“Bonda nak kamu putuskan
hubungan kamu dengan Damia.Janda tu tak sesuai menjadi menantu di rumah ini,”
tegas Tengku Faridah.
Tercengang Darwisy
mendengar kata-kata bondanya.Dia memandang wajah bondanya dengan perasaan bercampur
baur.Sebal sungguh hatinya mendengar cerita yang baru bondanya sampaikan.Damia janda?
Bila masa pulak mereka berpisah?
Darwisy menyebak
rambutnya berulang kali semata-mata hendak meredakan lahar kemarahannya yang
sudah sampai ke kepala. Dahi di picit untuk menurunkan bara panas di hatinya.
Janda? Ulangnya kembali
di dalam hati.Siapa yang memandai dan gatal mulut tuduh bini aku janda? Bila masa
pulak aku ceraikan Damia? Aku kalau dapat orang yang suka buat fitnah, memang aku
ganyang mulut dia dengan cili padi cukup-cukup, gerutuDarwisy.
“Lagi pun bonda
dah ada calon yang sesuai untuk kamu,” ujar Tengku Faridah sambil melihat wajah
anak lelakinya. Jelas ketara reaksi tegang dan marah di wajah itu.
Bulat mata Darwisy
memandang wajah bondanya.
Kes yang pertama
tak selesai lagi, ditambah pula dengan kemelut yang baru.Ini... perempuan bodoh
mana pulak yang bonda nak kenenkan dengan aku ni? Aduhai... apa yang aku nak buat
ni? Sayang tolong abang... Reez... Isya... tolong daddy! Aduh! Boleh mati muda kalau
macam ni, getus Darwisy sambil mengusap lehernya.
Darwisy memandang
kembali wajah bondanya.
“Darwisy tak setuju
dan tak akan kahwin dengan pilihan bonda tu.” Namun ayat itu hanya bergema dalam
hatinya sahaja.Dia enggan membuka mulut, bimbang jadi anak derhaka pula.
Melihat wajah tegang
bondanya, dia mengalih pandangannya ke arah almari antic berwarna putih milik bondanya.
Cantik juga almari ni ya? Kenapa selama ini
aku tak perasan kecantikannya? Darwisy... tak payahlah cuba tukar-tukar topik!
Sejak bila kau jadi lelaki pengecut ni?
Apa yang akan berlaku? Perlu ke Darwisy berterus terang dengan Bondanya tentang hubungan dia dan Damia? Jangan lupa memilik novel 'SI PENCURI HATI' terbitan LOVENOVEL PUBLICTION untuk mengetahui kisah Darwisy...Damia...
pstt...mai2 jumpa umi Dayana Darwisy bertempat di LOVENOVEL PUBLICTION pada 28/9/2013 pada hari SABTU mai pakat ramai-ramai turun kat sana.... jom heboh2 semoga ceria bak pelangi
Bestnya
ReplyDeleteTak sabar nak tahu endingnya mcm mana.
Tahniah Kak DD...
Terima kasih Raihana.
DeleteDah dpt blh bc.
bertahan Darwisy, jgn mudah melatah yerr..
ReplyDeletemenarik dan tak sbar nak miliki SPH.
Latah tak p3?
DeleteEsok sehari aje lg...
ReplyDeleteSPH (Y)
hehehe...
Deletepasti kini dah miliki SPH kan?
Menarikk tapi takut nak tahu endingnya, bimbang bonda darwisy benar2 mahu pisahkan mrk.
ReplyDeleteDarwisy tegas tau, tak mo goyah pendirian.
K.L
Baca novelnya pasti tahu apa yg berlaku K.L
DeleteKak DD the best...
ReplyDeleteAbg Darwisy ttp setia hingga hujung nyawa.
Cantik ya abg Darwisy lemari antik tu keh... keh...
hehehe...
Deletecantik kut Athirah
Semput bc part ni.
ReplyDeletejgnla Darwisy ikut kehendak bondanya...
Jgn semput onah. Bertahan hingga dpt novel.
DeleteAlhamdulillah. Selesai jua pembacaan Si Pencuri Hati tepat jam 4.38 am. Semlman tak tidur, gara2 terleka dgn perjalanan rumah tangga Darwisy dan Damia.
ReplyDeleteKagum saya dengan karya Kak Dayana Darwisy. Semua rasa ada... geram, kelakar dah sedih.
Karya ini bagi saya cukup rasanya, cukup indahnya, cukup memenuhi selera saya. Ada rasa kasih sayang, ada rasa kecintaan. Yg plg penting elemen kekeluargaan dan persababatan yg diketengahkan, amat menyentuh hati nurani. Sukar rasanya nak dpt sahabat yg sanggup menangis dan ketawa bersama-sama. Tahniah Kak DD. Karya akak memang terbaik.
Anda di luar sana... saya tidak tahu... 5*/5*
Dah habis bc? Cptnya.
DeleteTerima kasih p3 utk ulasan SPH, terharu akak bila p3 dah habis bc dan blh terima karya akak seadanya. Maaf jika karya akak tak sesempurna mana dan sehebat yang lain.
Tamat sudah penantian terhadap Si Pencuri Hati.
ReplyDeleteTahniah DD krn menghasilkan karya yg menarik.
Senyum aja baca dr awal kisah hingga tamat walaupun ada part yg buat hati berdebar2.
Karya anda mmg terbaikk...
Tak rugi menanti selama.
Teruskan menghasilkan karya sebagus ini...
Terima kasih Onah kerana dapat terima karya saya seadanya.
DeleteMaaf jika SPH tidak sesempurna mana.
Kak DD sy memang suka karya kak DD . . Karya kak DD terbaikk . .
ReplyDelete