MEREKA
kini sudah bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Berakhirnya minggu orientasi,
bermakna berakhirlah jua azab seksa yang mereka tanggung lebih kurang seminggu
itu.
Mikhail
menghampiri Athirah yang sedang sibuk memasukkan dokumen ke dalam beg
sandangnya.
“Sudah
selesai semua urusan? Ada apa-apa yang perlu abang tolong?” Mikhail bertanya.
Athirah
sedikit terperanjat bila ada suara garau di tepi telinganya. Dia mengurut dada untuk
menghilangkan debar. Pantang bagi Athirah seandainya ada orang membuatnya
terkejut atau terperanjat. Tetapi tak akan dia hendak meninggikan suara dengan
Mikhail pula. Tidak perlu membayar saman pun dia sudah merasa sangat-sangat
bersyukur. Andai dia buat hal lagi, tidak mustahil Mikhail akan mengotakan
kata-katanya. Athirah sangat-sangat fobia mendengar perkataan S.A.M.A.N!
“Awak
tanya apa tadi? Maaf... saya tak dengar,” tanya Athirah sambil menutup beg
sandangnya. Wajah Mikhail dipandang sepintas lalu.
“Abang
tanya... semua urusan dah selesai? Ada apa-apa yang perlukan pertolongan abang?”
Mikhail mengulangi pertanyaannya sebentar tadi.
“Oooo....”
Bulat mulut Athirah menyebut perkataan oooonya...
“Apa
yang oooo... nya?” tanya Mikhail tidak faham.
“Oooo...
tu maksudnya saya faham soalan yang awak ajukan.”
“
So...” Mikhail inginkan penjelasan Athirah.
“Alhamdulillah,
semuanya sudah beres. Cuma nak tunggu pergi kelas sahaja hari Isnin ni,” jelas Athirah bersama senyuman manis.
“Betul-betul
pasti ke semuanya dah selesai? Manalah tahu ada yang terlepas pandang.” Mikhail
mengambil berat.
“Rasanya
dah tak ada apa-apa kut!” Athirah bersuara. “Err... terima kasihlah sebab banyak bantu saya selama seminggu ni,”
ujar Athirah. Sekali lagi senyumannya dihadiahkan buat Mikhail.
Asyik
seketika Mikhail memandang senyuman manis itu.
“Tak
perlulah nak ucapkan terima kasih. Sudah jadi tanggungjawab kami selaku pelajar
senior menjaga kebajikan pelajar junior,” terang Mikhail. Cehwah... ayat! Macamlah semua pelajar junior, dia ambil tahu!
“Kawan-kawan
yang lain mana?” Mikhail bertanya lagi.
“Mereka
masih ada lagi di sana.” Athirah menuding jarinya.
“Jom
kita pergi kafe, abang belanja minum,” pelawa Mikhail. Peluang yang ada akan
digunakan sebaik mungkin. Dia perlu belajar menambat hati Athirah.
“Emm... boleh juga! Tekak ni pun dah
haus.” Athirah menerima pelawaan Mikhail dengan senang hati. “Tapi kawan-kawan
saya macam mana?” tanya Athirah. Muka Mikhail dipandang sekilas.
“Ajaklah
mereka sekali,” balas Mikhail.
“Awak
tunggu sini sekejap ya, saya pergi tanya mereka,” pinta Athirah dan berlalu
bertemu rakannya.
“Mari
kita pergi dulu. Nanti mereka menyusul,” ujar Athirah tidak lama kemudian.
Athirah
mengatur langkah namun terhenti bila Mikhail menahannya.
“Tunggu
dulu... abang ada benda nak selesaikan dengan Athirah terlebih dahulu.” Mikhail
bersuara. “Boleh tak kita ubah cara panggilan kita sebelum pergi ke kafe? Abang
mahu Athirah tukar panggilan awak kepada ‘abang’ dan saya kepada ‘sayang’,
boleh?” soal Mikhail. Matanya merenung anak mata Athirah. “Abang mahu lakonan kita
ini nampak betul! Abang hendak orang mempercayai yang kita ini adalah pasangan
kekasih,” jelas Mikhail penuh pengharapan.
“Emm... okey!” jawab Athirah. Dia tidak
mahu memanjangkan perbualan mereka. Athirah tidak selesa apabila ada mata-mata
yang asyik menjeling ke arah mereka. Athirah juga tidak mahu menarik perhatian
ramai dengan berada di samping lelaki paling popular di kampus.
SETIBANYA
di kafe, Athirah memesan sirap limau manakala Mikhail memesan teh o ais limau.
Mereka berbual dan cuba mengenali antara satu sama lain. Barulah Athirah tahu,
Mikhail ini kelakar dan ramah orangnya.
“Wah...
wah... wah..., di sini rupanya pasangan kekasih memadu asmara!” giat Borhan
sambil melabuhkan punggung di sebelah Mikhail.
Mendengar
aje suara Borhan, Mikhail mengeluh. Kacau daun betullah kawan aku yang sorang
ni, bisik hati Mikhail. Dia menoleh ke sisi memandang Borhan.
“Kau
ni... tahu aje aku duduk kat ceruk mana?” sindir Mikhail sedikit geram.
Sekiranya boleh, dia tidak mahu sebarang gangguan buat masa ini. Dia hanya mahu
berdua-duaan dengan Athirah. Bagaimana dia ingin beramah mesra dengan Athirah
jika sahabat baiknya itu datang mengganggu.
“Alah, setakat nak cari kau bukannya susah
sangat! Bau badan kau, satu kampus dah tahu,” jawab Borhan selamba.
Mikhail
sudah mengetap bibirnya. Mahu sahaja dia mendebik kawan baiknya yang satu itu.
“Berdua
aje ke? Mana kawan-kawan yang lain?” tanya Borhan. Matanya memandang
sekeliling. Borhan sebenarnya mencari Fazlina. Dia ingin memikat Fazlina.
Semenjak Mikhail dilamun cinta, dia juga ingin merasai kehangatan cinta itu.
Mikhail
mencari sesuatu di bawah meja dan di dalam bajunya.
“Oii... kau cari apa tu?” tanya Borhan.
Pelik dia melihat sahabatnya itu. Seolah-olah sedang mencari sesuatu yang
tercicir. Tak akan tertinggal dompet kut? Mikhail jarang lalai dengan barang
peribadinya.
“Aku
cari orang lainlah dekat meja ni. Manalah tahu menyorok bawah meja atau terselit
dalam baju aku,” seloroh Mikhail. “Kau ni... kalau nak bertanya tu agak-agaklah.
Dah nampak aku berdua saja kat sini, lagi mahu tanya!” Mikhail buat lawak
bodoh. Dia sudah terkekeh-kekeh ketawa melihat muka cemberut Borhan.
“Cis...
tak guna punya kawan! Aku ingatkan tadi apa bendalah yang hilang sampai begitu sekali
khusyuknya mencari,” marah Borhan. Sakit hatinya bila dipermainkan Mikhail.
Athirah
sudah tertawa geli hati melihat gelagat dua orang sahabat itu. Perlakuan mereka
berdua tak ubah seperti dia dan Rafidah. Terasa rindu pula dengan sahabatnya
itu. Rafidah kini mengikuti Sarjana Muda Pendidikan di UPSI.
Mikhail
dan Borhan merenung Athirah.
“Opps... sorry!” ujar Athirah. Dia terus menutup mulutnya.
“Tak
apa! Abang suka tengok sayang happy
macam ni. Seandainya sayang tersenyum dan ketawa sepanjang masa, terasa indah dunia
ni.” Bagi Mikhail senyuman Athirah umpama terapi buat dirinya. Jika boleh dia
ingin menatap senyuman itu sepanjang hidupnya.
Gila
ke apa nak suruh aku senyum dua puluh empat jam? Ada nanti kena angkut ke
Tanjung Rambutan, gerutu Athirah.
“Sejak
bila kau bersayang-sayang ni? Aku tak tahu pun?” bisik Borhan.
Mikhail
tersenyum menawan buat Athirah.
“Yang
kau sibuk ni kenapa? Suka hati akulah nak panggil dia apa! Tak akan aku nak panggil
kau sayang pulak?” balas Mikhail
dengan berbisik juga.
“Ehem...
ehem...!!! Bisik apa tu? Tak baik tahu main bisik-bisik bila ada orang lain di samping
kita. Abang mengumpat sayang ya? Jikalau macam tu, sayang balik dululah.”
Athirah mula bangun dan pura-pura merajuk.
Borhan
sudah tersengih bila ditegur.
Mikhail
tersenyum memandang Athirah. Sejuk hatinya bila Athirah membahasakan dirinya
sayang dan memanggilnya abang. Kalaulah Athirah itu gadis yang dia nikahi
hampir dua tahun lalu, tentu tidak sukar baginya untuk membajai kasih sayang
dan cinta yang sememangnya segar dan mekar buat gadis itu.
Kini
dia tidak dapat membohongi perasaannya lagi. Dia benar-benar cinta dan sayangkan
Athirah. Oleh itu, dia perlu lakukan sesuatu terhadap perkahwinannya. Dia tidak
mahu menggantung isterinya lagi. Daripada dia menyeksa isterinya, lebih baik
dia lepaskan sahaja.
Mikhail
beralih tempat duduk. Dia duduk di sebelah Athirah dan menghalang Athirah dari
pergi.
“Sayang
janganlah merajuk. Mana ada abang mengumpat sayang. In ha... Si Borhan sibuk bertanyakan tentang kawan
sayang yang bernama...” Mikhail memetik-metik jarinya untuk mengingati nama
sahabat Athirah itu. “Ha... Fazlina! Abang Hans awak yang tak berapa nak hensem ni tanya, Fazlina tu masih kosong
lagi ke? Andai masih kosong... Abang Hans awak ni nak berkenalan.” Mikhail
sudah tersenyum mengejek pada Borhan. Keningnya juga sengaja dijungkitkan.
Muka
Borhan sudah merah menahan malu. Hampeh
punya member, ada ke patut tanya
macam tu. Tolonglah jaga air muka sahabat baik ni sikit! Tak pasal-pasal
terbocor rahsia, omel Borhan dalam hatinya. Borhan menendang kaki Mikhail tanda
memprotes. Borhan memberi isyarat mata yang membawa maksud, ‘Jaga kau! Lepas ni
aku gulai kau cukup-cukup. Kenapa kau heboh satu Malaya aku suka kat Fazlina?
Memang tak boleh harap. Sepatutnya kau tolong aku, bukannya malukan aku.’
Mikhail
menggosok kakinya yang kesakitan. Dia juga memberi isyarat mata dan senyuman
mengejek. ‘Eleh, aku sikit pun tak takut dengan ugutan kau! Memang betul apa
kau sudah jatuh hati dekat Fazlina. Mengaku ajelah! Buat apa nak sorok-sorok?
Nanti melepas, baru padan muka! Nasib baik kawan kau ni ada nak tolong. Kalau
tidak... sampai ke tualah kau
menganggotai KELAB JIWA LUKA, tak pun KELAB BUJANG TERLAJAK. Seperkara lagi, siapa
suruh kau gatal-gatal ganggu aku tengah dating?’
Borhan
mencebik melihat best friend forevernya itu. Eksen!
Hairan
Athirah melihat tingkah laku dua jejaka terhangat di kampus ini. Kedua-duanya
saling merenung dengan pandangan yang sukar Athirah fahami. Seperti orang
tengah bergaduh pun ada!
Tidak
lama kemudian Fazlina tiba. Dia tidak tahu hendak duduk di mana. Mikhail sudah
pun duduk di sebelah Athirah.
“Duduklah
Fazlina... jangan malu-malu. Abang Hans kita ni, tak makan orang. Dia makan
nasi aje,” ujar Mikhail sambil tersenyum meleret memandang Borhan.
Borhan
tersengih mendengar kata-kata Mikhail.
Muka
Fazlina sudah merona merah menahan malu. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung
di sebelah Borhan.
“Mana
yang lain-lain?”Athirah bertanya setelah tiga lagi rakannya tidak kelihatan.
“Mereka
tak dapat join. Aisyah nak telefon
emaknya, manakala Salmi ada urusan yang belum selesai. Aina temankan Salmi,” ujar
Fazlina malu-malu. Terasa janggal pula dirinya duduk bersama orang terhangat di
kampus.
“Malam
ni macam mana? Jadi tak nak keluar makan dengan abang?” Mikhail berbisik di
tepi telinga Athirah.
Athirah
dan Mikhail memandang Borhan bila terdengar Borhan mengeluarkan suara.
“Ehem...
ehem...!!!” Borhan berdehem. “Tak baik berbisik. Aku dengan Fazlina wujud lagi
kat sini.” Borhan mengulang kembali ayat Athirah sebentar tadi.
“Kau
ni Hans, kacau daun betullah. Aku tanya buah hati aku ni, jadi ke tidak nak keluar
makan, malam ni? Bukan ke aku dah janji nak bawa dia keluar makan malam. Kau nak
ikut? Kalau nak ikut, boleh kita ajak Fazlina sekali,” pelawa Mikhail. Dia
sebenarnya ajak-ajak ayam aje.
“Eh...
takpelah Abang Khai! Abang Khai
keluarlah dengan Athirah. Saya tak nak ganggu privasi abang berdua.” Fazlina menolak.
Dia malu jika Borhan turut serta.
“Beginilah!
Sekiranya Faz tak nak ikut, saya pun tak jadi pergi.” Athirah bersuara.
Athirah
sebenarnya tidak mahu keluar berdua-duaan dengan Mikhail. Untuk apa mereka
kerap bertemu? Sedangkan hala tuju hubungan mereka tidak akan ke mana-mana. Daripada
pandangan mata kasar sahabatnya dan orang lain, dia dan Mikhail kelihatan
seperti pasangan ideal, ironinya hubungan mereka hanyalah palsu semata-mata.
“Mana
boleh macam tu sayang!” Mikhail sudah keresahan bila Athirah menolak untuk
keluar dengannya.
“Fazlina
pergi ya! Kesianlah kat Abang Khai,” pujuk Mikhail. Dia sudah mempamerkan muka
kasihan.
“Baiklah!
Faz temankan Athirah malam ni,” ujar Fazlina. Tidak sampai hati pula dia hendak
menolak bila Mikhail mula merayu. Mungkin inilah masanya untuk mereka saling kenal
antara satu sama lain, desis hati Fazlina.
“Kau
nak ikut tak Hans malam ni?”
“Aku
on aje!” ujar Borhan dengan nada
ceria. Sekurang-kurangnya malam nanti dia boleh mengenali Fazlina dengan lebih
dekat lagi.
“Lina
nak minum? Abang boleh belikan,” tanya Borhan membeli jiwa Fazlina.
“Tak
payah tanya, belikan aje. Kalau kau tanya, tentulah dia cakap tak nak!” Mikhail
berkata. “Sejak bila Faz dah bertukar jadi Lina?” Mikhail menyakat Borhan.
Borhan tersengih.
Muka
Fazlina sudah bertukar warna. Dia menunduk malu.
“Kau
ingat, kau seorang sahaja ada panggilan manja untuk buah hati kau? Aku pun nak juga
panggil Fazlina dengan panggilan lain. Kalau aku panggil dia Faz, dah serupa macam
kawan-kawannya yang lain,” ujar Borhan sambil menjeling Fazlina di sisinya.
Athirah
tersenyum memandang sahabatnya. Mungkinkah hati temannya itu bakal terisi tidak
lama lagi? Bisik hati Athirah.
BORHAN
bangun membeli minuman untuk Fazlina dan juga dirinya. Dia juga seperti
Mikhail, baru belajar hendak mengenal apa itu cinta. Bukan tidak ada yang
berkenan akan dirinya, cuma dia sahaja yang tidak berkenan dengan orang
tersebut.
“Eh!
Hari ni pun warna baju Abang Khai dan Athirah sama lagi? Berjanji ke malam tadi
nak pakai baju sama warna?” Fazlina pura-pura bertanya. Dia cuba menukar topik dan
menutup perasaan malunya. Sejak bilalah Si Borhan ni memandai tukar panggilan
nama manjanya?
Muka
Athirah sudah merona merah. Athirah menjeling ke arah Mikhail.
Mikhail
melemparkan senyuman menawannya.
Aduh,
bisa copot jantung aku bila melihat senyuman cowok gantang ini! Aikk... bila masa pulak aku bertukar jadi minah Jakarta ni? Getus Athirah.
Ditilik
bajunya sekilas. Hisy... macam mana boleh
tak perasan, warna baju aku dengan dia sama lagi hari ni? Patutlah orang pandang
semacam aje tadi. Memang betullah dia ni ada bela hantu raya. Tak akanlah dalam
seminggu ni asyik sama aje warna baju kami berdua. Kalau tak sama pun, pasti
hampir-hampir sama warnanya. Mujurlah aku bukan isteri dia! Mahu terbias
anak-anak aku dengan saka yang ada dalam dirinya, getus Athirah.
Apa
pasal pulak kau ni Athirah? Melalut
jadi isteri dan anak-anak berbagai! Dah tersangkut dengan mamat yang berada kat
sebelah ni ke? Kau jangan Athirah! Tak cium bau syurga nanti menduakan suami, bisik
hati Athirah.
“Mana
ada? Memandai aje engkau ni!” sanggah Athirah.
Tidak
lama kemudian, Borhan tiba bersama dulang berisi air.
“Ini
air untuk Lina.” Borhan menghulur sirap bandung buat Fazlina.
“Kita
tak nak makan ke?” Borhan bertanya teman baiknya.
“Boleh
juga! Perut aku pun dah lapar ni.”
Mikhail
memandang Athirah di sisinya.
“Sayang
nak makan?”
Athirah
mengangguk.
“Sayang
nak makan apa?”
“Sayang
nak makan nasi campurlah.”
“Fazlina
orderlah! Tengah hari ni, Abang Hans
kita belanja,” ujar Mikhail sambil tersenyum ke arah Borhan. Bila lagi dia nak
merasa kawannya itu belanja? Si Borhan bukannya sengkek!
Borhan
mengukir senyuman dan mengangguk. Dia tidak kisah berhabis duit, asalkan
impiannya menjadi kenyataan.
“Mari
Faz, kita tengok lauk apa yang sedap.”
“Emm... sayang pergi dengan abang, biar Faz
pergi dengan Borhan! Jom... sayang!” Mikhail menarik tangan Athirah.
Hisy...
suka-suka dia aje pegang tangan orang! Agak-agaklah, kalau aku tarik tangan aku
ni, kena saman tak? Tapi takde dalam
perjanjian, kan? Athirah menarik tangannya perlahan-lahan. Dia ni tak bosan ke asyik
menghadap muka aku? Athirah mengomel dalam hatinya.
“Maaf...
tak sengaja! Tapi berlapik, kan?” usik Mikhail. “Sekiranya ada air sembahyang,
masih belum batal,” sakat Mikhail lagi. Melihat muka Athirah merona merah,
Mikhail tersenyum. Malu agaknya, desis hati Mikhail. Beruntung dia jika dapat
memiliki Athirah. Sudahlah rupa paras cantik, akhlak pun baik.
ATHIRAH
memandang jam tangannya. Hampir dua jam, dia dan Fazlina berbual dengan Mikhail
dan Borhan.
“Abang...
sayang balik dululah. Sekejap lagi dah nak masuk waktu Zohor.” Athirah meminta
diri untuk beredar. Badannya sudah tidak selesa. Dia ingin segera pulang ke
asrama dan mandi.
“Abang
hantar sayang balik ya,” beritahu Mikhail. Andai diberi peluang, dia sanggup menjadi
pemandu tanpa gaji untuk Athirah.
“Hans...
kau nak duduk sini atau nak balik dengan aku?” Mikhail bertanya Borhan.
“Takpelah... kau balik dulu. Tadi aku datang
sini naik motor,” jelas Borhan. Matanya tidak lepas memandang Fazlina.
“Lina
nak tumpang abang ke?” tanya Borhan sambil melemparkan senyuman menggoda.
Amboi... Borhan! Sejak Mikhail ada buah hati,
kau pun sama nak menggatal juga ya...???
Fazlina
sudah tersipu malu. Hisy... ada ke
patut nak ajak aku naik motor! Ada karang kena kejar dengan parang kontot. Ayah
aku tu dahlah sensitive bab-bab macam
ni, omel Fazlina dalam hatinya.
“Takpelah! Lina tumpang Abang Khai sahaja,”
ujar Fazlina malu-malu. Aikk... sejak bila aku tukar nama ni?
Bisik hati Fazlina.
Gelak
tawa Athirah dan Mikhail membuatkan air muka Fazlina berubah. Malunya usah
dikatakan lagi. Borhan hanya tersenyum memandang Fazlina.
Setibanya
di kolej, Fazlina berlalu selepas memberi salam dan mengucapkan terima kasih
buat Mikhail. Dia menunggu Athirah di tempat duduk yang disediakan. Yalah...
tak akan nak kacau daun orang sedang hangat bercinta. Mesti mereka nak ucapkan
selamat tinggal dan ucapan rindu.
Itulah
Athirah! Dulu kau cakap besar sangat, tak nak kan Si Mikhail tu. Tengok sekarang,
dah susah nak berenggang. Lebih baiklah korang
kahwin, habis cerita! Omel Fazlina dalam hatinya.
“Malam
ni, abang ambil sayang pukul sembilan. Tunggu hingga abang call baru turun.”
Athirah
angguk kepala tanda faham.
“Take care sayang, miss me okay.”
Athirah
hanya tersenyum manis mendengar kata-kata Mikhail. Dia tidak berupaya
membalasnya. Ada sempadan yang menghalang. Lagipun hubungannya dengan Mikhail
akan terlerai bila-bila masa. Jadi, apalah gunanya jika dia turut
mengungkapkannya.
Usai
memberi salam, Mikhail memandu pulang ke kolej kediamannya.
Hehehe... 'abang', 'sayang'
ReplyDeleteAlahai... syok sendiri gueee!!!
Kelakarlah Mikhail dan Borhan ni. gaduh pakai mata plak!!!