Bab 5
SALMIHA HAINI
bangkit dari tidurnya seawal jam empat pagi. Nak kata tidur, rasa macam tak
lena. Nak kata celik, siap boleh mimpi-mimpi lagi. Yang pasti semuanya ngeri
dan menakutkan. Sejak menerima panggilan telefon daripada Pak Langnya pukul
sebelas lima puluh lima minit malam tadi, hatinya jadi tidak menentu. Kata-kata
lelaki itu membuatkan dirinya runsing dan jiwanya kacau. Bingung dia memikirkan
sikap dan telatah bapa saudaranya itu. Buntu dia memikirkan perjalanan hidupnya
yang tidak seindah mimpi itu.
Salmiha Haini bangun dan menuju ke
bilik mandi. Sebaik sahaja selesai membersihkan diri dan berwuduk, dia
melakukan solat sunat taubat dan hajat. Dia ingin memohon ampun dan petunjuk
dari ALLAH. Mungkin ada dosa-dosa yang dia lakukan dan terlepas pandang hingga
jiwanya tidak tenteram dan bercelaru. Selain itu dia ingin meminta bantuan
ALLAH agar masalah yang diciptakan oleh Pak Lang Yusofnya dapat diselesaikan
dan dirungkaikan dengan segera.
Sementara menunggu waktu Subuh, dia
mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. Biar hatinya suci dan tenang. Kalam ALLAH
itu terlalu indah dan terdapat banyak zat di dalamnya. Sesuai untuk merawat
hatinya yang sedang lara. Bagi Salmiha Haini, ALLAH adalah tempat yang sesuai
untuk meminta dan mengadu...
“Apabila hambaKU bertanya kepadamu (wahai
Muhammad) berkenaan AKU, sesungguhnya AKU amat dekat. AKU memperkenankan
permohonan yang berdoa apabila dia berdoa kepada AKU…” Surah Al-Baqarah ayat 186.
“Dan berkata Rabb kalian: Berdoalan kepada AKU,
nescaya akanKU perkenankan…” Surah Al-Ghafir ayat 60.
Usai menunaikan solat
Subuh, Salmiha Haini ke dapur. Memasak juga adalah salah satu terapi bagi
dirinya. Paduan bunyi sudip, senduk dan periuk belanga bagaikan melodi indah
buat halwa telinganya. Dan mampu menghalau pergi gundah di hati walaupun
seketika cuma. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu melayan nestapanya tatkala
‘berperang’ di dapur.
SOFEA
tergamam melihat mata Salmiha Haini merah dan bengkak. Mesti menangis lagi
sahabatnya itu. Apalah masalahnya kali ini? Atau masih lagi perihal yang sama?
Rakannya yang sedang menghidangkan sarapan itu ditenung. Fikiran kacau pun
masih lagi mampu buat sarapan? Kalau aku... memang duduk berkurung dalam bilik je. Malas nak keluar-keluar!
“Miha
kenapa ni? Orang tua tu ganggu kau lagi?”
Salmiha
Haini angguk kepala. Dia tersenyum walaupun tidak semanis mana.
Sofea
mengeluh.
“Tak
faham bahasa lagi ke orang tua tu? Bukan ke kau dah tegaskan pendirian kau?”
Sememangnya Sofea tidak faham dengan kehendak bapa saudara Salmiha Haini.
Lelaki itu bergelar bapa saudara pun sebab berkahwin dengan Mak Lang Salmiha
Haini. Jika tidak, memang takde
pertalian langsung! Agaknya dia fikir Salmiha Haini pernah menumpang di
rumahnya maka Salmiha Haini wajib dan harus ikut segala perintahnya.
Salmiha
Haini menghela nafasnya. Wajah teman baiknya ditatap.
“Aku
nak buat macam mana Fea? Dia kata... aku terima atau tidak, aku tetap akan
dikahwinkan dengan anak kawannya itu. Aku dah buntu sekarang!” Hati Salmiha
Haini sedikit tenang dapat berkongsi masalahnya dengan Sofea.
“Ala...
kau lapor je pada polis, habis
cerita!” Sofea memberi cadangan.
Salmiha
Haini memandang tepat wajah Sofea.
“Ada
ke... orang buat macam tu? Nanti kalau polis tanya aku apa sebabnya, aku nak
jawab apa?” Soalan ala-ala budak bodoh sudah keluar dari mulut Salmiha Haini.
“Kau
reka-rekalah cerita. Kau kata kat polis tu, bapa saudara kau yang tak guna tu
ugut akan bunuh kau kalau kau tak setuju kahwin dengan pilihan dia.”
Bulat
mata Salmiha Haini mendengar cadangan teman baiknya.
“Boleh
ke? Buatnya polis tahu aku menipu, tak fasal-fasal aku pulak yang masuk lokap!”
“Cerdik
juga kau ni ya! Memang pun kalau polis tahu kau buat aduan palsu, mereka akan
humban kau masuk ‘dalam’,” ujar Sofea bersahaja sambil ketawa terkekeh-kekeh.
Seolah-olah cadangannya yang tidak masuk akal tadi, tidak mendatangkan apa-apa
kemudaratan kepada Salmiha Haini. Buatnya Salmiha Haini bersetuju menurut
cadangannya, tak ke kes niaya?
Salmiha
Haini mencebik geram. Macam la... lucu sangat!
“Aku
memang cerdik pun! Kau tak tahu ke? Nasib baiklah aku tak jadi pak turut. Kalau
tak... memang gali lubang kubur namanya!”
Sofea
menarik sengih melihat wajah cemberut Salmiha Haini.
“Haa...
apa kata kau lari. Tentu dia tak dapat cari kau lagi.”
Berkerut-kerut
dahi Salmiha Haini.
“Nak
lari? Ke mana? Duit pun aku takde,
kerja jauh sekali. Ada karang aku merempat tepi jalan. Lagipun Malaysia ni
bukanlah luas sangat, pasti aku akan bertemu dengan orang tua tu juga. Cuma
cepat atau lambat saja. Orang tua itu kan ramai kenalan. Mudah aje dia nak
kesan aku.”
Sofea
angguk kepala. Benar juga apa yang Salmiha Haini katakan. Macam mana nak lari
kalau poket kempis. Sengaja tempah bala namanya. Dan lelaki tua itu pasti ramai
‘kaki’.
“Kenapa
kau tak cakap yang kau dah ada pakwe?”
“Masalahnya
aku mana ada pakwe,” tukas Salmiha Haini. Geram pula dia dengan Sofea. Macamlah
Sofea tidak tahu siapa dirinya. Dia manalah minat ada pakwe-pakwe ni.
“Itulah
kau...! Dulu masa Les mengorat, kau
jual mahal. Tengok sekarang apa dah jadi? Sekurang-kurangnya kalau kau couple dengan dia, dia boleh tolong
kau. Entah-entah sekarang ni, kau dah usung perut.”
Salmiha
Haini membaling jejemput yang berada di tangannya ke arah Sofea.
“Apa?
Selama ni kau lihat aku tinggal perut kat rumah ke... sekiranya nak keluar?”
Tanya Salmiha Haini dengan nada usikan. Namun raut wajahnya diseriuskan.
“Aku
maksudkan mengandung,” ujar Sofea sambil menunjukkan isyarat perut ke hadapan.
“Apalah kau ni!”
Salmiha
Haini tahu apa yang Sofea cuba sampaikan. Sengaja dia buat muka selenga.
“Eee... tak naklah aku kat Les tu. Kau
tak tengok cermin mata dia tebal mana? Buatnya cermin mata dia pecah atau
hilang, jenuh aku nanti.”
“Tak
baik tau kau cakap macam tu. Dia tu hensem
apa! Cuma cermin mata dialah yang spoil
sikit. Kalau kau kahwin dengan dia, kau suruhlah dia pakai contact lens.”
Bulat
mata Salmiha Haini mendengar cadangan Sofea. Sesuka hati perempuan ni aje nak
suruh orang pakai kanta sentuh.
“Dahlah
jangan nak mengarut tak tentu fasal. Nanti tersedak mamat tu!”
Sofea
tersengih nakal.
“Sayang
juga kau kat dia ek?” Usik Sofea.
“Mana
ada! Aku takut dia tercekik, lepas tu ‘gol’. Siapa yang susah? Kau dan aku
juga, kan? Sebab tak sempat nak minta maaf,” sindir Salmiha Haini.
“Takpe... jap lagi aku call dia
minta maaf,” seloroh Sofea lagi.
Ada
saja jawapan perempuan ni! Getus Salmiha Haini.
“Cepatlah
makan. Nanti hantar aku pergi interview.”
Sofea
memandang pelik muka Salmiha Haini.
“Apa?”
Tanya Salmiha Haini sepatah.
“Kenapa
pulak aku yang kena hantar?”
Salmiha
Haini menunjukkan tangannya yang masih sakit. Macam mana dia nak drive?
“Okeylah
aku hantar kau. Tapi balik... kau kena naik teksi. Dan jangan lupa, lepas interview, terus pergi nurseri.”
“Baik
bos!” Ujar Salmiha Haini ceria. Terlupa dia seketika tentang kemelut yang
melanda hidupnya.
“Banyaklah
kau punya bos.” Sanggah Sofea.
“Memang
kau bos apa?”
“Tapi
aku bukan bos kau!”
Akhirnya
tawa mereka terburai bila memikirkan tingkah mereka yang seperti kanak-kanak
riang.
BOSAN
menunggu, Salmiha Haini membuang pandang ke sekitar ruang pejabat Persada Indah
Holdings. Ternampak sahaja papan tanda tandas, dia terus meluru ke arah
tersebut. Dengan lagak seperti syarikat itu milik datuknya, dia terus masuk
tanpa bertanya kepada pekerja di situ sama ada boleh atau tidak, dia
menggunakan tandas dalam ruangan itu.
Semasa
Salmiha Haini memasuki ruangan tersebut, dia merasa terpegun. Bukan sahaja
pintu diperbuat daripada kaca tetapi juga dinding pejabatnya. Mujurlah dinding
dan pintu tandas bukan kaca. Mahu pitam orang yang ingin menggunakan tandas
tersebut jika perkara itu berlaku.
Sewaktu
Salmiha Haini sibuk membetulkan tudung dan pakaiannya, seorang lelaki keluar
dari bilik air yang terdapat dalam tandas itu. Tergamam Salmiha Haini seketika.
Lelaki itu juga begitu.
Lelaki itu merenungnya. Salmiha Haini tahu
tentang itu, sebab dia juga sedang merenung lelaki itu melalui cermin dengan
perasaan terkejut. Tidak lama selepas itu, lelaki itu terus berlalu tanpa
memandangnya.
Salmiha
Haini menghela nafas lega. Mujurlah lelaki itu segera keluar. Mahu pengsan
dirinya jika lelaki itu membatukan diri di situ. Tanpa tertangguh dia terus
keluar dari tandas misteri itu. Rasanya dia tidak tersalah masuk, sebab tidak
ada pun tanda yang menunjukkan tandas itu tandas perempuan mahupun lelaki.
Kenapalah lelaki itu tak kunci pintu? Hesy... memalukan sungguh!
Salmiha
Haini kembali semula ke tempat di mana berlangsungnya sesi temu duga. Entah
mengapa, dadanya tiba-tiba sahaja berdebar-debar. Belum pernah lagi dia
berperasaan seperti itu sebelum ini. Memanglah gementar hendak bertemu mata
dengan penemu duga tetapi tidaklah sampai jantungnya hendak melompat keluar
sebegini.
Salmiha
Haini sudah resah gelisah di tempat duduknya apabila seorang demi seorang
keluar masuk dari bilik mesyuarat. Pabila namanya dipanggil, nafasnya terasa
sesak. Hesy... kenapa dengan aku ni? Mengalahkan nak kena temu duga dengan Yang
Dipertuan Agong.
Salmiha
Haini... Salmiha Haini... bukannya kau tak biasa pergi temu duga, bebel Salmiha
Haini buat dirinya. Malahan sejak tamat belajar, sudah berpuluh sesi temu duga
dia hadiri. Cuma nasib masih belum menyebelahi dirinya.
Salmiha
Haini menyedekahkan senyuman manis buat gadis yang memanggilnya. Namun
senyumannya hanya disambut angin lalu. Agaknya semua pekerja di sini
sombong-sombong belaka. Itulah persepsinya yang pertama. Namun kerja punya fasal,
dia abaikan semua perkara itu.
Langkahnya
hampir terhenti bila tempat yang dia hendak pergi temu duga bukannya di bilik
mesyuarat. Pabila perempuan sombong tu menegur supaya mengikutnya, Salmiha
Haini hanya menurut. Tak kuasa nak cakap banyak! Dalam pada itu, sepanjang
jalan dia memikirkan kenapa dia di temu duga di tempat lain? Mungkin position yang dipintanya berlainan
dengan mereka. Itulah fikir Salmiha Haini.
Hati
Salmiha Haini semakin kucar-kacir bila dia kembali ke ruangan bilik kaca itu.
Dia diarahkan duduk di sofa cantik yang terdapat di situ sementara menunggu
penemu duganya. Mata nakalnya mengitari apa yang terdapat dalam bilik itu.
Nanti senang nak cerita dekat Si Sofea
kepoh tu! Dalam bilik kaca itu terdapat lagi sebuah bilik lain, selain tandas
misteri itu. Dekorasi di dalamnya sangat cantik dan menarik. Ada taman mini dan
dihiasi dengan bunga-bungaan dan air terjun. Belum pun puas menikmati keindahan
dalam bilik itu, ada bayang hitam melintas di hadapannya. Dan apabila
menoleh....
Hendak
pitam dan pengsan dirinya bila terlihat lelaki yang bersamanya di dalam tandas
tadi sedang duduk di hadapannya bersama sehelai kertas. Dia yakin itulah borang
yang diisinya sebentar tadi, sebab gambar ukuran pasport miliknya terlekat
kemas di situ.
SALMIHA HAINI
berasa gugup bila direnung tajam oleh si penemu duga. Jantungnya pula sudah mendendangkan irama rock dan bila-bila masa
sahaja bisa melompat keluar. Rasa
takut dan tidak selesa, bergaul menjadi satu. Dia membelek seketika baju kurung
yang tersarung di tubuhnya. Tudung aku senget ke? Bisik hati kecilnya. Atau solekan aku comot?
Tak pun ada cili terlekat kat celah gigi aku? Tadi rasanya semua dah okey,
gumamnya.
Tapi
memang betul pun apa kata hatinya. Sebelum sesi temu duga dijalankan, hampir lima
minit dia berdiri di hadapan cermin membelek satu persatu apa yang ada di
tubuhnya. Macam nak pergi interview
untuk calon isteri pulak beria-ia
mencantikan diri.
“Terangkan latar belakang awak,” arah penemu
duga tersebut sedikit tegas. Matanya meneiliti CV Salmiha Haini yang berada di
tangannya.
“Nama
saya Salmiha Haini binti Ishak. Berasal dari Taiping, Perak. Berusia dua puluh
empat tahun.” Dan... bla... bla... bla...
“Sebelum
ini pernah bekerja?”
Salmiha
Haini hendak menggeleng tetapi otaknya pantas menegah.
“Belum
pernah.”
“Kira
fresh graduatelah ni?” Soal penemu
duga itu lagi sambil membelek fail peribadi milik Salmiha Haini.
“Takdelah fresh sangat!” Keluh Salmiha Haini tanpa sedar. Bagaikan sudah tahu
nasibnya.
“Syarikat
kami memerlukan calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun
bekerja untuk mengisi jawatan tersebut,” terang penemu duga itu apabila melihat
jawatan yang dipohon oleh Salmiha Haini.
Jawapan
yang sudah Salmiha Haini ketahui dan jangka. Mesti dirinya ditolak mentah-mentah.
Macamlah yang dah bekerja dua tahun tu terror
sangat buat kerja, rungutnya dalam hati. Namun dimaniskan jua raut wajahnya.
Tidak mahu penemu duga tersebut sedar apa yang bersarang di hatinya.
“Tak
apa saya mengerti,” ujar Salmiha Haini sopan. Walhal dalam hati mahu sahaja dia
memprotes.
Lelaki
itu memandang wajah Salmiha Haini.
“Beginilah
Cik Salmiha.” Wajah Salmiha Haini ditatapnya. “Bolah saya panggil Cik Salmiha
aje? Nak panggil Salmiha Haini macam panjang sangat.” Dia tersenyum sebaik
sahaja menghabiskan kata-katanya.
Salmiha
Haini angguk. Salmiha atau Salmiha Haini, semua itu adalah namanya jua.
“Boleh.”
Penemu
duga itu senyum dan angguk.
Ha...
kan bagus kalau dia senyum-senyum macam ni. Takdelah aku terasa macam diinterviu oleh ketua kongsi gelap aje.
“Sekiranya
Cik Salmiha bersetuju, saya akan tawarkan jawatan lain untuk Cik Salmiha.
Tetapi jawatan tu tak samalah dengan jawatan yang Cik Salmiha pohon. Dan memang
tersasar jauh dari apa yang Cik Salmiha belajar semasa di universiti,” jelas
penemu duga itu seraya merenung Salmiha Haini dengan senyuman. Tubuhnya
disandar ke sofa.
“Boleh saya tahu jawatan apa?”
“Setiausaha.
Tapi bos Cik Salmiha belum ada lagi buat sementara waktu ni. Dia akan mula
bertugas secara rasmi dalam tempoh tiga bulan lagi. Andai Cik Salmiha setuju,
jawatan tersebut sudah dikira menjadi hak milik Cik Salmiha secara mutlak.”
Salmiha
Haini mula mencampur, menolak, mendarab dan membahagi sebelum memberi jawapan.
Jika dia terima, memang tersasar jauh dengan apa yang dia timba di universiti.
Andai dia menolak, sampai bila dia hendak menjadi penganggur terhormat. Lagipun
syok juga. Tiga bulan tu... boleh bekerja tanpa pemantauan daripada seorang
bos. Silap-silap, makan gaji buta aje dalam tempoh tiga bulan itu.
“Baiklah
saya setuju.”
“Bagus!
Awak jangan bimbang, nanti akan ada orang yang beri tunjuk ajar,” kata penemu
duga itu. “Selamat datang ke Persada Indah Holdings,” tutur lelaki itu ramah
sambil menghulurkan tangannya.
“Maaf
... tangan saya sakit, jatuh motor.” Salmiha Haini menunjuk telapak tangannya
yang masih belum sembuh.
“Takpe saya faham,” ujar lelaki itu dengan
senyuman.
Salmiha
Haini menganalisa raut wajah di hadapannya. Masih muda dan mungkin kelihatan
agak okey jika wajahnya tidak diserabutkan dengan misai, jambang dan kaca mata
yang berkanta tebal. Macam manalah gamaknya
rupa paras dia kalau dia tebas segala ‘rumput dan lalang’ di wajahnya? Mungkin
tampan dan menawan walaupun tidak sekacak Tom Cruise, pelakon kesayangan Sofea!
“Ehem...
ehem...! Dah habis nilai diri saya? Dapat berapa markah? Boleh jadi calon suami
awak ke?”
“Haaaa...”
Panjang sungguh dia menarik perkataan ‘ha’ dia tu. Bagaikan tidak percaya yang
lelaki itu boleh tahu apa yang berlegar di fikirannya.
“Bukanlah.
Saya tak fikir apa-apa pun tentang tuan,” dalih Salmiha Haini sambil tersenyum
cantik. Tak akan dia nak cakap ya. Nak mampus! Mahu kena penggal kepala. “Saya
nak tanya bila mula kerja, tapi takut.” Bohong Salmiha Haini. Mujurlah otaknya
cepat pick up membina alasan.
“Saya
suka jika semua pekerja saya melangkah ke hadapan seperti awak.”
Salmiha
Haini seperti biasa menunjukkan riak wajah seperti otaknya sudah masuk air
bergelen-gelen. Bila masa pulak...
aku melangkah ke hadapan? Dia buta ke apa? Tak nampak aku masih duduk tercongok
depan dia ni. Oohh... mungkin power
cermin mata dia tak cukup tinggi! Itu yang masih rabun! Salmiha Haini mengutuk.
“Saya
tak faham. Apa yang tuan cuba maksudkan?” Ceh
wah...! Pandai sungguh dia bermain kata-kata. Padahal tadi, dah
berbakul-bakul lelaki itu menerima kutukannya.
“Saya
maksudkan tadi, saya suka jika semua pekerja saya mampu berfikiran jauh ke
hadapan dan produktif seperti awak. Belum apa-apa lagi sudah ada matlamat dalam
hidup. Yalah... belum sempat saya arahkan human
resource buat offer letter, awak
dah tanya bila boleh mula kerja.”
Terkedu
Salmiha Haini seketika. Alahai... Salmiha Haini! Kenapalah kau gelojoh sangat
bertanya. Kan... dah terkena! Lain kali senyap jelah selagi tuan rumah tak pelawa masuk. Sekarang kan... dah
termalu sendiri! Marahnya kepada diri sendiri.
“Takdelah! Tadikan tuan dah ucapkan selamat
datang ke syarikat tuan, tapi tuan tak nyatakan pula bila tarikhnya. Itu yang
saya bertanya.” Bijak sungguh kau Salmiha Haini melepaskan diri! Bisik hatinya
bangga!
“Sebentar!”
Salmiha
Haini memerhati lelaki itu bercakap dengan seseorang di talian tapi tak tahu
siapa. Apa yang dia dengar, lelaki itu mengarahkan orang itu datang ke
pejabatnya dengan kadar segera.
Dah lama tunggu n3 baru.
ReplyDeleterindu sgt dgn Sayang Awak Cinta Awak
TQ Kak DD.
Smbg...
terima kasih ... masih setia menunggu ... akan ada entry baru setiap hari insyaallah ...
Deletehahaha...
ReplyDeletekelakarlah Salmiha Haini.
leh lak blur masa intervew.
best sgt2. Keep writting.
Mana cik puan writer ni menghilang? Lama tungguuuuuu...
ada ... hanya lama tak update je .. tunggu bulan mac ni akan keluar di terbitan penulisan2u...
DeleteSuka...
ReplyDeletebest sgt. spt biasa x prnh kecewakan saya.
sbmg lg yerr...
~Nin~
Terima kasih .... tunggu bab seterusnya ...
Deletex puas bc. pendek sgt.
ReplyDeletesambung..
sabarnya ... akan ada bab seterusnya dalam masa terdekat...
Deletehoyey hoyey. Kk DD sj wat sy tunggu2 n3 baru. windu sgt ngan cite kk DD. TQ kk DD. best3x
ReplyDeletebuat kejutan untuk semua .... jgn lupa dapatkan SACA di terbitan penulisan2u mac ini.
DeleteAssalamualaikum DD.
ReplyDeleteLama x jejak sini.
Dgr khabar SACA nak terbit bln dpn. Tahniah. Saya doakan yg terbaik utk DD.
SACA dah masuk listed saya utk bln dpn. Semoga DD terus berkarya n sukses selalu.
Saya suka dgn hasil tulisan DD. Kena dgn jiwa saya.
Bab 5 langsung x kecewakan saya. Menarik...
Nak lagi blh... hingga buku ada kat pasaran. Tak sabar nak peluk.
Waalaikumsalam Omah... terima kasih ... jgn lupa dapatkan SACA mac ini..
DeleteInsyaallah akan ada enty baru dalam masa terdekat ni....
Bestnya ada bff mcm Sofea ni caring.
ReplyDeleteCiter akak ni mmg terbaiklah. Caiyok kak.
Tak sabar nak tahu perkembangan Salmiha Haini dgn Sharul Hairi.
Bila la dpt lihat mrk lovey dowey...
terima kasih ,,, tunggu ye perjalanan cinta Salmiha Haini dan Sharul Hairi...
Deletetunggu next entry ...
Kak DD ku sayang tahniah kerana bakal terbit bb ke3.
ReplyDeleteTak sabar nak pelok ketat2 gitu.
Tahniah... tahniah.... tahniah... kak.
Saya doakan akak terus maju jaya dlm dunia penulisan ni.
Terima kasih Puteri yg menyokong akak selama ini ... terimalah baby ke 3 ni seadanya..
DeleteAda smbgan x lps nih?
ReplyDeleteBest arr.
Pasti ada sampai bab 20 lepas tu akak akan letak treaser yang menarik dari novel SACA ini ... teima kasih sudi singgah ..
Deletebest...3x.
ReplyDeleteterima kasih bay mio ...
Deletewah, dah nak terbit. tahniah.
ReplyDeletejalan cerita pun mcm best.
terima kasih ... jangan lupa dapatkan bulan mac nanti di terbitan penulisan2u...
Deletebaru muncul Kak DD...
ReplyDeleten3 ni best...
Terima kasih Raihana...
Delete