“Bonda nak kamu putuskan
hubungan kamu dengan Damia.Janda tu tak sesuai menjadi menantu di rumah ini,”
tegas Tengku Faridah.
Tercengang Darwisy
mendengar kata-kata bondanya.Dia memandang wajah bondanya dengan perasaan bercampur
baur.Sebal sungguh hatinya mendengar cerita yang baru bondanya sampaikan.Damia janda?
Bila masa pulak mereka berpisah?
Darwisy menyebak
rambutnya berulang kali semata-mata hendak meredakan lahar kemarahannya yang
sudah sampai ke kepala. Dahi di picit untuk menurunkan bara panas di hatinya.
Janda? Ulangnya kembali
di dalam hati.Siapa yang memandai dan gatal mulut tuduh bini aku janda? Bila masa
pulak aku ceraikan Damia? Aku kalau dapat orang yang suka buat fitnah, memang aku
ganyang mulut dia dengan cili padi cukup-cukup, gerutuDarwisy.
“Lagi pun bonda
dah ada calon yang sesuai untuk kamu,” ujar Tengku Faridah sambil melihat wajah
anak lelakinya. Jelas ketara reaksi tegang dan marah di wajah itu.
Bulat mata Darwisy
memandang wajah bondanya.
Kes yang pertama
tak selesai lagi, ditambah pula dengan kemelut yang baru.Ini... perempuan bodoh
mana pulak yang bonda nak kenenkan dengan aku ni? Aduhai... apa yang aku nak buat
ni? Sayang tolong abang... Reez... Isya... tolong daddy! Aduh! Boleh mati muda kalau
macam ni, getus Darwisy sambil mengusap lehernya.
Darwisy memandang
kembali wajah bondanya.
“Darwisy tak setuju
dan tak akan kahwin dengan pilihan bonda tu.” Namun ayat itu hanya bergema dalam
hatinya sahaja.Dia enggan membuka mulut, bimbang jadi anak derhaka pula.
Melihat wajah tegang
bondanya, dia mengalih pandangannya ke arah almari antic berwarna putih milik bondanya.
Cantik juga almari ni ya? Kenapa selama ini
aku tak perasan kecantikannya? Darwisy... tak payahlah cuba tukar-tukar topik!
Sejak bila kau jadi lelaki pengecut ni?
Apa yang akan berlaku? Perlu ke Darwisy berterus terang dengan Bondanya tentang hubungan dia dan Damia? Jangan lupa memilik novel 'SI PENCURI HATI' terbitan LOVENOVEL PUBLICTION untuk mengetahui kisah Darwisy...Damia...
pstt...mai2 jumpa umi Dayana Darwisy bertempat di LOVENOVEL PUBLICTION pada 28/9/2013 pada hari SABTU mai pakat ramai-ramai turun kat sana.... jom heboh2 semoga ceria bak pelangi