Maaf sekiranya tidak menepati kemahuan anda semua. Selamat membaca.....
&*********************************************************************&
DAMIA
merenung
bangunan pejabat setinggi dua puluh tingkat yang tersergam indah di hadapannya.
Selain foyer syarikat di tingkat
satu, di kiri bangunan pejabat tersebut terdapat kafe dan Klinik Dr. Azila. Sewaktu Damia tiba,
dia berasa pelik apabila melihat ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka
sekali. Ini nak pergi kerja atau apa ni? Siap angkut anak-anak sekali, desis hati Damia.
“Maaf...
kak, saya tak sengaja,” pohon Damia. Ralit melihat keadaan yang berlaku, tanpa
sengaja Damia merempuh tubuh seseorang.
“Tak mengapa. Akak yang tak tengok
depan masa menyapu,” jelas Sakinah jujur.
Mereka berbual beberapa ketika
sebelum Sakinah memohon diri untuk menyelesaikan kerja-kerjanya. Menurut Kak
Sakinah, tukang sapu di sini, syarikat TDF menyediakan pelbagai kemudahan bagi
pekerjanya termasuklah pusat jagaan kanak-kanak dan tadika untuk kanak-kanak
yang berusia empat hingga enam tahun yang terletak di tingkat dua dan tiga. Pekerja
di sini juga mendapat rawatan kesihatan percuma melalui klinik panel yang
dilantik. Kakitangannya juga turut menerima perlindungan insurans. Betapa
bagusnya syarikat ini. Begitu prihatin dan mengambil berat akan kebajikan
pekerja-pekerjanya, getus Damia.
Damia mengatur langkah dengan
perasaan gementar. Selepas dia memberitahu hasratnya kepada Darwisy supaya
tidak mengganggunya lagi. Darwisy pergi dalam keadaan marah. Namun lelaki itu sempat
berpesan supaya melapor diri pada hari ini kerana bilik pejabatnya sedang diubah
suai. Damia sedikit pelik, kenapa dia perlu mempunyai bilik sendiri? Dia
bukannya eksekutif. Dan kenapa dia perlu berjumpa dengan Darwisy terlebih
dahulu?
Damia menuju ke tingkat sepuluh. Semasa
dia tiba, Sarah setiausaha Darwisy sudah pun ada.
“Assalamualaikum,” sapa Damia mesra.
“Waalaikumussalam. Cik Damia, kan?”
Melihat anggukan Damia, Sarah meneruskan kata-katanya. “Bos suruh Cik Damia
tunggu di biliknya.” Sarah bangun lalu membawa Damia menuju ke bilik Darwisy.
“Cik Damia nak minum? Boleh saya sediakan,” ujar Sarah ramah. Senyuman manis
juga menghiasi bibirnya. Walaupun Sarah jenis suka bergosip tapi hatinya baik juga.
“Terima kasih sajalah Sarah, saya
dah minum pagi tadi.” Damia menolak sopan.
“Kalau begitu tak apalah Cik Damia,
saya keluar dulu,” pamit Sarah.
Selepas Sarah keluar, Damia
mengambil kesempatan menghubungi Nomi.
“Helo... Nomi! Reez dan Isya dah bangun?”
“Belum lagi Kak Mia.”
“Emmm... kalau begitu tak apalah. Nanti kalau ada apa-apa, cepat
hubungi Kak Mia ya,” pesan Damia kepada pengasuh anaknya. Mujurlah pengasuh
anaknya tidak mendatangkan masalah buatnya setakat ini. Kalau tidak tentu susah
jadinya.
“Dah lama sampai?” Tanya Darwisy
yang baru tiba. Selepas meletak beg kerjanya Darwisy duduk di sisi Damia. Rapat!
“Emmm... baru sahaja," balas Damia perlahan. Malas rasanya dia hendak berbual dengan lelaki itu.
“Anak-anak sihat?” Wajah Damia dipandang.
"Anak-anak sihat,” jawab Damia acuh tak acuh
tanpa memandang wajah Darwisy. Dia merasa tidak selesa berada begitu hampir
dengan Darwisy. Hembusan nafas Darwisy terasa panas di pipinya. Pabila Damia
menoleh, jarak muka mereka begitu hampir sekali. Damia segera menarik wajahnya
ke belakang.
“Kenapa? Takut?" Soal Darwisy sedikit kehairanan pabila Damia menjarakkan dirinya. Wajah Damia diratah penuh minat.
Damia merengus. Sebal hatinya.
"Bukan orang lain
pun, suami sayang sendiri,” bicara Darwisy bersahaja. Memang begitulah sikap
Darwisy. Bagi Darwisy... apa yang dirasakan betul olehnya, itulah yang akan dia
katakannya tanpa mengambil kira perasaan
orang lain.
Damia menjeling geram.
“Boleh tak awak jangan panggil saya
Sayang!” Bentak Damia.
“Kenapa? Ada masalah ke dengan
panggilan ‘sayang’ tu?” Soal Darwisy. Wajah Damia yang sedang menahan marah
ditatap. Comel sungguh dia ni!
“Saya tak suka. Lagipun apa kata
pekerja di sini nanti.”
“Kenapa dengan pekerja di sini?
Sayang takut mereka mengata atau mengejek? Bukan ke nama sayang, Sayang Damia?
Jadi mereka tak boleh nak pertikaikan kalau abang panggil sayang. Beginilah...
kalau sayang rasa malu dengan panggilan ‘sayang’ yang merujuk kepada panggilan
istimewa daripada seorang suami buat isteri tercinta, anggaplah sahaja abang
panggil nama pertama sayang iaitu Sayang dan bukannya Damia.”
“Awak jangan cuba nak guna
perkataan cinta dan sayang dengan saya, saya tak suka,” tegas Damia. “Geli dan
nak termuntah tahu, tak?”
Darwisy tergelak kecil mendengar nada-nada berbaur sindiran isterinya.
Darwisy tergelak kecil mendengar nada-nada berbaur sindiran isterinya.
“Inilah penyakit orang perempuan
yang abang tak faham! Bila kita ucapkan perkataan cinta dan sayang kepada
mereka, mereka tak suka. Gelilah! Nak termuntahlah! Bila kita tak cakap yang
kita cinta dan sayang kat dia, dia kata orang lelaki ni keraslah, tak
romantiklah dan tak reti nak luahkan perasaan cinta dan kasih sayang. Jadi...
mana satu perlu abang ikut? Hmmm...?”
Soal Darwisy sambil merenung anak mata Damia.
Damia menahan geram. Ada aje ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Tak letih ke asyik bercakap sedari tadi?
“Untuk pengetahuan sayang, cinta
abang ini adalah sebuah ikatan kasih sayang yang lahir dari hati yang tulus
suci. Cinta abang terhadap sayang akan kekal abadi dan mekar mewangi hingga ke
akhir hayat,” ujar Darwisy penuh penghayatan.
“Awak ni banyak betul alasan.”
Damia mendengus geram. “Ikut suka hati awaklah nak panggil apa. Jangan timbul
gosip dan fitnah suatu hari nanti sudah!” Malas Damia hendak bertekak dengan
mat romeo yang terlebih jiwang karat ni. Mesti pagi tadi terlebih telan vitamin.
Tak pun isteri kedua dia terlebih layan, itu yang terlebih merenyam pagi-pagi
buta ni! Gerutu Damia. Meluat dia melihat perangai gatal Darwisy.
Darwisy bangun menekan butang intercom.
“Sarah bawa masuk fail peribadi
Puan Sayang Damia Dasuki Aqtar.”
“Baik bos.”
Tidak lama kemudian Sarah masuk
bersama fail yang dikehendaki. Dia berdiri di hadapan Darwisy. Rapatnya mereka
duduk! Otaknya sudah mula merencanakan gosip panas pagi ini.
“Begini Sarah! Mulai ini hari ini
Puan Sayang akan jadi PA saya. Ini bermakna awak juga akan jadi pembantu Puan
Sayang selepas ini,” ujar Darwisy sambil memandang muka Sarah. Sengaja Darwisy
menggunakan perkataan sayang supaya setiausahanya yang suka bergosip ini tidak
salah faham selepas ini. “Tugas awak akan berlangsung seperti biasa cuma akan
bertambah apabila Puan Sayang memerlukan bantuan awak.” Darwisy memandang Sarah
dan Damia. “Awak faham apa yang sampaikan Sarah?”
“Saya faham bos.”
“Bagus! Mulai hari ini, apa jua
yang berkaitan dengan saya, awak rujuk dengan Puan Sayang terlebih dahulu.
Dan... mulai hari ini juga, awak tidak dibenarkan masuk ke bilik saya
sewenang-wenangnya. Awak boleh keluar sekarang.”
Selepas Sarah beredar, Damia terus
bertanya apa yang terbuku di hatinya sejak tadi.
“Kenapa saya kena jadi PA awak pulak? Bukan ke jawatan saya pegawai pemasaran?”
“Habis tu... hanya jawatan itu
sahaja yang kosong setakat ini. Kalau sayang nak jawatan lain boleh juga. Jaga
abang dua puluh empat jam di rumah dan pejabat, abang bagi sepuluh ribu
sebulan. Macam mana setuju?” Tanya Darwisy sambil tersengih gatal.
Huh... memang merenyam sungguh dia ni!
Isteri dia yang satu lagi tu nak humban ke mana kalau nak suruh aku jaga dia
dua puluh empat jam? Marah Damia dalam hatinya.
Macam tengah mengutuk aku aje tu!
Bisik hati Darwisy. Kenapalah kau cantik sangat sayang? Geramnya! Wajah Damia
direnung tanpa puas. Bibirnya juga sempat mendarat di bibir Damia seketika.
“Apa yang awak buat ni, hah? Ingat
sikit! Kita sekarang berada di pejabat dan pekerja di sini masih tidak tahu
lagi siapa kita berdua,” marah Damia. Sakit hatinya dengan perlakuan Darwisy.
Suka hati dia sahaja hendak cium orang.
“Abang boleh sahaja umumkan siapa
sayang sekarang. Sayang tak kisah ke?” Tanya Darwisy sambil memandang wajah Damia.
Laju sahaja Damia menggeleng. Nak
mampus! Ada nanti kena ganyang dengan madunya. Walaupun dia isteri pertama,
namun dia tidak mahu mengecohkan suasana. Jika boleh dia ingin bekerja dengan
aman dan damai hinggalah kontraknya dengan TDF tamat. Bukan Damia tidak mampu
hendak membayar penalti sekiranya dia berhajat hendak menamatkan kontrak
tersebut serta merta. Tetapi dia tidak mahu membazirkan wang simpanannya.
Darwisy menghela nafas lega.
Mujurlah Damia menggeleng. Buatnya Damia bersetuju? Tidak ke mati kering
dirinya nanti? Sebenarnya Darwisy pun gerun hendak mengumumkan pernikahannya.
Mahu pendek umur dibuatnya andai berita perkahwinannya sampai ke telinga bonda
kesayangannya itu. Hingga kini dia tidak punya keberanian hendak menerangkan
hal yang sebenar kepada bondanya. Lagi pula hubungannya dengan Damia belum
mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Masih belum sehati dan sejiwa lagi!
Damia menjeling geram. Ada sahaja
jawapan yang keluar dari mulut Darwisy. Jika tidak menyakitkan hatinya, tak
apalah juga! Ini... makin buat dirinya bengang dan menyampah!
“Jangan jeling abang macam tu,”
sakat Darwisy. “Buatnya abang terterkam sayang di sini macam mana? Jangan
salahkan abang pula,” giat Darwisy sambil tersenyum menawan. Terserlah lesung
pipi di kedua-dua belah pipinya.
Terpegun Damia melihat senyuman
menawan yang dihiasi lesung pipit di pipi. Memang kacak! Gumam Damia. Baru hari
ini dia dapat melihat senyuman ikhlas di bibir Darwisy.
“Jangan
renung abang dengan renungan berbisa macam tu, nanti abang tak senang hati nak
buat kerja,” usik Darwisy lagi. Geli hatinya melihat wajah Damia yang merona
merah bila malu. Hari ini Darwisy rasakan hari paling gembira dalam hidupnya.
Damia
mencebik mendengar kata-kata Darwisy. Miang! Perasaan malu juga mula menebal
bila tertangkap sebegitu.
“Mari abang tunjukkan bilik
Sayang.” Darwisy sudah menarik tangan Damia. “Sebelum itu, abang nak tunjuk
ruangan solat dan bilik air. Sekiranya sayang nak solat dan nak guna bilik air,
sayang boleh guna di bilik abang sahaja. Tak perlu nak berebut-rebut dengan
pekerja lain. Lagipun bilik abang, abang tak benarkan orang lain masuk kecuali
ayah, Abang Danish dan Sarah. Mulai sekarang, bilik abang akan jadi bilik
sayang juga.”
Damia hanya mendengar kata-kata
Darwisy. Bagus juga solat dalam bilik dia. Bolehlah aku tinggalkan kain
telekung di pejabat.
“Eh... kita nak ke mana ni? Kata
tadi nak tunjuk bilik saya.”
“Nak tunjuk bilik sayanglah ni.”
Darwisy membuka pintu yang
menghubungkan biliknya dengan bilik Damia. Bagus juga idea canggih ayahnya. Tak
perlulah dia keluar masuk bilik pejabatnya jika hendak berjumpa Damia.
Pekerjanya pun tak tahu.
Terkejut Damia bila bilik
pejabatnya boleh dibuka melalui bilik pejabat Darwisy. Saat terpandang susun
atur dan hiasan di ruang kerjanya, dia sungguh tertarik. Cantik! Bisik hati
Damia. Sungguh dia tidak menyangka begitu hebat sekali layanan yang dia terima.
Sudahlah lebih seminggu duduk di hotel mewah. Kini ruang kerjanya juga cukup
menarik dan selesa. Bagaimanalah agaknya tempat tinggal yang disediakan untuk
aku kelak?
“Macam mana suka? Ini idea abang
dan ayah.”
“Ayah?” Tanya Damia sepatah.
“Aah... ayah! Dia mahukan yang terbaik untuk orang kanan abang,”
jelas Darwisy penuh makna.
“Dekorasi yang menarik dan mewah.
Dah macam pangkat bos pulak kat
sini.”
“Walaupun tak jadi bos kat sini,
tapi sayang kan isteri bos!” Darwisy tersenyum memandang wajah isterinya. Banyak
aku dapat pahala hari ini sebab asyik tersenyum dari tadi, bisik hati Darwisy nakal.
“Kalau di sini sayang jadi bos dan
kat rumah pun sayang bos, matilah abang. Nak buat apa-apa kena dapatkan
keizinan terlebih dahulu. Walhal sayang yang perlu tunduk dan ikut arahan abang.” sambung
Darwisy lagi.
“Dalam Islam... abang ketua
keluarga. Jadi arahan sayang supaya abang lupakan sayang tempoh hari terpaksa
abang abaikan kerana kuasa pembatal terletak di tangan abang, bukan di tangan
sayang. Ingat tu!” Ujar Darwisy tegas sambil mencuit hidung Damia.
Segera Damia menepis tangan
Darwisy.
“Jangan nak menggatal kat pejabat,”
marah Damia.
“Eleh... sentuh sikit pun nak
marah. Bukannya orang lain, isteri sendiri.”
“Walaupun saya isteri awak, tapi saya
tak suka awak buat macam tu,” tegas Damia.
“Yalah... yalah! Nanti abang cuba control sikit kenakalan dan kegatalan abang ni!” Jawab
Darwisy selamba. “Sekarang abang nak terangkan bidang tugas sayang. Sekiranya
abang berjumpa client, sayang kena
ikut. Begitu juga bila abang melawat tapak projek.” Darwisy menyerahkan
beberapa buah fail untuk tindakan Damia. “Abang nak sayang semak fail-fail ni.
Lepas makan tengah hari nanti, kita ada
meeting.”
“Boleh tak jangan bahasakan diri
awak ‘abang’ di sini. Kalau ada pekerja yang dengar, bukan ke tak elok. Lagipun
mereka bukannya tahu hubungan kita.”
“Peduli apa abang. Lantaklah mereka
nak dengar atau nak kata apa pun! Ada abang kisah?” Terlupa dia seketika
tentang bondanya.
“Hisy... awak ni suka main-mainlah! Cubalah serius sikit! Kalau kat
luar nanti saya nak awak panggil apa?”
“Panggil
‘abang’ dan bahasakan diri sayang... ‘sayang’ muktamad!”
“Eeii... geram betullah dengan awak ni,” marah Damia.
“Bukan awak tapi abang! Kalau tak
panggil abang... ‘abang’ dan sayang... ‘sayang’, abang potong gaji sayang lima
puluh ringgit setiap kali salah cakap. Cuba sayang bayangkan dari tadi sayang
asyik guna perkataan awak dan saya, hmmm...
abang rasa dah lebih empat kali sayang silap cakap,” ujar Darwisy sambil mengurut dagunya.
“Lima puluh darab empat. Wah... dah dua ratus gaji sayang kena potong! Jadi
mana yang sayang nak? Guna panggilan ‘abang’ dan ‘sayang’ atau potong gaji?”
Ugut Darwisy.
Eeii...
melampau betullah dia ni, gumam Damia. Wajahnya juga sudah merah menahan marah.
“Jangan marah-marah! Nanti abang
tak boleh nak buat kerja sebab asyik memujuk sayang,” gurau Darwisy sambil
ketawa.
Dia ni... tahu aje apa yang apa
yang bermain di fikiran aku, bisik hati Damia. Damia sudah malas hendak bersoal
jawab. Sekiranya mereka asyik berdebat, satu kerja pun tak jalan. Padahal
banyak benda yang perlu dia pelajari. Sudahlah bidang yang ditawarkan untuknya
terlalu asing buat dirinya.
Geram melihat wajah isterinya yang
merona merah, Darwisy mendekati Damia. Pinggang Damia dirangkul dan bibirnya
mencari ulas bibir Damia yang mungil dan seksi itu. Lalu bibir itu dipagut
lembut menyalurkan seluruh kasih sayang dan cintanya yang membuak-buak serta
melepaskan pergi semua beban kerinduan.
Damia sedikit terkejut dengan
tindakan spontan Darwisy, namun dia tidak menolak bahkan turut hanyut dibuai
gelora rasa. Tatkala wajah ‘perempuan itu’ menerjah di mindanya, pantas tubuh
Darwisy ditolak.
“Hei! Apa yang awak buat ni hah?
Jijik saya tahu, tak?” Rengus Damia sambil mengesat kasar bibirnya.
“Jijik ke?” Soal Darwisy sinis.
“Bukan ke tadi sayang seolah-olah ingin mengajak abang ke dunia lain? Ke dunia
yang lebih indah, hangat dan mengasyikkan!” Tokok Darwisy dengan senyuman sinis.
“Betulkan apa yang abang kata? Abang dapat rasakan yang sayang juga sebenarnya
rindukan abang. Jika tidak masakan sayang turut membalasnya tadi.” Wajah Damia
direnung. Dia sememangnya merindui Damia. Dia juga ingin merasai kehangatan
kasih sayang dan cinta isterinya itu.
Wajah Damia terasa hangat pabila
darah mula menyerbu naik ke muka. Malu sungguh dirinya kerana gagal mengawal
gejolak rasa ketika itu. Namun dia tidak mahu kelihatan lemah di mata Darwisy.
“Gila!”
Balas Damia sepatah. Mukanya masam mencuka. Malu usah ceritalah. Ada ke patut
Darwisy sentuh bab-bab sensitif seperti itu.
“Gila? Mungkin kut!” Ujar Darwisy
bersahaja. “Tapi kenapa muka sayang blushing
macam tu sekali?” Usik Darwisy. Dia sedikit tidak terasa hati dengan kata-kata
isterinya.
Akibat geram yang teramat sangat,
Damia mencubit lengan Darwisy.
“Aduh! Sakitlah sayang. Sayang ni
lahir tahun ketam ke apa?” Tanya Darwisy sambil menggosok lengannya yang terasa
perit.
“Padan muka! Siapa suruh gatal
sangat.” Marah Damia. Jelingan maut juga dihadiahkan buat Darwisy.
Darwisy menggeleng kepala sambil
tertawa. Dia pasti sedikit masa lagi Damia akan jatuh ke dalam tawanannya.
“Makan tengah hari dengan abang.
Jangan membantah!” Pipi Damia dikucup. Setelah itu Darwisy beredar meninggalkan
Damia.
Huh! Suka sungguh memaksa, dengus
Damia. Damia menyentuh pipi dan bibirnya. Dia turut merindui Darwisy sebenarnya.
Cuma... bila teringatkan perempuan itu, hatinya menjadi tawar tidak bergula.
Pedih, kecewa dan marah bergumpal menjadi satu bila terkenangkan perbuatan
Darwisy.
DAMIA
mengatur langkah mengiringi Darwisy. Ingatkan ke manalah Darwisy ingin
membawanya keluar makan. Rupa-rupanya ke hotel tempat dia menginap. Ada baiknya
juga mereka makan tengah hari di situ, bolehlah dia menjengah anak-anaknya seketika.
Setelah membuat pengesahan
pesanannya, Darwisy mengajak Damia ke bilik yang didiami Damia bersama
anak-anaknya. Riuh bunyi mulut anak-anaknya ketika melihat wajahnya
dan Damia.
“Umi... umi... umi...” Farisya dan
Fareez memanggil Damia. Terkedek-kedek dua beradik itu mendapatkan uminya.
Setelah itu mereka menghampiri Darwisy. Bagaikan tahu-tahu sahaja itu adalah daddy mereka.
“Nak mamam,” jelas Fareez mesra sambil memeluk leher Darwisy. Farisya
pula melentok manja di bahu Darwisy.
“Anak daddy dah lapar ya?” Tanya Darwisy sambil mencium pipi Fareez dan
Farisya dengan penuh kasih sayang. “Bila pesanan dah sampai, kita makan
sama-sama. Nanti daddy suap Reez dan
Isya makan.” Jelas kelihatan kasih seorang bapa di situ.
Tidak lama kemudian pesanan yang
ditempahnya telah tiba. Sengaja Darwisy melarang Nomi memberi anak-anaknya
makan awal. Dia ingin merebut kembali masa yang terbuang sebelum ini. Dia ingin
anak-anaknya rapat dan mengenali dia sebagai bapa mereka. Darwisy mendudukkan
anak-anaknya. Dia ke singki mencuci tangannya.
“Sayang pergi makan dulu. Anak-anak
biar abang layan. Lepas makan sayang solat dulu ya. Nanti lewat pula kita nak
menghadiri mesyuarat.”
Damia hanya mengangguk kepalanya
tanda setuju. Biarlah Darwisy rapat dengan anak-anaknya, getus Damia. Kagum
Damia melihat perlakuan Darwisy. Terserlah sifat kebapaannya. Tekun dia melihat
Darwisy melayan kerenah anak-anaknya. Begitu berselera sekali anak-anaknya
menikmati makan tengah hari. Sambil menyuap anak-anaknya, Darwisy juga menyuap
makanan ke mulutnya. Kecoh jadinya bila anak-anaknya tidak sabar menunggu
giliran. Saat mata bertentangan, senyuman manis menghiasi ulas bibir Damia.
Selesai memberi anak-anaknya makan,
Darwisy menuju ke bilik utama untuk bersolat. Damia hanya memandang perlakuan
Darwisy. Hatinya tertanya-tanya, adakah pakaian yang terdapat dalam bilik itu adalah
milik Darwisy? Darwisy kelihatannya langsung tidak kekok dengan suasana dalam
bilik hotel itu.
Darwisy menukar pakaiannya.
Pakaiannya tadi kotor apabila Isya tiba-tiba mengesat mulut di lengan bajunya. Baru dia hendak membuka mulut bercakap dengan Damia, telefonnya
berbunyi.
“Helo... Hassan! Ada apa?”
“Aku telefon ni nak beritahu
tentang rumah tu. Semuanya dah siap.”
“Oh... dah siap ya? Nanti kita
jumpa. Terima kasih banyak-banyak Hassan.” Darwisy menamatkan perbualannya.
“Jom sayang kita pergi,” ujar
Darwisy sambil memandang Damia. “Oh ya... sebelum abang terlupa! Sayang
bolehlah kemas barang-barang sayang dan anak-anak. Rumah yang sayang hendak
duduk tu sudah siap diubah suai.”
Damia sudah tidak terkata apa.
Semua maklumat tentang dia, Darwisy telah tahu. Tapi apa yang hendak
dipelikkan? Darwisy kan bosnya. Tentu Darwisy tahu apa jua yang melibatkan
dirinya.
“Bila boleh masuk rumah tu?” Tanya Damia.
“Abang rasa hujung minggu ni pun
boleh. Nanti abang tolong sayang berkemas.”
“Emmm... baiklah!” Damia memberikan persetujuannya. Langsung dia
terlupa hendak bertanyakan tentang bilik utama di hotel itu kepada Darwisy.
Best sgt2 tak terluah dgn kata2. Tahniah penulis.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sukakan SPH. amat menghargainya.
DeleteAduh... duh... mmg best kak. Superbbbb... 10/10.
ReplyDeleteso sweet Darwisy ni. luv u sis 4 this n3
Puteri... terima kasih dek. Terharu dgn sokongan anda selama ini.
DeleteSama-sama kak.
DeleteTerus bersama akak...
Bestttttt...
ReplyDeleteMmg bestlah n3 ni...
Tersgt best....
Tahniah kak DD.
Raihana...
DeleteTerima kasih krn menyokong dr CIM lg. Tanpa anda tak akan ada SPH.
Kak DD tolonglah... makin jatuh cinta dgn SPH ni. senyum tak henti2 dr td.
ReplyDeleteBest kak DD. Go... Kak DD go...
Terima kasih. Akak terharu sgt dgn sambutan yg adik berikan. Terus bersama SPH.
DeleteBest arrrr.
ReplyDeleteTeruskan menulis ya writer...
mmg best karya awak
Insya ALLAH selagi ada daya dan sambutan, saya akan terus berkarya.
DeleteTerima kasih.
Kak DD... senyuma smpi ke telinga bc bab 11 ni. Mmg betul2 best akak. Suka cara Darwisy mengusik Damia...
ReplyDeleteTak mau gaduh2 ya...
Ayu...
Deletesenyum jgn tak senyum...
Terima kasih ayu krn terus di sisi akak.
OMG... mmg best part ni...
ReplyDeleteKak nak lgi...
Pasti makin best dan menarik....
Minggu depan pulak ya...
Deleteterima kasih krn terus bersama SPH.
Tak sangka ada n3 baru hari ni. sekadar nak ulang bc bab 10. mgkn dah rezeki saya agaknya.
ReplyDeleteMenarik dan sgt best
Saya pun tak sangka nak masukkan n3 ari ni.
DeleteApa pun terima kasih krn terus bersama SPH.
Besttttt...
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu smbgan.
Yg ni bakal terbit tak?
Terima kasih krn sukakan SPH.
DeleteTerbit? Insya ALLAH sekiranya ada sykt yg berminat.
Dr td dok senyum. Ada org kat gila sat gi.
ReplyDeleteMmg best, hrp mrk kekal bahagia.
Suka sgt dgn Darwisy ni...
Onah...
DeleteSenyum jgn tak senyum...
Doakan kebahagiaan mrk ya...
mmg super duperlah n3 kali ni.
ReplyDeleteIngatkan mrk akan bercerai tp tak.
Suka dgn gaduh2 sayang ni...
Tahniah....
Terima kasih krn sudi meluangkan masa membc SPH.
DeleteSgt2 mebghargainya.
Nak lagi...
ReplyDeleteTak puas bclah Kak.
Best sgt2.....
Nak lagi?
DeleteMinggu depan pulak ya. Insya ALLAH.
Terima kasih krn sudi membc SPH.
Nak sambungannya.
ReplyDeleteMenarik...
Best...
Tak sabar nak tahu selanjutnya... tamak dah ni...
Tunggu minggu depan ya.
DeleteMana dah hilang semangat sayang nak buang darwish jauh2 tuh...
ReplyDeleteBilalah yer sayang nak bertentang mata dengan danish dan bini dia masa darwish ada...
Bila plak turn mamat x paham bahasa tuh nak buka langkah rebut sayang dari darwish, x kan dia diam jer x buat apa2...
Penat dah dia tunggu lama sangat sayang tu...
~w.t~
Bila cinta bertaut di hati, perasaan sayang mengatasi perasaan benci.
DeleteDamia pasti akan jumpa dgn Danish nnt...
Citer ni akan habis kat blog atau dalam perancangan untuk dihantar ke penerbit...
DeleteBila yer sayang nak tau darwish xcident masa balik dari johor 2 tahun lepas...
~w.t~
Kak DD tau yg ada part sedey tau. Nak yg happy jer...
ReplyDeleteInsya ALLAH tak akan ada part sedih sbb akak pun tak suka sedih2 ni.
Deletebertambah seronok nak berkunjung ke mari.
ReplyDeleteMenarik cerita ini.
Tahniah writer...
Teruslah berkunjung ke sini ya...
DeleteTerima kasih krn sukakan SPH yg tidak seberapa ini.
Writer dah buat mulut saya tak blh nak katup.
ReplyDeleteTerbc je part Darwisy, asyik senyum memanjang.
Tahniah. Menarik sgt2.
Teruskan berkarya.
hehehe...
DeleteTerima kasih krn sukakan SPH.
Tak cukuplah kak Dayana Darwisy.
ReplyDeleteBest ni.
Nak lagikkkkk.....
Nak lagi ya...
Deleteminggu depan pulak ok.
Terbaik kak DD.
ReplyDeleteTeruskan dan teruskan...
sentiasa sokong tulisan akak.
Terima kasih krn menggemari SPH.
DeleteSgt terharu atas sokongan adik.
emmm... nak tulis apa ya???
ReplyDeleteoh... nak ckp best sesgt n3 ni. Tak puas bc.
Suka sgt dgn Darwisy dan Damia.
Sorang merajuk dan sorang lg pujuk.
Rasa mcm nak minta je smbgannya lagi...
Terima kasih. Sgt2 menghargai komen anda.
DeleteTunggu minggu depan pulak ya...
Bila nak terbit SPH ni?
ReplyDeleteTak sabar nak beli.
Terbit?
DeleteManuskrip pun blm hantar lg utk penilaian.
Sabar ya...
hahaha... kelakar sungguh Darwisy ni....
ReplyDeletejgn nakal2 ya....
jgn gatal tau...
Semakin jatuh cinta dgn SPH.
Teruskan kecintaan anda terhadap SPH.
DeleteBuat hati saya ceria dan riang dgn n3 kali ini.
ReplyDeletebimbang gak kalau2 Damia minta cerai.
Syukur sgt2 krn SPH mampu buat anda ceria dan terhibur.
DeleteMenarik...
ReplyDeleteLangsung tak bosan membcnya, sedar2 dah habis.
Smbg cpt2 ya writer.
Terima kasih krn sukakan SPH.
DeleteTunggu minggu depan pulak smbgannya.
bestnya dapat baca kali ke 2 utk mggu ni...
ReplyDeletedarwisy dah memula kan langkah utk mendapatkan sayang balik..
sayang pulak knp x tanya je darwisy tentang salah faham sayang 2...
adakala nya pandangan mata juga boleh silap...
kak...
jgn la bg sayng berpisah ngan darwisy lgi...
cian kat anak2 diorg baru nak kenal daddy diorg...
kak
kalu sayng pindah...darwisy ikut x...
bila darwisy nak bgtau kat bonda....
kalu darwisy syg mia cept2 la selesaikan masalah bonda 2....
pas ni mesti c reqza 2 menyibuk pulak...nanti tambah masalah lgi..
ryn...
ReplyDeletebab 11 ni sbg tanda penghargaan akak terhadap pengunjung setia BHSK walaupun karya akak tak seberapa, tp mrk tetap sudi dtg menjenguk.
ryn...
kita nntkan bersama apa yg bakal berlaku nnt.
Siapakah yg bakal mencipta masalah dlm rumah tangga mrk, tunggu...
mgkn... Natilia, Benjamin Asyraf dan juga Fauzan Taufiq atau Reqza...
Sungguh mengujakan bab 11 ni, tak puas bc. terlampau best.
ReplyDeleteAbg Darwisy tambatlah hati damia sebaik mungkin agar dia tidak terlepas lari.
Terima kasih krn meminati SPH.
DeleteKita tengok nnt sama ada Damia jatuh ke dlm genggaman Darwisy atau tidak.
menarik....
ReplyDeletecepat sambung...
tak sabar nak tahu apa akan jd selanjutnya...
Terima kasih.
DeleteSambungannya minggu depan pulak ok.
tak nak komen apa2..sebab dh memang dh bestttt...cuma kalau boleh..nak lagi..lagi..dan lagi.....
ReplyDeleteTerima kasih krn sukakan SPH.
ReplyDeleteSangat2 menghargai.
dayana biler nk ade n3 baru nie...
ReplyDeleteda lama kot tggu nie...
huk huk huk...
Ari ni ada n3 baru ya...
ReplyDelete