Assalamualaikum....

Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....

Sekiranya terdapat kebersamaan dalam penulisan, itu berlaku di luar bidang kuasa. Idea yang datang secara spontan diluahkan mengikut cetusan rasa.

Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!

Pastikan anda semua menunaikan solat terlebih dahulu sekiranya waktu solat sudah masuk ya...

Sayang anda semua. Muah... Muah...

Followers

Tinggal Link Blog Korang

Wednesday 5 March 2014

TEASER 3 SAYANG AWAK CINTA AWAK

TEASER 3

“Ayah tak kira. Kalau Rie tak berkenan dengan mana-mana perempuan dalam masa yang terdekat, Rie kena kahwin dengan pilihan ayah. Pilihan ibu tu kalau Rie tak suka, ayah tak paksa. Tapi pilihan ayah, ayah rasa dia sesuai untuk kamu,” tegas Tan Sri Sharman.
“Apalah ayah ni! Pilihan ayah dan ibu, dua-duanya tak menepati piawaian Rielah,” rungut Shahrul Hairi.
“Kamu ni cerewet sangat!”
“Habis tu, ayah tak cerewet? Ayah pun pilih sendiri kan pasangan ayah. Jadi bagilah kebebasan untuk Rie memilih dan mencari gadis yang benar-benar sesuai dan menepati cita rasa Rie.” Bayangan Salmiha Haini menjelma di ruangan matanya. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman.
“Ayah bagi tempoh sebulan dari sekarang. Jika tidak... Rie kena ikut cakap ayah.” Tan Sri Sharman memberi amaran.
Enam bulanlah ayah.” Shahrul Hairi membuat tawaran. Dia yakin dalam tempoh itu, dia mampu menambat hati seorang gadis yang sudah mendapat tempat di hatinya. Tapi... masih single lagikah si dia? Belum tanya mana nak tau kan?!
 “Enam bulan terlalu lama. Nanti panjang saja akal kamu hendak mencari helah.”
 “Ayah ni!” Shahrul Hairi mula merajuk.
 “Selama ni, ada ke Rie menolak segala kehendak dan permintaan ayah?”
“Memanglah tak ada. Tapi tindakan kamu kali ni manalah ayah nak jangka.”
 “Selagi Rie ni anak ayah, ayah kena percaya pada Rie.”
“Baiklah! Ayah cuba percayakan Rie. Tapi... jika Rie cuba permainkan ayah, tahulah macam mana ayah nak buat,” ugut Tan Sri Sharman.
 “Ayah nak buat apa?”
“Hehehe...! Rahsia!”
“Ayah ni... mana aci!” Shahrul Hairi merajuk lagi.
“Mana? Mana aci? Dia ada kat sebelah ayah atau sebelah Rie?” gurau Tan Sri Sharman. Shahrul Hairi sudah ketawa. Ayahnya ada sahaja idea hendak menyakat.
 “Ingat! Tunjukkan menantu ayah dengan segera jika tidak mahu berkahwin dengan pilihan kami,” gertak Tan Sri Sharman.

 “Baik! Rie setuju dengan cadangan ayah.” Shahrul Hairi yakin dia mampu menewaskan permainan yang diciptakan oleh ayah dan ibunya. 

1 comment: