*****************************************************************
Sedikit sedutan E-Novel baru yang bakal mengambil alih tempat Cinta Itu
Milikku tidak lama lagi. Dan saya juga inginkan sumbangsaran anda semua supaya
e-novel ini bakal menjadi yg terbaik.
Sekian. Terima Kasih. Luv u all. Jangan lupa beri pendapat anda.
*****************************************************************
TOK!!! TOK!!! TOK!!! Begitu merdu sekali iramanya. Tetapi hanya bertahan beberapa saat. Dumm!!! Dumm!!! Dumm!!! Bunyi ketukan yang pada asalnya berirama balada sudah bertukar ke heavy metal. Bagaikan hendak roboh daun pintu itu diketuk, namun tiada tanda-tanda penghuni bilik tersebut akan membukanya.
“Sayang buka pintu.” Ketukan semakin rancak. “Tidur mati ke perempuan ni?” Khairil sudah mati kutu memikirkan bagaimana caranya hendak masuk ke kamar Damia. “Jika main redah, mesti kena sembur. Hisy... nak buat macam mana ni?” Khairil menggaru pelipis keningnya. Naik lenguh dan sakit tangannya mengetuk pintu.
Khairil masih lagi mundar-mandir di hadapan kamar Damia. Jarum jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Khairil tahu, Damia masih lagi kepenatan selepas berjam-jam berada dalam kapal terbang. Tetapi permintaan Samad, salah seorang pekerjanya supaya mengambil alih tugasnya malam ini membuatkan Khairil tidak sampai hati hendak menolak. Isteri Samad terpaksa ditahan di wad selepas tekanan darahnya naik secara mendadak. Hanya Damia sahaja yang boleh menolongnya.
Khairil berselawat dan membaca doa yang terlintas di kepalanya. Harap-harap tiadalah perkara yang pelik-pelik berlaku nanti, bisik hati Khairil. Dengan lafaz Bismillah, Khairil memulas tombol pintu.
“Huh... lena diulit mimpi rupanya tuan puteri ni. Sekiranya bom meledak kat sebelah dia pun... dia tak akan sedar,” omel Khairil sendirian. Memang tak akan sedar pun, sebab dia juga turut Innalillah, gumam Khairil. Tangannya pantas menggoncang tubuh Damia. “Sayang... bangun...!!! Sayang... bangun....!!!” Lenguh tangannya mengoncang tubuh Damia.
********** ********** **********
“Cik... Coke satu.” Lelaki itu menghulurkan sekeping wang kertas bernilai RM10.
Damia mencapai sekotak rokok dan memberikannya kepada lelaki itu berserta wang bakinya. Setelah itu mata Damia menatap kembali notebooknya. Tersengih-sengih dia melihat ayat-ayat Reqza di pagi hari.
Geram melihat telatah Damia, lelaki itu memetik jarinya berulang kali. Namun tiada tindak balas diterima daripada pihak lawan. Budak ni dah sampai planet Pluto ke... hingga tak dengar apa aku cakap? Ke dia ni pekak? Confirm... budak ni mesti pekak tahap kritikal!!! Masakan tak boleh nak beza antara Coke dan rokok, bebel lelaki itu dalam hatinya.
Damia sebenarnya menyedari tindakan lelaki itu tetapi dia buat-buat bodoh sahaja. Buat-buat bodoh tidak mengapa asalkan jangan jadi bodoh terus...!!! gelak Damia dalam hatinya.
Eleh... macam hebat sangat setakat petik jari macam tu. Tak gempak pun! Orang pekak boleh buat! Damia mencebik. Sekiranya dah rasa bagus dan hebat sangat, pergilah petik bulan atau bintang. Hah... itu baru boleh dikatakan gempak! Tapi ada ke orang yang boleh buat? Fikir Damia. Berkerut-kerut dahinya memikirkan persoalan yang satu itu. Ada-ada... aku boleh buat!!! Apa susahnya? Gantung aje replika bulan dan bintang kat pokok, confirm aku boleh petik dan capai punya, bisik hati Damia lagi dengan tersenyum lebar kerana berjaya merungkaikan teori bodoh ciptaannya. Entah apalah yang dilalutkan oleh Damia di dinihari!
Huh... dia ingat lawa sangat dengan mencebik macam tu? Dah serupa dengan muka kambing mengembik. Rasanya muka kambing lagi comel daripada muka dia, gumam lelaki itu jengkel. Jangan-jangan minah ni baru terlepas Hospital Bahagia tak? Itu yang mental sikit! Yalah... mula-mula buat muka toya, lepas tu muka macam baru lepas berak sembelit dan sekarang muka ceria macam baru lepas menang loteri. Tak ke mental namanya tu? Lelaki itu mengutuk Damia dalam hatinya. Malang sungguh siapa kena kahwin dengan perempuan ni nanti! Anak siapalah perempuan ni ya? Harap muka aje cantik tapi otak tiga suku. Kutuk lelaki itu lagi.
Apa lagi yang dia tak puas hati? Bukan ke aku dah bagi rokok yang dia minta tadi? Kenapa tak blah lagi? Damia menentang biji mata lelaki yang berada di hadapannya kala ini. Sementelahan itu, matanya meliar mencari Aswad dan Nawab. Manalah tahu jika lelaki di hadapannya ini tiba-tiba buang tebiat, boleh juga dia minta pertolongan. Walaupun mereka terpisah oleh cermin kaca tetapi siapa boleh menduga jika lelaki itu memiliki senjata api.
“Hoi... cik kak! Awak... kalau rasa tengah bekerja buat cara macam orang tengah bekerja. Ini tidak... masa bekerja layan facebook. Dahlah tu... berlagak macam bos pulak kat sini,” tempelak lelaki itu sinis. “Itulah padahnya jika bekerja tidak seikhlas hati. Lain yang orang mintak, lain yang awak bagi. Awak ni pekak ke apa? Saya minta Coke bukan rokok. Ada faham...?” sindir lelaki itu.
Damia merenung wajah lelaki itu. Ikutkan hati yang membara dah lama lelaki di hadapannya ini kena sila gayung, silat timba dan silat besen. Sesedap rasa sahaja lelaki itu mengutuknya. Tetapi nak marah balik pun tak boleh juga, sebab dah ternyata memang dia bersalah. Lagi pula pepatah Inggeris ada mengatakan, customer is always right!!!
“Lah... encik minta Coke rupanya. Saya ingatkan encik minta rokok. Maaflah ya...!!! Saya memang macam ni bila pepagi hari, mamai sikit,” terang Damia menutup kesilapannya. Tanpa berlengah Damia bergegas mengambil beberapa tin Coca Cola lalu diberikan kepada lelaki itu. “Ini ambil balik duit encik, saya sedekah aje Coke ini untuk encik,” ujar Damia sambil tersenyum manis.
“Minta maaf banyak-banyak sekali lagi ya. Jangan serik datang lagi ke mari,” pesan Damia dengan mesra sambil tersengih nakal. Menyerlahkan giginya yang putih berkilauan itu. Mesti silau mata mamat ni di Subuh hari pabila tertengok gigi aku yang putih melepak, getus Damia.
Perli aku lah tu, getus lelaki itu. Setelah mengambil air Coke tersebut, dia berlalu tanpa mengambil wang yang diberikan oleh Damia.
Wah... bakal ada pengganti Cinta Itu Milikku.
ReplyDeleteNampak mcm best aje.
Begitulah nmpk gayanya. Sbb CIM tak lama lagi bakal mengundur diri, jd akan ada Si Pencuri Hati sbg penggantinya.
DeleteTak sabar nak tunggu. Cepat2 ya writer....
ReplyDeleteSabar ya Anonymous... Tak lama lg.
DeleteHmmmm... nmpk mcm menarik je. Bila nak ada bab 1 ni? Rasa mcm tak sbr plak nak tahu apa yang terjadi. Siapa ya Khairil tu dgn Damia? Dan siapa pula lelaki di stesen minyak tu?
ReplyDeleteSabar... Tak akan lari bab 1 tu. Bakal menyusul selepas CIM.
DeleteAmboi akak... mcm nak test kesabaran saye jerr main post ckit2. Bestlah akak... cptlah masukkan n3 penuh. Tlglah... Merayu ni...
ReplyDeleteSalam Ayu...
DeleteMarah ke? Jgn marah2 nanti lekas tua. Insya ALLAH akak akan masukkan bab 1 nnt. Tapi lepaskan CIM dulu ya...
Tak sia2 buka lappy awai2. Ada gud news rupanya. Nmpk mcm best jerr... Teruskan usaha smpi berjaya.
ReplyDeleteTerima kasih Anonymous
DeleteSalam Kak Dayana...
ReplyDeleteIni ke cerita Sayang Awak Cinta Awak yg akak ckpkan dulu? Bestnya kak. Bila nak smbg ni?
Salam Puteri...
DeleteIni bukan SACA tapi Si Pencuri Hati.
mcm menarik aje kak dayana.. yg ni ke akak kata ari tu kat sy.. yg send kat SR tu..
ReplyDeleteBukan Ros... Ini yg lain. Yg tu akak KIV dulu. Nak cari idea baru. Sbb ada part yg kureng sikit.
ReplyDeleteoh.. ingatkan yg ni.. yg 2 akak tmbh konflik ke spt yg SR nakkan tu??
DeleteAkak kalau bab konflik mmg fail.
DeleteSudi tlg akak tak...
blh aje kak.. sy pn x rape nk mahir jg.. tp, Insya-ALLAH mana yg sy blh bantu, sy bantu.. ;)
Delete