Assalamualaikum....

Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....

Sekiranya terdapat kebersamaan dalam penulisan, itu berlaku di luar bidang kuasa. Idea yang datang secara spontan diluahkan mengikut cetusan rasa.

Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!

Pastikan anda semua menunaikan solat terlebih dahulu sekiranya waktu solat sudah masuk ya...

Sayang anda semua. Muah... Muah...

Followers

Tinggal Link Blog Korang

Wednesday 26 February 2014

SAYANG AWAK CINTA AWAK BAB 5

Bab 5


SALMIHA HAINI bangkit dari tidurnya seawal jam empat pagi. Nak kata tidur, rasa macam tak lena. Nak kata celik, siap boleh mimpi-mimpi lagi. Yang pasti semuanya ngeri dan menakutkan. Sejak menerima panggilan telefon daripada Pak Langnya pukul sebelas lima puluh lima minit malam tadi, hatinya jadi tidak menentu. Kata-kata lelaki itu membuatkan dirinya runsing dan jiwanya kacau. Bingung dia memikirkan sikap dan telatah bapa saudaranya itu. Buntu dia memikirkan perjalanan hidupnya yang tidak seindah mimpi itu.
            Salmiha Haini bangun dan menuju ke bilik mandi. Sebaik sahaja selesai membersihkan diri dan berwuduk, dia melakukan solat sunat taubat dan hajat. Dia ingin memohon ampun dan petunjuk dari ALLAH. Mungkin ada dosa-dosa yang dia lakukan dan terlepas pandang hingga jiwanya tidak tenteram dan bercelaru. Selain itu dia ingin meminta bantuan ALLAH agar masalah yang diciptakan oleh Pak Lang Yusofnya dapat diselesaikan dan dirungkaikan dengan segera.
            Sementara menunggu waktu Subuh, dia mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. Biar hatinya suci dan tenang. Kalam ALLAH itu terlalu indah dan terdapat banyak zat di dalamnya. Sesuai untuk merawat hatinya yang sedang lara. Bagi Salmiha Haini, ALLAH adalah tempat yang sesuai untuk meminta dan mengadu...

“Apabila hambaKU bertanya kepadamu (wahai Muhammad) berkenaan AKU, sesungguhnya AKU amat dekat. AKU memperkenankan permohonan yang berdoa apabila dia berdoa kepada AKU…” Surah Al-Baqarah ayat 186.

“Dan berkata Rabb kalian: Berdoalan kepada AKU, nescaya akanKU perkenankan…” Surah Al-Ghafir ayat 60.

Usai menunaikan solat Subuh, Salmiha Haini ke dapur. Memasak juga adalah salah satu terapi bagi dirinya. Paduan bunyi sudip, senduk dan periuk belanga bagaikan melodi indah buat halwa telinganya. Dan mampu menghalau pergi gundah di hati walaupun seketika cuma. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu melayan nestapanya tatkala ‘berperang’ di dapur.

SOFEA tergamam melihat mata Salmiha Haini merah dan bengkak. Mesti menangis lagi sahabatnya itu. Apalah masalahnya kali ini? Atau masih lagi perihal yang sama? Rakannya yang sedang menghidangkan sarapan itu ditenung. Fikiran kacau pun masih lagi mampu buat sarapan? Kalau aku... memang duduk berkurung dalam bilik je. Malas nak keluar-keluar!
“Miha kenapa ni? Orang tua tu ganggu kau lagi?”
Salmiha Haini angguk kepala. Dia tersenyum walaupun tidak semanis mana.
Sofea mengeluh.
“Tak faham bahasa lagi ke orang tua tu? Bukan ke kau dah tegaskan pendirian kau?” Sememangnya Sofea tidak faham dengan kehendak bapa saudara Salmiha Haini. Lelaki itu bergelar bapa saudara pun sebab berkahwin dengan Mak Lang Salmiha Haini. Jika tidak, memang takde pertalian langsung! Agaknya dia fikir Salmiha Haini pernah menumpang di rumahnya maka Salmiha Haini wajib dan harus ikut segala perintahnya.
Salmiha Haini menghela nafasnya. Wajah teman baiknya ditatap.
“Aku nak buat macam mana Fea? Dia kata... aku terima atau tidak, aku tetap akan dikahwinkan dengan anak kawannya itu. Aku dah buntu sekarang!” Hati Salmiha Haini sedikit tenang dapat berkongsi masalahnya dengan Sofea.
“Ala... kau lapor je pada polis, habis cerita!” Sofea memberi cadangan.
Salmiha Haini memandang tepat wajah Sofea.
“Ada ke... orang buat macam tu? Nanti kalau polis tanya aku apa sebabnya, aku nak jawab apa?” Soalan ala-ala budak bodoh sudah keluar dari mulut Salmiha Haini.
“Kau reka-rekalah cerita. Kau kata kat polis tu, bapa saudara kau yang tak guna tu ugut akan bunuh kau kalau kau tak setuju kahwin dengan pilihan dia.”
Bulat mata Salmiha Haini mendengar cadangan teman baiknya.
“Boleh ke? Buatnya polis tahu aku menipu, tak fasal-fasal aku pulak yang masuk lokap!”
“Cerdik juga kau ni ya! Memang pun kalau polis tahu kau buat aduan palsu, mereka akan humban kau masuk ‘dalam’,” ujar Sofea bersahaja sambil ketawa terkekeh-kekeh. Seolah-olah cadangannya yang tidak masuk akal tadi, tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada Salmiha Haini. Buatnya Salmiha Haini bersetuju menurut cadangannya, tak ke kes niaya?
Salmiha Haini mencebik geram. Macam la... lucu sangat!
“Aku memang cerdik pun! Kau tak tahu ke? Nasib baiklah aku tak jadi pak turut. Kalau tak... memang gali lubang kubur namanya!”
Sofea menarik sengih melihat wajah cemberut Salmiha Haini.
“Haa... apa kata kau lari. Tentu dia tak dapat cari kau lagi.”
Berkerut-kerut dahi Salmiha Haini.
“Nak lari? Ke mana? Duit pun aku takde, kerja jauh sekali. Ada karang aku merempat tepi jalan. Lagipun Malaysia ni bukanlah luas sangat, pasti aku akan bertemu dengan orang tua tu juga. Cuma cepat atau lambat saja. Orang tua itu kan ramai kenalan. Mudah aje dia nak kesan aku.”
Sofea angguk kepala. Benar juga apa yang Salmiha Haini katakan. Macam mana nak lari kalau poket kempis. Sengaja tempah bala namanya. Dan lelaki tua itu pasti ramai ‘kaki’.
“Kenapa kau tak cakap yang kau dah ada pakwe?”
“Masalahnya aku mana ada pakwe,” tukas Salmiha Haini. Geram pula dia dengan Sofea. Macamlah Sofea tidak tahu siapa dirinya. Dia manalah minat ada pakwe-pakwe ni.
“Itulah kau...! Dulu masa Les mengorat, kau jual mahal. Tengok sekarang apa dah jadi? Sekurang-kurangnya kalau kau couple dengan dia, dia boleh tolong kau. Entah-entah sekarang ni, kau dah usung perut.”
Salmiha Haini membaling jejemput yang berada di tangannya ke arah Sofea.
“Apa? Selama ni kau lihat aku tinggal perut kat rumah ke... sekiranya nak keluar?” Tanya Salmiha Haini dengan nada usikan. Namun raut wajahnya diseriuskan.
“Aku maksudkan mengandung,” ujar Sofea sambil menunjukkan isyarat perut ke hadapan. “Apalah kau ni!”
Salmiha Haini tahu apa yang Sofea cuba sampaikan. Sengaja dia buat muka selenga.
Eee... tak naklah aku kat Les tu. Kau tak tengok cermin mata dia tebal mana? Buatnya cermin mata dia pecah atau hilang, jenuh aku nanti.”
“Tak baik tau kau cakap macam tu. Dia tu hensem apa! Cuma cermin mata dialah yang spoil sikit. Kalau kau kahwin dengan dia, kau suruhlah dia pakai contact lens.”
Bulat mata Salmiha Haini mendengar cadangan Sofea. Sesuka hati perempuan ni aje nak suruh orang pakai kanta sentuh.
“Dahlah jangan nak mengarut tak tentu fasal. Nanti tersedak mamat tu!”
Sofea tersengih nakal.
“Sayang juga kau kat dia ek?” Usik Sofea.
“Mana ada! Aku takut dia tercekik, lepas tu ‘gol’. Siapa yang susah? Kau dan aku juga, kan? Sebab tak sempat nak minta maaf,” sindir Salmiha Haini.
“Takpe... jap lagi aku call dia minta maaf,” seloroh Sofea lagi.
Ada saja jawapan perempuan ni! Getus Salmiha Haini.
“Cepatlah makan. Nanti hantar aku pergi interview.”
Sofea memandang pelik muka Salmiha Haini.
“Apa?” Tanya Salmiha Haini sepatah.
“Kenapa pulak aku yang kena hantar?”
Salmiha Haini menunjukkan tangannya yang masih sakit. Macam mana dia nak drive?
“Okeylah aku hantar kau. Tapi balik... kau kena naik teksi. Dan jangan lupa, lepas interview, terus pergi nurseri.”
“Baik bos!” Ujar Salmiha Haini ceria. Terlupa dia seketika tentang kemelut yang melanda hidupnya.
“Banyaklah kau punya bos.” Sanggah Sofea.
“Memang kau bos apa?”
“Tapi aku bukan bos kau!”
Akhirnya tawa mereka terburai bila memikirkan tingkah mereka yang seperti kanak-kanak riang.


BOSAN menunggu, Salmiha Haini membuang pandang ke sekitar ruang pejabat Persada Indah Holdings. Ternampak sahaja papan tanda tandas, dia terus meluru ke arah tersebut. Dengan lagak seperti syarikat itu milik datuknya, dia terus masuk tanpa bertanya kepada pekerja di situ sama ada boleh atau tidak, dia menggunakan tandas dalam ruangan itu.
Semasa Salmiha Haini memasuki ruangan tersebut, dia merasa terpegun. Bukan sahaja pintu diperbuat daripada kaca tetapi juga dinding pejabatnya. Mujurlah dinding dan pintu tandas bukan kaca. Mahu pitam orang yang ingin menggunakan tandas tersebut jika perkara itu berlaku.
Sewaktu Salmiha Haini sibuk membetulkan tudung dan pakaiannya, seorang lelaki keluar dari bilik air yang terdapat dalam tandas itu. Tergamam Salmiha Haini seketika. Lelaki itu juga begitu.
 Lelaki itu merenungnya. Salmiha Haini tahu tentang itu, sebab dia juga sedang merenung lelaki itu melalui cermin dengan perasaan terkejut. Tidak lama selepas itu, lelaki itu terus berlalu tanpa memandangnya.
Salmiha Haini menghela nafas lega. Mujurlah lelaki itu segera keluar. Mahu pengsan dirinya jika lelaki itu membatukan diri di situ. Tanpa tertangguh dia terus keluar dari tandas misteri itu. Rasanya dia tidak tersalah masuk, sebab tidak ada pun tanda yang menunjukkan tandas itu tandas perempuan mahupun lelaki. Kenapalah lelaki itu tak kunci pintu? Hesy... memalukan sungguh!
Salmiha Haini kembali semula ke tempat di mana berlangsungnya sesi temu duga. Entah mengapa, dadanya tiba-tiba sahaja berdebar-debar. Belum pernah lagi dia berperasaan seperti itu sebelum ini. Memanglah gementar hendak bertemu mata dengan penemu duga tetapi tidaklah sampai jantungnya hendak melompat keluar sebegini.
Salmiha Haini sudah resah gelisah di tempat duduknya apabila seorang demi seorang keluar masuk dari bilik mesyuarat. Pabila namanya dipanggil, nafasnya terasa sesak. Hesy... kenapa dengan aku ni? Mengalahkan nak kena temu duga dengan Yang Dipertuan Agong.
Salmiha Haini... Salmiha Haini... bukannya kau tak biasa pergi temu duga, bebel Salmiha Haini buat dirinya. Malahan sejak tamat belajar, sudah berpuluh sesi temu duga dia hadiri. Cuma nasib masih belum menyebelahi dirinya.
Salmiha Haini menyedekahkan senyuman manis buat gadis yang memanggilnya. Namun senyumannya hanya disambut angin lalu. Agaknya semua pekerja di sini sombong-sombong belaka. Itulah persepsinya yang pertama. Namun kerja punya fasal, dia abaikan semua perkara itu.
Langkahnya hampir terhenti bila tempat yang dia hendak pergi temu duga bukannya di bilik mesyuarat. Pabila perempuan sombong tu menegur supaya mengikutnya, Salmiha Haini hanya menurut. Tak kuasa nak cakap banyak! Dalam pada itu, sepanjang jalan dia memikirkan kenapa dia di temu duga di tempat lain? Mungkin position yang dipintanya berlainan dengan mereka. Itulah fikir Salmiha Haini.
Hati Salmiha Haini semakin kucar-kacir bila dia kembali ke ruangan bilik kaca itu. Dia diarahkan duduk di sofa cantik yang terdapat di situ sementara menunggu penemu duganya. Mata nakalnya mengitari apa yang terdapat dalam bilik itu. Nanti senang nak cerita  dekat Si Sofea kepoh tu! Dalam bilik kaca itu terdapat lagi sebuah bilik lain, selain tandas misteri itu. Dekorasi di dalamnya sangat cantik dan menarik. Ada taman mini dan dihiasi dengan bunga-bungaan dan air terjun. Belum pun puas menikmati keindahan dalam bilik itu, ada bayang hitam melintas di hadapannya. Dan apabila menoleh....
Hendak pitam dan pengsan dirinya bila terlihat lelaki yang bersamanya di dalam tandas tadi sedang duduk di hadapannya bersama sehelai kertas. Dia yakin itulah borang yang diisinya sebentar tadi, sebab gambar ukuran pasport miliknya terlekat kemas di situ.


SALMIHA HAINI berasa gugup bila direnung tajam oleh si penemu duga. Jantungnya pula sudah mendendangkan irama rock dan bila-bila masa sahaja bisa melompat keluar. Rasa takut dan tidak selesa, bergaul menjadi satu. Dia membelek seketika baju kurung yang tersarung di tubuhnya. Tudung aku senget ke?  Bisik hati kecilnya. Atau solekan aku comot? Tak pun ada cili terlekat kat celah gigi aku? Tadi rasanya semua dah okey, gumamnya.
Tapi memang betul pun apa kata hatinya. Sebelum sesi temu duga dijalankan, hampir lima minit dia berdiri di hadapan cermin membelek satu persatu apa yang ada di tubuhnya. Macam nak pergi interview untuk calon isteri pulak beria-ia mencantikan diri.
 “Terangkan latar belakang awak,” arah penemu duga tersebut sedikit tegas. Matanya meneiliti CV Salmiha Haini yang berada di tangannya.
“Nama saya Salmiha Haini binti Ishak. Berasal dari Taiping, Perak. Berusia dua puluh empat tahun.” Dan... bla... bla... bla...
“Sebelum ini pernah bekerja?”
Salmiha Haini hendak menggeleng tetapi otaknya pantas menegah.
“Belum pernah.”
“Kira fresh graduatelah ni?” Soal penemu duga itu lagi sambil membelek fail peribadi milik Salmiha Haini.
“Takdelah fresh sangat!” Keluh Salmiha Haini tanpa sedar. Bagaikan sudah tahu nasibnya.
“Syarikat kami memerlukan calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun bekerja untuk mengisi jawatan tersebut,” terang penemu duga itu apabila melihat jawatan yang dipohon oleh Salmiha Haini.
Jawapan yang sudah Salmiha Haini ketahui dan jangka. Mesti dirinya ditolak mentah-mentah. Macamlah yang dah bekerja dua tahun tu terror sangat buat kerja, rungutnya dalam hati. Namun dimaniskan jua raut wajahnya. Tidak mahu penemu duga tersebut sedar apa yang bersarang di hatinya.
“Tak apa saya mengerti,” ujar Salmiha Haini sopan. Walhal dalam hati mahu sahaja dia memprotes.
Lelaki itu memandang wajah Salmiha Haini.
“Beginilah Cik Salmiha.” Wajah Salmiha Haini ditatapnya. “Bolah saya panggil Cik Salmiha aje? Nak panggil Salmiha Haini macam panjang sangat.” Dia tersenyum sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya.
Salmiha Haini angguk. Salmiha atau Salmiha Haini, semua itu adalah namanya jua.
“Boleh.”
Penemu duga itu senyum dan angguk.
Ha... kan bagus kalau dia senyum-senyum macam ni. Takdelah aku terasa macam diinterviu oleh ketua kongsi gelap aje.
“Sekiranya Cik Salmiha bersetuju, saya akan tawarkan jawatan lain untuk Cik Salmiha. Tetapi jawatan tu tak samalah dengan jawatan yang Cik Salmiha pohon. Dan memang tersasar jauh dari apa yang Cik Salmiha belajar semasa di universiti,” jelas penemu duga itu seraya merenung Salmiha Haini dengan senyuman. Tubuhnya disandar ke sofa.
 “Boleh saya tahu jawatan apa?”
“Setiausaha. Tapi bos Cik Salmiha belum ada lagi buat sementara waktu ni. Dia akan mula bertugas secara rasmi dalam tempoh tiga bulan lagi. Andai Cik Salmiha setuju, jawatan tersebut sudah dikira menjadi hak milik Cik Salmiha secara mutlak.”
Salmiha Haini mula mencampur, menolak, mendarab dan membahagi sebelum memberi jawapan. Jika dia terima, memang tersasar jauh dengan apa yang dia timba di universiti. Andai dia menolak, sampai bila dia hendak menjadi penganggur terhormat. Lagipun syok juga. Tiga bulan tu... boleh bekerja tanpa pemantauan daripada seorang bos. Silap-silap, makan gaji buta aje dalam tempoh tiga bulan itu.
“Baiklah saya setuju.”
“Bagus! Awak jangan bimbang, nanti akan ada orang yang beri tunjuk ajar,” kata penemu duga itu. “Selamat datang ke Persada Indah Holdings,” tutur lelaki itu ramah sambil menghulurkan tangannya.
“Maaf ... tangan saya sakit, jatuh motor.” Salmiha Haini menunjuk telapak tangannya yang masih belum sembuh.
“Takpe saya faham,” ujar lelaki itu dengan senyuman.
Salmiha Haini menganalisa raut wajah di hadapannya. Masih muda dan mungkin kelihatan agak okey jika wajahnya tidak diserabutkan dengan misai, jambang dan kaca mata yang berkanta tebal. Macam manalah gamaknya rupa paras dia kalau dia tebas segala ‘rumput dan lalang’ di wajahnya? Mungkin tampan dan menawan walaupun tidak sekacak Tom Cruise, pelakon kesayangan Sofea!
“Ehem... ehem...! Dah habis nilai diri saya? Dapat berapa markah? Boleh jadi calon suami awak ke?”
“Haaaa...” Panjang sungguh dia menarik perkataan ‘ha’ dia tu. Bagaikan tidak percaya yang lelaki itu boleh tahu apa yang berlegar di fikirannya.
“Bukanlah. Saya tak fikir apa-apa pun tentang tuan,” dalih Salmiha Haini sambil tersenyum cantik. Tak akan dia nak cakap ya. Nak mampus! Mahu kena penggal kepala. “Saya nak tanya bila mula kerja, tapi takut.” Bohong Salmiha Haini. Mujurlah otaknya cepat pick up membina alasan.
“Saya suka jika semua pekerja saya melangkah ke hadapan seperti awak.”
Salmiha Haini seperti biasa menunjukkan riak wajah seperti otaknya sudah masuk air bergelen-gelen. Bila masa pulak... aku melangkah ke hadapan? Dia buta ke apa? Tak nampak aku masih duduk tercongok depan dia ni. Oohh... mungkin power cermin mata dia tak cukup tinggi! Itu yang masih rabun! Salmiha Haini mengutuk.
“Saya tak faham. Apa yang tuan cuba maksudkan?” Ceh wah...! Pandai sungguh dia bermain kata-kata. Padahal tadi, dah berbakul-bakul lelaki itu menerima kutukannya.
“Saya maksudkan tadi, saya suka jika semua pekerja saya mampu berfikiran jauh ke hadapan dan produktif seperti awak. Belum apa-apa lagi sudah ada matlamat dalam hidup. Yalah... belum sempat saya arahkan human resource buat offer letter, awak dah tanya bila boleh mula kerja.”
Terkedu Salmiha Haini seketika. Alahai... Salmiha Haini! Kenapalah kau gelojoh sangat bertanya. Kan... dah terkena! Lain kali senyap jelah selagi tuan rumah tak pelawa masuk. Sekarang kan... dah termalu sendiri! Marahnya kepada diri sendiri.
“Takdelah! Tadikan tuan dah ucapkan selamat datang ke syarikat tuan, tapi tuan tak nyatakan pula bila tarikhnya. Itu yang saya bertanya.” Bijak sungguh kau Salmiha Haini melepaskan diri! Bisik hatinya bangga!
“Sebentar!”
Salmiha Haini memerhati lelaki itu bercakap dengan seseorang di talian tapi tak tahu siapa. Apa yang dia dengar, lelaki itu mengarahkan orang itu datang ke pejabatnya dengan kadar segera.



24 comments:

  1. Dah lama tunggu n3 baru.
    rindu sgt dgn Sayang Awak Cinta Awak
    TQ Kak DD.
    Smbg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ... masih setia menunggu ... akan ada entry baru setiap hari insyaallah ...

      Delete
  2. hahaha...
    kelakarlah Salmiha Haini.
    leh lak blur masa intervew.
    best sgt2. Keep writting.
    Mana cik puan writer ni menghilang? Lama tungguuuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ... hanya lama tak update je .. tunggu bulan mac ni akan keluar di terbitan penulisan2u...

      Delete
  3. Suka...
    best sgt. spt biasa x prnh kecewakan saya.
    sbmg lg yerr...

    ~Nin~

    ReplyDelete
  4. x puas bc. pendek sgt.
    sambung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabarnya ... akan ada bab seterusnya dalam masa terdekat...

      Delete
  5. hoyey hoyey. Kk DD sj wat sy tunggu2 n3 baru. windu sgt ngan cite kk DD. TQ kk DD. best3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat kejutan untuk semua .... jgn lupa dapatkan SACA di terbitan penulisan2u mac ini.

      Delete
  6. Assalamualaikum DD.
    Lama x jejak sini.
    Dgr khabar SACA nak terbit bln dpn. Tahniah. Saya doakan yg terbaik utk DD.
    SACA dah masuk listed saya utk bln dpn. Semoga DD terus berkarya n sukses selalu.
    Saya suka dgn hasil tulisan DD. Kena dgn jiwa saya.
    Bab 5 langsung x kecewakan saya. Menarik...
    Nak lagi blh... hingga buku ada kat pasaran. Tak sabar nak peluk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Omah... terima kasih ... jgn lupa dapatkan SACA mac ini..
      Insyaallah akan ada enty baru dalam masa terdekat ni....

      Delete
  7. Bestnya ada bff mcm Sofea ni caring.
    Citer akak ni mmg terbaiklah. Caiyok kak.
    Tak sabar nak tahu perkembangan Salmiha Haini dgn Sharul Hairi.
    Bila la dpt lihat mrk lovey dowey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ,,, tunggu ye perjalanan cinta Salmiha Haini dan Sharul Hairi...
      tunggu next entry ...

      Delete
  8. Kak DD ku sayang tahniah kerana bakal terbit bb ke3.
    Tak sabar nak pelok ketat2 gitu.
    Tahniah... tahniah.... tahniah... kak.
    Saya doakan akak terus maju jaya dlm dunia penulisan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Puteri yg menyokong akak selama ini ... terimalah baby ke 3 ni seadanya..

      Delete
  9. Ada smbgan x lps nih?
    Best arr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti ada sampai bab 20 lepas tu akak akan letak treaser yang menarik dari novel SACA ini ... teima kasih sudi singgah ..

      Delete
  10. wah, dah nak terbit. tahniah.
    jalan cerita pun mcm best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ... jangan lupa dapatkan bulan mac nanti di terbitan penulisan2u...

      Delete
  11. baru muncul Kak DD...
    n3 ni best...

    ReplyDelete