Assalamualaikum....

Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....

Sekiranya terdapat kebersamaan dalam penulisan, itu berlaku di luar bidang kuasa. Idea yang datang secara spontan diluahkan mengikut cetusan rasa.

Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!

Pastikan anda semua menunaikan solat terlebih dahulu sekiranya waktu solat sudah masuk ya...

Sayang anda semua. Muah... Muah...

Followers

Tinggal Link Blog Korang

Sunday 10 November 2013

Sayang Awak Cinta Awak Bab 4



SALMIHA HAINI membuang pandang melihat gelagat pengunjung yang datang ke pusat membeli-belah itu. Ikutkan hati, dia memang malas hendak ke mana-mana dengan tangan yang masih sakit dan berbalut. Tetapi Si Sofea merayu-rayu bagai nak rak agar dia menemani untuk bertemu dengan buah hatinya. Mata Salmiha Haini tiba-tiba menangkap kelibat seseorang, lantas lengan Sofea dicuitnya. “Eh... Fea! Itu bukan abang sayang kau ke?” Tanya Salmiha Haini sambil memuncungkan mulutnya. “Awek mana pulak yang dia kepit tu?”
Berderau darah Sofea mendengarnya. Kolam matanya mula terasa panas. Sampai hati Muaz! Lelaki itu cinta sejatinya sejak zaman sekolah menengah lagi. Mereka pernah berikrar, hanya maut sahaja yang akan memisahkan cinta tulus dan suci mereka.
Salmiha Haini kekal memandang pasangan tersebut. Amboi... bukan main mesra lagi. Siap cuit pipi, cuit hidung lagi. Tengah couple syoklah sentuh sana dan sentuh sini. Bila dah nikah nanti mulalah cepat bosan, sebab semua tempat dah habis cuit masa bercinta.
Sofea memintal hujung tudungnya. Resah hatinya hanya ALLAH sahaja yang tahu saat ini. Tak terjangkau dek akalnya yang Muaz sanggup perlakukan dirinya sedemikian. Sangkanya Muaz benar-benar lelaki jujur dan setia.
Salmiha Haini menceber melihat perangai pasangan itu. Meluat! Hendak termuntah dia melihat aksi gedik merpati dua sejoli itu. Dia menoleh melihat Sofea di sebelah.
Nak tengok ke tidak? Sofea berkira-kira dalam hatinya. Dia cekalkan hati dan semangatnya. Biarlah hari ini pemutus segalanya. Lantas dia menoleh untuk melihat abang sayangnya itu. Sofea mengetap bibirnya. Bahu Salmiha Haini dihempuk dengan beg tangannya berulang kali. Hantu sungguh kawannya itu!
“Hoi... perempuan! Itu bukan abang ‘sayang’ aku tapi abang ‘sayang’ kau!” Panas hatinya bila dikenakan oleh Salmiha Haini.
Tergamam Salmiha Haini jadinya apabila dihentam bertalu-talu oleh Sofea. Sungguh dia tidak menyangka yang Sofea boleh bertukar menjadi ganas apabila bersangkut paut dengan Muaz. Namun tidak lama kemudian dia ketawa. Geli hatinya melihat wajah pucat Sofea sebentar tadi.
Sorry ek... dia langsung tak tersenarai dalam calon pilihan hati aku untuk buat suami. Kalau aku kena berpacaran dengan dia, alamatnya kiamatlah dunia ni,” ulas Salmiha Haini sambil tergelak kecil melihat raut wajah Sofea yang kelat. Bahunya yang sedikit perit diusap. Padan muka aku! Siapa suruh buat lawak tak seram. Kan... dah dapat sakit!
Gelak tawa Salmiha Haini membuatkan hati Sofea semakin kegeraman. Tapi dia pun bodoh juga sebab percayakan bulat-bulat Si Salmiha Haini. Dah sah-sah malam ini mereka ada temu janji, tak akanlah Si Muaz tu berani nak buat serampang dua mata. Lagi pula dia kenal sangat siapa Si Muaz. Lelaki itu sentiasa menjaga batas pergaulannya. Lelaki itu pernah berkata, selagi perempuan yang diciptakan untuknya tidak hadir dalam mimpinya setelah solat istikharah dilakukan, selagi itulah dia tidak akan memberi cintanya.
Bayangkan... berapa tebalnya muka Si Sofea ketika itu? Sebab apa mukanya boleh tebal? Sebab dia gatal-gatal pergi melamar Muaz untuk dijadikan boyfreindnya. Adeh... hari ini dalam sejarah! Perempuan pergi lamar lelaki. Budak sekolah pulak tu. Perempuan yang bernama Sofea ni memang SENGAL!!!
Sofea teringat lagi di malam yang hening ketika umat manusia sedang enak diulit mimpi dia menerima panggilan daripada Muaz...
“Assalamualaikum Sofea, saya Muaz. Maaflah ganggu Sofea malam-malam buta ni. Sofea dah tidur ke?” Lembut dan sopan sahaja tutur kata Muaz ketika itu.
Jantung Sofea saat itu bagaikan nak tertanggal dan tercabut. Mujurlah dia belum tidur lagi ketika itu sebab mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan SPM. Jika tidak... mahu pening kepalanya menerima panggilan pukul dua belas tengah malam.
“Oohh... aaa... emmm... saya belum tidur lagi.” Kelu lidahnya hendak berbicara. Maklumlah lelaki pojaan yang menelefon. “Ada apa ya telefon saya? Awak hilang jadual peperiksaan ke?” Hah... kau! Soalan bodoh sudah keluar dari mulutnya. Waktu tu... Muaz sudah ketawa di hujung talian sana. Aduh... merdunya alunan suara dia! Bisik hati Sofea.
“Bukan fasal jadual periksalah. Lagipun Sofea dengan saya mana sama. Saya STPM dan Sofea SPM.”
Mendengar kata-kata Muaz, Sofea sudah menghantuk kepala di meja study. Kalaulah Muaz ada di depan matanya, barang kali lelaki itu sudah terguling-guling ketawakan dirinya. Bangang sungguh!
“Saya cuma nak ucapkan selamat menjalani peperiksaan SPM dan buat yang terbaik. Dan seperkara lagi, saya terima lamaran cinta Sofea kerana saya juga mencintai Sofea.
Akibat kata-kata keramat yang keluar dari mulut Muaz, dia jadi blur dalam dewan peperiksaan. Dan sebab itu jugalah kenapa dia terpaksa mengambil BM Julai. Salmiha Haini sengaja je mengutuk dia, kata tak pandai BM. Padahal bukan sebab tak pandai BM dia kantoi. Tapi kerana asyik teringatkan kata-kata Muaz. Angaulah katakan!
Udoh-udoh ler berangan! Tu Abang Muaz kesayangan kau dah sampai.” Salmiha Haini menunjukkan arah di mana Muaz berada. Namun tiada reaksi balas daripada Sofea.
Mata Sofea masih lagi melihat abang sepupunya Imran Ajmal a.k.a playboy  terhangat. Ini kalau Mak Teh tengok, mesti masuk CCU. Mana tidaknya, pakaian perempuan yang bergandingan dengan Imran Ajmal mengalahkan artis Hollywood.
“Assalamualaikum...,” sapa Muaz. Dia tersenyum tatkala matanya bersabung dengan mata Salmiha Haini. Kemudian dia memandang ke arah yang sama seperti Sofea.
“Fea tengok apa tu?” Bisik Muaz.
“Oh... mak kau masuk CCU!” Latah Sofea. Terkejut dia mendengar suara yang begitu hampir cuping telinganya.
Muaz dan Salmiha Haini sudah ketawa. Salmiha Haini menekan perutnya kerana tidak tahan mendengar latah Sofea.
Sofea menjeling memberi amaran supaya diam.
Tawa Muaz dan Salmiha Haini terhenti serta-merta.
“Miha... kau pergi beli tiket ya. Biar aku dan Muaz beli makanan,” pinta Sofea. “Tangan kau yang jatuh pagi tadi masih lagi sakit, kan? Jadi aku bagi kerja yang ringan dan mudah untuk kau.” Dia malas hendak bersesak-sesak berbaris membeli tiket.
“Eleh... cakap aje yang kau nak mengintip Imran Ajmal! Kau kan mata-mata Mak Teh kau!” Sindir Salmiha Haini selamba.
“Pandai pun kau!” Puji Sofea. Senyuman juga menghiasi bibirnya yang berwarna merah jambu itu.
 Memang itu pesan Mak Tehnya setiap kali nampak batang hidungnya. ‘Tolong tengok-tengokkan Imran.’ Mulanya dia tidak tahu apa sebabnya. Tapi setiap kali terserempak dengan Imran Ajmal, lelaki itu semedang aje bertukar pasangan, barulah dia tahu niat Mak Tehnya. Mak Tehnya ingin tahu setiap gerak dan langkah anak bujangnya.


SALMIHA HAINI meneliti jam tangannya. Masih awal lagi, bisik hatinya. Malam ini mereka bertiga bercadang menonton filem Hantu Kak Limah 2. Dan masa tayangannya jam 9.20 malam. Itulah masa yang menjadi pilihan mereka. Sebelum masuk panggung bolehlah mereka solat terlebih dahulu.
“Aduh... panjangnya nak berbaris!” Rungut Salmiha Haini.
Padahal takdelah panjang mana, dia orang yang ke dua puluh dan kaunter untuk membeli tiket pun banyak dibuka. Saja je dia nak buat gempak. Matanya meliar mencari Sofea. Bulat mata Salmiha Haini melihat Sofea sedang rancak berborak dengan Imran Ajmal dan sesekali mata lelaki itu menerawang seperti mencari sesuatu.
Aik... mana perginya perempuan vogue tu tadi? Ah... lantaklah! Bukannya ada kena mengena dengan aku pun untuk aku perah otak bagai nak rak, getus Salmiha Haini sambil memandang ke arah lain.
Salmiha Haini menoleh pabila terasa ada jari yang mencuit bahunya. Hampir terlompat dia dibuatnya bila muka Imran Ajmal begitu hampir dengan mukanya bersama senyuman menawan. Dan sesungguhnya lelaki itu memang... memang... tampan! Tapi... bila masa pulak lelaki itu ‘terbang’ ke mari? Gumam Salmiha Haini.
“Tolong belikan tiket untuk saya sekali ya,” pinta Imran Ajmal bersama senyuman kacaknya. Sekeping not RM100 dihulurkan kepada Salmiha Haini.
Oh... panahan arjuna! Sungguh... aku sudah tertawan! Eh... tak boleh! Tak boleh! Aku tak sesuai dan tak akan jatuh cinta dengan lelaki budaya darat ni! Itulah tekad Salmiha Haini bila dia mampu berfikir dengan waras.
“Takpelah! Guna duit Miha aje.” Lembut sahaja tutur katanya. Sewaktu bersama Sofea dan Muaz tadi, memang takdelah keluar perangai ala-ala gadis Melayu terakhir. Lepas laku adalah!
“Ambillah! Saya belanja!”
Salmiha Haini menggeleng tanda menolak.
Ambik!” Desak Imran Ajmal. “Cepatlah! Tak lama lagi turn Miha sampai,” gesa Imran Ajmal sedikit tegas. Melihat Salmiha Haini teragak-agak hendak mengambilnya, Imran Ajmal meletakkan duit tersebut di atas telapak tangan Salmiha Haini.
“Kenapa tangan ni berbalut?” Tanya Imran Ajmal prihatin. Wajah Salmiha Haini dipandangnya.
Errr... jatuh motor pagi tadi,” terang Salmiha Haini teragak-agak. Dia menarik tangannya perlahan-lahan.
Imran Ajmal tersenyum melihat tingkah Salmiha Haini. Risau sangat orang sentuh dia lama-lama. Macam luak!
“Biar saya belikan,” ujar Imran Ajmal. Dia beratur di sisi Salmiha Haini.
Terlopong mulut Salmiha Haini mendengar kata-kata Imran Ajmal. Biar betul mamat ni? Dia nak tengok wayang dengan kita orang sekali ke? Ingatkan lelaki itu sekadar bergurau. Maklumlah kekasih hatinya pakai baju tak ikut piawaian. Mahu beku dalam panggung sebelum cerita tamat. Mata nakalnya meliar mencari perempuan seksi yang berada di sisi Imran Ajmal sebentar tadi. Takde pun!!! Mana dia sorok awek dia?
“Miha cari apa?” Bisik Imran Ajmal. Pelik dia melihat tingkah laku Salmiha Haini.
“Hah?” Terkejut beruk Salmiha Haini bila ada suara di tepi telinganya. “Oh... haa... aaa... saya cari Fea!” Tergagap-gagap Salmiha Haini mencari helah. “Tahu tak dia ke mana?” Salmiha Haini pura-pura bertanya setelah otaknya mampu mencerna soalan yang ditanyakan oleh Imran Ajmal.
“Dia dan Muaz pergi senQ.”
Pergi senQ? Buat apa? Tak akan pergi survey barang rumah? Eh... jap!!! Bukan ke perempuan tu kata bila mereka kahwin nanti, dia orang akan tinggal kat rumah yang dia dan Sofea diami sekarang? Nak beli barang apa lagi? Semuanya dah cukup lengkap! Omelnya dalam hati.
Imran Ajmal merenung wajah Salmiha Haini yang sedang berkerut-kerut. Dia pernah terserempak dengan gadis itu sewaktu berkunjung ke rumah ibu saudaranya seminggu yang lalu. Ketika itu majlis pertunangan Sofea. Sungguh cantik dan manis sekali gadis itu. Baju kurung warna jingga yang dipakainya memang sesuai sekali dengan kulitnya yang putih melepak. Terserlah kejelitaannya walaupun tanpa sebarang warna-warni yang tercalit di wajahnya.
“Awak!” Salmiha Haini mencuit lengan Imran Ajmal. Lelaki itu dilihatnya hanyut ke benua lain.
“Apa?”
“Tu..!!!” Salmiha Haini memuncung ke arah kaunter yang perlu dituju oleh Imran Ajmal. Pasti gadis penjaga kaunter itu bengang kerana terpaksa menunggu.
“Oh... maafkan saya!” Imran Ajmal segera menuju ke kaunter yang dimaksudkan oleh Salmiha Haini.
Salmiha Haini mengikut langkah Imran Ajmal.
“Hai, si cantik manis!” Tegur Imran Ajmal sambil mengenyitkan mata kepada gadis yang menjaga kaunter tersebut.
Huh... dasar mata keranjang! Tukas Salmiha Haini. Meluat pulak dia menonton aksi gedik dua orang manusia tersebut. Si gadis tersipu malu dan yang lelaki pula sudah terbit aura miang keladinya.
“Empat keping tiket.” Imran Ajmal mengalun suara ‘romeo’nya.
“Encik nak pilih tempat duduk mana?”
“Saya nak bahagian tengah. Emmm... saya pilih kat bahagian sini.” Imran Ajmal menunjuk tempat duduk pilihannya.
Sewaktu Imran Ajmal membeli hanya empat keping tiket, otak Salmiha Haini ligat berputar. Seperti biasa dia mencari sebab mengapa dan kenapa.
“Empat je tiket?” Salmiha Haini bertanya. Ketika itu mereka sudah pun selesai membelinya.
“Empat jelah! Buat apa beli banyak-banyak?”
“Habis tu makwe awak?”
“Itu bukan makwe sayalah. Kawan biasa je. Kami secara tak sengaja terserempak kat sini.”
Salmiha Haini cuba untuk mempercayai kata-kata Imran Ajmal walaupun dalam hati dan kepala otaknya memang tiga ratus peratus awal-awal lagi sudah menolak untuk mempercayainya. Biasalah orang lelaki yang dah terbiasa memegang watak hidung belang, mana nak mengaku.
            “Apa fasal muka macam tu?”
            “Muka macam tu? Muka yang macam mana?” Soal Salmiha Haini tanda tidak mengerti. Dia meraba mukanya. Manalah tahu ada tumbuh jerawat batu.
            “Muka orang yang tidak mempercayai kata-kata orang lain!” Ulas Imran Ajmal. Dia yakin Salmiha Haini pasti melihat perempuan yang bergandingan dengannya sebentar tadi.
            Alamak! Dia tahu ke aku tak percaya kata-katanya. Pandai sungguh dia membaca fikiran aku.
            “Ada tertulis ke kat muka saya yang saya tidak mempercayai kata-kata awak?” Salmiha Haini menyoal balas.
            “Memanglah takde.”
            “Habis tu, kenapa menuduh tanpa usul periksa?”
            “Tapi ketara sangat yang Miha meragui kata-kata Im. Atau Miha cemburukan dia?” Usik Imran Ajmal.
            Erk? Ada gaya ke... muka aku tengah cemburu sekarang ni? Rasanya tak ada langsung kecuali rasa tidak percaya aje. Lagi pula apa kes aku nak cemburu kat dia ni? Kenal rapat pun tidak.
            “Mana ada cemburu. Lagipun awak bukannya kekasih atau tunang saya. Jadi buat apa nak cemburu.”
            “Manalah tahu tiba-tiba aje perasaan cemburu tu muncul. Lagipun mana ada orang yang sanggup mengaku dirinya sedang dilanda cemburu. Betul tak?” Sakat Imran Ajmal lagi.
            “Eee... tak kuasalah nak cemburu-cemburu ni!” Tempelak Salmiha Haini. Dia terus berlalu mendapatkan Sofea dan Muaz. Malas dia hendak melayan sikap gatal Imran Ajmal. Sekiranya dilayan, pasti semakin menjadi kebirahannya.
            “Eh... apa fasal korang berdua ni lama sangat beli tiket? Korang beli tiket atau pergi dating?” Soal Sofea berbaur usikan. Hendak ketawa dia melihat muka Salmiha Haini yang sudah masam mencuka.
Imran Ajmal tersengih mendengar usikan sepupunya.
Muaz menggeleng dengan perangai nakal Sofea.
Salmiha Haini hanya mencebik mendengar kata-kata Sofea yang dirasakannya tidak masuk akal langsung. Dia... berdating dengan Imran Ajmal? Memang bakal gilalah dia tak lama lagi. Dah terang-terang lelaki tu ramai makwe, memang buat tebiat la... jika dia join sekaki.



Thursday 26 September 2013

TREASER TERAKHIR 'SI PENCURI HATI'

TEASER TERAKHIR 'SI PENCURI HATI'









“Bonda nak kamu putuskan hubungan kamu dengan Damia.Janda tu tak sesuai menjadi menantu di rumah ini,” tegas Tengku Faridah.

Tercengang Darwisy mendengar kata-kata bondanya.Dia memandang wajah bondanya dengan perasaan bercampur baur.Sebal sungguh hatinya mendengar cerita yang baru bondanya sampaikan.Damia janda? Bila masa pulak mereka berpisah?

Darwisy menyebak rambutnya berulang kali semata-mata hendak meredakan lahar kemarahannya yang sudah sampai ke kepala. Dahi di picit untuk menurunkan bara panas di hatinya.

Janda? Ulangnya kembali di dalam hati.Siapa yang memandai dan gatal mulut tuduh bini aku janda? Bila masa pulak aku ceraikan Damia? Aku kalau dapat orang yang suka buat fitnah, memang aku ganyang mulut dia dengan cili padi cukup-cukup, gerutuDarwisy.

“Lagi pun bonda dah ada calon yang sesuai untuk kamu,” ujar Tengku Faridah sambil melihat wajah anak lelakinya. Jelas ketara reaksi tegang dan marah di wajah itu.

Bulat mata Darwisy memandang wajah bondanya.

Kes yang pertama tak selesai lagi, ditambah pula dengan kemelut yang baru.Ini... perempuan bodoh mana pulak yang bonda nak kenenkan dengan aku ni? Aduhai... apa yang aku nak buat ni? Sayang tolong abang... Reez... Isya... tolong daddy! Aduh! Boleh mati muda kalau macam ni, getus Darwisy sambil mengusap lehernya.

Darwisy memandang kembali wajah bondanya.

“Darwisy tak setuju dan tak akan kahwin dengan pilihan bonda tu.” Namun ayat itu hanya bergema dalam hatinya sahaja.Dia enggan membuka mulut, bimbang jadi anak derhaka pula.

Melihat wajah tegang bondanya, dia mengalih pandangannya ke arah almari antic berwarna putih milik bondanya. Cantik juga  almari ni ya? Kenapa selama ini aku tak perasan kecantikannya? Darwisy... tak payahlah cuba tukar-tukar topik! Sejak bila kau jadi lelaki pengecut ni?



Apa yang akan berlaku? Perlu ke Darwisy berterus terang dengan Bondanya tentang hubungan dia dan Damia? Jangan lupa memilik novel 'SI PENCURI HATI' terbitan LOVENOVEL PUBLICTION untuk mengetahui kisah Darwisy...Damia...






 pstt...mai2 jumpa umi Dayana Darwisy bertempat di LOVENOVEL PUBLICTION pada 28/9/2013 pada hari SABTU mai pakat ramai-ramai turun kat sana.... jom heboh2 semoga ceria bak pelangi 



Wednesday 25 September 2013

MEREKA YANG BERTUAH...




ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi Khamis semuanya...

Pasti ada segelintir pembaca yg dah tak sabar nak tahu siapakan pemenang bertuah tu ya...
Saya pun dah tak sabar nak umumkan siapakah yang bertuah seramai 4 orang tu...


TAHNIAH di ucapkan buat...|

1) ONAH
2) ATHIRAH
3) RAIHANA
4) PUTERI ATILIA.

Diharapkan keempat2 pemenang ini, blh PM saya di FB dan memberi maklumat lengkap tentang diri anda semua ya...

Terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini...


Sunday 22 September 2013

Pengumuman....



Assalamualaikum...

Saya Dayana Darwisy...

Akan mencari 4 0rang pembaca bertuah blog ini... untuk memiliki naskah Si Pencuri Hati secara percuma.

Untuk memiliki karya saya yang tak seberapa ini, silalah join saya digrup Bingkisan Hati Setulus Kasih
di FB... kerana apabila nama anda diumumkan di sini, saya mahukan segala butir peribadi anda di sana.

Saya sendiri akan membuat pemilihan berdasarkan kriteria yg saya sendiri tahu dan mahu..
Semuanya rahsia...

Keputusan pemenang pada hari Khamis ini 26hb ini...


Mana tahu... tuah anda menanti di sana.. Pemenangnya akan saya maklum kan nnt..

Sekian. Sayang semuanya...





Jom... layan


Cinta... kenapa perlu ada rasa cinta jika itu bukan suratan untuk kita?
Rindu... kenapa perlu ada rindu jika hadirnya hanya membawa duka?
Sayang... kenapa perlu ada rasa sayang jika kasih yang diberi dibalas dengan tuba?

Sayang Damia – Gadis cantik manis yang melalui kehidupan yang sukar setelah kematian bapanya. Hidup bersama seorang ibu yang gemar mengatur hidup dan jodohnya membuatkan Damia memberontak keras. Dia membawa diri ke rumah bapa saudaranya di Mersing demi mencari sebuah ketenangan.

Namun ketenangan yang dicari akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri. Pertemuan yang tidak sampai empat puluh lapan jam dengan Tengku Darwisy Firhad telah merantai mereka dengan ikatan suami isteri. Damia terpaksa menerima lelaki itu sebagai seorang suami dengan perasaan yang kosong, tidak ada walau sekelumit rasa cinta.

Benarlah kata orang, hati manusia begitu mudah berubah. Dari perasaan benci yang melangit, ia berganti pula dengan perasaan sayang yang mendalam. Hati Damia telah dicuri oleh lelaki yang baru dikenalinya itu. Cinta ini benar-benar nyata pada perasaannya.
Namun perpisahan yang kononnya hanya untuk sementara telah mengubah jalan takdir hidup mereka berdua. Cinta di hati Damia berkecai musnah sehingga dia tekad kembali ke United Kingdom tanpa pengetahuan suaminya. Dia mahu lari sejauh mungkin dari lelaki bernama Darwisy.

Entah di mana hikmahnya, kepulangan Damia dua tahun kemudian telah menemukan dirinya dengan Darwisy sekali lagi. Lelaki itu masih bergelar seorang suami, dan dia masih membawa gelaran seorang isteri biarpun hakikat itu cuba disembunyikan.
Namun hati yang pernah terbelai indah kadangkala menuntut rasa cinta itu untuk kembali dalam hidupnya. Damia keliru di persimpangan. Perlukah dia kembali kepada lelaki yang telah menduakannya? Relakah dia hidup bermadu tatkala hati begitu jerih menanggung rasa? Dan mampukah kehebatan cinta seorang lelaki bernama Darwisy kekal sehingga ke akhirnya?

Friday 20 September 2013

Tadaaaa... Ini dia Cover Si Pencuri Hati


Cinta... kenapa perlu ada rasa cinta jika itu bukan suratan untuk kita?
Rindu... kenapa perlu ada rindu jika hadirnya hanya membawa duka?
Sayang... kenapa perlu ada rasa sayang jika kasih yang diberi dibalas dengan tuba?

Sayang Damia – Gadis cantik manis yang melalui kehidupan yang sukar setelah kematian bapanya. Hidup bersama seorang ibu yang gemar mengatur hidup dan jodohnya membuatkan Damia memberontak keras. Dia membawa diri ke rumah bapa saudaranya di Mersing demi mencari sebuah ketenangan.

Namun ketenangan yang dicari akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri. Pertemuan yang tidak sampai empat puluh lapan jam dengan Tengku Darwisy Firhad telah merantai mereka dengan ikatan suami isteri. Damia terpaksa menerima lelaki itu sebagai seorang suami dengan perasaan yang kosong, tidak ada walau sekelumit rasa cinta.

Benarlah kata orang, hati manusia begitu mudah berubah. Dari perasaan benci yang melangit, ia berganti pula dengan perasaan sayang yang mendalam. Hati Damia telah dicuri oleh lelaki yang baru dikenalinya itu. Cinta ini benar-benar nyata pada perasaannya.
Namun perpisahan yang kononnya hanya untuk sementara telah mengubah jalan takdir hidup mereka berdua. Cinta di hati Damia berkecai musnah sehingga dia tekad kembali ke United Kingdom tanpa pengetahuan suaminya. Dia mahu lari sejauh mungkin dari lelaki bernama Darwisy.

Entah di mana hikmahnya, kepulangan Damia dua tahun kemudian telah menemukan dirinya dengan Darwisy sekali lagi. Lelaki itu masih bergelar seorang suami, dan dia masih membawa gelaran seorang isteri biarpun hakikat itu cuba disembunyikan.
Namun hati yang pernah terbelai indah kadangkala menuntut rasa cinta itu untuk kembali dalam hidupnya. Damia keliru di persimpangan. Perlukah dia kembali kepada lelaki yang telah menduakannya? Relakah dia hidup bermadu tatkala hati begitu jerih menanggung rasa? Dan mampukah kehebatan cinta seorang lelaki bernama Darwisy kekal sehingga ke akhirnya?




Seperti biasa saya suka mengingatkan...


Jangan mengharapkan yang lebih ya... Kerana saya bukan penulis yang baik, bagus dan hebat. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan gali untuk mendalami dunia penulisan.


Harap semua kesayangan saya dapat terima karya saya ini seadanya. Jika terdapat sebarang kesilapan dan kelemahan di dalamnya, mohon maaf banyak-banyak. Sesungguhnya saya ini hanya manusia biasa. 

Sebarang komen drpd kesayangan saya, akan saya terima dengan hati yang terbuka. Semoga dengan maklum balas yang diberi mampu mengubah hasil nukilan saya di masa akan datang.

Sayang anda semua.



JIKA BERMINAT BLHLAH MEMBUAT TEMPAHAN DI LOVE NOVEL PUBLICATION

Thursday 19 September 2013

Sinopsis Si Pencuri Hati


SINOPSIS

Cinta... kenapa perlu ada rasa cinta jika itu bukan suratan untuk kita?
Rindu... kenapa perlu ada rindu jika hadirnya hanya membawa duka?
Sayang... kenapa perlu ada rasa sayang jika kasih yang diberi dibalas dengan tuba?


Sayang Damia – Gadis cantik manis yang melalui kehidupan yang sukar setelah kematian bapanya. Hidup bersama seorang ibu yang gemar mengatur hidup dan jodohnya membuatkan Damia memberontak keras. Dia membawa diri ke rumah bapa saudaranya di Mersing demi mencari sebuah ketenangan.

Namun ketenangan yang dicari akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri. Pertemuan yang tidak sampai empat puluh lapan jam dengan Tengku Darwisy Firhad telah merantai mereka dengan ikatan suami isteri. Damia terpaksa menerima lelaki itu sebagai seorang suami dengan perasaan yang kosong, tidak ada walau sekelumit rasa cinta.
Benarlah kata orang, hati manusia begitu mudah berubah. Dari perasaan benci yang melangit, ia berganti pula dengan perasaan sayang yang mendalam. Hati Damia telah dicuri oleh lelaki yang baru dikenalinya itu. Cinta ini benar-benar nyata pada perasaannya.

Namun perpisahan yang kononnya hanya untuk sementara telah mengubah jalan takdir hidup mereka berdua. Cinta di hati Damia berkecai musnah sehingga dia tekad kembali ke United Kingdom tanpa pengetahuan suaminya. Dia mahu lari sejauh mungkin dari lelaki bernama Darwisy.

Entah di mana hikmahnya, kepulangan Damia dua tahun kemudian telah menemukan dirinya dengan Darwisy sekali lagi. Lelaki itu masih bergelar seorang suami, dan dia masih membawa gelaran seorang isteri biarpun hakikat itu cuba disembunyikan.

Namun hati yang pernah terbelai indah kadangkala menuntut rasa cinta itu untuk kembali dalam hidupnya. Damia keliru di persimpangan. Perlukah dia kembali kepada lelaki yang telah menduakannya? Relakah dia hidup bermadu tatkala hati begitu jerih menanggung rasa? Dan mampukah kehebatan cinta seorang lelaki bernama Darwisy kekal sehingga ke akhirnya?

Teaser 7 Si Pencuri Hati



Mata Jeslina memandang sekeliling.Rasa bersalah begitu menebal dalam dirinya kerana membuatkan rakannya itu bersedih.Buntang matanya saat melihat pasangan yang sedang menjamu selera tidak jauh dari tempat duduk mereka.Jarinya menguis lengan Damia sambil memuncungkan mulutnya.

“Apa?”Tanya Damia tidak faham.

“Cuba kau toleh ke sebelah sana.Kau kenal siapa mereka?Aku tengok mesra semacam aje.Macam orang tengah di lamun cinta,” komen Jeslina.

Damia menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Jeslina.Dia kenal lelaki itu.Damia memandang Darwisy dengan perasaan membara.Mana janji-janji dan sumpah setia Darwisy selama ini?Itulah lelaki! Mulut cakap lain, tapi buat lain. Dalam pada hati kecewa dan marah, matanya masih lagi enggan berganjak daripada memerhatikan mereka.Ingin sahaja dia menyerang pasangan itu.Kalaulah dia punya kuasa menghilangkan diri, tentu sudah habis pasangan itu di kerjakannya cukup-cukup.Mahu sahaja di patah-patahkan leher Darwisy danNatilia.Aksi mengada-ada Natilia membuatkan Damia tidak senang duduk.Ingin rasanya dia mencurahkan salad Tarbush ke atas kepala Natilia.Bila memikirkan maruah diri dan maruah keluarga mentuanya, Damia membatalkan hasratnya.

“Jom kita balik!”

“Tapi aku belum makan lagi.Kasihanlah kat aku,” rayuJeslina.

“Kau tapau ajelah.Aku dah tak ada mood nak makan.”

“Yalah... yalah...!” Menyesal pula dia memberitahu Damia.Janganlah hendaknya rumahtangga sahabatnya itu berantakan.

Monday 16 September 2013

TEASER 6 'SI PENCURI HATI'



TEASER 6 'SI PENCURI HATI'







“Argh...” Natilia menjerit.

“Maaf... maaf, saya tak sengaja,” ujar Danish bila dia tanpa sengaja tertumpahkan air di atas kepala Natilia.

Natilia memandang Danish dengan perasaan marah.Habis pakaian mewahnya basah akibat tumpahan air kiwi itu.

“Auw... sakitnya!”Jerit Natilia sekuat hatinya bila terasa perit kulitnya terkena kuah panas.

“Maaf... sengaja langgar!”Ujar Darwisy tidak bersalah.“Sakit ke?”Soal Darwisy bersama senyuman sinis dan renungan tajam.“Itu baru sedikit!Jangan berani-berani sentuh atau sakiti perempuan yang aku sayang,” bisik Darwisy ketelinga Natilia.Nadanya berbaur ugutan dan amaran.

“Nasib baik tak tertumpah kuah kari yang tengah menggelegak. Jika kalau itu berlaku... tentu kau terpaksa dikejarkan ke hospital,” beritahu Darwisy selamba sambil ketawa.Dia nampak bagaimana Natilia menghampiri isterinya dan dengan sengaja menumpahkan air ke baju Damia.Dia apalagi! Pantang sungguh bagi dia bila melihat perangai Natilia yang gedik dan banyak songeh itu.

Danish dan Darwisy saling berpandangan.Kemudian mereka mengangguk.

“Eh... eh... eh...!!!”Darwisy dan Danish tertolak Natilia ke dalam kolam renang.Lantai yang licin akibat  tumpahan  kuah kari menyebabkan mereka gagal mengimbangi badan.

“Sorry...!!!”Darwisy tersenyum mengejek.

Danish pula mengang kati bujarinya .Dendamnya pada Natilia tidak akan pernah padam.


 

P/S: Apa Dendam Danish? Nak Tahu Jawapannya Nantikan SPH Tidak Lama Lagi Akan Ke Versi Cetak Terbitan LNP....