Assalamualaikum....

Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....

Sekiranya terdapat kebersamaan dalam penulisan, itu berlaku di luar bidang kuasa. Idea yang datang secara spontan diluahkan mengikut cetusan rasa.

Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!

Pastikan anda semua menunaikan solat terlebih dahulu sekiranya waktu solat sudah masuk ya...

Sayang anda semua. Muah... Muah...

Followers

Tinggal Link Blog Korang

Thursday 26 September 2013

TREASER TERAKHIR 'SI PENCURI HATI'

TEASER TERAKHIR 'SI PENCURI HATI'









“Bonda nak kamu putuskan hubungan kamu dengan Damia.Janda tu tak sesuai menjadi menantu di rumah ini,” tegas Tengku Faridah.

Tercengang Darwisy mendengar kata-kata bondanya.Dia memandang wajah bondanya dengan perasaan bercampur baur.Sebal sungguh hatinya mendengar cerita yang baru bondanya sampaikan.Damia janda? Bila masa pulak mereka berpisah?

Darwisy menyebak rambutnya berulang kali semata-mata hendak meredakan lahar kemarahannya yang sudah sampai ke kepala. Dahi di picit untuk menurunkan bara panas di hatinya.

Janda? Ulangnya kembali di dalam hati.Siapa yang memandai dan gatal mulut tuduh bini aku janda? Bila masa pulak aku ceraikan Damia? Aku kalau dapat orang yang suka buat fitnah, memang aku ganyang mulut dia dengan cili padi cukup-cukup, gerutuDarwisy.

“Lagi pun bonda dah ada calon yang sesuai untuk kamu,” ujar Tengku Faridah sambil melihat wajah anak lelakinya. Jelas ketara reaksi tegang dan marah di wajah itu.

Bulat mata Darwisy memandang wajah bondanya.

Kes yang pertama tak selesai lagi, ditambah pula dengan kemelut yang baru.Ini... perempuan bodoh mana pulak yang bonda nak kenenkan dengan aku ni? Aduhai... apa yang aku nak buat ni? Sayang tolong abang... Reez... Isya... tolong daddy! Aduh! Boleh mati muda kalau macam ni, getus Darwisy sambil mengusap lehernya.

Darwisy memandang kembali wajah bondanya.

“Darwisy tak setuju dan tak akan kahwin dengan pilihan bonda tu.” Namun ayat itu hanya bergema dalam hatinya sahaja.Dia enggan membuka mulut, bimbang jadi anak derhaka pula.

Melihat wajah tegang bondanya, dia mengalih pandangannya ke arah almari antic berwarna putih milik bondanya. Cantik juga  almari ni ya? Kenapa selama ini aku tak perasan kecantikannya? Darwisy... tak payahlah cuba tukar-tukar topik! Sejak bila kau jadi lelaki pengecut ni?



Apa yang akan berlaku? Perlu ke Darwisy berterus terang dengan Bondanya tentang hubungan dia dan Damia? Jangan lupa memilik novel 'SI PENCURI HATI' terbitan LOVENOVEL PUBLICTION untuk mengetahui kisah Darwisy...Damia...






 pstt...mai2 jumpa umi Dayana Darwisy bertempat di LOVENOVEL PUBLICTION pada 28/9/2013 pada hari SABTU mai pakat ramai-ramai turun kat sana.... jom heboh2 semoga ceria bak pelangi 



17 comments:

  1. Bestnya
    Tak sabar nak tahu endingnya mcm mana.
    Tahniah Kak DD...

    ReplyDelete
  2. bertahan Darwisy, jgn mudah melatah yerr..
    menarik dan tak sbar nak miliki SPH.

    ReplyDelete
  3. Esok sehari aje lg...
    SPH (Y)

    ReplyDelete
  4. Menarikk tapi takut nak tahu endingnya, bimbang bonda darwisy benar2 mahu pisahkan mrk.
    Darwisy tegas tau, tak mo goyah pendirian.

    K.L

    ReplyDelete
  5. Kak DD the best...
    Abg Darwisy ttp setia hingga hujung nyawa.
    Cantik ya abg Darwisy lemari antik tu keh... keh...

    ReplyDelete
  6. Semput bc part ni.
    jgnla Darwisy ikut kehendak bondanya...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Selesai jua pembacaan Si Pencuri Hati tepat jam 4.38 am. Semlman tak tidur, gara2 terleka dgn perjalanan rumah tangga Darwisy dan Damia.
    Kagum saya dengan karya Kak Dayana Darwisy. Semua rasa ada... geram, kelakar dah sedih.
    Karya ini bagi saya cukup rasanya, cukup indahnya, cukup memenuhi selera saya. Ada rasa kasih sayang, ada rasa kecintaan. Yg plg penting elemen kekeluargaan dan persababatan yg diketengahkan, amat menyentuh hati nurani. Sukar rasanya nak dpt sahabat yg sanggup menangis dan ketawa bersama-sama. Tahniah Kak DD. Karya akak memang terbaik.
    Anda di luar sana... saya tidak tahu... 5*/5*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis bc? Cptnya.
      Terima kasih p3 utk ulasan SPH, terharu akak bila p3 dah habis bc dan blh terima karya akak seadanya. Maaf jika karya akak tak sesempurna mana dan sehebat yang lain.

      Delete
  8. Tamat sudah penantian terhadap Si Pencuri Hati.
    Tahniah DD krn menghasilkan karya yg menarik.
    Senyum aja baca dr awal kisah hingga tamat walaupun ada part yg buat hati berdebar2.
    Karya anda mmg terbaikk...
    Tak rugi menanti selama.
    Teruskan menghasilkan karya sebagus ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Onah kerana dapat terima karya saya seadanya.
      Maaf jika SPH tidak sesempurna mana.

      Delete
  9. Kak DD sy memang suka karya kak DD . . Karya kak DD terbaikk . .

    ReplyDelete