Assalamualaikum....

Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....

Sekiranya terdapat kebersamaan dalam penulisan, itu berlaku di luar bidang kuasa. Idea yang datang secara spontan diluahkan mengikut cetusan rasa.

Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!

Pastikan anda semua menunaikan solat terlebih dahulu sekiranya waktu solat sudah masuk ya...

Sayang anda semua. Muah... Muah...

Followers

Tinggal Link Blog Korang

Tuesday 4 March 2014

SAYANG AWAK CINTA AWAK BAB 16

Bab  16


SHAHRUL HAIRI membawa Salmiha Haini ke Mid Valley. Dia ingin mencari pakaian buat isterinya. Maklumlah pakaian Salmiha Haini yang ada di rumahnya agak terhad. Dia juga ingin meluangkan masa untuk isterinya. Apa gunanya dia sebagai suami sekiranya tidak tahu memuaskan hati dan perasaan isterinya. Apa gunanya dia bergelar suami andai tidak mampu membuatkan isterinya berasa bahagia dan gembira. Walaupun Salmiha Haini berkahwin dengannya bukan atas dasar cinta, tetapi dia akan pastikan yang Salmiha Haini akan jatuh cinta terhadapnya. Dan Salmiha Haini tidak akan berasa kesal kerana memilih dia sebagai suami.
Honey tunggu sini ya, abang nak pergi W.C.
Berapa kali dia ni nak pergi tandas? Sakit perut ke?
“Tadikan kat pejabat Pak Lang, abang dah pergi tandas?” Salmiha Haini menyuarakan ketidakpuasan hatinya.
“Tadi tu urusan lain. Ini urusan lain pulak,” jelas Shahrul Hairi dengan sengihan. “Jangan bimbang abang pergi tak lama,” usik Shahrul Hairi bersama kenyitan nakal. Sebelum berlalu, kucupan ringkas hinggap di bibir Salmiha Haini.
“Huh... merenyam sungguh!” Omel Salmiha Haini bengang.
Shahrul Hairi yang baru hendak melangkah, memusingkan badannya lalu menghadap Salmiha Haini.
Honey kata apa tadi? Abang merenyam?” Sengaja Shahrul Hairi jungkitkan keningnya. “Abang merenyam dengan honey aje.” Pipi Salmiha Haini diusapnya.
Salmiha Haini menepis lembut dan menjegilkan biji matanya tanda geram.
Shahrul Hairi tertawa geli hati melihat aksi Salmiha Haini. Walaupun sedang marah, kecantikannya tetap terserlah.
“Abang bukannya merenyam, tapi jiwa abang penuh dengan kasih sayang. Dan abang cuba salurkan kasih sayang abang itu ke dalam diri honey,” tambah Shahrul Hairi bersahaja.
Eee.... gatal la abang ni!” Marah Salmiha Haini. Perasaan malu membelit dirinya kini. Selamba aje Shahrul Hairi menuturkan kata-kata sebegitu dan mencium dirinya. Sudahlah ramai orang yang lalu-lalang memandang aksi mereka. Jangan-jangan suaminya ni jenis kasanova tahap dewa.
“Aaa... aaa... aaa...” Jari telunjuk Shahrul Hairi bergoyang beberapa kali. “Salah tu! Abang bukannya gatal, tetapi abanglah lelaki yang paling kaya dengan sifat kasih sayang. Dan kalau honey nak tahu... abang ni sangat-sangat romantik. Abang yakin honey tak akan menyesal menjadi suri dalam hidup abang,” ujar Shahrul Hairi. Dengan selambanya dia mengucup jemari Salmiha Haini.
Salmiha Haini cuba menarik jemarinya namun tidak berjaya. Terlalu kemas Shahrul Hairi menggenggamnya. Malu sungguh dirinya bila babak ‘sayang-sayang’ suaminya menjadi tatapan umum.
“Abangkan dah janji tak akan sentuh Hani kalau Hani belum bersedia lagi.” Dia mengungkit kembali janji-janji Shahrul Hairi terhadapnya.
“Hesy... honey ni, kedekut betul la! Setakat cium, bukannya luak pun. Kucupan ni macam warm up je dulu. Ibarat enjin kereta, perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduan. Konsep sentuh di sini...”
Salmiha Haini segera menutup mulut suaminya. Dia seperti sudah tahu ayat yang selanjutnya.
“Hesy... sudah-sudahlah tunjuk jiwang karat dan aksi terlampau abang tu kat sini. Telinga ni dah tak larat nak tapis kata-kata berunsur lucah abang tu. Lagipun malulah. Tengok... semua orang dah pandang kat kita,” bisik Salmiha Haini. Walaupun suaranya perlahan tapi nadanya penuh ketegasan. “Dah... dah... tadi kata nak pergi tandas, kan?” Tubuh Shahrul Hairi ditolaknya.
“Okey... okey... abang pergi tandas dulu,” pujuk Shahrul Hairi. Namun langkah masih lagi dipaku. “Untuk pengetahuan honey... jiwang abang tak berkarat ya... tapi sentiasa bersinar dan berkilau,” balas Shahrul Hairi. “Dalam bilik bolehlahkan kalau abang nak buat aksi terlampau,” bisik Shahrul Hairi. Matanya dikenyitkan dan punggung isterinya ditepuk. Kemudian dia berlalu meninggalkan Salmiha Haini bersama tawa lepas.
Eee... tak senonoh sungguh perangai suami aku ni! Tak agak-agak langsung, gerutu Salmiha Haini. Geram dia melihatkan sikap lepas laku suaminya. Mendengar sesuatu dari dalam beg tangannya membuatkan kepanasan hati Salmiha Haini turun mendadak. Dia melihat angka yang tertera di skrin telefon bimbitnya. 07... Dia tahu itu panggilan dari negeri Johor. Mungkin Sofea bisik hati Salmiha Haini.
“Helo...!” Salmiha Haini memulakan bual bicaranya. Alunan suaranya juga lembut. Sejuk halwa telinga yang mendengarnya.
“Helo... ini Puan Salmiha Haini ke?” Suara di hujung talian bertanya lembut. “Saya Asmidar dari Persada Indah Holdings.”
“Ya! Saya Salmiha Haini,” bicara Salmiha Haini tenang. Pelik sungguh Salmiha Haini rasakan. Macam mana perempuan ni tahu dia dah kahwin? Atau dia aje yang terlebih perasan? Entah-entah memang begitu cara mereka menyapa seseorang tanda hormat. Tapi tak marah ke... bagi orang yang masih bergelar ‘cik’? Getus Salmiha Haini. Hesy... buat apa aku nak pening-peningkan kepala fikir masalah yang remeh-temeh ni?
“Ada apa ya?” Salmiha Haini menyambung perbualannya yang terhenti.
“Begini puan. Atas permintaan bos puan, puan diminta melapor diri pada awal September nanti. Tapi puan jangan bimbang. Puan tidak akan kehilangan jawatan puan dan gaji puan juga akan dimasukkan setiap bulan seperti biasa,”
Wah... ini sudah bagus! Tak kerja tapi gaji jalan! Wow... mak cik kaya! Mak cik kaya!
“Betul ya awak tak tipu? Nanti saya nak lapor diri awal September, mereka kata tempat saya dah digantikan dengan orang lain pulak!” Tanya Salmiha Haini bersama ketidakpastiannya.
“Puan jangan bimbang. Surat tawaran yang baharu kami akan e-mel dan pos kepada puan,” jelas Asmidar.
“Baiklah kalau begitu. Terima kasih banyak-banyak ya.” Salmiha Haini terus mematikan taliannya. Gembira sungguh hatinya. Ini bermakna dia ada masa berbulan-bulan lagi untuk berkepit dengan suaminya  Amboi... gatal juga kau ni ya, Salmiha Haini! Bibirnya mengukir senyuman mendengar bisikan hatinya. Bergelar isteri buat lelaki bernama Shahrul Hairi umpama pelangi selepas hujan. Indah dan berwarna-warni. Benar apa kata suaminya, dia tidak akan menyesal bergelar suri dalam hidup lelaki itu. Shahrul Hairi sentiasa tahu bagaimana hendak mengambil hatinya dan menggembirakan hidupnya. Tidak pernah sekalipun hatinya dilukai dan dirinya dikasari.


“CERIA WAJAH!” Tegur satu suara. Senyuman yang mekar di bibir gadis itu membuatkan hatinya makin tertarik dan terpikat.
Salmiha Haini menoleh.
“Eh... Abang Max! Buat apa di sini?” Salmiha Haini berbasa-basi.
“Cuci mata dan kempiskan poket!” Gurau Max. “Seorang je ke?”
“Taklah!” Jelas Salmiha Haini sepatah.
Mata Max melilau mencari seseorang.
“Datang dengan Hairi?”
Salmiha Haini mengangguk dan tersenyum.
“Mana dia?”
“Dia pergi water closet jap.”
“Jom kita tunggu dia dekat restoran tu, nanti abang call dia.” Max menunjukkan sebuah restoran yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
“Tak apalah. Lagipun kami dah makan tadi.” Salmiha Haini menolak. Dia tidak mahu suaminya tersalah sangka. Suaminya terlalu baik. Jadi dia tidak mahu mengecilkan hati suaminya.
“Di sini rupanya you!” Tegur satu suara manja. Matanya begitu tajam merenung Salmiha Haini.
Oitt...! Kau ingat aku takut dengan renungan tajam menikam kau tu? Malam sikit ya! Gerutu Salmiha Haini.
“Hai... saya Miha! Kekasih Abang Max ya?” Tanya Salmiha Haini bersama senyuman manis. Tangannya juga dihulurkan sebagai tanda persaudaraan atau mungkin lebih tepat lagi, perdamaian.
Melihat wajah gadis itu kembali kendur, Salmiha Haini berasa lega. Dia tidak mahu terlibat dalam kancah percintaan orang lain. Dia tidak mahu dituduh sebagai orang ketiga atau dianggap sebagai pencetus cinta tiga segi atau bersegi-segi. Dia sudah ada abang kacak yang baik hati dan budiman! Dia sayangkan abang kacaknya. Dia juga rasakan yang dia sudah cintakan lelaki itu.
Mona mengangguk dan tersenyum. Huluran tangan Salmiha Haini disambutnya.
“Mona.”
Max sudah gelabah dan bengang. Dia sangkakan Mona tidak akan mencarinya setelah memberi sejumlah wang untuk membeli-belah. Tapi sangkaannya meleset. Perempuan itu telah mengganggu perjalanan hidupnya. Dan perempuan itu juga sudah merosakkan semua program yang telah dirancangnya! Tentu Salmiha Haini tidak mahu mendekatinya lagi selepas ini.
“Hesy... belum sampai ke peringkat kekasih lagilah! Kami kawan je!” Max menyangkal.
Salmiha Haini dapat melihat wajah Mona kembali mendung. Tentu gadis itu berkecil hati. Tapi dia tidak boleh hendak menyalahkan mana-mana pihak. Mungkin Max hanya menganggap Mona sebagai kawan, tapi tidak bagi Mona. Mungkin sikap ambil berat dan kebaikan Max, sudah disalaherti oleh Mona. Kira macam dia jugalah! Shahrul Hairi buat baik sikit terus terpikat dan tergoda.
“Hai... Max! Buat apa kat sini? Shopping juga ke?” Tegur Shahrul Hairi ceria. Matanya juga sempat mengerling sekilas gadis di sebelah Max. Entah bilalah temannya itu hendak berubah? Setiap kali berjumpa mesti dengan perempuan yang lain pula.
“Aku temankan Mona shopping,” jelas Max nak tak nak. Hatinya benar-benar sebal dengan pertemuan ini. Aku harus belajar setia dari sekarang, bisik hati kecil Max. Dia berazam akan berubah demi memiliki sekeping hati gadis yang bernama Salmiha Haini. Dia akui yang dirinya sudah jatuh cinta dengan gadis itu.
“Eh... jomlah kita pergi minum dan sembang-sembang,” pelawa Shahrul Hairi. Dia masih punya masa sebelum pulang untuk berehat. Lagi pula dia yakin, kerjanya malam ini sedikit pun tidak akan terganggu dan berasa letih dengan adanya Salmiha Haini bersamanya. Gadis itu umpama generator yang mampu mengecas tenaga ke seluruh tubuh badannya dengan sekelip mata.
“Takpelah! Aku nak balik berehat. Malam ni kan kita nak fly,” tolak Max. Dia tidak mahu sikap mengada-ada Mona menyebabkan dia terlepas peluang hendak memikat Salmiha Haini.
“Okeylah kalau kau dah cakap macam tu.”
Salmiha Haini dan Shahrul Hairi melihat Max dan Mona yang semakin menjauh.
“Abang... siapa nama Max yang sebenarnya? Max tu kacukan ke? Tapi takde pulak nampak muka dia tu macam anak mat saleh.”
“Kenapa? Sebab nama dia pelik?” Shahrul Hairi bertanya sambil tersenyum.
Salmiha Haini angguk kepala. Alahai... abang! Janganlah senyum macam tu... cemburu tau kalau ada yang terpikat nanti, bisik hati Salmiha Haini nakal.
“Max tu nama glamour dia. Nama sebenar dia Maswan. Anak jati Muar.”
Salmiha Haini sudah bantai gelak. Langsung terlupa di mana mereka berada sekarang ini.
Shahrul Hairi geleng kepala melihat telatah isterinya. Dia juga pernah ketawakan Max suatu ketika dulu sebagaimana Salmiha Haini. Muncung Max ketika itu usah ceritalah.
Honey... tak baik ketawakan orang,” tegur Shahrul Hairi lembut. Sudah menjadi kewajiban bagi dirinya menegur sikap dan tingkah laku isterinya andai tidak betul atau boleh mengaibkan orang lain.
Salmiha Haini segera menutup mulutnya.
Sorry... sorry...” Namun tawanya masih kedengaran walaupun tidak sekuat tadi. Memang betul kata suaminya, tak baik tertawakan orang. Begitulah kalau dah sayang! Apa yang si dia cakap, semuanya kita rasakan betul sahaja.
“Mari abang bawa honey cari baju.” Shahrul Hairi menarik tangan Salmiha Haini supaya menurutinya.


MEREKA singgah dari satu butik ke satu butik. Sudah penuh tangan suaminya dengan barang miliknya. Bukan dia yang hendak membelinya, tetapi abang kacaknya yang bermurah hati. Emmm... tak nak panggil abang kacaklah! Nak panggil abang sayang pulak! Gumamnya bersama senyuman.
Salmiha Haini melangkah keluar ketika suaminya sedang membuat pembayaran. Dia tidak mahu berlama di dalam butik tersebut, nanti ada saja matanya yang berkenan dan tangan gatalnya yang menyambar pakaian di situ. Sebelum suaminya pokai, lebih baik dia keluar.
“Hoi!”
“Maaf cik, saya tak sengaja,” pohon Salmiha Haini. Sebenarnya bukan salah dia, perempuan tu jenis yang tak sabar dan menonong masuk.
“Buta ke?” Herdik suara itu.
Hesy... perempuan ni, mulut celopar sungguh! Tampar mulut tu karang! Gerutu Salmiha Haini. Pantang sungguh dia jika ada yang biadab bila dia dah minta maaf dan cakap elok-elok. Nak aje dia cakap macam ni... Lu apa hal minah?! Namun kerana ingin menjaga maruah suaminya, terpaksalah dia jadi gadis Melayu terakhir. Nasib baik gadis lagi!
“Ada sakit kat mana-mana tak?” Salmiha Haini membelek tubuh perempuan sombong itu. Kononnya terlebih prihatinlah. Padahal itu lakonannya semata-mata. Maklumlah dah ramai kakitangan dan pelanggan di butik itu yang mengerumuni mereka. Kalau tak... memang dia tinggalkan aje perempuan bongkak tu di situ. Bukannya ada jatuh atau apa pun. Sekadar tersentuh bahu. Itu pun tidaklah sesakit mana, sengaja mahu bikin gempak.
“Hei... tepilah!” Tepis perempuan itu. “Lain kali kalau berjalan pandang depan bukannya belakang,” tengking perempuan itu lagi.
Aku jalan tadi... tengok belakang ke? Rasanya tak?! Perempuan ni memang sengaja nak cari gaduh dengan aku! Gumam Salmiha Haini.
“Tapi... cik....” Salmiha Haini masih cuba berlembut.
“Apa hal ni Lina? Dari jauh lagi I dah dengar suara you!” Tegur satu suara. Malu sungguh dia mendengar jeritan suara perempuan yang baru dikenalinya itu. Ingin saja dia berlalu pergi tapi bila terpandang gadis yang pernah dia kenali sedang keresahan, dia batalkan niatnya.
Darlina tergamam. Dia baru teringat yang hari ini dia keluar dengan teman barunya. Ini semua gara-gara perempuan bodoh ni! Tukasnya dalam hati.
“Perempuan nilah, jalan tak hati-hati. Sakit tau dia langgar I.” Darlina mengadu sambil menggosok bahunya.
            “Ini Miha kan?” Tegur lelaki itu. Langsung tidak diendahkan aduan dan rengekan manja Darlina.
Salmiha Haini memandang wajah yang menegurnya. Berkerut-kerut dahinya cuba mengingati. Dan apabila dia teringatkan si dia... mulutnya terlopong. Memang berbeza sekali wajah yang berada di hadapannya. Bukan kategori ‘kacak juga’ tapi memang kacak walaupun tidak boleh menyaingi abang sayangnya. Ini kalau Sofea tengok... mahu meleleh air liur perempuan tu. Patutlah boleh bergandingan dengan awek cun lagi ‘seksa’ ni! Rupanya dia dah berubah seratus peratus.
“Ya... saya Miha,” ujar Salmiha Haini bersama senyuman terlebih manis. Sengaja dia nak bikin hati perempuan yang berada di sebelah Les panas dan membara.
“Tak sangka dapat jumpa Miha di sini. Dan Miha kelihatan lebih cantik dan jelita berbanding dulu,” puji Les ikhlas. Terlupa dia seketika tentang Darlina yang berada di sampingnya. Lagipun bukan dia yang mengajak perempuan tu keluar, tapi gadis itu yang memaksanya.
Salmiha Haini agak terkejut dengan pernyataan berani mati Les. Lelaki itu sudah jauh berubah. Tidak lagi pemalu seperti dulu. Mungkin kerana sudah berkerjaya dan penampilannya pun baharu, maka sikapnya juga turut berubah.
“Saya masih Miha yang dululah Les!” Ujar Salmiha Haini malu-malu. Malulah konon. Padahal dia nak ketawa dengan aksi malu-malu kucingnya. Gembira hatinya melihat wajah kekasih Les yang merah padam. Pasti perempuan itu sedang menahan hangat di dada. Padan muka kau! Sape suruh cari fasal dengan aku.
“Apa semua ni?” Jerkah Darlina. Matanya mengecil memandang Salmiha Haini. Sakit hatinya melihat sebabak drama di hadapannya. Segera dia memaut lengan Les. Bimbang jika gadis itu merampas Les dari tangannya.
“Kenalkan ini Miha, kawan baik I masa belajar dahulu. Dan Miha... ini pula Darlina. Jangan salah faham ya... Miha, Darlina ni cuma kawan saya aje,” terang Les tanpa rasa bersalah. Buat apa nak rasa bersalah. Darlina bukannya siapa-siapa dalam hidupnya. Segera dia merungkai tangan Darlina. Muak pula dia dengan kelakuan gadis itu yang tidak tahu malu. Namun tangan gadis itu begitu erat memaut lengannya.
Darlina memandang wajah Les dan Salmiha Haini dengan perasaan tidak puas hati. Tergamak Les memperkenalkan dia sebagai kawan sahaja. Apakah Les meminati gadis di hadapannya ini? Dia tidak akan benarkan sama sekali.
Salmiha Haini tersenyum sinis melihat perlakuan gadis bernama Darlina. Nampak sangat tidak ada keyakinan pada kemampuan diri sendiri. Ingatkan hebat seperti suara memetirnya tadi. Rupanya tak. Penakut! Dia ingat aku ni apa? Perampas hak orang ke? Sorrylah! Aku pun dah ada suami. Langsung tidak berminat nak rapat dengan mana-mana lelaki lagi.
Mata Salmiha Haini juga turut melihat betapa kemasnya pautan Darlina di lengan Les. Hinggakan wajah Les berubah. Mungkin rimas agaknya. Tak pun sakit. Bila Darlina melentok manja di bahu Les bersama jelingan tajam, mahu aje dia ketawa terguling-guling di atas lantai kalau tak fikirkan maruah diri dan suaminya. Kasihan dia melihat Darlina. Harap muka aje cantik tapi sikap entah apa-apa. Maaflah Darlina sengal oiii... Abang sayang I lagi hebat dari abang sayang you tau!
“Apa kecoh-kecoh ni honey?” Shahrul Hairi menghampiri isterinya.
“Hani terlanggar kawan Les ni tadi,” terang Salmiha Haini. “Abang... kenalkan, ini Les, kawan Hani masa dekat universiti. Dan ini kawan dia, Darlina. Les kenalkan, ini Shahrul Hairi.”
Les menyambut huluran tangan Shahrul Hairi. Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangannya lelaki yang bernama Shahrul Hairi dalam hidup Salmiha Haini. Gadis itu nampak manja dan mesra dengan lelaki itu. Adakah kekasihnya?
Darlina yang pada mula buat endah tak endah, mula memandang lelaki yang bernama Shahrul Hairi. Melihat senyuman sinis Shahrul Hairi, segera dia melepaskan tangan Les.
“Hei... Rie! You buat apa kat sini?” Tegur Darlina serba salah. Terkejut dia bila melihat wajah Shahrul Hairi di hadapan matanya. Habislah dia! Sudahlah Shahrul Hairi sukar untuk dipikat. Melihat perilakunya tentu lelaki itu semakin menjauh.
Shopping,” jelas Shahrul Hairi sambil menunjukkan beg-beg yang berada di tangannya. Segera dia merangkul pinggang Salmiha Haini walaupun agak sukar dengan beg yang memenuhi tangan.
Les memandang wajah Darlina dan Shahrul Hairi silih berganti. Adakah Shahrul Hairi ini bekas kekasih Darlina? Matanya juga turut mencerun ke arah tangan Shahrul Hairi yang melekap kemas di pinggang Salmiha Haini. Pasti mereka punya hubungan intim, bisik hati Les. Dia kenal siapa Salmiha Haini. Gadis itu bukan boleh disentuh sewenang-wenangnya.
Salmiha Haini turut tertanya-tanya apakah hubungan suaminya dengan gadis yang bernama Darlina ini. Dan bagaimana gadis itu boleh kenal akan suaminya. Adakah perempuan ini kekasih hati suaminya?
“Banyaknya!” Tanpa sedar Darlina menegur. Belum pernah lagi dilihatnya Shahrul Hairi menemani mana-mana perempuan membeli-belah. Agaknya inilah perempuan yang menjadi pilihan ibu dan ayah Shahrul Hairi? Melihat gadis yang berada di samping Shahrul Hairi ketika ini, hatinya menjadi tidak enak.
Salmiha Haini merenung wajah suaminya. Tajam sekali tenungannya.
Faham akan maksud renungan isterinya, Shahrul Hairi bersuara.
 “Honey... Darlina ni rakan sekerja abang,” terang Shahrul Hairi. Dia tidak mahu isterinya fikir yang bukan-bukan.
Salmiha Haini angguk kepala tanda mengerti. Mungkin benar apa yang suaminya katakan. Dan dia pula tak perlu pening-pening kepala untuk fikirkan siapa Darlina di sisi suaminya.
“Mari honey kita balik. Dah lewat dah ni!” Malas dia hendak menghadap muka Darlina lama-lama. Bimbang keluar ayat yang kurang sesuai daripada mulutnya pun ya! Bukan dia tak dengar suara Darlina yang memetir tadi. Ingin saja dia tangan-tangankan mulut perempuan itu kerana memarahi isterinya. Tapi dia bukannya lelaki dayus!
“Les... Miha balik dulu ya. Ada kesempatan kita jumpa lagi,” pamit Salmiha Haini.
Les mengangguk dan mengeluarkan sesuatu dari dompet kulitnya.
“Ini kad Les. Kalau ada masa, hubungi Les ya,” pinta Les dengan harapan yang menggunung tinggi biar pun sekadar sahabat. Sekurang-kurangnya persahabatan yang terjalin antara mereka tidak terputus begitu sahaja.
“Insya-ALLAH,” balas Salmiha Haini bersama senyuman. Dia dan Shahrul Hairi berlalu meninggalkan Les dan pasangannya.
Darlina menceber. Benci sungguh dia dengan perempuan yang bernama Salmiha Haini itu. Hatinya bertambah sakit bila mana Shahrul Hairi dengan mudah memeluk Salmiha Haini. Itu bukan Shahrul Hairi yang dia kenal selama ini. Lelaki itu sukar hendak rapat dengan mana-mana perempuan apatah lagi mempamerkan aksi mesranya.
Bagaimana perempuan hodoh itu dapat menakluki Shahrul Hairi? Sedangkan dia yang sekian lama memburu Shahrul Hairi pun masih gagal berbuat demikian. Akalnya langsung tidak dapat terima kenyataan itu. Dia benar-benar tidak boleh terima hakikat yang dirinya telah kalah dengan mudah. Dan kenapalah hari ini juga mesti dia bertembung dengan Shahrul Hairi? Jika tidak dia masih berpeluang mendekati lelaki kacak dan kaya itu.
Les hanya mampu memandang Salmiha Haini yang semakin menjauh bersama pasangannya. Berbahagialah Salmiha Haini dengan pasanganmu itu, doa Les tulus. Dia tahu Salmiha Haini memang tiada hati terhadapnya sejak lama dulu. Hanya dia ajr yang cuba memikat dan mendekati gadis itu.


10 comments: