DI
BANGLO TIMUR SATU, Nadira menyoal siasat Danish. Tidak
puas hati rasanya bila suaminya berahsia dengannya selama ini. Sebagai isteri,
dia perlu tahu apa yang berlaku dalam keluarganya. Mujurlah ketika drama itu
berlaku, dia berada di situ. Jika tidak... hingga kini dia masih belum tahu
cerita yang sebenarnya.
“Berapa lama abang dah tahu Darwisy
berkahwin? Sampai hati abang tak beritahu Ira,” rajuk Nadira.
“Bukan abang tak nak bagi tahu.
Tapi ini amanah orang. Mana boleh abang beritahu Ira tanpa izin tuannya.
Berdosa besar abang sekiranya tidak amanah!” Terang Danish dengan tegas.
“Habis tu kenapa masa jumpa dekat Casuarina
Megamall tempoh hari, abang buat-buat tak kenal aje.”
“Abang kenal pun melalui gambar dan
keterangan Darwisy sahaja. Abang mana pernah berjumpa atau bercakap dengan dia
lagi. Itulah pertama kali abang berjumpa dengan dia.”
Nadira memandang wajah suami. Nampak seperti
suaminya berkata jujur.
“Macam mana kalau bonda tahu
nanti?” Soal Nadira.
“Sebab itu Darwisy minta kita zip
mulut. Jika bonda tanya lebih-lebih, Ira cakaplah Darwisy sekadar membantu kakitangannya.”
“Kalau bonda tanya macam mana Damia
boleh tinggal bersama kita di sini, Ira nak cakap apa?”
“Ira katakanlah tiada siapa yang
nak bantu jaga si kembar tu,” balas Danish laju.
Nadira merenung suaminya.
“Betullah apa abang kata. Mana
menang tangan Si Damia nak jaga dua beradik tu,” ujar Danish sambil membalas kembali
renungan isterinya.
Nadira angguk kepala.
“Nasib baik otak Mia bergeliga ajak
kita tinggal bersama di banglonya. Buatnya kita duduk di banglo kita, macam
mana nak tutup rahsia ini daripada bonda?”
Danish angguk kepala membenarkan
kata-kata isterinya.
“Abang ngantuklah, mari kita tidur.
Esok ada game yang abang sertai.”
“Abang memang macam tu! Bila Ira
cuba korek rahsia mesti nak mengelak,” marah Nadira manja.
“Ala... cayang abang! Jangan merajuk! Nanti baby kita pun kuat merajuk macam Ira,” pujuk Danish. Dahi isterinya
dikucup sayang.
Nadira
menggeleng kepala dan tersenyum senang. Walaupun mereka kahwin atas pilihan
keluarga, namun dia tetap merasai kebahagiaannya. Danish seorang suami yang
penyayang dan penuh dengan tanggungjawab. Yang paling penting seorang yang
setia...
PERTANDINGAN
TEKA SIAPA DIA telah diadakan. Darwisy dan Danish
dikehendaki menjadi model mereka. Teruk Darwisy dan Danish dibuli oleh
pekerja-pekerjanya. Bila lagi mereka hendak mengenakan bos mereka, masa inilah!
Setiap ahli kumpulan yang dipilih, perlu mengenal pasti yang mana satu Darwisy
dan Danish. Segala yang ada pada diri mereka terlalu sukar untuk dikenal pasti.
Terdapat lima kumpulan yang mengambil bahagian. Kumpulan Mawar, Kenanga, Orkid,
Teratai dan Ixora.
Kumpulan Mawar yang diwakili
Farizul sudah tersilap percaturan. Mereka tertukar antara satu sama lain.
Begitu juga kumpulan Kenanga, Orkid dan Teratai. Tiba kumpulan Ixora, Damia
tampil untuk memilih. Damia memerhatikan wajah yang berada di hadapannya. Dia
pasti akan ada perbezaan antara mereka.
“Cuba senyum!” Pinta Damia lembut.
“Mana aci guna taktik kotor.”
Kedengaran suara dari kumpulan lain memprotes.
“Mana ada taktik kotor. Itu
strategi namanya!” Lantang ahli kumpulan Ixora bersuara.
Damia memegang tangan Darwisy. Nak
pegang tangan Danish, tak boleh! Berdosa!
“Ini Tengku Darwisy Firhad dan di
sebelah kiri saya pula Tengku Danish Firdaus.” Damia bersuara dengan penuh
keyakinan.
“Wah... hebatlah puan! Walaupun
baru beberapa bulan bekerja, dah kenal siapa orangnya,” ujar Mutalib. Salah
seorang AJK pertandingan yang terlibat.
“Macam mana sayang boleh kenal
abang?” Bisik Darwisy.
Damia menunjuk pipinya.
Fahamlah Darwisy apa maksud Damia.
Dia mempunyai lesung pipit di kanan dan kiri pipinya manakala Danish tidak
mempunyai lesung pipit.
“Hebat isteri abang.” Darwisy
mencuit hidung Damia.
Damia menepis segera tangan
Darwisy. Dia tersipu malu.
Perbuatan Darwisy bukan sahaja
menarik perhatian kakitangan TDF malahan Tengku Faridah. Hatinya berasa tidak
enak menonton aksi tersebut. Mereka kelihatan manja dan mesra. Apa kaitan Damia
dan anak-anaknya dalam hidup Darwisy dan Tengku Dzulkarnain? Pening kepalanya
memikirkannya.
Pertandingan bayi comel dan
fotogenik turut diadakan. Walaupun Damia berkeras menolak, namun ada ahli
kumpulannya yang mengisi nama Farisya dan Fareez. Anak-anaknya yang memang
gemar beraksi begitu mudah memberi kerjasama. Kelincahan dan kecomelan mereka
menarik perhatian ramai. Cantuman benih antara Damia dan Darwisy menghasilkan
satu kombinasi yang sangat mengagumkan. Anak-anak mereka akan menjadi jelita
dan kacak bila dewasa kelak.
“Umi... daddy...” Terdengar suara Farisya dan Fareez memanggil Damia dan
Darwisy.
Pekerja TDF yang berada di situ
sudah tercengang. Begitu juga Tengku Faridah.
“Papa..” Jerit Fareez bila terlihat
Reqza.
Masing-masing di situ sudah
terlopong dan pening. Tengku Faridah pula menjadi keliru. Hendak bertanya
Tengku Dzulkarnain yang berada di sebelahnya, dia tiada kekuatan.
“Ibu... babah...” Farisya memanggil
Nadira dan Danish.
Tengku Dzulkarnain tersenyum
melihat kepetahan cucu-cucunya.
Tengku Faridah sudah berkerut-kerut
dahinya mencerna apa yang berlaku di hadapannya.
Fareez dan Farisya berlari
menghampiri Tengku Dzulkarnain.
Damia dan Darwisy serta Nadira dan
Danish sudah pucat. Mereka tergamam.
Tengku Dzulkarnain hanya beriak selamba.
“Nak kung... nak kung...”
Kedua-dua beradik itu menghulur tangan mereka minta didukung.
Ketawa riang Tengku Dzulkarnain
melihat telatah cucu-cucunya.
“Ala.. Reez dan Isya beratlah! Tak
larat nak dukung dua-dua sekali.” Tengku Dzukarnain bercanda.
Tengku Faridah yang tidak dapat
merungkai permasalahan itu semakin bertambah pelik melihat keakraban mereka
semua. Apa yang mereka sembunyikan daripada aku? Bisik hati Tengku Faridah.
Damia membisikkan sesuatu ke
telinga Reqza. Mereka berdua mengambil Fareez dan Farisya daripada Tengku
Dzulkarnain.
“Uncle bagi anak-anak saya tu,” pinta Reqza mesra.
Tengku Dzulkarnain angguk kepalanya.
Dia juga tidak mahu bersoal jawab dengan isterinya buat masa sekarang.
“Mari sayang dekat papa,” pujuk
Reqza. “Reez dan Isya kan berat, nanti patah pinggang atuk.”
Mujurlah Fareez dan Farisya tidak
banyak kerenah. Jika tidak... tak tahulah apa yang akan terjadi seterusnya.
Darwisy dan Danish sudah tidak senang duduk bila melihat raut wajah bondanya
yang sudah berubah.
ACARA
KEMUNCAK pada malam itu diadakan dengan majlis penyampian
hadiah dan berkaraoke. Berebut-rebut kakitangan TDF ingin menyumbangkan bakat
dan suara mereka. Ada kakitangan yang agak nakal meminta bos mereka
menghiburkan mereka. Danish dipaksa berduet dengan Nadira. Setelah dipujuk anak
buahnya barulah Danish bersetuju. Danish dan isterinya menyanyikan lagu My Heart nyanyian Irwansyah dan Acha Septriasa.
Kini tiba giliran
Darwisy. Sengaja mereka mengesyorkan Darwisy berduet dengan Damia. Nak tak nak,
Darwisy terpaksa akur juga dengan permintaan pekerja bawahannya. Farid yang
memang terkenal dengan kenakalannya telah memilih lagu Muara Hati nyanyian
Hafiz dan Datin Seri Siti Nurhaliza untuk bos
kesayangannya itu.
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia
Lontaran suaranya yang begitu mengasyikkan membuatkan
banyak mata tertumpu kepadanya termasuklah Damia. Darwisy merenung wajah
isterinya. Biarpun pernah terpisah ruang dan waktu, akhirnya mereka bersatu
kembali atas nama cinta. Dan dia juga mahu Damia tahu, cinta sucinya hanya
milik Damia seorang.
Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati
Damia melontarkan vokalnya. Suaranya yang merdu memukaukan
mata dan halwa telinga yang mendengarnya. Dia juga mahu Darwisy tahu bahawa
cintanya kepada lelaki itu terlalu kuat dan sukar untuk dirungkaikan. Dia juga
mengharapkan agar cinta mereka kekal mekar dan mewangi hingga jasad bersemadi.
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali... padamu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali... padamu
Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemana pun kan pasti kembali
Kemana pun kan pasti kembali
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Biarkan aku merasuk
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta...
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta...
Itulah impian dan harapan mereka. Biarpun onak dan duri
datang menggugat, mereka akan berusaha mempertahankan cinta mereka. Biarpun
dugaan demi dugaan datang menguji ketahanan cinta mereka, mereka akan tetap
mempertahankan bahtera perkahwinan mereka. Datanglah berkali-kali ribut taufan
sekalipun, mereka akan tetap berdiri teguh mempertahankan cinta dan kasih
sayang mereka.
Paduan suara yang begitu mempesonakan itu membuatkan mereka
yang mendengar terpaku. Rata-rata bagaikan tidak percaya yang Darwisy dan Damia
mampu menyanyi dengan begitu baik sekali. Darwisy dan Damia menerima tepukan
gemuruh daripada kakitangan TDF. Siulan nakal juga kedengaran.
Tidak lama kemudian,
Damia memohon diri untuk beredar. Dia ingin mengambil anak-anaknya yang berada
di bawah jagaan Reqza ketika ini. Mujurlah temannya itu sudi menjadi pengasuh
anak-anaknya malam ini.
KAMAR
MEWAH yang didiami oleh Tengku Dzulkarnain dan Tengku
Faridah agak suram. Tengku Faridah tidak banyak bercakap dan asyik termenung.
Risau Tengku Dzulkarnain melihatnya namun dia dapat mengagak apa yang bersarang
di benak isterinya. Tentu mengenai anak bongsunya itu.
“Kenapa honey? Bermuram durja aje abang tengok. Tak suka datang ke sini
ke?” Usik Tengku Dzulkarnain.
Tengku Faridah melepaskan keluhan.
“Entahlah abang, saya pun tak tahu
apa yang sedang saya resahkan,” luah Tengku Faridah. “Abang, siapa Damia tu?
Saya tengok begitu mesra lagi dengan Darwisy.” Tengku Faridah menduga.
“Mesra ke?” Tengku Dzulkarnain
bertanya pelik. “Abang tengok dengan semua orang dia mesra.”
“Kenapa anak-anak Damia panggil Darwisy
daddy?” Tanya Tengku Faridah lagi.
“Hisy... bukan dengan Darwisy sahaja dia panggil begitu. Honey
tak dengar ke, anak-anak Damia panggil Danish ‘abah’ dan Nadira ‘ibu’,” jelas
Tengku Dzulkarnain. Seolah-olah tiada apa yang pelik dengan panggilan itu.
“Kalau saya tanya abang..., abang
jangan marah ya!” Tengku Faridah memeluk erat tubuh suaminya.
Tengku Dzulkarnain mengangguk.
Pelukan dilepaskan dan wajah
suaminya dipandang.
“Kenapa abang simpan gambar anak-anak Damia?
Apa kaitan mereka dengan abang?” Tengku Faridah menanyakan soalan cepumas.
Tengku Dzulkarnain cuba mengawal
riak terkejutnya.
“Abang geram tengok muka anak-anak
dia, comel sangat! Lagipun abang dah anggap mereka macam cucu-cucu abang
sendiri. Itu yang abang minta beberapa keping gambar anak-anaknya untuk dibuat
kenang-kenangan,” ulas Tengku Dzulkarnain sambil menatap mesra wajah isterinya.
Dia berharap sangat isterinya tidak melanjutkan pertanyaan. Dia tidak sampai
hati hendak berbohong dengan Tengku Faridah.
“Marilah bang kita tidur. Dah lewat
malam ni! Esok dah nak berangkat balik.” Dia kecewa dengan jawapan yang
suaminya berikan. Tapi dia tidak mahu memaksa.
Tengku Dzukarnain menarik nafas
lega. Tubuh Tengku Faridah ditarik rapat ke dada dan dipeluk erat. Dia berharap
sangat agar masalah Darwisy dapat diselesaikan dengan segera.
Best.....
ReplyDeleteTak sbr nak peluk SPH.
Sabar ya p3...
Deletedoakan yang terbaik utk SPH.
Buat hati makin jatuh cinta...
ReplyDeleteCptlah SPH ni terbit.
Insya ALLAH Onah, sekiranya ada rezeki kita akan dpt peluk SPH nnt. Doakan yg terbaik utk SPH ya.
DeleteNak lgi...
ReplyDeleteTak cukup Kak DD
Insya ALLAH Ayu, nntkan smbgan SPH ya...
DeleteLagu Muara Hati...
ReplyDeleteTerbaik Dayana Darwisy
hehehe...
DeleteLike..like...like....like
ReplyDeletehahaha...
DeleteWah sangat menarik, bila nak kuar novelnya nie...
ReplyDeleteInsya ALLAH kalau ada rezeki kita blh peluk SPH bersama2 Seri Ayu.
DeleteDoakan yg terbaik utk SPH ya...
oowwsom...
ReplyDeletenak tau apa tindakan tg faridah slps ineee
Terima kasih Raihana.
DeleteKita nntkan bersama...
waaaa...
ReplyDeletebestnya. nakkkkkkkkkkkkkkk......... lagikkkkkkkkkkk.......
Sabar ya...
DeleteTahniah utk CIM yg best tu...
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu SPH berada kat pasaran pulak.
Bila nak terbit ni?
Terima kasih krn dpt terima CIM seadanya.
DeleteTak tahu lg bila terbitnya.
Doakan yg terbaik utk SPH ya.
Smbg lagi Dayana Darwisy.
ReplyDeleteTak cukup nihhh.....
Cinta Itu Milikku, TERBAIKKK!!!!
Insya ALLAH akan ada smbgannya nnt.
DeleteTerima kasih krn dpt terima CIM seadanya.
Lagi... lagi... lagi...
ReplyDeletekena up byk2 n3.
Tak puas bc.
Insya ALLAH sedikit masa lg akan ada smbgan SPH.
DeleteSabar ya.
kak
ReplyDeletetahniah atas keluaran buku CIM
dah baca dah...
tak sangka yang mereka akan berpisah utk jangkamasa 3 tahun
apa pun kebahagiaan milik mereka...
kembar 4 lagi.....
tahniah kak.. tpi sayang buku CIM 2 takde t/tangan akak...
kak...
bila rahsia akan terbongkar....
apa kata biar bonda darwish upah penyiasat persendirian...
x pun bonda jumpa je terus ngan sayang....tanya apa hubungan sayang ngan darwish...
kak
buku ni bila akan di terbitkan....
Terima kasih Ryn. Hrp dpt terima kekurangan CIM seadanya.
DeleteNntkan bersama bagaimana terbongkarnya rahsia ni...
Dah nak kena dah tekaan Ryn tu...
Insya ALLAH ada rezeki akan diterbitkan nanti. Cuma tak tau bila.
Doakan yg terbaik utk SPH ya...
SAYA BARU HABIS BACA BUKU CIM BEST SANGAT2 X RUGI BELI.
ReplyDeleteTerima kasih baby mio krn dpt terima cim seadanya walaupun byk kekurangan dan kelemahan di dlmnya.
Deletewow...best sangat2..bila nak diterbitkan....berbalaoi tunggu lama n3 ni...
ReplyDeleteTerima kasih Amila J Abdullah kerana sukakan SPH.
DeleteInsya ALLAH saya akan uar2kan bila SPH akan terbitkan.
Doakan yg terbaik utk SPH ya.
salam kakl..hehe... mmg trbaik punya CIM...x rugi sape2 yg dptknnya akk.. sy doakn yg trbaik tuk SPH ye akk amin... <3 akk...
ReplyDeleteSalam Mahanum.
DeleteTerima kasih krn dpt terima CIM seadanya.
Terima kasih krn doakan SPH juga...
Mudah2an SPH juga diterima seadanya.
dah lama x post... xsabar nak pelukkkkkkk...
ReplyDeleteKesibukan melanda einaz lynna.
ReplyDeletenntkan kemunculan SPH bersama ya...
Tp tak tau la bila...
kak...nak next n3 lg...knp la xbg tau je..wat lg ssh je..adooiii..hehhehe yana
ReplyDeleteInsya ALLAH minggu depan akan ada bab 19.
ReplyDelete