Rindu... kenapa perlu ada rindu jika hadirnya hanya membawa duka?
Sayang... kenapa perlu ada rasa sayang jika kasih yang diberi dibalas dengan tuba?
Sayang Damia – Gadis cantik manis yang melalui kehidupan yang sukar setelah kematian bapanya. Hidup bersama seorang ibu yang gemar mengatur hidup dan jodohnya membuatkan Damia memberontak keras. Dia membawa diri ke rumah bapa saudaranya di Mersing demi mencari sebuah ketenangan.
Namun ketenangan yang dicari akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri. Pertemuan yang tidak sampai empat puluh lapan jam dengan Tengku Darwisy Firhad telah merantai mereka dengan ikatan suami isteri. Damia terpaksa menerima lelaki itu sebagai seorang suami dengan perasaan yang kosong, tidak ada walau sekelumit rasa cinta.
Benarlah kata orang, hati manusia begitu mudah berubah. Dari perasaan benci yang melangit, ia berganti pula dengan perasaan sayang yang mendalam. Hati Damia telah dicuri oleh lelaki yang baru dikenalinya itu. Cinta ini benar-benar nyata pada perasaannya.
Namun perpisahan yang kononnya hanya untuk sementara telah mengubah jalan takdir hidup mereka berdua. Cinta di hati Damia berkecai musnah sehingga dia tekad kembali ke United Kingdom tanpa pengetahuan suaminya. Dia mahu lari sejauh mungkin dari lelaki bernama Darwisy.
Entah di mana hikmahnya, kepulangan Damia dua tahun kemudian telah menemukan dirinya dengan Darwisy sekali lagi. Lelaki itu masih bergelar seorang suami, dan dia masih membawa gelaran seorang isteri biarpun hakikat itu cuba disembunyikan.
Namun hati yang pernah terbelai indah kadangkala menuntut rasa cinta itu untuk kembali dalam hidupnya. Damia keliru di persimpangan. Perlukah dia kembali kepada lelaki yang telah menduakannya? Relakah dia hidup bermadu tatkala hati begitu jerih menanggung rasa? Dan mampukah kehebatan cinta seorang lelaki bernama Darwisy kekal sehingga ke akhirnya?
Seperti biasa saya suka mengingatkan...
Jangan mengharapkan yang lebih ya... Kerana saya bukan penulis yang baik, bagus dan hebat. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan gali untuk mendalami dunia penulisan.
Harap semua kesayangan saya dapat terima karya saya ini seadanya. Jika terdapat sebarang kesilapan dan kelemahan di dalamnya, mohon maaf banyak-banyak. Sesungguhnya saya ini hanya manusia biasa.
Sebarang komen drpd kesayangan saya, akan saya terima dengan hati yang terbuka. Semoga dengan maklum balas yang diberi mampu mengubah hasil nukilan saya di masa akan datang.
Sayang anda semua.
JIKA BERMINAT BLHLAH MEMBUAT TEMPAHAN DI LOVE NOVEL PUBLICATION
Cun covernya kak DD.
ReplyDeletetahniah.
Terima kasih p3
DeleteTahniah kak DD.
ReplyDeleteTomei cover.
Terima kasih Raihana ^___^
DeleteTAHNIAH KAK.
ReplyDeleteTerima kasih baby mio *____^
Deleteyeaa...
ReplyDeleteDah ada cover. cute je.
Minat dgn rama2 tu. Warna-warni. berseri.
terima kasih ^___^
DeleteTahniah Kak DD utk baby no2 ni.
ReplyDeleteSemoga akak akan terus berjaya dlm bidang ini
Terima kasih Athirah atas doa dan sokongan.
DeleteTerharu ...
Berapa rege?
ReplyDeleteNak oder mcm mana?
Harga RM 24.
DeleteBlh oder dgn Lovenovel Publication.
Kita nak juga.
ReplyDeleteNak beli dgn akak mcm mana?
Blh...
Deletennt pergi ke grup Bingkisan Hati Setulus Kasih di FB
Tahniah DD!!!
ReplyDeleteDh lama tggu cte ni d terbitkan...akhirnya...:-)
Terima kasih atas sokongan emyliana adlin ^___^
DeleteBile tarikh publish kak...
ReplyDeletex sabar nk baca
n klau tempah dpt bile ye
Tarikh publish 28hb ni..
DeleteKalau nak cepat smpi, oder dgn Lovenovel Publication terus...
blh PM Alida Jusoh atau Kemboja Puteh di Facebook.