Assalamualaikum....

Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....

Sekiranya terdapat kebersamaan dalam penulisan, itu berlaku di luar bidang kuasa. Idea yang datang secara spontan diluahkan mengikut cetusan rasa.

Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!

Pastikan anda semua menunaikan solat terlebih dahulu sekiranya waktu solat sudah masuk ya...

Sayang anda semua. Muah... Muah...

Followers

Tinggal Link Blog Korang

Thursday 7 June 2012

Si Pencuri Hati! Bab 8



DARWISY menyandar keletihan. Terasa penat seluruh badannya. Mesyuarat yang dihadirinya kali ini benar-benar menguji kesabarannya. Lelah dia melayan kerenah manusia yang pelbagai ragam dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira faktor keselamatan dan perasaan orang lain.

“Pak Mat nanti hantar saya pergi ofis dulu ya. Saya nak jumpa ayah dan Danish. Ada perkara penting yang ingin saya bincangkan,” ujar Darwisy.

Teringat peristiwa di KLIA, tanpa sedar terukir senyuman di bibir Darwisy. Dia hanya mampu memandang gadis itu yang semakin menjauh. Melihat kesombongan dan keangkuhan gadis itu, Darwisy menggelengkan kepalanya. Dia mencapai beg sandangnya yang turut terjatuh. Dahi Darwisy berkerut melihat kelainan pada beg tersebut. Warna beg tersebut memang sama tetapi jenamanya berbeza. Sahih gadis sombong itu telah mengambil beg sandang berjenama Dunhill miliknya. Dia mempercepatkan langkahnya supaya dapat menemukan jejak gadis itu namun hampa. Terpaksalah dia memikirkan cara hendak mencari gadis tersebut bagi mengambil kembali begnya. Memikirkan kekalutan gadis itu sebentar  tadi, Darwisy tertawa kecil.

Darwisy tidak sedar perlakuannya menjadi tatapan Pak Mat selaku pemandu peribadi keluarganya sejak dulu. Tersenyum Pak Mat melihat wajah anak muda itu. Sudah lama dia tidak melihat senyuman di sebalik wajah tampan itu.

Pak Mat masih ingat lagi Darwisy pernah meminta dia menghantar anak muda itu ke Mersing kerana ada urusan penting katanya. Pak Mat tidak berani bertanya kerana dia hanya seorang pemandu dan tugasnya hanya menurut arahan. Selepas pulang dari Mersing, Darwisy berubah menjadi pendiam. Dia lebih banyak menyendiri dan sering termenung. Seluruh anggota keluarganya menjadi resah dan bimbang melihat perubahan anak muda itu secara tiba-tiba. Mereka juga tertanya-tanya apakah musibah yang telah menimpa anak muda itu?

“Darwisy kita dah sampai.”

Sapaan Pak Mat mengembalikan Darwisy ke dunia realiti. Jauhnya aku mengelamun. Apalah istimewanya gadis sombong itu? Tak padan dengan bertudung tapi perangai kasar, guman Darwisy sendirian.

“Darwisy masih tak mahu keluar lagi?” Tanya Pak Mat. Darwisy dilihatnya masih lagi mengelamun.

“Hah... apa dia Pak Mat?” Tanya Darwisy. Dia terpinga-pinga seketika.

“Pak Mat tanya, Darwisy tak nak turun lagi ke? Kita dah sampai kat pejabat ni.”

“Maafkan saya Pak Mat, saya tak sedar kita dah sampai. Mungkin saya kepenatan agaknya hingga tak perasan kita dah tiba di pejabat.” Darwisy cuba menutup kesilapannya. Malu jikalau Pak Mat tahu dia mengelamun terlalu jauh.

Darwisy bergegas keluar dan menuju ke biliknya.

“Sarah nanti beritahu Tengku Danish, saya dah sampai dan ingin bertemu dengannya,” beritahu Darwisy kepada setiausahanya. Laju langkah kakinya diatur menuju  ke bilik pejabatnya.

Darwisy membuka beg sandangnya.

“Alahai... macam manalah boleh tak ingat yang beg ini bukan beg aku,” kata Darwisy sambil menepuk dahinya.

Darwisy memerhati barang yang terdapat dalam beg tersebut. Ada passport, beg duit, telefon bimbit dan senaskah novel.

Emmm... inilah orang perempuan! Tak pernah berenggang dengan novel,” omelnya sendirian.

Darwisy memberanikan diri membuka beg duit tersebut. Nama yang tertera pada kad pengenalan tersebut membuatkan dadanya bergetar hebat.

“Sayang Damia binti Dasuki Aqtar?”

Wajah yang tertera juga kelihatan sangat cantik dan jelita. Adakah ini Damia, isteri yang aku cari selama ini? Tapi kenapa wajahnya sangat berbeza? Atau kebetulan sahaja nama mereka sama?

Sewaktu dia mencari Damia di Mersing, dia gagal menemui gadis itu. Rumah Pak Long Damia juga bertutup rapat. Menurut jiran Pak Long Damia, Pak Longnya itu telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Chaletnya juga sudah dijual. Darwisy juga ada mencari sepupu Damia yang bernama Amran yang bertugas sebagai guru di Mersing tetapi tidak berjumpa. Menurut jiran Amran, Amran pulang ke kampung mentuanya di Kelantan. Berkali-kali juga dia pergi ke Mersing tetapi masih gagal menemui Damia dan juga Amran. Setiap kali dia pergi ke Mersing, Amran sentiasa tiada di rumah. Sejak itu dia tidak lagi pergi mencari isterinya. Dia juga berasa kesal kerana tidak mengambil tahu akan isterinya sebelum ini. Sangkanya Damia hanya tinggal di Mersing sahaja.

Ingat lagi Darwisy akan peristiwa yang menimpa ke atas dirinya selepas menerima panggilan daripada Danish. Selepas mendapat panggilan daripada Danish, dia tergesa-gesa meninggalkan rumah Pak Long Damia. Dalam keadaan letih dan mengantuk, dia terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan. Kejadian itu berlaku selepas dia keluar dari kawasan Rehat dan Rawat Machap. Tanpa sedar dia telah melanggar belakang trailer. Hampir sebulan dia di rawat di hospital. Dia terpaksa terbaring di atas katil selama lima bulan kerana kakinya patah. Sewaktu majlis perkahwinan Danish, dia juga tidak dapat turut serta kerana keadaan dirinya yang tidak mengizinkan. Telefon bimbitnya juga hilang semasa kemalangan itu berlaku. Keadaan ini menyukarkan lagi dia untuk menghubungi Damia.

Darwisy membelek-belek passport antarabangsa milik Damia. Hatinya semakin yakin gadis itu adalah isterinya. Wajah yang cukup cantik itu tidak puas dipandang. Dahi Darwisy tiba-tiba berkerut.

“Rasanya macam pernah tengok gambar seperti ini. Tapi di mana ya? Oh... ya!” Baru dia teringat wajah yang terdapat di dalam passport antarabangsa dan kad pengenalan itu serupa dengan wajah yang terdapat dalam foto yang diberikan oleh bondanya. Hingga ke hari ini, bondanya masih lagi ingin menggandingkan dia dengan anak Dr. Karina.

Nama dan wajah mereka serupa, bisik hati Darwisy. Apakah ini bermakna Damia isterinya adalah anak Dr. Karina? Barangkali gadis di stesen minyak itu juga adalah Damia. Kerana wajah gadis di stesen minyak, wajah anak gadis Dr. Karina dan wajah gadis yang terdapat dalam gambar di rumah Aunty Salwa saling tak tumpah dengan gambar yang berada di tangannya ini. Dia perlu menyelidik tentang perkara ini.

Tangannya masih lagi ligat membuka satu persatu kocek yang terdapat pada beg tersebut. Bulat matanya melihat gambar Damia sedang memangku sepasang bayi.  Mungkin baru lepas bersalin, getus hati Darwisy. Damia masih lagi berada di hospital ketika itu. Dia membelek gambar berikutnya. Hatinya berdegup kencang pabila terlihat seorang lelaki begitu mesra memangku kembar tersebut. Apakah hubungan Damia dengan lelaki itu? Darwisy membelek tulisan tangan yang terdapat pada gambar tersebut.

Umur Fareez dan Farisya ketika berusia dua hari. Papa sangat sayangkan Reez dan Isya.

“Papa?”

Darwisy menjadi tidak keruan. Dia juga tidak mengerti cerita di sebalik gambar-gambar tersebut. Apakah bayi kembar itu anak Damia dengan lelaki itu? Tak mungkin! Mana mungkin Damia boleh menikah dengan lelaki lain sedangkan mereka belum bercerai. Melainkan Damia dan lelaki itu melakukan hubungan terlarang. Mungkinkah?

“Atau... kembar ini anakku?”

Ingat lagi Darwisy akan peristiwa manis yang berlangsung antara dia dan Damia.

“Tapi... tak akanlah dengan hanya sekali sentuhan sahaja sudah mampu menghasilkan zuriatku?” Hati Darwisy dipagut resah yang bukan kepalang. Sekarang ini dia perlu mencari tahu siapakah Sayang Damia Dasuki Aqtar yang sebenar, si kembar dan juga lelaki yang kelihatan begitu mesra dan rapat dengan Damia.

Ketukan pintu menyedarkan Darwisy. Segera dia menyimpan barang-barang milik Damia.

“Masuk.”

Kelihatan Danish di situ.

“Lah... abang rupanya! Darwisy ingatkan Sarah tadi. Kenapa tak tunggu di bilik abang sahaja? Bukan ke Darwisy dah pesan kat Sarah yang Darwisy ingin bertemu dengan abang.”

“Kenapa? Salah ke kalau abang datang berjumpa Darwisy di sini?” Soal Danish kembali.


Darwisy menarik sengih. Kemudian dia bersuara.

“Sebenarnya Darwisy ingin berbincang dengan abang tentang projek kita di UK. Malangnya beg Darwisy sudah tertukar dengan seseorang kat airport tadi,” jelas Darwisy sambil memandang wajah abangnya. Hendak ketawa Darwisy melihat mata abangnya yang sudah membuntang itu.

“Kenapa cuai sangat sampai boleh tertukar?” Soal Danish.

“Relakslah bang, dengar dulu cerita ni sampai habis,” ujar Darwisy sambil tertawa.

Danish merenung tajam wajah adiknya. Boleh pulak dia gelak-gelak. Ingat kelakar ke bila beg yang mengandungi dokumen penting hilang?

Melihat wajah abangnya serius, dia juga kembali serius.

“Abang tahu dengan siapa beg tu tertukar?” Darwisy memandang wajah abangnya.

“Entah! Manalah abang tahu,” jawab Danish sambil menjongket bahunya.

“Dengan Damia.”

Melopong mulut Danish mendengarnya. Dia tahu hubungan Darwisy dengan gadis bernama Damia itu kerana adiknya telah menceritakan segala-galanya kepada dia. Itu pun selepas dipaksa dan diugut. Keluarganya sudah tidak betah melihat kemurungan Darwisy selepas pulang dari Mersing beberapa tahun yang lalu. Dalam pada tidak mahu berkahwin, akhirnya dia juga yang pertama menamatkan zaman bujangnya. Hanya bonda dan ayahnya sahaja yang tidak tahu status Darwisy. Sebab itulah sehingga kini bondanya masih lagi tidak berputus asa hendak menjodohkan Darwisy dengan anak Dr. Karina.

Darwisy menunjukkan barang-barang milik Damia kepada Danish.

“Darwisy yakin benar abang, inilah Damia isteri Darwisy yang hilang sejak dua tahun lalu.”

Mata Danish tidak puas menatap gambar Damia yang terdapat pada passport antarabangsa itu. Cantik dan jelita. Terbit rasa cemburu dalam hatinya. Kenapalah bukan dia yang ditangkap basah dengan Damia? Astaghfirullahalazim..., bisik hati Danish setelah sedar dari khilafnya. Mana mungkin dia boleh menaruh hati terhadap isteri adiknya. Dia juga sudah beristeri dan bakal menjadi bapa tidak lama lagi.

“Dan ini anak-anak Damia.”

Kali ini Danish benar-benar terpanar. Apa maksud Darwisy anak-anak Damia? Danish segera mencapai foto-foto tersebut. Terkejut Danish melihat wajah si kembar dan juga lelaki yang berada di samping Damia.

“Siapa lelaki ini?”

Darwisy hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

“Kamu tak rasa ini teman lelaki Damia? Jangan-jangan si kembar ini anak mereka,” serkap Danish. Mukanya juga serius.

“Itu Darwisy tak tahu bang. Tapi Darwisy akan siasat apa kaitan antara mereka.”

Darwisy merenung wajah serius abangnya.

“Abang janganlah buat muka macam tu... tak hensem,” usik Darwisy. “Bila Darwisy kata muka Darwisy lebih hensem daripada abang, abang marah!” Gurau Darwisy. Takut pulak dia melihat wajah serius abangnya itu.

“Tadi apa Darwisy kata? Kamu lebih hensem daripada abang? Tolong jangan perasan ya! Kalau dah namanya adik-beradik, mana ada yang terlebih mahupun terkurang,” tekan Danish.

Danish tahu kelebihan Darwisy. Selain rupa paras yang kacak dan tampan sepertinya, Darwisy juga mempunyai dua kelebihan iaitu lesung pipit dan senyuman yang menawan hingga menjadi igauan gadis-gadis di sekolah, universiti mahupun di pejabat.

“Ini bermakna perbincangan kita tentang projek di UK tu terpaksa ditangguhkan dululah ya? Jika begitu abang balik bilik abang dulu. Lagipun mesyuarat akan berlangsung pada minggu hadapan. Masih sempat lagi untuk Darwisy dapatkan kembali dokumen itu. Bila dah ada dokumen tersebut, kita akan berbincang,” terang Danish. “Bila Darwisy nak ambil balik beg tu?” Tanya Danish.

“Mungkin lusa. Esok Darwisy ada mesyuarat sebelah pagi dan petang pula hendak pergi ke Bangi, nak tengok perjalanan projek di sana.”

Setelah Danish keluar, Darwisy membelek beg duit Damia sekali lagi. Buntang matanya melihat kad nikah yang terdapat dalam beg duit tersebut. Kalau tadi keyakinannya hanya lima puluh-lima puluh. Tapi kini keyakinannya terus memuncak hingga lima ratus peratus. Sah! Damia adalah isterinya.

Kini telefon bimbit Damia pula diperiksanya. Ada lima miss call. Dia memeriksa butiran panggilan tersebut. Panggilan dari luar negara dan pemanggilnya bernama Req. Siapa Req? Adakah lelaki yang bergambar bersama Damia? Hatinya dipagut cemburu. Lelaki yang bergambar dengan Damia tidak kurang tampannya. Tangannya masih lagi lincah mencari maklumat dalam telefon bimbit Damia.

“Apa kata aku buka bahagian galeri. Mungkin ada yang menarik tersimpan di situ.” Darwisy menutup kembali telefon bimbit tersebut setelah apa yang ingin dicarinya tiada di situ.

Tangannya mencapai pula video kamera milik Damia. Terkejut bukan kepalang dia bila melihat rakaman yang terpampang di situ. Jadi betullah tanggapannya sebelum ini, Damia itu anak Dr. Karina. Memang nakal sungguh isterinya itu. Sanggup menyolek rupanya sebegitu hodoh, gara-gara tidak mahu berkenalan dengan calon pilihan mamanya. Di situ juga terakam gambar anak-anak Damia. Kedengaran suara yang bertanyakan apakah nama yang ingin Damia berikan untuk anak-anaknya itu.

“Aku nak beri nama Tengku Danial Fareez dan Tengku Dania Farisya.” Begitu jelas suara Damia ketika menuturkannya.

“Kenapa mesti ada Tengku pulak?” Tanya lelaki itu.

“Sebab daddy dia Tengku,” terang Damia sambil tertawa.

Kedengaran begitu merdu sekali gelak ketawa Damia di telinga Darwisy. Tahulah kini Darwisy bahawa si kembar itu anak-anaknya. Gembira bukan kepalang lagi dirinya. Tak sangka... hebat juga dirinya. Dengan sekali sahaja dia menyentuh Damia sudah mampu menghasilkan zuriatnya. Bukan seorang tetapi sepasang.

Darwisy segera menghubungi abangnya. Berita gembira ini ingin dikongsikan bersama abangnya.

“Helo... abang, Darwisy ni! Sekejap lagi Darwisy nak jumpa abang, ada benda penting yang ingin Darwisy bagi tahu. Tentu abang tak percaya bila melihatnya nanti.”

Darwisy terus meletak ganggang telefon walaupun suara Danish masih lagi kedengaran. Bergegas dia menuju ke bilik abangnya bersama beg sandang milik Damia.

Danish hanya mampu melihat telefon yang berada di tangannya setelah Darwisy memutuskan talian.

“Apa kena dengan adik aku hari ini? Pelik semacam aje?” Terngiang-ngiang lagi suara ceria Darwisy di telinganya. Dia ingin bertanya lanjut tentang perkara itu tetapi Darwisy sudah pun memutuskan talian.

Tanpa mengetuk pintu atau memberi salam, Darwisy terus membuka pintu bilik pejabat abangnya.

“Abang... Damia memang benar isteri saya tanpa syak dan wasangka lagi. Dan dia juga anak Dr. Karina.”

Teringat Darwisy raut wajah jelita Damia semasa di KLIA tadi. Sejuk matanya melihat isterinya itu sudah menutup aurat. Walaupun tanpa sebarang alat solek, isterinya tetap jelita dan cantik. Adakah Damia mengenali dirinya?

Deheman Danish mengembalikan Darwisy kepada tujuan asal dia ingin bertemu dengan abangnya itu.

“Dan si kembar itu adalah anak-anak saya abang. Ya ALLAH... bahagia dan gembiranya saya. Tak sangka selama ini saya sudah bergelar bapa rupanya,”  ujar Darwisy ceria.

“Cuba abang tengok ni.” Darwisy menunjukkan rakaman video kepada abangnya. Dari permulaan Damia menyolek hodoh raut wajahnya hinggalah rakaman anak-anaknya semasa di hospital selepas kelahiran mereka.

“Kamu yakin Damia anak Dr. Karina adalah orang yang sama dengan Damia isteri kamu?” Soal Danish inginkan kepastian. “Mungkin sahaja beg ini kepunyaan Damia isteri kamu, tapi itu bukan bermakna dia anak Dr. Karina,” tegas Danish. “Mana mungkin bonda masih ingin menjodohkan kamu dengan anak Dr. Karina sekiranya Damia itu sudah berkahwin.” Danish ingin menyedarkan adiknya supaya tidak bermimpi di siang hari. “Semua ini belum cukup membuktikan bahawa Damia anak Dr. Karina itu adalah isteri kamu Darwisy.”

“Tapi bang... mungkin juga Dr. Karina dan bonda belum tahu yang Damia sudah berkahwin. Mungkin juga Damia merahsiakan perkahwinannya daripada ibunya macam yang Darwisy lakukan sekarang,” luah Darwisy sebal.

“Jika begitu kata Darwisy, abang tak boleh nak kata apa lagi. Mungkin Darwisy lebih mengenali Damia berbanding abang. Selama ini pun abang tidak tahu yang Damia pernah menyamar kerana tak mahu menerima calon pilihan mamanya.”

“Terima kasih bang kerana sudi mendengar luahan Darwisy. Tapi abang kena rahsiakan perkara ini daripada bonda terlebih dahulu,” pinta Darwisy penuh mengharap.

“Darwisy ingat sekejap lagi Darwisy nak jumpa ayah, nak terangkan perkara yang sebenar.” Walaupun dia anak manja bondanya tetapi dia lebih suka menceritakan masalahnya dengan Tengku Dzulkarnain. Ayahnya seorang pendengar yang baik dan mudah memahami.

“Baguslah! Abang pun setuju dengan tindakan Darwisy tu.”



DARWISY melangkah ke bilik ayahnya dengan perasaan bercampur-baur. Dia bimbang dengan penerimaan ayahnya. Darwisy menarik nafas panjang sebelum melepaskannya. Tangannya terasa sejuk dan menggeletar. Apalah penerimaan ayahnya setelah mendengar ceritanya sebentar nanti? Janganlah ayahnya terkena serangan jantung! Mati  dia!

Apa yang hendak dia khabarkan kepada bondanya jika dia punca sebenar ayahnya jatuh sakit? Bukan sehari dua dia merahsiakan perkara ini, tetapi hampir dua tahun. Darwisy berdoa dan berharap agar semuanya berlangsung dalam keadaan terkawal dan baik.

Darwisy mengetuk pintu pejabat ayahnya. Setelah mendengar arahan masuk, dia memulas tombol pintu. Usai memberi salam dan menyalami tangan ayahnya, Darwisy mengambil tempat duduk berhadapan dengan ayahnya. Gementarnya dia ketika ini usahlah ditanya lagi. Keadaannya lebih kurang sama seperti seorang pelajar yang telah dipanggil untuk menghadap pengetua sekolah.

“Macam mana perkembangan projek di UK? Memberangsangkan?”

Fuhh... lega! Mujurlah ayahnya belum bertanyakan tujuan kedatangannya. Bolehlah dia curi nafas sedikit.

“Setakat ni tak ada masalah. Cuma ada sesetengah pelabur yang kurang prihatin dengan kehendak dan masalah penduduk setempat. Kebanyakan pelabur lebih mementingkan keuntungan. Rata-rata penduduk di situ merungut kerana pihak pemaju yang menjalankan projek di sana tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Nasib baik Darwisy bertegas dengan syarikat yang menjalankan usahasama dengan syarikat kita supaya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib,” ulas Darwisy seraya memandang wajah ayahnya. Tengku Dzulkarnain kelihatan berpuas hati dengan penerangannya. Mood ayahnya juga dalam keadaan baik. Tengku Dzulkarnain memang jarang naik angin, getus Darwisy.

“Bagus! Ayah suka sangat dengan tindakan Darwisy.” Tengku Dzulkarnain bangun dan menepuk-nepuk bahu anaknya dengan mesra. Dia mengajak anaknya duduk di sofa. Di tangannya ada sehelai kertas.

“Sebelum ayah tanya Darwisy beberapa perkara, boleh ayah tahu apa tujuan Darwisy datang berjumpa dengan ayah?”

Darwisy mula berasa tidak selesa bila mata ayahnya merenung dengan tajam. Bagaikan ada rahsia yang tersimpan. Panas punggung jadi dirinya.

Emmm... errr... errr...” Darwisy menggaru kepalanya. Tidak terkeluar ayat yang sudah dirangkanya sebentar tadi.

Tengku Dzulkarnain memerhati riak wajah anak bongsunya yang tidak senang duduk. Wajahnya tetap tenang walaupun berita yang diterimanya seketika tadi amat memeranjatkan dirinya.

“Kalau kamu susah sangat nak bercakap, biar ayah yang mulakannya dulu.” Tengku Dzulkarnain menghulurkan kertas yang berada di tangannya kepada Darwisy. “Boleh terangkan kepada ayah siapa dia?”

Bulat mata Darwisy melihat faksimili yang diterima oleh ayahnya. Faksimili itu diterima dari salah sebuah anak syarikat TDF tetapi berpangkalan di UK. Melalui surat itu dinyatakan bahawa salah seorang pekerja di sana akan ditempatkan di sini. Melalui surat itu juga disertakan resume dan latar belakang pekerja tersebut. Memang sudah menjadi syarat bagi syarikatnya apabila ada pekerjanya yang sudah berkahwin mereka perlu menyertakan sekali butiran lengkap tentang pasangannya.

“Memang tujuan Darwisy datang berjumpa dengan ayah hendak terangkan perkara yang berkaitan dengan surat yang ayah terima ini,” terang Darwisy. Dia sedikit menggelabah. Surat itu sepatutnya berada dalam simpanan jabatan sumber manusia tetapi kenapa berada di tangan ayahnya pula? Tapi apa nak dihairankan! Encik Mansor pengurus sumber manusia tu kan kamceng dengan ayahnya. Tentu Encik Mansor merujuk perkara ini dengan ayahnya terlebih dahulu.

Darwisy mengeluarkan gambar anak-anaknya dan gambar Damia. Dia mula bercerita tentang bagaimana dia boleh terperangkap dalam perkahwinan ini dan bagaimana dia  boleh berpisah dengan isterinya. Cuma yang menjadi masalah sekarang, dia tidak tahu mengapa isterinya mendiamkan diri dan tidak mencarinya. Sedangkan alamat dan nombor telefon keluarganya sudah diberi. Dalam kepalanya dia hanya mencongak dua perkara, sama ada alamat dan nombor telefon yang diberikan itu hilang atau isterinya memang tidak boleh menerima perkahwinan mereka. Sungguh dia tidak menyangka bahawa isterinya itu masih belajar ketika mereka berkahwin. Memandangkan isterinya bakal bertugas satu bumbung dengannya maka senanglah dia hendak menyiasat tentang perkara itu.

Tengku Dzulkarnian begitu teruja melihat wajah cucu-cucunya.

“Memang ada mirip muka kamu semasa kecil,” terang Tengku Dzulkarnain dengan ceria. Setelah mendengar alasan Darwisy, tiada sebab untuk dia memarahi anaknya itu. Lagipun dia mempercayai kata-kata Darwisy. Darwisy walaupun nakal tetapi dia tidak gemar berpeleseran dan mendampingi perempuan.

“Macam mana kamu nak berdepan dengan isteri kamu nanti? Ayah rasa tentu dia tidak tahu kamu bekerja di sini.”

“Entahlah ayah... Darwisy pun tak tahu,” keluh Darwisy. “Darwisy sebenarnya pelik, kenapa dia tidak datang ke rumah kita sedangkan Darwisy dah bagi alamat dan nombor telefon yang lengkap?” Lirih sahaja nada suara Darwisy kedengaran.

“Mungkin dia ada datang atau telefon tapi takde orang kat rumah kita masa tu agaknya.” Tengku Dzulkarnain cuba meredakan keresahan di hati anaknya.

Darwisy angguk kepala. Mungkin apa yang ayahnya katakan itu ada benarnya.

“Ayah... Darwisy harap ayah dapat merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan bonda buat sementara waktu. Darwisy tak mahu perkara ini kecoh sebelum Darwisy dapat mencari punca kenapa Damia bertindak mendiamkan diri,” ujar Darwisy penuh mengharap. “Lagi satu perkara, bila bertemu dengan Damia nanti ayah buat seolah-olah tidak kenal, ya,” pinta Darwisy penuh pengharapan. Dia bimbang Damia akan lari apabila tahu siapa ayahnya dan mereka bakal bekerja di bawah bumbung yang sama.

Menjongket sebelah kening Tengku Dzulkarnain. Kemudian dia mengangguk kepalanya tanda faham.

“Baiklah! Ayah akan simpan rahsia ini dengan kemas. Tapi ayah juga ada satu permintaan. Apabila semuanya sudah settle, ayah nak buat majlis perkahwinan Darwisy sama seperti Danish.”

“Tak payahlah ayah. Buat malu aje! Kahwin dah bertahun-tahun baru hendak bersanding. Lagipun kami dah ada anak dua.”

“Buat apa nak malu? Sekurang-kurangnya kamu ada gambar kenang-kenangan untuk ditunjukkan kepada cucu-cicit kamu nanti,” terang Tengku Dzulkarnain bersahaja. “Gambar si kembar ni... ayah nak.” Tengku Dzulkarnain mengambil dua keping gambar cucunya lalu ditunjukkan kepada Darwisy.

“Damia tak bising ke kalau dia tahu ada gambarnya yang hilang?” Tanya Darwisy seperti orang bodoh.

“Itu tugas kamu untuk menjelaskannya. Tapi jangan beritahu ayah yang ambil,”  ujar Tengku Dzulkarnain sambil tertawa.

Tiba-tiba Tengku Dzulkarnain memetik jarinya.

“Ayah ada idea macam mana nak rapatkan kamu berdua. Apa kata kita ubah suai bilik tetamu kat sebelah bilik kamu untuk dijadikan bilik Damia? Bilik tu besar jugakan? Lepas tu kita upah orang buat pintu menghubungkan bilik kamu dengan bilik dia. Jadi kamu tak payahlah nak keluar masuk kalau nak berjumpa dengan Damia. Dindingnya pula kita tukar dengan cermin, jadi senanglah kamu nak main-main mata dengan dia. Tapi jangan kerja tak  jalan sudah...,” sakat Tengku Dzulkarnain sambil ketawa.

Ketawa besar Darwisy mendengar usikan nakal ayahnya. Boleh tahan juga idea ayah aku ni. Almaklumlah veteran!

“Nanti ayah suruh Encik Mansor buat surat tawaran supaya Damia menjadi PA kamu.”

          “Brilliant juga cadangan ayah tu. Darwisy pun tak terfikir nak buat macam tu. Thanks ayah.” Lantas tubuh Tengku Dzulkarnain didakap erat.

Tengku Dzulkarnain membalas pelukan anaknya. Belakang Darwisy ditepuk lembut.

Darwisy keluar dari bilik ayahnya dengan wajah yang ceria dan hati yang senang. Lega rasanya bila beban yang terpikul di bahunya berjaya dikurangkan. Azamnya cuma satu.  Iaitu mencari tahu punca kenapa isterinya menjauhkan diri. Kalau benarlah dia yang menjadi punca isterinya merajuk. Dia akan berusaha sedaya upaya untuk menjernihkannya kembali.


























45 comments:

  1. Terbaik kak DD. Amat berpuas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq adik ku sayang. Masih setia bersama akak. sgt2 menghargai.

      Delete
    2. Terus bersama hingga semua novel yg akak tulis diterbit.

      Delete
  2. Nak lagikkkk

    ReplyDelete
  3. Tq kak DD utk n3 terbaru ni. Mmg best. superbbbb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga utk Raihana sbb terus menyokong karya akak yg serba kekurangan ini.

      Delete
  4. Tersenyum je kak DD kisah Darwisy.

    Sayang Darwisy sbb berusaha mencari isterinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum Ayu jgn tak senyum.
      Suami mana yg tak sayangkan isteri ayu?
      Teruskan membc SPH.

      Delete
  5. Tersangat menyenangkan hati membc bab 8 ini.

    Terjwb sudah segala persoalan ttg Darwisy.

    Smbg cpt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Onah krn sukakan SPH yg punya byk kelemahan ini.
      Insya ALLAH SPH akan muncul di minggu hadapan.

      Delete
  6. Haraplah Darwisy dan Damia akan bertemu secpt mgkn. Cian Darwisy. Pasti dia terlalu rindukan isterinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn bimbang. Pasti akan bersua juga suami isteri ini. Jgn lupa utk bersama SPH lagi.

      Delete
    2. akan terus bersama SPH hingga ke akhirnya. Saya sukakan ceritanya.

      Delete
    3. Terima kasih. Terima kasih. Terharu!!!

      Delete
  7. Oh... darwisy rupanya yg melanggar Damia.
    suka sgt dgn nt3 ni.
    tak sbr nak tunggu pertemuan antara mrk.
    kak DD upload secpt yg mgkn bab 9.
    Tamak dah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. dia yg langgar p Darwisy tak cam Damia masa tu sbb Damia dah bertudung.
      Sedikit masa lagi mrk akan bersua. Jgn bimbang.
      Minggu depan pulak ya...
      hehehe...

      Delete
  8. Teruskan.. dan teruskan berkarya dgn penuh semangat. Sentiasa menyokong dan berada di sisi.

    ReplyDelete
  9. Pendek jer rasanya. Tak puas arr bc. Bglah pjg2 sikit.

    ReplyDelete
  10. Alahai sweetnya darwisy. makin tertawan dgnnya.
    Tak sabar nak tunggu sambungan kisah mrk.
    Dayana smbg secepat yg mgkn.
    Makin ku bc makin tak sabar nak tahu apa akan terjadi. Pasti lebih menarik nnt.

    ReplyDelete
  11. Kak DD best ler...
    Bagusnya Tg. Zulkarnain ni. Langsung tak melenting.
    Hai... Danish pun terpikat dgn Damia. Naseb baek, cpt sedar kekhilafan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sbb meminati SPH.
      Itu namanya keluarga harmoni.

      Delete
  12. Semakin jatuh cinta dengan Si Pencuri Hati!
    Bestlah. Tak bosan bc.
    Bakal diterbitkan tak cerita ni? Rugilah kalau tak dibukukan.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih kerana meminati SPH.
    Hasrat hati mmg nak dibukukan. Tapi bergantung kpd rezekilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan yg terbaik utk SPH. Mmg rugi sekiranya habis di blog sahaja. Saya kalau blh nak buat koleksi.
      Cinta Itu Milikku pun saya minat. Tak sabar nak tunggu berada di pasaran.

      Delete
    2. Sgt2 menghargai sokongan anda.
      Terharu rasanya.

      Delete
  14. Aduh! Jiwa kacau sungguh bila hero2 kak DD tampan2 belaka. Tangkap syok aje bila lihat mereka.
    Tahniah kak. SPH mmg best. Menarik. Chaiyok! Chaiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun suka juga dgn hero2 tu.
      Terima kasih krn terus bersama SPH.

      Delete
  15. pendeknya....baru baca dah abis....

    best nya darwisy x lama lgi dapat jumpa cik wifey....
    n kembar mereka....
    bgs ar darwisy ni habis hp damia di cerobohinya...
    bijak2....kalu x smp habis pun x tau pasal damia...

    darwisy dah tau damia akan kerja dengan nya apa yang akan darwisy buat utk ambik ati damia eh...

    kak ...
    darwisy xnk g cari damia kat kg ke....sebelum diorg jumpa kat TDF...
    makin seronok nak baca tapi....panjang kan skit blh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ryana,
      huhuhu... pendek ke? Ini pun semput nak mengolah dan memerah idea.

      Nak tahu apa yg terjadi kita jumpa di bab akan dtg ya... biar suspen sikit.

      Delete
  16. yeahh dah jupe dah...makinmenarik nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nzlyna krn sukakan SPH. teruskan bersama Damia dan Darwisy.

      Delete
  17. Bestnya...nak next n3 ;)

    ReplyDelete
  18. Kak Dayana,
    Tak cukuplah kak. Smbg bab 9 pulak. Plzzzzzzz....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cukup ya? Kesian adik akak ni.
      Bab 9... tunggu....

      Delete
  19. best nyaaa bab kali ni. pe pun pendek laa x puas baca nak lagii... writer cepat cepat la upload lagi yea... dan panjangkn bab seterusnya

    ReplyDelete
  20. Terima kasih EYA krn terus bersama SPH.
    Insya ALLAH kita akan bertemu lg di minggu hadapan.

    ReplyDelete
  21. miss writer, miss writer
    kita suka dengan cerita awak lahhh
    semua e-novel kena dengan citarasa saya yg suka berangan ni
    e-novel CIM bila nak update jugak,
    tak sabar nk baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Capital S...

      Terima kasih krn sukakan karya akak yg tak seberapa ini.
      Teruskan bersama SPH hingga ke akhirnya ya.
      CIM akan muncul dlm versi cetak. Tunggu ya kemunculannya.

      Delete
  22. mahanum abu bakar10 June 2012 at 00:48

    salam akk dd.

    trlupa pulak nk komen sorry yer

    ermm= akhir nya terjawb sdh ptnyaaan sy tmpoh hri.\

    darwisy msti windu gila kAt damia...jadi yg kwen tu abgnya..

    n3 kali nie xpnjang n x pendek...tp seimbang hehe..
    adk akn terus bsama akk shingga nvl akk di terbikn...
    <3 u hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mahanum....
      Terima kasih kerana sudi bersama SPH dan menyokongnya.
      Kita jumpa di bab akan dtg ok!

      Delete