Assalamualaikum....

Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....

Sekiranya terdapat kebersamaan dalam penulisan, itu berlaku di luar bidang kuasa. Idea yang datang secara spontan diluahkan mengikut cetusan rasa.

Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!

Pastikan anda semua menunaikan solat terlebih dahulu sekiranya waktu solat sudah masuk ya...

Sayang anda semua. Muah... Muah...

Followers

Tinggal Link Blog Korang

Wednesday 12 June 2013

SAYANG AWAK CINTA AWAK BAB 2



        Bab 2



SALMIHA HAINI merenung siling sambil memikirkan masa depannya. Wang simpanannya sudah tinggal sedikit, namun hingga kini dia masih gagal mendapatkan sebarang pekerjaan. Mujurlah teman baiknya Sofea tidak berkira dan sudi membenarkan dia tinggal di situ. Salmiha Haini mengeluh. Apalah yang akan jadi dengan esok hari? Dan sampai bila dia nak ‘menanam anggur’ sebegini?
Bunyi telefon bimbit yang memekakkan telinga, mencantas lamunannya. Salmiha Haini merenung seketika nama yang terpapar di skrin telefon bimbit itu.
“Aduh... Mak Cik Sofea ni! Tak agak-agak nak telefon waktu macam ni. Dia tak tahu ke dah pukul berapa sekarang? Sejak bila mak cik sorang ni tak pandai tengok jam? Atau jam kat bilik dia mogok?” Rungut Salmiha Haini sambil mengerling jam dinding jenama Seiko yang tergantung elok di kamar tidurnya.
“Hoi... kenapa lambat angkat? Naik lenguh ketiak aku pegang telefon ni, kau tahu  tak?” Serang Sofea.
Salmiha Haini bantai gelak mendengar ayat Sofea. Setelah puas ketawa, barulah dia menyapa sahabat baiknya.
“Assalamualaikum Cik Sofea a.k.a gadis ayu...” Salmiha Haini bersuara lunak. Nak tunjuk kononnya dialah gadis Melayu terakhir. Gelaran gadis ayu diciptanya buat Sofea ketika mereka menuntut di universiti. Ini semua gara-gara sikap lemah lembut dan sopan santun Sofea ketika berhadapan dengan kekasih hatinya. Jika tidak, jangan haraplah rakannya itu hendak meng‘ayu’kan tingkah lakunya.
“Waalaikumussalam...,” jawab Sofea kurang mesra. “Apasal kau gelak tahap meroyan kat aku tadi?” Marah Sofea. Kalaulah Salmiha Haini nampak raut wajahnya kala ini, mahu demam seminggu agaknya.
“Habis tu kau tiba-tiba aje buat lawak seram pukul dua pagi, macam mana tak kena gelak!” Ujar Salmiha Haini. Dia kembali mentertawakan Sofea.
“Mana ada aku buat lawak!” Bangkang Sofea. Makin geram hatinya mendengar tawa Salmiha Haini yang tiada henti itu. Kalah pesakit mental!
Wei... mak cik! Orang pegang telefon bukan lenguh ketiak tapi lenguh tangan. Kau ni bercakap macam tak belajar Bahasa Malaysia kat sekolah,” ejek Salmiha Haini.
“Lenguh ketiak dengan lenguh tangan sama ajelah nenek! Bukan ke tangan dan ketiak bersambung sekali.” Sofea menegakkan teorinya.
“Hesy... kau ni! Bila aku ajar, kau tak mahu ikut. Macam manalah kau tak kena ambik BM Julai,” bebel Salmiha Haini. “Kau telefon aku malam-malam buta ni apa kejadahnya? Kau tak tahu ke waktu-waktu begini aku tengah beradu?”
Macam manalah Si Sofea tak panggil dia nenek? Kerja dia memang suka berleter dan membebel. Tapi dengan orang tertentu sahajalah dia berkelakuan sedemikian.
“Aku tengok bilik kau terang, sebab itulah aku telefon,” ulas Sofea.
“Kenapa kau tak masuk aje bilik aku?”
Hahaha... pecah lobang! Ingatkan duduk jauh beribu batu, sampai bertelefon-telefon. Rupanya bilik sebelah aje...
“Nak pulas tombol pintu, takut jemari aku yang lembut bak sutera ni jadi kasar!” Sofea buat dialog drama tak hingat diri.
“Mak aii... ayat! Tak agak-agak langsung! Berlagak nak mampus pun ada. Macamlah kau tu artis popular!” Tukas Salmiha Haini. Dengan Sofea perkataan yang keluar dari mulutnya memang tidak seperti gadis Melayu terakhir. Sekiranya dengan orang lain... ayat semanis gula akan meniti di bibirnya yang cantik dan seksi itu.
“Aku tak ada pun kata yang aku ni artis popular! Kau tu aje yang pandai-pandai beri gelaran,” tempelak Sofea.
“Dahlah bergayut kat telefon. Buat habis kredit dan sakitkan telinga aku aje! Jom kita borak kat luar.” Salmiha Haini segera menekan butang merah. Dia meneliti wajahnya seketika di cermin. Terlompat Salmiha Haini melihat objek di dalam cermin tersebut. Dengan rambut kusut masai dan bedak sejuk yang menepek di muka, dia sangkakan hantu. Rupanya diri sendiri. Mujurlah takde sakit jantung atau asma. Jika tidak, mahu masuk wad malam ni.
Sewaktu Salmiha Haini keluar dari biliknya, Sofea juga turut melakukan hal yang sama. Macam berjanji pulak nak keluar sama-sama. Dan...
“Hantu!!!” Jerit mereka berdua.
Masing-masing masuk kembali ke dalam bilik. Setelah semangat yang hilang tadi pulih dan yakin itu bukan hantu, Salmiha Haini dan Sofea membuka kembali pintu bilik masing-masing. Pabila pandangan mereka bertembung, Salmiha Haini dan Sofea pakat gelak sakan.
“Aduh... semput aku dibuatnya! Mati-mati aku ingat kau ni hantu,” tegur Sofea sambil mengurut dadanya yang berdegup kencang akibat terperanjat.
“Habis kau ingat aku tak terkejut? Dengan baju tidur serba putih. Pastu dengan masker sepenuh muka, boleh buat aku kiok awal tahu tak!” Rungut Salmiha Haini. Dah rupa cik ponti aje dia pandang Sofea tadi. Rambut pula mengalahkan rambut Kak Limah. Mengerbang!
Sofea menyambut rungutan Salmiha Haini dengan sengihan lawanya.
“Eleh... muka kau pun teruk gak, penuh dengan bedak sejuk!” Komen Sofea.
“Hah... sebab apa kau call aku tadi? Macam tak menyempat nak tunggu esok,” soal Salmiha Haini.
“Esok kau ada interview lagi tak? Kalau takde aku nak mintak tolong.”
Salmiha Haini memandang tepat wajah teman baiknya.
“Nak ikutkan ada. Tapi kau dah minta tolong, tak akan aku nak hampakan harapan kawan aku pulak.”
“Inilah... buat aku sayang kat kau!” Sofea segera memeluk Salmiha Haini dan mencium pipi gebu kawannya itu.
“Hesy... kau ni! Tak payahlah nak over sangat! Buatnya ada orang nampak, tak fasal-fasal kita dituduh dot.lesbian.dot.com.!” Marah Salmiha Haini. Pipinya dikesat.
“Apa salahnya aku jatuh cinta kat kau? Kau kan cantik! Rugi tau kalau aku lepaskan kat orang lain,” sakat Sofea. Dia cuba menahan ketawa tapi tak mampu. Akhirnya terburai jua tawanya.
Salmiha Haini menjeling geram. Ini boleh mendatangkan marah, gumamnya.
“Melampaulah tu! Kau tengah buang tebiat ke apa ni?” Wajah Sofea dipandang dengan rasa geram. “Sebelum aku jadi gila dengan perangai kau, aku sanggup putus sahabat tahu!” Tempelak Salmiha Haini. “Hei... cepatlah cakap! Apa sebabnya kau telefon aku? Kau tak tengok dah pukul berapa sekarang? Aku mengantuk tahu, tak?”
“Aku nak cakaplah ni. Kau ni pun... tak reti bersabar langsung. Sikit-sikit nak marah! Kata gadis Melayu terakhir?” Perli Sofea.
“Ya... gadis ayu! Apa yang boleh gadis Melayu terakhir bantu?” Salmiha Haini bercakap dengan lemah lembut dan memulakan karektor gadis Melayu terakhirnya. Matanya sengaja dikerdipkan beberapa kali.
“Ha...! Kan sedap sikit telinga aku mendengarnya,” puji Sofea tak berapa nak ikhlas. “Macam ni! Kak Tipah cuti esok sebab nak bawa anak dia pergi klinik. Jadi aku ingat nak mintak tolong kau cover tempat dia.” Sofea menerangkan tentang tujuan dia bertemu Salmiha Haini. Dia merasakan Salmiha Haini tiada masalah untuk membantunya di nurseri memandangkan teman baiknya itu selalu berkunjung dan bermain dengan anak-anak di situ jika ada masa lapang. Rakannya juga rapat dengan pekerja-pekerjanya.
Salmiha Haini garu dagunya. Bab ni dia lemah sikit. Nak-nak kalau kena jaga bayi. Memang dia angkat tangan menyerah kalah. Dia memang tak pernah jaga budak kecik dan tak pandai. Kalau ada pun Si Rafeah, anak arwah Mak Langnya. Itu pun sekejap-sekejap, waktu arwah Mak Lang dan keluarganya pulang ke kampung. Tapi Si Rafeah dah besar masa tu. Dia sekadar memerhatikan sahaja bimbang jatuh tergolek. Pak Lang Yusofnya akan membebel jika anak perempuannya lebam sana sini. Sayangkan anaklah katakan...
Dia mengelamunlah pulak! Sofea menyigung lengan Salmiha Haini.
Emmm... bolehlah kut!” Salmiha Haini memberi persetujuan.
Lapang rasa dada Sofea apabila Salmiha Haini sudi membantu. Mahu tak menang tangannya di Nur Kasih jika rakannya itu enggan membantu. Menjaga bayi dan kanak-kanak bukanlah perkara yang mudah. Keselamatan mereka merupakan perkara utama dan perlu dititikberatkan selain makan minum, kebersihan dan kesihatan mereka.
“Jomlah kita masuk tidur, nanti lewat pulak kita bangun.”
Amboi! Mentang-mentang aku setuju tolong dia, terus ajak tidur. Kalau tak... dia asyik buat wayang aje, omel Salmiha Haini dalam hati.
Tanpa sepatah kata Sofea masuk ke biliknya.
Salmiha Haini menggeleng kepala melihat telatah temannya. Dia turut bangun dan berlalu ke bilik yang disediakan untuknya. 





BERSAMBUNG.... :D

26 comments:

  1. Lama tunggu baru ada. Apa pun besssss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih krn setia menanti. Dan mohon maaf krn tertunggu-tunggu.

      Delete
  2. Suka... suka
    Bila nak terbit ni Kak DD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Athirah krn masih setia bersama.

      Delete
  3. Terima kasih DD, terubat rindu. Smbg cepat2 ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga Onah krn masih terus setia bersama. Insya Allah ada masa terluang akan dismbg lg. Ini pun minta tlg anak angkat masukkan bab 2 ni.

      Delete
  4. Teruskan berkarya kak DD. Saya suka hasil karya kak DD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih p3 atas sokongan yg tidak berbelah-bahagi.

      Delete
  5. lagikkk...
    jangan hilang lama2 sgt ya kak dayana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...
      terpaksa menghilang.
      anak juga perlukan perhatian.
      menulis ni sekadar suka2 je.

      Delete
  6. Kelakarlah Salmiha Haini.
    Makin tak sabar nak tahu kisah cinta Salmiha Haini & Shahrul Hairi.
    Best Kak DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar Raihana.
      Terima kasih krn blh terima SACA seadanya.

      Delete
  7. nak beli buku si pencuri hati...dah publish kee???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Pencuri Hati belum diterbitkan lagi. Nanti bila dah keluar akan diberitahu. Sabar menanti ya :)

      Delete
  8. Alahai pendeknya Kak Dayana. Tak puas bclah kak ;)
    nnt smbg cpt2 yek.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Terima kasih baby mio krn dpt terima SACA seadanya.

      Delete
  10. Lagi...
    Best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi? Sabar ya.
      Terima kasih krn dpt terima SACA seadanya.

      Delete
  11. Makin teruja nak tunggu n3 selanjutnya. Bakal adakah lagi pertemuan2 yg menarik selps ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tahu apa yg berlaku selanjutnya...
      tunggu... hehehe...

      Delete
  12. TAK SABAR NAK TUNGGU BAB 3. MCM MENARIK AJE CERITA NIH.

    ReplyDelete
  13. Bile nak ada n3 baru nihhhh????

    ReplyDelete