Buat yang ternanti2 kemunculan Darwisy dan Damia. Semoga anda terhibur dengan cerita yang tidak seberapa ini. Kemaafan dipohon atas kekurangan yang ada. Sayang anda semua,..
****************************************************************
DARWISY menuju
ke pejabatnya dengan
riak cemberut. Jambangan
bunga di tangan
Damia, menyemarakkan lagi
api cemburunya. Senyuman
manis yang menghiasi
bibir mongel itu
menyentap tangkai hatinya.
Sudahlah cerekarama Damia
dengan seorang lelaki
di Starhill belum
menemukan penyelesaiannya. Kini
timbul pula cerita
baru.
“Masuk bilik abang
sekarang,” arah Darwisy
melalui butang intercomenya.
Terpinga-pinga
Damia mendengar suara
dingin Darwisy. Sepatutnya
dia yang perlu
merasa marah kerana
Darwisy memungkiri janji.
Ini terbalik pulak! Hampir
satu pagi dia
menunggu kepulangan lelaki
itu tetapi bayang
pun tak nampak.
Ini mesti bergaduh
dengan bini muda
hingga aku menjadi
mangsa, gerutu Damia.
Damia meletakkan kedua
jari telunjuknya ke
tepi bibir dan
menolaknya ke atas.
Dia perlu tersenyum
bila berhadapan dengan
Darwisy nanti. Damia
masuk dengan sebuah
buku di tangan.
“Ada apa abang?”
Damia memaniskan wajahnya
umpama gula enau.
“Semalam lepas abang
hantar ke rumah
Jes, sayang pergi
mana?”
Lah...
ingatkan panggil masuk
tadi nak suruh
buat kerja! Rupanya
nak buat siasatan
rupanya. Kuat mengadu
sungguh Nurul Nadira
ni, gumam Damia.
Dia berdehem dan
membetulkan letak pinggulnya.
“Semalam
sayang keluar dengan
Reqza. Ingatkan nak
telefon abang tapi
bateri telefon pula kong!”
Damia beralasan.
“Siapa
Reqza?” soal Darwisy
dengan nada berbaur
cemburu.
“Teman baik sayang
masa di UK dan papa
angkat si kembar,”
Damia melihat wajah
Darwisy sudah bertukar
merah. “Dia juga
kekasih Jeslina.”
Ayat terakhir yang
keluar dari ulas
bibir Damia menyejukkan
hatinya. Mungkin bonda
dan Nurul Nadira
tidak perasan keberadaan
Jeslina semalam, fikir
Darwisy. Lepas satu
beban di kepalanya.
“Jambangan
bunga tadi daripada
siapa?”
Banyaknya
soalan! Bila nak start
buat kerja ni?
Namun pertanyaan suaminya
tidak mampu dipandang
remeh.“Benjamin Asyraf.”
“Benji?”
tanya Darwisy seakan
tidak percaya mendengar
nama yang baru
terpancul daripada mulut
Damia. Segera dia
mengambil bunga itu
di bilik Damia.
Kad ucapan yang
terdapat di bunga
tersebut dibacanya... Wajahnya
kembali menegang.
Sejak
terpandang wajah Damia,
hati ini sering
merindu. Adakah ini
namanya cinta? Seandainya
itu adalah cinta,
Benji merasa amat
bertuah sekali jika
Damia sudi membalas
salam percintaan ini.
Yang
ingin bersamamu,
Benjamin Asyraf.
Huh... tak
bermoral langsung mengambil
barang tanpa keizinan
tuannya. Apatah lagi
membacanya. Melanggar hak
asasi manusia sungguh!
Getus Damia.
“Sarah masuk!”
Darwisy melontarkan nada
suara tegasnya.
Melihat wajah
Sarah di muka
pintu, dia terus
bersuara. “Ada peminat
rahsia awak kirimkan
bunga melalui Pn.
Sayang,” ujar Darwisy
tanpa rasa bersalah
terhadap Damia.
Bagaikan
hendak terkeluar biji
mata Damia dan
Sarah. Damia hendak
terjojol biji mata
tanda bengang manakala
Sarah pula merasa
teruja bila mendapat
tahu ada orang
meminatinya secara rahsia.
Darwisy pula hanya
tersenyum sinis melihat
aksi dua orang
perempuan di hadapannya.
“Awak boleh
keluar sekarang Sarah.
Tapi ingat... jangan
kerana teruja dapat
bunga ini awak sampai hilang
tumpuan bekerja.” Darwisy
memberi amaran.
Suka-suka aje
orang tua ni
bagi bunga kat
orang lain tanpa
minta izin aku
terlebih dulu, marah
Damia dalam hatinya.
Setelah Sarah
keluar, Darwisy memandang
kembali wajah Damia.
Dia tahu Damia
marahkan dirinya.
“Kenapa? Terkilan
bunga yang kekasih
sayang bagi tadi
abang serahkan kat
orang lain?” sindir
Darwisy.
“Hisy...
ada ke situ pulak
abang ni! Sayang
tak heran
langsunglah!” ujar Damia
sambil mencebik. “Sayang
baru ingat nak
bagi bunga tu
kat Safina. Tapi
abang dah potong
jalan!” luah Damia.
Dia memang berhajat
nak beri bunga
tu ke Safina
tapi gadis tu
tergesa-gesa hendak ke
tandas. Bila terpandang
wajah masam Darwisy
terus dia terlupa
akan niatnya.
“Ingatkan terkilan!”
perli Darwisy selamba.
“Sayang dah sarapan?”
Darwisy cuba menjernihkan
suasana.
“Tak sempat!
Lewat bangun! Ini
abang punya pasallah.
Janji nak balik
tapi tak balik-balik,”
perli Damia.
Tersengih Darwisy
mendengar sindiran isterinya.
Terlalu ikutkan perasaan
marah, dia mengabaikan
janji-janjinya. “Jom... sarapan!
Abang laparlah,” pujuk
Darwisy.
“Tadi yang
bersungguh-sungguh suruh masuk
sini bukan nak
bincang pasal kerja
ke?” perli Damia.
Wajah Darwisy dijeling
geram!
Ketawa terkekeh-kekeh Darwisy
mendengar perlian Damia.
“Sambil sarapan kita
bincang pasal kerjalah.”
“Abang... sepanjang
dua minggu sayang
bekerja kat sini
tak pernah nampak
pun abang kandung
abang dan ayah.
Bukan ke pejabat
mereka di sini?”
Damia memberanikan diri
bertanya.
“Abang Danish
sekarang sibuk ulang-alik
ke pelabuhan. Ada
sedikit masalah teknikal
di sana. Ayah
pula memang jarang
berada di sini.
Dia sering turun
padang, pantau anak-anak
syarikat yang lain.”
Darwisy memecah kebuntuan
yang bersarang di
otak Damia.
“Mari kita pergi
sarapan dulu. Pukul
sepuluh nanti ada
mesyuarat jabatan.” Tangannya
sudah mencapai jemari
Damia.
“Tak ambil
sarapan lagi ke?”
tanya Damia. Dia
sedikit kehairanan. Tak
disediakan sarapan ke
kat rumah pak
cik ni? Apa
punya isterilah Nurul
Nadira tu? Pemalas!
Aku dulu pun
mengandung juga. Boleh
aje memasak! Eh...
bukan ke kat
rumah dia ada
orang gaji? Tak
akan orang gaji
pun malas juga?
Agaknya Si Darwisy
ni cerewet sangat
kut? Tapi kat
umah aku, tak
ada pulak dia memilih-milih
makanan. Semuanya dia
lantak! Agaknya kalau
aku celup kayu
dan batu dengan
coklat pun dia
telan!
“Belum
sarapan lagi,” balas
Darwisy. Dia juga
sudah mengheret Damia
keluar dari pejabatnya.
Sewaktu
melintasi meja Sarah,
Darwisy dapat melihat
mulut Sarah yang
terlopong melihat dia
menggenggam erat jemari
Damia.
“Sarah... awak jangan
cuba nak bergosip.”
Darwisy memberi amaran.
“Jika tidak... saya
akan pastikan tiada
lagi bunga daripada
peminat rahsia awak
yang akan sampai
ke tangan awak,”
ugut Darwisy. Melihat
anggukan Sarah, dia
mengenyit mata kepada
gadis itu.
Sarah sudah gelisah
di tempat duduknya.
Sebagai gadis yang
terkenal dengan jolokan
minah kepoh, terlalu
sukar rasanya hendak
menyimpan sesuatu rahsia.
Bagaikan ada suatu
benda yang besar
dan berat menghempap
tubuhnya jika tidak
diluahkan. Hisy... nak buat
macam mana ni?
Gumam Sarah.
“Cerita... tak
cerita... cerita... tak
cerita...,” dia mengelopak
kuntuman mawar yang
berada di tangannya
satu persatu. Pabila
jawapan yang diterima
tidak memuaskan hatinya
dia mencapai lagi
sekuntum. “Gosip... tak
bergosip... gosip... tak
bergosip... gosip...” Matanya
bersinar gembira bila
jawapan yang diterima
memenuhi tuntutan hatinya.
Tetapi ugutan Darwisy
mematikan hasratnya,
“Siapa mereka berdua
ya? Begitu mesra!
Damia sudah punya
anak. Adakah mereka
suami isteri? Tapi
tak pernah dengar
pula bos dah berkahwin. Mungkin
Damia janda dan
bos terpikat dengannya.”
Sarah menggaru kepalanya.
Dia menyambung kembali
tugas-tugasnya. Sesekali matanya
menjeling jambangan bunga
yang begitu indah
gubahannya. Bau haruman
yang terbit daripada
bunga segar itu
amat mendamaikan jiwanya.
Siapakah lelaki misteri
itu ya? Bibirnya
tanpa sedar mengukir
senyuman.
“Hoi... minah kepoh!
Tak ada berita
sensasi ke hari
ini?” sergah Amy
sambil menepuk meja.
“Ada...
ada... kepoh... ada...”
Sarah melatah. “Hoi...
yang kau main
sergah aku ni
kenapa? Dah takde
kerja lain ke?
Kalau bos nampak...
mati kita kena
marah dengan dia. Kau bukan
tak tahu perangai
dia macam mana.
Kalau dah start bukak
mulut, susah nak
berhenti.”
“Eleh...
cakap aje yang
kau ni penakut!”
ejek Amy. “Eh...
ada bungalah! Untuk
siapa ni? Cantiknya!”
puji Amy sambil
mengambil jambangan bunga
mawar merah itu.
“Apa ni... main ambik
yang orang punya
tanpa minta izin
terlebih dahulu?” marah
Sarah. Meluat sungguh
dia dengan tingkah
laku temannya itu.
“Kau punya ke?”
“Tentulah
yang aku punya!”
Sarah merampas kembali
jambangan bunga tersebut.
Amy mencebik melihat
gelagat Sarah. Tak
pernah-pernah dapat bunga,
tiba-tiba hari ini
boleh dapat bunga pulak.
Pelik! Orang gila
manalah yang bagi bunga
dekat Sarah ni?
Hatinya tiba dihambat
rasa cemburu. Kenapalah
bukan dia yang
menerima jambangan bunga
itu?
“Sarah...
Amy... dah siap
semua kerja awak?”
tegur Darwisy.
Dari
tadi lagi dia
perhatikan gelagat dua
orang pekerjanya itu.
Mengalahkan wartawan majalah
hiburan. Tak habis-habis
nak menjaja cerita
tentang orang lain.
Baru setengah jam
dia pergi bersarapan.
Dah mula kumpulkan
ahli kelab gosipnya.
Jika lebih lama
dia keluar? Entah apa akan
jadinya!
“Be... belum lagi
bos,” jelas Amy
tergagap-gagap. Tanpa berlengah
dia terus beredar.
Darwisy
merenung Sarah. Bagaikan
faham-faham makna renungan
Darwisy, Sarah membuka
mulut. “Bos jangan
bimbang. Rahsia bos
tetap tersimpan rapi.
Saya akan pastikan
mulut saya sentiasa
berzip!”
“Bagus! Saya pegang
kata-kata awak. Tapi...
sekiranya saya terdengar
cerita yang tak
baik tentang saya
dan Damia, saya
tidak teragak-agak memecat
awak!” gertak Darwisy.
Sarah menelan air liurnya
berulang kali. Jika
dia dibuang kerja
macam mana dengan
masa depannya? Dalam
keadaan kegawatan ekonomi,
agak sukar dia
hendak mencari pekerjaan
baru. Di luar
sana berebut-rebut orang
mencari kerja. Tak
akan semata-mata sebuah
cerita yang tidak
tahu hujung pangkalnya,
dia sanggup dibuang
kerja? Itu bodoh
namanya!
Darwisy
mencari isterinya. Mana pulak
dia pergi. Kata
tak lama. Ini
dah lebih lima
minit tak naik-naik
lagi. Kejap lagi
dah nak meeting, getus
Darwisy. Inilah orang
perempuan! Bila dah
jumpa kawan, tak
ingat suami, bebelnya
dalam hati. Darwisy
melangkah ke biliknya.
TENGAH HARI
ITU,
Damia menerima kunjungan
tidak rasmi daripada
Benjamin Asyraf. Terperanjat
dia ketika muka
Benjamin Asyraf muncul
di hadapan pintu
pejabatnya.
“Assalamualaikum...”
Benjamin Asyraf memulakan
bicaranya. “Masih sibuk
lagi ke?” Dia
bertanya ramah sambil
melihat jam tangannya.
“Waalaikumussalam,
silakan duduk En.
Benjamin.” Damia menyapa
ramah. Damia melihat
jam di dinding
bilik pejabatnya. Masih
ada sepuluh minit
lagi sebelum masa
rehat. Damia mengemas
mejanya yang sedikit
bersepah. “En. Benjamin
dari mana?” tanya
Damia berbasa-basi sekadar
tidak mahu dikatakan
sombong.
“Panggil saya Benji.
Mia bukannya pekerja
saya.” Benjamin Asyraf
menyuarakan ketidakpuasan hatinya.
“Saya nak ajak
Mia keluar makan
tengah hari,” ujar
Benjamin Asyraf dengan
senyuman menawan terbit
di ulas bibirnya.
“Masih ada sepuluh
minit lagi sebelum
waktu rehat Benji.”
Damia beralasan. Bimbang
dia jika suaminya
mengamuk. Mujurlah kes
pagi tadi sudah
reda. Dia tidak
mahu lagi melihat
muncung itik Darwisy.
Susah dia hendak
buat kerja nanti sekiranya
lelaki itu buat
hal. Perangai sebijik macam
Farisya. Kuat merajuk!
“Takpe saya sanggup
tunggu,” balas Benjamin
Asyraf.
Damia sudah keresahan.
Apa hendak dia
jawab dengan Darwisy
nanti? Sedangkan dapat
bunga pun lelaki
itu sudah mengamuk,
inikan pula keluar
makan. Boleh dapat
penyakit! Tak sanggup
dia hendak mendengar
Darwisy berjerayawara. Terdengar
pintu biliknya diketuk.
“Masuk,” arah Damia.
Terjengul
kepala Darwisy sambil
tersenyum. “Eh... Benji
pun ada.” Darwisy
pura-pura tidak tahu.
Pada hal... dia
punyalah hendak semput
berkejar ke bilik
Damia setelah tahu
kedatangan Benjamin Asyraf.
Mujur ada wartawan
bergerak di pejabatnya.
Jika tidak... tentu
berita sensasi itu
lambat sampai ke
telinganya.
“Rasanya kita takde meeting
hari ini.” Darwisy
meneruskan lakonannya. Dia
dapat mengagak tujuan
Benjamin Asyraf datang
ke pejabatnya. Mesti
tak habis lagi
hendak mengayat bini
aku!
“Aku nak ajak
Damia keluar makan
tengah hari. Itupun
jika kau tak
keberatan.” Benjamin Asyraf
mengutarakan hasratnya.
“Aku
sebenarnya tak keberatan
jika Damia nak
pergi keluar makan
tengah hari dengan
kau asalkan kau
juga tak kisah
jika aku ikut
serta,” balas Darwisy selamba.
“Aku sebenarnya ada
benda yang hendak
bincangkan dengan PA aku ni.
Maklumlah esok kami
ada mesyuarat di
Petaling Jaya,” dalih
Darwisy.
Dahi Damia berkerut-kerut memikirkan
jadual esok hari.
Rasanya tidak ada
mesyuarat di Petaling
Jaya seperti yang
dikhabarkan oleh Darwisy.
Tapi tidak tahulah
sekiranya maklumat terkini
itu belum sampai
ke pengetahuannya. Mungkin
Sarah terlupa agaknya
ataupun selepas makan
tengah hari nanti
baru hendak beritahu
kepadanya, gumam Damia.
“Kalau begitu marilah
kita keluar makan
sama-sama,” ujar Benjamin
Asyraf separuh hati.
Kecoh betul Si
Darwisy ni!
“Kau tunggu sekejap.”
Darwisy keluar seketika.
Tidak lama kemudian
dia muncul bersama
Sarah. Pening kepala
Damia memikirkan agenda
Darwisy seterusnya.
“Kenalkan
setiausaha aku, Sarah.
Sarah ini En.
Benjamin Asyraf. Dia
akan belanja kita
makan tengah hari
nanti.”
Sarah yang tidak
tahu menahu rancangan bosnya
hanya tersenyum malu.
Kacak juga Benjamin
Asyraf ni, bisik
hati Sarah. Kalau
jadi boyfriend aku kan
bagus. Dalam pada
itu hatinya tertanya-tanya apakah
tujuan Darwisy mengajaknya
keluar makan tengah
hari bersama. Adakah
bosnya itu meminati
dirinya? Tapi bagaimana
pula dengan Damia?
Mereka nampak seperti
pasangan kekasih! Ke
mana sahaja berdua.
Hisy... apalah
kau ni, Sarah?
Dah sah-sah Damia
tu PA dia,
tentulah ke mana
sahaja bersama. Tapi
tak akan sampai
berpegangan tangan?
Lebar
senyuman Benjamin Asyraf.
Gembira rasa hatinya
bila Darwisy bukan
berpacaran dengan Damia
tetapi dengan Sarah.
Tentu Sarah buah
hati Darwisy, getus
Benjamin Asyraf. Darwisy
yang tidak tahu
makna senyuman Benjamin
Asyraf juga turut
tersenyum.
Damia pula mengambil
kesempatan untuk mengenakan
suaminya. Kena potong
gaji pun tak
mengapa asalkan hatinya
puas.
“Mari Sarah, Benji
dan Tengku, kita
keluar makan,” ujar
Damia sambil tersenyum
mengejek memandang wajah
suaminya yang cemberut.
“Kita nak pergi
berasingan atau bagaimana?”
Benjamin Asyraf bertanya.
“Apa kata kita
pergi berasingan,” cadang
Damia. “Sarah dengan
Tengku Darwisy dan
kita berdua.” Sengaja
Damia menyakiti hati
Darwisy. Dendamnya pada
Darwisy belum terlerai
setelah Darwisy memungkiri
janji dan tidak
pulang ke rumahnya.
Biar lelaki itu
rasa sakitnya bila
diri dikhianati.
Darwisy memandang wajah
Damia dengan perasaan
marah yang teramat
sangat. Isterinya seolah-olah
sengaja menuang minyak
petrol ke dalam
api yang sedang
marak. Untuk mengelakkan
sesiapa dapat menghidu
gejolak rasanya, Darwisy
menenangkan diri dan
perasaannya. Bagaikan satu
rahmat, tiba-tiba telefon
bimbitnya berbunyi.
“Sebentar.”
Darwisy memohon izin
beredar. Setelah tamat
perbualan Darwisy menghampiri
mereka.
“Maaf saya kerana
tak dapat turut
serta untuk makan
tengah hari ini.
Ada perjumpaan dengan
ayah saya. Sarah...
awak tolong temankan
En. Benji kerana
Damia terpaksa ikut
saya,” arah Darwisy.
“Sekiranya
Damia tidak dapat
turut serta tak
mengapalah. Kita batalkan
sahaja makan tengah
hari kita untuk
hari ini,” ujar
Benjamin Asyraf sedikit
kecewa. “Damia nanti
saya akan hubungi
awak. Mungkin kita
keluar dinner bersama,” ujar
Benjamin Asyraf tanpa
segan silu. “Sorry... Sarah!”
usai berkata-kata Benjamin
Asyraf terus beredar.
Sarah juga turut
beredar setelah Benjamin
Asyraf pergi. Untuk
apa dia terus
tercegat di situ
kerana dia tahu
Darwisy dan Damia
juga akan keluar
tidak lama lagi.
Damia menatap muka
Darwisy yang tegang.
Apa yang tak
kena? Bimbang juga
dia jika ada
sesuatu yang tidak
diingin.
“Kenapa
abang? Apa yang
sudah berlaku?” Risau
juga Damia melihat
Darwisy bagaikan dalam
dunianya sendiri.
“Abang?
Bukannya Tengku Darwisy?”
sindir Darwisy tanpa
menoleh ke arah
Damia.
Damia
memandang wajah suaminya.
Entah angin apa yang merasuk
dirinya tiba-tiba dia
pula terasa ingin
merajuk. Segera dia
memalingkan wajahnya ke
lain dengan muncung
panjang sedepa.
Aiks... aku yang
terasa hati dengan
perbuatan dia, dia pulak
yang tarik muncung
berdepa-depa! Darwisy menggaru
kepalanya yang tiba-tiba
terasa gatal. “Yang
sayang tiba-tiba tarik
muncung ni kenapa?”
Damia tetap membatukan diri.
Darwisy sudah ketandusan
idea. Dia memang
tidak pernah berhadapan
dengan perempuan merajuk.
Malahan dia buat
endah tak endah
sahaja jika ada
yang mengada-ngada atau
pura-pura merajuk semata-mata
ingin menarik perhatiannya.
Tapi dengan isteri
tercinta tak akan
hendak buat tidak
tahu sahaja. Mahu
menangis seribu tahun!
“Apa yang tak
kena ni?” pujuk
Darwisy. Sebelum itu
sempat juga dia
mengunci pintu bilik
Damia dan pintu
bilik yang menghubungkan
bilik Damia dengan
biliknya. Tangan Damia
diraih dan di
bawa ke sofa.
Tubuh Damia diusap
mesra.
“Abang tu lah!
Sayang tanya apa
yang berlaku, buat
tak tahu aje,”
marah Damia manja.
Terasa lain pula
yang menjalar dalam
tubuhnya pabila Darwisy
membelai lembut tubuhnya.
Hatinya yang panas
tiba-tiba menjadi sejuk
dengan pujukan Darwisy.
“Kenapa abang tak
balik malam tadi?
Penat tau sayang
tunggu,” rajuk Damia
kembali.
Lah... tak habis
merajuk lagi rupanya?
Hingga meleret-leret kisah
dia tak pulang
malam tadi. Ingatkan
dah belanja sarapan,
dah sejuk hatinya.
Tapi dipendam dalam
hati. Manja juga
bini aku ni,
bisik Darwisy dalam
hatinya. Darwisy memeluk
isterinya. Tangannya mengusap
lembut kepala isterinya.
“Maafkan abang sebab
tak pulang malam
tadi. Sebenarnya abang
cemburu bila bonda
dan Nurul Nadira
beritahu berjumpa dengan
sayang bersama seorang
lelaki. Mereka kata
lelaki itu suami
sayang. Suami mana
yang tak marah
bila tahu isterinya
curang di belakang.”
Damia
mencebik mendengar kata-kata
suaminya. Eleh... nak ‘goreng’ akulah
tu! Sorry... tak lut!
Macam aku tak
tahu yang dia
sayang nak tinggal
bini muda dia.
“Tadi abang kata
ayah telefon suruh
jumpa. Kenapa tak
pergi lagi?”
“Memang ayah telefon
tapi bukan nak
jumpa cuma dia
ajak makan tengah
hari. Tapi sekejap
lagi sebab ayah
ada hal sikit.”
“Habis tu kenapa
abang tak bagi
sayang keluar dengan
Benji?” Damia menyakat
suaminya.
“Amboi...
memang ada hati
nampak nak rapat
dengan Benji?” perli
Darwisy.
“Tak baik main
tuduh-tuduh! Habis tu
yang abang gatal-gatal
ajak Sarah tu
kenapa?” tanya Damia
dengan nada berbaur
cemburu.
“Habis tu yang
sayang nak naik
kereta berdua dengan
Benji tu kenapa?”
Darwisy menggiat isterinya
pula. Dia tahu
Damia sengaja hendak
mengenakan dirinya dan
buat dia cemburu.
Andai kata Damia
terpikat dengan Benjamin
Asyraf , tentu sudah lama
dulu isterinya bersetuju
bila keluarga mereka
berhasrat hendak menjodohkan
mereka.
“Dah abang ajak
Sarah. Sayang ajaklah
Benji.”
“Cemburu juga isteri
abang ni rupanya.”
Darwisy mencuit hidung
isterinya.
Damia
mencubit pinggang suaminya.
Malu pula dia
bila tertangkap cemburu
oleh Darwisy. Tapi
cuba cerita... isteri
mana yang tak
cemburu bila melihat
suami bersama dan bermesra
dengan perempuan lain?
“Sudahlah...
jangan nak merajuk-rajuk. Tak
ada maknanya abang
nak pikat Sarah
atau perempuan lain.
Abang dah ada
sayang. Tak terfikir
abang hendak mencari
perempuan lain. Hati
dan cinta abang
cuma satu dan
tak mampu abang
hendak kongsikan dengan
yang lain. Percayalah!”
Darwisy merenung isterinya
untuk menunjukkan keikhlasan
hatinya.