Bab 2
SALMIHA HAINI merenung
siling sambil memikirkan masa depannya. Wang simpanannya sudah tinggal sedikit,
namun hingga kini dia masih gagal mendapatkan sebarang pekerjaan. Mujurlah
teman baiknya Sofea tidak berkira dan sudi membenarkan dia tinggal di situ.
Salmiha Haini mengeluh. Apalah yang akan jadi dengan esok hari? Dan sampai bila
dia nak ‘menanam anggur’ sebegini?
Bunyi
telefon bimbit yang memekakkan telinga, mencantas lamunannya. Salmiha Haini
merenung seketika nama yang terpapar di skrin telefon bimbit itu.
“Aduh...
Mak Cik Sofea ni! Tak agak-agak nak telefon waktu macam ni. Dia tak tahu ke dah
pukul berapa sekarang? Sejak bila mak cik sorang ni tak pandai tengok jam? Atau
jam kat bilik dia mogok?” Rungut Salmiha Haini sambil mengerling jam dinding
jenama Seiko yang tergantung elok di kamar tidurnya.
“Hoi...
kenapa lambat angkat? Naik lenguh ketiak aku pegang telefon ni, kau tahu tak?” Serang Sofea.
Salmiha
Haini bantai gelak mendengar ayat Sofea. Setelah puas ketawa, barulah dia
menyapa sahabat baiknya.
“Assalamualaikum
Cik Sofea a.k.a gadis ayu...” Salmiha
Haini bersuara lunak. Nak tunjuk kononnya dialah gadis Melayu terakhir. Gelaran
gadis ayu diciptanya buat Sofea ketika mereka menuntut di universiti. Ini semua
gara-gara sikap lemah lembut dan sopan santun Sofea ketika berhadapan dengan
kekasih hatinya. Jika tidak, jangan haraplah rakannya itu hendak meng‘ayu’kan
tingkah lakunya.
“Waalaikumussalam...,”
jawab Sofea kurang mesra. “Apasal kau
gelak tahap meroyan kat aku tadi?” Marah Sofea. Kalaulah Salmiha Haini nampak
raut wajahnya kala ini, mahu demam seminggu agaknya.
“Habis
tu kau tiba-tiba aje buat lawak seram pukul dua pagi, macam mana tak kena
gelak!” Ujar Salmiha Haini. Dia kembali mentertawakan Sofea.
“Mana
ada aku buat lawak!” Bangkang Sofea. Makin geram hatinya mendengar tawa Salmiha
Haini yang tiada henti itu. Kalah pesakit mental!
“Wei... mak cik! Orang pegang telefon
bukan lenguh ketiak tapi lenguh tangan. Kau ni bercakap macam tak belajar
Bahasa Malaysia kat sekolah,” ejek Salmiha Haini.
“Lenguh
ketiak dengan lenguh tangan sama ajelah nenek! Bukan ke tangan dan ketiak
bersambung sekali.” Sofea menegakkan teorinya.
“Hesy...
kau ni! Bila aku ajar, kau tak mahu ikut. Macam manalah kau tak kena ambik BM Julai,” bebel Salmiha Haini.
“Kau telefon aku malam-malam buta ni apa kejadahnya?
Kau tak tahu ke waktu-waktu begini aku tengah beradu?”
Macam
manalah Si Sofea tak panggil dia nenek? Kerja dia memang suka berleter dan
membebel. Tapi dengan orang tertentu sahajalah dia berkelakuan sedemikian.
“Aku
tengok bilik kau terang, sebab itulah aku telefon,” ulas Sofea.
“Kenapa
kau tak masuk aje bilik aku?”
Hahaha...
pecah lobang! Ingatkan duduk jauh
beribu batu, sampai bertelefon-telefon. Rupanya bilik sebelah aje...
“Nak
pulas tombol pintu, takut jemari aku yang lembut bak sutera ni jadi kasar!”
Sofea buat dialog drama tak hingat
diri.
“Mak
aii... ayat! Tak agak-agak langsung!
Berlagak nak mampus pun ada. Macamlah kau tu artis popular!” Tukas Salmiha
Haini. Dengan Sofea perkataan yang keluar dari mulutnya memang tidak seperti
gadis Melayu terakhir. Sekiranya dengan orang lain... ayat semanis gula akan
meniti di bibirnya yang cantik dan seksi itu.
“Aku
tak ada pun kata yang aku ni artis popular! Kau tu aje yang pandai-pandai beri
gelaran,” tempelak Sofea.
“Dahlah
bergayut kat telefon. Buat habis kredit dan sakitkan telinga aku aje! Jom kita
borak kat luar.” Salmiha Haini segera menekan butang merah. Dia meneliti wajahnya
seketika di cermin. Terlompat Salmiha Haini melihat objek di dalam cermin
tersebut. Dengan rambut kusut masai dan bedak sejuk yang menepek di muka, dia
sangkakan hantu. Rupanya diri sendiri. Mujurlah takde sakit jantung atau asma. Jika tidak, mahu masuk wad malam ni.
Sewaktu
Salmiha Haini keluar dari biliknya, Sofea juga turut melakukan hal yang sama.
Macam berjanji pulak nak keluar
sama-sama. Dan...
“Hantu!!!”
Jerit mereka berdua.
Masing-masing
masuk kembali ke dalam bilik. Setelah semangat yang hilang tadi pulih dan yakin
itu bukan hantu, Salmiha Haini dan Sofea membuka kembali pintu bilik
masing-masing. Pabila pandangan mereka bertembung, Salmiha Haini dan Sofea
pakat gelak sakan.
“Aduh...
semput aku dibuatnya! Mati-mati aku ingat kau ni hantu,” tegur Sofea sambil
mengurut dadanya yang berdegup kencang akibat terperanjat.
“Habis
kau ingat aku tak terkejut? Dengan baju tidur serba putih. Pastu dengan masker
sepenuh muka, boleh buat aku kiok
awal tahu tak!” Rungut Salmiha Haini. Dah rupa cik ponti aje dia pandang Sofea tadi. Rambut pula mengalahkan rambut
Kak Limah. Mengerbang!
Sofea
menyambut rungutan Salmiha Haini dengan sengihan lawanya.
“Eleh...
muka kau pun teruk gak, penuh dengan
bedak sejuk!” Komen Sofea.
“Hah...
sebab apa kau call aku tadi? Macam
tak menyempat nak tunggu esok,” soal Salmiha Haini.
“Esok
kau ada interview lagi tak? Kalau takde aku nak mintak tolong.”
Salmiha
Haini memandang tepat wajah teman baiknya.
“Nak
ikutkan ada. Tapi kau dah minta tolong, tak akan aku nak hampakan harapan kawan
aku pulak.”
“Inilah...
buat aku sayang kat kau!” Sofea segera memeluk Salmiha Haini dan mencium pipi
gebu kawannya itu.
“Hesy...
kau ni! Tak payahlah nak over sangat!
Buatnya ada orang nampak, tak fasal-fasal kita dituduh dot.lesbian.dot.com.!” Marah Salmiha Haini. Pipinya dikesat.
“Apa
salahnya aku jatuh cinta kat kau? Kau kan cantik! Rugi tau kalau aku lepaskan
kat orang lain,” sakat Sofea. Dia cuba menahan ketawa tapi tak mampu. Akhirnya
terburai jua tawanya.
Salmiha
Haini menjeling geram. Ini boleh mendatangkan marah, gumamnya.
“Melampaulah
tu! Kau tengah buang tebiat ke apa
ni?” Wajah Sofea dipandang dengan rasa geram. “Sebelum aku jadi gila dengan
perangai kau, aku sanggup putus sahabat tahu!” Tempelak Salmiha Haini. “Hei...
cepatlah cakap! Apa sebabnya kau telefon aku? Kau tak tengok dah pukul berapa
sekarang? Aku mengantuk tahu, tak?”
“Aku
nak cakaplah ni. Kau ni pun... tak reti bersabar langsung. Sikit-sikit nak
marah! Kata gadis Melayu terakhir?” Perli Sofea.
“Ya...
gadis ayu! Apa yang boleh gadis Melayu terakhir bantu?” Salmiha Haini bercakap
dengan lemah lembut dan memulakan karektor gadis Melayu terakhirnya. Matanya
sengaja dikerdipkan beberapa kali.
“Ha...!
Kan sedap sikit telinga aku mendengarnya,” puji Sofea tak berapa nak ikhlas.
“Macam ni! Kak Tipah cuti esok sebab nak bawa anak dia pergi klinik. Jadi aku
ingat nak mintak tolong kau cover
tempat dia.” Sofea menerangkan tentang tujuan dia bertemu Salmiha Haini. Dia
merasakan Salmiha Haini tiada masalah untuk membantunya di nurseri memandangkan
teman baiknya itu selalu berkunjung dan bermain dengan anak-anak di situ jika
ada masa lapang. Rakannya juga rapat dengan pekerja-pekerjanya.
Salmiha
Haini garu dagunya. Bab ni dia lemah sikit. Nak-nak kalau kena jaga bayi.
Memang dia angkat tangan menyerah kalah. Dia memang tak pernah jaga budak kecik
dan tak pandai. Kalau ada pun Si Rafeah, anak arwah Mak Langnya. Itu pun
sekejap-sekejap, waktu arwah Mak Lang dan keluarganya pulang ke kampung. Tapi
Si Rafeah dah besar masa tu. Dia sekadar memerhatikan sahaja bimbang jatuh
tergolek. Pak Lang Yusofnya akan membebel jika anak perempuannya lebam sana
sini. Sayangkan anaklah katakan...
Dia
mengelamunlah pulak! Sofea menyigung
lengan Salmiha Haini.
“Emmm... bolehlah kut!” Salmiha Haini
memberi persetujuan.
Lapang
rasa dada Sofea apabila Salmiha Haini sudi membantu. Mahu tak menang tangannya
di Nur Kasih jika rakannya itu enggan membantu. Menjaga bayi dan kanak-kanak
bukanlah perkara yang mudah. Keselamatan mereka merupakan perkara utama dan
perlu dititikberatkan selain makan minum, kebersihan dan kesihatan mereka.
“Jomlah
kita masuk tidur, nanti lewat pulak
kita bangun.”
Amboi!
Mentang-mentang aku setuju tolong dia, terus ajak tidur. Kalau tak... dia asyik
buat wayang aje, omel Salmiha Haini dalam hati.
Tanpa
sepatah kata Sofea masuk ke biliknya.
Salmiha
Haini menggeleng kepala melihat telatah temannya. Dia turut bangun dan berlalu
ke bilik yang disediakan untuknya.
BERSAMBUNG.... :D
Lama tunggu baru ada. Apa pun besssss...
ReplyDeleteTerima kasih krn setia menanti. Dan mohon maaf krn tertunggu-tunggu.
DeleteSuka... suka
ReplyDeleteBila nak terbit ni Kak DD.
Terima kasih Athirah krn masih setia bersama.
DeleteTerima kasih DD, terubat rindu. Smbg cepat2 ya.
ReplyDeleteTerima kasih juga Onah krn masih terus setia bersama. Insya Allah ada masa terluang akan dismbg lg. Ini pun minta tlg anak angkat masukkan bab 2 ni.
DeleteTeruskan berkarya kak DD. Saya suka hasil karya kak DD.
ReplyDeleteTerima kasih p3 atas sokongan yg tidak berbelah-bahagi.
Deletelagikkk...
ReplyDeletejangan hilang lama2 sgt ya kak dayana.
hehehe...
Deleteterpaksa menghilang.
anak juga perlukan perhatian.
menulis ni sekadar suka2 je.
Kelakarlah Salmiha Haini.
ReplyDeleteMakin tak sabar nak tahu kisah cinta Salmiha Haini & Shahrul Hairi.
Best Kak DD
Sabar Raihana.
DeleteTerima kasih krn blh terima SACA seadanya.
nak beli buku si pencuri hati...dah publish kee???
ReplyDeleteSi Pencuri Hati belum diterbitkan lagi. Nanti bila dah keluar akan diberitahu. Sabar menanti ya :)
DeleteAlahai pendeknya Kak Dayana. Tak puas bclah kak ;)
ReplyDeletennt smbg cpt2 yek.
Pendek ke?
DeleteAkak rasa mcm dah panjang je.
best....
ReplyDeleteTerima kasih baby mio krn dpt terima SACA seadanya.
DeleteLagi...
ReplyDeleteBest...
Lagi? Sabar ya.
DeleteTerima kasih krn dpt terima SACA seadanya.
Makin teruja nak tunggu n3 selanjutnya. Bakal adakah lagi pertemuan2 yg menarik selps ini?
ReplyDeleteNak tahu apa yg berlaku selanjutnya...
Deletetunggu... hehehe...
TAK SABAR NAK TUNGGU BAB 3. MCM MENARIK AJE CERITA NIH.
ReplyDeleteSabar ya...
DeleteBile nak ada n3 baru nihhhh????
ReplyDeleteSACA kita rehatkan seketika
ReplyDelete