Sudi2lah bc dan jgn lupa tinggalkan jejak sayang anda. Maaf sekiranya tidak menepati cita rasa anda semua.
********** ***********
DERINGAN telefon,
mengejutkan Darwisy dari
lenanya. Teraba-raba dia
mencari iPhone miliknya.
Matanya masih lagi
mengantuk. Tertera perkataan
bonda di skrin
telefonnya, dia segera membesarkab biji matanya.
“Hello... bonda.”
“Belum bangun tidur
lagi anak bertuah?
Solat Subuh ke tidak ni...?” Kedengaran lantang
suara bondanya menegur.
“Solatlah bonda! Tak
akan tak solat pulak.
Apa... bonda pernah
tengok anak bonda tidak bersolat?”
tanya Darwisy sedikit
jengkel. Walaupun dia agak nakal
dan sering pulang
lewat ke rumah,
tetapi dia tidak
pernah meninggalkan solat
dan melakukan perkara-perkara mungkar.
“Kamu...
kalau bab menjawab
tak pernah nak
kalah. Ada sahaja
benda yang hendak
diputar alam,” perli
Tengku Faridah. “Bonda
nak beritahu, bonda
mungkin sampai lepas
Zohor. Bonda nak
kamu tunggu bonda dekat City
Square. Jangan kamu
lambat atau merayap
tak tentu hala pulak,”
pesan Tengku Faridah.
“Iya...
Darwisy tahulah tugas
Darwisy tu. Bonda
jangan risaulah. Sebelum
bertolak, bonda telefon
dulu,” pesan Darwisy.
Setelah menamatkan perbualan
dengan bondanya, Darwisy
melihat jam di
skrin telefonnya. Dah
pukul sebelas pagi
rupanya. Rasa macam
baru sahaja aku
tidur, gumam Darwisy.
Darwisy teringatkan
peristiwa awal pagi
tadi di stesen
minyak Kampung Melayu
Majidee. Geli hatinya
memikirkan perangai gadis
yang bertugas ketika
itu. Tawanya hampir
terburai namun ditahan
jua. Jatuh sahamnya
andai berperangai mesra
alam dengan orang
yang tidak dia
kenali. Apatah lagi
dengan perlakuan gadis
itu yang amat
menjengkelkan hati pada
mulanya. Keletah bersahaja
gadis itu sangat
menarik perhatiannya. Ada
ke patut dia
siap pesan kat
aku “Selamat memandu
dan berhati-hati di
jalan raya. Tata...
titi... tutu...!!! Bye... bye...!!!” Memang
dasar perempuan mereng,
kutuk Darwisy. Dalam
pada itu, senyuman
terukir di bibirnya
apabila mengingati ‘gadis
stesen minyak’ itu.
Memikirkan
perihal
bonda dan rombong
Cik Kiahnya, Darwisy
tidak sedang duduk.
Entah bagaimanalah dia
hendak melayan gelagat
bonda dan geng-geng
Cik Kiah yang
seramai tiga orang
itu. Menyesal pula dia tidak
mempelawa abangnya turut
serta. Tentu dia
tidak mati kebosanan
sekiranya Danish ada.
Paling dia menyampah
hendak melayan ialah kerenah anak
gadis Datin Nafisah.
Bondanya seakan-akan cuba
hendak menjodohkan dia
dengan anak Datin
Nafisah itu. Bukan
dengan anak Datin
Nafisah sahaja sebenarnya
yang bondanya cuba kenenkan. Malahan
dengan beberapa orang lagi
anak kenalan rapatnya.
Darwisy bingkas
beredar ke bilik
mandi. Dia perlu
segera bersiap. Jika
terlambat tentu bondanya
akan berleter. Perutnya
juga sudah mula
terasa lapar. Dia
bercadang ingin bersarapan
di City Square
sahaja sambil menanti
bonda kesayangannya.
Darwisy memandu
tenang Toyota Alpard
menuju ke City
Square. Kenapalah bondanya
tidak mengambil flight sahaja
seperti sebelum ini?
Bukan ke lebih
mudah? Tidak perlulah
dia memandu beratus-ratus
kilometer semata-mata hendak
menjemput bondanya.
Sementara menunggu
bondanya tiba, Darwisy mencari
restoran makanan segera
untuk mengisi perutnya
yang tengah kelaparan.
Sebaik sahaja selesai
menikmati makanannya, telefonnya
berbunyi.
“Bonda kat
mana? Ok... ok...
bonda tunggu kat
situ.”
Darwisy mencari
kelibat bonda dan
rombongan Cik Kiahnya.
Setelah melihat wajah
bondanya, Darwisy membuka
langkah lebih besar.
Tangan bondanya dikucup
dan pipi bondanya
dicium penuh kasih.
Tersenyum Datin Nafisah
melihat perlakuan Darwisy.
Natilia juga tidak
kurang hebatnya merenung
tindak-tanduk Darwisy. Bagaikan
hendak ditelan hidup-hidup
anak bujang Tengku
Faridah itu. Mak
Ngah Darwisy, Tengku
Fazidah tersenyum pabila
anak saudaranya itu
mencium tangannnya. Inilah
ciri-ciri anak mithali.
Dan inilah juga
calon menantu yang
menjadi idaman para
ibu di luar
sana.
Darwisy membimbit
beg pakaian bondanya.
Mujurlah beg bondanya
tidak sebesar beg
pakaian Datin Nafisah
dan anak gadisnya.
Jika tidak tentu
menjadi masalah untuknya
membimbit beg tersebut
hingga ke tempat
letak kereta. Ini bukan bererti
dia lelaki yang
lemah tetapi dia
memang tidak berminat
mengusung beg pakaian
yang besar gedabak.
Sungguh memalukan bila
ada mata-mata yang
memandang. Telinga Darwisy
juga sempat mendengar
mulut Natilia mengomel
kerana beg pakaiannya
terlalu berat. Siapa
suruh shopping sampai tak
ingat dunia? Sekarang
siapa susah? Diri
sendiri juga kan!
Ha... ha... ha...
padan muka! Tak
kuasa aku hendak
menolong, bisik hati
Darwisy. Darwisy meneruskan
langkah menuju ke
MPVnya. Permintaan Natilia
supaya dia membawa
beg pakaian gadis
itu hanya dipandang
sepi.
“Hisy...
tak boleh harap
betullah Darwisy ni!
Harap badan aje
besar, tetapi minta
tolong angkat beg pun tak
mahu,” omel Natilia.
“Eh... yang kau marah-marah
aku tak nak
tolong angkat beg
kau tu kenapa?
Dah tahu badan
tu lembik, ada
hati nak shopping satu
bangunan,” sindir Darwisy.
“Lain kali... sekiranya
nak shopping, ikut
kemampuan diri. Aku
tahulah kau mampu
dari segi kewangan,
tapi dari segi
tenaga... hancur tahu
tak! Sekarang tanggunglah
sendiri. Dia sedap-sedap
pergi shopping, kita pulak
nak kena jadi kuli
babu dia.
Boleh jalan daaa...!!!” bebel
Darwisy lagi.
Apa dia peduli sama
ada Datin Nafisah
atau bondanya mendengar.
Sedikitpun dia tidak merasa hairan
jika Datin Nafisah
berkecil hati. Memang
dari dulu lagi
dia tidak suka
dengan perangai Natilia
yang suka membuli
dan mengambil kesempatan
di atas kebaikan
orang lain.
Tengku Faridah
hanya mendiamkan diri.
Dia tahu anak
lelakinya tidak pernah
berlaga angin dengan
Natilia. Acap kali
juga dia menasihati
anak lelakinya itu
supaya menjaga tutur
kata bila bercakap
dengan Natilia namun
tidak diendahkannya. Datin
Nafisah pula sekadar
memandang dan enggan
ikut campur. Dia bimbang jika
rancangannya hendak berbesan
dengan Tengku Faridah
akan berkubur. Daripada
dia melayan kerenah
manja anak kesayangannya
itu, lebih baik
dia menjaga projek
besar yang sudah siap tersusun
rapi olehnya. Tengku
Fazidah hanya menggelengkan
kepala melihat gelagat
anak saudaranya itu.
Anak lelakinya juga
seperti Darwisy, tidak suka diarah
atau
dipaksa.
“KAMI semua nak
ke Pasir Gudang
lepas ni. Boleh
Darwisy tolong hantar?”
Tengku Faridah bertanya.
“Boleh
sangat-sangat bonda. Untuk
bonda, hujung dunia
pun Darwisy sanggup
bawa,” balas Darwisy
sambil tersengih nakal.
Oh... patutlah bonda
tak naik kapal
terbang seperti biasa,
rupanya ada projek
yang hendak dilakukannya,
gumam Darwisy.
Tengku Faridah
membesarkan biji matanya.
Tahu sangat dia
dengan perangai anak
lelaki bongsunya itu.
Nakal terlanjak! Entah
perangai siapalah yang
turun kepadanya? “Emm...
sebelum itu kita
singgah Giant, Plentong, bonda
nak beli sedikit
buah tangan,” arah
Tengku Faridah.
“Baik bonda.”
Darwisy akur dengan
arahan bondanya itu.
Darwisy
memandu tenang menuju
ke lebuhraya Pasir
Gudang. Sekali-sekala dia
menjeling tempat duduk
di sebelah pemandu
yang diduduki oleh
Natilia. Inilah cirri-ciri
perempuan jahiliah! Pakai
baju tak pernah
cukup kain. Jika
orang lelaki tengok
bagai nak tersembul
biji mata, mula
kata orang lelaki
gatal. Bila kena
raba, mulalah cakap
orang lelaki gila
seks. Tapi mereka
sendiri tak ingat...
bila pakai baju.
Dah kena rogol
mulalah tuduh orang
lelaki jahat. Lepas
tu meraung dan
melalak tak henti-henti.
Pada hal merekalah
penyumbang utama ke
arah gejala sosial. Bila
maruah dah tercemar,
baru hendak menyesal
dan insaf, memang
dah tak bergunalah
beb...!!! Sebab itu
orang tua-tua dah
ingatkan sejak dahulu
kala lagi... Sesal
dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya!!!
Tapi orang kat
sebelah aku ni
rasanya memang tak
ada istilah menyesal
dalam kamus hidupnya!!!
Bosan menunggu
bonda dan rombongannya
membeli-belah, Darwisy meronda
ke setiap kedai
yang terdapat di
Giant. Banyak juga
barang yang dijual
dengan harga berpatutan,
tapi tiada satu
pun yang menarik minatnya.
Kelihatan bonda dan
ahli rombongannya sudah
keluar dari pasaraya
Giant. Dia cuma
duduk menunggu di bangku yang
disediakan. Mereka menghampiri
Darwisy.
“Darwisy tunggu
bonda dekat sini
ya. Bonda dengan
aunty Nafisah
dan Mak Ngah
nak pergi ke
butik tu sekejap.”
Tunjuk Tengku Faridah
dengan muncungnya.
Natilia
duduk di sebelah
Darwisy sementara menunggu
ibunya dan Tengku
Faridah serta Tengku
Fazidah pergi ke
salah sebuah butik
yang terdapat di situ. Kakinya
sudah naik lenguh
kerana terlalu banyak
berjalan. Natilia mengeluarkan
alat solek dan merapi
kembali wajahnya.
“Hei... boleh
duduk jauh-jauh sikit
tak? Rimaslah duduk
himpit-himpit macam ni!
Punggung kau besar
sangat ke sampai
nak kena duduk
rapat dengan aku?”
marah Darwisy. Menyampah
sungguh dia dengan
manusia yang tak
reti malu ini.
“Ala... apa
salahnya I nak manja-manja
dengan you. Lagipun I sejuklah!!!”
Natilia meleret nada
suaranya agar kedengaran
manja.
“Nak manja
kepala lutut kau!”
sinis Darwisy. “Hei...
tak malu ke orang lalu-lalang
tengok? Kita ni
orang Islam. Jagalah
sikit adab dan
budaya timur kita.
Dan ingat... antara
kau dengan aku
bukan ada sebarang
ikatan untuk kau
bermanja-manja.” Bosan dengan
tingkah laku Natilia,
Darwisy bingkas bangun.
Kata-kata Darwisy
langsung tidak berbekas
di hati Natilia.
“Darwisy tunggulah, you nak
pergi mana? Kenapa
tak tunggu bonda you
kat sini?” tanya
Natilia bengang. “Kejaplah
I nak make
up dulu,” rengek
Natilia. Pabila tiada
tindak balas daripada
Darwisy, kelam-kabut dia
menyimpan alat soleknya.
Dia bangun mendapatkan
Darwisy.
Darwisy menoleh
pabila ada tangan
memaut lengannya. Lantas
dia menepis tangan
tersebut. “Hei... perempuan!
Apa ni... main
pegang-pegang?” soal Darwisy
kasar. “Kalau kau
nak ikut aku
cepat sikit! Ini berjalan macam
itik pulang petang.”
Tiada langsung bahasa
sopan yang dilontarkan
kepada Natilia.
“Lagi
satu... tak payahlah
nak make up berbagai. Muka
kalau dah tak
cantik, tetap tak cantik
walaupun kau tampal
selori color kat muka,” perli
Darwisy. Bosan sungguh
dia melayan perangai
Natilia yang mengada-ngada.
Natilia langsung
tidak mengendahkan kata-kata
Darwisy. Dia semakin
merapatkan tubuhnya ke
tubuh Darwisy. Kata-kata
Darwisy sebentar tadi
langsung tidak disimpan
dalam kotak ingatannya. Lengan
Darwisy dipaut kembali.
Darwisy menghentikan
langkahnya. Lengannya direntap
kasar. Muka Natilia
direnung tajam. Andai
daging manusia boleh
dimakan, memang Natilialah
orang pertama yang
dijadikan korban. “Eh...
kenapa kau suka
meleser-leser kat aku,
haaa...?” tanya Darwisy
tanpa perasaan. “Aku
tak suka, tahu
tak?” rengus Darwisy.
Darwisy juga
memandang Natilia dengan
perasaan jelek. “Eh...
perempuan, kau tak
takut ke pakai
baju sendat-sendat dan seksi
macam ni? Jika
kena rogol macam
mana? Jangan suruh
aku jadi kambing
hitam sudahlah. Andai
itu yang berlaku...
memang aku mengamuk
satu KL dan
cencang kau dengan
mak kau lumat-lumat.
Sekarang ni pun
aku tengok mak
kau macam nak
tarik perhatian bonda
aku aje,” terang
Darwisy tanpa selindung.
Terkedu Natilia
mendengar kata-kata Darwisy.
Pertanyaan Darwisy juga
dibiarkan sepi tidak
berjawab. Macam mana
Darwisy boleh tahu
rancangan ibunya? Jangan-jangan
Darwisy pun dah tahu kegiatan
aku selama ini?
Aduh... mampus aku
sekiranya ibu tahu
aktiviti aku di
luar rumah! Natilia
sudah seperti cacing
kepanasan. Mulutnya juga
bagaikan terkunci untuk
menangkis kembali kata-kata
Darwisy. Sebelum ini
dialah ratu dalam
mengayat lelaki.
Huh... tahu
takut! Darwisy merengus.
Dia ingat senang-senang
nak jadi Mrs. Darwisy,
bisik hati Darwisy.
Darwisy memandang Natilia
dengan pandangan yang
sinis. Tak mungkin
perempuan murahan seperti
Natilia akan diangkat
sebagai permaisuri hidupnya.
Perempuan yang bernama
Natilia sudah terang
lagi bersuluh sering
menjadikan pup dan
disko serta hotel
sebagai rumah keduanya.
Itulah syurga dunia
yang sentiasa dicari
oleh manusia yang
tidak bertamadun, tanpa
mengira batasan masa
dan usia.
Mereka tiba
di Taman Bukit
Dahlia ketika jam
sudah menunjukkan pukul
tiga petang. Darwisy
mencari Jalan Dahlia
2. Di situlah
letaknya rumah kenalan
rapat bondanya sewaktu
menuntut di Australia.
Menurut bondanya... malam
nanti mereka akan
menginap di situ.
Tetapi Darwisy menolak
hasrat bondanya dengan
baik. Alasannya dia
malu dan tidak
biasa dengan penghuni
di rumah itu
yang rata-ratanya adalah
perempuan.
Setelah duduk
beberapa ketika, Darwisy
memohon diri. Badannya
juga sudah merasa
rimas setelah seharian
tidak mandi dan
menukar pakaian.
Setibanya di
hotel Thistle, Darwisy
merehatkan badannya seketika.
Sesudah itu dia
membersihkan diri. Usai
mandi, Darwisy berhasrat
ingin meronda-ronda melihat
keindahan Bandaraya Johor
Bahru. Esok mereka
akan berangkat pulang
ke Kuala Lumpur.
Darwisy memandu
menuju ke Danga
Bay. Ramai juga
pengunjung di waktu
malam, getus Darwisy.
Matanya melingas memandang
kawasan sekitar. Setelah
puas berada di
Danga Bay, Darwisy
memandu tanpa hala
tujuan. Tanpa dia
sedari, dia telahpun
memandu hingga Kampung
Melayu Majidee.
Berkerut-kerut dahi
Darwisy memikirkan kenapa
dia perlu memandu
sejauh ini. Tatkala
matanya terpandang papan
tanda stesen minyak,
barulah dia mengerti
kenapa kakinya menekan
pedal minyak hingga
ke sini. Wahai
kaki kenapalah tak
beritahu tuanmu ini
yang kamu hendak
datang ke mari?
Pandai ya kaki...
kau ajar tuanmu
buat maksiat mata!
Tertawa Darwisy mendengar
kata-katanya itu. Darwisy
memandu MPVnya ke
tempat mengisi angin.
Matanya meliar mencari
gadis semalam. Perasaannya
hampa kerana gadis
yang dicari tiada
di situ. Setelah
yakin pencariannya gagal
menemui hasil, Darwisy
memandu pulang ke
hotel penginapannya. Dia ingin merehatkan
badannya. Esok dia
akan memandu lebih
jauh lagi.
DARWISY memandu
ke Pasir Gudang
menjemput bondanya. Sewaktu
dia mencari tempat
hendak memarkir MPVnya,
pintu pagar rumah aunty
Salwa terbuka. Macam
tahu-tahu aje aku
dah sampai, omel
Darwisy. Usai memberi
salam dan dipelawa
masuk, Darwisy melabuhkan
punggungnya di sofa.
Matanya membuang pandang
mencari bondanya.
“Adik nampak
bonda abang tak?”
tanya Darwisy kepada
anak aunty Salwa.
“Bonda abang
ada kat belakang
dengan umi,” terang
anak aunty Salwa.
“Terima kasih.”
Darwisy berbasa-basi. Tangannya
mencapai album yang terdapat di
meja kopi bagi
menghilangkan kebosanan. Tak akanlah tuan
rumah hendak marah
jika dia melihat
album tersebut. Bukannya
dia ingin mencuri.
Tidak lama
kemudian, anak gadis aunty
Salwa yang berusia
lingkungan empat belas
tahun itu datang
membawa secawan minuman
dan beberapa biji
karipap.
Bagus betul
budak ni. Macam
tahu-tahu aje aku
tengah kebuluran. Bonda
pun satu... suruh
datang cepat-cepat, tapi
dia entah hilang
ke mana. Nasib
baiklah budak kecik
ni baik hati
sedekahkan aku makanan.
Sambil menyuap karipap,
matanya tidak henti
melihat gambar yang
terdapat dalam album
tersebut. Anak aunty Salwa
juga setia duduk
berdekatan dengannya.
Mak budak
ni mesti dah
pesan supaya tengok-tengokkan aku.
Manalah tahu aku merompak
rumah dia. Hisy... tak baik Darwisy
berburuk sangka!
Bulat matanya
bila terpandang wajah
gadis di stesen
minyak .
“Adik... boleh
abang tahu ini
siapa?”
“Itu Kak
Sayang.”
“Kenapa panggil
dia Sayang?” Apalah
kau ni Darwisy. Dah
tentulah nama dia
Sayang sebab itulah
mereka panggil dia
Sayang. Tapi manalah
tahu sekiranya itu
nama manjanya sahaja,
Darwisy berkata kepada
dirinya sendiri.
“Oh... tu
nama sebenar Kak
Sayang! Cantikkan dia
bang. Saya kalau
boleh nak muka
macam dia. Umi
kata wajah Kak
Sayang macam pelakon
Bollywood Katrina Kaif
tapi babah kata
macam muka Kajol.
Bila Kak Sayang
senyum macam senyuman
Kajol kata babah.
Tapi saya rasa
wajah Kak Sayang
lagi lawa daripada
mereka.”
Amboi... panjang
lebarnya budak ni
terangkan tentang gadis
bernama Sayang. Mereka
sekeluarga mesti peminat
fanatik filem Bollywood.
Tapi memang cantik
pun, puji Darwisy
tanpa sedar. Eh...
apa kes pulak aku
puji dia? Bukannya
nak buat bini!
“Adik pun cantik!
Jika dia macam
Katrina Kaif, adik
pula macam Karina
Kapoor,” ujar Darwisy
bersahaja. Dia akhirnya
tertawa dengan kata-katanya.
“Ala... abang
ni, saja je nak
buat saya terperasan!
Saya tahulah saya
tak secantik mana,”
ujar Suwaibatul merendah
diri.
“Hisy...
jangan kata macam
tu. Setiap orang
ada keistimewaan dan
kecantikan tersendiri. Hanya
orang yang tahu menilai sahaja
dapat melihat keindahan
itu.” Wah... Darwisy
hebat kau! Boleh
jadi ahli pujangga.
Suwaibatul hanya
tersenyum mendengar kata-kata
Darwisy. Lelaki di
hadapannya ini tidak
kurang hebatnya. Memiliki
wajah yang tampan,
kulit putih bersih
dan berbadan tegap.
“Abang pun apa
kurangnya. Kacak, tampan
dan mempunyai personaliti
yang menarik. Tentu
ramai awek keliling pinggang,”
giat Suwaibatul
“Mana ada!
Abang hanya manusia
biasa sahaja.” Darwisy
merendah diri.
“Dia tinggal kat
sekitar sini ke?”
tanya Darwisy sambil
menunjukkan gambar Damia.
“Aah... tapi
jauh sikitlah.”
Mustahil gadis
stesen minyak tu tinggal di
sini. Bukan ke jauh
dia nak pergi
kerja seandainya tempat
tinggal dia di
sini? Mungkin pelanduk
dua serupa agaknya.
Lagipun gadis di
stesen minyak tu
lebih cantik daripada
dalam gambar ni,
gumam Darwisy sambil
menggaru-garu dagunya. Laaa...
aku ni pun
satu hal! Yang
aku sibuk fikir pasal dia
buat apa? Lantaklah...
tempat kerjanya jauh dari rumah
ke tidak! Macamlah
dia tu bawah
tanggungjawab aku. Hisy... kacau-kacau
jiwa aku jika asyik fikirkan
perempuan ni! Bisik
hati Darwisy sambil
menggelengkan kepalanya.
Tidak lama
kemudian Tengku Faridah
masuk dan duduk
bersebelahan dengannya. Begitu
juga dengan minah
yang tak cukup
kain aka Natilia.
“Kenapa
dengan
anak bujang bonda
ni? Resah gelisah
aje gayanya! Ada
masalah ke? Yang
tergeleng-geleng macam ayam
baru lepas sembelih
ni kenapa?” tanya
Tengku Faridah sambil
menepuk paha anaknya.
Alamak... bonda
nampak ke tadi?
Masalah negara ni...
seandainya bonda tahu
aku fikirkan hal
perempuan. Darwisy tersengih
sambil memandang wajah
bondanya. “Takde apa-apalah
bonda. Cuma anak
bonda tengah fikirkan
pukul berapa kita
nak bergerak. Bonda
tak rindu dekat
ayah ke?” usik
Darwisy. Mujurlah otaknya
masih bijak mencipta
alasan.
“Ikutkan hati bonda
memang nak balik
sekarang, tapi aunty Salwa
kamu suruh tunggu
dulu. Lepas makan
tengah hari baru
dia benarkan kita
balik. Tak sampai
hati pula bonda hendak menolak.
Kami pun dah
lama tak jumpa,”
terang Tengku Faridah.
“Kamu berboraklah
dulu dengan Lia. Bonda nak
ke dapur kejap.
Nak tengok apa
yang Mak Ngah
dan aunty Nafisah kamu
buat.” Tengku Faridah
menepuk lembut paha
anak bongsunya.
Darwisy
memandang wajah Natilia
yang sedang tersenyum-senyum. Huh...
dia ingat senyuman
dia tu cantik
sangat! Rasanya senyuman
chimpanzee lagi cantik.
Ha... ha... ha...
melampau betul statement aku.
Jika chimpanzee tahu
aku puji mereka...
makin lebarlah mereka
senyum lepas ni.
Matanya masih tidak
lepas memandang muka
Natilia.
Natilia
merasa bangga kerana
Darwisy tidak jemu-jemu
menatap wajahnya. Tidak
rugi aku sedekahkan
senyuman. Mesti dia
dah tergoda tengok
muka aku, getus
Natilia.
“Eh...
perempuan! Mulut kau
tu tak lenguh
ke dari tadi
asyik menyengih? Aku
tengok dah macam
orang terencat akal
pun ada,” kutuk
Darwisy tanpa mengambil
kira perasaan Natilia.
“Kenapa you
suka sangat sakitkan
hati I? Salah ke
kalau I senyum?
Senyum tu kan satu sedekah,”
balas Natilia dengan
nada manja. Dia
cuba menyabarkan dirinya
dengan sikap dingin
Darwisy.
Tahu juga perempuan ni
yang senyuman itu
sedekah. “Aku tahulah
senyuman tu satu
sedekah. Tapi senyuman
kau ni nampak
pelik sikit. Senyum
macam orang gatal
merenyam,” ujar Darwisy
sambil tersengih.
Suwaibatul memandang
pelik sengketa yang
berlangsung antara Natilia
dan Darwisy. Malas
ikut campur, dia
melangkah keluar menghirup
udara pagi sambil
menikmati ciptaan Yang
Maha Esa.
Merah padam
muka Natilia mendengar
kata-kata Darwisy. “You memang
dah melampau tahu!”
bentak Natilia. “Ikut
suka hati I lah
nak senyum macam
mana. Bukan pinjam
mulut you pun! Ingat
Darwisy, I akan pastikan
suatu hari nanti you
melutut depan I dan
tergila-gilakan I.”
Natilia berlalu dengan
perasaan marah. Kau
jangan sombong sangat
Darwisy. Aku bukan
jenis perempuan yang
senang-senang untuk kau
hina. Natilia menanam
tekad dalam hati membalas balik
perbuatan Darwisy.
Nada suara
Natilia yang agak
nyaring sedikitpun tidak memberi
kesan kepada Darwisy.
Sebaliknya lelaki itu
hanya tertawa mendengar
ugutan Natilia. Melihat
perangai Natilia yang
terlebih manja dan
suka membentak-bentak membuatkan
Darwisy terasa mual. Entah mengapa,
dari dulu lagi dia tidak
berapa ngam dengan
Si Natilia ini.
Menarik! Menarik! Aku suadah tertarik....
ReplyDeleteTerima kasih, Teruskan bersama SPH ya...
DeleteSuka dgn bab 2, makin menarik. Dan pastinya mmg best. Garang jugak si Darwisy ni.
ReplyDeleteMenyampah arrr dgn Natilia ni, gedik....!!!!!
Darwisy... ketuk sikit kaki awak tu. Nakal sgt!!!
TQ Onah, teruskan bersama SPH! ok.
DeleteOnah tlg ketuk kaki Darwisy tu ya...
Salam kak...
ReplyDeleteAbg Darwisy kita ni anak omak ko?
Tak suka btllah dgn Natilia ni... Mesti dia ni jahat.
Best!!!
Salam Puteri,
Deleteanak mak lah jugak. Tp takdelah manja sgt.
TQ krn sukakan SPH!
Asslamualaikum kak DD,
ReplyDeleteWah makin best kak, n3nya. Bagus betoi naaa Darwisy ni tegas pendirian. Chaiyookkk!!!
Natilia dgn mak dia mesti jahat.
Salam Ayu.
DeleteBest gak dgn panggilan DD tu. Nak tulis Dayana Darwisy pjg sgt. hehehe...
Teruskan bersama SPH ok.
Tak rugi jln2 ke sini ari ni. Ada citer baru rupanya. Terbaikk kak. Nak lgi, hehehe...
ReplyDeleteSentiasa menanti bab terkini...
Teruskan meroda di BHSK ya dan terima kasih byk2 sbb sukakan SPH.
DeleteI Luv u lah kak. Citer akak mmg tak mengecewakan saya. tak sabar nak tahu apa yg berlaku selanjutnya...
ReplyDeleteDarwisy ... go... go...
Natilia... bye... bye...
Luv u 2 dek. Teruskan bersama sekiranya nak tahu apa yg berlaku selanjutnya.
DeleteCaiyok... caiyookkkk....
ReplyDeleteHai darwisy... darwisy, garang sgt dgn Natilia. Jgn kena paksa kahwin berdua sudah.
Bila heroin nak muncul bertemu dgn darwisy ni...
Nak tgk juga mrk bercakar ataupun tak...
Hehehe... Darwisy mmg garang.
DeleteBercakar? Oh sudah semestinya.
bravoooo...barvoo...
ReplyDeleteermmmmm..rasa2 Natilia dgn mak dia nak guna bomoh x.....nanti kakak recomend dgn saya pasti Darwisy akan melutut hehehee....(tp bomoh x baikkan kan)
Apa2 pun kak keep it up story yang menarikkk gituu...x rugi jln2 kat sini.....chaiiyyookkkkkkkk
Pandai ke jampi serampah ni? hehehe... Bomoh membomoh nikan syirik.
DeleteMmg natilia akan bomohkan Darwisy hingga jatuh tergolek lelaki itu dibuatnya dan membawa pd keretakan rumah tangga Drawisy dan Damia nnt.
Best gilerrlah citer ni.
ReplyDeleteNak lagikkk...
Jgn lmbt2 sgt smbg, nak rindu...
Nak lagi??? Tunggu ya.
ReplyDeleteBkn tak nak smbg cpt2. Tp agak sibuk sedikit. Tgh nak edit Si Pencuri Hati untuk penilaian.
Harap dpt bersabar.
Suka dgn cerita kelakar mcm ni. Boringlah kalau bab cintan jiwang karat dan meleret2 sgt. Ada yg saya bc tu naik bosan sbb duk ulang babak yg sama. Harap2 Si Pencuri Hati ini tidak seperti itu.
ReplyDeleteBila nak publish ni?
ReplyDelete