Jum kita layan bab selanjutnya. Harap anda semua berpuashati.
**************************************************
Dua tahun kemudian.....
DAMIA
tersenyum
keriangan pabila kapal terbang selamat mendarat. Berbelas jam di perut kapal
terbang membuatkan dia tidak betah berlama di dalamnya. Dia masih sayangkan
nyawanya. Damia sentiasa takut jika kapal terbang yang dinaikinya terhempas.
Tapi kuasa ALLAH tiada siapa yang mampu mengubahnya. Kita tidak tahu di mana
dan bila malaikat maut akan datang menjemput kita.
Damia berjalan dengan pantas
selepas mengambil bagasinya.
“Hisy... masa aku nak cepat nilah macam-macam hal yang berlaku!”
Damia merungut perlahan. Pasti dia jatuh tergolek jika lelaki itu tidak
merangkul pinggangnya.
“Sorry!” Ujar lelaki itu sepatah.
“Sorry...
sorry...!” Rengus Damia. Wajah lelaki
itu langsung tidak dipandangnya.
“Are you okay?” Tegur lelaki itu pabila melihat Damia tak henti-henti
mengusap bahunya. Bahu Damia disentuhnya.
“Awak nampak saya okey ke?” Marah
Damia. Dia menepis tangan lelaki itu. “Sakit bahu saya ni tahu tak?” Damia menggosok
bahunya yang kesakitan. “Awak ingat bahu saya ni ada jual dekat kedai spare part dan boleh dibeli dengan dua singgit?” Tanya Damia kasar.
Dah macam kartun Upin & Ipin
pula, dua singgit!
Damia segera mengambil beg
sandangnya yang terjatuh dengan kasar. Dia ingin beredar dari situ secepat yang
mungkin.
Melihat Damia ingin beredar, lelaki
itu pantas menahan.
“Wait a minute miss! This is my card. If you need a doctor please
don’t hesitate to call me,” tutur lelaki itu sambil tersenyum dan
menghulurkan kad namanya. Rambutnya yang terjuntai ditolak ke tepi. Kaca mata
hitamnya ditanggalkan.
Damia mengangkat wajahnya. Patutlah
tak nampak, ‘buta’ rupanya tadi, gumam Damia. Damia melihat sepintas lalu kad
bisnes yang berada di tangannya. Tanpa tertangguh kad yang dihulurkan kepadanya
dicampak ke dalam tong sampah yang berhampiran.
Terkedu lelaki itu memandang perilaku
Damia.
“Maaf... saya tak perlukan belas ihsan
awak,” ujar Damia agak kasar.
Lantaklah sama ada lelaki itu faham
atau tidak apa yang dikatakannya. Sepanjang lelaki itu bercakap dengannnya,
sepatah haram Bahasa Melayu tidak digunakan. Tidak dinafikan, lelaki itu
bukanlah seperti Melayu tulen tetapi nama yang tertera di kad tersebut
menunjukkan lelaki itu serumpun dan seagama dengannya.
Alahai... lelaki Melayu ni! Dah
awak tu anak Melayu, cakap ajelah Bahasa Melayu. Ini sibuk nak speaking London. Tak kuasa dia hendak
melayan orang Melayu yang tak ingat bumi yang dipijak dan langit yang
dijunjungnya.
Sebenarnya Damia tidak betah
berlama di situ. Sentuhan lelaki itu mengundang satu perasaan yang sukar
dirungkaikan dengan perkataan. Haruman lelaki itu menghadirkan suatu perasaan
halus di jiwanya. Damia menahan debar di dada. Jantungnya berdegup begitu
kencang sekali, sama seperti dua tahun lalu. Tidak keterlaluan dikatakan,
getarannya semakin hebat dan menerbitkan kembali perasaan rindu yang cuba dilenyapkan.
Menatap wajah lelaki itu walaupun seketika membuatkan dia teringat akan
seseorang. Cuma lelaki itu kelihatan lebih kacak, matang dan kemas
penampilannya. Saat lelaki itu menanggalkan kaca mata hitamnya, Damia
benar-benar terkesima. Mungkin pelanduk dua serupa, bisik hatinya.
Damia menutup mata sepanjang
perjalanan menuju ke rumah neneknya. Jika boleh dia ingin melenyapkan wajah
lelaki itu apabila dia membuka matanya nanti. Damia juga enggan pulang ke rumah
mamanya. Sejak dia menolak untuk digandingkan dengan mana-mana lelaki, mamanya
seolah-olah mengisytiharkan perang ke atas dirinya. Lagipun dia dan mamanya
tidak pernah sebulu dan sekapal.
Damia ingin merehatkan minda dan
jiwanya yang tidak tenteram ketika ini. Akibat kepenatan dia akhirnya tertidur.
“Cik..., cik...., boleh beritahu di
mana alamatnya?” Tanya pemandu limo itu kepada Damia setelah memasuki Lebuh
Raya Pasir Gudang.
Damia terjaga dari lenanya.
“Pak cik pandu menuju ke Bukit
Dahlia, Pasir Gudang. Nanti saya tunjukkan arahnya,” jelas Damia ramah.
Kelihatan lesung pipit di kiri kanan pipinya tatkala tersenyum.
“Baik cik.” Selaku pemandu, dia
perlu memenuhi setiap arahan dan permintaan penumpangnya.
Damia memberi arahan kepada pemandu
tersebut setelah rumah neneknya yang tersergam indah di atas bukit jelas
kelihatan.
“Pak cik..., pak cik... berhenti
kat depan tu ya,” pinta Damia. Damia membelek-belek beg sandangnya.
Eh... ini bukan beg aku! Gumam
Damia. Lantas dia menepuk dahinya berulang kali. Ini mesti tertukar dengan
mamat tu, getus Damia.
“Pak cik tunggu sekejap ya,” pinta
Damia.
Damia berharap sangat nenek atau
Ucunya berada di rumah ketika ini. Paling tidak pun Mak Jah dan Pak Salim.
Bolehlah dia pinjam duit daripada mereka untuk melunaskan bayaran tersebut.
Damia memberi salam dan membunyikan loceng. Kelihatan Pak Salim menjengah di
muka pintu. Tersenyum lebar Damia.
“Sayang! Pak cik ingatkan siapa
tadi. Kenapa tak bagi tahu nak balik? Boleh pak cik jemput dekat KLIA,” ujar
Pak Salim ramah. Damia memang jarang pulang ke Johor mengambil kapal terbang,
dia lebih suka menaiki bas ataupun teksi. Kata gadis itu, dia ingin menikmati
keindahan alam di sepanjang perjalanan. Gadis itu juga tidak gemar turun di
lapangan terbang Changi, di Singapura.
Damia tersenyum mendengar omelan
Pak Salim.
“Pak Salim... nenek ada? Sayang nak
minta duit, nak bayar tambang teksi. Beg sandang Damia tertukar masa kat airport tadi,” terang Damia jujur.
“Nenek Sayang takde, masih belum balik dari Tesco. Takpe biar Pak Salim tolong jelaskan.
Sayang masuk dulu, nanti Pak Salim bawa masuk beg,” ujar Pak Salim.
Tidak sampai hati pula Damia
membiarkan Pak Salim mengangkat bagasinya.
“Biar Sayang tolong Pak Salim angkat beg. Pak
Salim tolong bayarkan tambang Sayang dulu ya, nanti Sayang ganti balik.” Lega
hati Damia melihat anggukan Pak Salim.
Setelah Pak Salim menjelaskan
tambangnya, Damia menolong Pak Salim mengangkat bagasinya masuk ke dalam rumah.
“Pak Salim tolong bawa naik beg ni
ke bilik Sayang ya,” pinta Damia sopan.
Pak Salim angguk kepala tanda setuju.
Pak Salim angguk kepala tanda setuju.
Selepas Pak Salim keluar dari
biliknya, Damia memeriksa beg sandang yang berwarna coklat keemasan itu.
Terdapat beberapa dokumen penting terkandung di dalamnya serta kad bisnes milik jejaka tersebut. Sah! Beg itu memang milik lelaki yang melanggarnya di KLIA tadi. Damia
meneliti kad bisnes tersebut. Sewaktu di KLIA tadi dia hanya perasan nama
Tengku sahaja, nama penuh lelaki itu tidak dilihatnya.
Melihat nama yang tertera di situ, jantung
Damia berdegup kencang. Muka Damia terasa membahang dan peluh dingin mula
membasahi wajah dan bajunya. Tak mungkin..., getus hatinya. Nama mungkin serupa
tapi wajah itu? Damia cuba mengingati wajah yang hampir kabur dari ingatannya.
Dengan pantas dia menuju ke almari pakaiannya. Tidak sabar rasanya dia ingin
melihat gambar yang tersimpan di dalam album tersebut. Dia ingin membuat
perbandingan.
Damia merenung gambar lelaki yang
berada di tangannya. Berambut panjang separas bahu dan disisir kemas. Kelihatan
lesung pipit di kiri dan kanan pipi lelaki itu pabila tersenyum, sama
sepertinya. Kelihatan tampan walaupun penampilannya agak simple.
“Lelaki di airport tadi ada lesung pipit tak?” Damia bertanya kepada dirinya
sendiri. Gagal menemui jawapan yang dikehendaki, Damia membaringkan tubuhnya
yang lesu di atas tilam empuk sambil mengingati rentetan peristiwa yang berlaku
sebelum dia berangkat ke UK dua tahun dulu.
Setelah hampir sebulan Darwisy
tidak kunjungan tiba, Damia mencari suaminya itu di rumah keluarganya. Dia juga
harus pulang ke Nottingham memandangkan pengajiannya belum lagi tamat. Antara
bimbang akan penerimaan keluarga suaminya dan keterujaan hendak bertemu
Darwisy, Damia membulatkan tekad.
Ketika kereta yang dipandu Pak
Ucunya tiba di perkarangan rumah keluarga Darwisy, jantung Damia bergetar
hebat. Apatah lagi melihat majlis perkahwinan yang begitu meriah sedang
berlangsung. Dia menoleh ke arah Pak Ucunya.
“Sayang masuk dulu cari Darwisy,
Ucu nak parking kereta.”
Dalam keadaan debaran yang mengganas
hebat, Damia mengatur langkahnya. Matanya melilau mencari wajah suaminya.
Mujurlah hari ini dia berbaju kurung. Maklumlah hendak bertandang ke rumah
keluarga mentua. Atas nasihat neneknya dan inginkan perubahan setelah bergelar
isteri, Damia mula memakai tudung. Menurut neneknya, kecantikan dan aurat
seorang isteri hanyalah sesuai untuk tontonan suaminya sahaja.
“Jemput duduk cik,” arah satu
suara.
Damia menoleh melihat siapakah
gerangan yang menyapanya. Mungkin petugas untuk majlis ini bisiknya.
“Emmm.... boleh saya tahu ini majlis perkahwinan siapa?” Tanya Damia
ramah.
“Oh... ini majlis perkahwinan anak
lelaki Tengku Dzulkarnain dan Tengku Faridah! Kalau cik nak bertemu dengan
mempelai, cik kena tunggu sekejap sebab mereka tengah makan beradab.” Tunjuk gadis
itu bersama senyuman manis.
Mata Damia mencari arah yang
ditunjukkan oleh petugas itu. Setelah mengucapkan terima kasih, dia berjalan
menghampiri meja pasangan pengantin tersebut. Hancur luluh hatinya melihat
senyuman manis yang terbit daripada bibir pasangan pengantin itu.
Patutlah Darwisy tidak
muncul-muncul. Rupa-rupanya sedang membuat persiapan majlis perkahwinannya. Apa
tujuan kata-kata Darwisy dalam suratnya tempoh hari? Adakah sekadar ingin
menyedapkan hatinya dan menutup temberang lelaki itu? Atau ingin menunjukkan
kononnya dialah lelaki yang paling budiman tetapi apa yang terzahir adalah sebaliknya?
Dengan hati berlagu pilu, Damia
meninggalkan majlis itu. Sekeping harapan yang telah Darwisy persembahkan
kepadanya hancur berkecai. Janji-janji Darwisy adalah palsu semata-mata. Tidak
jauh dari pintu pagar kelihatan Ucunya. Tanpa tertangguh dia terus memaut
lengan Ucunya dan mengarahkan agar mereka segera beredar.
Kesakitan yang Darwisy tinggalkan
sedikit terubat apabila dia disahkan hamil. Mujurlah dia tidak mengalami
sebarang masalah dan alahan sewaktu hamil. Pasti dia terpaksa menangguhkan pelajarannya
sekiranya perkara itu terjadi. Nasib baik juga ada Reqza yang sudi membantu dan
mengambil berat akan dirinya. Reqza juga sanggup membatalkan hasratnya untuk
terus pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian memandangkan dia masih enggan
pulang.
Dengan bantuan Stella dan Edward, dia
dan Reqza berjaya mendapatkan pekerjaan di TDF yang berpangkalan di UK sebagai
pegawai pemasaran. Reqza juga banyak membantunya menguruskan Fareez dan Farisya.
Malahan ada yang menganggap mereka pasangan suami isteri. Namun Damia hanya
tersenyum pabila ada suara yang menyatakan pandangan mereka. Biarlah apa yang
hendak mereka katakan dan fikirkan, dia enggan mengulas.
Masih dia ingat lagi betapa
terkejutnya Reqza setelah tahu dia hamil. Itu pun kerana dia tidak mampu
menyorok perutnya yang sudah membesar.
“Jantan mana yang dah buat kau
hamil?” Marah Reqza. “Apa kau dah terdesak sangat ke, hingga sanggup menggadaikan
maruah diri semata-mata hendak mengelakkan diri daripada berkahwin dengan
calon-calon pilihan mama kau tu?” Sinis sekali pertanyaan yang dilontarkan oleh
Reqza.
“Daripada kau biarkan diri kau
mengandung anak luar nikah, lebih baik kau kahwin dengan aku.
Sekurang-kurangnya anak yang kau lahirkan itu sah tarafnya dan mereka tidak
perlu menanggung malu bila besar nanti,” tempelak Reqza.
Begitu hina sekali tuduhan yang
dilemparkan oleh Reqza kepadanya. Damia tidak menyalahkan Reqza kerana tiada
siapa pun yang tahu dia telah bernikah.
“Ini bukan anak luar nikah. Ini
anak aku yang sah,” jelas Damia sebak. Ketika itu usia kandungannya mencecah
tiga bulan.
Terperanjat Reqza mendengarnya.
Damia menatap wajah Reqza seketika
sebelum menyambung kata-katanya.
“Selepas aku balik dari Kuala
Lumpur hari tu, Pak Long aku paksa aku bernikah dengan anak kenalannya.” Damia
berbohong. Mana mungkin dia bercerita tentang dirinya tertangkap dalam bilik
seorang lelaki. Dia tidak mahu Reqza menjatuhkan maruahnya lagi. Cukuplah hinaan
dan cacian yang telah Reqza lemparkan.
“Tapi selepas sebulan bernikah
dengan aku, lelaki itu bernikah lain,” ujar Damia sebak. Biarlah dia berkongsi
kisah dukanya bersama Reqza. Sekurang-kurangnya beban yang sarat di bahunya
terasa kurang sedikit.
Reqza mengeluh mendengar cerita
Damia.
“Kenapa kau tak tolak cadangan Pak
Long kau? Kenapa kau tak hubungi aku? Sekiranya kau bagi tahu aku tentang
perkara ini tentu aku akan datang menyelamatkan kau. Aku sanggup berkahwin
dengan kau dan kau tak perlu kecewa dan terseksa macam ni.”
Damia hanya menggelengkan kepala.
Mana mungkin dia akan menyusahkan dan membabitkan Reqza dalam perkara ini
sedangkan dia tahu Reqza menaruh hati terhadap Jeslina.
“Kau tak cintakan aku. Cinta kau
hanya untuk Jeslina. Lagipun aku tak mahu menyusahkan kau dengan masalah aku,”
terang Damia.
Reqza menyebak rambutnya dan mendengus kasar.
“Aku tak pernah pun kata yang aku
cintakan dia. Tapi kau tu yang tak sudah-sudah mengaitkan nama aku dengan dia,”
luah Reqza geram. Dia merenung anak Damia. “Mana kau tahu aku tak cintakan
kau?” Soal Reqza.
“Aku tahu kau tak cintakan
aku.” Tekan Damia walaupun dia tidak
tahu apa yang tersirat dalam hati Reqza. Lagipun Reqza pernah memberitahu
kepadanya bahawa dia telah tertarik dengan Jeslina sewaktu lelaki itu
menemaninya ke Pulau Pinang suatu ketika dulu. “Tapi aku tahu kau sayangkan aku
sebagai seorang sahabat,” ujar Damia sambil tersenyum, menutup rasa gundah di
jiwa.
“Cinta boleh dipupuk Mia. Mungkin
daripada kasih sayang seorang sahabat, kita boleh tukarkannya kepada cinta.”
Reqza sebenarnya terkilan kerana Damia tidak pernah menyambut salam cintanya
sejak dulu.
Berkali-kali dia memberi gambaran
tentang perasaannya tetapi Damia buat tidak mengerti. Terpaksalah dia cuba
menarik perhatian Damia dengan menyatakan dirinya tertarik dengan Jeslina
dengan harapan gadis itu cemburu. Tetapi apa yang dia terima... Damia bersorak
keriangan dan menyatakan akan cuba membantunya memikat Jeslina. Semenjak itu
dia memendamkan sahaja perasaannya yang baru berputik terhadap Damia. Dia tidak
mahu persahabatan yang sedia terjalin terputus begitu sahaja.
“Sekarang tengok! Apa yang lelaki
itu sudah buat pada kau? Dia sedap berkepit dengan perempuan lain di sana
tetapi kau di sini terpaksa mengusung benih lelaki yang tidak bertanggungjawab
itu,” ujar Reqza sebal.
Damia menghela nafasnya. Dia juga
kesal dengan apa yang berlaku.
“Mungkin ini dugaan dan janji ALLAH
untuk aku sejak azali lagi. Dan... mungkin ini juga akibat yang terpaksa aku
tanggung kerana menolak cadangan mama aku dan menderhaka dengannya dulu,” luah
Damia sebak.
Reqza enggan memanjangkan lagi
cerita sedih Damia.
“Izinkanlah aku menjadi papa anak-anak
kau Mia. Aku akan menjaga kau di sini dan mengambil alih tugas suami kau yang
tak guna tu. Aku juga sanggup menikahi kau sekiranya kau ingin berpisah dengan
suami kau suatu hari nanti,” luah Reqza seikhlas hatinya. Siapa pun Damia,
kasih sayangnya terhadap gadis itu tak pernah kurang walaupun seinci.
“Terima kasih Req atas keprihatinan
kau. Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik kau terhadap aku,” ujar Damia
sebak. Air mata mula membasahi pipinya. Sejak hamil, Dami menjadi lebih sensitive dan cengeng.
Pantas jemari Reqza menyapu air
mata yang membasahi pipi halus dan mulus itu.
“Jangan menangis Mia. Aku akan
sentiasa ada di saat kau memerlukan.” Ingin sahaja dia menarik Damia ke dalam
pelukannya. Namun dia yakin itu tidak mungkin berlaku.
Sejak itu Reqza mengambil alih
tanggungjawab Darwisy. Reqza mencari rumah yang lebih selesa untuknya dan Reqza
juga yang mengazan dan mengiqamatkan anak-anaknya.
RIUH-RENDAH di ruang tamu tingkat dua, rumah
tiga tingkat itu mengejutkan Damia dari lena dan kenangan lalu. Bunyi tangisan
anak kecil serta suara neneknya membuatkan tubuh Damia berdiri tegak. Girang
sungguh rasa hatinya pabila mendengar suara permata hatinya itu. Anak-anaknya
kini sudah berusia empat belas bulan. Sewaktu berusia sembilan bulan, anaknya
itu terpaksa di bawa pulang ke Malaysia akibat wabak penyakit yang melanda
kebanyakan negara di seluruh dunia. Akibat wabak itu, nenek dan Ucunya memaksa
dia membenarkan kembarnya di bawa pulang ke Malaysia. Demi kebaikan
anak-anaknya, dia tidak mempunyai pilihan. Dengan berat hati mereka dilepaskan pergi.
Hampir lima bulan dia terpaksa
berpisah dengan anak-anaknya sebelum ditawarkan berkhidmat di syarikat TDF yang
beribu pejabat di Kuala Lumpur. Apabila tawaran itu dibuka kepadanya dia terus
bersetuju. Dia tidak boleh sewenang-wenangnya menamatkan kontrak yang diikat
selama tiga tahun itu. Menurut perjanjian yang telah ditandatanganinya, dia
perlu membayar hampir RM125 ribu jika dia ingin menamatkan kontrak tersebut.
Damia perlu berkhidmat di syarikat
TDF selama sembilan belas bulan lagi sebelum kontraknya tamat. Selepas itu, dia
bercadang membantu Ucunya di Menara Impiana. Reqza juga mengambil keputusan
pulang ke Malaysia. Kata Reqza, dia tidak betah berpisah dengan anak-anaknya
lebih lama. Ketawa Damia mendengar kata-kata Reqza.
“Anak umi!” Damia mengucup dan
mendakap Tengku Danial Fareez dan Tengku Dania Farisya yang baru pulang dari
Tesco bersama moyang dan datuk saudaranya. Rindu rasanya dengan buah hati
kesayangannya itu.
Kesian Ucunya... muda-muda lagi dah
jadi datuk. Pabila teringatkan Pak Long dan Mak Longnya, Damia menjadi pilu.
Sedih hatinya kerana tidak dapat pulang semasa Pak Long dan Mak Longnya
meninggal dunia lebih setahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Chalet
milik Pak Longnya juga telah dijual memandangkan anak-anaknya tidak berminat
untuk mengusahakannya.
Damia merenung anak-anaknya yang
sudah terlena. Setelah pastikan kedua-duanya benar-benar terlena, Damia pergi
ke dapur untuk membantu Mak Jah menyediakan makan malam.
“Nak masak apa untuk makan malam
Mak Jah?”
“Entahlah Sayang, Mak Jah pun tak
tahu. Tapi Mak Jah dah keluarkan ikan pari, ayam, udang dan pucuk ubi tu.”
“Apa kata kita bakar ikan pari,
masak lemak pucuk ubi dan buat sambal tumis udang. Ayam pula kita goreng
berempah.” Damia memberikan pendapatnya.
“Bagus juga cadangan Sayang, Mak
Jah setuju!”
“Hari ni Mak Jah berehat biar
Sayang yang masak. Bila lagi nak tunjuk kehebatan kat tuk guru,” gurau Damia.
Selama ini dia banyak belajar
memasak dengan Mak Jah. Bagi Damia, kehebatan seseorang wanita itu bukan
terletak pada kerjayanya tetapi bagaimana cara dia menguruskan keluarganya.
Salah satu cara hendak memikat hati anak-anak dan suami adalah dengan masakan.
Oleh itu, dia harus tahu memasak dengan baik. Dia mahu anak-anak dan suaminya
makan hasil air tangannya sendiri dan bukannya pembantu rumah. Sebab itulah dia
bangun seawal jam lima pagi untuk menyediakan bubur untuk anaknya. Dia tidak
mengharapkan pengasuh anaknya menyediakan makanan tersebut. Dia mahu
anak-anaknya sayang dan ingat akan dirinya hingga dia menghembuskan nafasnya
yang terakhir.
“Sayang ada orang telefon!”
“Siapa telefon nek?” Tanya Damia
kepada neneknya Puan Saadiah. Tangannya yang basah segera dilap dengan tuala
bersih sebelum menyambut telefon daripada neneknya.
“Entah...! Nenek lupa pulak nak tanya nama dia tadi. Tapi lelaki.”
Damia sudah tahu siapakah
gerangannya.
“Helo...!”
“Assalamualaikum. Amboi... sibuknya
umi kat dapur! Masak apa umi? Papa dah lapar ni,” sakat Reqza sambil ketawa
sakan.
“Hantu kau Req!!! Aku ingatkan
pakwe manalah nak berkenalan dengan aku tadi? Cuak juga aku sekejap!” Damia
juga sudah ketawa kelucuan di talian.
“Handset kau mana? Bagai nak patah jari aku menekan keypad mendail nombor kau tapi tak
dapat- dapat!”
“Handset aku kat dalam beg sandang. Tapi beg aku dah tertukar dengan
seseorang masa kat airport tadi.
Orang tu ambil beg aku dan aku terambil beg dia,” terang Damia.
“Oh, begitu ceritanya! Patutlah!”
“Ahad ni pukul berapa kau sampai?
Boleh aku jemput kau. Lagipun esok aku nak ke KL ambil beg aku tu. Hari Rabu
pula aku nak lapor diri kat TDF.” Damia memberitahu Reqza.
Reqza terpaksa pulang lewat sedikit
daripadanya kerana Reqza perlu bereskan kerjanya terlebih dahulu sebelum
dibenarkan balik ke Malaysia.
“Flight aku dijangka tiba pukul empat empat puluh lima petang. Tak
sabar aku nak balik. Dah tak tertahan
rasanya rindu aku ni. Anak-anak aku tengah buat sekarang?”
“Fareez dan Farisya tengah tidur.
Mungkin kepenatan agaknya. Maklumlah seharian ikut moyang dan datuknya
berjalan. Lepas menyusu terus tertidur.”
“Jaga anak-anak aku elok-elok. Ahad
ni jangan lupa bawa mereka. Beritahu mereka, papanya ini amat merindui mereka,”
ujar Reqza. Dia memang rindukan si kembar itu. “Okeylah abang nak letak telefon
dulu. Sekejap lagi abang nak kena pergi kerja,” ujar Reqza sambil ketawa kelucuan.
“Bila masa pulak kau jadi abang aku?” Seloroh Damia. Tahu sangat dia dengan
perangai Reqza yang suka menyakat.
“Aku bukannya nak jadi abang kau
tapi aku nak jadi ‘abang sayang’ kau dan papa buat anak-anak kau. Aku rasa aku
dah tak boleh nak berpisah dengan mereka lagi. Lagipun masa kat UK, semua orang
kata kau isteri aku dan si kembar tu anak kita berdua. Jadi tak salahkan kalau
aku berangan jadi suami kau walaupun kau tak sudi nak kahwin dengan aku.”
“Dah jangan nak mengarut! Nanti
kalau aku suruh kau kahwin dengan aku betul-betul baru kau menangis dan
meraung. Masa tu mulalah kau suruh aku tarik balik permintaan aku sebab kau nak
kahwin dengan Jeslina.”
“Mia... kau jangan cakap begitu
sekiranya kau masih tak kenal siapa Reqza yang sebenar! Sekali aku cakap aku
sanggup terima kau sebagai isteri aku, itu bermakna aku memang benar-benar maksudkannya.
Boleh tak kalau kau cuba fahami akan perasaan dan pendirian aku? Boleh tak
kalau kau jangan babitkan Jeslina dalam hal ini? Dia tak pernah tahu pun aku
sukakan dia sebelum ini. Lagipun aku bukannya serius sangat nak berkenalan
dengan dia. Kau aje yang terover dan
nak sangat aku rapat dengan Jes,” luah Reqza untuk kesekian kalinya.
Terkedu Damia mendengar penjelasan
Reqza. Apakah selama ini dia terlalu memaksa Reqza supaya menerima Jeslina
dalam hidupnya?
“Mia...” Panggil Reqza lembut.
“Errr... ya!”
Terdengar Reqza menghela nafasnya.
“Untuk terakhir kalinya aku nak
tanya kau. Sayang Damia binti Dasuki Aqtar, saya Tengku Reqza bin Tengku Rashid
ingin melamar Sayang Damia sebagai isteri saya yang sah, adakah Sayang Damia bersetuju?”
“Reqza...!!!” Jerit Damia luahan
Reqza. “Kau tahukan aku masih isteri orang? Kau tahukan apa hukumnya kalau kau
melamar isteri orang? Dah! Aku tak mahu cakap lagi tentang perkara ini,” tegas Damia.
“Cepatlah kau bersiap nanti terlewat pulak
nak pergi kerja. Nanti aku dan si kembar akan tunggu kau kat airport.”
“Maafkan aku Mia. Aku tak bermaksud
nak buat kau marah!” Ujar Reqza dalam keadaan serba-salah.
“Takpe aku faham! Assalamualaikum.” Tanpa menunggu balasan daripada
Reqza, Damia terus meletakkan ganggang telefon.
Maafkan aku Req. Aku tak mampu nak
serahkan hati aku untuk kau. Cinta aku bukan untuk kau Req. Bukan untuk kau!
Wajahnya diraup berulang kali.
“Siapa yang telefon?”
Damia menoleh pabila neneknya
datang menyapa.
“Reqza... nek. Dia tanya khabar
Fareez dan Farisya. Rindu katanya!”
“Baik budak Reqza tu. Hingga ke
hari ini dia ambil berat tentang anak-anak Sayang. Susah nak dapat lelaki baik
macam tu hari ini.” Puan Saadiah memandang cucunya itu.
“Sayang masih menaruh harapan dengan
Darwisy? Sanggup ke Sayang bermadu? Darwisy pun sampai sekarang langsung takde khabar berita!”
“Entahlah nek, Sayang pun tak tahu
nak cakap macam mana lagi. Biarlah masa yang menentukan. Seandainya sudah
takdir ALLAH, hubungan kami hanya mampu bertahan seketika cuma. Siapalah Sayang
hendak menidakkannya. Mungkin ALLAH ingin menguji sejauh mana keimanan Sayang,”
luah Damia sebak.
“Bila Sayang nak tunjukkan
anak-anak Sayang kat mama Sayang? Tentu mama Sayang gembira berjumpa dengan
cucu-cucunya.”
“Bukan Sayang tak nak temukan
Fareez dan Farisya dengan nenek mereka. Tapi nenek tahulah perangai mama tu
macam mana. Takut Sayang nak bagi tahu. Nanti angin satu badan. Kasihan anak-anak
Sayang sekiranya mama buat perangai. Walaupun mereka masih kecil dan tak tahu
apa makna suka dan duka, tapi Sayang tak sampai hati sekiranya kehadiran mereka
menimbulkan kebencian di hati mama. Cukuplah apa yang Sayang tanggung selama
ini. Sayang tak mahu mereka terima nasib yang sama seperti Sayang.”
“Tak cuba tak tahu lagi Sayang.
Manalah tahu bila tengok muka Fareez dan Farisya yang comel tu... hati mama
kamu yang beku akan jadi cair. Nenek sendiri pun geram dengan anak-anak kamu.
Comel sangat-sangat. Mesti bila dah besar nanti anak-anak kamu ramai peminat. Tengoklah
sekarang... kecil-kecil lagi dah ramai yang booking
nak buat menantu,” seloroh Puan Saadiah.
Sedih pula dia bila melihat wajah
mendung Damia. Sejak kecil lagi dia memanggil cucunya itu dengan panggilan
Sayang dan lekat hingga ke hari ini. Damia juga merupakan cucu kesayangannya
memandangkan cucu-cucunya yang lain adalah lelaki. Damia juga lebih rapat
dengannya kerana sejak bayi lagi Damia tinggal bersamanya. Dialah juga yang
memberi nama Sayang Damia.
“Harap-harap begitulah nek.”
Damia tidak mahu terlalu
menggantung harapan yang tinggi. Sikap mamanya yang berhati batu dan keras
kepala sering membuatkan dirinya tertekan. Setiap arahan mamanya tidak boleh
dibangkang. Dulu ada papanya yang membantu jika arahan mamanya terlalu sukar
untuk dia turuti. Kini dia perlu berjuang sendirian untuk memperjuangkan
haknya. Damia tahu mamanya pasti akan mengamuk jika tahu dia telah berkahwin
tanpa pengetahuannya apatah lagi jika lelaki itu bukan pilihan hati mamanya.
Damia juga kerunsingan sebenarnya.
Dia bimbang jika lelaki yang ditemui di KLIA tadi menyelongkar beg sandangnya.
Keadaan bertambah parah jika tekaannya mengenai lelaki itu adalah tepat.
Mmg best kak DD. Tak rugi menanti.
ReplyDeleteTerima kasih Raihana krn sukakan n3 yg tak seberapa ini. Teruskan bersama SPH ya.
DeleteTerbaiklah kak DD. Benar2 sukakannya. Berbaloi2 menunggu setiap hari.
ReplyDeleteKasihan adik akak yg sorang ni. Tq p3 kerana sudi menyokong akak selama ini.
DeleteSemoga terus bersama dgn SPH hingga ke akhirnya.
Terima kasih dgn n3 baru ini. Sgt2 menarik. tak sabar nak tunggu n3 selanjutnya. harap jgn lama sgt nak smbg bab 8.
ReplyDeleteTerima kasih krn terus bersama SPH.
DeleteInsya ALLAH, bab 8 akan menyusul sedikit masa lagi.
Interesting! ;)
ReplyDeleteTerima kasih mizz acu.
DeleteTerlerai jua kerinduan ku. Amboi... lamanya kak DD betapa. Seronok bercuti kak?
ReplyDeleteApa pun mmg best. Tak sabar nak tunggu pertemuan pertama antara Damia dan darwisy setelah sekian lama terpisah.
kak DD smbg cpt ok.
Hi Ayu.
DeleteLama ke akak bertapa dek? rasanya baru seminggu. Apapun terima kasih krn masih sudi menunggu kemunculan SPH.
Sabar ya... pasti akan bertemu juga Damia dan Darwisy nnt.
Berpuas hati walauppun terlalu lama menunggu. kalau dpt panjangkan lg n3 ni lg best. syabas writer.
ReplyDeleteTerharu rasanya.
DeleteTerima kasih krn sudi bersama SPH.
Nak pjg lg ke? hehehehehe....
Sambung lg. Tak cukup!!!!
ReplyDeleteTunggu ya smbgannya tidak lama lg.
DeleteTerbaik wok!!! Puas hati sgt2 walaupun berkurun lama menanti.
ReplyDeleteTerima kasih krn sudi menjengah ruangan BHSK. Dan terima kasih juga dgn komen anda.
Deletenak lagi DD. Nak sgt bab akan dtg Damia akan bertemu dgn Darwisy. Menarik. tak sabar nak tunggu bab selanjutnya. Smbg cpt tau.
ReplyDeleteNak lagi? Tunggu ya Onah.
DeleteJgn bimbang, tak lama lg akan bertemu juga Damia dan Darwisy.
Harap secpt yg mgkn ya...
DeleteTak sanggup nak tunggu lbh lama.
Best! Best! Nak lagi leh? Tak puas arrr...
ReplyDeleteTerima kasih krn sukakan SPH. sabar ya.
DeletePasti lelaki itu Darwisy. Waaa... darwisy tak cam ke isteri dia?????
ReplyDeleteBest sgt2. Nak lagikkkkkk....
Darwisy ke???? Tunggu....
DeleteTerima kasih sbb sukakan SPH.
Pasti lelaki iu Darwisy. Huwaaaa... Darwisy tak kenal ke isteri dia????
ReplyDeleteBest sesgt. Nak lagikkkkk....
Sabar ya menanti smbgannya.
DeleteSmbg cpt2 blh tak DD? Dah lama sgt tunggu. Rindu dgn hero dan heroin ni.
ReplyDeleteAgak2 bakal diterbitkan tak?
CIM apa ceritanya? Tak sabar nak tunggu kemunculannya di pasaran.
Sambungannya Insya ALLAH akan menyusul tidak lama lg.
DeleteBakal terbit? Insya ALLAH sekiranya ada rezeki.
CIM... belum ada khabar berita lg. Insya ALLAH saya akan maklumlah sekiranya ada berita terkini ttg CIM.
Harap2 ya ni juga bakal diterbitkan.
DeleteDah rindu sgt2 dgn Athirah dan Mikhail.
wah dah 2 tahun rupanya ...
ReplyDeleteanak2 pun dah besar...
darwisy ke kembar dia yang sayang jumpa....
bila pulak darwisy nak jumpa ngan sayang...
xkan sepanjang 2 tahun darwisy x cari sayang di mana....
bila beg dah tertukar mestilah kene tengok kan...
sayang nanti kerja ngan darwisy ke....
reqza 2 bg je kat jes.....
kak sambung panjang2 skit....
Hi ryana,
DeleteSiapa ya yg Sayang Damia jumpa? Nak tahu... tunggu di bab akan dtg.
Bila mrk akan bertemu? Tunggu...
Nak tahu Darwisy cari atau tidak, tunggu di bab 8.
Ttg beg pula... tentulah lelaki itu melihat isi kandunganya. Dan siapakah lelaki itu???? Nntkan di bab 8.
Mmg Damia akan bekerja dgn Darwisy. Kita nntkan apa yg bakal terjadi antara mrk.
Malangnya Reqza hanya cintakan Damia. Jd mcm mana tu??? Adakah Damia bakal memilih Reqza akhirnya atau kekal di samping Darwisy.... kita nntkan jawapannya bersama.
xpuas nak baca..hmmm ciam mia...sapa laki kat aiport 2..darwisy ke...
ReplyDeleteAlahai, kesiannya adik akak yg sorang ni. Tak cukup ya nzlyna?
DeleteSiapakah dia lelaki itu??? Bakal terjawab di bab akan dtg. heheheh...
Emmm semakin menarik dan mendebarkan nie...
ReplyDeleteSambung2 cepat sikit ya. Tak sabar nak tunggu apa yg akan berlaku nnt.
Mendebarkan ke? huhuhu...
DeleteTunggu kan kemunculan bab seterusnya dgn sabar ya...
Debaran semakin memuncak. Bakal adakah pertemuan antara damia dan darwisy nnt? Hrp2 mrk akan dpt bertemu secpt yg mungkin.
ReplyDeletePasti Darwisy yg melanggar Damia.
Tak sabar nak tunggu. Post n3 baru secepat yg mgkn ya....
Insya ALLAH, pasti akan ada pertemuan antara Damia dan Darwisy. Bagaimana penerimaan antara mrk berdua kita akan nntkan bersama.
DeleteSiapa yg melanggar Damia, kita tunggu di bab selanjutnya ya...
bestnya citer ni.....tak sabar tunggu n3 terbaru....Kak Sari
ReplyDeleteTerima kasih krn sudi meluangkan masa membaca SPH. Dan terima kasih kerana sukakannya.
Deletesalam akk dd..
ReplyDeletedarwisy knp x cari damia?? adoh byk prsoaln kk dd....sape kwen dgn darwisy tu??
Salam adikku Mahanum.
ReplyDeleteNak tahu Darwisy cari ataupun tidak, kita tunggu ya Anom dlm bab 8.
Siapa kawen dgn Darwisy??? Anom kut... hehehehehe....
ad plAK mcm tuu kk dd hehehe ^______________________^ tenkiu kerna pnjangknn n3 kli nie syg akk........
DeleteTak nak ke kat Darwisy? Hensem tu...
DeleteSayang Anom juga.
Terima kasih krn terus bersama SPH.
Tergoda den dgn Tengku Darwisy Firhad. Kacak dan bergaya.
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu bab seterusnya bila terpanjang wajah hero yg kacak ini.
Tergoda dgn Darwisy???? hehehe... ambillah kalau berkenan.
DeleteSabar ya... sedikit masa lg bab 8 akan menyusul.
Darwish x kenal betul2 kan muka sayang masa diorang kawen hari tuh sebab sayang sendiri cari pasal ubah rupa...
ReplyDeletePastu pak long ngan mak long mati xcident dah lebih setahun...
Kemungkinan besar darwish cari kat chalet tuh jer dan dah dijual...
Terus lost contact...
Yang pasti Sayang mesti kerja dengan Darwish...
Sebab dia dah sign contract dengan TDF...
Mesti nitalia dan rezqa yang jadi pengacau lepas ni...
~w.t~
Emmm... mgknlah agaknya darwisy tak cam wajah Damia.
DeleteBijaklah... mmg Darwisy ada cari damia, tapi hampa.
Pandai teka... Blh jd asst akak kalau mcm ni...
x puas la baca pendek sangat harap cepat2 la upload lagi ;)
ReplyDeleteEYA...
ReplyDeleteInipun dah 14m.s dah dek.
Insya ALLAH, hari jumaat ni akan akak upload n3 baru.
N3 byk2 ya kak....
DeleteInsya ALLAH.
Delete