TEASER 5
“By the way, I’m Ringgo and you?” tanya
Shahrul Hairi sambil menghulurkan salam perkenalan. Dia belum berhajat
memberitahu nama sebenarnya. Dan dia juga pura-pura tidak mengenali Salmiha
Haini. Dia yakin Salmiha Haini tidak kenal dan mengingati dirinya. “Saya
Salmiha Haini. Maaf... saya tak boleh sambut tangan awak, ajnabi. Haram
hukumnya,” jelas Salmiha Haini jujur.
Shahrul Hairi rasa hendak tampar pipinya.
Bukannya dia tidak pernah terkena dengan Salmiha Haini sebelum ini. Dia
kemudiannya menarik kembali tangannya dan melemparkan senyuman ikhlas. Begitu
terjaga akhlak dan sahsiah gadis ini, getusnya.
“Awak pun kena paksa kahwin
juga?” Shahrul Hairi senyum dan angguk. Cakap lembut-lembut macam ni kan bagus.
Sejuk hati abang. Makin abang sayang, bisik hati Shahrul Hairi yang nakal lagi
gatal.
“Ya! Malahan saya diberi dua pilihan. Berkahwin dengan sepupu saya atau
anak kenalan mereka sekiranya gagal mencari pilihan sendiri dalam tempoh lebih
kurang enam bulan ini. Bukankah itu tidak adil namanya?” Shahrul Hairi diam
seketika.
“Awak tahu… Gadis yang hendak dipadankan dengan saya tu langsung
tidak menepati kriteria yang saya harapkan. Walaupun dia sepupu saya tapi kalau
hati kata tak berkenan nak buat macam mana kan… Saya sebolehnya mengharapkan
Allah menjodohkan saya dengan gadis yang dekat dengan agama. Saya impikan
seorang isteri yang menutup aurat. Boleh setia bersama saya hingga ke akhirnya.
Dan paling penting, mampu menjadi isteri dan ibu yang terbaik buat anak-anak
saya. Kalau boleh… Saya ingin berkahwin sekali saja seumur hidup,” jelas
Shahrul Hairi sambil memandang Salmiha Haini. Berada di samping gadis itu,
jiwanya terasa tenang dan damai. Bahkan mampu membangkitkan perasaan yang
begitu mengasyikkan. Angau sungguh! Terpukau Salmiha Haini mendengar luahan
lelaki bernama Ringgo itu. Pasti bahagia siapa yang bakal menjadi suri hidup
lelaki itu.
“Awak dah ada kekasih?” Shahrul Hairi bertanya. Matanya turut merenung
lembut gadis di sebelahnya itu. Wajah itu tetap kelihatan cantik dan ayu
biarpun masih diseliputi mendung. Kelembutan juga terserlah di wajah itu
walaupun sedikit garang sebentar tadi. Dan tetap kelihatan anggun dan jelita
walaupun tidak menayangkan bentuk badannya. Salmiha Haini memandang wajah
lelaki yang bernama Ringgo itu dengan sedikit hairan.
“Tak ada! Kenapa? Awak
berminat nak jadi calonnya ke?” tanya Salmiha Haini sambil mencerlangkan biji
matanya tanda tidak menyukai pertanyaan Shahrul Hairi.
“Saya? Nak jadi calon
kekasih awak?” Shahrul Hairi bertanya sambil tertawa kelucuan. “Minta maaf la!
Penampilan awak tidak kena langsung dengan cita rasa saya dan untuk pengetahuan
awak... karektor awak juga tidak sedondon dengan jiwa saya.” Bersahaja kata-kata
yang meluncur dari mulut Shahrul Hairi.
“Awak tu garang sangat, macam harimau
nak membaham anak. Emmm… seriau saya tau...,” usik Shahrul Hairi. Dia harus dan
perlu menjunjung egonya barang seminit dua. Tak akanlah terus hendak mengaku
yang dia meminati gadis itu. Mestilah kena berlakon dahulu. Dia tidak mahu
nampak terlalu gelojoh di mata Salmiha Haini. Dan juga bimbang sekiranya
Salmiha Haini dapat menebak perasaannya terhadap gadis itu. Malulah dia nanti.
Mencerlung Salmiha Haini memandang jejaka di sebelahnya.
“Macamlah saya ni dah
terdesak sangat nak jadi calon kekasih awak! Awak juga tak tersenarai dalam
short listed lelaki idaman saya. Eh! Kalau dunia ni nak kiamat sekali pun,
masih ramai lagi lelaki di dunia ini yang boleh dijadikan calon selain awak.
Mengerti! Jadi tak usah banyak cakap!” bentak Salmiha Haini geram. Macam bagus
aje lelaki di sebelahnya ini. Dia ingin berlalu namun tangannya pantas dicapai
Shahrul Hairi.
No comments:
Post a Comment