Bab
7
SHAHRUL HAIRI
melontar tubuhnya ke atas katil. Dia benar-benar letih dan penat. Banyak
perkara yang terpaksa dilakukan hari ini sebelum menyertai Persada Indah
Holdings. Dia hanya mahukan yang terbaik buat dirinya dan Persada Indah
Holdings. Kerajinannya pada hari ini juga membuahkan kepuasan yang berlipat
ganda. Gadis itu...
Mengingati
gadis bernama Salmiha Haini, dia tertawa kecil. Masih terbayang-bayang reaksi
gadis itu. Salmiha Haini kelihatan amat terperanjat pabila terpandang wajahnya
semasa sesi temu duga. Sebagaimana Salmiha Haini terperanjat memandang
wajahnya, begitulah juga dirinya. Dia benar-benar terkejut bila gadis itu
dengan beraninya menggunakan tandas dalam kamar kerjanya. Memandangkan dia
jarang berada di pejabat, dia memang tidak suka ruang pejabatnya dicerobohi
oleh orang lain.
Dia
dapat mengagak gadis itu bukan pekerja di situ memandangkan terdapat fail
peribadi di tangannya. Selain itu, kakitangan Persada Indah memang masak benar
dengan apa yang boleh dan apa yang tidak. Pekerjanya memang tidak dibenarkan
masuk ke ruangan kerjanya sesuka hati, apatah lagi hendak menggunakan tandas
peribadinya. Memang mereka akan dengar tempikannya jika melanggar peraturan
yang telah dia tetapkan.
Wajah
putih bersih itu kelihatan cantik dan bercahaya. Tanpa solekan tebal, dia masih
tampak jelita dan menarik. Senyuman yang dilemparkan mampu menggetarkan hati
setiap lelaki yang memandang termasuk dirinya. Lirikan mata bundar itu sungguh
mengancam dan mempesonakan. Wahai Salmiha Haini... bilalah kita boleh main-main
mata selalu?
Tiga
bulan dari sekarang, bisik hati kecilnya yang nakal. Aduh, Lambat lagi tu!
Rungut hatinya kembali.
“Hai..
Rie! Dah tergoda ke?” Shahrul Hairi menepuk-nepuk pipinya.
Aiseyman...
boleh jadi tiga suku macam ni kalau asyik teringatkan anak Pak Ishak. Ada
karang makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah. Silap-silap hantar
notis berhenti kerja 24jam. Parah... parah...!!! Syuhh... syuhh...
menjauhlah kau wahai bisikan yang menggoda. Geleng kepala Shahrul Hairi
memikirkan ‘kesengetan’ otaknya kala ini. Terutama setelah hampir tiga puluh
tahun hidup. Barangkali inilah yang dinamakan cinta!
Enggan
melayani beban perasaan yang ditanggung, langkah diatur ke meja solek. Misai
dan jambang palsu ditanggal. Begitu juga dengan cermin mata hodohnya itu.
Wajahnya yang kacak dan tampan itu direnung.
“Kesian
kan kau muka! Terpaksa pakai benda alah yang bodoh dan berserabut macam ni,” ujar Shahrul Hairi sambil membelek-belek
wajahnya. Dia tidak suka jika wajahnya kusam dan ditumbuhi jerawat walaupun dia
tahu peratusan itu amat sedikit.
Shahrul
Hairi menoleh ke sisi apabila telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia
mencapainya.
“Ibu!”
Keluh Shahrul Hairi. Dirinya masih berkira-kira sama ada hendak menjawabnya
ataupun tidak. Hari ini, sudah lebih sepuluh kali ibunya menelefon. Otaknya juga
sudah boleh menghafal ayat-ayat yang bakal keluar dari mulut ibunya.
“Jangan
lupa balik ke sini malam ni. Malam ni keluarga Mak Ngah nak datang. Dahlah kamu
jarang berada di JB. Sekali-sekala balik, apa salahnya tunjuk muka.” Itulah
ayat yang bakal keluar dari mulut ibunya lagi. Lalu dibiarkan sahaja panggilan
itu terputus begitu sahaja. Dia tidak berniat hendak bersikap kurang ajar.
Tetapi bila memikirkan ‘perempuan serabut’ itu turut berada di situ, dia jadi
malas hendak pulang.
Shahrul
Hairi meneliti jam tangannya. Pukul lapan, bisik hatinya.
“Baik
aku mandi.”
Selesai
mandi dan solat, Shahrul Hairi bercadang hendak keluar bersiar-siar dan mengisi
perutnya. Lusa dia sudah hendak pulang ke KL, ada tugas rasmi menantinya di
sana sebelum dia berhenti. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Sedih pula
rasanya hendak meninggalkan bidang yang amat dia minati sejak kecil. Namun
janji tetap janji. Ayahnya sudah menepati janjinya. Kini gilirannya pula. Dia
akan menamatkan kerjayanya sebagai pilot
dan bekerja di Persada Indah Holdings buat selama-lamanya.
Shahrul
Hairi memakai kembali misai, jambang dan cermin mata tebalnya. Jeans lusuh
bersama t-shirt kumal menjadi pilihannya. Bahkan Proton Saga milik Pak Akob,
pemandu ayahnya menjadi teman jika dia hendak keluar bersiar-siar setiap kali
pulang ke Johor Bahru. ‘Biar selekeh asalkan poket tebal’, itulah falsafah
hidupnya.
“Pergi
Angsanalah.”
Lantas
Proton Saga yang agak berumur itu dipandu menuju ke Plaza Angsana. Setelah
memarkir keretanya, Shahrul Hairi berjalan pantas mencari restoran makanan
segera. Mata-mata yang memandannya pelik, dibiarkan sepi. Ada juga gadis-gadis
yang memandang sinis ke arahnya. Apa dia kisah?! Bukan mintak duit mereka pun
bagi membayar harga makanan untuk mengisi kantung perutnya. Dalam pada dia
mengumpat dalam hati tanpa sengaja dia melanggar seseorang.
Alamak...
perempuan sinting ni ada kat sini gak?
Bisik hatinya bila melihat Darlina di Plaza Angsana.
“Hoi...
rabun ke?” Marah Darlina sambil membetulkan pakaiannya.
Ewah...
ewah... mentang-mentanglah aku buruk dan berserabut, kau tengking-tengking aku
ya?! Jika tidak... bukan main lagi kau meliuk-lintok macam pokok kelapa ditiup
angin.
“Aku yang rabun atau kau yang dah
buta? Bodoh betul!” Jerkah Shahrul Hairi. Orang main kasar tak akan dia nak
sopan-santun pula. Cermin matanya yang hampir terjatuh dibetulkan kembali.
“Kau!!!”
Marah Darlina. Bibirnya diketap geram. Jam tangan Bonia dikerling sekilas, lima
minit lagi kekasih hatinya akan tiba. Tentu wajahnya nampak hodoh sekarang ini.
“Tepilah,” tengking Darlina kasar lalu beredar. Dia perlu merapikan dirinya
dengan segera.
Shahrul
Hairi memerhati Darlina yang semakin menjauh. Bibirnya menjuih.
Dasar
perempuan murahan! Cemuh hati Shahrul Hairi. Dia memang tidak suka dengan
Darlina. Perempuan itu bukan sahaja pisau cukur tetapi juga ‘makhluk perosak’.
Sanggup memporak-perandakan rumah tangga orang lain semata-mata kepentingan
diri sendiri.
Dia
buat apa kat sini? Pancing ‘jerung’ ke? Dah habis ke lelaki kaya kat KL dia
sauk? Omel hati Shahrul Hairi. Lantaklah apa dia nak buat. Bukannya ada kena
mengena dengan aku. Jangan dia ganggu hidup aku sudah!
Shahrul
Hairi membatalkan hasratnya untuk makan di Angsana. Pertemuan ‘indah’ yang
terjadi sebentar tadi telah membantutkan seleranya. Dia berkira-kira sama ada
hendak pulang ke rumah bapanya atau tidak. Jarak antara rumah bapanya di Strait
View dan Angsana tidaklah jauh mana. Namun hatinya terlalu berat hendak pulang.
Cuci mata dekat Danga Bay lagi bagus, detik hatinya.
Namun
kereta yang dipandunya tidak dihalakan ke Danga Bay, sebaliknya menuju ke
restoran Singgah Selalu. Perutnya sudah menangis minta diisi. Jika dibiarkan
kosong tentu memudaratkannya. Sedang enak menjamu selera, matanya menangkap
kehadiran seseorang. Jantungnya mula bergendang. Matanya melilau mencari si dia
namun hampa. Mana mungkin gadis itu akan turut serta. Yalah... member baiknya tengah berdating. Tak
akan dia hendak kacau daun pulak,
bisik hati kecil Sharul Hairi.
Teringat
lagi Shahrul Hairi akan peristiwa yang berlaku. Sanggup dia memandu dari Permas
Jaya ke Pasir Gudang semata-mata ingin melarikan diri daripada Aspalela. Entah
apa mimpi perempuan itu datang ke rumahnya pagi-pagi buta, dia tidak tahu! Tak
sanggup berlama dengan perempuan gila itu, dia mengambil keputusan keluar
rumah. Langsung tidak dihiraukan rengekan Aspalela yang mahu mengikutnya.
Setelah
memarkirkan keretanya di bahu jalan, dia mengambil keputusan berjalan kaki
sahaja untuk membeli nasi lemak di gerai seberang jalan. Sewaktu hendak
melintas, tanpa dia sedar sebuah motosikal sudah mendekatinya. Mujurlah dia
sempat mengelak dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Tapi yang dia
kasihankan gadis itu. Habis telapak tangannya luka. Hajatnya hendak membantu
terhenti pabila gadis itu menanggalkan topi keledarnya.
Dia
benar-benar terpukau, terpegun dan entah apa ter... lagi. Bayangkan...
jantungnya yang selama ini berdenyut normal menjadi kacau bilau bagaikan
terlibat dalam peperangan yang maha dahsyat. Tidak pun seperti menyelamatkan
diri dari gempa bumi yang berskala besar. Dup-dap...
dup-dap... tanpa henti. Pabila gadis
itu memberi kad namanya, hati lelakinya melonjak riang. Langsung terlupa hendak
menolong dan membeli nasi lemak. Hebat benar penangan gadis itu terhadap
dirinya.
Baru
hendak mengimbau wajah cantik itu, telefon bimbitnya bergetar. Kacau daun
sungguh! Rungut Shahrul Hairi. Melihat nama Aspalela, dia mengeluh. Apa lagilah
yang perempuan ni nak? Tak cukup lagi ke clue
yang aku bagi selama ini? Atau nak kena hantar gi sekolah balik?
“Hah...
nak apa?” Shahrul Hairi bersuara bosan.
“Garangnya!
I like!” Ujar gadis itu sambil
ketawa.
Ya
ALLAH dia ni! Tak kenal ke... nada orang suka atau tidak? Memang tak berapa nak
cerdik! Kutuk Shahrul Hairi.
“Cepatlah
cakap nak apa? Orang tengah drive
ni,” bohong Shahrul Hairi.
“Kalau
I kata nak you macam mana?” Tawa manja Aspalela kedengaran.
Meremang
bulu roma Shahrul Hairi. Nak termuntah pun ada. Perangai Aspalela lebih kurang
sama dengan Darlina. Semakin ditolak, semakin ligat mencari akal untuk
mendekati. Campak kat Sg. Segget baru tahu!
“Kepala
otak kau!” Bentak Shahrul Hairi. “Perempuan tak betul macam kau, tak ingin aku
nak buat bini.”
“Shahrul
Hairi sayang! I tahu... you
sebenarnya sukakan I, cuma you malu
nak luahkannya,” balas Aspalela lembut dan manja.
Shahrul
Hairi buat aksi menjolok anak tekak.
“Helo...!
Helo...! Tak dengarlah kau cakap apa.” Terus taliannya Shahrul Hairi putuskan.
Padan muka! Nak terkeluar balik rasanya semua makanan yang berada dalam
perutnya mendengar suara gedik Aspalela.
ASPALELA
merenung telefon bimbitnya. Rasa hendak dibaling saja telefon tersebut ke
tanah. Sudahlah sukar untuk menembusi talian Shahrul Hairi. Bila boleh
bercakap, begini pula jadinya.
“Bodoh
punya telefon! Masa ni juga kau buat hal!” Bebel Aspalela geram.
“Kenapa
membebel sorang-sorang ni?” Tegur Mariam. Wajah mencuka anak gadisnya ditatap.
“Telefon
nilah! Buat hal pulak. Nanti mama
bagi duit. Laila nak beli telefon baru yang lebih canggih. Takdelah buat hal lagi bila bercakap dengan
Shahrul Hairi,” rungut Aspalela.
“Nanti
mama cuba tanyakan papa.”
“Ala...
kalau dengan papa, lecehlah. Dia bukannya nak bagi duit pun,” bentak Aspalela.
Mariam
mengeluh dengan perangai degil anaknya itu. Tak reti nak bersabar langsung.
“Mama
usahakanlah sampai dapat,” pujuk Mariam. Kalau Aspalela dapat pikat Shahrul
Hairi, dia juga turut merasa tempiasnya. Siapa yang tak nak bermenantukan
lelaki kaya dan berkedudukan.
“Betul
ni?” Aspalela menagih kepastian daripada mamanya.
Mariam
mengangguk.
Tanpa
Aspalela dan Mariam sedari, perlakuan mereka anak-beranak menarik perhatian Tan
Sri Sharman. Lelaki itu hanya memandang tanpa ada niat hendak mendekati atau
menegur.
“Rie...
Rie...,” keluh Tan Sri Sharman sambil menggeleng kepalanya. Macam manalah dia
hendak lembutkan hati anak terunanya itu.
TIDAK LAMA
kemudian telefon bimbit Shahrul Hairi berdering kembali. Tertera perkataan
‘ayah’. Dengan perasaan malas dia menjawab panggilan tersebut. Tahu sangat
kenapa ayahnya menghubunginya.
“Assalamualaikum
ayah!” Lemah sahaja nada suaranya.
Ketawa
Tan Sri Sharman mendengar nada suara anaknya yang kurang bersemangat itu.
“Suara
macam orang tak makan sepuluh hari aje?” Usik Tan Sri Sharman.
“Bukan
tak makanlah ayah. Tapi tak ada mood!” Shahrul Hairi berterus-terang.
“Ini
kenapa tiba-tiba aje jiwa melayang jauh ni, emmm...?”
Shahrul
Hairi menghela nafas panjang.
“Apa
perempuan tu buat kat rumah kita? Rie boringlah.
Dia asyik ganggu ketenteraman jiwa Rie aje.” Dengan ayahnya, Shahrul Hairi
tidak merasa segan meluahkan keluh-kesah hatinya.
“Tak
baik cakap macam tu. Dia kan sepupu Rie,” nasihat Tan Sri Sharman lembut.
“Sepupu
yang tak diiktiraf,” luah Shahrul Hairi berani.
“Ayah
pun tak suka sebenarnya. Ingat! Ini rahsia kita dua beranak,” bisik Tan Sri
Sharman di corong telefon.
Ketawa
Shahrul Hairi mendengarnya. Ayahnya juga tidak menyukai Aspalela. Mudahlah
kerjanya nanti.
“Mereka
buat apa kat rumah kita ayah?” Shahrul Hairi ulang bertanya.
“Biasalah
lawatan keluarga.”
“Macam
tak percaya aje.”
Ketawa
besar Tan Sri Sharman mendengarnya. Dia tahu bukan mudah hendak memperbodohkan
anak lelakinya itu.
“Permintaan
ayah tu macam mana? Dah fikirkan?”
“Rie
tak naklah ayah. Kita bukannya hidup di zaman 50an atau 70an, semua jodoh
anak-anak ditentukan keluarga. Ini zaman moden. Rie ingin cari sendiri pasangan
hidup Rie.” Shahrul Hairi mengeluh di talian.
“Masalahnya
bila? Nak harapkan Rie mencari sendiri, entah bilalah ayah merasa dapat cucu.”
Tan Sri Sharman membebel di talian.
“Itukan
kerja ALLAH. Jika ALLAH kata minggu depan Rie kahwin, akan kahwinlah Rie pada
minggu depan.” Shahrul Hairi berlawak dengan ayahnya.
“Ada
aje alasan Rie hendak mengelak bila ayah sentuh bab kahwin.” Tan Sri Sharman
mula merungut.
“Bukan
mengelak. Tapi Rie mana ada perasaan tertarik dengan calon-calon yang ibu dan ayah
carikan tu. Mereka berdua tak sesuai langsung dengan jiwa dan kehendak Rie.”
Shahrul Hairi mengemukakan hujah-hujahnya.
“Rie
tak cuba, macam mana Rie nak tahu sesuai atau tidak?”
“Tak
payah cuba-cuba ayah. Tengok sepintas lalu pun dah boleh tahu perangai mereka.”
Tan
Sri Sharman menggeleng.
“Ayah
tak kira. Kalau Rie tak berkenan dengan mana-mana perempuan dalam masa yang
terdekat, Rie kena kahwin dengan pilihan ayah. Pilihan ibu tu kalau Rie tak
suka, ayah tak paksa. Tapi pilihan ayah, ayah rasa dia sesuai untuk kamu,”
tegas Tan Sri Sharman.
“Apalah
ayah ni! Pilihan ayah dan ibu, dua-duanya tak menepati piawaian Rielah,” rungut
Shahrul Hairi.
“Kamu
ni cerewet sangat!”
“Habis
tu, ayah tak cerewet? Ayah pun pilih sendiri kan pasangan ayah. Jadi bagilah kebebasan
untuk Rie memilih dan mencari gadis yang benar-benar sesuai dan menepati cita
rasa Rie.” Bayangan Salmiha Haini menjelma di ruangan matanya. Tanpa sedar
bibirnya mengukir senyuman.
“Ayah
bagi tempoh sebulan dari sekarang. Jika tidak... Rie kena ikut cakap ayah.” Tan
Sri Sharman memberi amaran.
“Enam bulanlah ayah.” Shahrul Hairi
membuat tawaran. Dia yakin dalam tempoh itu, dia mampu menambat hati seorang
gadis yang sudah mendapat tempat di hatinya. Tapi... masih single lagikah si dia? Belum tanya mana nak tau kan?!
“Enam
bulan terlalu lama. Nanti panjang saja akal kamu hendak mencari helah.”
“Ayah
ni!” Shahrul Hairi mula merajuk. “Selama ni, ada ke Rie menolak segala kehendak
dan permintaan ayah?”
“Memanglah
tak ada. Tapi tindakan kamu kali ni manalah ayah nak jangka.”
“Selagi
Rie ni anak ayah, ayah kena percaya pada Rie.”
“Baiklah!
Ayah cuba percayakan Rie. Tapi... jika Rie cuba permainkan ayah, tahulah macam
mana ayah nak buat,” ugut Tan Sri Sharman.
“Ayah
nak buat apa?”
“Hehehe...! Rahsia!”
“Ayah
ni... mana aci!” Shahrul Hairi merajuk lagi.
“Mana?
Mana aci? Dia ada kat sebelah ayah atau sebelah Rie?” Gurau Tan Sri Sharman.
Shahrul
Hairi sudah ketawa. Ayahnya ada sahaja idea hendak menyakat.
“Ingat!
Tunjukkan menantu ayah dengan segera jika tidak mahu berkahwin dengan pilihan
kami,” gertak Tan Sri Sharman.
“Baik!
Rie setuju dengan cadangan ayah.” Shahrul Hairi yakin dia mampu menewaskan
permainan yang diciptakan oleh ayah dan ibunya.
Tu ke cover baru? Cantiknya DD.
ReplyDeleteTahniah tahniah.
Bab 7 ni superb la. Senyum je bc.
itulah covernya .... terima kasih ... tunggu bab 8 ...
Deleteada bab baru lg??? Terbaik la.
ReplyDeletebest best best...
nak laggggggiiiiiiiiiii...
Suka dgn Shahrul Hairi...
petang nanti ada bab 8 lak ...
DeleteNin suka bab 7 nih.
ReplyDeleteKakkkkk Dayanaaaaa... Nin tak sabar nak peluk SACA akak ni. Sumpah tak tipu.
Best la SACA ni walaupun santai
~Nin~
terima kasih ... nin ...
DeleteHati makin tergoda.
ReplyDeleteLambat betul nak ada kat pasaran.
Super duper best Kak DD. Tabik!!!!
hehehhe --- tunggu next bab ptg ni .... dan terima kasih puteri ...
DeleteKak DD comei cover.
ReplyDeleteBab 7 ni pun best kak.
Tahniah kak ya...
terima kasih Athirah ... jgn lupa dapat edisi cetak bulan depan ye..
Deletecun arr cover tu.
ReplyDeletetak sbr nak beli..
terima kasih ...
Deletejatuh hati dgn hero la.
ReplyDeletesiapa yg nak tlg nieee...
hahhaha ... akak pun tak dapat nak tolong... tunggu bab 8 akan kuar nanti ..
DeleteBEST.
ReplyDeleteTerima kasih ... singgah di treaser pertama... Baby mio sebelum update bab 8
Deletehati dh xsbr nak peluk SACA...
ReplyDeleteTOLONG...
Best3x
Sabar Raihana
DeleteKarektor hero n heroin dlm saca sgt mencuit hati.
ReplyDeleteTak bosan bc,
Hrp mendpt smbtan di pasaran.
Terima kasih krn suka kan saca
Delete