DAMIA
sudah tidak mampu menghalang Darwisy lagi setelah lelaki itu berkeras ingin
menolongnya. Dia ikutkan sahaja rentak suaminya itu. Cuma dia sedikit musykil,
tidakkah isteri kedua Darwisy akan tercari-cari sekiranya lelaki itu tidak
pulang ke rumah? Tidak takutkah Darwisy jika isteri keduanya mengamuk dan
mengadu kepada bondanya? Mungkin lelaki ini bijak mencipta alasan, fikir Damia.
Jika tidak masakan dia boleh beristeri lebih daripada satu.
Darwisy juga jarang pulang awal ke rumah
isteri keduanya jika berada di hotel penginapannya. Kadang-kadang sampai
bergaduh dia dengan Darwisy semata-mata ingin lelaki itu pulang ke rumahnya lebih
awal. Adakalanya lelaki itu buat tidak tahu sahaja mendengar bebelannya malahan
dengan selamba tidur di sebelahnya. Dia tidak mahu diserang oleh madunya
walaupun dia mempunyai hak ke atas Darwisy.
“Sayang ada tak plastik hitam atau
beg pakaian yang tidak berguna?” Soal Darwisy. Wajah isterinya yang sedang
berkhayal ditatap. Entah apa yang dimenungkan pun dia tidak tahu.
Malam ini dia akan bermalam di
hotel penginapan Damia. Dia ingin membantu isterinya berkemas. Esok dia akan
membawa isterinya ke Taman Casuarina. Di situlah letaknya syurga mereka
sekeluarga. Dia akan pastikan Damia dan anak-anaknya bahagia dan menerima
dirinya sebagai ketua keluarga dalam erti kata yang sebenar. Dia akan berusaha
menjadi suami dan bapa yang diredhai ALLAH. Dia mahukan kasih sayang daripada
isteri dan anak-anaknya serta memberikan kasih sayangnya yang tulus ikhlas.
Lontaran suara Darwisy yang sedikit
nyaring membubar ingatannya terhadap perihal madunya.
“Abang nak buat apa dengan plastik
hitam?” Damia menyoal kembali. Hairan juga dia tiba-tiba sahaja Darwisy minta
plastik.
“Abang nak bungkus baju Reez dan
Isya ni. Mana yang tak elok kita buang.”
Damia segera mendapatkan Darwisy.
Rasanya semua baju anak-anaknya masih elok lagi. Dia melihat Darwisy
mengasingkan pakaian si kembar.
“Semua elok lagilah abang.” Protes
Damia. Dia mengirai satu persatu pakaian yang Darwisy asingkan.
“Memang elok. Tapi dah sendat
dengan anak kita. Tengok... kan dah tak muat ni.” Darwisy mengacu pakaian
tersebut ke tubuh Fareez. “Esok abang bawa pergi beli pakaian baru untuk mereka.”
Damia rasakan pakaian tersebut
masih muat lagi. Terasa sayang pula hendak dibuang begitu sahaja.
“Nomi... awak ada adik atau anak
saudara?” Melihat anggukan Nomi, Damia bersuara lagi. “Awak pilih mana pakaian
yang awak rasa elok dan berkenan. Mana yang awak tidak mahu, isi dalam beg
plastik ni.” Damia mengunjukkan plastik hitam kepada Nomi.
“Kak Mia... kalau Nomi ambil
semuanya tidak mengapakan?” Nomi bertanya dengan takut-takut. Baju-baju
tersebut masih baharu. Terasa sayang pula hendak membuangnya.
“Ambil sahaja Nomi. Daripada
dibuang, lebih baik guna. Lagipun masih cantik dan baru lagi.” Damia mengakui
badan Fareez dan Farisya semakin berisi sekarang. Mungkin bahagia kerana daddy mereka sering memberi perhatian dan
kasih sayang kepada mereka.
“Terima kasih kak.”
“Sama-sama Nomi. Emmm... Nomi nak bawa pulang sendiri
atau mahu di pos? Jikalau mahu pos, Kak Mia boleh tolong. Nomi jangan bimbang,
Kak Mia support semua kosnya.”
“Jika begitu, kita pos sahajalah
Kak Mia. Terima kasih sekali lagi ya,” ujar Nomi tersenyum
manis.
“Sama-sama.”
Setelah itu, Nomi berlalu masuk ke
kamar tidurnya bersama pakaian yang telah Darwisy asingkan.
Bila tahu sahaja Nomi ingin
mengambil pakaian tersebut, makin rancak Darwisy mengasingkan pakaian anak-anaknya.
Sudahnya hanya tinggal beberapa helai sahaja lagi untuk kegunaan budak-budak
itu. Memang melampau betul daddy
Fareez dan Farisya ini. Darwisy hanya tersengih bila dia membuntangkan biji
mata.
“Apa salahnya kita bagi baju
anak-anak kita tu pada Nomi? Bukannya kita buang. Nanti bila ada baby, kita beli yang baru. Tak akanlah
nak bagi baby pakai baju abang dan kakaknya,”
bisik Darwisy sambil mencium pipi Damia.
“Abang ni memang suka mengambil
kesempatan,” marah Damia manja.
“Along Reez dengan Angah Isya nak adik, tak?” Darwisy bertanya kepada si kembarnya.
Fareez dan Farisya mengangguk
kepala mereka. Bagaikan faham apa yang
dikatakan oleh daddy mereka.
Hendak terjojol biji mata Damia
melihat perlakuan suami dan anak-anaknya. Hisy...
budak-budak ni! Kecik-kecik lagi dah pandai bersekongkol dengan daddy mereka.
Darwisy tersengih nakal melihat
mata bulat isterinya. Lantas dia menghampiri isterinya dan merangkul
erat tubuh langsing itu. Tangan kanannya diletak atas perut Damia.
“Sebelum hujung tahun ini, abang
akan pastikan ada benih abang membesar di sini,” ujar Darwisy sambil merenung
mata Damia.
Muka Damia sudah membahang. Matanya
dilarikan. Tidak sanggup rasanya membalas renungan Darwisy yang mengancam itu.
Sudahlah senyuman Darwisy buat dia tidak lena tidur. Mahu dia termimpi-mimpi
bila membalas renungan itu. Tangisan Farisya menyelamatkan dirinya.
Darwisy segera melepaskan
rangkulannya dan berlalu mendapatkan puteri mereka.
“Kenapa dengan anak daddy ni? Abang kacau ya?” Darwisy
memujuk anak perempuannya yang masih belum berhenti menangis.
Damia berasa bahagia dengan sikap
ambil berat Darwisy. Sekiranya dia tidak berkeras menyuruh Darwisy pulang ke
rumah madunya tentu lelaki itu sentiasa ada di sisinya sepanjang masa. Damia
menghampiri Fareez.
“Abang buat adik ya?” Damia
bertanya anak sulungnya. Tiba-tiba sahaja anak lelaki itu mencebik dan
kemudiannya menangis. “Lah... umi bukannya marah! Umi tanya sahaja.” Jadi satu
kerja pula dia hendak memujuk anak lelakinya itu. Akhirnya bergabung tangisan
Fareez dan Farisya.
“Abang rasa mereka ni dah
mengantuk. Itu yang meragam. Bawa ke sini Reez. Sayang pergi buat susu mereka.”
Kini hero dan heroin berada dalam dukungan daddy
mereka.
Setelah siap membancuh susu buat
putera dan puterinya, Damia mengambil
Farisya dari dukungan Darwisy dan membawa ke kamar tidur. Setelah habis
sebotol susu, kedua-duanya tertidur. Bijak sungguh daddy mereka. Tahu sahaja apa yang si kembar hajati.
JAM
SEBELAS PAGI, Darwisy membawa isteri dan
anak-anaknya membeli-belah. Dari satu gedung ke satu gedung pakaian kanak-kanak
mereka jelajahi. Naik lenguh kaki Damia mengikut langkah Darwisy. Ada sahaja
yang tidak berkenan di mata lelaki itu. Setelah berpuas hati barulah Darwisy
mengajak mereka menikmati makan tengah hari.
“Sayang boleh tunggu abang dekat
kerusi depan tu tak? Abang nak pergi gent
kejap,” ujar Darwisy sambil menepuk perutnya.
Tahu sangatlah Damia apa yang cuba
Darwisy sampaikan kepadanya. Damia menolak
twin stroller anaknya manakala Nomi menolak troli yang mengandungi
barang-barang yang mereka beli sebentar tadi. Baru sahaja Damia hendak
melabuhkan punggung, ada orang yang datang menyapanya.
“Hai! Masih ingat saya lagi?” Tegur
seseorang.
Terkejut Damia melihat madunya di
situ. Patutlah Darwisy meminta diri pergi ke tandas, rupanya dia ternampak isteri
mudanya, gumam Damia geram. Damia angguk kepala dan senyuman manis tetap
dihadiahkan buat madunya itu.
“Banyaknya membeli-belah, macam nak raya pulak,” tegur perempuan itu ramah.
“Takdelah banyak sangat,” ujar Damia.
Sekadar tidak dikatakan sombong. “Seorang sahaja ke? Mana suami?”
“Aah... saya seorang saja! Bosan duduk rumah dan takde apa yang hendak dibuat, itu yang saya
jalan-jalan. Abang pula ada urusan penting. Ada customer kompelin, jadi dia terpaksa turun padang. Jika kena saman
lagi teruk. Jenuh dia kena menjawab dengan ayah nanti.”
Pandai sungguh Darwisy menipu. Ada
urusan penting konon! Getus Damia.
“Marilah join Mia. Boleh kita shopping
sama-sama.” Sengaja Damia mempelawa madunya. Dia ingin lihat bagaimana
menggelabahnya Darwisy nanti. Biar padan muka lelaki itu.
“Oh! Boleh ke? Menarik juga idea
Mia tu,” ujar perempuan itu teruja. Dia juga bosan berjalan seorang diri. “Lupa
pulak nak perkenalkan diri. Nama saya
Nurul...” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, telefon bimbitnya berbunyi.
“Sekejap ya Mia, saya nak jawab
panggilan suami saya dulu.” Selesai bercakap dengan suaminya, dia memandang Damia.
“Maaflah Mia, saya tak dapat ikut
awak. Abang suruh balik rumah. Kejap lagi dia nak balik. Lain kali kita shopping sama-sama.” Selepas bersalaman
dengan Damia dan Nomi, dia beredar.
Damia hanya mampu memandang madunya
yang bernama Nurul itu berlalu pergi. Bijak sungguh Darwisy berbohong. Nahas
dia nanti! Bisik hati Damia. Tidak lama kemudian dia terlihat susuk tubuh
Darwisy baru keluar dari tandas lelaki. Hebat sungguh berlakon, getus Damia.
“Nak shopping lagi atau nak balik?” Tanya Darwisy seraya memandang wajah
isterinya.
“Abang... kita pusing-pusing dulu
nak tak? Sayang nak beli barang lagilah,” Damia melontarkan alunan suara yang
manja untuk menarik perhatian Darwisy. Damia ingin melengah-lengahkan Darwisy.
Dia hendak melihat, mampu atau tidak Darwisy bertahan tanpa rasa resah gelisah
mengingati janji-janjinya dengan isteri kedua.
“Hmmm... boleh juga! Abang ingat nak suruh
sayang pilihkan baju kerja untuk abang dalam tiga empat helai.” Darwisy
menyambut riang permintaan Damia. Memang dia ingin menghabiskan masa hujung
minggu dengan anak-anak dan isterinya.
Setelah membeli beberapa helai
pakaian untuk dia, Darwisy dan Nomi, Damia mengajak Darwisy pulang ke hotel.
Badannya terasa letih dan lenguh. Waktu Zohor juga sudah menghampiri ke
penghujungnya. Bimbang juga dia jika terlewat solat akibat sakan membeli-belah.
Tak pasal-pasal dapat dosa kerana sengaja melengah-lengahkan solat.
Damia menjeling Darwisy yang tenang
memandu. Hebat sungguh Darwisy bersandiwara. Tiada langsung tergambar riak
khuatir, bimbang atau rasa bersalah di wajahnya. Darwisy dilihatnya begitu
gembira dapat menghabiskan masa bersamanya dan anak-anak. Terasa takjub pula
Damia melihat lakonan mantap Darwisy. Entah apa pula helah yang hendak
dipersembahkan oleh lelaki itu kepada isteri keduanya nanti?
TAMAN
CASUARINA menyambut ketibaan mereka dengan hembusan bayu yang
mendamaikan. Di sini bermulalah kisah hidup mereka sekeluarga yang sebenar.
Damia begitu teruja tatkala melepasi post
pengawal. Di kiri kanan jalan tersergam rumah-rumah mewah dengan landskap yang
mengagumkan. Sungguh menarik! Setiap rumah mempunyai reka bentuk yang berlainan
dan unik. Menurut Darwisy, syarikat TDF telah menyediakan lebih dua puluh
contoh model banglo untuk pilihan pembeli.
Terpegun Damia melihat rumah yang akan
dia dan anak-anak diami. Benar-benar memukau pancainderanya. Hiasan taman yang
indah, kolam renang, tempat istirahat dan taman permainan kanak-kanak berserta
rumah kecil untuk anak-anaknya bermain pondok-pondok turut dibina.
Puas menikmati keindahan di luar
banglo, dia masuk ke dalam pula. Sekali lagi Damia terpaku melihat suasana yang
terdapat di dalamnya. Sungguh mewah dan mempesonakan sekali hiasan dalamannya.
Selama ini dia merasakan rumah nenek dan mamanya sahaja yang cantik dan
menarik. Tetapi rumah tempat dia menumpang teduh dan berlindung ini lebih hebat
dan sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Memang superb!
Damia meneliti ke setiap ruang
banglo dua tingkat itu. Banglo itu mempunyai tujuh kamar tidur dan satu bilik
khas untuk Darwisy bekerja. Tiga bilik di tingkat bawah dan empat bilik di
tingkat atas. Semuanya dihias cantik. Ruang rehat keluarga di tingkat atas dan
bawah sudah dihiasi dengan perabot mahal dan mewah. Ruang tamu juga diberi sentuhan
istimewa. Ruang makan dan dapur juga tidak kurang hebatnya. Semuanya nampak
sempurna di mata Damia. Tidak mungkin
rumah seperti ini dibina untuk pekerja TDF, fikir Damia.
“Abang... semua pekerja TDF tinggal
di sini ke?” Tanya Damia setelah Darwisy menyertainya di dalam kamar tidur mereka.
Sebentar tadi suaminya dan Nomi membawa anak-anaknya ke kamar tidur si kecil
kerana semuanya sudah terlena. Dan Nomi sedang menjaga mereka ketika ini.
Darwisy menggaru kepalanya sambil
tersengih.
“Rumah ni sebenarnya abang sediakan
khas untuk sayang. Kira macam hadiah perkahwinan kita jugalah.”
“Jadi abang dan pekerja abang tipu
sayanglah kononnya ada rumah yang disediakan untuk kakitangan TDF?” Damia
merenung tajam mata Darwisy, pura-pura marah. Sengaja dia ingin mengusik suaminya itu. “Disebabkan abang dah tipu
sayang, abang tak boleh tidur di sini,” tegas Damia.
“Ala... bagilah abang tidur sini! Malam ini aje pun tak apa.”
Darwisy buat muka kasihan. “Lagipun kesian sayang nak kemas baju, tak ada orang
yang nak tolong.” Darwisy berusaha meraih simpati Damia.
“Tak payah susah-susah, sayang
boleh buat sendiri. Bukannya banyak mana pun baju-baju tu.” Damia memberi
alasan. Sudah beberapa hari Darwisy bersamanya. Bimbang juga dia jika madunya
tiba-tiba datang menyerang dan mengamuk.
Darwisy mengetap bibirnya menahan
geram. Kepalanya digaru. Idea yang pertama tadi tidak berkesan, dia mencari
helah lain pula.
“Sayang tak kasihan ke, dekat anak-anak
kita? Tentu mereka akan cari abang bila nak tidur malam nanti. Mereka kan dah
terbiasa ada abang. Bagilah abang tidur sini barang semalam dua.” Darwisy
memujuk rayu.
Damia menggeleng kepalanya. Dia
tergelak dalam hati. Suka dia melihat muka Darwisy yang cemberut itu.
“Anak-anak... sayang boleh handle sendiri, abang usah risau,” balas
Damia selamba.
Melihat gelengan dan alasan Damia,
Darwisy semakin hangat. Pipi Damia ditarik geram. Dia tetap tidak akan ke
mana-mana walaupun Damia berkeras dengannya. Mana mungkin dia meninggalkan
isteri dan anak-anaknya tanpa dia tahu tahap keselamatan di rumah tersebut. Dia
tidak mempercayai seratus peratus tahap sistem keselamatan yang terdapat di rumahnya.
“Abang... sakitlah!” Damia mengusap
pipinya yang terasa perit.
Darwisy tidak mengendahkan
kesakitan Damia. Hatinya lagi sakit dan perit dengan tindak-tanduk Damia.
“Abang tetap akan tidur sini.
Muktamad!” Darwisy sudah tunjuk belangnya.
Dua-dua sama sahaja perangainya, degil dan tidak suka mengalah!
Dua-dua sama sahaja perangainya, degil dan tidak suka mengalah!
“Abang nak tidur sini ya?” Damia
meleretkan nada suaranya. “Boleh! Tak jadi masalah. Tapi abang tidur kat bilik tetamu.”
“Eeii... tak naklah abang tidur kat bilik bawah tu sorang-sorang!
Dah hilang akal ke sayang? Bilik tu kan berhampiran dengan bilik Nomi. Buatnya
dia mengigau dan masuk bilik abang, tak ke kes niaya? Siapa yang nak tanggung?
Sayang?” Darwisy mencipta alasan.
Damia mencebik.
“Eleh! Entah-entah bukan Nomi yang
masuk bilik abang tapi abang yang pergi merayap ke bilik dia!” Sindir Damia pedas.
“Hisy... ke situ pulak
sayang fikir! Sayang ingat abang ni apa? Binatang? Takde akal? Tak boleh nak bezakan mana yang halal, mana yang haram?”
Marah Darwisy. “Yang halal terhidang depan mata pun abang tak tertekam, inikan
pula nak cari yang haram! Memang tebiat nak mampuslah abang sekiranya
buat macam tu!” ujar Darwisy lagi dengan perasaan sebal.
“Jika abang tak nak tidur di bilik
bawah, bilik kat atas pun banyak yang kosong, abang pilihlah yang mana abang
suka,” ujar Damia lagi. Sengaja dia ingin mengusik suaminya.
“Mana boleh abang tidur sendirian.
Abang kan dah biasa tidur dengan sayang.” Darwisy bersuara. Ada nada rajuk di
situ. “Tak apalah kalau tak suka abang tidur sini, abang balik Teratak Raudhah
sekarang.” Darwisy sudah berura-ura hendak bangun. Perbuatannya terhenti
apabila tangan Damia menariknya semula.
“Apalah abang ni! Gurau sikit pun
dah nak terasa.” Damia menolak sedikit bahu Darwisy sambil tersenyum manis.
Terserlah lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Damia sebenarnya berasa
bersalah kerana menuduh Darwisy yang bukan-bukan. Tak akanlah suaminya hendak
mengambil kesempatan ke atas pengasuh anaknya pula.
“Gurau aje ke? Abang ingatkan
serius tadi! Kalau gitu tak jadi nak merajuklah.” Darwisy juga sudah tersenyum.
Terpujuk dia dengan kata-kata Damia.
Damia menggeleng kepala mendengar kata-kata Darwisy. Dah jadi bapa budak pun masih lagi nak merajuk-rajuk.
Damia menggeleng kepala mendengar kata-kata Darwisy. Dah jadi bapa budak pun masih lagi nak merajuk-rajuk.
“Dah lama abang nak tegur. Sayang
pun ada lesung pipit macam abang. Patutlah anak-anak menurun kita.” Darwisy
mencucuk manja pipi Damia. Ingin rasanya dia memanjangkan kemesraan mereka
dengan sesuatu yang lebih romantis. Tetapi dia tidak mahu tergesa-gesa. Masih
banyak lagi waktu, fikirnya.
“Makan malam kita macam mana abang?
Nak masak atau makan di luar sahaja?” Damia bertanya. Dia tidak kisah sekiranya
Darwisy ingin dia memasak. Tetapi mereka perlu ke pasar raya membeli barang
dapur dan bahan basah.
“Abang rasa kita makan di luar
sahajalah. Tentu sayang penat. Kalau sayang malas nak keluar, abang order aje dari restoran berhampiran.
Mereka ada menyediakan servis penghantaran ke rumah.” Darwisy memberikan pendapatnya.
“Okey juga macam tu. Tapi untuk
malam ini sahaja ya. Sayang sebenarnya dah muak makan di luar. Teringin juga
hendak masak sendiri untuk kita sekeluarga. Abang belum pernah rasa masakan
sayang lagi, kan?” Damia bertanya manja. Entah mengapa dia terasa ingin bermanja dan bermesra pula dengan Darwisy sekarang ini.
“Pandai ke isteri abang ni masak?
Macam tak percaya je!” Usik Darwisy.
“See the leg lah abang! Jangan pandang isteri awak ni sebelah mata,”
gurau Damia.
“Hah... tengok! Guna awak lagi.
Potong gaji!”
“Helo... ini kat rumah bukan tempat
kerja! Kat rumah mana ada istilah potong gaji. Lainlah kalau abang ada sediakan
wang saku.”
“Hmmm... bagus juga idea sayang! Abang memang terfikir nak bagi wang
saku untuk sayang setiap bulan. Wang nafkah memang abang tak boleh nak
sentuhlah sebab itu memang tanggungjawab abang.” Darwisy senyap seketika
memikirkan sesuatu.
“Di pejabat abang potong dua ratus
ringgit setiap kali salah cakap. Dekat rumah akan abang potong seratus ringgit
setiap kali ada kesilapan. Macam mana? Setuju?” Tanya Darwisy sambil menjongket
kedua belah keningnya.
“Abang nak bagi berapa wang saku?”
Laju sahaja Damia bertanya. Lebar senyuman di bibirnya. Dalam kepalanya juga
sudah tumbuh bermacam-macam idea bagaimana hendak diagihnya duit tersebut.
Huh! Mata duitan juga bini aku ni!
Kutuk Darwisy dalam hatinya. Hisy...
tak baik buruk sangka dengan isteri sendiri, bisik hatinya kembali.
“Wang saku? Abang bagi seribu
cukuplah. Duit gaji sayang memang tak berusik sebab abang akan bagi lima ribu
ringgit sebulan sebagai wang nafkah untuk kegunaan sayang dan anak-anak. Barang
dapur abang akan sediakan. Nak membeli-belah pun abang yang tanggung. Gaji Nomi
juga abang akan bayar,” ujar Darwisy sambil menatap wajah isterinya.
“Cuba sayang kira berapa sebulan
sayang akan dapat campur duit gaji, duit saku dan duit nafkah yang abang bagi
setiap bulan?” Darwisy mula mengira jumlah yang bakal Damia perolehi setiap bulan.
“Wah... untungnya sayang! Dapat duit pukal dekat sepuluh ribu sebulan,” jelas
Darwisy. “Tapi jika asyik buat silap, dapat lima ribu ajelah.”
Wau... banyak tu! Jikalau semua ditanggung
beres, memang boleh menyimpanlah lepas ni. Elaun dari syarikat papa
lagi...! Wah... mak cik kaya! Bisik hati
Damia. Harap-harap bolehlah control
lidah aku ni. Eleh... isteri dia yang lagi satu tu pun mesti dapat sama banyak
macam aku! Hati Damia mula terasa sayu. Terpancar riak sedih di wajahnya.
Darwisy lihat wajah mendung Damia.
Adakah kata-katanya membuatkan Damia sedih?
“Hei... kenapa sedih ni? Sayang
marahkan abang ke? Atau abang ada tersalah cakap?”
Damia menggeleng kepala.
“Taklah! Sayang teringatkan arwah
papa. Dia baik sangat, sama macam abang,” dalih Damia. “Abang nak tengok tak
gambar papa? Dia kacak tau!” Damia berusaha menceriakan dirinya. Dia tidak mahu
larut dalam kesedihan yang belum tahu bila penghujungnya. Tangannya segera
menyelongkar beg pakaian. Album milik keluarganya ditunjuk kepada Darwisy.
Darwisy meneliti satu persatu
gambar yang terkandung dalam album tersebut. Baru dia teringat album milik Damia
yang berada di rumah bondanya.
“Lupa abang nak bagi tahu. Sewaktu
kita di rumah Pak Long Kamal, abang ada ambil album milik sayang.”
“Patutlah sayang cari tak jumpa.
Rupanya ada yang mencopet!”
“Tak baik tuduh abang macam tu.
Abang cuma nak tatap wajah-wajah sayang untuk hilangkan kerinduan semasa kita berjauhan.”
“Ya... ke? Macam tak percaya aje
dengan alasan abang tu. Jangan-jangan abang dah kahwin lagi satu tanpa
pengetahuan sayang?” Damia menanti reaksi daripada Darwisy.
Darwisy menarik geram hidung
mancung Damia.
“Jangan suka menuduh jika tak ada
bukti,” sangkal Darwisy.
Damia hanya mencebik mendengar
alasan Darwisy. Lelaki memang bijak mencipta seribu alasan untuk menutup
temberang mereka. Yang menjadi mangsa keadaan adalah wanita. Wanita bagi mereka
ibarat pakaian. Jika tidak suka atau sudah lusuh, dengan mudah mereka
menukarkan dengan yang baru.
Wanita pula bila sudah bergelar isteri,
mereka sentiasa patuh dan taat kepada suami. Mereka tahu... keredhaan suami
adalah keredhaan ALLAH. Untuk mendapat keredhaan ALLAH, mereka perlu berusaha
menyenangkan dan mengembirakan hati suami. Barulah mereka boleh masuk mana-mana
pintu syurga yang disukainya.
“Hmmm... kereta sayang nanti abang suruh pekerja hotel hantar ke
mari. Tak apa kan biar di situ dulu hingga esok?”
Pertanyaan Darwisy mencantas pergi
apa yang berlegar-legar di fikiran Damia.
“Tak apa... asalkan jangan hilang.
Jenuh sayang nak kena ganti balik dekat nenek.”
“Oh... kereta nenek! Abang ingatkan
kereta sayang.” Kagum juga Darwisy melihat kereta milik nenek Damia. Ada ke
orang tua pakai Suzuki Swift? Berapa umur nenek Damia tu, ya? “Insya-ALLAH tak
akan hilang,” balas Darwisy. Dia tersenyum memandang wajah isterinya. Bertuah
rasanya kerana dapat memilik gadis secantik dan seayu Sayang Damia ini.
Yea....
ReplyDeleteakhirnya ada juga n3 baru.
Rindu sgt2 dgn SPH ni..
Terima kasih kak...
Semoga Darwisy dan Damia kekal bahagia...
Terima kasih krn setia menanti SPH.
DeleteHarap2 berpuas hati dgn garapan yg tak seberapa ini.
Baguslah darwisy bertegas dlm rumah tangganya. harap2 mrk kekal bahagia...
ReplyDeleteInsya Allah, kebahagian akan bersama mrk.
DeleteKak DD mmg terbaik.
ReplyDeleteBestlah kak.
Terubat kerinduan p3.
Mintak2lah takde gangguan org ke3 lps ni.
Best darwisy... teruskan usaha merebut hati Damia. damia pun dah mula rasa sayang tu...
Terima kasih Puteri.
DeleteGangguan ttp ada... hehehe...
Terima kasih DD utk n3 ni.
ReplyDeleteMenarik dan saya suka.
Bagusnya kalau... Nurul tu terserempak dgn Darwisy dan Damia, kan?
Tak perlulah nak sorok2 hubungan mereka lagi.
Terima kasih ya sbb sukakan SPH.
DeleteDah takde rezeki mrk nak jumpa. Kalau jumpa pasti lain pula jdnya. hehehehe...
Menarik...
ReplyDeleteBest...
terbaik...
Tak bosan membcnya...
Semoga Darwiy dpt merebut hati Damia kembali,
Terima kasih krn terus bersama SPH yg tak seberapa ini.
DeleteJangan lupa terus bersama utk tahu kisah selanjutnya.
Da baikk ;)
ReplyDeleteTp bila nak hilanng prasangka damia ni..
Hai mizz acu...
Deletebaik mmg baik. Tp akan ada masam2 muka nnt coz Darwisy kuat cemburu.
Prasangka tu..., kalau awal2 dah ilang nnt plot ni tak akan berkembang.
nice n3. Keep it up.
ReplyDeleteThanks...
DeleteKak DD bestnya mrk dah blh tinggal bersama.
ReplyDeleteNak sgt kekusutan antara mrk terlerai secpt mgkn...
Thanks Raihana...
DeleteTak lama lg kut...
Berpuas hati walaupun terpaksa menunggu hampir seminggu.
ReplyDeletenak sgt tgk
Tahniah DD... sebuah kisah yg menarik.
Moga salah faham antara mereka akan segera berakhir.
Terima kasih krn bersabar menanti SPH. Dan terima kasih juga krn sukakan SPH.
DeleteHesyyy Darwisy ni...
ReplyDeleteTime Nurul muncul time itulah nak pergi tandas. Kalau bertembungkan menarik. Blh lihat apa reaksi antara mrk bertiga.
Tahniah buat Darwisy sbb dpt mendekati Damia.
syok tgk mrk dh berbaik.
Hehehe...
DeleteMungkin takdir tak mengizinkan mrk berjumpa kut...
Bertuah rasa hari ni sbb ada n3 baru.
ReplyDeleteBest sgt2.
Harap2 hubungan mrk berkembang lbh sihat lg
Terima kasih zainudin. Kekal bersma SPH k.
DeleteHuwaaaaaaa....
ReplyDeletedah ramai yg bg komen... jeles ni...
Apapun tahniah utk kak DD.
Setiap kali ada n3 baru, tak pernah mengecewakan saya.
Suka sgt dgn bab kali ni. Ada perubahan dlm hubungan mrk. Semoga hubungan mrk kekal ceria dan bahagia.
Hehehe... Ayu, jgn nangis2 dek.
DeleteTerima kasih krn kekal setia bersama SPH.
Harap2 mrk dpt menerima antara satu sama lain lepas ni.
Nak lagi... nak lagi...
ReplyDeletesambung cpt2 ya writer...
best sgt2.
Tak sabar nak tahu kisah selanjutnya.
Tunggu minggu depan pulak ya...
Deletebest betull!happy nye dowang... hak3... good job writerr!! saya akan tunggu untuk epi yang akan datangg...!
ReplyDeleteTerima kasih Secret_Aimie krn suka karya yg tak seberapa ini.
ReplyDeleteMinggu depan insya ALLAH kita bakal bersama lgi.
bile damia nak tw yang darwisy nie ad kembar..hahaha
ReplyDeleteTunggu ya nzlyna...
ReplyDeleteMungkin masa tu periuk belangga dah terbang atas kepala Darwisy kut... hehehehe... gurau aja.
caya lah best cite nie... teruskan ye..
ReplyDeleteTerima kasih sara krn sudi meluangkan masa membaca karya yang serba kekurangan ini.
ReplyDeleteCerita ini mmg menarik. Terselit pengajaran di dalamnya. Memang benar apabila bergelar isteri kita perlu taati mrk walaupun adakalanya sikap mereka amat jengkelkan hati dan perasaan.
ReplyDeleteTerima kasih.
ReplyDeleteBegitulah kehidupan kita semua apabila bergelar isteri.
Apa yg ingin saya kongsikan di sini... terimalah pasangan kita seikhlas hati kerana ALLAH. Setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya. Yakin akan ganjaran Syurga, Insya ALLAH rumah tangga yg dibina sentiasa bahagia.
Sayang nih asyik sangat jumpa dengan madu dia...
ReplyDeleteEntah bilalah dia nak jumpa madu dia tuh berkepit dengan laki lain masa darwish ada bersama dengan dia...
Bapak budak2 tuh bila masanya nak datang kacau daun...
Dah lama x jumpa anak2 dia tu, x kan dia x rindu dengan mak budak2 tu...
Kenalah guna alasan nak jumpa anak2 untuk datang melepaskan rindu dengan mak budak...
BAru adil, biar sayang dengan darwish dedua makan hati...
~w.t~
Detik itu akan muncul sedikit masa lagi. Tunggu ya...
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu bab seterusnya.
ReplyDeleteBersabar ya....
DeleteRajinnya Darwisy jaga anak2. Untung Damia...
ReplyDeleteBest ar.. lau dpt hubby cam ni.
Bolehlah start cari suami spt Darwisy. Manalah tahu bakal berjumpa nnt.
Deletethanks kak....
ReplyDeletewah darwisy pandai ambil ati sayang..tapi...salh sangka yg mmbataskan segalanya..
sayang asyik jumpa isteri danish je....bila pulak nak terbongkar rahsia ni....
nasib slalu kat darwisy...x terkantoi ngan nurul n org lain...
agak2 nanti mase darwisy n sayang makan malam kat luar...terjumpa ngan mummy darwisy x...
kak citer ni akan di terbitkan ke....lama lgi la nak tggu eh...
kak cinta itu milik ku bila nak di terbitkan...
kak nanti sambung panjg2 skit....
Salam ryn...
ReplyDeleteTerima kasih krn tetap sudi bersama SPH.
Selepas ini mmg akan kerap berlaku pertemuan antara Damia dan Nurul serta ibu mentuanya.
Kalau ada rezeki mmglah berhajat nak terbitkan. Tp tak tahulah...
CIM... doa2kanlah ya kemunculannya.
Amboi ryn... nak pjg2 eh? Meh sini tolong bg idea kat akak.
ala besnyer... nak lagi.... adoila kemaruk dok tunggu Si pencuri hati ...
ReplyDeleteTerima kasih mayangsayang krn sudi meluangkan masa membaca SPH yg tak seberapa ini. Sgt2 menghargai.
DeleteSambungannya sedikit masa lagi.
biasanye klu da lme xjmpe akn mtk penjelasan dlu ke??? tp xkishla..wlw da smpai bab ni stil best!!!
ReplyDeletemsetilah ada...
ReplyDeletetp secara kiasan shj Damia utarakan