DARWISY
DAN DAMIA tiba di Berjaya Teguh lebih awal dari yang
dijadualkan. Mereka akan mengadakan perbincangan berkaitan dengan projek di Balakong.
TDF Holdings telah melantik syarikat Berjaya Teguh milik Dato’ Brahim sebagai
kontraktor yang bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja di projek
perumahan yang terletak di Balakong. Terdapat juga sebuah syarikat lain yang
akan menjalinkan kerjasama dengan mereka iaitu syarikat Bumi Maju, milik Dato’ Hamdan.
Sedang Damia dan Darwisy berbual,
muncul Benjamin Asyraf Dato’ Brahim di hadapan mereka sambil tersenyum menawan.
Benjamin Asyraf menghulurkan tangannya bersalaman dengan Darwisy, rakan niaga merangkap
kenalan semasa di universiti.
“Saya Benjamin Asyraf, panggil
sahaja Benji.” Benjamin Asyraf memperkenalkan dirinya kepada Damia. Tangannya
dihulur untuk bersalaman.
Namun tangan Darwisy yang
dulu-duluan menyambut huluran salam tersebut.
Benjamin Asyraf memandang pelik
perbuatan Darwisy. Wajah Darwisy direnungnya tajam. Bengang!
Damia melemparkan senyuman manis
sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Melihat perlakuan Darwisy
sebentar tadi, hatinya digaru kelucuan. Gelojoh sungguh!
“Kenalkan PA aku, Sayang Damia
Dasuki Aqtar. Sayang kenalkan ini Benjamin Asyraf, anak pemilik syarikat Berjaya
Teguh.” Darwisy memperkenalkan Damia kepada budaya darat terhebat di Kuala Lumpur.
Damia angguk kepala sekali lagi
sambil menghulurkan senyuman buat Benjamin Asyraf.
“Dia tak berjabat tangan dengan
lelaki. Jadi aku sebagai wakilnya,” jelas Darwisy kepada Benjamin Asyraf sambil
menutup kekalutannya sebentar tadi. Masakan dia hendak memberi jalan kepada
Benjamin Asyarf menyentuh isterinya. Tak boleh... tak boleh... Haram! Lagi pula
dia nampak sinar kegatalan dan kemiangan di mata Benjamin Asyraf. Tidak akan
dibenarkan sama sekali Benjamin Asyraf mendekati isterinya walaupun seinci.
“Oh... tak mengapa saya faham!”
Jelas Benjamin Asyraf sambil tersenyum. “Sayang Damia... macam pernah saya
dengar nama itu tapi tak ingat di mana.” Benjamin Asyaraf memulakan bicaranya.
“Boleh saya panggil Sayang?” Tanya Benjamin Asyraf dengan aksi menggoda.
Huh... nak jual minyaklah tu! Bisik
hati Damia. Tapi memang benar apa yang dikatakan oleh Benjamin Aysraf itu tadi.
Dia pun seolah-olah pernah dengar nama tersebut. Hah... Ini mesti salah seorang
calon menantu pilihan mama dulu. Belum sempat Damia hendak menjawab, Darwisy
sudah membuka mulut.
“Tak boleh nanti ada yang cemburu,”
ujar Darwisy selamba.
“Aku tanya dia, yang kau sibuk
menjawab bagi pihak dia tu kenapa?” Soal Benjamin Asyraf tidak puas hati. Geram
sungguh hatinya. Darwisy tu siapa yang hendak menyibuk? Macamlah Damia tu makwe
dia. Dia panggil Damia 'sayang' tak mengapa pulak! Gerutu hati Benjamin Asyraf geram.
“Ehem... ehem...” Damia berdehem
menghentikan pertikaman lidah yang berlaku.
Kedua-dua lelaki itu pantas
memandang Damia.
“Memang benar apa yang Tengku
Darwisy katakan. Tapi bukanlah kerana ada yang cemburu, cuma saya tidak selesa.
Lagi pula jarang orang panggil saya dengan nama tu. Dan... saya pun tidak mahu
mencipta kelainan,” jelas Damia tenang.
Buntang mata Darwisy memandang
Damia. Dia mengetap bibirnya tanda menahan geram. Suka-suka dia aje panggil aku
Tengku Darwisy. Lepas tu siap cakap takde
yang cemburu. Habis aku ni apa? Tunggul! Mustahil aku sebagai suaminya tidak
cemburu. Normallah kan kalau suami cemburu!
Damia memandang wajah Darwisy yang
kelihatan tegang. Aku ada salah cakap ke? Aku bukannya panggil dia ‘awak’. Tak
akanlah dia marah aku panggil dia Tengku Darwisy? Habis tu aku nak panggil apa?
Hisy... tak akan depan orang luar pun
kena panggil abang juga?
“Baiklah
saya panggil Damia sahaja.” Benjamin Asyraf dapat melihat riak tegang di wajah
Darwisy. Seolah-olah ada menyimpan sebuah rahsia dalam diri lelaki itu. Mungkin
Darwisy sudah tertarik dengan Damia, fikir Benjamin Asyraf. Tapi... the best
man win lah, kan? Apa salahnya dia cuba memikat PA Darwisy itu?
“Damia memang tak pernah ingat
tentang diri saya? Sebab saya rasa macam pernah dengar nama Sayang Damia Dasuki
Aqtar ni?” Tanya Benjamin Asyraf tidak berpuas hati. Raut wajah Darwisy yang
kelihatan tegang dan bengang, langsung tidak diendahkannya.
“Saya pun macam pernah dengar nama
Benjamin Asyraf. Mungkia ada kaitan
dengan ibu bapa kita kut?” Damia memberi sedikit petunjuk kepada Benjamin
Asyraf.
Wah... wah... mereka ni! Berborak
sakan seolah-olah aku ni tak wujud antara mereka. Geram sungguh Darwisy melihat
ragam Damia dan Benjamin Asyraf. Tak akan Damia pernah jadi salah seorang
‘koleksi peribadi’ Benjamin Asyraf sebelum ini? Hati Darwisy mula ditumbuhi
syak wasangka.
“Hah... baru saya ingat! Damia ni
anak Dr. Karina, kan? Ingat tak parents
kita pernah nak jodohkan kita? Tapi kenapa hari tu wajah Damia lain sangat?”
Soal Benjamin Asyraf tidak berpuas hati.
“Ingat juga Encik Benji! Dulu tu
saya sengaja make over wajah saya
macam tu. Saya nak tengok siapa yang benar-benar ikhlas hendak memperisterikan
saya. Tapi orang lelaki ni, biasalah kan..., mereka lebih mementingkan
kejelitaan berbanding keikhlasan hati.” Damia menyindir Benjamin Asyraf.
Benjamin Asyraf berasa terpukul
dengan sindiran Damia. Memang benar apa yang dikatakan oleh Damia itu. Mana ada
orang lelaki yang tidak melihat kecantikan terlebih dahulu dalam kriteria
memilih pasangan hidup.
“Saya mohon maaf dengan sikap saya
dulu,” luah Benjamin Asyraf jujur. Dia akan berusaha menjalin kembali hasrat mummynya.
“Saya maafkan. Lupakan sahaja
tentang peristiwa itu. Perkara itu pun sudah lama berlaku,” ujar Damia sambil
tersenyum. Itulah sifatnya, terlalu mudah memaafkan kesilapan dan perbuatan
orang lain.
“Terima kasih sebab sudi maafkan
saya,” ujar Benjamin Asyraf sambil tersenyum menawan.
Hati Darwisy semakin terbakar dan
membara. Rupanya bukan dia sahaja yang menjadi calon menantu Dr. Karina tetapi
Benjamin Asyraf juga. Mujurlah Damia kini sudah menjadi miliknya. Jika tidak...
mahu cemburu tahap tak ingat!
Benjamin Asyraf meneliti jam
tangannya.
“Marilah kita tunggu mereka di
bilik mesyuarat.”
Damia dan Darwisy angguk kepala serentak.
Benjamin Asyraf mengiringi Darwisy dan Damia menuju ke bilik mesyuarat.
Damia dan Darwisy angguk kepala serentak.
Benjamin Asyraf mengiringi Darwisy dan Damia menuju ke bilik mesyuarat.
“Emmm... saya hendak ke bilik saya dahulu, nak ambil dokumen untuk
mesyuarat hari ini,” ujar Benjamin Asyraf sebelum beredar meninggalkan pasangan
suami isteri itu.
Melihat hanya tinggal dia dan Damia
sahaja. Darwisy mula menyoal.
“Kenapa tak panggil abang? Bukan ke
abang dah pesan sebelum ini?” Serang Darwisy.
Kecut perut Damia melihat wajah
garang Darwisy. Marah sungguh lelaki itu kerana tidak memanggil dia ‘abang’.
Panggil ajelah abang. Bukannya susah pun! Gumam Damia.
“Eh... bukan ke abang tak bagi
panggil ‘awak’ sahaja. Takde pula
abang pesan jangan panggil Tengku Darwisy Firhad atau Tengku Darwisy atau
Darwisy sebelum ini,” balas Damia tidak puas hati.
“Baiklahhh.... mulai saat ini, jam
tiga lima minit petang, tidak ada lagi panggilan Tengku Darwisy Firhad atau
yang sewaktu dengannya melainkan panggilan abang. Tak kira walau di mana pun
kita berada. Muktamad!” Tegas Darwisy.
“Tak akanlah di majlis rasmi atau
tengah bekerja nak panggil abang juga? Malulah sayang nanti,” ujar Damia manja.
Mudah-mudahan Darwisy menerima pendapatnya.
“Tak payah nak bodek-bodek! Abang
tak layan! Bukan ke abang dah pesan tadi. Tak kira di mana jua. Faham! Kalau
sayang ingkar... sayang bukan sahaja mendapat dosa tetapi gaji sayang akan
abang potong dua ratus ringgit setiap kali sayang buat salah. Berkuatkuasa
sekarang!” Ugut Darwisy. “Tulis-tulis dalam buku tu, nanti abang terlupa.”
Darwisy berpesan.
Damia mengetap bibirnya menahan
geram.
Melihat Damia seperti entah tak
endah, Darwisy bersuara.
“Abang kata tulis sekarang!”
Darwisy bersuara tegas.
“Bencilah dengan abang ni! Suka
mengugut!” Damia membentak. Namun dia turuti jua kemahuan Darwisy. Laju sahaja
tangannya menulis arahan terbaru Darwisy itu. Hisy.... menyampah betul! Rungutnya dalam hati.
Darwisy hanya tersengih memandang
wajah isterinya yang sudah mencuka dan merah menahan marah. Ingat senang... nak
lawan cakap abang? Daripada orang lain mengorat...
lebih baik abang jadi komunis sekejap!
Tidak lama kemudian muncul Natilia
bersama papanya Dato’ Hamdan, Benjamin Asyraf dan daddynya Dato’ Brahim. Natilia memandang tajam ke arah Damia dan
Darwisy.
Darwisy hanya memandang sepi
renungan tajam Natilia itu. Lantak perempuan tulah nak tenung dia macam mana.
Janji jangan kacau dan ganggu hidup dia sudah!
Damia pula berasa kurang senang
dengan renungan berbaur ancaman itu. Apa ke hal perempuan ni? Kenal pun tidak,
boleh pulak tenung-tenung orang macam
nak telan! Ke... dia marah aku duduk sebelah Darwisy? Hai! Tak akan tak tahu
lagi yang mamat sebelah aku ni dah kahwin. Bukan satu tau bini dia... tapi dua!
Perbincangan berjalan dengan lancar
walaupun diselitkan dengan aksi-aksi mengada-ada Natilia. Berjaya Teguh
bertindak sebagai kontraktor yang melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik ke
atas projek perumahan milik syarikat TDF di Balakong. Manakala syarikat Bumi
Maju selaku kontraktor pemasangan paip dan saliran. Mesyuarat yang berlangsung
hampir empat jam itu telah berjaya mencapai kata sepakat melalui kertas kerja
yang dibentangkan.
NATILIA
menghampiri Darwisy. Damia telah keluar terlebih dahulu kerana ingin ke tandas.
Papanya dan ahli mesyuarat yang lain juga sudah beredar. Sengaja dia menunggu
Darwisy hingga lelaki itu siap mengemas dokumen-dokumennya.
“Siapa perempuan yang you bawa? I tengok
bukan main mesra lagi?” Tanya Natilia berbaur cemburu. Belum pernah lagi dia
melihat Darwisy membawa mana-mana perempuan menghadiri mesyuarat hatta
setiausahanya sekali pun.
“Kenapa? Kau cemburu dan tidak
berpuas hati?” Soal Darwisy kembali. “Siapa dia... itu bukan urusan kau!” Ujarnya lagi.
“Mestilah I nak tahu sebab dia akan
berurusan dengan I lepas ni,” balas Natilia tidak berpuas hati.
“Betul juga apa yang kau katakan!
Memang selepas ni kau akan berurusan dengan dia sebelum bertemu aku,” sinis
Darwisy. “Kalau kau nak tahu, dia tu PA kesayangan aku dan akan menemani aku
hingga ke Syurga,” ujar Darwisy bersahaja. Dapat dia melihat wajah cemberut Natilia.
“You yakin sangat-sangat ke... yang
dia bakal temani you hingga ke Syurga? You dengan dia bukannya suami isteri,”
sindir Natilia. “Jangan-jangan I yang
bakal menjadi isteri you dan menemani you
hingga ke Syurga,” bisik Natilia sambil
tertawa lepas.
Darwisy hanya ketawa kelucuan
mendengar kata-kata Natilia yang pada anggapannya hanya sebuah lawak bodoh.
Dulu... sebelum aku berkahwin bolehlah kau bermimpi nak jadi isteri aku.
Tapi kini... dah tak boleh dah, sebab
aku sudah ada isteri yang cantik dan solehah serta permata hati yang akan
mendoakan kesejahteraan hidup aku di dunia mahupun akhirat, suara hati Darwisy berkata.
“Rumah kau ada cermin besar tak?
Kalau ada yang berukuran 20 X 20 kaki lagi cantik” Tanya Darwisy spontan.
“Takde kenapa? You nak belikan ke?” Soal Natilia pula.
Tersenyum Darwisy dengan kebodohan
Natilia.
“Buat apa aku nak belikan untuk
kau? Buat menghabiskan duit aku sahaja,” sindir Darwisy. “Apa kata kau cari
cermin sebesar itu dan lihat siapa diri kau yang sebenarnya. Tengok betul-betul
dalam cermin tu sama ada kau layak atau tidak hendak bergandingan dengan aku,”
tempelak Darwisy dengan perasaan jengkel. “Sekiranya kau tak mampu nak beli,
datanglah ke rumah aku. Kat rumah aku ada cermin yang lebih besar dari itu,”
ujar Darwisy lagi.
“You jangan angkuh dan sombong
sangat Darwisy.” Natilia mendengus marah. “Suatu hari nanti you pasti akan
tersungkur di kaki I,” ujar Natilia bongkak.
Darwisy menceber. Perempuan ni jika
bercakap ikut sedap mulut dia aje. Sekiranya perangai tu bagus takpelah juga. Ini perangai macam pelacur
kelas atasan! Cemuh Darwisy dalam hatinya. Seandainya ada hati nak jadi isteri
aku, ubahlah perangai tu jadi baik. Ini tidak! Tak berubah langsung. Makin
teruk adalah. Dah aku sindir bagai nak rak pun... buat tak layan! Dia ingat
senang agaknya nak bentuk manusia jadi baik tanpa kerelaan diri sendiri! Bebel
Darwisy dalam hatinya.
Dan... dia ingat seronok agaknya jadi
isteri aku kalau dia masih berperangai macam tu? Silap-silap dapat penyepak dan
terajang tiap-tiap hari. Daripada aku menanggung dosa dia setiap hari, lebih
baik aku jauhkan diri. Dahlah dia tak confirm
lagi sama ada bakal ahli Neraka atau Syurga. Nanti tak pasal-pasal dengan
aku... aku... sekali ALLAH tarik masuk neraka sebab gagal jalankan
tanggungjawab sebagai seorang suami. Hisy...
selisih malaikat empat puluh empat! Bisik hati kecil Darwsiy.
“Mana ada aku angkuh atau sombong.
Aku cakap berdasarkan fakta. Dan aku tahu siapa kau yang sebenarnya. Berubahlah
sebelum ajal datang menjemput kau. Lagipun perbuatan kau selama ini hanya
menjatuhkan martabat kau sebagai seorang perempuan,” tegur Darwisy ikhlas. Wajah
bengang Natilia ditatap seketika sebelum meneruskan kerja-kerjanya.
Natilia memandang Darwisy dengan
perasaan marah yang sukar dibendung.
“Apa you ingat you tu baik sangat?”
Tanya Natilia dengan nada suara yang tinggi. “You ingat orang macam I tak boleh
masuk syurga?” Soal Natilia tidak berpuas hati sambil merenung tajam muka
Darwisy.
“Aku tak kata aku terlalu baik.
Setiap orang ada kekurangannya. Tetapi kalau kita tidak berusaha menghampiri
kebaikan dan cuba mendapatkan keredhaan ALLAH, maka susahlah kita hendak
mendapat rahmat-NYA. Kau pun berubahlah sebelum terlambat. Kasihan parents kau sekiranya mereka tahu siapa
kau yang sebenarnya selama ini,” nasihat Darwisy sekali lagi.
“Don’t try to teach me. Macamlah mati nanti kita duduk dalam liang
lahad yang sama,” sindir Natilia yang masih tidak berpuas hati.
“Aku bukannya nak ajar kau. Aku
tahulah ilmu agama kau lebih tinggi daripada aku,” perli Darwisy. Dia sudah
terlampau bengang dengan sikap Natilia yang bodoh tapi sukar diajar. “Tetapi
sebagai orang Islam, kita wajib berpesan-pesan ke arah kebaikan. Aku ada
sedikit ilmu, apa salahnya kita kongsikan bersama.” Tenang sahaja Darwisy
meluahkan kata-katanya. Tidak lama kemudian dia menyambung kembali kata-katanya
setelah melihat Natilia ingin beredar.
“Aku pun memang berharap kubur kita
lain-lain tempat atau daerah. Tak sanggup rasanya nak dengar kau menjerit
setiap kali kena seksa dengan malaikat Mungkar dan Nangkir,” sinis Darwisy.
Orang seperti Natilia sukar diajar
dengan cara berlembut sebab perempuan itu tidak akan faham. Bukan kerana dia
tidak pandai berbahasa Melayu atau tidak pernah belajar pendidikan Islam tetapi
hatinya terlalu kotor dan hitam. Baginya apa yang kita sampaikan ke arah
kebaikan seperti mengajaknya terjun gaung. Sukar untuk dia terima.
Mudah-mudahan Natilia mendapat hidayah sebelum ajal datang menjemputnya, doa
Darwisy ikhlas.
Natilia merengus geram mendengar
kata-kata Darwisy. Dengan pantas dia beredar bersama dendam yang membara. Dia
akan pastikan Darwisy melutut dan memohon maaf kepadanya suatu masa nanti.
DARWISY
menghampiri isterinya yang sedang berbual dengan Dato’ Hamdan dan Dato’ Brahim.
Kelihatan juga Natilia dengan wajah mencuka dan Benjamin Asyraf yang begitu
ralit merenung Damia. Darwisy cuba bersikap profesional semata-mata ingin
menutup perasaan cemburunya yang tinggi menggunung.
“Maaf saya terlambat sedikit,” ujar
Darwisy berbasa-basi. Tangannya
menghulurkan gulungan kertas projek kepada Damia.
Damia menyambutnya dengan senyuman.
“Abang ke mana? Kenapa lambat
sangat?” Bisik Damia. Dia tidak mahu orang lain mendengar perbualan mereka.
Menuturkan perkataan ‘abang’ membuatkan dia rasa hendak tercekik apatah lagi
tidak ada siapa yang tahu status antara mereka.
Darwisy melemparkan senyuman
menawan buat Damia. Hatinya yang membahang seketika tadi terasa sejuk kembali.
“Nanti abang cerita,” ujar Darwisy.
Dia juga mengunakan nada perlahan.
“Maaf Dato’, Benjamin dan Natilia,
rasanya kami perlu beredar dahulu memandangkan waktu kerja pun dah tamat, bimbang
sesak pula jalan raya nanti.” Darwisy mohon pamitan.
“Saya juga dah nak balik,” ujar
Dato’ Hamdan kepada Darwisy.
Darwisy tersenyum mesra buat Dato’
Hamdan.
“Mari Lia, kita balik sekarang.
Bising pula mama Lia sekiranya kita lambat balik untuk makan malam.” Dato’
Hamdan menggamit anak perempuan.
Natilia pandang wajah papanya
kemudian dia mengangguk setuju.
“Okey Brahim, I pulang dulu. Kita jumpa lagi dalam mesyuarat akan datang.”
Darwisy dan Damia beriringan dengan
Dato’ Hamdan dan Natilia untuk pulang. Tangannya merangkul erat pinggang Damia
menuju ke kereta.
Damia cuba melepaskan rangkulan Darwisy tetapi tidak berhasil. Darwisy semakin mengemaskan lagi pelukannya. Akhirnya dia membiarkan sahaja.
Damia cuba melepaskan rangkulan Darwisy tetapi tidak berhasil. Darwisy semakin mengemaskan lagi pelukannya. Akhirnya dia membiarkan sahaja.
Hampir tersembul biji mata Natilia
melihat Darwisy memeluk erat pinggang Damia.
Huh... perangai tak ubah seperti
lelaki di luar sana! Pantang nampak perempuan berdahi licin sikit, terus
tergoda. Macamlah PA dia tu lawa sangat, omel Natilia dalam hatinya. Geram
sungguh Natilia memandang perlakuan Darwisy itu. Ingatkan perangai macam
malaikat! Rupanya sama aje dengan aku, gerutu Natilia.
“Jangan lupa mesyuarat kita minggu
hadapan,” pesan Dato’ Hamdan sambil tersenyum memandang Darwisy.
“Insya-ALLAH,” balas Darwisy
ringkas sambil membalas kembali senyuman Dato’ Hamdan.
Setelah Dato’ Hamdan beredar, dia turut
beredar meninggalkan perkarangan Berjaya Teguh. Sekali sekala dia mengerling ke
arah Damia. Isterinya kelihatan resah gelisah di tempat duduknya.
“Kenapa abang keluar lewat dari
bilik mesyuarat tadi?” Hatinya dipagut rasa sangsi bila melihat Natilia
tersenyum pelik sewaktu memandang wajahnya. Lagi pula hanya Darwisy dan Natilia
sahaja orang terakhir yang meninggalkan bilik mesyuarat itu.
Darwisy menyimpan senyumannya
ketika mendengar kata-kata Damia yang berbaur cemburu. Pandai cemburu juga bini
aku ni! Nampak macam tak kisah aje dengan aku.
“Abang kemas kertas kerja dan
pelan-pelan yang kita bentangkan tadi,” terang Darwisy sambil menggenggam erat
tangan Damia. “Sayang jangan bimbang, abang tak ada apa-apa hubungan dengan
perempuan tu,” ujar Darwisy. Bagaikan tahu apa yang bermain di fikiran
isterinya. Tangannya mengusap lembut jemari Damia yang berada dalam
genggamannya. Dia mahu Damia mempercayai kata-katanya.
Boleh percaya ke dengan cakap dia
ni? Jangan-jangan dia tengah mengayat perempuan tu tadi untuk dijadikan bini
nombor tiga. Orang lelaki ni mana ada yang puas dengan seorang bini, bisik hati
Damia. Perasaan cemburu mula bermaharajalela di dalam hatinya apatah lagi bila
mengenangkan senyuman yang terukir di bibir Natilia.
“Saya tak kisah pun sekiranya awak
ada skandal dengan dia." Damia cuba berlagak selamba. Dia tidak mahu Darwisy tahu apa yang sedang bersarang di mindanya.
“Aiks... macam berjauh hati aje bunyinya? Cemburu tahap melampau dekat
abang pun ada,” usik Darwisy.
“Mana ada cemburunya. Awak ni suka sangat
melalut.”
“Tadi sayang cakap apa? Awak? Saya? Emmm... memang betul-betul nak kena
potong gaji ni!” Gurau Darwisy.
“Sorry... sorry! Abang
janganlah potong gaji sayang. Nanti sayang nak bagi Fareez dan Farisya makan
apa? Lepas tu macam mana nak bayar gaji Nomi?”
Baru Darwisy teringat dia belum
lagi memberi nafkah untuk isteri dan anak-anaknya. Ya ALLAH.... ampunkanlah
dosa-dosa hamba-Mu ini.
“Mulai sekarang segala urusan perbelanjaan
sayang dan anak-anak akan terpikul di bahu abang. Maafkan abang kerana
mengabaikan tanggunjawab abang selama ini.” Darwisy mohon pengertian. Kemudian
dia teringatkan sesuatu. “Tapi... abang rasa abang tak pernah gagal masukkan
duit ke dalam akaun abang yang ada dalam simpanan sayang tu. Sayang tak pernah
guna ke?” Tanya Darwisy inginkan kepastian.
“Oh... kad bank yang abang bagi tu
sayang tertinggal kat rumah nenek masa nak balik UK dulu. Lepas tu tak tahu
hilang ke mana.” Damia berdalih. Padahal dia telah memotong-motong kad bank itu
hingga kecil kerana geramkan Darwisy berkahwin lain.
“Nanti abang dapatkan kad bank yang
baru. Kalau sayang tak pernah ambil duit tu, mesti dah banyak dalam akaun.
Sejak kita kahwin, abang masukkan tiga ribu ringgit setiap bulan sebagai wang
nafkah daripada abang.”
Damia bagaikan tidak mempercayai
kata-kata Darwisy. Selama ini Darwisy tidak pernah culas memberi wang nafkah
kepadanya. Maknanya Darwisy sentiasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai
suami. Apa lagi yang harus aku katakan? Dia terlalu baik dan bertanggungjawab.
Cuma kisah lelaki itu menduakan dirinya sahaja yang membuatkan dia berdendam dan marah terhadap Darwisy.
Dapat juga melepaskan kerinduan.
ReplyDeleteKak DD best sgt2.
Tp bimbanglah... Natilia tu mcm berdendam aje dgn Darwisy. Takut dia buat hal nnt.
Terima kasih puteri krn sukakan n3 kali ini dan tlg akak di FB.
DeleteNatilia.... kita akan tahu bagaimana kelakuannya di bab2 akan dtg.
sama2 kak DD. Sekadar membantu sesama insan
DeleteMmg tersgt menarik dan best.
ReplyDeleteBetul kata puteri atilia....
Natilia spt berdendam aje dgn Darwisy. Saya rasa tentu dia akan buat sesuatu nnt utk kenakan Darwisy.
Apapun terima kasih kak DD utk n3 ini...
Luv u sis....
Terima kasih Raihana...
DeleteKita akan tahu apa yg Natilia lakukan terhadap Darwisy nnt.
Raihana... akak luv u 2..
DeleteBestnya ada n3 baru.
ReplyDeleteTq writer.
Suka dgn watak Darwisy. Sweet aje orgnya.
Jeles ya Darwisy? Damia pun satu hal... suka sgt buat Darwisy terasa.
Hmmmm... rasanya pasti Natilia akan buat kecoh nnt.
Sama2 kasih.... hehehehe...
DeleteDarwisy mmg kaki cemburu...
Nak tahu bagaimana gelagatnya... tunggu di bab akan dtg.
Bibi2t konflik mula ada. dan yg pasti Natilia dan Benjamin Asyraf pencetusnya.
ReplyDeletetahniah Dayana Darwisy, awak buat saya terus terasa nak membc hingga ke bab akhir...
Terima kasih kerana suka akan SPH.
DeleteBibit2 konflik?! rasanya bukan konflik lg kut...
Apa pun kita tunggu konflik yg sebenar2nya di bab akan dtg.
Bencinya dgn Natilia ni...
ReplyDeleteKak DD hapuskan wataknya cpt2 ya....
kalau watak Natilia takde... mcm mana ya nnt????!!!
DeleteBerakhir juga penantian hampir seminggu ini.
ReplyDeleteRindu sgt2 dgn Darwisy dan Damia.
Bakal ada perbalahan lg antara Darwisy dan Natilia ke???
Risaunya.... takut kalau2 Natilia menjd org ketiga dlm hubungan Darwisy dan Damia.
Salam Ayu...
DeleteKini dah blh lepaskan kerinduan ya.
Kita tunggu nnt sama ada Natilia bakal menjd org ketiga atau pun tidak.
hahaha.... kuat cemburu juga Darwisy ni. Tp yg paling best romantiknya itu...
ReplyDeletecaiyookkkkk.... caiyokkkk....
Nak lg.... best....
Terima kasih krn sukakan SPH.
DeleteDarwisy mmg romantik dan penyayang.
Best... best...
ReplyDeleteTp knp lama sgt nak ada n3 baru. Kalau leh ari2 nak.
Terima kasih sbb suka kan SPH.
DeleteKalau hari2 ada takut jemu pulak...
uuuuuuuuuuuuu.... garang, romantik dan nakalnya Darwisy ni... suka... suka...
ReplyDeleteTak suka dgn Natilia....
mesti dia akan buat kacau.... eeeiiiii... tak sukanya...
Hai Onah...
Deletehehehe... tak suka ya dgn Natilia...???!!!
Kita tgk nnt sama ada diakah punca keretakan rumah tangga Darwisy dan Damia ataupun tidak.
Terbaikkk... best sgt2...
ReplyDeleteTerima kasih. Teruskan bersama SPH ya.
DeleteMakin bertambah nampaknya watak2 pengacau dalam citer nih...
ReplyDeleteDapatkah Darwish dan sayang hidup aman lepas nih...
Cepat2 yer upkan n3 baru lepas ni sampai habis...
~w.t~
Insya ALLAH... akan ada n3 baru. Tp minggu hadapan pulak ya.
DeleteKita akan tgk nnt sama ada mrk akan menggapai bahagia mahupun tidak.
Terima kasih krn sudi memberi komentar di ruangan ini. sgt2 menghargai.
Tak sabar nak tahu apa yg akan berlaku selanjutnya. Adakah bahagia yg bakal mereka gapai atau sebaliknya.
ReplyDeleteKita nntkan bersama akan jd dlm episod rumah tangga mereka di bab2 akan dtg.
DeleteKak DD bestnya citer ni. Tak puas arr kak. Sikit sgt. dah lama tunggu.
ReplyDeleteApa pun saya doakan semoga akak cpt sihat.
Terima kasih krn meminati SPH.
DeleteTerima kasih kerana mendoakan untuk akak juga.
Teruskan bersama SPH ok...
tq kak..
ReplyDeletebest nya ada entry...
darwisy dah mula langkah nak pikat syang...
syg jgn la jual mahal sgt cian darwisy.....
wah darwisy guna kuasa veto eh....sikit2 nak tolak gaji...
nampaknya penyibuk2 dah kluar...
x senang la sayang n darwisy pas ni...
kak
darwisy tggl x ngan kembar dia..
bila lgi darwisy nak kenalkan syg ngan danish
kerja dah 1 tmpt xkn x jumpa lgi....
kak lmbt lgi ke darwisy n syg nak bahagia ngan kembar diorg
kak
panjangkan lg citer ni
x puas ar ...dah la seminggu sekali...
apa pun smga akak sht n cpt2 pos entry
Salam ryn...
DeleteKita nantikan bersama bagaimana Darwisy menangani masalah rumah tangganya bersama Damia.
Nak panjang2...???
Rasanya tak dpt kut...
hehehe... jgn marah ya...
Akak bimbang kalau terlalu pjg nnt isunya meleret2 dan membosankan.
CEPAT LAH SAMBUNG
ReplyDeletebaby mio...
DeleteInsya ALLAH minggu hadapan pulak ya...
Itu kalau diberikan keizinan oleh-NYA.
hahaha...damia tak habis dgn salah sangka ttg suami dia kahwin lain. apasalah bterus terang tnya keadaan sebenar kan senang. hati tak geram jiwa tenang. kan??? kan??? ;D
ReplyDeleteIVORYGINGER...
ReplyDeleteTanpa salah sangka, mana mungkin akan muncul bahagia.
Dengan salah sangka bakal ada perkembangan ceritanya.
harap dpt bersabar melayan setiap salah sangka yg ada.
Nak lagi... nak lagi...
ReplyDeleteBestlah cerita ni...
Sambung bg cpt sikit...
Nak lagi sabar ya...
DeleteTerima kasih krn sukakan SPH.
Bila nak smbg ni?
ReplyDeleteTak sabar...
Harap bersabar ya....
DeleteWAH NAK LAGI ....
ReplyDeleteNak lagi...
DeleteTunggu ya...
bestnya... keep it up!!! harap2 dpt sambung lg yer... tq
ReplyDeleteInsya ALLAH pasti akan ada sambungannya...
Delete