Assalamualaikum....

Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....

Sekiranya terdapat kebersamaan dalam penulisan, itu berlaku di luar bidang kuasa. Idea yang datang secara spontan diluahkan mengikut cetusan rasa.

Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!

Pastikan anda semua menunaikan solat terlebih dahulu sekiranya waktu solat sudah masuk ya...

Sayang anda semua. Muah... Muah...

Followers

Tinggal Link Blog Korang

Monday 16 September 2013

TEASER 6 'SI PENCURI HATI'



TEASER 6 'SI PENCURI HATI'







“Argh...” Natilia menjerit.

“Maaf... maaf, saya tak sengaja,” ujar Danish bila dia tanpa sengaja tertumpahkan air di atas kepala Natilia.

Natilia memandang Danish dengan perasaan marah.Habis pakaian mewahnya basah akibat tumpahan air kiwi itu.

“Auw... sakitnya!”Jerit Natilia sekuat hatinya bila terasa perit kulitnya terkena kuah panas.

“Maaf... sengaja langgar!”Ujar Darwisy tidak bersalah.“Sakit ke?”Soal Darwisy bersama senyuman sinis dan renungan tajam.“Itu baru sedikit!Jangan berani-berani sentuh atau sakiti perempuan yang aku sayang,” bisik Darwisy ketelinga Natilia.Nadanya berbaur ugutan dan amaran.

“Nasib baik tak tertumpah kuah kari yang tengah menggelegak. Jika kalau itu berlaku... tentu kau terpaksa dikejarkan ke hospital,” beritahu Darwisy selamba sambil ketawa.Dia nampak bagaimana Natilia menghampiri isterinya dan dengan sengaja menumpahkan air ke baju Damia.Dia apalagi! Pantang sungguh bagi dia bila melihat perangai Natilia yang gedik dan banyak songeh itu.

Danish dan Darwisy saling berpandangan.Kemudian mereka mengangguk.

“Eh... eh... eh...!!!”Darwisy dan Danish tertolak Natilia ke dalam kolam renang.Lantai yang licin akibat  tumpahan  kuah kari menyebabkan mereka gagal mengimbangi badan.

“Sorry...!!!”Darwisy tersenyum mengejek.

Danish pula mengang kati bujarinya .Dendamnya pada Natilia tidak akan pernah padam.


 

P/S: Apa Dendam Danish? Nak Tahu Jawapannya Nantikan SPH Tidak Lama Lagi Akan Ke Versi Cetak Terbitan LNP....


18 comments:

  1. Ganas betul dua beradik ni.
    Apapun Natilia, wajar diajar. Jahatttt...

    ReplyDelete
  2. Ngee tergelak bila bc gelagat dua beradik ni. Sehati sejiwa.

    ReplyDelete
  3. sukanya dgn sikap protective Darwisy.
    Ini baru betul2 sayangkan isterin

    ReplyDelete
  4. hati dah tak sabar.
    Geram dgn Natilia.
    Syabas darwisy. Inilah hero pujaan hati kita.


    liss.

    ReplyDelete
  5. Hahaha...
    padan muka dgn Natilia.
    Mesti dia ni pengacau hubungan Damia dan Darwisy.

    ReplyDelete
  6. Natilia ni mmg menyakitkan hati.
    Tak baik buat Damia mcm tu. Taulah awak jeles kat Damia sbb rapat dgn abg Darwisy

    ReplyDelete
  7. hohoho...
    garangnya muka abang hero.
    Marah kut bila Natilia serang wife kesayangan dia tanpa sebab.
    Mengancam renungan abang hero.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...
      garangkan.
      Dia marah org kacau wife dia

      Delete
  8. Kenapa pendek.
    Semlm molek dah pjg.
    Tak puas baca Dayana.

    ReplyDelete