatinya benar-benar sebal dengan pertemuan ini. Aku harus belajar
setia dari sekarang, bisik hati kecil Max. Dia berazam akan berubah demi
memiliki sekeping hati gadis yang bernama Salmiha Haini. Dia akui yang dirinya
sudah jatuh cinta dengan gadis itu.
“Eh...
jomlah kita pergi minum dan sembang-sembang,” pelawa Shahrul Hairi. Dia masih
punya masa sebelum pulang untuk berehat. Lagi pula dia yakin, kerjanya malam
ini sedikit pun tidak akan terganggu dan berasa letih dengan adanya Salmiha
Haini bersamanya. Gadis itu umpama generator yang mampu mengecas tenaga ke
seluruh tubuh badannya dengan sekelip mata.
“Takpelah! Aku nak balik berehat. Malam ni
kan kita nak fly,” tolak Max. Dia
tidak mahu sikap mengada-ada Mona menyebabkan dia terlepas peluang hendak memikat
Salmiha Haini.
“Okeylah
kalau kau dah cakap macam tu.”
Salmiha
Haini dan Shahrul Hairi melihat Max dan Mona yang semakin menjauh.
“Abang...
siapa nama Max yang sebenarnya? Max tu kacukan ke? Tapi takde pulak nampak muka dia
tu macam anak mat saleh.”
“Kenapa?
Sebab nama dia pelik?” Shahrul Hairi bertanya sambil tersenyum.
Salmiha
Haini angguk kepala. Alahai... abang! Janganlah senyum macam tu... cemburu tau
kalau ada yang terpikat nanti, bisik hati Salmiha Haini nakal.
“Max
tu nama glamour dia. Nama sebenar dia
Maswan. Anak jati Muar.”
Salmiha
Haini sudah bantai gelak. Langsung terlupa di mana mereka berada sekarang ini.
Shahrul
Hairi geleng kepala melihat telatah isterinya. Dia juga pernah ketawakan Max
suatu ketika dulu sebagaimana Salmiha Haini. Muncung Max ketika itu usah
ceritalah.
“Honey... tak baik ketawakan orang,”
tegur Shahrul Hairi lembut. Sudah menjadi kewajiban bagi dirinya menegur sikap
dan tingkah laku isterinya andai tidak betul atau boleh mengaibkan orang lain.
Salmiha
Haini segera menutup mulutnya.
“Sorry... sorry...” Namun tawanya masih kedengaran walaupun tidak sekuat
tadi. Memang betul kata suaminya, tak baik tertawakan orang. Begitulah kalau
dah sayang! Apa yang si dia cakap, semuanya kita rasakan betul sahaja.
“Mari
abang bawa honey cari baju.” Shahrul
Hairi menarik tangan Salmiha Haini supaya menurutinya.
MEREKA singgah
dari satu butik ke satu butik. Sudah penuh tangan suaminya dengan barang
miliknya. Bukan dia yang hendak membelinya, tetapi abang kacaknya yang bermurah
hati. Emmm... tak nak panggil abang
kacaklah! Nak panggil abang sayang pulak!
Gumamnya bersama senyuman.
Salmiha
Haini melangkah keluar ketika suaminya sedang membuat pembayaran. Dia tidak
mahu berlama di dalam butik tersebut, nanti ada saja matanya yang berkenan dan tangan
gatalnya yang menyambar pakaian di situ. Sebelum suaminya pokai, lebih baik dia
keluar.
“Hoi!”
“Maaf
cik, saya tak sengaja,” pohon Salmiha Haini. Sebenarnya bukan salah dia, perempuan
tu jenis yang tak sabar dan menonong masuk.
“Buta
ke?” Herdik suara itu.
Hesy...
perempuan ni, mulut celopar sungguh! Tampar mulut tu karang! Gerutu Salmiha
Haini. Pantang sungguh dia jika ada yang biadab bila dia dah minta maaf dan
cakap elok-elok. Nak aje dia cakap macam ni... Lu apa hal minah?! Namun kerana
ingin menjaga maruah suaminya, terpaksalah dia jadi gadis Melayu terakhir.
Nasib baik gadis lagi!
“Ada
sakit kat mana-mana tak?” Salmiha Haini membelek tubuh perempuan sombong itu.
Kononnya terlebih prihatinlah. Padahal itu lakonannya semata-mata. Maklumlah
dah ramai kakitangan dan pelanggan di butik itu yang mengerumuni mereka. Kalau
tak... memang dia tinggalkan aje perempuan bongkak tu di situ. Bukannya ada
jatuh atau apa pun. Sekadar tersentuh bahu. Itu pun tidaklah sesakit mana,
sengaja mahu bikin gempak.
“Hei...
tepilah!” Tepis perempuan itu. “Lain kali kalau berjalan pandang depan bukannya
belakang,” tengking perempuan itu lagi.
Aku
jalan tadi... tengok belakang ke? Rasanya tak?! Perempuan ni memang sengaja nak
cari gaduh dengan aku! Gumam Salmiha Haini.
“Tapi...
cik....” Salmiha Haini masih cuba berlembut.
“Apa
hal ni Lina? Dari jauh lagi I dah dengar suara you!” Tegur satu suara. Malu
sungguh dia mendengar jeritan suara perempuan yang baru dikenalinya itu. Ingin
saja dia berlalu pergi tapi bila terpandang gadis yang pernah dia kenali sedang
keresahan, dia batalkan niatnya.
Darlina
tergamam. Dia baru teringat yang hari ini dia keluar dengan teman barunya. Ini
semua gara-gara perempuan bodoh ni! Tukasnya dalam hati.
“Perempuan
nilah, jalan tak hati-hati. Sakit tau dia langgar I.” Darlina mengadu sambil
menggosok bahunya.
“Ini Miha kan?” Tegur lelaki itu.
Langsung tidak diendahkan aduan dan rengekan manja Darlina.
Salmiha
Haini memandang wajah yang menegurnya. Berkerut-kerut dahinya cuba mengingati.
Dan apabila dia teringatkan si dia... mulutnya terlopong. Memang berbeza sekali
wajah yang berada di hadapannya. Bukan kategori ‘kacak juga’ tapi memang kacak
walaupun tidak boleh menyaingi abang sayangnya. Ini kalau Sofea tengok... mahu
meleleh air liur perempuan tu. Patutlah boleh bergandingan dengan awek cun lagi
‘seksa’ ni! Rupanya dia dah berubah seratus peratus.
“Ya...
saya Miha,” ujar Salmiha Haini bersama senyuman terlebih manis. Sengaja dia nak
bikin hati perempuan yang berada di sebelah Les panas dan membara.
“Tak
sangka dapat jumpa Miha di sini. Dan Miha kelihatan lebih cantik dan jelita
berbanding dulu,” puji Les ikhlas. Terlupa dia seketika tentang Darlina yang
berada di sampingnya. Lagipun bukan dia yang mengajak perempuan tu keluar, tapi
gadis itu yang memaksanya.
Salmiha
Haini agak terkejut dengan pernyataan berani mati Les. Lelaki itu sudah jauh
berubah. Tidak lagi pemalu seperti dulu. Mungkin kerana sudah berkerjaya dan
penampilannya pun baharu, maka sikapnya juga turut berubah.
“Saya
masih Miha yang dululah Les!” Ujar Salmiha Haini malu-malu. Malulah konon.
Padahal dia nak ketawa dengan aksi malu-malu kucingnya. Gembira hatinya melihat
wajah kekasih Les yang merah padam. Pasti perempuan itu sedang menahan hangat
di dada. Padan muka kau! Sape suruh
cari fasal dengan aku.
“Apa
semua ni?” Jerkah Darlina. Matanya mengecil memandang Salmiha Haini. Sakit
hatinya melihat sebabak drama di hadapannya. Segera dia memaut lengan Les.
Bimbang jika gadis itu merampas Les dari tangannya.
“Kenalkan
ini Miha, kawan baik I masa belajar dahulu. Dan Miha... ini pula Darlina.
Jangan salah faham ya... Miha, Darlina ni cuma kawan saya aje,” terang Les
tanpa rasa bersalah. Buat apa nak rasa bersalah. Darlina bukannya siapa-siapa
dalam hidupnya. Segera dia merungkai tangan Darlina. Muak pula dia dengan
kelakuan gadis itu yang tidak tahu malu. Namun tangan gadis itu begitu erat
memaut lengannya.
Darlina
memandang wajah Les dan Salmiha Haini dengan perasaan tidak puas hati. Tergamak
Les memperkenalkan dia sebagai kawan sahaja. Apakah Les meminati gadis di
hadapannya ini? Dia tidak akan benarkan sama sekali.
Salmiha
Haini tersenyum sinis melihat perlakuan gadis bernama Darlina. Nampak sangat
tidak ada keyakinan pada kemampuan diri sendiri. Ingatkan hebat seperti suara
memetirnya tadi. Rupanya tak. Penakut! Dia ingat aku ni apa? Perampas hak orang
ke? Sorrylah! Aku pun dah ada suami.
Langsung tidak berminat nak rapat dengan mana-mana lelaki lagi.
Mata
Salmiha Haini juga turut melihat betapa kemasnya pautan Darlina di lengan Les.
Hinggakan wajah Les berubah. Mungkin rimas agaknya. Tak pun sakit. Bila Darlina
melentok manja di bahu Les bersama jelingan tajam, mahu aje dia ketawa
terguling-guling di atas lantai kalau tak fikirkan maruah diri dan suaminya.
Kasihan dia melihat Darlina. Harap muka aje cantik tapi sikap entah apa-apa.
Maaflah Darlina sengal oiii... Abang
sayang I lagi hebat dari abang sayang you tau!
“Apa
kecoh-kecoh ni honey?” Shahrul Hairi menghampiri
isterinya.
“Hani
terlanggar kawan Les ni tadi,” terang Salmiha Haini. “Abang... kenalkan, ini
Les, kawan Hani masa dekat universiti. Dan ini kawan dia, Darlina. Les kenalkan,
ini Shahrul Hairi.”
Les
menyambut huluran tangan Shahrul Hairi. Hatinya tertanya-tanya siapakah
gerangannya lelaki yang bernama Shahrul Hairi dalam hidup Salmiha Haini. Gadis
itu nampak manja dan mesra dengan lelaki itu. Adakah kekasihnya?
Darlina
yang pada mula buat endah tak endah, mula memandang lelaki yang bernama Shahrul
Hairi. Melihat senyuman sinis Shahrul Hairi, segera dia melepaskan tangan Les.
“Hei...
Rie! You buat apa kat sini?” Tegur Darlina serba salah. Terkejut dia bila
melihat wajah Shahrul Hairi di hadapan matanya. Habislah dia! Sudahlah Shahrul
Hairi sukar untuk dipikat. Melihat perilakunya tentu lelaki itu semakin
menjauh.
“Shopping,” jelas Shahrul Hairi sambil
menunjukkan beg-beg yang berada di tangannya. Segera dia merangkul pinggang
Salmiha Haini walaupun agak sukar dengan beg yang memenuhi tangan.
Les
memandang wajah Darlina dan Shahrul Hairi silih berganti. Adakah Shahrul Hairi
ini bekas kekasih Darlina? Matanya juga turut mencerun ke arah tangan Shahrul
Hairi yang melekap kemas di pinggang Salmiha Haini. Pasti mereka punya hubungan
intim, bisik hati Les. Dia kenal siapa Salmiha Haini. Gadis itu bukan boleh
disentuh sewenang-wenangnya.
Salmiha
Haini turut tertanya-tanya apakah hubungan suaminya dengan gadis yang bernama
Darlina ini. Dan bagaimana gadis itu boleh kenal akan suaminya. Adakah
perempuan ini kekasih hati suaminya?
“Banyaknya!”
Tanpa sedar Darlina menegur. Belum pernah lagi dilihatnya Shahrul Hairi
menemani mana-mana perempuan membeli-belah. Agaknya inilah perempuan yang
menjadi pilihan ibu dan ayah Shahrul Hairi? Melihat gadis yang berada di
samping Shahrul Hairi ketika ini, hatinya menjadi tidak enak.
Salmiha
Haini merenung wajah suaminya. Tajam sekali tenungannya.
Faham
akan maksud renungan isterinya, Shahrul Hairi bersuara.
“Honey...
Darlina ni rakan sekerja abang,” terang Shahrul Hairi. Dia tidak mahu isterinya
fikir yang bukan-bukan.
Salmiha
Haini angguk kepala tanda mengerti. Mungkin benar apa yang suaminya katakan.
Dan dia pula tak perlu pening-pening kepala untuk fikirkan siapa Darlina di
sisi suaminya.
“Mari
honey kita balik. Dah lewat dah ni!”
Malas dia hendak menghadap muka Darlina lama-lama. Bimbang keluar ayat yang
kurang sesuai daripada mulutnya pun ya! Bukan dia tak dengar suara Darlina yang
memetir tadi. Ingin saja dia tangan-tangankan mulut perempuan itu kerana
memarahi isterinya. Tapi dia bukannya lelaki dayus!
“Les...
Miha balik dulu ya. Ada kesempatan kita jumpa lagi,” pamit Salmiha Haini.
Les
mengangguk dan mengeluarkan sesuatu dari dompet kulitnya.
“Ini
kad Les. Kalau ada masa, hubungi Les ya,” pinta Les dengan harapan yang
menggunung tinggi biar pun sekadar sahabat. Sekurang-kurangnya persahabatan
yang terjalin antara mereka tidak terputus begitu sahaja.
“Insya-ALLAH,”
balas Salmiha Haini bersama senyuman. Dia dan Shahrul Hairi berlalu
meninggalkan Les dan pasangannya.
Darlina
menceber. Benci sungguh dia dengan perempuan yang bernama Salmiha Haini itu.
Hatinya bertambah sakit bila mana Shahrul Hairi dengan mudah memeluk Salmiha
Haini. Itu bukan Shahrul Hairi yang dia kenal selama ini. Lelaki itu sukar
hendak rapat dengan mana-mana perempuan apatah lagi mempamerkan aksi mesranya.
Bagaimana
perempuan hodoh itu dapat menakluki Shahrul Hairi? Sedangkan dia yang sekian
lama memburu Shahrul Hairi pun masih gagal berbuat demikian. Akalnya langsung
tidak dapat terima kenyataan itu. Dia benar-benar tidak boleh terima hakikat
yang dirinya telah kalah dengan mudah. Dan kenapalah hari ini juga mesti dia
bertembung dengan Shahrul Hairi? Jika tidak dia masih berpeluang mendekati
lelaki kacak dan kaya itu.
Les
hanya mampu memandang Salmiha Haini yang semakin menjauh bersama pasangannya.
Berbahagialah Salmiha Haini dengan pasanganmu itu, doa Les tulus. Dia tahu
Salmiha Haini memang tiada hati terhadapnya sejak lama dulu. Hanya dia ajr yang
cuba memikat dan mendekati gadis itu.
Best3x
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteSuka2.
ReplyDeleteBest kak DD.
~Nin~
Terika kasih Nin
DeleteBest...
ReplyDeleteTerima kasih
Deletebest sgt....nk lg
ReplyDeleteInsya Allah. Akak ada bab 17. Tunggu..
DeleteKak DD bestnya.
ReplyDeleteTerbaik la kak.
Lagi...
Terima kasih puteri atilia
Delete