Assalamualaikum....

Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....

Sekiranya terdapat kebersamaan dalam penulisan, itu berlaku di luar bidang kuasa. Idea yang datang secara spontan diluahkan mengikut cetusan rasa.

Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!

Pastikan anda semua menunaikan solat terlebih dahulu sekiranya waktu solat sudah masuk ya...

Sayang anda semua. Muah... Muah...

Followers

Tinggal Link Blog Korang

Thursday 19 September 2013

Teaser 7 Si Pencuri Hati



Mata Jeslina memandang sekeliling.Rasa bersalah begitu menebal dalam dirinya kerana membuatkan rakannya itu bersedih.Buntang matanya saat melihat pasangan yang sedang menjamu selera tidak jauh dari tempat duduk mereka.Jarinya menguis lengan Damia sambil memuncungkan mulutnya.

“Apa?”Tanya Damia tidak faham.

“Cuba kau toleh ke sebelah sana.Kau kenal siapa mereka?Aku tengok mesra semacam aje.Macam orang tengah di lamun cinta,” komen Jeslina.

Damia menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Jeslina.Dia kenal lelaki itu.Damia memandang Darwisy dengan perasaan membara.Mana janji-janji dan sumpah setia Darwisy selama ini?Itulah lelaki! Mulut cakap lain, tapi buat lain. Dalam pada hati kecewa dan marah, matanya masih lagi enggan berganjak daripada memerhatikan mereka.Ingin sahaja dia menyerang pasangan itu.Kalaulah dia punya kuasa menghilangkan diri, tentu sudah habis pasangan itu di kerjakannya cukup-cukup.Mahu sahaja di patah-patahkan leher Darwisy danNatilia.Aksi mengada-ada Natilia membuatkan Damia tidak senang duduk.Ingin rasanya dia mencurahkan salad Tarbush ke atas kepala Natilia.Bila memikirkan maruah diri dan maruah keluarga mentuanya, Damia membatalkan hasratnya.

“Jom kita balik!”

“Tapi aku belum makan lagi.Kasihanlah kat aku,” rayuJeslina.

“Kau tapau ajelah.Aku dah tak ada mood nak makan.”

“Yalah... yalah...!” Menyesal pula dia memberitahu Damia.Janganlah hendaknya rumahtangga sahabatnya itu berantakan.

16 comments:

  1. Lama tunggu baru ada.
    Adeh, tak nak mai konflik.
    Mrk gaduh ke nanti?
    Mcm mana depa blh berbaik pulakkk????

    Liss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ya Liss , sibuk dan ada masalah sikit
      Nak tahu apa yg berlaku nntkan bukunya

      Delete
  2. Tembak juga budak si Natilia ni. Heh!
    Benci la dgn dia nihhh...

    ReplyDelete
  3. hohoho...
    dah ada watak pengacau.
    Menarik nieee..

    ReplyDelete
  4. Kak DD..
    Nak SPH ya.
    Geram dgn bdk gedik ni..

    ReplyDelete
  5. Alah, knp Darwisy makan dgn Natilia.
    Kata tak suka kat pompuan tu?
    Apa dah jd ni?

    ReplyDelete
  6. berdebar nak bc keseluruhan cerita ni.
    Mcm byk konflik yg melanda.
    Tp tetap nak beli gak.
    Karya dayana (CIM) tak mengecewakan. Hrp2 yg ni pun sama.

    Kak Anim

    ReplyDelete
  7. Damia dah cemburu.
    Apa yg akan jd nnt.
    Ada pulak pengacau.
    Yg ni tak ada dlm blog kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cemburu tandanya sayang...
      tak ada... special teaser.

      Delete