Assalamualaikum....

Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....

Sekiranya terdapat kebersamaan dalam penulisan, itu berlaku di luar bidang kuasa. Idea yang datang secara spontan diluahkan mengikut cetusan rasa.

Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!

Pastikan anda semua menunaikan solat terlebih dahulu sekiranya waktu solat sudah masuk ya...

Sayang anda semua. Muah... Muah...

Followers

Tinggal Link Blog Korang

Sunday 15 September 2013

Teaser 5 Si Pencuri Hati



DARWISY menuju ke pejabatnya dengan riak cemberut. Jambangan bunga di tangan Damia, menyemarakkan lagi api cemburunya. Senyuman manis yang menghiasi bibir mongel itu menyentap tangkai hatinya. Sudahlah cerekarama Damia dengan seorang lelaki di Starhill belum menemukan penyelesaiannya. Kini timbul pula cerita baru. Hati suami mana yang tidak membengkak? Geram!!!

“Masuk bilik abang sekarang,” arah Darwisy sambil menekan butang interkomnya.

Terpinga-pinga Damia mendengar suara dingin Darwisy. Sepatutnya dia yang perlu berasa marah kerana Darwisy memungkiri janji. Ini terbalik pulak! Hampir satu pagi dia menunggu kepulangan lelaki itu tetapi bayang pun tak nampak. Ini mesti bergaduh dengan bini muda hingga aku menjadi mangsa, gerutu Damia. Damia meletakkan kedua-dua jari telunjuknya ke tepi bibir dan menolaknya ke atas. Dia perlu tersenyum bila berhadapan dengan Darwisy nanti. Damia masuk bersama sebuah buku di tangan.

“Ada apa abang?” Damia memaniskan wajahnya umpama gula enau.

“Semalam lepas abang hantar ke rumah Jes, sayang pergi mana?”

Laaa... ingatkan panggil masuk tadi nak suruh buat kerja! Rupanya nak buat siasatan. Kuat mengadu sungguh perempuan yang bernama Nurul ni! Entah apalah yang diceritakannya tentang aku, gumam Damia. Dia berdehem dan membetulkan letak pinggulnya.

“Semalam sayang keluar dengan Reqza. Ingatkan nak telefon abang tapi bateri telefon pula kong!” Damia beralasan.

Huh! Alasan cabuk. Macam takde telefon awam nak guna.

“Kenapa tak guna public phone hubungi abang?”

“Sorrylah... sayang tak hafal nombor abang.”

Ada saja alasan dia ni, gerutu Darwisy geram.

“Siapa Reqza?” Soal Darwisy dengan nada berbaur cemburu.

“Teman baik sayang masa di UK dan papa angkat si kembar.”

Huh! Suka hati lelaki itu aje nak jadi bapa angkat anak-anak aku. Jangan-jangan lepas ini, umi budak-budak tu pulak yang akan diangkat oleh lelaki bernama Reqza itu. Ini tak boleh jadi ni!

Damia melihat wajah Darwisy sudah bertukar merah. Dia marah ke aku keluar dengan Reqza? Tak akan cemburu kut?

“Dia juga kekasih Jeslina.” Damia kembali menyambung kata-katanya. Dia tidak mahu Darwisy salah faham akan dirinya. Lagi pula Reqza bukan sesiapa di hatinya.

Ayat terakhir yang keluar dari ulas bibir Damia menyejukkan kamar hati Darwisy. Mungkin bonda dan Nadira tidak perasan keberadaan Jeslina semalam, fikir Darwisy. Lepas satu beban di kepalanya.

“Jambangan bunga tadi daripada siapa?”

Banyaknya soalan! Bila nak start buat kerja ni? Namun pertanyaan suaminya tidak mampu dipandang remeh.

“Benjamin Asyraf.”

“Benji?” Tanya Darwisy seakan tidak percaya mendengar nama yang baru terpacul dari mulut Damia. Segera dia mengambil bunga itu di bilik Damia. Kad ucapan yang terdapat di bunga tersebut dibacanya... Wajahnya kembali menegang. Panas hatinya membaca luahan cinta Benjamin Asyraf itu.

Sejak terpandang wajah Damia, hati ini sering merindu. Adakah ini namanya cinta? Seandainya ini adalah cinta, Benji berasa amat bertuah sekali sekiranya Damia sudi membalas salam percintaan ini.
Yang ingin bersamamu,

Benjamin Asyraf.

20 comments:

  1. Hahaha... Darwisy jeles seyy.
    Senyum je masa Darwisy asyik jeles. Good Job sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Atilia.
      Darwisy walaupun kuat cemburu tp sayangnya byk...

      Delete
  2. Garang gak abe Dar kita ni.
    Suka2. Tak puas bc. Benjamin ni org ke3 ke?
    nyibuk jek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tahu siapa Benjamin, kena tunggu versi cetak.

      Delete
  3. susah dpt isteri cantik. ada saje yg nak berkenalan.
    Mana lebih romantik ya Darwisy atau Mikhail. Tak sabar nak gali watak kedua2 lelaki ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa ya yg romantik?
      Darwisy atau Mikhail...
      dua2 sama2 kut. :)

      Delete
  4. ngee... geram lak dg Darwisy ni.
    Lg....
    best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, esok akan ada teaser yg ke 6.
      Sabar ya.

      Delete
  5. tertarik dgn SPH.
    Dah bc bekali2 tp x puas. cukup ramuan.
    x sbr nak tunggu terbit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih krn sukakn SPH.
      Sedikit masa lg akan berada di pasaran.

      Delete
  6. Pandai DD perangkap kami ya.
    Sengaja buat hati makin tak sabar nak tunggu SPH keluar.
    Bc n3 ni buat hati rasa nak sgt2 hujung bulan tu esok.
    Best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...
      tak perangkap pun Onah.
      sabar. dah tak lama dah hujung bln...

      Delete
  7. Oh my darwisy...
    Cukup hencem u ni.
    Kak DD nak lagi... smbg okeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hencem ya Athirah?
      Insya Allah esok akan ada lagi teaser seterusnya.

      Delete
  8. Hohoho...
    suka bila ada teaser lg. Kali ini pjg.
    bestlah.
    Benjamin... jiwangnya. Wife org tu.

    ReplyDelete
  9. Rs mcm lmbt lak SPH nie kuar....huhuhu....

    ReplyDelete
  10. X sbr nak tunggu teaser utk esok.
    Hari ni best, semlm dan kelmarin, kelmarin pun best.
    Agaknya buku dia pun best.
    Tahniah Kak Dayana. CIM pun best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih krn meminati SPH.
      Terima kasih juga krn dpt terima CIM seadanya.
      Karya akak, karya biasa2 aje.

      Delete