H
|
UBUNGAN
Athirah dan Mikhail masih lagi berlangsung seperti biasa. Walaupun sibuk, Mikhail
tetap mencari ruang untuk meluangkan masa bersamanya. Jika tidak dapat keluar bersama,
Mikhail akan menelefon atau menghantar e-mel kepadanya. Sikap Mikhail yang prihatin,
sering membuai-buai perasaan Athirah. Namun semua itu terpaksa Athirah kuburkan
sebelum menjadi parah. Tembok dan benteng perlu dia robohkan terlebih sebelum mendekati
Mikhail. Selagi akad belum terlerai, selagi itulah dia hanya mampu bermimpi
untuk jalan seiringan dengan Mikhail.
Telefon
bimbitnya berbunyi...
“Assalamualaikum...
sayang! Ingat abang tak hari ni? Emm...
rindu abang tak?” tanya Mikhail. Suara Mikhail juga kedengaran sedikit serak.
Maklumlah baru bangun tidur. Selepas solat Subuh, Mikhail menyambung kembali tidurnya.
Malam tadi dia tidur agak lewat kerana menyiapkan tugasannya.
“Waalaikumsalam.
Emm... banyaknya soalan! Tak tahu
mana satu yang nak jawab dulu! Abang kat mana tu?”Athirah mengalih topik perbualan.
Dia tidak tahu bagaimana hendak menyampaikan perasaannya. Antara dia dan
Mikhail tiada hubungan istimewa melainkan sekadar lakonan semata-mata. Athirah kadangkala
pelik dengan sikap Mikhail. Mengapa Mikhail begitu murah menuturkan kata cinta,
sayang dan rindu jika dia tidak ikhlas untuk memaknakannya.
“Sekarang
abang tengah berehat kat bilik. Sekejap lagi nak bersiap-siap pergi kelas. Sayang
tengah buat apa tu? Takde kelas ke?”
“Baru
lepas habis kelas Puan Siti Fatimah. Sekejap lagi nak pergi minum dengan kawan-kawan
sementara menunggu kelas berikutnya,” balas Athirah.
“Malam
ni, sayang free tak? Abang rindulah!
Dah lama kita tak keluar bersama. Cakap dalam telefon tak best! Tak dapat nak tengok muka sayang yang cantik dan blushing bila malu.” Mikhail mengusik
Athirah. Tapi dia sememangnya rindukan Athirah. Sejak kebelakangan ini dia
terlalu sibuk. Hinggakan waktu untuk bersama Athirah terpaksa dia korbankan.
“Rasanya
tak boleh kut. Lepas kelas, sayang nak pergi rumah Kak Hana dan Kak Ani. Nak
minta mereka ajar beberapa subjek yang sayang kurang faham. Dan sayang mungkin tidur
kat rumah mereka.”
Mikhail
sudah tersenyum di talian. Akalnya juga sudah panjang berdepa-depa. Ini bermakna
sepanjang hujung minggu, dia boleh berkepit sakan dengan Athirah.
“Macam
nilah! Lepas makan malam, abang hantar sayang ke rumah sewa mereka, boleh?”
“Bolehlah
macam tu. Kita keluar lepas Isyak. Ingat! Lepas makan, abang terus hantar ke rumah
mereka. Jangan nak melencong ke tempat lain pula!” Athirah memberi amaran. Athirah
tahu dia tidak boleh menolak setiap ajakan Mikhail.
“Abang
setuju! Pukul sembilan abang ambil sayang. Okeylah, abang nak bersiap ni. Nanti
terlewat pulak. Miss me okey,” ujar Mikhail sebelum mematikan talian.
Hisy...
mamat ni! Memang pakar menggoda! Nasib baiklah aku dah siap pasang perisai. Kalau
tidak mahu terjatuh cinta, omel Athirah dalam hatinya.
“Oii... mak cik, cepat sikit! Jalan macam
itik! Terkedek-kedek!!!” laung Aisyah.
“Yalah...
yalah...!!! Aku jalan lajulah ni!” ujar Athirah sedikit jengkel.
Huh,
ada ke patut Si Aisyah ni samakan aku dengan itik! Aku yang cun-melecun ni
macam itik? Habaq mai tang mana macam itik tu? Gumam Athirah. Hebatnya kau
Athirah! Boleh cakap loghat utara. Puji Athirah kepada dirinya sendiri.
“Amboi...
dapat bercakap dengan cik abang bukan main lagi seronok ya? Terus bersemangat! Kalau
tidak... dalam kelas asyik monyok je
macam ayam berak kapur,” sakat Aisyah lagi.
“Mana
kau tahu aku monyok sebab rindukan dia? Aku bukan rindu dialah, tapi rindu kat mak
aku di kampung,” ujar Athirah sedikit sayu.
Aisyah
terdiam.
“Kau
orang tolong belikan aku horlick panas dan karipap boleh? Aku nak telefon mak
aku kejap,” ujar Athirah kepada empat orang sahabatnya itu.
Fazlina,
Aina, Aisyah dan Salmi mengangguk sebelum beredar.
Athirah
mencari tempat duduk buat mereka berlima sementara sahabat-sahabatnya membeli
makanan dan minuman.
“Assalamualaikum...
mak. Mak dan ayah sihat?” tanya Athirah apabila suara Mak Salamah kedengaran di
talian.
“Waalaikumsalam... mak dengan ayah sihat. Alhamdulillah.”
“Hujung
bulan ni, boleh tak mak datang sini? Baby
rindulah kat mak dan ayah.” Suara Athirah sudah bertukar sebak. Dia sememangnya
manja dengan emaknya. Maklumlah dia anak tunggal perempuan.
“Hujung
bulan ni ya? Tengoklah macam mana nanti. Mak tanyakan ayah dulu.” Mak Salamah
tahu sangat dengan perangai manja anaknya. Langsung tak boleh nak berenggang. Jika
boleh, nak duduk bawah ketiak dia dan suaminya sahaja.
“Baby sihat? Macam mana belajar? Semuanya
okey? Takde pasang niat nak berhenti belajar
lagi?” tanya Mak Salamah bertalu-talu. Dia bimbangkan anak perempuannya itu. “Baby belajar kat sana tu elok-elok. Ingat
sikit, Baby tu isteri orang. Jangan
buat perangai tak tentu hala.” Mak Salamah mula memberi tazkirah buat anak
bongsunya. Dia bimbang jika anaknya itu lupa akan status dirinya. “Baby tak pergi ziarah umi dan abi?”
Amboi...
emakku sayang! Banyaknya soalan maut. Kenapalah tak simpan sikit soalan-soalan
tu untuk tahun depan? Getus Athirah.
“Alhamdulillah...
Baby sihat. Semuanya okey dan
terkawal bos!” gurau Athirah.
Ketawa
Mak Salamah di talian.
“Buat
masa ni, belum ada masa lagilah hendak berjumpa mereka. Sibuk sangat.” Athirah
beralasan. “Insya-ALLAH, sekiranya ada masa yang sesuai, Baby akan jenguk mereka,” ujar Athirah menyedapkan hati emaknya. Mati
hidup balik rasanya, dia tidak akan sekali-kali menjejakkan kaki ke rumah mentuanya.
Athirah
teringat lagi peristiwa di awal kemasukannya ke universiti. Gara-gara kena marah
dan kena denda dengan Mikhail, dia menelefon emaknya di kampung supaya datang
mengambilnya. Dia ingin berhenti belajar dan pulang ke kampung. Mujurlah emak
dan ayah serta abang-abangnya banyak memberikan semangat dan dorongan. Kata mereka,
itulah adat resam hidup bergelar pelajar. Kadangkala yang sedih dan menyakitkan
hati itulah yang akan jadi peristiwa manis untuk dikenang.
Kini
dia akui kebenaran kata-kata tersebut. Detik bertikam lidah dan berperang
seperti Palestin dengan Israel menyebabkan hubungannya dengan Mikhail semakin
rapat. Kadangkala dia rasakan, dialah kekasih hati Mikhail yang sebenar dan
bukannya sekadar lakonan. Tapi bila teringatkan siapa dirinya, Athirah terpaksa berpijak di bumi nyata.
Hingga kini dia belum pernah berjumpa dengan suaminya. Kadangkala dia sendiri terlupa
yang dirinya adalah isteri orang jika emaknya tidak mengingatkan statusnya.
TEPAT
sembilan malam, Mikhail menelefonnya dan memberitahu dia sedang menunggu di
bawah. Mikhail sememangnya jenis menepati janji dan masa.
Mikhail
membawa Athirah ke restoran makanan laut yang terletak tidak jauh dari rumah
sewa Rohana dan Mahani. Makanan laut di situ semuanya segar dan masakannya pun enak.
Selepas makan, Mikhail menghantar Athirah ke rumah sewa Rohana dan Mahani.
“Sayang...
esok abang bawa pergi jalan-jalan ke Genting, sayang nak tak?” tanya Mikhail
penuh pengharapan. Dia ingin menghabiskan masa hujung minggunya bersama
Athirah. Sudah lama mereka tidak keluar bersama.
Eeii...
mamat ni! Bukan ke aku dah kata hari Sabtu ni, aku nak belajar dengan Kak Hana dan
Kak Ani. Yang dia pandai-pandai buat program tu kenapa? Benci sungguhlah macam
ni. Benci... benci... benci...!!! Bisik hati Athirah. Jika aku kata tak nak, mesti
akan keluar ayat ugutan dari mulut dia. Mesti dia tak terima cadangan aku. Dia ni
tanya aje soalan NAK ke TAK! Tapi kalau aku bagi jawapan TIDAK, dia tak akan terima
punyalah! Athirah mengomel dalam hatinya.
“Nantilah
sayang tanya mereka bila nak ajar.” Athirah beralah. “Err... abang! Sebenarnya sayang tak boleh nak berlama kat rumah mereka.
Ikutkan perancangan, pagi Ahad sayang dah nak balik asrama. Nak gosok baju
untuk ke kelas minggu hadapan.” Athirah berdalih.
“Tentang
hal belajar tu, sayang tak perlu bimbang. Sayang bawa aje nota-nota tu ke sana,
nanti boleh juga belajar. Baju-baju tu, tak akanlah tak boleh gosok kemudian?” Mikhail
memujuk. “Susah-susah sangat, bagi aje kat abang, biar abang tolong gosokkan,”
gurau Mikhail.
Hisy...
dia ni! Selagi aku tak kata setuju, selagi itulah dia merayu. Macam-macam alasan
dia bagi, selagi aku tak kata, ya!
“Tengoklah
macam mana nanti. Tapi sayang tak janji sama ada boleh pergi atau tidak,”
terang Athirah. “Selamat malam abang,” ujar Athirah sambil menutup pintu kereta.
“Selamat
malam sayang. Mimpikan abang malam ni ya,” pinta Mikhail sebelum berlalu
membelah malam. Mikhail akan berpakat dengan member-membernya malam ini untuk naik ke Genting esok. Mikhail
yakin Rohana dan Mahani akan turut serta jika kekasih hati mereka ada sekali.
Athirah
memerhatikan kereta Mikhail berlalu pergi sebelum masuk ke dalam rumah Mahani
dan Rohana.
“Assalamualaikum...
Kak Hana... Kak Ani. Akak berdua dah makan malam?” Athirah beramah mesra.
Rohana,
Mahani, Nora dan Azah begitu baik dengan Athirah dan juga rakan-rakannya. Hanya
seorang sahaja yang sering tidak berpuas hati dengannya iaitu Masyitah. Tapi
Athirah dapat rasakan Masyitah sebenarnya cemburu kerana Mikhail rapat
dengannya.
“Kami
berdua sudah makan, Kak Hana yang masak. Athirah dah makan?” Mahani bertanya
ramah.
“Sudah
kak. Dengan Abang Khai tadi,” ujar Athirah malu-malu.
“Sekiranya
Athirah inginkan apa-apa, ambil aje di dapur. Jangan malu-malu, buat macam
rumah sendiri ya.” Rohana bersuara.
“Untung
Athirah dapat berkawan dengan Abang Khai. Dia tu baik sangat. Mungkin masa
minggu orientasi dia marah-marah sebab nak tarik perhatian Athirah agaknya. Sepanjang
akak berdua di sini, belum lagi akak dengar perkara yang tidak baik tentang dia.
Akak rasa, Athirah ni cinta pertama dia. Sejak bercinta dengan Athirah, dia
begitu ceria dan semakin bersemangat untuk belajar. Kak Ani rasa, tahun ni
mesti dia jadi pelajar cemerlang,” kata Mahani.
“Betul
tu Athirah! Belum ada lagi mana-mana perempuan yang dapat menggoncang imannya. Bukan
takde yang cuba mengorat dia. Tu hah kawan baik akak, Masyitah! Dah lama duk
mengayat Si Mikhail. Tapi Mikhail buat tak layan aje. Makin dingin mengalahkan bongkah
ais, adalah! Itu yang akak pelik. Kenapa dengan Athirah boleh runtuh pulak ego dia? Kalau Athirah nak tahu, sesiapa yang tak kenal rapat dengan Mikhail, ada
yang menganggap Abang Mikhail awak tu gay.
Yalah siapa yang tak menaruh syak, sekiranya siang malam asyik berkepit dengan Si
Borhan. Nasib baiklah semua cerita tu hilang begitu sahaja,” jelas Rohana
panjang lebar. Kasihan juga dia pada Mikhail, rakan-rakannya yang lain sudah
lama bercouple. Tapi Si Mikhail, baru
sekarang hendak belajar mengenal apa itu cinta.
Telefon
bimbit Athirah berbunyi.
“Maaf
kak, Athirah nak jawab panggilan telefon,” ujar Athirah sopan. Athirah berlalu meninggalkan
Rohana dan Mahani di ruang tamu.
“Helo...
sayang! Belum tidur lagi?” Kedengaran suara Mikhail. Begitu mempesona sekali
nada suaranya.
Berdegup
hebat jantung Athirah. Dia sendiri tidak faham dengan jiwa dan hatinya. Dia
sering mengingatkan dirinya supaya tidak jatuh cinta dengan Mikhail. Tapi dalam
pada masa yang sama, dia juga mendambakan Mikhail selalu ada bersamanya.
Jadi... jalan mana yang harus dipilihnya?
“Belum
lagi. Abang kat mana sekarang?”
“Abang
kat rumah keluarga abang. Esok abang ambil sayang pukul lapan pagi. Kita pergi
sarapan dulu. Lepas tu kita naik Genting. Sayang jangan tidur lewat ya, nanti
tak bertenaga pula kat sana. Tentang Kak Hana dan Kak Ani tu, sayang jangan bimbang.
Abang rasa buah hati mereka sudah pun memberitahu mereka berdua. Okeylah sayang,
dah larut malam ni. Mimpikan abang malam ni ya. I always miss you, love!”
Terbuai-buai
perasaan Athirah mendengar kata-kata romantis Mikhail. Sinar cinta Mikhail
begitu terserlah di matanya, hanya Athirah sahaja yang tidak mampu
menggapainya. Jauh di sudut hati Athirah, perasaan sayangnya terhadap Mikhail
semakin hari semakin memutik.
Athirah
tiba-tiba teringatkan sahabat karibnya. Rakannya yang lain bercadang ke rumah
Aisyah hujung minggu ini. Athirah pada mulanya ingin mengikut Aisyah pulang ke rumahnya
tetapi terpaksa membatalkan hasratnya kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian
terhadap peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Dia perlu membuat persediaan
awal dan rapi. Sekiranya dia cemerlang dalam peperiksaan pertama ini,
Abang-abangnya telah berjanji akan menaja percutiannya pada cuti semester nanti.
Athirah tidak mahu melepaskan peluang yang datang bergolek. Nampak gayanya, rancangan
hanya tinggal rancangan sahaja. Jikalau Mikhail tidak mendesak, tentu dia boleh
menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran hujung minggu ini.
Cerita yg menarik.
ReplyDeleteTerima Kasih Puteri Atilia. Nantikan cerita yg seterusnya ya.
DeleteTeruskan usaha anda. Akan terus menyokong.
ReplyDeleteTerima Kasih atas sokongan anda juga Raihana.
DeleteSuka Mikhail dan Athirah. Sweet sgt2!!!
ReplyDeleteMikhail memang romantik. Athirah tak kurang romantiknya juga. Athirah ni nakal sikit orangnya Ayu...
Delete