Bab
6
SOFEA
memandang wajah Salmiha Haini yang baru duduk di hadapannya. Melihat wajah
ceria temannya, hatinya berlagu riang. Kasihan dia melihat sahabat baiknya itu.
Tak sudah-sudah menerima tekanan. Pasti ada sesuatu yang menggembirakan hati
temannya itu. Jika tidak masakan wajahnya bersinar terang bak bulan mengambang
penuh. Bercahaya gitu!
“Macam
mana temu duga hari ini? Okey ke KO?” Sofea bertanya sambil menyuap anak
jagaannya makan.
“Okey!
Dan tersangat okey,” luah Salmiha Haini penuh perasaan. Pipi Huda yang berada
di atas pangkuan Sofea dicuit. Tersengih anak kecil itu.
“Maknanya
dah dapat kerjalah ni?”
“Yup! Awal bulan depan aku dah start kerja.”
Alhamdulillah,
lafaz Sofea dalam hatinya. Patutlah Salmiha Haini begitu gembira sekarang ini.
“Maknanya
tak lama lagilah.”
Salmiha
Haini senyum dan angguk.
“Nampak
gayanya begitulah,” ulas Salmiha Haini ceria. Tidak betah rasanya dia
menyusahkan Sofea terlalu lama. Walaupun dia tahu temannya itu tidak berkira,
tetapi dia tidak suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.
Sofea
menghentikan suapan ke dalam mulut Huda pabila semangkuk bubur untuknya telah
habis. Bibir si kecil yang sedikit comot itu dilap dengan tuala lembap dan
bersih. Setelah itu disua air putih.
“Berapa orang
yang temu duga
kau?”
“Sorang je!”
“Sorang
je ke? Bukan ke biasanya ramai?”
Salmiha
Haini angkat bahunya.
“Macam
mana? Okey tak orang yang temu duga kau tadi?” Tanya Sofea tidak sabar.
“Okey je. Tapi aku peliklah. Kenapalah orang yang bakal aku rapat mesti
seperti Les? Maksud aku, rakan satu tempat kerja.” Laju sahaja dia memberi
penjelasan. Bimbang jika Sofea tersalah tafsir.
“Dulu
Les berkaca mata tebal masa kat U. Dan tadi, penemu duga tu. Aku kan tak minat
dengan orang pakai cermin mata ni. Dahlah nanti kami kerja satu bumbung. Mahu
termuntah aku hari-hari lihat dia. Letih dibuatnya!” Komen Salmiha Haini.
Sofea
ketawa mendengar celoteh Salmiha Haini. Huda diserahnya kepada Wani. Sekejap
lagi pasti si kecil akan terlena. Maklumlah perut sudah kenyang.
“Jangan-jangan
sudah tertulis di lohmahfuz jodoh kau dengan lelaki berkaca mata, tak?” Giat
Sofea.
“Eee... tak naklah aku! Minta selisih!”
Sofea
menggeleng kepala.
“Miha!
Orang tua-tua kata, yang kita tak nak tu... lah, yang jadi milik kita,” usik
Sofea lagi. Dia sudah mengekek ketawa.
Salmiha
Haini mencekak pinggang.
“Fea...
kau janganlah takut-takutkan aku macam ni!” Rajuk Salmiha Haini. Geram pula dia
melihat gelak tawa sahabatnya itu.
“Aha...
tak tahu!” Sakat Sofea. Suka dia melihat wajah cemberut Salmiha Haini.
“Kau ni...!” Salmiha Haini sudah naik angin.
Bibirnya diketap. “Dahlah aku nak pergi berehat kejap. Malas layan kau.”
Salmiha Haini menuju ke bilik solat untuk merehatkan dirinya. Malas dia hendak
melayan kerenah nakal Sofea. Buat sakit jiwa dan raga aje.
Otak
Salmiha Haini tiba-tiba memproses peristiwa yang berlaku sepanjang dia berada
di bangunan Persada Indah Holdings. Bibirnya tanpa sedar mengukir senyuman.
Macam-macam perkara pelik yang berlaku sepanjang hari ini.
SALMIHA HAINI
menoleh bila terdengar tombol pintu dipulas. Dia baru sahaja usai menunaikan
solat Zohor. Dengan pantas dia menyidai telekung yang digunakannya.
“Miha
ada orang nak jumpa.”
“Siapa
Wani?” Berkerut dahinya.
“Encik
Imran Ajmal.”
Imran
Ajmal? Apa yang lelaki tu nak? Rasanya mereka tidak pernah berjanji hendak
berjumpa atau nak keluar hari ini.
“Dia
nak apa Wani?”
“Entah?”
Jawab Wani bersama jongketan di bahu.
Salmiha
Haini menyarung tudung ke kepala. Dengan langkah malas dia menemui Imran Ajmal.
Kedengaran suara Sofea dan Imran Ajmal sedang berbual. Lelaki itu kelihatan
formal sekali. Mungkin dari pejabat.
“Assalamualaikum...,”
sapa Salmiha Haini.
“Waalaikumussalam,”
jawab Sofea dan juga Imran Ajmal.
Sofea
menepuk lembut bahu Salmiha Haini dan tersenyum seperti perempuan sihir sebelum
beredar meninggalkan temannya itu.
Memang
nak kena luku Si Sofea ni, gumam Salmiha Haini geram. Sakit hati dan matanya
melihat senyuman terlebih gula Sofea itu tadi. Apalah yang dibualkan oleh Si
Sofea dan Imran Ajmal hingga mampu menerbitkan senyuman yang menyeramkan.
Imran
Ajmal seperti biasa, murah dengan senyumannya.
Rimas
Salmiha Haini melihat senyuman yang ala-ala buaya tembaga itu. Kakinya bagaikan
ringan saja hendak memberi tendangan maut ke perut Si Imran Ajmal. Pelik aje
perangai mereka berdua ni. Ada apa-apa yang dia tidak tahu ke?
“Jom
kita pergi lunch,” ajak Si Imran
Ajmal.
“Haa...?”
Tidak percaya Salmiha Haini mendengarnya. “Sanggup datang ke sini semata-mata
nak ajak lunch?” Tanya Salmiha Haini
pinta kepastian. Jauh juga antara bandar JB dan Taman Dahlia. Buat tabiat ke
apa? Mana perginya stok buah hatinya?
“Kenapa?
Tak suka ke?”
“Bukan
tak suka. Saya baru sahaja balik dari interview.
Belum hilang penat lagi.” Salmiha Haini mencipta alasan.
“Interview? Kat mana?” Imran Ajmal bertanya
dengan nada terkejut.
“Persada
Indah Holdings.”
Mendengar
nama Persada Indah Holdings, Imran Ajmal mengeluh. Kurang senang! Anak pemilik
syarikat tersebut adalah musuh tradisinya. Mereka sentiasa bersaing dalam semua
aspek sejak dibangku sekolah. Cuma lelaki itu tidak sehebatnya dalam merebut
hati wanita.
“Kenapa
tak bagi tahu Im nak kerja. Kat ofis pun ada jawatan kosong.” Imran Ajmal
menyuarakan rasa tidak puas hati.
“Habis
tu kenapa Im tak bagi tahu awal-awal kat syarikat Im ada kerja kosong? Kalau
tak, tak payah Miha susah payah cari kerja,” seloroh Salmiha Haini.
“Habis
tu Miha tak tanya. Ingatkan datang sini, saja-saja bercuti.”
Salmiha
Haini memandang riak tidak senang di wajah Imran Ajmal. Tapi kenapa? Malas dia
mahu memikirkannya.
“Masih
ada lagi ke jawatan tu?” Salmiha Haini sekadar bertanya. Lebih kepada berbaur
usikan. Walau ada sekalipun, dia sekali-kali tidak akan menerimanya. TAKUT!!!
“Betul
berminat? Kalau nak, sekarang ni juga kita pergi ofis,” ujar Imran Ajmal
teruja. Wajah Salmiha Haini direnung penuh minat.
Salmiha
Haini pantas menggeleng.
“Saja
tanya. Lagipun dah tak boleh dah, sebab tadi dah sign offer letter.”
“Itulah!
Buat apa-apa tak reti nak bertanya.” Kedengaran suara Imran Ajmal sedikit
merungut. Mungkin terkilan kerana tidak dapat bekerja sebumbung dengan Salmiha
Haini.
Kita
pulak yang disalahkannya! Macamlah
syarikat bapa dia akan bankrupt kalau
aku tak bekerja di situ! Omel Salmiha Haini. Perut Salmiha Haini tiba-tiba
mengeluarkan bunyi. Alahai... perut! Time
ni jugaklah kau nak berbunyi.
Mujurlah Imran Ajmal tak ketawa. Mahu dia menyorok bawah katil.
“Marilah
kita pergi makan. Im dah lapar ni,” Imran Ajmal beralasan. Padahal semasa
mendengar bunyi keroncong dari perut Salmiha Haini, dia sudah hendak ketawa
tapi ditahan jua. Tak fasal-fasal Salmiha Haini merajuk nanti. Dia juga yang
susah. Lagi pula dia enggan memanjangkan bab temu duga itu lagi. Langsung tidak
mendatangkan manfaat buatnya.
Salmiha
Haini mengangguk tanda setuju. Kalau dia berkeras menolak pun, belum tentu akan
menang. Jadi ada baiknya dia beralah.
“Sekejap.
Saya ambil beg.”
Imran
Ajmal mula bergerak meninggalkan Nur Kasih sebaik sahaja Salmiha Haini masuk ke
dalam perut RX 350 miliknya.
“Miha
nak makan kat mana? Sekitar sini atau JB?”
Salmiha
Haini menoleh seketika sebelum memandang kembali ke hadapan.
“Sini-sini
jelah. Nanti penat pulak Im nak patah balik.”
“Tak
penatlah. Bukannya jauh sangat. Ikut Permas Jaya cepat aje sampai,” terang
Imran Ajmal. Yalah... hati dah tertawan dengan si gadis jelita, suruh redah
lautan api pun sanggup.
Tadi
dia tanya kita, tapi tak ikut juga cadangan kita, omel Salmiha Haini.
“Kita
makan kat Restoran Pinang nak? Nasi ayam penyet dia best!” Pelawa Imran Ajmal.
Baik
tak payah tanya nak makan kat mana sebab akhirnya keputusan tetap juga di
tangan dia, gerutu Salmiha Haini.
“Tak
kisahlah kat mana-mana. Lagipun saya mana mahir tempat-tempat kat sini.”
Imran
Ajmal hanya tersenyum mendengar kata-kata Salmiha Haini. Gadis itu benar-benar
punya daya pesona tersendiri. Ibunya juga turut tertarik dengan sikap peramah
Salmiha Haini. Malahan berhajat ingin melamar Salmiha Haini untuk dirinya jika
dia setuju. Malangnya dia belum bersedia mengakhiri zaman bujangnya lagi.
Lagu
Sofea Jane nyanyian Black di corong radio Suria FM menarik minat Salmiha Haini.
Tersenyum lebar dia bila teringatkan Sofea...
“Eh...
kau tahu tak apa tajuk lagu ni?”
“Sofea
Jane. Kenapa?”
“Dekat-dekat
dengan nama aku kan? Kalau Muaz yang nyanyi, lagi best!”
Ah...
sudah mak cik ni! Tak akan ditimpa perasaan? Nasib baik nama dia Sofea
Jamaluddin dan bukannya Sofea Jane. Kalau tidak... mesti perasan giler perempuan ni kerana sangkakan Si
Black nyanyikan lagu tu untuk dia. Teruklah Si Muaz lepas ni, mesti dipaksanya
pak cik tu nyanyikan lagu Sofea Jane setiap malam. Memang parah otak kawannya
itu. Itu salah satu kenangan manis zaman belajar.
“Ada
yang melucukan ke?” Tanya Imran Ajmal bila melihat dari tadi lagi Salmiha Haini
asyik tersenyum. Menggoda sekali senyuman itu di matanya.
“Aah...! Ingat lagu ni, ingatkan Fea. Dia
suka sangat dengan lagu Sofea Jane.”
“Mesti
kawan baik Miha tu perasan, kononnya lagu ini dituliskan khas untuk dia.”
“Eh...
macam mana Im tahu?” Tertawa Salmiha Haini mendengarnya.
“Im
kenal dia sejak kecil. Bolehlah tahu sikit-sikit tentang perangai dia.”
“Apa
lagi perangai pelik Sofea?”
“Dia
tu...?” Imran Ajmal ketawa sebelum meneruskan kata-katanya. “Dia suka bergaya
dan suka bersolek. Waktu kecil dia berangan nak jadi peragawati tapi
mustahillah kan... sebab dia tu kemetot.”
Akhirnya
mereka ketawa. Kelakar juga orang yang bernama Imran Ajmal ni. Salmiha Haini
rasakan dia boleh berkawan baik dengan Imran Ajmal. Lelaki itu tidak sombong
dan bangga diri walaupun memiliki jawatan yang tinggi dan datang dari keluarga
yang kaya raya. Cuma satu sahaja sikap lelaki itu yang kurang senang di
hatinya, terlalu banyak koleksi teman wanita. Dia bimbang akan jadi mangsa
cemburu buta jika terlalu kerap keluar bersama Imran Ajmal. Lebih baik dia
beringat sebelum terkena. Bak kata orang, cegah sebelum dia cedera parah akibat
diserang.
SALMIHA HAINI
sendirian malam ini. Sofea pulang ke rumah keluarganya di Bandar Seri Alam.
Sofea ada mengajaknya, tetapi dia enggan. Hari ini dia benar-benar keletihan.
Bukan dekat rupanya tempat Imran Ajmal ajak dia makan. Naik panas punggungnya
duduk dalam kereta. Dengan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas lagi. Memang
dia akan fikir beratus kali selepas ini jika Imran Ajmal mengajaknya keluar
makan lagi.
Salmiha
Haini memeluk erat satu-satunya ‘permata’ berharga miliknya. Itu pun hak milik
arwah Mak Lang pada mulanya. Merayu bagai nak rak, barulah arwah Mak Lang
bersetuju menyerahkannya. Album yang mengandungi gambar arwah mama dan papanya
ketika hari persandingan hinggalah sebulan sebelum mama dan papanya dijemput
Ilahi, dijaganya dengan baik. Tidak pernah puas dia menatap dan mengucup potret
dambaan hatinya dunia dan akhirat itu.
Sinar
bahagia jelas terpancar di wajah papa dan mama sewaktu memangku dirinya ketika
berusia satu hari. Kucupan sayang di dahi mama, cukup menggambarkan betapa gembiranya
papa menyambut kelahirannya ke dunia. Kasih sayang papa dan mama tidak pernah
kurang dan luak walaupun sedikit, sehinggalah mereka pergi dari alam fana ini.
Sambil
mendengar lagu Sepasang Kurung Biru, album kesayangannya ditatap. Mungkin ada
yang mengatakan dia gila sebab belum raya lagi, lagu itu sudah pun dia dengari.
Tapi itulah lagu kegemarannya. Dia sanggup download
lagu tersebut dalam telefon bimbit dan MP3.
Gambar
mereka sekeluarga semasa hari raya dikucup lama. Itulah gambar terakhir mereka
sebelum tragedi menyayat hati berlaku. Salmiha Haini, mama dan papanya akan
berpakaian sedondon setiap kali menjelang raya. Hingga kini... baju terakhir
yang mereka pakai semasa hari raya, berada dalam simpanannya. Mujur juga baju
tersebut tertinggal di rumah neneknya. Jika tidak... tiada lagi kenangan
untuknya.
Tidak
lama lagi detik itu akan kembali. Mampukah dia melewatinya? Mampukah dia
mengharunginya tanpa deraian air mata? Rasanya tidak! Air matanya terlalu
murah. Bukan sahaja ketika hari raya, bahkan saban malam dia akan menangis bila
berada dalam ‘pelukan’ kurung nan biru itu.
“Mama...
papa...,” rintih Salmiha Haini.
Nostalgia
lampau menggamit memorinya...
“Adik
bangun sayang,” kejut mama dan papanya.
Salmiha
Haini mencelikkan mata dan tersenyum. Hatinya berbunga riang bila wajah pertama
yang berada di hadapan matanya adalah wajah mama dan papanya. Seperti biasa
menjelang hari raya mereka akan bangun awal untuk mandi sunat Aidil Fitri.
Tahun
lepas dia sekeluarga berpakaian serba ungu. Tahun ini dia belum tahu lagi
kerana selepas mandi baru dia berkesempatan melihatnya. Itulah syarat mama dan
papanya setiap tahun. Melihat baju yang baru keluar dari almari pakaian milik
mama dan papa, dia melonjak keriangan. Baju itu sangat-sangat cantik.
“Adik
suka?” Tanya papa. Adik adalah panggilan manja buat dirinya.
Mama
tersenyum manis.
“Suka!
Cantik sangat! Terima kasih papa. Terima kasih mama. Sayang mama dan papa,”
ujar Salmiha Haini ceria. Lantas pipi mama dan papanya dikucup dengan penuh
kasih sayang.
“Dah!
Pakai baju ni cepat. Nanti nenek bising kalau lambat,” arah papa.
Nenek
memang suka berleter tapi hatinya baik. Dia juga merupakan cucu kesayangan
nenek.
“Baik
papa.”
“Jaga
baju ni elok-elok ya,” pinta papa sambil menggosok kepalanya.
“Jangan
bagi comot tau. Lepas ni, adik susah dah nak dapat baju cantik macam ni,” pesan
mama pula.
“Okey!
Adik akan pakai baju ni dengan cermat,” ujar Salmiha Haini bersungguh-sungguh.
“Tahun depan kita pakai baju warna hijau pulak
ya.” Mama dan papanya hanya tersenyum sambil mengangguk. Dia terus memeluk
tubuh papa dan mamanya tanda gembira bila impiannya bakal dipenuhi.
Sejak
pulang dari kampung, Salmiha Haini dilayan bagaikan puteri oleh mama dan
papanya. Mereka bagaikan berebut hendak menyuapnya makan atau melakukan apa sahaja
untuknya. Tidur malam pun diajak bersama. Dia hanya menuruti dengan hati yang
gembira.
Sewaktu
dia memberitahu ingin mengikuti perkhemahan Persatuan Puteri Islam di sekolah,
papa dan mama kelihatan sayu sekali. Berulang kali mereka memujuk agar dia membatalkan
hasratnya. Desakan kawan-kawan, membuatkan dia mengabaikan permintaan orang
tuanya.
Sebelum
dia bertolak ke sekolah. Berkali-kali wajahnya dikucup. Dapat dilihat air mata
yang menuruni pipi mama dan papanya ketika melepaskan dia pergi. Mama dan papanya
sempat berpesan supaya menjaga diri dan tingkah laku. Jangan tinggal solat dan
mengaji serta jangan lupa doakan mereka setiap kali lepas mengaji dan solat.
Dia juga diingatkan agar menutup aurat dan belajar rajin-rajin supaya menjadi
insan berguna dunia dan akhirat. Sangkanya itu hanyalah pesanan biasa sahaja
memandangkan ini baru pertama kali mereka berjauhan. Rupanya tidak! Itulah
‘azimat’ terakhir dan itulah juga terakhir kali dia berada dalam dakapan
mereka.
Lagu
Sepasang Kurung Biru nyanyian Khairil Johari Johar yang masih berkumandang
meruntun hatinya. Lagu itu memberi makna yang amat mendalam buat insan
sepertinya. Lagu itu akan didengar tanpa jemu hingga ke hari tuanya. Dengan
tangisan hiba, Salmiha Haini mendakap kurung biru itu dengan erat. Baju itu
akan sentiasa dipeluk dan dicium sebagai simbolik dia mengucup tangan dan pipi,
mama dan papanya sebelum tidur. Dia akan menyimpan, memeluk dan mencium baju
itu hingga hembusan nafas terakhirnya.
Salmiha
Haini seperti biasa menunjukkan riak wajah seperti otaknya sudah masuk air
bergelen-gelen. Bila masa pulak...
aku melangkah ke hadapan? Dia buta ke apa? Tak nampak aku masih duduk tercongok
depan dia ni. Oohh... mungkin power
cermin mata dia tak cukup tinggi! Itu yang masih rabun! Salmiha Haini mengutuk.
“Saya
tak faham. Apa yang tuan cuba maksudkan?” Ceh
wah...! Pandai sungguh dia bermain kata-kata. Padahal tadi, dah
berbakul-bakul lelaki itu menerima kutukannya.
“Saya
maksudkan tadi, saya suka jika semua pekerja saya mampu berfikiran jauh ke
hadapan dan produktif seperti awak. Belum apa-apa lagi sudah ada matlamat dalam
hidup. Yalah... belum sempat saya arahkan human
resource buat offer letter, awak
dah tanya bila boleh mula kerja.”
Terkedu
Salmiha Haini seketika. Alahai... Salmiha Haini! Kenapalah kau gelojoh sangat
bertanya. Kan... dah terkena! Lain kali senyap jelah selagi tuan rumah tak pelawa masuk. Sekarang kan... dah
termalu sendiri! Marahnya kepada diri sendiri.
“Takdelah! Tadikan tuan dah ucapkan selamat
datang ke syarikat tuan, tapi tuan tak nyatakan pula bila tarikhnya. Itu yang
saya bertanya.” Bijak sungguh kau Salmiha Haini melepaskan diri! Bisik hatinya
bangga!
“Sebentar!”
Salmiha
Haini memerhati lelaki itu bercakap dengan seseorang di talian tapi tak tahu
siapa. Apa yang dia dengar, lelaki itu mengarahkan orang itu datang ke
pejabatnya dengan kadar segera.
Bertmb2 x sbr nak tahu apa yang akan terjd.
ReplyDeleteBest sgt2 Kak DD.
Tahniah kak. SACA bakal terbit. Cantek cover.
terima kasih .... tunggu next update ....
Deletewah bestnya. hari2 dh ada n3 baru.
ReplyDeletesyabas kak krn bakal ada baby ke3 x lama lgi.
Sy suka semua karya akak.
teruskan membca enovel ni ... dan jgn lupa dapatkan SACA nanti
DeleteBest3x
ReplyDeleteterima kasih ...
DeleteNak lagiiii... tak cukup.
ReplyDeletesetiap hari ada entry baru lepas tu teraser ...insyaaalah
Deleteehem yg mana satu hero nih
ReplyDeleteMcm suka je kat Imran Ajmal tu. Nama pun best.
jatuh cinta dgn ceter nih
bestttttttt
tunggu bab seterusnya ....
DeleteKak DD masukkan teaser SACA.
ReplyDeleteTik tok tik tok menghitung hari.
akak anak post sampai bab 20 ... dalam masa yang sama ada sikit2 treaser ....
DeleteTak rugi mencuba hari ni.
ReplyDeleteAda lg smbgan SACA.
Terima kasih DD.
Dpt juga ubat rindu seblm SACA ada kat pasaran bln dpn.
N3 hari ni pun menarik.
terima kasih Omah ... tunggu next episod ...
Deletebest la
ReplyDelete~Nin~
terima kasih ...
DeleteTerpesona dgn citer ni.
ReplyDeleteBest Kak DD.
Terima kasih .... Athirah ..
Delete