Assalamualaikum....

Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....

Sekiranya terdapat kebersamaan dalam penulisan, itu berlaku di luar bidang kuasa. Idea yang datang secara spontan diluahkan mengikut cetusan rasa.

Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!

Pastikan anda semua menunaikan solat terlebih dahulu sekiranya waktu solat sudah masuk ya...

Sayang anda semua. Muah... Muah...

Followers

Tinggal Link Blog Korang

Wednesday, 11 September 2013

Teaser 1 SI Pencuri Hati



Teaser 1 

“Tak boleh nanti ada yang cemburu,” ujar Darwisy selamba.

“Aku tanya dia, yang kau sibuk menjawab bagi pihak dia tu kenapa?” Soal Benjamin Asyraf tidak puashati.Geram sungguh hatinya.Darwisy tu siapa yang hendak menyibuk?Macamlah Damia tu makwe dia. Dia panggil Damia ‘sayang’ tak mengapa pulak! Gerutu hati Benjamin Asyraf geram.


“Ehem... ehem...” Damia berdehem menghentikan pertikaman lidah yang berlaku.


Kedua-dua lelaki itu pantas memandang Damia.


“Memang benar apa yang Tengku Darwisy katakan.Tapi bukanlah kerana ada yang cemburu, cuma saya tidak selesa.Lagi pula jarang orang panggil saya dengan nama tu. Dan... saya pun tidak mahu mencipta kelainan,” jelas Damia tenang.


Buntang mata Darwisy memandang Damia.Dia mengetap bibirnya tanda menahan geram.Suka-suka dia aje panggil akuTengku Darwisy.Lepas tu siap cakap takde yang cemburu.Habis aku ni apa? Tunggul! Mustahil aku sebagai suaminya tidak cemburu.Normal lah kan kalau suami cemburu!


Damia memandang wajah Darwisy yang kelihatan tegang.Aku ada salah cakap ke?Aku bukannya panggil dia‘awak’.Tak akanlah dia marah aku panggil dia Tengku Darwisy?Habis tu aku nak panggil apa? Hisy... tak akan depan orang luar pun kena panggil abang juga?


“Baiklah saya panggil Damia sahaja.”Benjamin Asyraf dapat melihat riak tegang di wajah Darwisy.Seolah-olah ada menyimpan sebuah rahsia dalam diri lelaki itu.Mungkin Darwisy sudah tertarik dengan Damia, fikir Benjamin Asyraf.Tapi... the best man winlah, kan? Apa salahnya dia cuba memikat PA Darwisy itu?

22 comments:

  1. Lagi... tak cukup.
    Betul terbit hujung bln ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit2 Onah.
      Insya Allah hujung bulan ni.

      Delete
  2. Sambung... sambung...
    huhuhu... tak puas bc. ciput sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah akan ada teaser ke 2 nnt.
      sabar ya.

      Delete
  3. Sukanya Kak DD.
    Tak sbr dah nie. Lmbtnya hujung bln.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar p3. Tinggal beberapa hari aje lg.
      Terima kasih krn setia bersama.

      Delete
  4. Yeay ada teaser...
    Hilang rindu ckit.
    Nak lagik yaaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh2..
      tunggu ya. Akak akan masuk kan sikit demi sedikit hingga novel keluar.

      Delete
  5. sikitnya. Mana cukup. Blm smpt nak feeling dah habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak feeling, bc novel. Tak lama dah.

      Delete
  6. Makin tak sabar bila bc teaser ni.
    Teringat-ingat kat abang darwisy kita ni.
    Romantik tahap tak ingat dunia tu buat kita rindu.

    ReplyDelete
  7. Kak DD...
    Nak lagi. Miss u abe Darwisy.

    ReplyDelete
  8. Best la. Tapi sikit sgt.

    ReplyDelete
  9. Kak DD, tak sabar.
    Darwisy... rindunya!!!!

    ReplyDelete
  10. cepat la masa berjalan....xsabar nk baca citer ni....lama sungguh menunggu citer ni kuar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar... ada dua minggu aje lagi emyliana adlin.

      Delete