Assalamualaikum....

Buat semua pengunjung yang disayangi dan dihormati....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat Bingkisan Hati Setulus Kasih. Mudah-mudahan anda semua terhibur membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Ilham yang dipersembahkan dalam Bingkisan Hati Setulus Kasih adalah imaginasi semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekiranya ada yang terkena batang hidung tu harap maaf. Itu adalah tidak disengajakan, hehehe....

Sekiranya terdapat kebersamaan dalam penulisan, itu berlaku di luar bidang kuasa. Idea yang datang secara spontan diluahkan mengikut cetusan rasa.

Sebarang aktiviti menciplak atau meniru idea adalah dilarang sama sekali. Haaa... tak baik tau, curi-curi niee...!!!

Pastikan anda semua menunaikan solat terlebih dahulu sekiranya waktu solat sudah masuk ya...

Sayang anda semua. Muah... Muah...

Followers

Tinggal Link Blog Korang

Wednesday 20 June 2012

Si Pencuri Hati! Bab 11

Bagi menghargai kunjungan pembaca di BHSK, saya dgn ini... dgn senang hati memasukkan bab 11. Trima kasih atas sokong anda semua. Sungguh... saya tak sangka dah 100000 pengunjung di sini. Terima kasih sekali lg.
Maaf sekiranya tidak menepati kemahuan anda semua. Selamat membaca.....

     &*********************************************************************&

DAMIA merenung bangunan pejabat setinggi dua puluh tingkat yang tersergam indah di hadapannya. Selain foyer syarikat di tingkat satu, di kiri bangunan pejabat tersebut terdapat kafe dan Klinik Dr. Azila. Sewaktu Damia tiba, dia berasa pelik apabila melihat ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka sekali. Ini nak pergi kerja atau apa ni? Siap angkut anak-anak sekali, desis hati Damia.

          “Maaf... kak, saya tak sengaja,” pohon Damia. Ralit melihat keadaan yang berlaku, tanpa sengaja Damia merempuh tubuh seseorang.

“Tak mengapa. Akak yang tak tengok depan masa menyapu,” jelas Sakinah jujur.

Mereka berbual beberapa ketika sebelum Sakinah memohon diri untuk menyelesaikan kerja-kerjanya. Menurut Kak Sakinah, tukang sapu di sini, syarikat TDF menyediakan pelbagai kemudahan bagi pekerjanya termasuklah pusat jagaan kanak-kanak dan tadika untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun yang terletak di tingkat dua dan tiga. Pekerja di sini juga mendapat rawatan kesihatan percuma melalui klinik panel yang dilantik. Kakitangannya juga turut menerima perlindungan insurans. Betapa bagusnya syarikat ini. Begitu prihatin dan mengambil berat akan kebajikan pekerja-pekerjanya, getus Damia.

Damia mengatur langkah dengan perasaan gementar. Selepas dia memberitahu hasratnya kepada Darwisy supaya tidak mengganggunya lagi. Darwisy pergi dalam keadaan marah. Namun lelaki itu sempat berpesan supaya melapor diri pada hari ini kerana bilik pejabatnya sedang diubah suai. Damia sedikit pelik, kenapa dia perlu mempunyai bilik sendiri? Dia bukannya eksekutif. Dan kenapa dia perlu berjumpa dengan Darwisy terlebih dahulu?

Damia menuju ke tingkat sepuluh. Semasa dia tiba, Sarah setiausaha Darwisy sudah pun ada.

“Assalamualaikum,” sapa Damia mesra.

“Waalaikumussalam. Cik Damia, kan?” Melihat anggukan Damia, Sarah meneruskan kata-katanya. “Bos suruh Cik Damia tunggu di biliknya.” Sarah bangun lalu membawa Damia menuju ke bilik Darwisy. “Cik Damia nak minum? Boleh saya sediakan,” ujar Sarah ramah. Senyuman manis juga menghiasi bibirnya. Walaupun Sarah jenis suka bergosip tapi hatinya baik juga.

“Terima kasih sajalah Sarah, saya dah minum pagi tadi.” Damia menolak sopan.

“Kalau begitu tak apalah Cik Damia, saya keluar dulu,” pamit Sarah.

Selepas Sarah keluar, Damia mengambil kesempatan menghubungi Nomi.

“Helo... Nomi! Reez dan Isya dah bangun?”

“Belum lagi Kak Mia.”

Emmm... kalau begitu tak apalah. Nanti kalau ada apa-apa, cepat hubungi Kak Mia ya,” pesan Damia kepada pengasuh anaknya. Mujurlah pengasuh anaknya tidak mendatangkan masalah buatnya setakat ini. Kalau tidak tentu susah jadinya.

“Dah lama sampai?” Tanya Darwisy yang baru tiba. Selepas meletak beg kerjanya Darwisy duduk di sisi Damia. Rapat!

Emmm... baru sahaja," balas Damia perlahan. Malas rasanya dia hendak berbual dengan lelaki itu.

“Anak-anak sihat?” Wajah Damia dipandang.

 "Anak-anak sihat,” jawab Damia acuh tak acuh tanpa memandang wajah Darwisy. Dia merasa tidak selesa berada begitu hampir dengan Darwisy. Hembusan nafas Darwisy terasa panas di pipinya. Pabila Damia menoleh, jarak muka mereka begitu hampir sekali. Damia segera menarik wajahnya ke belakang.

“Kenapa? Takut?" Soal Darwisy sedikit kehairanan pabila Damia menjarakkan dirinya. Wajah Damia diratah penuh minat.

Damia merengus. Sebal hatinya. 

"Bukan orang lain pun, suami sayang sendiri,” bicara Darwisy bersahaja. Memang begitulah sikap Darwisy. Bagi Darwisy... apa yang dirasakan betul olehnya, itulah yang akan dia katakannya tanpa mengambil kira  perasaan orang lain.

Damia menjeling geram.

“Boleh tak awak jangan panggil saya Sayang!” Bentak Damia.

“Kenapa? Ada masalah ke dengan panggilan ‘sayang’ tu?” Soal Darwisy. Wajah Damia yang sedang menahan marah ditatap. Comel sungguh dia ni!

“Saya tak suka. Lagipun apa kata pekerja di sini nanti.”

“Kenapa dengan pekerja di sini? Sayang takut mereka mengata atau mengejek? Bukan ke nama sayang, Sayang Damia? Jadi mereka tak boleh nak pertikaikan kalau abang panggil sayang. Beginilah... kalau sayang rasa malu dengan panggilan ‘sayang’ yang merujuk kepada panggilan istimewa daripada seorang suami buat isteri tercinta, anggaplah sahaja abang panggil nama pertama sayang iaitu Sayang dan bukannya Damia.”

“Awak jangan cuba nak guna perkataan cinta dan sayang dengan saya, saya tak suka,” tegas Damia. “Geli dan nak termuntah tahu, tak?”


Darwisy tergelak kecil mendengar nada-nada berbaur sindiran isterinya.

“Inilah penyakit orang perempuan yang abang tak faham! Bila kita ucapkan perkataan cinta dan sayang kepada mereka, mereka tak suka. Gelilah! Nak termuntahlah! Bila kita tak cakap yang kita cinta dan sayang kat dia, dia kata orang lelaki ni keraslah, tak romantiklah dan tak reti nak luahkan perasaan cinta dan kasih sayang. Jadi... mana satu perlu abang ikut? Hmmm...?” Soal Darwisy sambil merenung anak mata Damia.


Damia menahan geram. Ada aje ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Tak letih ke asyik bercakap sedari tadi?

“Untuk pengetahuan sayang, cinta abang ini adalah sebuah ikatan kasih sayang yang lahir dari hati yang tulus suci. Cinta abang terhadap sayang akan kekal abadi dan mekar mewangi hingga ke akhir hayat,” ujar Darwisy penuh penghayatan.

“Awak ni banyak betul alasan.” Damia mendengus geram. “Ikut suka hati awaklah nak panggil apa. Jangan timbul gosip dan fitnah suatu hari nanti sudah!” Malas Damia hendak bertekak dengan mat romeo yang terlebih jiwang karat ni. Mesti pagi tadi terlebih telan vitamin. Tak pun isteri kedua dia terlebih layan, itu yang terlebih merenyam pagi-pagi buta ni! Gerutu Damia. Meluat dia melihat perangai gatal Darwisy.

Darwisy bangun menekan butang intercom.

“Sarah bawa masuk fail peribadi Puan Sayang Damia Dasuki Aqtar.”

“Baik bos.”

Tidak lama kemudian Sarah masuk bersama fail yang dikehendaki. Dia berdiri di hadapan Darwisy. Rapatnya mereka duduk! Otaknya sudah mula merencanakan gosip panas pagi ini.

“Begini Sarah! Mulai ini hari ini Puan Sayang akan jadi PA saya. Ini bermakna awak juga akan jadi pembantu Puan Sayang selepas ini,” ujar Darwisy sambil memandang muka Sarah. Sengaja Darwisy menggunakan perkataan sayang supaya setiausahanya yang suka bergosip ini tidak salah faham selepas ini. “Tugas awak akan berlangsung seperti biasa cuma akan bertambah apabila Puan Sayang memerlukan bantuan awak.” Darwisy memandang Sarah dan Damia. “Awak faham apa yang sampaikan Sarah?”

“Saya faham bos.”

“Bagus! Mulai hari ini, apa jua yang berkaitan dengan saya, awak rujuk dengan Puan Sayang terlebih dahulu. Dan... mulai hari ini juga, awak tidak dibenarkan masuk ke bilik saya sewenang-wenangnya. Awak boleh keluar sekarang.”

Selepas Sarah beredar, Damia terus bertanya apa yang terbuku di hatinya sejak tadi.

“Kenapa saya kena jadi PA awak pulak? Bukan ke jawatan saya pegawai pemasaran?”

“Habis tu... hanya jawatan itu sahaja yang kosong setakat ini. Kalau sayang nak jawatan lain boleh juga. Jaga abang dua puluh empat jam di rumah dan pejabat, abang bagi sepuluh ribu sebulan. Macam mana setuju?” Tanya Darwisy sambil tersengih gatal.

Huh... memang merenyam sungguh dia ni! Isteri dia yang satu lagi tu nak humban ke mana kalau nak suruh aku jaga dia dua puluh empat jam? Marah Damia dalam hatinya.
  
Macam tengah mengutuk aku aje tu! Bisik hati Darwisy. Kenapalah kau cantik sangat sayang? Geramnya! Wajah Damia direnung tanpa puas. Bibirnya juga sempat mendarat di bibir Damia seketika.

“Apa yang awak buat ni, hah? Ingat sikit! Kita sekarang berada di pejabat dan pekerja di sini masih tidak tahu lagi siapa kita berdua,” marah Damia. Sakit hatinya dengan perlakuan Darwisy. Suka hati dia sahaja hendak cium orang.

“Abang boleh sahaja umumkan siapa sayang sekarang. Sayang tak kisah ke?” Tanya Darwisy sambil memandang wajah Damia.

Laju sahaja Damia menggeleng. Nak mampus! Ada nanti kena ganyang dengan madunya. Walaupun dia isteri pertama, namun dia tidak mahu mengecohkan suasana. Jika boleh dia ingin bekerja dengan aman dan damai hinggalah kontraknya dengan TDF tamat. Bukan Damia tidak mampu hendak membayar penalti sekiranya dia berhajat hendak menamatkan kontrak tersebut serta merta. Tetapi dia tidak mahu membazirkan wang simpanannya.

Darwisy menghela nafas lega. Mujurlah Damia menggeleng. Buatnya Damia bersetuju? Tidak ke mati kering dirinya nanti? Sebenarnya Darwisy pun gerun hendak mengumumkan pernikahannya. Mahu pendek umur dibuatnya andai berita perkahwinannya sampai ke telinga bonda kesayangannya itu. Hingga kini dia tidak punya keberanian hendak menerangkan hal yang sebenar kepada bondanya. Lagi pula hubungannya dengan Damia belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Masih belum sehati dan sejiwa lagi!

Damia menjeling geram. Ada sahaja jawapan yang keluar dari mulut Darwisy. Jika tidak menyakitkan hatinya, tak apalah juga! Ini... makin buat dirinya bengang dan menyampah!

“Jangan jeling abang macam tu,” sakat Darwisy. “Buatnya abang terterkam sayang di sini macam mana? Jangan salahkan abang pula,” giat Darwisy sambil tersenyum menawan. Terserlah lesung pipi  di kedua-dua belah pipinya.

Terpegun Damia melihat senyuman menawan yang dihiasi lesung pipit di pipi. Memang kacak! Gumam Damia. Baru hari ini dia dapat melihat senyuman ikhlas di bibir Darwisy.

          “Jangan renung abang dengan renungan berbisa macam tu, nanti abang tak senang hati nak buat kerja,” usik Darwisy lagi. Geli hatinya melihat wajah Damia yang merona merah bila malu. Hari ini Darwisy rasakan hari paling gembira dalam hidupnya.

          Damia mencebik mendengar kata-kata Darwisy. Miang! Perasaan malu juga mula menebal bila tertangkap sebegitu.

“Mari abang tunjukkan bilik Sayang.” Darwisy sudah menarik tangan Damia. “Sebelum itu, abang nak tunjuk ruangan solat dan bilik air. Sekiranya sayang nak solat dan nak guna bilik air, sayang boleh guna di bilik abang sahaja. Tak perlu nak berebut-rebut dengan pekerja lain. Lagipun bilik abang, abang tak benarkan orang lain masuk kecuali ayah, Abang Danish dan Sarah. Mulai sekarang, bilik abang akan jadi bilik sayang juga.”

Damia hanya mendengar kata-kata Darwisy. Bagus juga solat dalam bilik dia. Bolehlah aku tinggalkan kain telekung di pejabat.

“Eh... kita nak ke mana ni? Kata tadi nak tunjuk bilik saya.”

“Nak tunjuk bilik sayanglah ni.”

Darwisy membuka pintu yang menghubungkan biliknya dengan bilik Damia. Bagus juga idea canggih ayahnya. Tak perlulah dia keluar masuk bilik pejabatnya jika hendak berjumpa Damia. Pekerjanya pun tak tahu.

Terkejut Damia bila bilik pejabatnya boleh dibuka melalui bilik pejabat Darwisy. Saat terpandang susun atur dan hiasan di ruang kerjanya, dia sungguh tertarik. Cantik! Bisik hati Damia. Sungguh dia tidak menyangka begitu hebat sekali layanan yang dia terima. Sudahlah lebih seminggu duduk di hotel mewah. Kini ruang kerjanya juga cukup menarik dan selesa. Bagaimanalah agaknya tempat tinggal yang disediakan untuk aku kelak?

“Macam mana suka? Ini idea abang dan ayah.”

“Ayah?” Tanya Damia sepatah.

Aah... ayah! Dia mahukan yang terbaik untuk orang kanan abang,” jelas Darwisy penuh makna.

“Dekorasi yang menarik dan mewah. Dah macam pangkat bos pulak kat sini.”

“Walaupun tak jadi bos kat sini, tapi sayang kan isteri bos!” Darwisy tersenyum memandang wajah isterinya. Banyak aku dapat pahala hari ini sebab asyik tersenyum dari tadi, bisik hati Darwisy nakal.

“Kalau di sini sayang jadi bos dan kat rumah pun sayang bos, matilah abang. Nak buat apa-apa kena dapatkan keizinan terlebih dahulu. Walhal sayang yang perlu tunduk dan ikut arahan abang.”  sambung  Darwisy  lagi.

“Dalam Islam... abang ketua keluarga. Jadi arahan sayang supaya abang lupakan sayang tempoh hari terpaksa abang abaikan kerana kuasa pembatal terletak di tangan abang, bukan di tangan sayang. Ingat tu!” Ujar Darwisy tegas sambil mencuit hidung Damia.

Segera Damia menepis tangan Darwisy.

“Jangan nak menggatal kat pejabat,” marah Damia.

“Eleh... sentuh sikit pun nak marah. Bukannya orang lain, isteri sendiri.”

“Walaupun saya isteri awak, tapi saya tak suka awak buat macam tu,” tegas Damia.

“Yalah... yalah! Nanti abang cuba control sikit kenakalan dan kegatalan abang ni!” Jawab Darwisy selamba. “Sekarang abang nak terangkan bidang tugas sayang. Sekiranya abang berjumpa client, sayang kena ikut. Begitu juga bila abang melawat tapak projek.” Darwisy menyerahkan beberapa buah fail untuk tindakan Damia. “Abang nak sayang semak fail-fail ni. Lepas makan tengah hari nanti, kita ada meeting.”

“Boleh tak jangan bahasakan diri awak ‘abang’ di sini. Kalau ada pekerja yang dengar, bukan ke tak elok. Lagipun mereka bukannya tahu hubungan kita.”

“Peduli apa abang. Lantaklah mereka nak dengar atau nak kata apa pun! Ada abang kisah?” Terlupa dia seketika tentang bondanya.

Hisy... awak ni suka main-mainlah! Cubalah serius sikit! Kalau kat luar nanti saya nak awak panggil apa?”

          “Panggil ‘abang’ dan bahasakan diri sayang... ‘sayang’ muktamad!”

Eeii... geram betullah dengan awak ni,” marah Damia.

“Bukan awak tapi abang! Kalau tak panggil abang... ‘abang’ dan sayang... ‘sayang’, abang potong gaji sayang lima puluh ringgit setiap kali salah cakap. Cuba sayang bayangkan dari tadi sayang asyik guna perkataan awak dan saya, hmmm... abang rasa dah lebih empat kali sayang silap cakap,” ujar Darwisy sambil mengurut dagunya. “Lima puluh darab empat. Wah... dah dua ratus gaji sayang kena potong! Jadi mana yang sayang nak? Guna panggilan ‘abang’ dan ‘sayang’ atau potong gaji?” Ugut Darwisy.

Eeii... melampau betullah dia ni, gumam Damia. Wajahnya juga sudah merah menahan marah.

“Jangan marah-marah! Nanti abang tak boleh nak buat kerja sebab asyik memujuk sayang,” gurau Darwisy sambil ketawa.

Dia ni... tahu aje apa yang apa yang bermain di fikiran aku, bisik hati Damia. Damia sudah malas hendak bersoal jawab. Sekiranya mereka asyik berdebat, satu kerja pun tak jalan. Padahal banyak benda yang perlu dia pelajari. Sudahlah bidang yang ditawarkan untuknya terlalu asing buat dirinya.

Geram melihat wajah isterinya yang merona merah, Darwisy mendekati Damia. Pinggang Damia dirangkul dan bibirnya mencari ulas bibir Damia yang mungil dan seksi itu. Lalu bibir itu dipagut lembut menyalurkan seluruh kasih sayang dan cintanya yang membuak-buak serta melepaskan pergi semua beban kerinduan.

Damia sedikit terkejut dengan tindakan spontan Darwisy, namun dia tidak menolak bahkan turut hanyut dibuai gelora rasa. Tatkala wajah ‘perempuan itu’ menerjah di mindanya, pantas tubuh Darwisy ditolak.

“Hei! Apa yang awak buat ni hah? Jijik saya tahu, tak?” Rengus Damia sambil mengesat kasar bibirnya.

“Jijik ke?” Soal Darwisy sinis. “Bukan ke tadi sayang seolah-olah ingin mengajak abang ke dunia lain? Ke dunia yang lebih indah, hangat dan mengasyikkan!” Tokok Darwisy dengan senyuman sinis. “Betulkan apa yang abang kata? Abang dapat rasakan yang sayang juga sebenarnya rindukan abang. Jika tidak masakan sayang turut membalasnya tadi.” Wajah Damia direnung. Dia sememangnya merindui Damia. Dia juga ingin merasai kehangatan kasih sayang dan cinta isterinya itu.

Wajah Damia terasa hangat pabila darah mula menyerbu naik ke muka. Malu sungguh dirinya kerana gagal mengawal gejolak rasa ketika itu. Namun dia tidak mahu kelihatan lemah di mata Darwisy.

          “Gila!” Balas Damia sepatah. Mukanya masam mencuka. Malu usah ceritalah. Ada ke patut Darwisy sentuh bab-bab sensitif seperti itu.

“Gila? Mungkin kut!” Ujar Darwisy bersahaja. “Tapi kenapa muka sayang blushing macam tu sekali?” Usik Darwisy. Dia sedikit tidak terasa hati dengan kata-kata isterinya.

Akibat geram yang teramat sangat, Damia mencubit lengan Darwisy.

“Aduh! Sakitlah sayang. Sayang ni lahir tahun ketam ke apa?” Tanya Darwisy sambil menggosok lengannya yang terasa perit.

“Padan muka! Siapa suruh gatal sangat.” Marah Damia. Jelingan maut juga dihadiahkan buat Darwisy.

Darwisy menggeleng kepala sambil tertawa. Dia pasti sedikit masa lagi Damia akan jatuh ke dalam tawanannya.

“Makan tengah hari dengan abang. Jangan membantah!” Pipi Damia dikucup. Setelah itu Darwisy beredar meninggalkan Damia.

Huh! Suka sungguh memaksa, dengus Damia. Damia menyentuh pipi dan bibirnya. Dia turut merindui Darwisy sebenarnya. Cuma... bila teringatkan perempuan itu, hatinya menjadi tawar tidak bergula. Pedih, kecewa dan marah bergumpal menjadi satu bila terkenangkan perbuatan Darwisy.


DAMIA mengatur langkah mengiringi Darwisy. Ingatkan ke manalah Darwisy ingin membawanya keluar makan. Rupa-rupanya ke hotel tempat dia menginap. Ada baiknya juga mereka makan tengah hari di situ, bolehlah dia menjengah anak-anaknya seketika.

Setelah membuat pengesahan pesanannya, Darwisy mengajak Damia ke bilik yang didiami Damia bersama anak-anaknya. Riuh bunyi mulut anak-anaknya ketika melihat  wajahnya  dan  Damia.

“Umi... umi... umi...” Farisya dan Fareez memanggil Damia. Terkedek-kedek dua beradik itu mendapatkan uminya. Setelah itu mereka menghampiri Darwisy. Bagaikan tahu-tahu sahaja itu adalah daddy mereka.

“Nak mamam,” jelas Fareez mesra sambil memeluk leher Darwisy. Farisya pula melentok manja di bahu Darwisy.

“Anak daddy dah lapar ya?” Tanya Darwisy sambil mencium pipi Fareez dan Farisya dengan penuh kasih sayang. “Bila pesanan dah sampai, kita makan sama-sama. Nanti daddy suap Reez dan Isya makan.” Jelas kelihatan kasih seorang bapa di situ.

Tidak lama kemudian pesanan yang ditempahnya telah tiba. Sengaja Darwisy melarang Nomi memberi anak-anaknya makan awal. Dia ingin merebut kembali masa yang terbuang sebelum ini. Dia ingin anak-anaknya rapat dan mengenali dia sebagai bapa mereka. Darwisy mendudukkan anak-anaknya. Dia ke singki mencuci tangannya.

“Sayang pergi makan dulu. Anak-anak biar abang layan. Lepas makan sayang solat dulu ya. Nanti lewat pula kita nak menghadiri mesyuarat.”

Damia hanya mengangguk kepalanya tanda setuju. Biarlah Darwisy rapat dengan anak-anaknya, getus Damia. Kagum Damia melihat perlakuan Darwisy. Terserlah sifat kebapaannya. Tekun dia melihat Darwisy melayan kerenah anak-anaknya. Begitu berselera sekali anak-anaknya menikmati makan tengah hari. Sambil menyuap anak-anaknya, Darwisy juga menyuap makanan ke mulutnya. Kecoh jadinya bila anak-anaknya tidak sabar menunggu giliran. Saat mata bertentangan, senyuman manis menghiasi ulas bibir Damia.

Selesai memberi anak-anaknya makan, Darwisy menuju ke bilik utama untuk bersolat. Damia hanya memandang perlakuan Darwisy. Hatinya tertanya-tanya, adakah pakaian yang terdapat dalam bilik itu adalah milik Darwisy? Darwisy kelihatannya langsung tidak kekok dengan suasana dalam bilik hotel itu.

Darwisy menukar pakaiannya. Pakaiannya tadi kotor apabila Isya tiba-tiba mengesat mulut di lengan bajunya. Baru dia hendak membuka mulut bercakap dengan Damia, telefonnya berbunyi.

“Helo... Hassan! Ada apa?”

“Aku telefon ni nak beritahu tentang rumah tu. Semuanya dah siap.”

“Oh... dah siap ya? Nanti kita jumpa. Terima kasih banyak-banyak Hassan.” Darwisy menamatkan perbualannya.

“Jom sayang kita pergi,” ujar Darwisy sambil memandang Damia. “Oh ya... sebelum abang terlupa! Sayang bolehlah kemas barang-barang sayang dan anak-anak. Rumah yang sayang hendak duduk tu sudah siap diubah suai.”

Damia sudah tidak terkata apa. Semua maklumat tentang dia, Darwisy telah tahu. Tapi apa yang hendak dipelikkan? Darwisy kan bosnya. Tentu Darwisy tahu apa jua yang melibatkan dirinya.

“Bila boleh masuk rumah tu?” Tanya Damia.

“Abang rasa hujung minggu ni pun boleh. Nanti abang tolong sayang berkemas.”

Emmm... baiklah!” Damia memberikan persetujuannya. Langsung dia terlupa hendak bertanyakan tentang bilik utama di hotel itu kepada Darwisy.
         
         


60 comments:

  1. Best sgt2 tak terluah dgn kata2. Tahniah penulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sukakan SPH. amat menghargainya.

      Delete
  2. Aduh... duh... mmg best kak. Superbbbb... 10/10.
    so sweet Darwisy ni. luv u sis 4 this n3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puteri... terima kasih dek. Terharu dgn sokongan anda selama ini.

      Delete
    2. Sama-sama kak.
      Terus bersama akak...

      Delete
  3. Bestttttt...
    Mmg bestlah n3 ni...
    Tersgt best....
    Tahniah kak DD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raihana...
      Terima kasih krn menyokong dr CIM lg. Tanpa anda tak akan ada SPH.

      Delete
  4. Kak DD tolonglah... makin jatuh cinta dgn SPH ni. senyum tak henti2 dr td.
    Best kak DD. Go... Kak DD go...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Akak terharu sgt dgn sambutan yg adik berikan. Terus bersama SPH.

      Delete
  5. Best arrrr.
    Teruskan menulis ya writer...
    mmg best karya awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya ALLAH selagi ada daya dan sambutan, saya akan terus berkarya.
      Terima kasih.

      Delete
  6. Kak DD... senyuma smpi ke telinga bc bab 11 ni. Mmg betul2 best akak. Suka cara Darwisy mengusik Damia...
    Tak mau gaduh2 ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu...
      senyum jgn tak senyum...
      Terima kasih ayu krn terus di sisi akak.

      Delete
  7. OMG... mmg best part ni...
    Kak nak lgi...
    Pasti makin best dan menarik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu depan pulak ya...
      terima kasih krn terus bersama SPH.

      Delete
  8. Tak sangka ada n3 baru hari ni. sekadar nak ulang bc bab 10. mgkn dah rezeki saya agaknya.
    Menarik dan sgt best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak sangka nak masukkan n3 ari ni.
      Apa pun terima kasih krn terus bersama SPH.

      Delete
  9. Besttttt...
    Tak sabar nak tunggu smbgan.
    Yg ni bakal terbit tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih krn sukakan SPH.
      Terbit? Insya ALLAH sekiranya ada sykt yg berminat.

      Delete
  10. Dr td dok senyum. Ada org kat gila sat gi.
    Mmg best, hrp mrk kekal bahagia.
    Suka sgt dgn Darwisy ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Onah...
      Senyum jgn tak senyum...
      Doakan kebahagiaan mrk ya...

      Delete
  11. mmg super duperlah n3 kali ni.
    Ingatkan mrk akan bercerai tp tak.
    Suka dgn gaduh2 sayang ni...
    Tahniah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih krn sudi meluangkan masa membc SPH.
      Sgt2 mebghargainya.

      Delete
  12. Nak lagi...
    Tak puas bclah Kak.
    Best sgt2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lagi?
      Minggu depan pulak ya. Insya ALLAH.
      Terima kasih krn sudi membc SPH.

      Delete
  13. Nak sambungannya.
    Menarik...
    Best...
    Tak sabar nak tahu selanjutnya... tamak dah ni...

    ReplyDelete
  14. Mana dah hilang semangat sayang nak buang darwish jauh2 tuh...

    Bilalah yer sayang nak bertentang mata dengan danish dan bini dia masa darwish ada...

    Bila plak turn mamat x paham bahasa tuh nak buka langkah rebut sayang dari darwish, x kan dia diam jer x buat apa2...
    Penat dah dia tunggu lama sangat sayang tu...

    ~w.t~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila cinta bertaut di hati, perasaan sayang mengatasi perasaan benci.
      Damia pasti akan jumpa dgn Danish nnt...

      Delete
    2. Citer ni akan habis kat blog atau dalam perancangan untuk dihantar ke penerbit...

      Bila yer sayang nak tau darwish xcident masa balik dari johor 2 tahun lepas...

      ~w.t~

      Delete
  15. Kak DD tau yg ada part sedey tau. Nak yg happy jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya ALLAH tak akan ada part sedih sbb akak pun tak suka sedih2 ni.

      Delete
  16. bertambah seronok nak berkunjung ke mari.
    Menarik cerita ini.
    Tahniah writer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruslah berkunjung ke sini ya...
      Terima kasih krn sukakan SPH yg tidak seberapa ini.

      Delete
  17. Writer dah buat mulut saya tak blh nak katup.
    Terbc je part Darwisy, asyik senyum memanjang.
    Tahniah. Menarik sgt2.
    Teruskan berkarya.

    ReplyDelete
  18. Tak cukuplah kak Dayana Darwisy.
    Best ni.
    Nak lagikkkkk.....

    ReplyDelete
  19. Terbaik kak DD.
    Teruskan dan teruskan...
    sentiasa sokong tulisan akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih krn menggemari SPH.
      Sgt terharu atas sokongan adik.

      Delete
  20. emmm... nak tulis apa ya???
    oh... nak ckp best sesgt n3 ni. Tak puas bc.
    Suka sgt dgn Darwisy dan Damia.
    Sorang merajuk dan sorang lg pujuk.
    Rasa mcm nak minta je smbgannya lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Sgt2 menghargai komen anda.
      Tunggu minggu depan pulak ya...

      Delete
  21. Bila nak terbit SPH ni?
    Tak sabar nak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbit?
      Manuskrip pun blm hantar lg utk penilaian.
      Sabar ya...

      Delete
  22. hahaha... kelakar sungguh Darwisy ni....
    jgn nakal2 ya....
    jgn gatal tau...
    Semakin jatuh cinta dgn SPH.

    ReplyDelete
  23. Buat hati saya ceria dan riang dgn n3 kali ini.
    bimbang gak kalau2 Damia minta cerai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur sgt2 krn SPH mampu buat anda ceria dan terhibur.

      Delete
  24. Menarik...
    Langsung tak bosan membcnya, sedar2 dah habis.
    Smbg cpt2 ya writer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih krn sukakan SPH.
      Tunggu minggu depan pulak smbgannya.

      Delete
  25. bestnya dapat baca kali ke 2 utk mggu ni...
    darwisy dah memula kan langkah utk mendapatkan sayang balik..
    sayang pulak knp x tanya je darwisy tentang salah faham sayang 2...
    adakala nya pandangan mata juga boleh silap...
    kak...
    jgn la bg sayng berpisah ngan darwisy lgi...
    cian kat anak2 diorg baru nak kenal daddy diorg...
    kak
    kalu sayng pindah...darwisy ikut x...
    bila darwisy nak bgtau kat bonda....
    kalu darwisy syg mia cept2 la selesaikan masalah bonda 2....
    pas ni mesti c reqza 2 menyibuk pulak...nanti tambah masalah lgi..

    ReplyDelete
  26. ryn...
    bab 11 ni sbg tanda penghargaan akak terhadap pengunjung setia BHSK walaupun karya akak tak seberapa, tp mrk tetap sudi dtg menjenguk.

    ryn...
    kita nntkan bersama apa yg bakal berlaku nnt.
    Siapakah yg bakal mencipta masalah dlm rumah tangga mrk, tunggu...
    mgkn... Natilia, Benjamin Asyraf dan juga Fauzan Taufiq atau Reqza...

    ReplyDelete
  27. Sungguh mengujakan bab 11 ni, tak puas bc. terlampau best.
    Abg Darwisy tambatlah hati damia sebaik mungkin agar dia tidak terlepas lari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih krn meminati SPH.
      Kita tengok nnt sama ada Damia jatuh ke dlm genggaman Darwisy atau tidak.

      Delete
  28. menarik....
    cepat sambung...
    tak sabar nak tahu apa akan jd selanjutnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Sambungannya minggu depan pulak ok.

      Delete
  29. tak nak komen apa2..sebab dh memang dh bestttt...cuma kalau boleh..nak lagi..lagi..dan lagi.....

    ReplyDelete
  30. Terima kasih krn sukakan SPH.
    Sangat2 menghargai.

    ReplyDelete
  31. dayana biler nk ade n3 baru nie...
    da lama kot tggu nie...
    huk huk huk...

    ReplyDelete