TEASER 3
“Ayah tak kira. Kalau
Rie tak berkenan dengan mana-mana perempuan dalam masa yang terdekat, Rie kena
kahwin dengan pilihan ayah. Pilihan ibu tu kalau Rie tak suka, ayah tak paksa.
Tapi pilihan ayah, ayah rasa dia sesuai untuk kamu,” tegas Tan Sri Sharman.
“Apalah ayah ni!
Pilihan ayah dan ibu, dua-duanya tak menepati piawaian Rielah,” rungut Shahrul
Hairi.
“Kamu ni cerewet
sangat!”
“Habis tu, ayah tak
cerewet? Ayah pun pilih sendiri kan pasangan ayah. Jadi bagilah kebebasan untuk
Rie memilih dan mencari gadis yang benar-benar sesuai dan menepati cita rasa
Rie.” Bayangan Salmiha Haini menjelma di ruangan matanya. Tanpa sedar bibirnya
mengukir senyuman.
“Ayah bagi tempoh
sebulan dari sekarang. Jika tidak... Rie kena ikut cakap ayah.” Tan Sri Sharman
memberi amaran.
Enam bulanlah ayah.”
Shahrul Hairi membuat tawaran. Dia yakin dalam tempoh itu, dia mampu menambat
hati seorang gadis yang sudah mendapat tempat di hatinya. Tapi... masih single
lagikah si dia? Belum tanya mana nak tau kan?!
“Enam bulan terlalu lama. Nanti panjang saja
akal kamu hendak mencari helah.”
“Ayah ni!” Shahrul Hairi mula merajuk.
“Selama ni, ada ke Rie menolak segala kehendak
dan permintaan ayah?”
“Memanglah tak ada.
Tapi tindakan kamu kali ni manalah ayah nak jangka.”
“Selagi Rie ni anak ayah, ayah kena percaya
pada Rie.”
“Baiklah! Ayah cuba
percayakan Rie. Tapi... jika Rie cuba permainkan ayah, tahulah macam mana ayah
nak buat,” ugut Tan Sri Sharman.
“Ayah nak buat apa?”
“Hehehe...! Rahsia!”
“Ayah ni... mana aci!”
Shahrul Hairi merajuk lagi.
“Mana? Mana aci? Dia
ada kat sebelah ayah atau sebelah Rie?” gurau Tan Sri Sharman. Shahrul Hairi
sudah ketawa. Ayahnya ada sahaja idea hendak menyakat.
“Ingat! Tunjukkan menantu ayah dengan segera
jika tidak mahu berkahwin dengan pilihan kami,” gertak Tan Sri Sharman.
“Baik! Rie setuju dengan cadangan ayah.”
Shahrul Hairi yakin dia mampu menewaskan permainan yang diciptakan oleh ayah
dan ibunya.
Go kak dd go
ReplyDeleteTerbaik