Assalamualaikum....
Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.
Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....
Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.
Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....
Sekiranya terdapat kebersamaan dalam penulisan, itu berlaku di luar bidang kuasa. Idea yang datang secara spontan diluahkan mengikut cetusan rasa.
Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!
Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!
Pastikan anda semua menunaikan solat terlebih dahulu sekiranya waktu solat sudah masuk ya...
Sayang anda semua. Muah... Muah...
Followers
Tinggal Link Blog Korang
Friday, 13 September 2013
Teaser 3 Si Pencuri Hati
“Mana papa?” Tanya Damia sambil menyapu pelembap di tubuhnya.
“Dah masuk tidur,” ujar Darwisy. Matanya tidak lepas memandang Damia. “Esok abang ingat nak balik rumah ayah sekejap. Dah lama abang tak balik. Bonda pun tak habis-habis bertanya bila nak balik,” terang Darwisy. Dia sudah memeluk erat tubuh isterinya. Bau haruman yang menusuk hidung sungguh memikat hatinya.
Damia merenung anak mata suaminya. Sukarnya untuk dia melepaskan suaminya pergi walaupun seketika cuma. Dia akan rindu!
Bagaikan faham apa yang bermain di fikiran isterinya, Darwisy bersuara.
“Abang balik kejap aje. Bila bonda dah tidur, abang balik sini semula.” Tangannya terus membelai tubuh Damia. Bibirnya mula menari-nari di leher isterinya.
“Emmm... baliklah! Abang nak tidur di rumah keluarga abang pun tak apa. Papa ada temani sayang di sini.” Damia menyedapkan hati suaminya. Dia juga tidak mahu dikatakan mengongkong suami.
Darwisy mengangkat wajahnya.
“Eh... mana boleh! Papa lain... abang lain! Lagipun abang mana boleh takde sayang,” bisik Darwisy.
“Mengada-ada,” balas Damia ringkas. Pipi suaminya ditampar manja menutup rahsia di hati. Padahal bagai nak melompat mendengar ujaran suaminya itu.
“Betullah apa yang abang kata. Sayang kan tahu abang sentiasa merindui dan mencintai sayang sepenuh hati,” bisik Darwisy lagi. Pipi isterinya dikucup sayang sebelum beralih ke bibir. Dia mahu memanjangkan ayat-ayat cintanya dengan sentuhan yang mengasyikkan.
***Maaf jika keterlaluan part ini.
Thursday, 12 September 2013
Teaser 2 Si Pencuri Hati
Teaser 2
“Along Reez dengan Angah Isya nak adik, tak?”Darwisy bertanya kepada si kembarnya.
Fareez dan Farisya mengangguk kepala mereka.Bagaikan faham apa yang dikatakan oleh daddy mereka.
Hendak terjojol biji mata Damia melihat perlakuan suami dan anak-anaknya.Hisy... budak-budak ni! Kecik-kecik lagi dah pandai bersekongkol dengan daddy mereka.
Darwisy tersengih nakal melihat mata bulat isterinya.Lantas dia menghampiri isterinya dan merangkul erat tubuh langsing itu.Tangan kanannya di letak atas perut Damia.
“Sebelum hujung tahun ini, abang akan pastikan ada benih abang membesar di sini,” ujar Darwisy sambil merenung mata Damia.
Muka Damia sudah membahang.Matanya di larikan.Tidak sanggup rasanya membalas renungan Darwisy yang mengancam itu.Sudahlah senyuman Darwisy buat dia tidak lena tidur. Mahu dia termimpi-mimpi bila membalas renungan itu.Tangisan Farisya menyelamatkan dirinya.
Darwisy segera melepaskan rangkulannya dan berlalu mendapatkan puteri mereka.
“Kenapa dengan anak daddy ni? Abang kacau ya?”Darwisy memujuk anak perempuannya yang masih belum berhenti menangis.
Damia berasa bahagia dengan sikap ambil berat Darwisy.Sekiranya dia tidak berkeras menyuruh Darwisy pulang ke rumah madunya tentu lelaki itu sentiasa ada di sisinya sepanjang masa.Damia menghampiri Fareez.
Wednesday, 11 September 2013
Teaser 1 SI Pencuri Hati
Teaser 1
“Tak boleh nanti ada yang cemburu,” ujar Darwisy selamba.
“Aku tanya dia, yang kau sibuk menjawab bagi pihak dia tu kenapa?” Soal Benjamin Asyraf tidak puashati.Geram sungguh hatinya.Darwisy tu siapa yang hendak menyibuk?Macamlah Damia tu makwe dia. Dia panggil Damia ‘sayang’ tak mengapa pulak! Gerutu hati Benjamin Asyraf geram.
“Ehem... ehem...” Damia berdehem menghentikan pertikaman lidah yang berlaku.
Kedua-dua lelaki itu pantas memandang Damia.
“Memang benar apa yang Tengku Darwisy katakan.Tapi bukanlah kerana ada yang cemburu, cuma saya tidak selesa.Lagi pula jarang orang panggil saya dengan nama tu. Dan... saya pun tidak mahu mencipta kelainan,” jelas Damia tenang.
Buntang mata Darwisy memandang Damia.Dia mengetap bibirnya tanda menahan geram.Suka-suka dia aje panggil akuTengku Darwisy.Lepas tu siap cakap takde yang cemburu.Habis aku ni apa? Tunggul! Mustahil aku sebagai suaminya tidak cemburu.Normal lah kan kalau suami cemburu!
Damia memandang wajah Darwisy yang kelihatan tegang.Aku ada salah cakap ke?Aku bukannya panggil dia‘awak’.Tak akanlah dia marah aku panggil dia Tengku Darwisy?Habis tu aku nak panggil apa? Hisy... tak akan depan orang luar pun kena panggil abang juga?
“Baiklah saya panggil Damia sahaja.”Benjamin Asyraf dapat melihat riak tegang di wajah Darwisy.Seolah-olah ada menyimpan sebuah rahsia dalam diri lelaki itu.Mungkin Darwisy sudah tertarik dengan Damia, fikir Benjamin Asyraf.Tapi... the best man winlah, kan? Apa salahnya dia cuba memikat PA Darwisy itu?
Thursday, 5 September 2013
Bakal Terbit
Assalamualaikum dan selamat pagi semuanya?
Sebelum tu nak mohon maaf byk2 ya, sbb dah lama tak muncul di sini. Bz sesangat.
Suka cita dimaklumkan Si Pencuri Hati bakal menemui anda semua sedikit masa lagi.
Seperti biasa saya ingin memaklumkan: Jangan mengharapkan sebarang kesempurnaan dalam SPH kerana saya bukan penulis yang baik dan punya banyak kelemahan.
Diharap anda semua dapat terima SPH seadanya.
![]() |
| Tambah kapsyen |
Wednesday, 3 July 2013
SAYANG AWAK CINTA AWAK BAB 3
SALMIHA HAINI DAN SOFEA
memecut laju motosikal masing-masing. Mereka benar-benar sudah kelewatan.
Sepatutnya pukul 6.30 pagi lagi mereka sudah berada di Nur Kasih. Tapi kini,
mereka masih lagi terhegeh-hegeh di atas jalan raya. Ini semua gara-gara tidur
lewat malam tadi. Kesian Wani dan Kak Bibi. Pasti mereka tak menang tangan
ketika ini.
“Aduh...
sakitnya!” Salmiha Haini terjerit kecil. Visor
helmetnya ditolak ke atas. Dia ingin
melihat telapak tangannya yang terasa perit. Bulat mata Salmiha Haini saat
melihat telapak tangannya. “Makkk... lukaaa...!!!” Panjang jeritannya. Mesti
bingit telinga-telinga yang mendengarnya. Lantas helmet ditanggalkan.
“Tolong
aku Sofea...! Tolong aku! Habislah kurang duit hantaran bila bakal suami aku
lihat parut kat tangan ni nanti.” Tangis Salmiha Haini. Habis melecet dan
berdarah telapak tangannya itu.
Sofea
pandang wajah Salmiha Haini dengan rasa tidak percaya. Takde benda lain ke nak sebut? Sengal betul temannya itu!
“Hesy...
kau ni! Biar benar? Setakat melecet ciput
macam ni, takdenya tinggal parut,”
omel Sofea sambil membelek tangan sahabatnya. Setelah itu motosikal kawannya
diangkat dan ditolak ke tepi.
“Besar
macam ni kau kata sikit? Kau biar betul?!” Salmiha Haini tidak berpuas hati.
“Ini kau punya fasallah! Ajak bersembang sampai pukul empat pagi. Tengok... dah
bangun lewat. Sampai aku ‘subuh gajah’,” rungut Salmiha Haini. Terlupa dia
seketika tentang lelaki yang dilanggarnya tadi.
“Eh...
kau nak salahkan aku pulak? Yang kau
tu keluar simpang tak tengok kanan kiri apa hal? Main aci redah aje! Macam tak
reti peraturan lalu lintas,” sindir Sofea.
“Habis
tu, kau asyik cakap cepat-cepat, takut nanti kita terlambat. Jadi aku ikutlah
cakap kau,” marah Salmiha Haini. “Betul ya takde tinggal parut?” Salmiha Haini menunjuk kembali tangannya.
“Kesian bakal suami aku jika dapat isteri yang dah tak cun-melecun,” ujar
Salmiha Haini sambil membelek tubuh badannya. Mujur takde anggota lain yang cedera atau patah riuk, getusnya.
Mak
aii... dia ni! Buat drama pulak kat sini, gumam Sofea. Bukannya
risau tentang kesakitan yang dialami tapi risau tentang calon suami. Pakwe pun
tak ada lagi. Mana nak datangnya calon suami?
“Taklah
Miha. Sapu minyak gamat baiklah tu nanti,” pujuk Sofea.
Sofea
menjeling sekilas jejaka yang sudah terduduk di bahu jalan ekoran hampir disondol
motosikal yang ditunggangi sahabatnya. Mujur juga dia bawa motor sendiri. Jika
tidak... dengan dia sekali terjatuh.
“Ehem...
ehem...”
Salmiha
Haini menepuk sedikit dahinya. Terlupa dia akan lelaki yang hampir dilanggarnya
sebentar tadi. Desis kesakitan juga kedengaran dari ulas bibirnya.
“Maaf
ya sebab hampir langgar abang tadi,” pinta Salmiha Haini. Muka lelaki itu
dibuat pandang tak pandang sahaja. Konon-kononnya hendak jaga aurat mata.
Padahal takut kena maki.
Apa
jenis perempuan hari ni lah? Nak minta maaf, tapi mata pandang ke lain. Apa,
tak cukup kacak lagi ke dia ni? Bebelnya dalam hati. Lelaki itu bangun sambil
menepuk seluarnya yang sedikit kotor. Mujurlah dia sempat mengelak. Kalau tak,
mahu masuk hospital hari ni. Tapi bukanlah salah gadis itu sebenarnya. Dia yang
tergesa-gesa melintas jalan tanpa melihat kanan kiri. Tak fasal-fasal jatuh
tergolek anak dara orang. Tapi tak akan terang-terang nak mengaku salah. Ada
nanti kena belasah dengan dua orang gadis di hadapannya ini.
Melihat
lelaki itu mendiamkan diri, Salmiha Haini mengeluarkan dompetnya. Sekeping not
lima puluh ringgit dikeluarkan bersama sekeping kad.
“Emmm... abang! Ini ada duit sikit, abang
pergilah klinik buat pemeriksaan. Manalah tahu ada anggota badan yang
tercedera. Kalau tak cukup duitnya, abang telefon saya. Kat kad tu ada alamat
dan nombor telefon saya,” ujar Salmiha Haini dengan perasaan gementar. Sayu
hatinya melihat duit yang berada di tangan. Pasti bakal melayang duitnya hari
ni. Sudahlah dia hampir ‘kekeringan’.
Shahrul
Hairi mengambil kad yang dimaksudkan. Ini kad zaman bila? Ada gambar kartun
lagi. Berkerut dahinya melihat nama yang tertulis di situ. Puteri Mawar?
Alahai... dia ni, biar betul! Keturunan bunga la... pulak!
Melihat
kerutan di wajah itu, Salmiha Haini tahu mengapa. Salahnya juga bagi kad nama
zaman tok kadok. Kad itu sebenarnya
kad nama zaman dia sekolah menengah dulu. Nak dibuang sayang, jadi dia simpan
sahaja. Tiada niat pun nak bagi sesiapa kecuali teman-teman rapat yang dah lost contact. Sebab itulah di belakang
kad tersebut, ada tulisan tangannya. Manalah tahu terjumpa kawan-kawannya yang
‘sesat’ kat bandar ni, boleh juga dihulurkan kad tersebut. Tak payah
susah-susah nak cari pen atau kertas, sebab dia dah terlebih rajin menulisnya
dulu.
“Sebenarnya
nama kat depan tu, nama olok-olok. Nama sebenar, alamat dan nombor telefon ada
kat bahagian belakang,” terang Salmiha Haini bersama aksi gadis Melayu
terakhirnya. Ceh... macam lelaki tu
tak nampak perangai sebenarnya sebentar tadi!
Setelah
mendengar penerangan Salmiha Haini, Shahrul Hairi memusingkan kad nama
tersebut. Berpuas hati dengan maklumat yang ada, kad tersebut dimasukkan ke
dalam dompetnya. Wang yang dihulur Salmiha Haini dipandang sepi. Terus dia
bergegas pergi.
Tercengang
Salmiha Haini apabila Shahrul Hairi berlalu begitu sahaja.
“Mak
datuk! Sombong giler ‘mangkuk tingkat
plastik’ tu!” Kutuk Salmiha Haini. “Blah
macam tu aje. Dia tak tahu ke... akibat perangai ayam dia tu, aku jatuh
tergolek? Nasib baik tak kojol. Kalau
tak... aku saman dia cukup-cukup,” marah Salmiha Haini. “Ngok-ngek betul!”
Tambahnya lagi.
Sofea
geleng kepala melihat tingkah temannya. Tak padan dengan sakit, mulut tetap
berbunyi macam mesin-gan.
“Kalau
kau dah masuk lubang kubur, macam mana kau nak saman dia mak cik oiii?” Sindir Sofea.
Salmiha
Haini garu pipinya. Betul juga cakap Sofea. Kalau dah mati macam mana nak
saman. Kemudian dia tersenyum dalam hati. Tak boleh saman, aku cekik dia pulak.
“Tak
baik kau cakap dia ngok-ngek,” nasihat Sofea. “Bukan salah dia
pun.”
Ewah...
ewah... ewah... perempuan ni! Dah syok kat lelaki tu ke? Salmiha Haini
memandang dengan wajah tidak puas hati.
“Macam
mana aku tak kata dia ngok-ngek. Kau tak tengok ke cara dia
melintas tadi? Main nonong aje macam ayam nak lintas jalan. Tak pandang kanan
kiri langsung. Lepas tu... dia dah tahu aku ni sakit, ada ke dia nak tolong
angkat motor dan tolak ke tepi? Ada? Takde
kan? Orang macam tu memang layak dibuat musuh!”
“Hesy...
kau ni! Tak tahu hujung pangkal dah buat kesimpulan. Dia pun jatuh juga tadi,
kan? Manalah tahu tangan dia patah ke... atau terseliuh ke... Itu yang dia tak
dapat nak tolong kau.” Sofea mengemukakan andaiannya yang agak bernas.
Salmiha
Haini mencebik atas keprihatinan Sofea terhadap lelaki itu. Macamlah lelaki tu
buah hati dia, beria-ia nak tolong backup!
Sofea
tahu temannya itu teramat bengang dengan lelaki tadi. Tapi cakap banyak pun tak
guna sebab lelaki tu dah tak ada. Sepatutnya dari tadi lagi Salmiha Haini
menghamburkan rasa kurang senangnya, bukan sekarang.
“Kau
nak bising sekarang pun tak guna, dia dah blah.”
Sofea bersuara.
Salmiha
Haini mengeluh kecil. Benar apa yang Sofea katakan. Dia mengamuk bagai nak rak
pun bukan ada faedahnya. Bukannya lelaki itu dengar apa yang terbuku di
hatinya.
“Jomlah
kita gerak, nanti makin lambat kita sampai. Tak menang tangan pulak Wani dan Kak Bibi melayan
budak-budak tu.” Gesa Sofea.
Salmiha
Haini angguk kepala tanda faham. Berdiri tegak macam tiang lampu kat tepi jalan
ni pun tak ada gunanya. Buat jatuh saham saja. Nasib baiklah tak ramai pengguna
jalan raya masa ni, fikir Salmiha Haini. Macam mana nak ramai kalau pintu
pejabat dah pun buka satu jam yang lalu. Matanya merenung motor Wani yang
‘tercedera’. Aduh... nak kena keluar duit lagi! Keluh Salmiha Haini. Semalam
Wani meminjam keretanya dan berjanji akan memulangkannya hari ini.
MEMANG BENAR
telahan Sofea. Keadaan nurseri Nur
Kasih milik ibu Sofea agak kelam kabut sedikit kerana tidak cukup kakitangan.
Ibu Sofea menjaga nurseri Nur Kasih miliknya di cawangan Seri Alam manakala Sofea
menjaga di Taman Dahlia.
“Kau
duduk kat situ, nanti aku cuci luka kau,” arah Sofea sambil menunjukkan meja
makan yang terdapat di bahagian dapur. Dia kemudiannya mencapai peti kecemasan
yang tersimpan dalam kabinet.
Salmiha
Haini akur dengan arahan teman baiknya. Matanya juga tidak lepas memerhatikan
Sofea.
“Kau
tahan ya, aku nak cuci tapak tangan kau dengan Dettol. Mungkin pedih sikit ni.”
Salmiha
Haini angguk kepala. Mengerti. Tekun dia melihat Sofea mencuci lukanya dan
menyapu ubat sebelum melakukan kerja-kerja membalut. Dia mengenali Sofea ketika
menuntut di UKM. Mereka kebetulan duduk di bilik yang sama tetapi berlainan course. Sofea merupakan anak tunggal,
sama sepertinya. Cuma sahabatnya itu memiliki keluarga yang lengkap berbanding
dirinya. Tujuan dia datang ke Johor Bahru sebulan yang lepas kerana ingin
mencari pekerjaan yang sesuai, selain melarikan diri.
Salmiha
Haini melihat telapak tangannya yang sudah siap dibalut oleh Sofea. Kemas dan
cantik balutannya. Sepatutnya rakannya itu menjadi doktor ataupun jururawat
bukannya tauke pusat jagaan kanak-kanak.
Sofea
pandang wajah Salmiha Haini setelah kerja membalut tangan rakannya itu selesai.
“Oii... mak cik! Kau berangankan siapa?
Kau teringatkan abang yang pakai baju kelabu tadi eh?” Usik Sofea.
“Aku?”
Salmiha Haini tuding jari telunjuk ke arah mukanya. “Ingatkan dia? Takde maknanya! Buang masa dan tenaga aku
aje ingatkan mamat bongkak dan ngok-ngek tu!” Tegas Salmiha Haini.
“Tapikan
Miha, mamat yang kau kata bongkak dan ngok-ngek tu... hensem tau. Kalah pelakon Korea yang bernama Lee Min Ho atau Dennis
Joseph O’Neil.”
“Ek?” Sengaja Salmiha Haini mengejek
Sofea. Dia sedikit pun tak kisah dengan ketampanan atau kekacakan lelaki itu.
Ada apa dengan wajah? Bukannya boleh kenyang pun bila tengok muka dia tu. Sebab
kalau lapar, dia akan cari nasi jugak.
Tak akan dia nak makan muka orang tu
pulak. Ini... kalau Sofea dengar ayat macam ni, tentu perempuan tu bengang.
“Kau
ni... kalau aku cakap mesti ada sahaja yang tak berkenan di hati. Malaslah aku
nak layan kau,” rajuk Sofea.
“Ala...
kau ni! Sikit-sikit nak merajuk. Macam manalah Si Muaz tu boleh tahan? Aku
kalau jadi boyfriend kau, dah lama
aku tendang kau, tahu!”
“Nasib
baik kau bukan boyfriend aku! Kalau
tak... dah lama kau kena tinggal. Yalah! Semua benda yang aku cakap, masuk
telinga kanan pas tu tak sampai
sesaat dah keluar ikut telinga kiri. Makwe mana yang tak bengang?” Tempelak
Sofea. “Entah lelaki manalah yang tahan dapat makwe macam kau ni nanti?”
“Siapa
yang dah ada pakwe? Miha?” Wani yang tidak tahu hujung pangkal datang
menyampuk. Dia sedang mendukung Danish yang baru berusia setahun tiga bulan.
Salmiha
Haini menoleh ke arah Wani. Dia tersengih. Mujurlah Wani tidak mengamuk sewaktu
dia menunjukkan keadaan motosikal gadis itu yang ‘tercedera’. Bahkan air muka
yang ditunjukkan juga cool. Redha...
“Si
Sofea ni... Wani! Dah nak kahwin tak lama lagipun... masih jugak nak menggatal! Entah mamat Lombok mana pulak yang dia berkenan, tak tahulah!” Salmiha Haini mengusik.
Wani
tersengih-sengih mendengar kata-kata Salmiha Haini.
Sofea
menjeling.
“Amboi...!
Amboi...! Amboi...! Engkau bila dah bercakap, langsung tak tengok traffic light tu warna merah ke warna
hijau. Main langgar dan redah aje! Kau jangan sesekali menabur fitnah! Aku
cepuk karang.” Sofea pura-pura marah. “Dengar dek bakal suami aku, tak ke haru
jadinya!” Sofea membesarkan biji matanya pula.
“Maaflah Sofea. Aku sebenarnya tidak maksudkan
apa-apa. Aku sekadar bergurau ajelah. Sejak bila kau jadi sensitif ni?” Luah
Salmiha Haini. Bimbang juga dia jika Sofea ambil hati akan gurauannya tadi.
Melihat tiada riak marah di wajah sahabatnya, dia menyambung kembali
kata-katanya. “Oh... baru aku ingat! Dah nak masuk bulan baru! Patutlah nak naik
angin semacam!” Sakat Salmiha Haini.
“Kau
ni kan...!!! Saja je nak usik aku.
Kalau tak dapat sakat aku satu hari, boleh kena demam kepialu agaknya!” Sofea
menjeling geram namun bibirnya sudah mula menerbitkan senyuman. Dia mana boleh
merajuk lama-lama dengan Salmiha Haini. Alamatnya... kiamatlah dunia.
Wani
geleng kepala melihat aksi majikan dan rakannya bertekak. Dah tua-tua pun
perangai macam budak-budak. Apa-apa pun dia sangat bersyukur punya majikan yang
baik dan tidak berkira. Sekiranya mereka punya masalah, Sofea tanpa banyak soal
akan menghulurkan bantuan. Walaupun majikannya itu masih muda tapi bijak dan
matang dalam membuat keputusan dan perancangan. Kawan baiknya Si Salmiha Haini
juga sama seperti majikannya. Tidak lokek dan mudah memberi bantuan.
BERSAMBUNG.....
Wednesday, 12 June 2013
SAYANG AWAK CINTA AWAK BAB 2
Bab 2
SALMIHA HAINI merenung
siling sambil memikirkan masa depannya. Wang simpanannya sudah tinggal sedikit,
namun hingga kini dia masih gagal mendapatkan sebarang pekerjaan. Mujurlah
teman baiknya Sofea tidak berkira dan sudi membenarkan dia tinggal di situ.
Salmiha Haini mengeluh. Apalah yang akan jadi dengan esok hari? Dan sampai bila
dia nak ‘menanam anggur’ sebegini?
Bunyi
telefon bimbit yang memekakkan telinga, mencantas lamunannya. Salmiha Haini
merenung seketika nama yang terpapar di skrin telefon bimbit itu.
“Aduh...
Mak Cik Sofea ni! Tak agak-agak nak telefon waktu macam ni. Dia tak tahu ke dah
pukul berapa sekarang? Sejak bila mak cik sorang ni tak pandai tengok jam? Atau
jam kat bilik dia mogok?” Rungut Salmiha Haini sambil mengerling jam dinding
jenama Seiko yang tergantung elok di kamar tidurnya.
“Hoi...
kenapa lambat angkat? Naik lenguh ketiak aku pegang telefon ni, kau tahu tak?” Serang Sofea.
Salmiha
Haini bantai gelak mendengar ayat Sofea. Setelah puas ketawa, barulah dia
menyapa sahabat baiknya.
“Assalamualaikum
Cik Sofea a.k.a gadis ayu...” Salmiha
Haini bersuara lunak. Nak tunjuk kononnya dialah gadis Melayu terakhir. Gelaran
gadis ayu diciptanya buat Sofea ketika mereka menuntut di universiti. Ini semua
gara-gara sikap lemah lembut dan sopan santun Sofea ketika berhadapan dengan
kekasih hatinya. Jika tidak, jangan haraplah rakannya itu hendak meng‘ayu’kan
tingkah lakunya.
“Waalaikumussalam...,”
jawab Sofea kurang mesra. “Apasal kau
gelak tahap meroyan kat aku tadi?” Marah Sofea. Kalaulah Salmiha Haini nampak
raut wajahnya kala ini, mahu demam seminggu agaknya.
“Habis
tu kau tiba-tiba aje buat lawak seram pukul dua pagi, macam mana tak kena
gelak!” Ujar Salmiha Haini. Dia kembali mentertawakan Sofea.
“Mana
ada aku buat lawak!” Bangkang Sofea. Makin geram hatinya mendengar tawa Salmiha
Haini yang tiada henti itu. Kalah pesakit mental!
“Wei... mak cik! Orang pegang telefon
bukan lenguh ketiak tapi lenguh tangan. Kau ni bercakap macam tak belajar
Bahasa Malaysia kat sekolah,” ejek Salmiha Haini.
“Lenguh
ketiak dengan lenguh tangan sama ajelah nenek! Bukan ke tangan dan ketiak
bersambung sekali.” Sofea menegakkan teorinya.
“Hesy...
kau ni! Bila aku ajar, kau tak mahu ikut. Macam manalah kau tak kena ambik BM Julai,” bebel Salmiha Haini.
“Kau telefon aku malam-malam buta ni apa kejadahnya?
Kau tak tahu ke waktu-waktu begini aku tengah beradu?”
Macam
manalah Si Sofea tak panggil dia nenek? Kerja dia memang suka berleter dan
membebel. Tapi dengan orang tertentu sahajalah dia berkelakuan sedemikian.
“Aku
tengok bilik kau terang, sebab itulah aku telefon,” ulas Sofea.
“Kenapa
kau tak masuk aje bilik aku?”
Hahaha...
pecah lobang! Ingatkan duduk jauh
beribu batu, sampai bertelefon-telefon. Rupanya bilik sebelah aje...
“Nak
pulas tombol pintu, takut jemari aku yang lembut bak sutera ni jadi kasar!”
Sofea buat dialog drama tak hingat
diri.
“Mak
aii... ayat! Tak agak-agak langsung!
Berlagak nak mampus pun ada. Macamlah kau tu artis popular!” Tukas Salmiha
Haini. Dengan Sofea perkataan yang keluar dari mulutnya memang tidak seperti
gadis Melayu terakhir. Sekiranya dengan orang lain... ayat semanis gula akan
meniti di bibirnya yang cantik dan seksi itu.
“Aku
tak ada pun kata yang aku ni artis popular! Kau tu aje yang pandai-pandai beri
gelaran,” tempelak Sofea.
“Dahlah
bergayut kat telefon. Buat habis kredit dan sakitkan telinga aku aje! Jom kita
borak kat luar.” Salmiha Haini segera menekan butang merah. Dia meneliti wajahnya
seketika di cermin. Terlompat Salmiha Haini melihat objek di dalam cermin
tersebut. Dengan rambut kusut masai dan bedak sejuk yang menepek di muka, dia
sangkakan hantu. Rupanya diri sendiri. Mujurlah takde sakit jantung atau asma. Jika tidak, mahu masuk wad malam ni.
Sewaktu
Salmiha Haini keluar dari biliknya, Sofea juga turut melakukan hal yang sama.
Macam berjanji pulak nak keluar
sama-sama. Dan...
“Hantu!!!”
Jerit mereka berdua.
Masing-masing
masuk kembali ke dalam bilik. Setelah semangat yang hilang tadi pulih dan yakin
itu bukan hantu, Salmiha Haini dan Sofea membuka kembali pintu bilik
masing-masing. Pabila pandangan mereka bertembung, Salmiha Haini dan Sofea
pakat gelak sakan.
“Aduh...
semput aku dibuatnya! Mati-mati aku ingat kau ni hantu,” tegur Sofea sambil
mengurut dadanya yang berdegup kencang akibat terperanjat.
“Habis
kau ingat aku tak terkejut? Dengan baju tidur serba putih. Pastu dengan masker
sepenuh muka, boleh buat aku kiok
awal tahu tak!” Rungut Salmiha Haini. Dah rupa cik ponti aje dia pandang Sofea tadi. Rambut pula mengalahkan rambut
Kak Limah. Mengerbang!
Sofea
menyambut rungutan Salmiha Haini dengan sengihan lawanya.
“Eleh...
muka kau pun teruk gak, penuh dengan
bedak sejuk!” Komen Sofea.
“Hah...
sebab apa kau call aku tadi? Macam
tak menyempat nak tunggu esok,” soal Salmiha Haini.
“Esok
kau ada interview lagi tak? Kalau takde aku nak mintak tolong.”
Salmiha
Haini memandang tepat wajah teman baiknya.
“Nak
ikutkan ada. Tapi kau dah minta tolong, tak akan aku nak hampakan harapan kawan
aku pulak.”
“Inilah...
buat aku sayang kat kau!” Sofea segera memeluk Salmiha Haini dan mencium pipi
gebu kawannya itu.
“Hesy...
kau ni! Tak payahlah nak over sangat!
Buatnya ada orang nampak, tak fasal-fasal kita dituduh dot.lesbian.dot.com.!” Marah Salmiha Haini. Pipinya dikesat.
“Apa
salahnya aku jatuh cinta kat kau? Kau kan cantik! Rugi tau kalau aku lepaskan
kat orang lain,” sakat Sofea. Dia cuba menahan ketawa tapi tak mampu. Akhirnya
terburai jua tawanya.
Salmiha
Haini menjeling geram. Ini boleh mendatangkan marah, gumamnya.
“Melampaulah
tu! Kau tengah buang tebiat ke apa
ni?” Wajah Sofea dipandang dengan rasa geram. “Sebelum aku jadi gila dengan
perangai kau, aku sanggup putus sahabat tahu!” Tempelak Salmiha Haini. “Hei...
cepatlah cakap! Apa sebabnya kau telefon aku? Kau tak tengok dah pukul berapa
sekarang? Aku mengantuk tahu, tak?”
“Aku
nak cakaplah ni. Kau ni pun... tak reti bersabar langsung. Sikit-sikit nak
marah! Kata gadis Melayu terakhir?” Perli Sofea.
“Ya...
gadis ayu! Apa yang boleh gadis Melayu terakhir bantu?” Salmiha Haini bercakap
dengan lemah lembut dan memulakan karektor gadis Melayu terakhirnya. Matanya
sengaja dikerdipkan beberapa kali.
“Ha...!
Kan sedap sikit telinga aku mendengarnya,” puji Sofea tak berapa nak ikhlas.
“Macam ni! Kak Tipah cuti esok sebab nak bawa anak dia pergi klinik. Jadi aku
ingat nak mintak tolong kau cover
tempat dia.” Sofea menerangkan tentang tujuan dia bertemu Salmiha Haini. Dia
merasakan Salmiha Haini tiada masalah untuk membantunya di nurseri memandangkan
teman baiknya itu selalu berkunjung dan bermain dengan anak-anak di situ jika
ada masa lapang. Rakannya juga rapat dengan pekerja-pekerjanya.
Salmiha
Haini garu dagunya. Bab ni dia lemah sikit. Nak-nak kalau kena jaga bayi.
Memang dia angkat tangan menyerah kalah. Dia memang tak pernah jaga budak kecik
dan tak pandai. Kalau ada pun Si Rafeah, anak arwah Mak Langnya. Itu pun
sekejap-sekejap, waktu arwah Mak Lang dan keluarganya pulang ke kampung. Tapi
Si Rafeah dah besar masa tu. Dia sekadar memerhatikan sahaja bimbang jatuh
tergolek. Pak Lang Yusofnya akan membebel jika anak perempuannya lebam sana
sini. Sayangkan anaklah katakan...
Dia
mengelamunlah pulak! Sofea menyigung
lengan Salmiha Haini.
“Emmm... bolehlah kut!” Salmiha Haini
memberi persetujuan.
Lapang
rasa dada Sofea apabila Salmiha Haini sudi membantu. Mahu tak menang tangannya
di Nur Kasih jika rakannya itu enggan membantu. Menjaga bayi dan kanak-kanak
bukanlah perkara yang mudah. Keselamatan mereka merupakan perkara utama dan
perlu dititikberatkan selain makan minum, kebersihan dan kesihatan mereka.
“Jomlah
kita masuk tidur, nanti lewat pulak
kita bangun.”
Amboi!
Mentang-mentang aku setuju tolong dia, terus ajak tidur. Kalau tak... dia asyik
buat wayang aje, omel Salmiha Haini dalam hati.
Tanpa
sepatah kata Sofea masuk ke biliknya.
Salmiha
Haini menggeleng kepala melihat telatah temannya. Dia turut bangun dan berlalu
ke bilik yang disediakan untuknya.
BERSAMBUNG.... :D
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
+(1).jpg)
.jpg)
.jpg)

