Salam sayang semua. Maaf lambat post entry terkini. Agak Bz sikit. Maklumlah dah nak masuk musim peperiksaan. Byk keje yg hendak dilakukan untuk anak2. Semoga anda terhibur membaca nukilan yang tak seberapa ini. Jgn lupa tinggalkan jejak sayang anda.
************************************************
SAYANG DAMIA merenung
ke dada langit.
Tunak tenungannya bagaikan
bisa menembusi hingga
ke langit ke
tujuh. Tanpa sedar
Damia mengeluh. Sejak
menolak tawaran melanjutkan
pelajaran dalam bidang
perubatan, hubungan dia
dengan mamanya seakan
dingin. Mengapa mama
memperlakukannya sebegini? Besar
sangatkah kesalahannya hingga mama
enggan mengasihinya seperti
waktu kecilnya? Mama
juga sudah tidak
semesra dulu. Bercakap
pun hanya bila
dirasakan perlu atau
ingin mengeluarkan arahan.
Keadaan bertambah parah
pabila papanya dijemput
menghadap Ilahi.
Berdosakah dia
kerana enggan menuruti
permintaan mamanya supaya
menjadi doktor? Memang
benar kata mama,
tugas seorang doktor
sangat mulia dan
teramat mulia. Tapi
dia... hanyalah insan
kerdil yang takutkan
darah. Mana mungkin
dia mampu merawat
pesakit jika dirinya
sendiri tidak kuat.
Ada nanti pesakit
yang cedera parah dan perlu
mendapatkan rawatan segera
terpaksa menunggu giliran
kerana doktor yang
sepatutnya merawat terpaksa
dikejarkan ke wad
dan perlu diberi
rawatan kecemasan. Tak
ke haru jadinya?
Sebelum mukanya terpampang
dihelaian pertama akhbar
terkemuka tempatan, lebih
baik dia menghampakan
hasrat mamanya terlebih
dahulu. Nanti... bukan dirinya sahaja
yang malu, mamanya
juga turut mendapat
tempiasnya.
Panggilan
telefon yang diterima
sebentar tadi amat
meresahkan jiwa gadis.
Tentu mamanya inginkan
sesuatu, fikirnya. Jika
tidak masakan mamanya
boleh bertutur lembut
gigi dari lidah.
Jarang mamanya bersikap
begitu selepas hasrat
mamanya ditolak empat tahun
lalu.
“Assalamualaikum
Sayang. Anak kesayangan
mama sihat?” tanya
Dr. Karina.
“Waalaikumussalam
mama. Sayang sihat
sahaja.” Tiada nada ceria di situ.
“Macam
mana cuti anak
mama kali ini?” soal
Dr. Karina.
“Cuti kali
inipun macam biasa
jugalah mama. Hanya
duduk rumah nenek,”
balas Damia.
“Kenapa tak
menjelajah Europe?”
“Malaslah nak
pergi ke mana-mana.
Bukan ke kita
selalu menjelajah Europe
sewaktu arwah papa
masih ada,” terang
Damia acuh tak
acuh. “Mama dah
habis seminar?”
“Mama baru habis
seminar. Sebab itu
mama telefon. Lagipun
mama dah rindu
sangat-sangat nak jumpa
dengan anak mama
ni. Mama minta
maaf sebab selalu
abaikan kebajikan Sayang.
Tapi semua ini
mama lakukan untuk
kebahagiaan Sayang juga.
Esok mama nak
Sayang balik ke rumah kita.
Boleh ya... Sayang,”
pinta Dr. Karina penuh
mengharap. “Nanti mama
ambil cuti, kita
sembang puas-puas. Mama
akan masak makanan
kegemaran Sayang. Sayang
suka makan capati
dan kari daging
buatan mama kan?”
“Insya-ALLAH... esok Sayang
ambil flight yang pertama,”
ujar Damia tidak
mahu menghampakan permintaan
mamanya. “Tapi mama
tak payah susah-susah
jemput Sayang. Sayang
ambil cab sahaja.”
Damia merenung telefon
bimbitnya setelah perbualan
antara dia dan
mamanya tamat. Bagaikan
tidak percaya mamanya
sanggup menghubungi dirinya.
Selalunya dia lah
yang sering menelefon
mamanya. Tanpa berlengah
Damia menemui neneknya.
“Nek... esok Sayang
nak balik KL.
Tadi mama telefon
suruh balik,” ujar
Damia.
“Baguslah macam tu.
Sampai bila kamu
nak berkonfrantasi dengan
mama kamu? Sebagai
anak... kamu harus
mentaati mama kamu,”
tenang Puan Saadiah
memberikan pendapatnya.
Dia juga
tidak setuju dengan
tindakan menantunya memulaukan
Damia atas alasan
tidak mahu menjadi
doktor. Sebagai ibu
sepatutnya Karina memberi
dorongan dan perangsang.
Lagipun bidang yang
Damia sedang ikuti
sekarang amat bersesuaian.
Damia satu-satunya waris
Dasuki Aqtar untuk
menerajui Menara Impiana.
“Sayang
bukannya nak berperang
dengan mama. Mama
tu yang tak
nak faham impian
dan kemahuan Sayang,”
ujar Damia bersama
keluhan kecil. “Sayang
naik dululah nek
nak kemas baju
dan booking tiket.” Selepas
mencium pipi Puan
Saadiah, Damia berlalu
menuju ke biliknya.
Damia merenung bilik
yang dihuninya sejak
kecil. Rasa sedih
bersarang dalam jiwanya.
Terlalu banyak memori
yang tersimpan dalam
bilik ini. Walaupun
sudah tiga tahun
berlalu tetapi Damia
tetap enggan menukar
warna cat bilik tersebut. Dia
ingat lagi perbualan
antara dia dan
arwah papanya....
“Sayang nak cat
warna apa bilik
Sayang ni,” tanya
Dasuki Aqtar. Tangannya
membelai lembut rambut
anak kesayangannya itu.
“Papa rasa warna
apa yang paling
cantik?” tanya Damia
manja.
“Papa ingat nak
cat warna hijau
muda sebab papa
kan peminat fanatik
warna hijau,” jelas
Dasuki Aqtar ceria.
“Bilik Sayang... papa
nak cat sendiri.
Nanti bila Sayang
masuk bilik, Sayang akan
sentiasa ingatkan papa,”
ujar Dasuki Aqtar
sambil mengucup lembut
dahi anak gadisnya.
Selepas
beberapa hari biliknya
siap dicat, papanya
telah pergi dan
tidak kembali untuk
menemani dirinya lagi.
Papanya meninggal dunia
di tempat kejadian
akibat kemalangan jalan
raya di lebuhraya
Pasir Gudang. Kereta
papanya meletup dan
terbakar. Mayat papanya
juga sukar dicam
akibat rentung. Mata
Damia mula berkaca
pabila teringatkan arwah
papanya. Air mata
yang pada mulanya
hanya bergenang di
tubir mata sudah
mula membasahi pipi
gebunya.
“Papa...” Seru Damia
hiba. Setiap kali
teringatkan arwah papanya,
Damia menjadi sedih.
Matanya merenung mesra
potret arwah papanya
yang masih setia tergantung
di kamar tidurnya.
Kini tiada
lagi pelukan hangat
yang penuh dengan
kasih sayang dan
gurau senda yang
mengisi hari-harinya. Kasih
sayang papanya yang seluas lautan
itu akan dia kenang hingga
ke akhir hayatnya.
“Papa... damailah dirimu
di sana. Semoga
papa tergolong dalam
golongan orang-orang yang
soleh. Sayang sentiasa
mendoakan papa.”
BUNYI ketukan
pintu membuatkan Damia
bingkas bangun. Selak
pintu dibuka dan
tombol pintu dipulasnya.
Kelihatan mamanya di
situ.
“Boleh mama masuk?”
tanya Dr. Karina.
“Emm...
masuklah mama.” Damia
mempersilakan mamanya masuk.
“Sayang tengah buat
apa?”
“Tak ada buat
apa-apa mama. Saja
baring-baring sambil baca novel,” balas
Damia sambil tersenyum.
“Mama ada
hal nak cakap dengan
Sayang,” ujar Dr.
Karina.
“Hal apa
mama?” Hati Damia
sudah bergendang hebat.
Perkara apakah yang
hendak mamanya sampaikan.
“Ini gambar-gambar
calon bakal suami
Sayang. Mama nak
Sayang kenal hati
budi mereka. Mama
juga nak Sayang
aturkan pertemuan dengan
mereka. Seelok-eloknya esok,
memandangkan mereka semuanya
bercuti hujung minggu.
Ingat... jangan cuba
malukan mama.” Usai
mengeluarkan arahan, mamanya
keluar meninggalkan dia
keseorangan.
Memori semalam
menerjah kembali lorong
ingatan Damia. Ingat
lagi dia akan
permintaan mamanya supaya
pulang ke rumah.
Rupa-rupanya mama bukannya
rindu akan dirinya
tetapi punya agenda
tersendiri. Sakit hatinya
mengenangkan sikap mamanya
itu.
“Kenapa mama
buat Sayang begini?”
ujar Damia lirih.
Di zaman
serba canggih dan
berteknologi tinggi ini masih ada
lagi ibu bapa
yang mengongkong hidup
anak-anak mereka. Kenapa
ada lagi segelintir
ibu bapa yang
sibuk hendak memilih
pasangan hidup untuk
anak-anak mereka? Bukankah
elok jika mereka
diberi dipilihan dan
kepercayaan untuk memilih
pasangan hidup mereka
sendiri? Damia benar-benar
lelah meniti hari
yang mendatang.
Damia meneliti tiga
keping gambar yang
berada di tangannya.
Menurut mama, mereka
ini adalah anak kawan-kawannya atau
dengan kata lain
pesakit yang sering
mendapatkan rawatan di
hospital mamanya bertugas.
Siapa yang tidak
kenal dengan Dato’ Dr.
Karina Raj Abdullah.
Mamanya mendapat pangkat
Dato’ pada tahun
lepas. Mamanya juga
merupakan doktor pakar
di salah sebuah
hospital swasta bertaraf
lima bintang di
ibu negara.
Damia meneliti
satu persatu nama
yang tertulis di
setiap keping gambar
tersebut. Benjamin Asyraf
bin Dato’ Brahim.
Emm... berkulit sawo
matang. Anak tunggal.
General manager
di Berjaya Teguh
Sdn. Bhd. Hobi
melancong. Damia mencebik
melihat gambar tersebut.
Melancong ke melencong,
desis hatinya.
Dia meneliti gambar
yang kedua. Fauzan
Taufiq bin Dato’
Faizal. Hai... mama...
mama...!!! Semua pilihan
calon menantunya anak-anak
Dato’ belaka. Berkelulusan
dari universiti Ohio.
Berkulit hitam manis.
Hobi suka aktiviti
lasak. Oooo.... aktiviti
macam mana tu???
Dari gambar kedua,
Damia meneliti gambar
yang ketiga.
Emm....
yang ni lain
sikit kerabat raja!
Damia mencampak gambar-gambar
tersebut ke sisi.
Tiada satu pun
yang menarik minatnya.
Serabut kepalanya melihat
gambar yang ketiga
itu. Langsung tiada
ciri-ciri lelaki idamannya.
Berambut panjang. Pakai
seluar koyak-rabak. Baju
pula masya-ALLAH... menakutkan!!!
Puan-puan faham-faham sendiri
ajelah style pakaian anak
muda zaman sekarang.
Apalah yang
mama fikirkan dalam
hidupnya? Adakah mama
bimbang anak gadisnya
ini akan hidup
merempat jika berkahwin
dengan orang biasa-biasa
sahaja? Esok dia
akan bertemu empat
mata dengan ketiga-tiga
jejaka yang tidak hangat
di pasaran itu.
Adoi... macam mana
aku nak buat ni??? Reqza!!!
Mengingati rakannya yang
bernama Reqza... Damia
terasa seperti mendapat
nyawa setelah lemas
di dasar lautan.
“Hello... Req! Esok
kau free
tak?” soal Damia.
“Hah... kau nak
apa kalau aku
tak sibuk esok?”
balas Reqza kembali.
“Esok kau tolong
aku boleh? Aku
ada masalah negara
sikitlah! Kau tolong
aku ya! Nanti
aku belanja kau
makan kat Alan
Thai Seafood. Tapi
jangan lupa bawa
peralatan mak saudara
kau yang canggih
manggih tu. Aku
ada kerja untuk
kau. Esok aku
tunggu kau kat
rumah Jes pukul
tujuh pagi, ok!”
jelas Damia senafas.
“Oii... mak cik!!!
Kau nak jumpa
aku pagi-pagi buta
apa kejadahnya? Kau bagilah
aku berehat lama-lama
sikit time
cuti ni!!! Dahlah
aku setahun sekali
balik ke Malaysia.
Bukannya macam kau
pantang ada cuti aje balik...
Kau nak aku
buat apa sebenarnya
Cik Mia oii...???”
tanya Reqza dengan
geram. Sekiranya berbual
dengan Damia, tiada
langsung ayat-ayat manja
dan menggoda. Tidak
seperti ketika di
alam maya.
“Adalah...!!! Esok aku
akan bagi tahu.
Jangan lupa datang...!!!
Kalau kau buat-buat
lupa... siap kau,
aku kerjakan! Tahulah
macam mana aku
nak mengajar kau!!!”
ugut Damia. Damia
tahu Reqza tidak
akan berani membangkang
arahannya kerana rahsia
Reqza tersimpan kemas
disakunya.
“Yalah...
yalah...!!! Kau ni
suka main ugut-ugut.
Kalau aku tahu
kau suka main-main
ugut, tak ingin
aku minta pendapat
kau dulu!” bebel
Reqza dengan nada
tidak puas hatinya.
Menyesal pulak aku cerita
masalah aku kat
minah ni! Bisik
hati Reqza.
“Tentang setahun
sekali kau balik
ke Malaysia tu
bukannya kau tak
mampu, tetapi kau
tak habis-habis nak tunjukkan
skill
buaya tembaga kau
tu...!!! Tapi satu
pun tak mengena!”
tempelak Damia.
“Habis tu kau
sombong sangat tak
nak kat aku.
Aku carilah yang mata
biru atau mata
kelabu.” Reqza mengusik.
“Tapi mereka semua
tak sesuailah dengan
jiwa aku yang
suka makan petai
dan budu!!!” balas
Reqza selamba sambil
ketawa kelucuan.
“Aku bukannya tak
nak kat kau. Kau tu
yang terlebih kacak!
Tak sesuai dengan
aku yang tak
berapa nak jelita
ni! Bercinta dengan
orang kacak macam
kau banyak risikonya.
Nanti merana aku
bila kau sibuk
nak cari yang
lain. Lagipun you’re not
my
type!”
“Eleh... aku terlebih
kacak atau kau yang terlebih
jelita? Entah-entah kau tu yang nak cari
yang lebih kacak
dan kaya daripada
aku tak? Sengaja
kau buat alasan
supaya aku menjauhkan
diri. Aku sedar
siapa aku!” Rajuk
Reqza.
“Dah... dah... tak
payah buat cerita
sedih dekat aku.
Awek kau yang
bernama Jeslina tu kau nak campak kat
mana? Nanti jika
dia dengar, terus
dia reject
kau!” Malas Damia
melayan perangai Reqza
yang mengada-ngada itu.
“Esok jangan kau
tak datang Req.”
Terus Damia menamatkan
perbualannya dengan Reqza.
Selepas tamat
perbualannya dengan Reqza,
Damia tersenyum puas.
Selamat bertemu dan
selamat datang ke
dunia Damia yang
penuh berwarna-warni ini wahai suami-suamiku. Gumam
Damia. Apa ke
hal kau Damia?
Mana ada orang
perempuan kahwin tiga
sekaligus. Gila ke
apa kau ni?
Bebel Damia kepada
dirinya sendiri. Dia
mengambil kembali telefon
bimbitnya.
“Assalamualaikum...
Jes. Malam ni Mia nak
tumpang tidur kat
rumah Jes boleh?”
tanya Damia kepada
teman baiknya itu.
Jeslina merupakan rakan
karibnya semasa di
MRSM. Mereka terpaksa
berpisah setelah Damia
menyambung pelajaran ke
Nottingham, UK dan
Jeslina menyambung pelajaran
di USM, Pulau
Pinang. Jeslina baru
sahaja tamat belajar
dan sedang mencari
pekerjaan. Manakala Damia
bakal tamat pengajiannya
tidak lama lagi.
“Waalaikumussalam.
Datanglah! Mak tentu
gembira dapat berjumpa
dengan Mia,” jelas
Jeslina gembira.
“Lepas Isyak, Mia
pergi rumah Jes.
“Baiklah Jes tunggu
kedatangan Mia. Malam
nanti kita makan
sama-sama. Jes suruh
mak masak special
untuk Mia.
Ingat... jangan makan
malam dulu.” Jeslina
memberi amaran kepada
teman akrab dan
merangkap anak angkat
keluarganya.
Lama menunggu baru ada. Takpe faham dgn kebzan writer. Makin menarik ni... Apalah yg Damia nak buat. Tak sabar nak tahu.
ReplyDeleteAbg Darwisy, bila nak muncul?
Terima kasih krn memahami. Teruskan bersama SPH.
DeleteBaru berkesempatan luang masa di sini. emm... dah mula dgn babak2 yg mendebarkan ni.
ReplyDeleteSiannya dgn Reqza, cintanya tdk bersmbt.
Tapke Req, I ada. ahaha....
Apa ek yg Damia nak lakukan ni???? Emmm...???
Terima kasih krn sudi bersama SPH
DeleteBest... best...!!!
ReplyDeleteSemakin tak sabar nak tahu apa yg berlaku seterusnya.
Ramainya calon suami Damia. Tp semuanya kena rejek sblm smpt bersua mata. Damia2. semuanya tak suka! Blm jumpa kut! Dah jumpa terus tersuka. hehehe...
cpt smbg ok.
Terima kasih kerana sukakan SPH.
DeleteAdusss!!! Apa agenda Damia ni? Mesti dia nak kenakan mat2 yg tiga org tu...
ReplyDeleteMenarik ni. Tak sbr nak tahu apa yg Damia nak lakukan.
Smbg cpt2 ya kak Dayana...
tunggu... apa yg bakal terjadi
DeleteSyabas kak... makin menrik citer akak. Suka gak kalau req dgn damia.
ReplyDeleteApa ya... rancangan Damia ni??? mesti req yg kena berlakon jd pakwe dia.
Aku plak yg tak sbr nak tahu bab akan dtg. Apalah rancangan Damia ni??????
Terima kasih dek. Teruskan bersama SPH.
Deleteisyyyy... isyyy... kesian Damia ada ibu yg suka mengongkong. Semua benda nak kena ikut ckp dia.
ReplyDeletedada ni pun dah dup..dap..dup... dap nak tahu apa yg bakal Damia buat.
cpt2 smbg...
Dup...dap... sabar onah.
DeleteMenarikkkkkkk sgttttttt2..............
ReplyDeletesuka ar dgn cara akak tulis. langsung tak bosan bc.
kak smbg cpt2 dah tak sbr nak tahu kisah akan dtg...
Terima kasih. Teruskan bersama SPH hingga ke akhirnya.
Deletehuhuhu... asyik lewat jer lawat kawasan.
ReplyDeleteTerbaikkkk kak... Teruskan berkarya.
Alahai req, kita samalah bro suka budu n petai. blh jd geng ni. Knplah Damia tak suka Req dia baik apa... kita patner dua jelah req. Kak Rai tak leh kacau nnt gewe dia maghoh! hahaha... kak Rai jgn mengamuk.
Apa idea nakal yg Damia nak buat ni??? Tak sabar nak tahu. kak DD smbg, cpt2. Jgn lmbt2. huhuhu...
Jgnlah mention kat sini. Malu!!! hehehe...
Deletehehehehe... sowy!!!!
DeleteSayang adik2 akak. teruskan bersama menyokong SPH.
DeleteTerbaik dr ladang wokkkk!!! Teruskan jgn henti sekerat jln.
ReplyDeletehehehe... dr ladang.
Deletehuwaaa... sedeylah bila bc part ni. Jiwa sensitif mcm I ni x bc leh bc part ada kematian ni. mudah sebak. apatahlah ada ibu yg mcm ala2 mak tiri. syahdu... sob.. sob.. sob...
ReplyDeleteTerima kasih kak sbb buat saya nangis. Jhatlah akak ni... (jgn mare, gurau je kak DD. Syg akak sebnar2nya. Nak buat akak ipar leh?)
Menarik! Best! teruja! dan tak sabar nak tahu bab selanjutnya. Terus bersamamu hingga akhir...
Amboi berangan nak buat kakak ipar nmpk? Dah sah2 kak DD tu dah kawin...
Deletehahaha... ada org jeles.
DeleteDah kahwin ke? Tak kahwin dgn abang aku, aku kahwin dgn adik dia... hehehehe....
kasi panas!!!!
Gatai naaa...!!! Kasi habes belajaq dulu... hahahaha...
DeleteJeles??? Sowy! Aku nak jd menantu kak DD... hahahahahahahahahahh... (ketawa kejam!!!!)
Lg membara statemen cheq!!!!
hahaah.... hehehehe.... huhuhuuu...
DeleteTak sedaq diri betoi hang ni. Umur dah lanjut wei...
Anak kak DD baru umur setahun, hang dah dua puluh taun, tahu dok?
Oklah mcm Rasullullah dan Siti Khadijah.
Deleteno komen!!!!
Deletenak buat kak ipar???? hehehe...
DeleteNak jd menantu boleh aje...
Nak lagikkkk....
ReplyDeleteBestlah tak puas bc.
Apasal mcm pendek je citernya. Ke mata aku yg kelabu.
Sambung ya... jgnlah lmbt sgt. kesian kat kitaorg...
Terima kasih krn sukakannya.
DeleteNakal gak heroin kali ni, sama mcm Athirah.
ReplyDeleteBest kak.
Bila CIM nak terbit ni????? Rindu dgn Athirah dan Mikhail. tak sabar nak tahu kesudahan mrk....
mem.ng nakal/
Delete