Assalamualaikum....

Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....

Sekiranya terdapat kebersamaan dalam penulisan, itu berlaku di luar bidang kuasa. Idea yang datang secara spontan diluahkan mengikut cetusan rasa.

Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!

Pastikan anda semua menunaikan solat terlebih dahulu sekiranya waktu solat sudah masuk ya...

Sayang anda semua. Muah... Muah...

Followers

Tinggal Link Blog Korang

Tuesday 4 March 2014

SAYANG AWAK CINTA AWAK BAB 15

Bab  15


SHAHRUL HAIRI menarik nafas lega bila Max mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Huru-hara jadinya jika Max bermalam di rumahnya. Sudahlah dia tak pandai menyembunyikan perasaan cemburu. Mahu pecah tembelangnya nanti. Dia belum bersedia hendak membongkar statusnya buat masa ini. Lebih dia bimbangkan jika berita pernikahannya sampai ke telinga ibunya. Pasti ibunya akan mengamuk dan mengganggu gugat keharmonian rumah tangganya. Keadaan bertambah parah jika Aspalela turut sama bergabung dengan ibunya. Dia tidak mahu istana cinta yang baru dibinanya hancur lebur begitu sahaja.
Shahrul Hairi berbaring santai di atas katil. Dia menyelak satu-persatu helaian majalah kereta. Tiada apa yang menarik minatnya. Bunyi pintu terkuak, dia mengangkat kepala. Senyuman nakal mula menghiasi bibirnya. Tak sabar rasanya dia hendak melancarkan denda terhadap isterinya itu.
Melihat Shahrul Hairi hanya memakai boxer, Salmiha Haini tidak jadi hendak melangkah masuk ke bilik. Namun belum sempat dia menutup daun pintu, suara Shahrul Hairi sudah kedengaran.
You huu... nak ke mana tu? Mari sini picit badan abang.” Itulah denda yang Shahrul Hairi fikirkan sejak tadi. Hah... rasakan! Ada hati sangat nak melawan cakap suami.
“Kena urut ke?” Salmiha Haini bertanya seperti orang bodoh. Kepalanya digaru tanpa sebab.
“Yalah... urut! Atau honey nak kita buat benda lain? Abang on aje,” luah Shahrul Hairi bersama sengihan nakal. Kalau Salmiha Haini hendak bermanja dan bermesra dengannya, itu lagilah dia alu-alukan. Dengan rela hati lagi!
Hampir tercekik Salmiha Haini dengar ayat suaminya. Gatal!
“Hesy... mana ada! Kalau tak urut tak boleh ke? Ngantuklah!” Dalih Salmiha Haini. Dia berusaha hendak melepaskan diri. Tak sanggup rasanya hendak menyentuh kulit Shahrul Hairi walaupun hubungan mereka terang-terangan sudah halal.
“Ngantuk... tak... ngantuk! Urut abang sekarang!” Arah Shahrul Hairi tegas. “Tak akan urut abang jadi ngantuk? Tadi duduk sebelah Abang Max, segar-bugar je bijik mata tu!” Sindir Shahrul Hairi.
Ini macam kes nak balas dendam je sebab aku duduk sebelah Max tadi. Alahai... nak urut ke? Aku mana biasa pegang badan orang lelaki.
“Tak boleh ke kalau urut tak payah tanggal baju?”
“Mana ada orang berurut pakai baju! Tak pernah tengok orang berurut ke?” Perli Shahrul Hairi.
Mana mungkin tak pernah! Dia kan selalu urut nenek. Memang nenek hanya berkemban masa berurut. Tapi itu okeylah lagi sebab nenek tu perempuan. Tapi yang ni lelaki! Wahai... Puan Salmiha Haini ooii...! Yang minta diurut tu, suami kau. Orang yang patut kau taat dan patuh setiap arahannya. Salmiha Haini monolog dengan dirinya. Dengan kaki yang berat, dia menghampiri Shahrul Hairi. Terketar-ketar jemarinya ketika hendak mendarat di atas belakang badan suaminya.
Shahrul Hairi tersengih melihat kegelabahan isterinya. Mujurlah Salmiha Haini tidak terlihat sengihannya. Ini baru denda yang pertama honey. Buat hal lagi, akan ada denda kedua yang lebih dahsyat lagi, getus Shahrul Hairi.
“Urutlah kuat sikit! Ini macam tak makan sepuluh hari! Tak bertenaga langsung!” Rungut Shahrul Hairi. Sengaja dia ingin mendera perasaan isterinya. Lain kali jangan buat abang marah ya, honey sayang!
Salmiha Haini mendengus geram. Sesuka hati Shahrul Hairi je nak mengutuknya.
“Kalau nak urut sedap, pergilah cari tukang urut yang mahir. Saya manalah reti bab urut-mengurut ni,” rungut Salmiha Haini sambil jemarinya lincah mengurut belakang badan Shahrul Hairi.
Shahrul Hairi membiarkan sahaja rungutan Salmiha Haini berlalu pergi. Dia enggan memanjangkan perdebatan antara mereka. Sentuhan jemari runcing itu menghantar kelegaan pada tubuh badannya.
Bunyi telefon bimbit membuatkan Salmiha Haini tersentak. Lantas jemarinya secara langsung berhenti mengurut. Dia kenal akan bunyi nada dering tersebut. Wajahnya pucat serta-merta.
Melihat Salmiha Haini seperti teragak-agak hendak menjawabnya, Shahrul Hairi bingkas bangun. Melihat nama yang tertera, Shahrul Hairi menjeling isterinya. Tahulah dia kenapa wajah itu bertukar pucat tidak berdarah. Perkataan ‘Pak Lang’ yang tertera di skrin telefon bimbit itu bagaikan ‘sumpahan tujuh keturunan’ buat isterinya.
Honey cakap ya! Abang dah buat loudspeaker,” bisik Shahrul Hairi. Tubuh Salmiha Haini ditarik, kemudian didudukkan atas ribanya. Tangannya merangkul erat pinggang isterinya, menghantar kekuatan buat Salmiha Haini.
“Assalamualaikum Pak Lang.” Salmiha Haini bersuara takut-takut.
“Ada apa kau cari aku sampai ke rumah? Kau dah tak sabar nak cepatkan tarikhnya?” Suara itu bertanya dengan kasar sekali.
 “Bu... bukan macam tu Pak Lang.” Terketar-ketar suara Salmiha Haini menyangkal dakwaan bapa saudaranya.
“Habis tu kau nak suruh aku batalkan majlis tu? Begitu?” Tengking Pak Lang Yusofnya. “Kau jangan cuba cabar kesabaran aku.”
Kesiannya isteriku, desis Shahrul Hairi. Belakang Salmiha Haini diusap lembut. Dia mahu Salmiha Haini tahu bahawa dia sentiasa ada di sisi untuk melindungi.
Salmiha Haini pandang wajah suaminya. Air matanya bergenang. Dia mula merasa takut. Bimbang Pak Langnya lakukan sesuatu yang boleh memudaratkan dirinya.
Shahrul Hairi pantas menyeka air matanya isterinya. Tidak diizinkan air mata Salmiha Haini menitis kerana lelaki tidak berguna itu. Bibirnya melekap kemas di pipi Salmiha Haini. Mententeramkan!
“Sa... saya sebenarnya dah kahwin Pak Lang,” ujar Salmiha Haini walaupun gementar. Kehadiran Shahrul Hairi memberi sedikit semangat buatnya untuk bersuara.
Kedengaran tawa sinis Pak Lang Yusof.
“Lelaki bodoh mana yang sanggup terima perempuan murahan dan hina macam kau? Aku cuma nak tolong kau bodoh!” Pak Lang Yusof menghina. “Aku tahu kau berbohong dengan aku,” tekan Pak Lang Yusof lagi.
Terkejut Salmiha Haini mendengarnya. Dia perempuan hina dan murahan? Siapakah manusia yang sanggup menyebarkan kata-kata dusta dan menjatuhkan maruahnya ke tahap paling hina itu?
Shahrul Hairi turut terkejut mendengarnya. Matanya merenung tajam wajah Salmiha Haini. Adakah perempuan yang dia nikahi ini sudah menjadi ‘makanan’ lelaki lain?
“Pak Lang!” Jerit Salmiha Haini. “Saya tak sehina seperti mana yang Pak Lang fikirkan. Selagi Islam agama saya dan selagi saya mengucap dua kalimah syahadah, saya tak akan sekali-kali melakukan perbuatan terkutuk tu. Pak Lang tak boleh sewenang-wenangnya menghukum saya kalau Pak Lang tak tahu dan kenal siapa saya yang sebenarnya,” suara Salmiha Haini mulai meninggi. Dia benar-benar bengang dengan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya. Air matanya juga menitis semakin laju mendengar fitnah Pak Lang Yusof itu.
Shahrul Hairi mengeratkan pelukannya. Bahu isterinya diusap penuh kasih. Dia percayakan isterinya. Telefon bimbit yang masih melekap elok di telinga isterinya diambil.
“Assalamualaikum. Saya Shahrul Hairi, suami Salmiha Haini.” Shahrul Hairi memperkenalkan dirinya. Pabila tidak kedengaran suara Pak Lang Salmiha Haini, Shahrul Hairi meneruskan kata-katanya. “Sekiranya ada apa-apa perkara yang melibatkan isteri saya, pak cik harus merujuk kepada saya terlebih dahulu. Salmiha Haini sekarang ini, di bawah tanggungjawab saya.” Tenang sahaja Shahrul Hairi memberikan penjelasan.
“Kau orang ingat aku akan percaya dengan pakatan korang semua?” Senda Pak Lang Yusof. “Jangan anggap aku akan percaya dengan lakonan korang.”
“Kami tidak berlakon. Pak cik tentukan saja di mana kita boleh bertemu. Saya akan bawa bukti bersama,” tegas Shahrul Hairi.
“Baik! Esok aku mahu jumpa kau berdua dekat pejabat aku pukul sepuluh pagi.”
Belum sempat Shahrul Hairi memberikan persetujuannya, Pak Lang Yusof sudah pun memutuskan talian. Shahrul Hairi memandang telefon bimbit yang sudah sunyi sepi itu sebelum meletakkannya ke sisi. Angkuh gila orang tua ni! Kutuk Shahrul Hairi dalam hati.
Honey jangan bimbang. Abang sentiasa ada di belakang honey,” ujar Shahrul Hairi sambil mengucup dahi Salmiha Haini penuh kasih. Pelukannya juga dieratkan.
“Terima kasih abang. Terima kasih kerana sudi bantu Hani.” Salmiha Haini membalas pelukan Shahrul Hairi. Dia berasa sungguh selamat sekali. Terima kasih ALLAH kerana kirimkan aku seorang suami yang baik. Mungkinkah dia pemilik tulang rusuk itu?
“Tak ada hal lah honey. Sudah jadi tanggungjawab abang melindungi isteri abang ni.” Hidung Salmiha Haini dicuit lembut. “Jomlah kita tidur, abang nak cas tenaga. Manalah tahu esok Pak Lang honey bukak gelanggang gusti.” Shahrul Hairi bergurau bagi menceriakan isterinya.
Ketawa Salmiha Haini mendengar kata-kata suaminya.
Seperti semalam, lengan Shahrul Hairi menjadi alas tidurnya. Itu adalah permintaan Shahrul Hairi sendiri. Shahrul Hairi juga inginkan kucupan sayang sewaktu bangun dari tidur dan sebelum tidur. Bagi Salmiha Haini, itu tidak mendatangkan masalah buat dirinya bahkan dia suka dimanjakan seperti itu.
Honey tak takut ke kalau dia mengaum macam singa esok?” Shahrul Hairi bertanya dengan nada serius. Dia ingin lihat reaksi gadis kesayangannya itu. Selebihnya dia ingin mengusik dan bermanja dengan isterinya.
“Abang... jangan nak takut-takutkan Hani, ya! Lagipun apa gunanya ada suami yang berbadan sasa macam abang? Atau suami Hani ni sebenarnya yang penakut?” Usik Salmiha Haini. Rasanya dia sudah makin serasi dengan Shahrul Hairi.
“Eh! Mana ada abang penakut. Pandai aje honey mengata abang.” Shahrul Hairi menarik geram hidung Salmiha Haini.
“Abang sakitlah!” Salmiha Haini menepis tangan suaminya. “Jomlah kita tidur. Esok lambat pulak jumpa Pak Lang.”
“Nanti mengamuk pulak singa lapar tu,” tambah Shahrul Hairi.
Akhirnya bergema tawa mereka. Salmiha Haini berdoa agar semuanya baik-baik belaka esok hari. Sebelum ini bukan main berani lagi dia hendak bersemuka. Baru kena jerkah sikit, dah habis kecut segala isi perut. Mujur ada abang kacak.
SEPULUH PAGI Salmiha Haini dan Shahrul Hairi sudah berada di pejabat Pak Lang Yusof. Di tangan Shahrul Hairi terdapat gambar perkahwinan dan surat perakuan nikah mereka. Salmiha Haini dan Shahrul Hairi menghulurkan tangan untuk bersalaman. Namun huluran tangan mereka hanya dipandang sepi.
Shahrul Hairi memandang geram wajah Pak Lang isterinya. Macamlah mereka datang nak minta sedekah. Sombong yang amat. Ikutkan hati mudanya mahu aje dia membasuh otak lelaki tua itu. Tapi demi menjaga hati dan perasaan isteri kesayangannya, disabarkan jua hatinya.
Salmiha Haini menghela nafas. Segan sungguh dirinya dengan perlakuan biadab bapa saudaranya itu. Entah apa persepsi Shahrul Hairi terhadap bapa saudaranya itu.
“Mana buktinya? Aku nak tengok.” Pak Lang Yusof memandang dengan wajah garang.
Shahrul Hairi mengeluarkan album yang mengandungi gambar perkahwinan mereka dari beg sandangnya. Surat perakuan nikah mereka juga dihulurnya.
“Saya hanya boleh bagi surat perakuan nikah sementara kami dulu, sijil nikah belum dikeluarkan lagi,” terang Shahrul Hairi sambil merenung wajah Pak Lang Salmiha Haini. Dia sedikit pun tidak berasa gentar. Buatlah muka garang ke, muka bengis ke... dia sikit pun tak takut. Ada yang lebih berkuasa lagi dalam dunia ini.
Salmiha Haini hanya mendiamkan diri. Dia sendiri telah melantik Shahrul Hairi sebagai jurucakapnya. Selebihnya dia sudah terlalu letih melayani kerenah Pak Lang Yusof.
Rahang Pak Lang Yusof bergerak-gerak menahan marah. Dia memandang wajah-wajah di hadapannya dengan pandangan yang dingin. Pantang baginya jika ada yang berani melawan kehendaknya.
Salmiha Haini menggenggam erat jemari suaminya. Dia jadi takut melihat raut wajah bapa saudaranya itu. Lelaki itu kelihatan bengis sekali.
Shahrul Hairi membalas genggaman isterinya. Jemari itu diusap lembut sebelum dibawa ke bibir tanda memujuk.
“Kau berdua dah hancurkan impian aku. Kau berdua dah musnahkan hasrat aku untuk  meluaskan empayar perniagaan aku. Kau berdua dah ranapkan cita-cita aku.” Melengking suara Pak Lang Yusof di kamar kerjanya. Matanya juga sakit melihat aksi mesra pasangan suami isteri itu. Tindakan Salmiha Haini yang membelakangkan dirinya benar-benar buatnya naik angin.
Salmiha Haini menelan air liur berulang kali. Ngeri dia memikirkan apa yang akan berlaku sekiranya dia hadir seorang diri menemui Pak Lang Yusof. Pasti dirinya sudah di tangan-tangankan.
Shahrul Hairi tertawa sinis. Meluat dia melihat telatah bapa saudara isterinya itu.
“Jadi pak cik nak jual anak saudara pak cik semata-mata ingin penuhkan impian pak cik, begitu?” Shahrul Hairi sedikit berang. “Pak cik bagi tahu saja berapa jumlahnya dan saya akan bayar. Tapi ingat! Jangan sesekali pak cik berani sentuh isteri saya lagi.”
Pak Lang Yusof ketawa. Jengkel! Penampilan Shahrul Hairi dipandang atas bawah.
 Gelak Pak Lang Yusof sangat-sangat menyeramkan Salmiha Haini. Meremang bulu romanya. Hilai tawa Pak Lang Yusof tak ubah seperti orang gila.
            “Apa? Kau mampu ke penuhi impian aku, anak muda?” Tanya Pak Lang Yusof dengan lagaknya.
            Melotot Salmiha Haini memandang bapa saudaranya yang sombong itu. Mahu saja Salmiha Haini bagi penampar Jepun ke muka orang tua tak sedar diri itu.
“Demi isteri saya yang tercinta. Saya sanggup lakukan apa saja,” jelas Shahrul Hairi tenang. Senyuman juga tidak lekang di bibirnya.
Salmiha Haini pandang wajah Shahrul Hairi pula. Dia bagaikan tidak percaya dengan kata-kata yang baru terluncur dari mulut lelaki itu. Bukan sebab suaminya sanggup lakukan apa saja untuk dirinya. Tetapi perkataan ‘demi isteri tercinta!’ Apakah pendengarannya sudah rosak atau telinganya sedang tersumbat? Salmiha Haini mengorek telinganya dengan jari. Menyesal pulak dia tak mintak putik kapas atau pengorek telinga besi pagi tadi dekat Shahrul Hairi. Maklumlah dah seminggu tak korek telinga. Mesti penuh dengan emas dan intan berlian di dalamnya. Itu yang terdengar ayat merapu-rapu.
Honey buat apa tu?” Bisik Shahrul Hairi. Kelakar pulak dia melihat aksi isterinya. Agaknya Salmiha Haini tidak mempercayai ayat cintanya itu.
            “Haaaa...?” Alamak... kantoilah pulak! Dia perasan ke aku tengah korek lombong emas tadi? “Tak buat apa-apa! Telinga ni tiba-tiba terasa gatal,” bohong Salmiha Haini. Sekali-sekala bohong sunat takpe kut! Jangan berkali-kali sudahlah! Tapi... ada ke istilah bohong sunat ni? Hmmm... hentam ajelah.
            Shahrul Hairi tertawa kecil mendengar alasan isterinya. Nak cover malulah tu.
Cerlungan mata Pak Lang Yusof membuatkan Salmiha Haini diam kaku. Lagak gadis Melayu terakhir kembali beraksi dalam dirinya. Duduknya sopan dan tingkah lakunya juga tertib.
“Kalau aku minta satu juta, kau sanggup penuhi?” Tanya Pak Lang Yusof lagi. Dia tahu... lelaki yang mengaku sebagai suami anak saudaranya, tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu.
Shahrul Hairi terus membuka beg sandangnya. Dia mengeluarkan buku cek miliknya dan ingin mencatatkan nilai yang dikehendaki Pak Lang isterinya. Namun perbuatannya terhenti pabila ada tangan kecil lagi comel menghalangnya.
“Abang nak buat apa?” Bisik Salmiha Haini.
Shahrul Hairi renung wajah isterinya. Kurang mengerti dengan tindakan Salmiha Haini yang menghalangnya.
“Pak Lang... bagi kami masa lima minit. Kami nak berbincang!” Pinta Salmiha Haini. Lantas tangan Shahrul Hairi ditarik. Salmiha Haini mencari tempat yang agak tersorok untuk berbincang dengan suaminya.
“Dia tu dah gila! Yang abang ikut jadi gila macam dia buat apa? Tak perlu abang buat semua ni untuk Hani,” jelas Salmiha Haini.
“Abang hanya nak lepaskan honey dari cengkaman dia. Abang nak bebaskan honey dari terus menjadi mangsa kerakusan duniawinya.”
Salmiha Haini menarik nafas panjang mendengar ucapan suaminya.
“Abang... abang tak perlu nak keluarkan wang sebanyak itu semata-mata nak bebaskan Hani dari cengkaman Pak Lang. Apa yang abang buat semua ni tak berbaloi dan hanya merugikan abang. Abang simpanlah duit abang tu. Biar Hani fikirkan caranya nanti. Tak pun demi memuaskan kehendak Pak Lang...” Salmiha Haini berhenti bersuara dan merenung mata Shahrul Hairi dengan pandangan sayu. Mampukah dia melontarkan kata-kata itu.
Jantung Shahrul Hairi mula berdegup kencang. Dia bagaikan tahu ayat yang bakal keluar dari mulut comel isterinya itu. Lantas kepalanya digelengkan. Mulut isterinya ditekup lembut.
“Abang tak mahu dengar apa-apa,” tegas Shahrul Hairi. Dia menarik tangan Salmiha Haini dan mengajaknya beredar.
Salmiha Haini keras membatu. Dia sudah kembali dengan perangainya yang tidak mendengar cakap.
“Perbuatan abang hanya menguntungkan sebelah pihak aje. Abang dan Hani akan rugi tahu tak? Pak Lang Yusof tak akan puas dan tak pernah puas!” Jelas Salmiha Haini dengan mata berkaca.
“Syarikat ni sebenarnya milik arwah papa Hani. Tapi disebabkan nak hidup bebas dari cengkamannya, Hani sanggup lepaskan semuanya kepada dia. Lagi pula katanya, dia yang penat mengusahakan syarikat ini setelah papa meninggal.”
Bagaikan tidak percaya Shahrul Hairi mendengarnya. Kiranya Salmiha Haini bukan calang-calang orang juga. Syarikat Alam Maju memang terkenal dalam bidang hartanah. Lantas tubuh langsing Salmiha Haini ditarik ke dalam pelukannya. Dia akan lakukan apa saja, asalkan buah hatinya kembali hidup ceria.
“Abang...” Air mata Salmiha Haini sudah menitis. Perasaan cinta dan sayang terhadap Shahrul Hairi yang entah bila hadir, membuatkan Salmiha Haini dilanda sebak.
Shahrul Hairi memandang wajah kesayangannya. Air mata yang mengalir diseka lembut.
“Biarlah Hani dan Pak Lang saja yang rugi.” Salmiha Haini berkias. “Abang tak usah keluarkan satu sen pun duit abang. Hani tahu abang banyak duit, tapi abang gunalah duit tu untuk diri abang sendiri. Dan Hani rasa cukup sampai di sini saja pertolongan abang!”
Terhenti perlakuan Shahrul Hairi. Matanya merenung tajam anak mata Salmiha Haini.
“Aaa... apa maksud honey?” Tanya Shahrul Hairi bimbang. Janganlah apa yang berlegar di kepalanya bakal Salmiha Haini ucapkan.
“Abang boleh lepaskan Hani dan pergi jauh dari hidup Hani,” usai menuturkan kata-katanya, Salmiha Haini berlalu pergi. Dia akan membuat perhitungan dengan bapa saudaranya itu. Kini semangat juangnya melonjak tinggi. Dia akan berjuang habis-habisan untuk membebaskan dirinya. Biar apa pun yang bakal berlaku, dia akan kental harungi walaupun sendirian. Dia tidak mahu menyusahkan hidup Shahrul Hairi dengan menjebak lelaki itu dalam permasalahannya. Namun genggaman kejap Shahrul Hairi membuatkan langkahnya terhenti.
Shahrul Hairi menarik rapat tubuh Salmiha Haini ke dalam pelukannya. Bibir Salmiha Haini dikucup. Geram! Suka hati dia aje nak pinta perpisahan.
Tercungap-cungap Salmiha Haini saat bibirnya dilepaskan. Anak mata Shahrul Hairi direnung tepat. Terkejut dengan tindakan berani suaminya. Namun tiada rasa marah di hatinya.
“Abang berkahwin bukan untuk bercerai-berai dan abang juga berkahwin bukan kerana suka-suka. Tapi abang ikhlas memperisterikan honey kerana ALLAH. Abang ingin jadi imam buat honey dan anak-anak kita selagi nyawa abang belum terhenti. Jadi... jangan sekali-kali honey pinta sesuatu yang tak mampu untuk abang lakukan. Duit boleh dicari. Tapi isteri... agak susah untuk abang milikinya. Honey tahu bukan prinsip abang? Abang hanya berkahwin sekali sahaja dalam hidup abang!” Shahrul Hairi menyeka kembali air mata yang sedang mengalir. Dahi isterinya dikucup penuh kasih sebelum beralih ke ubun-ubun. Lama bibirnya mendarat di situ.
Bahagia Salmiha Haini mendengar pengakuan Shahrul Hairi. Lelaki bagaimana lagi yang ingin dicarinya? Mampukah dia menemui lelaki sebaik suaminya ini di luar sana? Dia berjanji akan terus kekal setia di samping Shahrul Hairi hingga ke akhir hayat. Dia juga tidak peduli siapa Shahrul Hairi sebelum ini dan milik siapa lelaki itu. Setelah Shahrul Hairi sah menjadi suaminya, lelaki itu hanya miliknya dan akan dipertahankan sampai bila-bila selagi dia tidak dilemparkan ke tepi. Lagi pula Shahrul Hairi telah memberitahunya yang dirinya masih kosong dan belum punya siapa-siapa dalam hidup. Dia hanya perlu pegang kata-kata suaminya itu. Dia yakin Shahrul Hairi tidak akan membohonginya.
“Dah jangan menangis! Abang akan lakukan apa saja untuk isteri abang ni. Lepas settle semuanya ni, kita pergi shopping. Malam nanti abang nak bawa honey pergi Korea. Honeymoon!” Usik Shahrul Hairi. Melihat mata bulat Salmiha Haini, dia ketawa. Pipi isterinya dikucup beberapa kali. Lega rasa hatinya bila tiada lagi lukisan sendu di wajah itu.
Wajah Shahrul Hairi ditolak lembut.
“Abang jangan nak menggatal kat sini boleh tak? Malu kalau ada pekerja Pak Lang yang nampak,” tegur Salmiha Haini.
Shahrul Hairi sekadar tersengih mendengar teguran isterinya. Nak malu buat apanya? Dah halal. Lainlah kalau mereka belum punya ikatan yang sah. Lagipun tadi, lebih dari pipi dia dapat.
“Abang kata apa tadi? Malam ni kita nak pergi Korea? Betul ke?” Melihat anggukan Shahrul Hairi, Salmiha Haini jadi gelisah.
“Kenapa muka pucat semacam aje ni? Jangan risaulah! Abang tak akan minta hak abang selagi honey belum bersedia. Abang saja je nak bawa isteri abang ni makan angin. Lagipun malam nanti abang akan fly ke Korea. Apa salahnya abang bawa isteri abang yang cantik ni sekali,” usik Shahrul Hairi. Hidung isterinya dicuit. Setelah beberapa hari bercuti semata-mata untuk urusan nikahnya, malam ini dia kembali bertugas. Dia akan membawa Salmiha Haini terbang bersamanya malam ini.
Salmiha Haini tersipu malu mendengar kata-kata Shahrul Hairi. Nampak sangat ke... kerisauan di wajahnya?
Shahrul Hairi menatap penuh kasih wajah isterinya. Mujurlah masih ada tempat kosong buat isterinya. Jika tidak... memang kena tinggal jugalah isterinya malam ini. Shahrul Hairi akan pastikan ke mana saja dia pergi, isterinya akan berada di sampingnya.
“Kita pergi tak lama... kan? Sebab minggu depan Hani dah mula kerja.”
Shahrul Hairi menepuk dahinya. Langsung dia tidak teringatkan perihal kerja isterinya.
“Abang ingatkan isteri abang ni fully housewife,” giat Shahrul Hairi. “Beritahu abang kat mana honey bekerja. Abang nak mintak mereka bagi cuti yang panjang buat isteri abang ni.”
Bulat mata Salmiha Haini mendengarnya.
“Hesy... abang ni! Abang ingat... syarikat tu abang yang punya ke? Lagipun Hani baru aje dapat kerja kat situ. Nanti tak fasal-fasal kena buang.” Salmiha Haini mula merajuk. Hilang seketika kisah Pak Langnya.
Mereka berdua ni sebenarnya tak tahu yang orang tua kat dalam bilik tu dah macam cacing kepanasan menunggu mereka.
Shahrul Hairi garu kepala melihat rajuk isterinya. Dia perlu lakukan sesuatu. Tapi apa dia? Dulu masa dia tetapkan tarikh untuk isterinya bekerja, dia tak tahu pun yang Salmiha Haini bakal menjadi suri hidupnya ‘sekilat’ ini. Perancangannya masa mereka bekerja sebumbung nanti barulah dia hendak mengayat isterinya itu. Tak sangka pula ALLAH sudah tetapkan jodohnya dan Salmiha Haini lebih awal. Apa pun dia bersyukur sangat-sangat kerana ALLAH makbulkan doa dan impiannya.
“Okey... okey! Minggu depan, abang akan hantar honey balik JB,” pujuk Shahrul Hairi. Hai... kuat merajuk sungguh sayang abang ni! Mujurlah bila merajuk tak mintak yang pelik-pelik. Buatnya minta belanja satu gedung membeli-belah mahu botak kepala. Tauke emas dan minyak pun boleh jatuh miskin kalau hari-hari kena pau.
Salmiha Haini tersenyum lebar mendengar kata-kata suaminya. 
Melihat senyuman manis yang menghiasi bibir Salmiha Haini, hati Shahrul Hairi pula berasa sayu kerana bakal berpisah dengan isterinya. Walaupun mereka belum boleh dianggap seperti belangkas, namun dia tidak betah andai isterinya tiada di sisi. Lantas dia teringatkan sesuatu. Lalu senyuman kecil menghiasi bibirnya.
Honey tunggu abang sekejap! Abang nak pergi restroom.”
Salmiha Haini sekadar angguk kepala.
Setelah menyerahkan cek bernilai satu juta, mereka meninggalkan Alam Maju. Sempat juga Shahrul Hairi meminta Pak Lang Yusof menyediakan surat hitam putih sebagai bukti yang Pak Lang Yusof tidak akan mengganggu lagi isterinya. Dia mahu isterinya hidup bebas dan gembira seperti orang lain.


13 comments:

  1. DD tak sabar nak apa yang Encih Sharul Hairi nak buat.
    Buku nak ada di pasaran ke?

    Kmas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar yg Kmas. Sedikit masa lg.
      Rasanya p2u dah buka oder tu.

      Delete
  2. Kak DD bestnya.
    Tak sabar nak peluk abam Sahrul Hairi n Salmiha Haini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Raihana.
      Tak lama lg blh peluk ya.

      Delete
  3. terima kasih baby mio...
    Blh pm akak kat fb tak?

    ReplyDelete
  4. Bestttt...
    Menarik kak DD

    ~Nin~

    ReplyDelete
  5. best sgt xsbr nk pluk cium baby terbru akak.hehhehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan.
      X lama lg dh blh peluk :)

      Delete