Assalamualaikum....

Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....

Sekiranya terdapat kebersamaan dalam penulisan, itu berlaku di luar bidang kuasa. Idea yang datang secara spontan diluahkan mengikut cetusan rasa.

Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!

Pastikan anda semua menunaikan solat terlebih dahulu sekiranya waktu solat sudah masuk ya...

Sayang anda semua. Muah... Muah...

Followers

Tinggal Link Blog Korang

Tuesday 3 April 2012

Cinta Itu Milikku Bab 18


AHAD ini, umat Islam akan menyambut Ramadan al-Mubarak. Athirah akan ke rumah abang-abangnya di Bangsar. Dia sudah tidak sabar hendak bertemu mata dengan emak dan ayahnya. Teman-teman baiknya juga mengambil peluang pulang ke kampung masing-masing memandangkan mereka bercuti selama tiga hari. Bolehlah mereka melepaskan kerinduan terhadap keluarga tercinta.


Kepada Mikhail sudah disampaikan pesan, tidak boleh berjumpa mahupun menelefonnya di sepanjang bulan Ramadan. Mulanya Mikhail enggan menyetujui rancangannya. Bila alasan logik Athirah berikan, barulah Mikhail bertolak ansur sedikit. Tetapi... lepas solat tarawih, Mikhail akan menghubunginya. Alasan yang Mikhail berikan sangat mudah. Waktu malam orang sudah tidak berpuasa dan puasa tidak terbatal jika ada terlanjur kata. Athirah sudah tidak boleh berkata apa, melainkan... mengizinkan sahaja. Jika dia membangkang lebih-lebih, takut pula Mikhail mencari alasan lain untuk mendekatinya.


Masa yang dinanti tiba jua, semua abangnya pulang awal dari kerja memandangkan emak dan ayahnya ada di rumah. Selalunya jika Athirah datang ke rumah abang-abangnya, hanya Rosman sahaja yang kerap pulang awal. Roslan selalu on call manakala Rostam sering kerja lebih masa atau keluar daerah.


“Mak...  rindunya Baby dengan mak.” Athirah menjerit keriangan lalu mendakap dan mengucup wajah emaknya bertalu-talu melepaskan rindu yang terbuku di hati.


“Mak pun rindukan Baby,” ujar Mak Salamah sambil mengusap manja kepala anak gadisnya itu.


Setelah itu, dia mendapatkan ayahnya pula. Dia mencium tangan dan pipi kanan serta kiri ayahnya dengan penuh kasih.


“Ayah... macam mana memandu jauh, tak penat ke?” tanya Athirah manja.


“Penat tu, memanglah penat Baby. Maklumlah... ayah ni dah tua! Bukan macam sepuluh atau dua puluh tahun dulu. Tapi Alhamdulillah, ALLAH masih beri ayah tenaga untuk berjumpa dengan anak-anak kesayangan ayah ni,” ujar Pak Kassim ceria. Gembira sungguh hatinya dapat berkumpul dengan anak-anaknya yang seramai empat orang itu.


“Alah, ayah bukannya tua sangat! Nak buka ‘cawangan’ lagi satu pun boleh!” usik Athirah sambil menjeling manja ke arah emaknya.


Pak Kassim sudah tertawa lucu mendengar usikan nakal anak bongsunya.


Mulut Mak Salamah sudah memuncung. Dia turut menjegilkan mata buat anak kesayangannya itu.


Riuh-rendah keadaan ruang tamu dengan derai tawa mereka.


“Sudahlah tu... jangan nak tarik muncung empat belas. Tak akan awak tak tahu perangai gila-gila anak dara awak ni? Satu hari tak mengusik kita, memang tak sah hidup dia.” Pak Kassim memujuk isteri kesayangannya.


Pak Kassim amat menyayangi Mak Salmah. Tidak pernah terniat di hatinya hendak menduakan Mak Salamah. Andai ditakdirkan Mak Salamah pergi dulu, dia tetap akan setia dan sanggup menghabiskan sisa-sisa hidupnya sendirian. Sekiranya boleh, dia ingin sehidup semati dengan isterinya.


Abang-abang Athirah sudah beratur menunggu giliran mendakap adik kesayangan mereka.


“Abang Lan, rindunya Baby pada abang.” Athirah mencium tangan dan pipi abangnya itu. “Rasanya dah sebulan lebih kita tak jumpa, kan?” Athirah bersuara manja. “Abang... tahun ni nak duit raya lebih sikit! Jangan bagi tahu yang lain,” bisik Athirah. Lantas pipi abangnya dicium kasih sekali lagi.


Roslan tersenyum melihat gelagat manja adiknya itu. Walaupun Athirah sudah berusia hampir dua puluh tahun tetapi perangainya mengalahkan budak berumur sepuluh tahun dan sangat penakut. Teringat Roslan gelagat Athirah setiap kali lepas menonton filem seram, pasti dia dan Rosman atau Rostam terpaksa menemankan Athirah tidur. Kadangkala mereka bertiga atau berempat, tidur di ruang tamu selepas menonton filem seram tersebut. Kelakarnya... Athirah akan menyediakan selimut dan bantal bila menonton untuk menutup muka dan telinganya.


Pernah Athirah mengajaknya menonton filem Jangan Pandang Belakang. Baru sahaja filem tersebut dimainkan, Athirah sudah memeluk lengannya dengan kejap dan muka Athirah sudah menyembam ke dadanya. Bila ada penonton menjerit, adiknya itu sudah menggigil ketakutan. Terpaksalah dia memeluk adiknya, dari awal cerita hinggalah cerita itu selesai. Ada juga mata-mata yang memandang aksi mereka. Namun semua itu diabaikan, kerana dia tahu apa yang dilakukannya. Tentu mereka menyangka dia dan Athirah sedang melakukan aksi 18sx di tempat awam. Tidak kurang juga, ada rakan sejawatnya yang cemburu melihat kemesraannya dengan Athirah dan ada yang menyangka Athirah itu teman wanitanya.


Emm... okey! Tapi janji... puasa mesti penuh!” bisik Roslan dengan ketawa kelucuan.


Athirah mencebik dengan lawak bodoh Abang Roslannya.


“Teruklah Abang Lan ni... kedekut! Kalau macam tu sampai bila-bila pun tak dapat,” ujar Athirah sedikit merajuk.


Gila ke abang aku ni? Ada ke patut aku disuruhnya puasa penuh. Agaknya sejak bergelar doktor ni, skru otaknya pun dah jadi longgar!


Athirah berlalu mendapatkan Abang Rosmannya pula. Sepertimana Roslan, begitu juga dilakukan pada Rosman. Tangan abangnya itu dicium, begitu juga kedua-dua belah pipinya.


“Abang Man sihat?” tanya Athirah mesra. “Baby tengok badan abang dah semakin berisi,” usik Athirah. “Abang senang hati atau sudah ada buah hati?” Athirah menyakat abangnya yang kedua itu. Kedua-dua belah keningnya dijongketkan.


Dia tahu karektor abangnya itu agak pemalu dan manja. Adalah mustahil untuk abangnya itu mencari kekasih, melainkan emaknya yang mencarikan jodoh ataupun ada perempuan yang sudi menjodohkan dirinya dengan abangnya itu. Setakat ini hanya dia dan emaknya sahaja perempuan yang Rosman rapat.


“Amboi... Baby tua abang ni! Banyak sungguh soalan! Nak jawab yang mana dulu pun Abang Man dah tak tahu.” Rosman mengusik adiknya.


“Ala... cakap aje yang Abang Man tak nak jawab soalan Baby!” Athirah pura-pura merajuk.


Mereka yang berada di ruang tamu sudah ketawa dengan gelagat Athirah.


Mak Salamah menggeleng kepala melihat telatah anak perempuannya itu. Dari kecil sampai dewasa, manja dan merajuknya tidak pernah berkurangan. Pernah dia terlupa bekalkan nasi dagang untuk Athirah ke sekolah, dua hari anaknya itu mogok bercakap. Sejak itu, apa yang Athirah pesan, dia akan rekodkan betul-betul dalam kepala otaknya.


“Abang sihat. Alhamdulillah. Buah hati takde lagi. Kenapa? Baby dah carikan calon untuk abang ke? Kalau dah tolong carikan, bagus juga. Tak payah abang susah-susah nak cari atau buat iklan,” giat Rosman.


Mata Athirah sudah bulat bersinar. Kata-kata Abang Rosmannya bagaikan memberi lampu hijau untuk dia menjodohkan abangnya itu dengan Salmi.


“Abang Man, bab cari girlfriend nanti kita cerita ya!” bisik Athirah sambil mengenyitkan matanya.


Tersenyum Rosman mendengar kata-kata Athirah yang dianggapnya sebagai sebuah gurauan. Dia tidak tahu yang adik kesayangannya itu sudah pun punya agenda untuk dirinya.


“Abang Man... kes khalwat artis hari tu macam mana? Betul ke cerita tu atau ada yang cuba sabotaj dia?” tanya Athirah. “Tengok dari air muka dia macam orang baik-baik. Tak akanlah dia sanggup menjatuhkan maruah diri dan keluarganya,” tambah Athirah sambil melentokkan kepalanya di bahu abangnya itu.


“Tentang kes khalwat tu, kita tutup buku sebab masih lagi dalam siasatan. Lagipun tak baik jaga tepi kain orang,” ujar Rosman. Tangannya mengelus rambut adiknya yang keperangan itu.


“Duit raya tahun ni nak lebih tau sekiranya misi Baby berjaya,” bisiknya kepada Rosman. Dia akan cari jalan untuk merapatkan Abang Rosmannya dengan Salmi.


Rosman hanya menggeleng kepala melihat adiknya itu. Misi apa yang adiknya maksudkan pun dia tidak faham.


“Dah tua bangka masih nak duit raya lagi?” Rosman mengusik Athirah.


“Itu sudah semestinya! Tahun ni nak beraya dan bergaya sakan.” Athirah sudah tersengih dengan kata-katanya.


Rosman tersenyum. Terserlah lesung pipit di kiri kanan pipinya.


Athirah geram melihat lesung pipit Rosman. Rasa hendak dicubit sahaja pipi itu.


“Abang Man jangan berhenti senyum!” jerit Athirah. Chuppp...!!! Sebuah ciuman hinggap di pipi Rosman.


Kaget Rosman seketika. Ingatkan kenapalah Athirah menyuruhnya supaya jangan berhenti tersenyum. Rupa-rupanya... adiknya yang nakal itu ingin mengucup lesung pipitnya.


“Nakal sungguh!” ujar Rosman sambil menarik hidung mancung Athirah.


Athirah sudah tergelak kelucuan begitu juga dengan yang lain. Dia segera melarikan diri. Bimbang Rosman menjotosnya pula. Rostam merupakan destinasi terakhirnya untuk membuli.


“Hai... abangku yang paling tak hensem dan berbau busuk! Apa khabar? Long time no see, duit kat bank mesti berkepuk-kepuk, kan?” usik Athirah sambil mendapatkan Rostam. Tangan dan pipi abangnya itu dicium sayang.


Dengan Rostam tingkah laku Athirah tiada batasnya. Jika dia tidak membuli Rostam, dia pula yang akan dibuli. Semenjak dia menyambung pelajaran dan abangnya itu sudah bekerja, mereka jarang berjumpa. Apatah lagi hendak bermanja. Kebelakangan ini, Rostam sering keluar daerah. Kadangkala hingga berminggu-minggu lamanya. Pagi Ahad ini, Abang Rostamnya akan berangkat ke Dubai untuk beberapa minggu. Dia ditugaskan memantau projek di sana. Abangnya itu hanya akan pulang, lima hari sebelum umat Islam menyambut Aidil Fitri.


“Huh, Baby! Memang tak sayang mulut dan buta mata agaknya? Makin tua, mata makin rabun dan tak reti nak menilai kekacakan abangnya ini. Ada ke patut Abang Tam yang hensem lagi kacak macam Tom Cruise ni, dia boleh kata tak hensem?”


“Tak patut... tak patut!” sahut abang-abangnya yang lain.


Emak dan ayahnya sudah ketawa melihat telatah mereka adik-beradik. Kalau keempat-empat anaknya ini berkumpul, mahu terbalik rumah dibuat mereka.


“Belajar macam mana? Okey? Kat sana ada tak orang nak mengurat Baby abang yang tak cantik ni?” Rostam bertanya.


Mustahil tidak ada yang berkenan dengan adiknya yang seorang ini? Cuma status adiknya itu sahaja yang menghalang dia rapat dengan mana-mana lelaki. Dia tidak akan teragak-agak ikut campur jika adiknya itu bertemu jodoh dengan lelaki lain. Dia tidak sanggup melihat keadaan adiknya lagi. Ada suami tapi macam belum berkahwin. Suami entah ke mana, isteri pula entah ke mana. Tapi apa yang dia dengar, suami adiknya juga tidak menginginkan perkahwinan ini. Si lelaki pun satu! Sekiranya tak nak, lepaskanlah cara baik. Ramai yang beratur hendakkan adiknya itu. Sahabatnya juga ramai yang bertanya. Cuma dia sahaja yang tidak berani berjanji dengan rakan-rakannya itu. Kasihan Athirah, desis hati Rostam.


“Tolong... sikit ya! Siapa yang tak cantik? Baby abang ni sekali petik jari, bukan kata satu gerabak malah berpuluh-puluh gerabak yang datang beratur nak masuk meminang tahu!” jelas Athirah tidak berpuas hati.


“Gerabak kereta api yang masuk meminang buat apa? Kita kalau boleh biarlah manusia. Ada ke patut adik abang ni nak kahwin dengan gerabak. Hisy... tak pernah dibuat orang!” sakat Rostam. Dia sudah ketawa terbahak-bahak melihat Athirah menjeling geram dan ketap bibir. Suka sungguh dia dapat menyakat adiknya itu.


Eeii... malaslah nak kawan dengan Abang Tam!” Dia menolak bahu abangnya itu. “Bercakap dengan Abang Tam, sama macam bercakap dengan Mi... kha...” Terhenti ayat Athirah di situ seketika. “Ha... Salmi... Kak Salmi!” Athirah sudah memukul-mukul badan Rostam untuk menutup kesilapannya sebentar tadi.


“Aduh! Sakitlah Baby.” Rostam menangkap tangan Athirah.


“Duit raya tahun ni up lima puluh peratus daripada tahun lepas sebab Abang Tam dah sakitkan hati Baby,” ujar Athirah.


Mak aii... banyaknya Baby nak duit raya! Baby mana pandai pegang duit banyak-banyak! Baby kan kecik lagi! Diapers pun mak yang tolong pakaikan.” Rostam sudah menghamburkan tawanya sekali lagi. Begitu juga dengan abang-abangnya yang lain. Gamat sungguh suasana rumah bujang itu dengan kerenah mereka adik-beradik.


“Mak tengok abang-abang ni! Suka sakitkan hati Baby.” Athirah mengadu dengan emaknya. Dia mendapatkan emaknya dan melentokkan kepala di atas riba Mak Salamah.


“Roslan, Rosman, Rostam... kenapa buat adik kamu macam tu? Nak kena dengan mak  ni!” Mak Salamah pura-pura marah.


Ketiga-tiga anak bujangnya sudah menarik sengih.


Pak Kassim menyembunyikan tawanya.


“Dah jangan merajuk! Nanti mak rotan mereka,” pujuk Mak Salamah.


Mendengar perkataan rotan, sekali lagi tawa mereka pecah.


Athirah turut ketawa besar mendengar kata-kata emaknya itu.




MAK SALAMAH membelai-belai manja rambut Athirah. Inilah racun, ini juga penawar mereka sekeluarga. Anak-anaknya yang pertama, kedua dan ketiga adalah lelaki. Jika Athirah tidak ada, sudah tentu dia tidak dapat merasa bagaimanakah bahagianya memiliki anak perempuan. Anak keempatnya juga lelaki tetapi sudah meninggal dunia kerana masalah jantung berlubang. Mak Salamah benar-benar bersyukur dengan kurniaan ALLAH ini.


Dia juga kasihan dengan nasib yang menimpa Athirah. Besannya kerap menghubungi untuk mengetahui keadaan menantu kesayangannya ini. Cerita terkini yang diberitahu oleh besannya itu, amat mengembirakan hati Mak Salamah. Harap-harap adalah perkembangan positif selepas ini. Dia mahu anaknya kenal rapat dan jatuh cinta dengan sendirinya tanpa perlu dia atau suami yang mengerah perasaan anak gadisnya itu. Mak Salamah dan besannya telah berpakat hanya meninjau dari jauh sahaja hubungan mereka. Mak Salamah bersyukur kerana Athirah tidak jatuh cinta di tempat yang salah.


Selepas makan malam dan solat Isyak berjemaah, mereka anak-beranak bersantai di depan TV. Athirah masih lagi berkepit dengan emaknya. Jika boleh dia tidak mahu berenggang dengan emaknya walaupun sesaat.


“Tahun ini, siapa nak minta Baby buatkan baju raya, sepasang harganya RM200.” Athirah mula bersuara. “Oleh kerana tukang jahitnya tidak lama lagi bakal memegang degree, jadi harga upahnya mengikut sijil kelayakan si tukang jahit tersebut,” ujar Athirah sambil menarik sengih.


“Mak... datuk... cucu... cicit... mahalnya harga! Cekik darah sungguh Baby ni!!! Mengalahkan tukang jahit profesional!” ujar Rostam tidak berpuas hati.


“Tak akan takde diskaun untuk Abang Man... Baby? Gaji abang bukanlah banyak macam Abang Lan dan Rostam ni.” Rosman merayu sambil membuat muka sedih.


“Eh, mana boleh! Jika Abang Man dapat diskaun, Abang Lan pun nak tuntut diskaun juga. Sebagai pengguna, Abang Lan ada hak menuntut. Tak adillah berat sebelah. Sekiranya tak jujur dalam perniagaan, nanti bahu senget sebelah sebab berat bawa dosa!” balas Roslan. Dia juga tidak mahu kalah dalam bab tawar-menawar.


Sorry...!!! Segala surat-menyurat dan pujuk-memujuk tidak akan dilayan! Sekiranya nak suruh Baby jahitkan baju raya, pagi esok bagi duit. Baby nak pergi beli kain dan harganya tetap RM200. Kalau tak, tak ada baju raya!” ugut Athirah. Sebenarnya RM200 itu bukanlah harga upah semata-mata tetapi meliputi duit untuk membeli kain ela dan langsir. Athirah sengaja bikin gempak dengan abang-abangnya.


Athirah tahu, abang-abangnya lebih gemar dia menjahit baju raya untuk mereka berbanding membeli di kedai ataupun butik. Kata mereka, baju yang dijahit olehnya lebih selesa dan jahitan pun kemas. Abang-abang Athirah lebih gemar memakai baju Melayu teluk belanga berbanding cekak musang. Bajet untuk emak dan ayahnya, Athirah telah sediakan lebih awal lagi. Athirah juga bercadang hendak membuat baju untuk mama dan papa angkatnya. Tahun ini, mama dan papa angkatnya akan beraya di UK, sama seperti tahun-tahun yang lepas.


“Okeylah... kami setuju!” Lemah sahaja ayat yang keluar dari mulut Rostam. “Janji tahun ini dapat pakai baju raya hasil tangan Baby. Nanti bila Baby dah berkepit dengan suami  dan dah ada anak, tentu dah tiada lagi baju raya untuk kita semua selepas ini,” ujar Rostam dengan nada yang sengaja disedihkan.


Adoi, abang aku yang sorang ni! Andai berlakon sedih, pulanglah pada dia. Dia ingat aku sentap melihat kesedihannya itu? Kirim salam sikit ya... wahai abangku Rostam, bisik Athirah dalam hatinya.


Bila Rostam menyebut tentang suami, hatinya berlagu riang. Perasaan rindu terhadap lelaki itu terlalu membuak-buak diketika ini. Mujurlah emaknya tidak banyak bertanya bila dia menyuruh membawa kad dan sijil nikahnya ke mari. Sejak dia tahu Mikhail itu adalah suaminya, Athirah rasakan dia perlu membawa kad nikah ke mana sahaja dia pergi. Ditakdirkan tertangkap khalwat, tidak perlulah mereka berada dalam kekalutan sekiranya disoal siasat.




ROSMAN membawa Athirah, emak dan ayahnya ke Euro Moda yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka. Roslan tidak dapat turut serta kerana bertugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala Rostam terpaksa ke pejabat kerana ingin meneliti beberapa dokumen yang perlu dibawa ke Dubai.


Mereka tiba di rumah sekitar satu tengah hari. Athirah berpuas hati dengan pilihan warna baju raya tahun ini. Dia juga bercadang membuat sepasang baju Melayu buat suami tercinta. Cuti yang berbaki lebih kurang dua hari akan digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyediakan persiapan hari raya tersebut.


Selepas rehat beberapa ketika, Athirah mengambil ukuran baju emaknya. Dia bercadang hendak menjahit baju kurung terlebih dahulu. Malam nanti, dia akan mengambil ukuran baju Melayu ayah dan abang-abangnya. Hari Ahad dan Isnin akan digunakan masa yang ada untuk menjahit baju kurung dan memotong baju Melayu. Dengan kemahiran yang dimiliki, tentulah dia tidak akan mengambil masa yang lama untuk memotong dan menjahit baju-baju tersebut. Cuma hendak menjahit tulang belut dan menyembat baju sahaja memerlukan sedikit konsentrasi. Menjahit tulang belut dan menyembat baju akan dilakukannya selepas sahur atau waktu senggang.


Mujur juga emaknya membawa mesin jahit ke rumah abangnya. Jika tidak, tentu sukar bagi Athirah hendak menjahit baju-baju tersebut. Mesin jahit itu, hadiah daripada Roslan sempena dia tamat menjalani kursus menjahit tidak lama dahulu. Mesin jahit jenama Singer itu amat disayangi Athirah dan sangat berjasa kepadanya. Athirah bercadang, sekiranya tiada kelas ganti sempena cuti hari raya nanti, dia akan pulang ke rumah abangnya pada hujung minggu. Jika tidak, dia akan menumpang di rumah Kak Hana dan Kak Ani untuk menjahit pakaian tersebut.


Athirah tahu, dia perlu pandai membahagikan masa antara belajar dan menyiapkan pakaian tersebut. Mujurlah dia telah membereskan assignmentnya lebih awal. Oleh itu, dia mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan pakaian raya tersebut.



SESUDAH bersahur dan solat Subuh, Athirah menjahit baju kurung untuk dia, emak dan ibu angkatnya. Sepanjang masa dia hanya duduk menghadap mesin jahitnya sahaja. Akhirnya... enam pasang baju kurung sudah siap dijahit. Kerja-kerja menjahit tulang belut dan menyembat bahagian badan dilakukannya kemudian.


Selepas Asar, Rosman mengajak Athirah membeli juadah berbuka puasa di sekitar taman perumahan mereka. Ketika menunjukkan kuih-muih yang ingin dibeli Rosman pada gadis yang menjaga gerai tersebut, Athirah terasa bahu kanannya dicuit orang. Apabila menoleh, Mikhail sedang merenungnya tajam.


“Sa...” Mikhail bersuara.


Belum sempat Mikhail menyebut perkataan sayang. Rosman telah pun memanggil Athirah supaya mengikutnya ke gerai lain. Mikhail mengikut ke mana sahaja Athirah pergi dengan perasaan cemburu yang memenuhi ruang dada.


“Sayang... siapa tu? Tak nak kenalkan dengan abang ke?” bisik Mikhail dengan nada berbaur cemburu.


“Ini abang sayalah...,” bisik Athirah kerana tidak mahu Rosman mendengarinya.


Rosman yang mendengar adiknya sedang berbisik dengan seseorang cuba memasang telinga untuk mendengar perbualan seterusnya. Namun hampa kerana adiknya sudah menyepi. Dia memandang lelaki yang berada di sebelah Athirah. Uda dan dara ini tidak sedar  mereka sedang diperhatikan.


Athirah pura-pura sibuk memandang makanan yang berada berhampiran dengan Mikhail.


Mikhail juga melakukan hal yang sama.


“Sa... yaaa...”


Terpandang sahaja wajah lelaki di sebelah Athirah sedang merenung tajam ke arahnya, Mikhail menukar rentak bual bicaranya.


“Sahabatku Athirah, apa khabar? Banyak beli juadah berbuka puasa?” Mikhail mula bertanya dan bersikap formal.


Athirah yang mendengar kata-kata Mikhail hampir tertawa. Pandai sungguh berlakon, gumam Athirah.


“Sihat... Alhamdulillah!” balas Athirah mesra.


Rosman memandang lelaki yang menyapa adiknya itu dengan seribu pertanyaan.


“Abang Khai, ini abang saya, Rosman.” Andai Mikhail boleh berlakon, kenapa tidak dia!


Mikhail menghulur tangan bersalam.


“Abang Man, kenalkan ini Mikhail, ketua pelajar dekat kampus Baby.”


Rosman turut menghulur tangannya.


Baby? Desis hati Mikhail tidak berpuas hati. Seperti panggilan manja untuk pasangan kekasih aje. Mereka ni betul ke adik-beradik? Muka tak sama pun. Puas Mikhail menilik  muka di hadapannya untuk mencari persamaan. Bukan kata persamaan yang dia temui, tapi jauh panggang dari api adalah! Seorang kacukan Inggeris dan Timur Tengah manakala seorang lagi kacukan Melayu dan Cina. Cuma mata aje tak berapa nak sepet. Walaupun putih kulitnya hampir sama, tapi raut wajah ketara perbezaannya. Jika pasangan kekasih, boleh diterima logik akal. Adik-beradik?  Sukar Mikhail menerima kebenarannya.


Melihat kerutan di wajah Mikhail, Rosman tahu Mikhail agak keliru dengan pertalian saudara di antara mereka.


“Marilah berbuka puasa di rumah. Emak dan ayah kami pun ada,” pelawa Rosman ikhlas. Ingin juga dia tahu sejauh mana keakraban Athirah dengan lelaki yang bernama Mikhail itu. Athirah harus disedarkan siapa dirinya. Jika setakat berkawan sahaja tidak mengapa. Tetapi jika melibatkan hati dan perasaan macam mana?


Walaupun dia tahu sejauh mana hubungan adiknya itu dengan suaminya, tetapi selagi lelaki itu belum menjatuhkan talak, adiknya tidak boleh jatuh cinta atau rapat dengan mana-mana lelaki. Semasa Athirah menikah, dia berada di Jordan. Oleh itu, dia tidak pernah lihat rupa paras adik iparnya itu. Tiada gambar yang tersimpan kerana semuanya telah dibakar oleh Athirah.


Emm... tak apalah bang! Mungkin lain kali. Lagipun saya nak cepat. Nanti tertunggu-tunggu pula umi saya di rumah kawannya.”


“Jika Mikhail sudah kata begitu, tak apalah. Mungkin lain kali kita boleh berbuka puasa bersama,” balas Rosman.


Athirah hanya memerhati abangnya berbual dengan Mikhail.


“Sekiranya ada masa, jemputlah ke rumah saya di Bukit Damansara.” Mikhail berbasa-basi.


“Insya-ALLAH,” jawab Rosman bersama senyuman. Dia memandang wajah Athirah pula.


Baby... ada nak beli apa-apa lagi tak?”


Athirah menggeleng.


“Jika tidak ada, jomlah kita balik.”


Selepas bersalaman dengan Mikhail, Rosman bergerak terlebih dahulu sambil meninjau jika terdapat juadah yang menarik.


“Abang Khai, Athirah balik dulu ya. Banyak-banyakanlah amal ibadat. Mata tu kena jaga! Jangan pandang tempat yang tidak sepatutnya. Nanti hilang pahala puasa,” bisik Athirah. Tertawa dia kerana dapat mengenakan Mikhail.


“Apa sayang panggil abang? Abang Khai? Memang nak kena ni! Mujur bulan puasa! Kalau tidak, mulut tu memang dah kena cubit,” bisik Mikhail. “Lagi satu, mana ada abang pandang tempat lain sekiranya sayang sentiasa mengungguli carta teratas. Setiaku hanya untukmu selamanya,” bisik Mikhail kegirangan. Tidak disangka, ada hikmah rupanya dia mengikut uminya ke Bangsar. Dapat juga dia bersua dengan buah hatinya itu.


“Mulut tu jaga! Jangan cakap merapu sahaja. Ingat sikit, kita berada di bulan Ramadan,” ujar Athirah tegas dan berlalu mendapatkan Rosman. Lengan Rosman dipaut untuk mengelakkan daripada terpisah. Orang semakin ramai membanjiri bazar Ramadan.


Mikhail memandang dengan perasaan geram. Amboi, sayang! Ingat sikit, bulan puasa ni! Jangan main peluk-peluk. Batal puasa nanti! Gerutu Mikhail. Apalah bengong sangat kau ni Mikhail? Itukan abang dia. Tak akanlah dia terpikat dengan abangnya sendiri. Lainlah kau, Athirah pegang sikit aje dah melalut!!!


Mikhail menjemputnya uminya di rumah Aunty Khaty. Aunty Khaty masih lagi berada di luar negara. Sebagai sahabat yang memegang amanah, uminya akan meninjau keadaan rumah tersebut jika Aunty Khaty dan Uncle Wan tiada di sini. Seminggu sekali, uminya akan menghantar pembantu rumah mereka untuk membersih dan mengemas rumah tersebut.


Rumah Aunty Khaty dan Uncle Wan di Bukit Damansara dijaga oleh Pak Samad dan isterinya Mak Cik Munah. Mikhail merasa pelik, kenapa Aunty Khaty dan Uncle Wan perlu membeli rumah lain? Sedangkan rumah mereka yang bersebelahan dengan rumahnya amat besar dan cantik. Malahan jauh lebih selesa dari rumah yang mereka beli di Bangsar.

















35 comments:

  1. Sukanya dgn keluarga bahgia nie..
    Mikhail... kau bln puasa pun???? hesyy...hesyy...
    Sikitnya abang mikhail kita kali ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ayu,
      Abang Mikhail nakal kan?
      Sikit ke pasal Mikhail? Nnt akak tulis byk2 ttg dia lps ni. Tp bkn bab yg terdekat ni lah.

      Delete
  2. Nakal2 gak abang2 athirah ni.
    Mikhail... mikhail... lawaklah kamu ni. Jaga mata dan kawal nafsu ya Mikhail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Raihana,
      Abang2 Athirah taklah nakal cuma suka bergurau dgn adik dia aje.

      Delete
  3. Tak puas bclah. Smbg lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Tak puas bc sbb bhgian Mikhail sikit saja ke?

      Delete
  4. Kasih sayang yang diketengahkan amat menarik sekali.
    Tp Kak Dayana... knp Mikhail lmbt sgt muncul. Rindulah kat dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puteri Atilia,
      Terima kasih Puteri sbb sukakan n3 yg tak seberapa ni.
      Rindukan Mikhail? Marah Athirah nnt....

      Delete
  5. Comey arr mrk ni. Smbg cpt2 writer. Lama sgt nak tunggu n3 baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,
      Maaflah sbb lmbt masukkan n3 baru. Ini utk mengelakkan blog ni bersawang dgn cpt.

      Delete
  6. suka dengan family athirah happening sungguh...kak best..cepat2 sambung ye...tak sabar nk tau macam manalah agaknya kalau abg khai dapat tau yg athirah tu isteri dia ye..adakah abg khai akan lebih romantis?...hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,
      Terima kasih dek sbb sukakan n3 yg tak seberapa ni. Insya ALLAH akak akan smbg nnt.
      Kalau Mikhail tahu Athirah isteri dia... mmg nakal habis!!! Asyik nak sayang isteri aje. Huhuhu!!!

      Delete
  7. Kelakarlah Si Athirah ni, dlm garang2 penakut gak rupanya. Kita serupa beb.
    Abg Khai kita cemburu... nasib baek abang Athirah, kalau tak mahu terjun lombong abang Khai kita ni...
    Baby... mcm panggilan utk makwe je kan Mikhail...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Athirah nmpk je berani tp ada part dia penakut juga. Nnt akan dpt dilihat apa lg yg Athirah takutkan. Dlm bab akan dtg....

      Delete
  8. Pecah perut dgn Athirah dan abang2nya.
    Rotan... lawak2!!! Mak dia pun selamba aje nak rotan anak2 yg dah besar pjg.
    Sweetlah abg2 Athirah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Mrk adik-beradik mmg suka buat lawak. Abang2 Athirah juga sgt penyayang.

      Delete
  9. kak, bllah Mikhail nk tahu yg Athirah tu wife dia.. x sabar nk tahu reaksi Mikhail tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Eliza,

      Kalau Mikhail tahu siapa Athirah... mmg 'habislah' Athirah jawabnya kena terkam. hehehe...

      Delete
  10. Adoi lmbt lg ke Mikhail nak tahu siapa Athirah ni? Tak sabar rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,
      Nnt akak cuba masukkan bab mcm mana dia blh tahu Athirah itu isteri dia. Tp bab ni agak sedih sikit sbb masa ni mrk tgh perang.

      Delete
  11. kak.. athirah 2 bukan ke anak angkat...kalu x silap sya la...so hubungan diaorg pun ptt nye tebatas kan kecuali la diaorg menyusu susu yg sama...(sila betul kan kalu salah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Hai saya Puteri Atilia. Saya tolong jawabkan ya. Mereka sebnrnya adik beradik susuan. Dalam bab 11 Kak Dayana dah ceritakan hubungan mereka.

      Delete
    2. thanks....

      Delete
    3. Anonymous,
      Dah tahukan jawapannya?

      Delete
    4. Puteri Atilia,
      Thanks dek sbb bagi pihak.

      Delete
  12. kak sambung lagi....
    part mikhail skit je x puas...
    best kan family diorg hapy family...
    mikhail dah ada peluang xnk rembat...
    bila lgi nak tau yg dia n athirah 2 wifey dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ryana,

      Sikit sgt ya bab Mikhail? Bab ni dan bab akan dtg mmg kuranglah watak dia. Tp bab selanjutnya mmg cerita tentang dia dan Athirah aje. Sbb lepas ni akan byk berlaku konflik dlm hubungan mrk.
      Sabar ya...
      Itulah kan... kalau dia ikut Athirah balik mesti dia blh tahu yg Athirah tu isteri dia.
      Nak buat mcm mana blm ada rezki....

      Delete
  13. Hesyyy... angin betullah dgn Mikhail ni. Kalau dia ikut ckp abg Athirah, sah-sah rahsia mrk terus terbongkar. Tentu dia dah tahu siapa Athirah. Bengang btl dgn Mikhail niiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Sabar... sabar... kalau tahu awal2 tak gempaklah dek.

      Delete
  14. Terima kasih buat yg sudi membaca kisah yang tidak seberapa dan byk kelemahan ini. Teruskan mengomen dan menyokong.

    Sokongan anda semua amat dihargai. Sayang semua!!!

    ReplyDelete
  15. salam k.dayana

    jgn wat konflik yg keras sgt2 akk noo..huhuhu...bg x senag dduk plak huhu so sweet...i like .............

    ReplyDelete
  16. Salam Mahanum,

    Konflik??? Tunggu!!!

    ReplyDelete
  17. best sgt2...cpt2 lah biar diaorg ni hdup sbg suami isteri...jgn byk konflik sgt ye...hahaha

    ReplyDelete
  18. Anonymous,
    Terima kasih.

    Ada empat atau lima bab lg kalau tak silap utk Mikhail tahu siapa Athirah.. Sabar menanti ya...
    Tapi masa ni, konflik sdg melanda dlm perhubugan mrk. Nak tahu mcm mana Mikhail selesaikannya...
    Tunggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...x sbrnye mnanti...best cite ni...lain dr cite lain...

      Delete