DARWISY
menyandar keletihan. Terasa penat seluruh badannya. Mesyuarat yang dihadirinya
kali ini benar-benar menguji kesabarannya. Lelah dia melayan kerenah manusia
yang pelbagai ragam dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa
mengambil kira faktor keselamatan dan perasaan orang lain.
“Pak Mat nanti hantar saya pergi
ofis dulu ya. Saya nak jumpa ayah dan Danish. Ada perkara penting yang ingin
saya bincangkan,” ujar Darwisy.
Teringat peristiwa di KLIA, tanpa
sedar terukir senyuman di bibir Darwisy. Dia hanya mampu memandang gadis itu
yang semakin menjauh. Melihat kesombongan dan keangkuhan gadis itu, Darwisy menggelengkan
kepalanya. Dia mencapai beg sandangnya yang turut terjatuh. Dahi Darwisy
berkerut melihat kelainan pada beg tersebut. Warna beg tersebut memang sama
tetapi jenamanya berbeza. Sahih gadis sombong itu telah mengambil beg sandang
berjenama Dunhill miliknya. Dia mempercepatkan langkahnya supaya dapat
menemukan jejak gadis itu namun hampa. Terpaksalah dia memikirkan cara hendak
mencari gadis tersebut bagi mengambil kembali begnya. Memikirkan kekalutan
gadis itu sebentar tadi, Darwisy tertawa
kecil.
Darwisy tidak sedar perlakuannya
menjadi tatapan Pak Mat selaku pemandu peribadi keluarganya sejak dulu.
Tersenyum Pak Mat melihat wajah anak muda itu. Sudah lama dia tidak melihat
senyuman di sebalik wajah tampan itu.
Pak Mat masih ingat lagi Darwisy pernah
meminta dia menghantar anak muda itu ke Mersing kerana ada urusan penting katanya. Pak Mat
tidak berani bertanya kerana dia hanya seorang pemandu dan tugasnya hanya
menurut arahan. Selepas pulang dari Mersing, Darwisy berubah menjadi pendiam. Dia
lebih banyak menyendiri dan sering termenung. Seluruh anggota keluarganya
menjadi resah dan bimbang melihat perubahan anak muda itu secara tiba-tiba.
Mereka juga tertanya-tanya apakah musibah yang telah menimpa anak muda itu?
“Darwisy kita dah sampai.”
Sapaan Pak Mat mengembalikan
Darwisy ke dunia realiti. Jauhnya aku mengelamun. Apalah istimewanya gadis sombong
itu? Tak padan dengan bertudung tapi perangai kasar, guman Darwisy sendirian.
“Darwisy masih tak mahu keluar
lagi?” Tanya Pak Mat. Darwisy dilihatnya masih lagi mengelamun.
“Hah... apa dia Pak Mat?” Tanya
Darwisy. Dia terpinga-pinga seketika.
“Pak Mat tanya, Darwisy tak nak
turun lagi ke? Kita dah sampai kat pejabat ni.”
“Maafkan saya Pak Mat, saya tak
sedar kita dah sampai. Mungkin saya kepenatan agaknya hingga tak perasan kita
dah tiba di pejabat.” Darwisy cuba menutup kesilapannya. Malu jikalau Pak Mat
tahu dia mengelamun terlalu jauh.
Darwisy bergegas keluar dan menuju
ke biliknya.
“Sarah nanti beritahu Tengku
Danish, saya dah sampai dan ingin bertemu dengannya,” beritahu Darwisy kepada
setiausahanya. Laju langkah kakinya diatur menuju ke bilik pejabatnya.
Darwisy membuka beg sandangnya.
“Alahai... macam manalah boleh tak
ingat yang beg ini bukan beg aku,” kata Darwisy sambil menepuk dahinya.
Darwisy memerhati barang yang
terdapat dalam beg tersebut. Ada passport, beg duit, telefon bimbit dan
senaskah novel.
“Emmm... inilah orang perempuan! Tak pernah berenggang dengan
novel,” omelnya sendirian.
Darwisy memberanikan diri membuka
beg duit tersebut. Nama yang tertera pada kad pengenalan tersebut membuatkan
dadanya bergetar hebat.
“Sayang Damia binti Dasuki Aqtar?”
Wajah yang tertera juga kelihatan
sangat cantik dan jelita. Adakah ini Damia, isteri yang aku cari selama ini? Tapi
kenapa wajahnya sangat berbeza? Atau kebetulan sahaja nama mereka sama?
Sewaktu dia mencari Damia di
Mersing, dia gagal menemui gadis itu. Rumah Pak Long Damia juga bertutup rapat.
Menurut jiran Pak Long Damia, Pak Longnya itu telah meninggal dunia akibat
kemalangan jalan raya. Chaletnya juga sudah dijual. Darwisy juga ada mencari
sepupu Damia yang bernama Amran yang bertugas sebagai guru di Mersing tetapi tidak
berjumpa. Menurut jiran Amran, Amran pulang ke kampung mentuanya di Kelantan.
Berkali-kali juga dia pergi ke Mersing tetapi masih gagal menemui Damia dan
juga Amran. Setiap kali dia pergi ke Mersing, Amran sentiasa tiada di rumah.
Sejak itu dia tidak lagi pergi mencari isterinya. Dia juga berasa kesal
kerana tidak mengambil tahu akan isterinya sebelum ini. Sangkanya Damia hanya
tinggal di Mersing sahaja.
Ingat lagi Darwisy akan peristiwa yang menimpa ke atas dirinya selepas menerima panggilan daripada Danish. Selepas
mendapat panggilan daripada Danish, dia tergesa-gesa meninggalkan rumah Pak
Long Damia. Dalam keadaan letih dan mengantuk, dia terbabit dalam
kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan. Kejadian itu berlaku selepas
dia keluar dari kawasan Rehat dan Rawat Machap. Tanpa sedar dia telah melanggar
belakang trailer. Hampir sebulan dia di rawat di hospital. Dia terpaksa terbaring
di atas katil selama lima bulan kerana kakinya patah. Sewaktu majlis
perkahwinan Danish, dia juga tidak dapat turut serta kerana keadaan dirinya
yang tidak mengizinkan. Telefon bimbitnya juga hilang semasa kemalangan itu
berlaku. Keadaan ini menyukarkan lagi dia untuk menghubungi Damia.
Darwisy membelek-belek passport
antarabangsa milik Damia. Hatinya semakin yakin gadis itu adalah isterinya.
Wajah yang cukup cantik itu tidak puas dipandang. Dahi Darwisy tiba-tiba
berkerut.
“Rasanya macam pernah tengok gambar
seperti ini. Tapi di mana ya? Oh... ya!” Baru dia teringat wajah yang terdapat
di dalam passport antarabangsa dan kad pengenalan itu serupa dengan wajah yang
terdapat dalam foto yang diberikan oleh bondanya. Hingga ke hari ini, bondanya
masih lagi ingin menggandingkan dia dengan anak Dr. Karina.
Nama dan wajah mereka serupa, bisik
hati Darwisy. Apakah ini bermakna Damia isterinya adalah anak Dr. Karina? Barangkali
gadis di stesen minyak itu juga adalah Damia. Kerana wajah gadis di stesen
minyak, wajah anak gadis Dr. Karina dan wajah gadis yang terdapat dalam gambar
di rumah Aunty Salwa saling tak
tumpah dengan gambar yang berada di tangannya ini. Dia perlu menyelidik tentang
perkara ini.
Tangannya masih lagi ligat membuka
satu persatu kocek yang terdapat pada beg tersebut. Bulat matanya melihat
gambar Damia sedang memangku sepasang bayi.
Mungkin baru lepas bersalin, getus hati Darwisy. Damia masih lagi berada
di hospital ketika itu. Dia membelek gambar berikutnya. Hatinya berdegup
kencang pabila terlihat seorang lelaki begitu mesra memangku kembar tersebut.
Apakah hubungan Damia dengan lelaki itu? Darwisy membelek tulisan tangan yang
terdapat pada gambar tersebut.
Umur Fareez
dan Farisya ketika berusia dua hari. Papa sangat sayangkan Reez dan Isya.
“Papa?”
Darwisy menjadi tidak keruan. Dia
juga tidak mengerti cerita di sebalik gambar-gambar tersebut. Apakah bayi
kembar itu anak Damia dengan lelaki itu? Tak mungkin! Mana mungkin Damia boleh
menikah dengan lelaki lain sedangkan mereka belum bercerai. Melainkan Damia dan lelaki itu melakukan hubungan terlarang. Mungkinkah?
“Atau... kembar ini anakku?”
Ingat lagi Darwisy akan peristiwa
manis yang berlangsung antara dia dan Damia.
“Tapi... tak akanlah dengan hanya
sekali sentuhan sahaja sudah mampu menghasilkan zuriatku?” Hati Darwisy dipagut
resah yang bukan kepalang. Sekarang ini dia perlu mencari tahu siapakah Sayang
Damia Dasuki Aqtar yang sebenar, si kembar dan juga lelaki yang kelihatan
begitu mesra dan rapat dengan Damia.
Ketukan pintu menyedarkan Darwisy.
Segera dia menyimpan barang-barang milik Damia.
“Masuk.”
Kelihatan Danish di situ.
“Lah... abang rupanya! Darwisy
ingatkan Sarah tadi. Kenapa tak tunggu di bilik abang sahaja? Bukan ke Darwisy
dah pesan kat Sarah yang Darwisy ingin bertemu dengan abang.”
“Kenapa? Salah ke kalau abang
datang berjumpa Darwisy di sini?” Soal Danish kembali.
Darwisy menarik sengih. Kemudian dia bersuara.
Darwisy menarik sengih. Kemudian dia bersuara.
“Sebenarnya Darwisy ingin berbincang
dengan abang tentang projek kita di UK. Malangnya beg Darwisy sudah tertukar
dengan seseorang kat airport tadi,” jelas Darwisy sambil memandang wajah abangnya. Hendak ketawa Darwisy melihat mata abangnya yang sudah membuntang itu.
“Kenapa cuai sangat sampai boleh
tertukar?” Soal Danish.
“Relakslah bang, dengar dulu cerita
ni sampai habis,” ujar Darwisy sambil tertawa.
Danish merenung tajam wajah
adiknya. Boleh pulak dia gelak-gelak.
Ingat kelakar ke bila beg yang mengandungi dokumen penting hilang?
Melihat wajah abangnya serius, dia
juga kembali serius.
“Abang tahu dengan siapa beg tu tertukar?”
Darwisy memandang wajah abangnya.
“Entah! Manalah abang tahu,” jawab
Danish sambil menjongket bahunya.
“Dengan Damia.”
Melopong mulut Danish mendengarnya.
Dia tahu hubungan Darwisy dengan gadis bernama Damia itu kerana adiknya telah
menceritakan segala-galanya kepada dia. Itu pun selepas dipaksa dan diugut.
Keluarganya sudah tidak betah melihat kemurungan Darwisy selepas pulang dari
Mersing beberapa tahun yang lalu. Dalam pada tidak mahu berkahwin, akhirnya dia
juga yang pertama menamatkan zaman bujangnya. Hanya bonda dan ayahnya sahaja
yang tidak tahu status Darwisy. Sebab itulah sehingga kini bondanya masih lagi
tidak berputus asa hendak menjodohkan Darwisy dengan anak Dr. Karina.
Darwisy menunjukkan barang-barang milik
Damia kepada Danish.
“Darwisy yakin benar abang, inilah
Damia isteri Darwisy yang hilang sejak dua tahun lalu.”
Mata Danish tidak puas menatap
gambar Damia yang terdapat pada passport antarabangsa itu. Cantik dan jelita.
Terbit rasa cemburu dalam hatinya. Kenapalah bukan dia yang ditangkap basah
dengan Damia? Astaghfirullahalazim..., bisik hati Danish setelah sedar dari khilafnya.
Mana mungkin dia boleh menaruh hati terhadap isteri adiknya. Dia juga sudah
beristeri dan bakal menjadi bapa tidak lama lagi.
“Dan ini anak-anak Damia.”
Kali ini Danish benar-benar
terpanar. Apa maksud Darwisy anak-anak Damia? Danish segera mencapai foto-foto
tersebut. Terkejut Danish melihat wajah si kembar dan juga lelaki yang berada
di samping Damia.
“Siapa lelaki ini?”
Darwisy hanya menjongketkan bahu
tanda tidak tahu.
“Kamu tak rasa ini teman lelaki
Damia? Jangan-jangan si kembar ini anak mereka,” serkap Danish. Mukanya juga serius.
“Itu Darwisy tak tahu bang. Tapi
Darwisy akan siasat apa kaitan antara mereka.”
Darwisy merenung wajah serius
abangnya.
“Abang janganlah buat muka macam
tu... tak hensem,” usik Darwisy. “Bila Darwisy kata muka Darwisy lebih hensem daripada abang, abang marah!”
Gurau Darwisy. Takut pulak dia
melihat wajah serius abangnya itu.
“Tadi apa Darwisy kata? Kamu lebih hensem daripada abang? Tolong jangan
perasan ya! Kalau dah namanya adik-beradik, mana ada yang terlebih mahupun
terkurang,” tekan Danish.
Danish tahu kelebihan Darwisy. Selain
rupa paras yang kacak dan tampan sepertinya, Darwisy juga mempunyai dua
kelebihan iaitu lesung pipit dan senyuman yang menawan hingga menjadi igauan
gadis-gadis di sekolah, universiti mahupun di pejabat.
“Ini bermakna perbincangan kita
tentang projek di UK tu terpaksa ditangguhkan dululah ya? Jika begitu abang
balik bilik abang dulu. Lagipun mesyuarat akan berlangsung pada minggu hadapan.
Masih sempat lagi untuk Darwisy dapatkan kembali dokumen itu. Bila dah ada
dokumen tersebut, kita akan berbincang,” terang Danish. “Bila Darwisy nak ambil
balik beg tu?” Tanya Danish.
“Mungkin lusa. Esok Darwisy ada
mesyuarat sebelah pagi dan petang pula hendak pergi ke Bangi, nak tengok
perjalanan projek di sana.”
Setelah Danish keluar, Darwisy
membelek beg duit Damia sekali lagi. Buntang matanya melihat kad nikah yang
terdapat dalam beg duit tersebut. Kalau tadi keyakinannya hanya lima puluh-lima
puluh. Tapi kini keyakinannya terus memuncak hingga lima ratus peratus. Sah!
Damia adalah isterinya.
Kini telefon bimbit Damia pula
diperiksanya. Ada lima miss call. Dia
memeriksa butiran panggilan tersebut. Panggilan dari luar negara dan
pemanggilnya bernama Req. Siapa Req? Adakah lelaki yang bergambar bersama
Damia? Hatinya dipagut cemburu. Lelaki yang bergambar dengan Damia tidak kurang
tampannya. Tangannya masih lagi lincah mencari maklumat dalam telefon bimbit Damia.
“Apa kata aku buka bahagian galeri. Mungkin ada yang menarik tersimpan di situ.” Darwisy menutup kembali telefon
bimbit tersebut setelah apa yang ingin dicarinya tiada di situ.
Tangannya mencapai pula video
kamera milik Damia. Terkejut bukan kepalang dia bila melihat rakaman yang
terpampang di situ. Jadi betullah tanggapannya sebelum ini, Damia itu anak Dr.
Karina. Memang nakal sungguh isterinya itu. Sanggup menyolek rupanya sebegitu
hodoh, gara-gara tidak mahu berkenalan dengan calon pilihan mamanya. Di situ
juga terakam gambar anak-anak Damia. Kedengaran suara yang bertanyakan apakah
nama yang ingin Damia berikan untuk anak-anaknya itu.
“Aku nak beri nama Tengku Danial
Fareez dan Tengku Dania Farisya.” Begitu jelas suara Damia ketika menuturkannya.
“Kenapa mesti ada Tengku pulak?” Tanya lelaki itu.
“Sebab daddy dia Tengku,” terang Damia sambil tertawa.
Kedengaran begitu merdu sekali
gelak ketawa Damia di telinga Darwisy. Tahulah kini Darwisy bahawa si kembar
itu anak-anaknya. Gembira bukan kepalang lagi dirinya. Tak sangka... hebat juga
dirinya. Dengan sekali sahaja dia menyentuh Damia sudah mampu menghasilkan
zuriatnya. Bukan seorang tetapi sepasang.
Darwisy segera menghubungi
abangnya. Berita gembira ini ingin dikongsikan bersama abangnya.
“Helo... abang, Darwisy ni! Sekejap
lagi Darwisy nak jumpa abang, ada benda penting yang ingin Darwisy bagi tahu.
Tentu abang tak percaya bila melihatnya nanti.”
Darwisy terus meletak ganggang
telefon walaupun suara Danish masih lagi kedengaran. Bergegas dia menuju ke
bilik abangnya bersama beg sandang milik Damia.
Danish hanya mampu melihat telefon
yang berada di tangannya setelah Darwisy memutuskan talian.
“Apa kena dengan adik aku hari ini?
Pelik semacam aje?” Terngiang-ngiang lagi suara ceria Darwisy di telinganya.
Dia ingin bertanya lanjut tentang perkara itu tetapi Darwisy sudah pun memutuskan talian.
Tanpa mengetuk pintu atau memberi
salam, Darwisy terus membuka pintu bilik pejabat abangnya.
“Abang... Damia memang benar isteri
saya tanpa syak dan wasangka lagi. Dan dia juga anak Dr. Karina.”
Teringat Darwisy raut wajah jelita
Damia semasa di KLIA tadi. Sejuk matanya melihat isterinya itu sudah menutup
aurat. Walaupun tanpa sebarang alat solek, isterinya tetap jelita dan cantik.
Adakah Damia mengenali dirinya?
Deheman Danish mengembalikan
Darwisy kepada tujuan asal dia ingin bertemu dengan abangnya itu.
“Dan si kembar itu adalah anak-anak
saya abang. Ya ALLAH... bahagia dan gembiranya saya. Tak sangka selama ini saya
sudah bergelar bapa rupanya,” ujar
Darwisy ceria.
“Cuba abang tengok ni.” Darwisy
menunjukkan rakaman video kepada abangnya. Dari permulaan Damia menyolek hodoh
raut wajahnya hinggalah rakaman anak-anaknya semasa di hospital selepas
kelahiran mereka.
“Kamu yakin Damia anak Dr. Karina
adalah orang yang sama dengan Damia isteri kamu?” Soal Danish inginkan kepastian.
“Mungkin sahaja beg ini kepunyaan Damia isteri kamu, tapi itu bukan bermakna
dia anak Dr. Karina,” tegas Danish. “Mana mungkin bonda masih ingin menjodohkan
kamu dengan anak Dr. Karina sekiranya Damia itu sudah berkahwin.” Danish ingin
menyedarkan adiknya supaya tidak bermimpi di siang hari. “Semua ini belum cukup
membuktikan bahawa Damia anak Dr. Karina itu adalah isteri kamu Darwisy.”
“Tapi bang... mungkin juga Dr. Karina
dan bonda belum tahu yang Damia sudah berkahwin. Mungkin juga Damia merahsiakan
perkahwinannya daripada ibunya macam yang Darwisy lakukan sekarang,” luah
Darwisy sebal.
“Jika begitu kata Darwisy, abang
tak boleh nak kata apa lagi. Mungkin Darwisy lebih mengenali Damia berbanding
abang. Selama ini pun abang tidak tahu yang Damia pernah menyamar kerana tak
mahu menerima calon pilihan mamanya.”
“Terima kasih bang kerana sudi
mendengar luahan Darwisy. Tapi abang kena rahsiakan perkara ini daripada bonda
terlebih dahulu,” pinta Darwisy penuh mengharap.
“Darwisy ingat sekejap lagi Darwisy nak
jumpa ayah, nak terangkan perkara yang sebenar.” Walaupun dia anak manja bondanya
tetapi dia lebih suka menceritakan masalahnya dengan Tengku Dzulkarnain.
Ayahnya seorang pendengar yang baik dan mudah memahami.
“Baguslah! Abang pun setuju dengan tindakan Darwisy tu.”
DARWISY
melangkah ke bilik ayahnya dengan perasaan bercampur-baur. Dia bimbang dengan
penerimaan ayahnya. Darwisy menarik nafas panjang sebelum melepaskannya. Tangannya
terasa sejuk dan menggeletar. Apalah penerimaan ayahnya setelah mendengar ceritanya
sebentar nanti? Janganlah ayahnya terkena serangan jantung! Mati dia!
Apa yang hendak dia khabarkan
kepada bondanya jika dia punca sebenar ayahnya jatuh sakit? Bukan sehari dua
dia merahsiakan perkara ini, tetapi hampir dua tahun. Darwisy berdoa dan
berharap agar semuanya berlangsung dalam keadaan terkawal dan baik.
Darwisy mengetuk pintu pejabat
ayahnya. Setelah mendengar arahan masuk, dia memulas tombol pintu. Usai memberi
salam dan menyalami tangan ayahnya, Darwisy mengambil tempat duduk berhadapan
dengan ayahnya. Gementarnya dia ketika ini usahlah ditanya lagi. Keadaannya lebih kurang
sama seperti seorang pelajar yang telah dipanggil untuk menghadap pengetua sekolah.
“Macam mana perkembangan projek di
UK? Memberangsangkan?”
Fuhh...
lega! Mujurlah ayahnya belum bertanyakan tujuan kedatangannya. Bolehlah dia
curi nafas sedikit.
“Setakat ni tak ada masalah. Cuma
ada sesetengah pelabur yang kurang prihatin dengan kehendak dan masalah
penduduk setempat. Kebanyakan pelabur lebih mementingkan keuntungan. Rata-rata
penduduk di situ merungut kerana pihak pemaju yang menjalankan projek di sana
tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Nasib
baik Darwisy bertegas dengan syarikat yang menjalankan usahasama dengan
syarikat kita supaya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak
berwajib,” ulas Darwisy seraya memandang wajah ayahnya. Tengku Dzulkarnain
kelihatan berpuas hati dengan penerangannya. Mood ayahnya juga dalam keadaan baik. Tengku Dzulkarnain memang
jarang naik angin, getus Darwisy.
“Bagus! Ayah suka sangat dengan
tindakan Darwisy.” Tengku Dzulkarnain bangun dan menepuk-nepuk bahu anaknya
dengan mesra. Dia mengajak anaknya duduk di sofa. Di tangannya ada sehelai
kertas.
“Sebelum ayah tanya Darwisy
beberapa perkara, boleh ayah tahu apa tujuan Darwisy datang berjumpa dengan
ayah?”
Darwisy mula berasa tidak selesa
bila mata ayahnya merenung dengan tajam. Bagaikan ada rahsia yang tersimpan.
Panas punggung jadi dirinya.
“Emmm... errr... errr...” Darwisy menggaru kepalanya.
Tidak terkeluar ayat yang sudah dirangkanya sebentar tadi.
Tengku Dzulkarnain memerhati riak
wajah anak bongsunya yang tidak senang duduk. Wajahnya tetap tenang walaupun
berita yang diterimanya seketika tadi amat memeranjatkan dirinya.
“Kalau kamu susah sangat nak
bercakap, biar ayah yang mulakannya dulu.” Tengku Dzulkarnain menghulurkan
kertas yang berada di tangannya kepada Darwisy. “Boleh terangkan kepada ayah siapa
dia?”
Bulat mata Darwisy melihat
faksimili yang diterima oleh ayahnya. Faksimili itu diterima dari salah sebuah
anak syarikat TDF tetapi berpangkalan di UK. Melalui surat itu dinyatakan
bahawa salah seorang pekerja di sana akan ditempatkan di sini. Melalui surat
itu juga disertakan resume dan latar
belakang pekerja tersebut. Memang sudah menjadi syarat bagi syarikatnya apabila
ada pekerjanya yang sudah berkahwin mereka perlu menyertakan sekali butiran
lengkap tentang pasangannya.
“Memang tujuan Darwisy datang
berjumpa dengan ayah hendak terangkan perkara yang berkaitan dengan surat yang
ayah terima ini,” terang Darwisy. Dia sedikit menggelabah. Surat itu sepatutnya
berada dalam simpanan jabatan sumber manusia tetapi kenapa berada di tangan
ayahnya pula? Tapi apa nak dihairankan! Encik Mansor pengurus sumber manusia
tu kan kamceng dengan ayahnya. Tentu Encik Mansor merujuk perkara ini dengan
ayahnya terlebih dahulu.
Darwisy mengeluarkan gambar
anak-anaknya dan gambar Damia. Dia mula bercerita tentang bagaimana dia boleh
terperangkap dalam perkahwinan ini dan bagaimana dia boleh berpisah dengan isterinya. Cuma yang
menjadi masalah sekarang, dia tidak tahu mengapa isterinya mendiamkan diri dan
tidak mencarinya. Sedangkan alamat dan nombor telefon keluarganya sudah diberi.
Dalam kepalanya dia hanya mencongak dua perkara, sama ada alamat dan nombor
telefon yang diberikan itu hilang atau isterinya memang tidak boleh menerima
perkahwinan mereka. Sungguh dia tidak menyangka bahawa isterinya itu masih
belajar ketika mereka berkahwin. Memandangkan isterinya bakal bertugas satu
bumbung dengannya maka senanglah dia hendak menyiasat tentang perkara itu.
Tengku Dzulkarnian begitu teruja
melihat wajah cucu-cucunya.
“Memang ada mirip muka kamu semasa
kecil,” terang Tengku Dzulkarnain dengan ceria. Setelah mendengar alasan
Darwisy, tiada sebab untuk dia memarahi anaknya itu. Lagipun dia mempercayai
kata-kata Darwisy. Darwisy walaupun nakal tetapi dia tidak gemar berpeleseran
dan mendampingi perempuan.
“Macam mana kamu nak berdepan
dengan isteri kamu nanti? Ayah rasa tentu dia tidak tahu kamu bekerja di sini.”
“Entahlah ayah... Darwisy pun tak
tahu,” keluh Darwisy. “Darwisy sebenarnya pelik, kenapa dia tidak datang ke
rumah kita sedangkan Darwisy dah bagi alamat dan nombor telefon yang lengkap?” Lirih sahaja nada suara Darwisy kedengaran.
“Mungkin dia ada datang atau
telefon tapi takde orang kat rumah
kita masa tu agaknya.” Tengku Dzulkarnain cuba meredakan keresahan di hati
anaknya.
Darwisy angguk kepala. Mungkin apa
yang ayahnya katakan itu ada benarnya.
“Ayah... Darwisy harap ayah dapat
merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan bonda buat sementara waktu.
Darwisy tak mahu perkara ini kecoh sebelum Darwisy dapat mencari punca kenapa
Damia bertindak mendiamkan diri,” ujar Darwisy penuh mengharap. “Lagi satu
perkara, bila bertemu dengan Damia nanti ayah buat seolah-olah tidak kenal, ya,” pinta Darwisy penuh pengharapan. Dia
bimbang Damia akan lari apabila tahu siapa ayahnya dan mereka bakal bekerja di
bawah bumbung yang sama.
Menjongket sebelah kening Tengku
Dzulkarnain. Kemudian dia mengangguk kepalanya tanda faham.
“Baiklah! Ayah akan simpan rahsia
ini dengan kemas. Tapi ayah juga ada satu permintaan. Apabila semuanya sudah settle, ayah nak buat majlis perkahwinan
Darwisy sama seperti Danish.”
“Tak payahlah ayah. Buat malu aje!
Kahwin dah bertahun-tahun baru hendak bersanding. Lagipun kami dah ada anak
dua.”
“Buat apa nak malu? Sekurang-kurangnya
kamu ada gambar kenang-kenangan untuk ditunjukkan kepada cucu-cicit kamu nanti,”
terang Tengku Dzulkarnain bersahaja. “Gambar si kembar ni... ayah nak.” Tengku
Dzulkarnain mengambil dua keping gambar cucunya lalu ditunjukkan kepada Darwisy.
“Damia tak bising ke kalau dia tahu
ada gambarnya yang hilang?” Tanya Darwisy seperti orang bodoh.
“Itu tugas kamu untuk
menjelaskannya. Tapi jangan beritahu ayah yang ambil,” ujar Tengku Dzulkarnain sambil tertawa.
Tiba-tiba Tengku Dzulkarnain
memetik jarinya.
“Ayah ada idea macam mana nak
rapatkan kamu berdua. Apa kata kita ubah suai bilik tetamu kat sebelah bilik
kamu untuk dijadikan bilik Damia? Bilik tu besar jugakan? Lepas tu kita upah
orang buat pintu menghubungkan bilik kamu dengan bilik dia. Jadi kamu tak
payahlah nak keluar masuk kalau nak berjumpa dengan Damia. Dindingnya pula kita
tukar dengan cermin, jadi senanglah kamu nak main-main mata dengan dia. Tapi
jangan kerja tak jalan sudah...,” sakat
Tengku Dzulkarnain sambil ketawa.
Ketawa besar Darwisy mendengar usikan
nakal ayahnya. Boleh tahan juga idea ayah aku ni. Almaklumlah veteran!
“Nanti ayah suruh Encik Mansor buat
surat tawaran supaya Damia menjadi PA kamu.”
“Brilliant juga cadangan ayah tu. Darwisy
pun tak terfikir nak buat macam tu. Thanks
ayah.” Lantas tubuh Tengku Dzulkarnain didakap erat.
Tengku Dzulkarnain membalas pelukan
anaknya. Belakang Darwisy ditepuk lembut.
Darwisy keluar dari bilik ayahnya
dengan wajah yang ceria dan hati yang senang. Lega rasanya bila beban yang
terpikul di bahunya berjaya dikurangkan. Azamnya cuma satu. Iaitu mencari tahu punca kenapa isterinya
menjauhkan diri. Kalau benarlah dia yang menjadi punca isterinya merajuk. Dia
akan berusaha sedaya upaya untuk menjernihkannya kembali.
Terbaik kak DD. Amat berpuas hati.
ReplyDeleteTq adik ku sayang. Masih setia bersama akak. sgt2 menghargai.
DeleteTerus bersama hingga semua novel yg akak tulis diterbit.
DeleteNak lagikkkk
ReplyDeleteNak lagi? tunggu ya.
DeleteTq kak DD utk n3 terbaru ni. Mmg best. superbbbb...
ReplyDeleteTerima kasih juga utk Raihana sbb terus menyokong karya akak yg serba kekurangan ini.
DeleteTersenyum je kak DD kisah Darwisy.
ReplyDeleteSayang Darwisy sbb berusaha mencari isterinya.
Senyum Ayu jgn tak senyum.
DeleteSuami mana yg tak sayangkan isteri ayu?
Teruskan membc SPH.
Tersangat menyenangkan hati membc bab 8 ini.
ReplyDeleteTerjwb sudah segala persoalan ttg Darwisy.
Smbg cpt...
Terima kasih Onah krn sukakan SPH yg punya byk kelemahan ini.
DeleteInsya ALLAH SPH akan muncul di minggu hadapan.
Haraplah Darwisy dan Damia akan bertemu secpt mgkn. Cian Darwisy. Pasti dia terlalu rindukan isterinya.
ReplyDeleteJgn bimbang. Pasti akan bersua juga suami isteri ini. Jgn lupa utk bersama SPH lagi.
Deleteakan terus bersama SPH hingga ke akhirnya. Saya sukakan ceritanya.
DeleteTerima kasih. Terima kasih. Terharu!!!
DeleteOh... darwisy rupanya yg melanggar Damia.
ReplyDeletesuka sgt dgn nt3 ni.
tak sbr nak tunggu pertemuan antara mrk.
kak DD upload secpt yg mgkn bab 9.
Tamak dah ni...
Aah.. dia yg langgar p Darwisy tak cam Damia masa tu sbb Damia dah bertudung.
DeleteSedikit masa lagi mrk akan bersua. Jgn bimbang.
Minggu depan pulak ya...
hehehe...
Teruskan.. dan teruskan berkarya dgn penuh semangat. Sentiasa menyokong dan berada di sisi.
ReplyDeleteTerima kasih Zainudin.
DeletePendek jer rasanya. Tak puas arr bc. Bglah pjg2 sikit.
ReplyDeletePendek lagi ke dek?
DeleteAlahai sweetnya darwisy. makin tertawan dgnnya.
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu sambungan kisah mrk.
Dayana smbg secepat yg mgkn.
Makin ku bc makin tak sabar nak tahu apa akan terjadi. Pasti lebih menarik nnt.
Terima kasih krn sukakannya.
DeleteKak DD best ler...
ReplyDeleteBagusnya Tg. Zulkarnain ni. Langsung tak melenting.
Hai... Danish pun terpikat dgn Damia. Naseb baek, cpt sedar kekhilafan diri.
Terima kasih sbb meminati SPH.
DeleteItu namanya keluarga harmoni.
Semakin jatuh cinta dengan Si Pencuri Hati!
ReplyDeleteBestlah. Tak bosan bc.
Bakal diterbitkan tak cerita ni? Rugilah kalau tak dibukukan.
Terima kasih kerana meminati SPH.
ReplyDeleteHasrat hati mmg nak dibukukan. Tapi bergantung kpd rezekilah.
Saya doakan yg terbaik utk SPH. Mmg rugi sekiranya habis di blog sahaja. Saya kalau blh nak buat koleksi.
DeleteCinta Itu Milikku pun saya minat. Tak sabar nak tunggu berada di pasaran.
Sgt2 menghargai sokongan anda.
DeleteTerharu rasanya.
Aduh! Jiwa kacau sungguh bila hero2 kak DD tampan2 belaka. Tangkap syok aje bila lihat mereka.
ReplyDeleteTahniah kak. SPH mmg best. Menarik. Chaiyok! Chaiyok!
Akak pun suka juga dgn hero2 tu.
DeleteTerima kasih krn terus bersama SPH.
pendeknya....baru baca dah abis....
ReplyDeletebest nya darwisy x lama lgi dapat jumpa cik wifey....
n kembar mereka....
bgs ar darwisy ni habis hp damia di cerobohinya...
bijak2....kalu x smp habis pun x tau pasal damia...
darwisy dah tau damia akan kerja dengan nya apa yang akan darwisy buat utk ambik ati damia eh...
kak ...
darwisy xnk g cari damia kat kg ke....sebelum diorg jumpa kat TDF...
makin seronok nak baca tapi....panjang kan skit blh....
Salam ryana,
Deletehuhuhu... pendek ke? Ini pun semput nak mengolah dan memerah idea.
Nak tahu apa yg terjadi kita jumpa di bab akan dtg ya... biar suspen sikit.
yeahh dah jupe dah...makinmenarik nie..
ReplyDeleteTerima kasih nzlyna krn sukakan SPH. teruskan bersama Damia dan Darwisy.
DeleteBestnya...nak next n3 ;)
ReplyDeleteTQ Eeyta.
DeleteNext n3 minggu depan ya...
Kak Dayana,
ReplyDeleteTak cukuplah kak. Smbg bab 9 pulak. Plzzzzzzz....
Tak cukup ya? Kesian adik akak ni.
DeleteBab 9... tunggu....
best nyaaa bab kali ni. pe pun pendek laa x puas baca nak lagii... writer cepat cepat la upload lagi yea... dan panjangkn bab seterusnya
ReplyDeleteTerima kasih EYA krn terus bersama SPH.
ReplyDeleteInsya ALLAH kita akan bertemu lg di minggu hadapan.
miss writer, miss writer
ReplyDeletekita suka dengan cerita awak lahhh
semua e-novel kena dengan citarasa saya yg suka berangan ni
e-novel CIM bila nak update jugak,
tak sabar nk baca
Hai Capital S...
DeleteTerima kasih krn sukakan karya akak yg tak seberapa ini.
Teruskan bersama SPH hingga ke akhirnya ya.
CIM akan muncul dlm versi cetak. Tunggu ya kemunculannya.
salam akk dd.
ReplyDeletetrlupa pulak nk komen sorry yer
ermm= akhir nya terjawb sdh ptnyaaan sy tmpoh hri.\
darwisy msti windu gila kAt damia...jadi yg kwen tu abgnya..
n3 kali nie xpnjang n x pendek...tp seimbang hehe..
adk akn terus bsama akk shingga nvl akk di terbikn...
<3 u hihi
Salam Mahanum....
DeleteTerima kasih kerana sudi bersama SPH dan menyokongnya.
Kita jumpa di bab akan dtg ok!